You are on page 1of 1

Sejarah St John Ambulans St.

John Ambulans Malaysia telah diperbadankan dibawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA, AKTA 74, yang dikenali sebagai AKTA)Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972. Dibawah Akta ini telah dibuat Kaedah-Kaedah St. John Ambulans 1973 yang telah dikeluarkan dalam Warta Kerajaan Jil. 17 NO. 25 Tambahan No. 63 PERUNDANGAN (A) bertarikh 6hb. Disember 1973 Kelakuan dan perlantikan serta lencana/lambang dan uniform Perbadanan ini adalah dikawal dibawah AKTA ini. Secara Amnya organisasi perbadanan ini terbahagi kepada tiga peringkat : 1. Peringkat Kebangsaan 2. Peringkat Negeri/Wilayah 3. Peringkat Kawasan Di peringkat Kawasan ia terdiri dari Division yang mempunyai keanggotaan mengikut status division. Division Kadet Rendah (8-11 tahun) Division Kadet (11-17 tahun) Division Dewasa (17-70 tahun)

Walaubagaimana atas pertimbangan Pemerintah pada umur 16 tahun seseorang boleh dimasukkan ke dalam Division Dewasa. Seseorang yang menjadi ahli St. John Ambulans boleh bertukar dari satu Division kepada Division/Kawasan dalam mana-mana tempat dalam Malaysia dan luar Malaysia dimana terdapat St. John Ambulans di tempat tersebut.

You might also like