You are on page 1of 4

Teori Personaliti a) Teori Jenis Trait Eysenck (1967) Menurut Eysenck (1967) dalam Sasikala (2003), beliau menyatakan

personality bermaksud organisasi watak, perangai, intelek dan fizikal seseorang yang agak stabil dan mempunyai daya ketahanan yang mana menentukan keunikan penyesuaian dengan persekitaran. Watak menandakan seseorang yang agak stabil dan daya ketahanan sistem tingkah laku kognitif (will). Perangai pula menunjukkan seseorang yang agak stabil dan daya ketahanan sistem tingkah laku afektif (emotion). Intelek pula menandakan seseorang yang agak stabil dan ketahanan sistem tingkah laku kognitif (intelligence) manakala fizikal pula menandakan seseorang yang agak stabil dari segi ketahanan keseluruhan sistem badan dan pembawaan (neuroendocrine). b) Teori Trait Gordon W. Allport (1971) Menurut Allport (1971) dalam Azlina (2002), menyatakan personaliti adalah dinamik dalam sistem psikofizikal individu. Personaliti ini menentukan ciriciri pemikiran dan tingkah laku seseorang. Beliau melihat personaliti sebagai usaha ke arah penyatuan, proses perubahan dan perkembangan yang berterusan dalam diri individu. Tingkah laku seseorang sebenarnya adalah dipengaruhi oleh persepsi individu walaupun faktor-faktor persekitaran boleh mempengaruhi individu tersebut. Justeru itu, beliau berpendapat bahawa kelakuan manusia sebenarnya dikawal oleh faktor dalaman di mana tingkah laku yang berbeza adalah disebabkan kecenderungan yang berlawanan atau trait dalam diri seseorang. c) Teori Psikoanalisis Sigmund Freud (1940) Menurut Sigmund Freud (1940) dalam Azlina (2002), beliau telah mengemukakan struktur personaliti untuk memahami konflik yang berlaku. Freud (1940) membentuk struktur personaliti yang dapat menggambarkan konflik berlaku dan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Terdapat tiga sistem dalam minda manusia iaitu id, ego dan superego. d) Teori Jenis Trait Eysenck (1967) Sebagai Model Kajian Personaliti

Teori ini dapat menentukan sama ada seseorang individu itu mempunyai jenis personality berdasarkan skala ekstroversi iaitu ekstrovert atau introvert dan skala neurotisme iaitu neurotik atau kestabilan emosi. Selain daripada itu, teori ini menyatakan bahawa seseorang yang ekstrovert merupakan seorang yang kuat bercakap, suka berdampingan dengan orang lain, dan senang bergaul bertentangan dengan seseorang yang introvert iaitu cenderung untuk bersendirian dan pemalu. e) Penggunaan Teori Jenis Trait Eysenck (1967) Dalam teori jenis trait ini, teori ini dapat menjelaskan tentang perkaitan di antara jenis personality seseorang dengan pencapaian akademiknya. Ini kerana jenis personaliti seseorang pelajar itu mempengaruhi interaksi sosialnya di sekolah seterusnya mempengaruhi prestasi pelajarannya. Menurut Rohaty (1992), ada pendapat yang menyatakan bahawa seseorang yang introvert itu adalah lebih mudah terlazim dan lebih mudah menelaah di sekolah berbanding dengan seorang yang ekstrovert. Melalui kajiankajian yang telah dijalankan, dapatan menunjukkan bahawa seorang yang ekstrovert mempunyai prestasi pencapaian akademik yang lebih baik di peringkat sekolah rendah. Tetapi sebaliknya seorang yang introvert mendapat ijazah dari universiti yang paling tinggi dan terbaik.

FAKTOR- FAKTOR
Personaliti berkembang atau membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor, antaranya ialah :

Perwarisan. Pengalaman. Budaya.

Perwarisan
Kajian untuk membuktikan kesan perwarian ke atas personaliti ialah melalui kajian kembar seiras, dimana kembar seiras dibesar di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih

mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.

Pengalaman
Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan sepermainan, saudara mara dan orang lain. Namun demikian, pengalaman awal kanak kanak adalah penting dalam mempengaruhi personaliti mereka seterusnya, antaranya ialah :

Perhubungan emosi awal : Kebanyakan ahli psikologi percaya dengan perhubungan emosi awal kerana ibu ibu menghabiskan banyak masa dengan anak anak mereka, maka mereka mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi anak anak dan tingkah laku seterusnya. Ibu juga merupakan model kepada anak anak mereka.

Penyusuan botol dan penyusuan ibu : Masih terdapat debat tentang mana yang lebih baik penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan ibu kerana mereka percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat, mesra dan kasih sayang dengan anaknya. Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan anak, dimana tidak kira yang diberi itu susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan itu ibu tidak menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak, maka ini akan menghasilkan anak anak yang mempunyai personaliti yang kurang sihat.

Rutin amalan pemeliharaan anak : Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin adalah mempengaruhi pembentukan personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan memahami, anak anak mereka akan mampu membentuk sikap dan konfiden yang

positif, yang membawa kepada pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah penyesuaian.

Ibu bapa kucar kacir dan anak anak mereka : Sekiranya ibu bapa mewujudkan rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang tidak konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak anak akan membentuk kebimbangan. Rumahtangga yang kucar kacir lebih cenderung menghasilkan anak anak yang tidak gembira.

Keluarga yang autokratik berbanding demokratik : Sesetengah ahli psikologi percaya bahawa cara pemiliharan anak, sama ada secara autokratik (ibu bapa menggunakan kuasa untuk memberi arahan dan anak anak hanya menerima arahan) atau demokratik (dimana anak anak diberi kebebasan secara berpanduan) adalah mempengaruhi perkembangan personaliti anak anak.

http://kolejkamunting.multiply.com/journal/item/6?&show_interstitial=1&u= %2Fjournal%2Fitem http://eprints.utm.my/10368/3/Norlaily_Binti_Ahmad.pdf

You might also like