You are on page 1of 10

Martabat Bahasa Melayu

Pendahuluan
Berdasarkan peruntukan didalam Perkara 152, Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi Negara yang menyatakan bahawa bahasa rasmi Malaysia ialah bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak menafikan penggunaan bahasa lain seperti bahasa Inggeris, cina dan india. Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan yang mana bahasa merupakan lambang dan identiti suatu bangsa. Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa kebangsaan, akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa - bangsa Malaysia dan sebaliknya (Nordie Achie, Utusan Malaysia). Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah memartabatkan bahasa Melayu kerana ia dapat membentuk identiti bangsa kita setelah lama dijajah oleh kuasa luar. Selain itu, bahasa Melayu adalah suatu bahasa yang disifatkan kreatif kerana kedinamikannya yang mempunyai lebih daripada sepuluh bahasa asing di dalamnya seperti, Sanskrit, Tamil, Davida, Hindi, Arab, Farsi, Cina, Portugis, Belanda dan Inggeris menurut Ariff (1990). Menurut Mohd Taib Osman dan Hassan Ahmad ( 1993:102), pula, daripada bahasa Melayu juga lah lahirnya istilah bahasa Indonesia pada tahun 1928 dan menurut Hashim Awang AR et. al. ( 1998: 249-250 ), bahasa Melayu juga berkemampuan dalam pelbagai bidang ilmu seperti matematik, sains, kejuruteraan, agama, peradaban dan lain-lain yang sebenarnya menunggak falsafah ilmu berikutan sifat bahasa Melayu yang berjati diri dari sudut psikologi yang berpotensi dimartabatkan sebagai bahasa ilmu tinggi. Perkara ini dapat membuktikan bahawa bahasa Melayu mempunyai nilai yang tinggi sejak dahulu lagi.

Kepentingan Bahasa Melayu


Bahasa mempunyai banyak kepentingan atau fungsi yang dapat membentuk dan mengukuhkan sebuah Negara. Salah satu daripadanya ialah bahasa merupakan alat komunikasi . Chaer (2003:30) menyebutkan bahawa bahasa adalah alat verbal untuk komunikasi. Sebelumnya (1994), ia menegaskan bahawa bahasa sebagai suatu lambang bunyi yang bersifat arbitrer yang digunakan oleh sekelompok anggota masyarakat untuk berinteraksi dan mengidentifikasi diri. Chaer mengemukakan definisi bahasa itu berdasarkan pandangan Barber (1964:21), Wardhaugh (1997:3), Trager (1949:18), de Saussure (1996:16), dan Bolinger (1975:15), yang kemudian, Badudu (1989:3) dan Keraf (1984:16) juga sepakat bahwa bahasa adalah alat komunikasi. Pendapat lain dikemukakan oleh Brown dan Yule (1983: 1) yang menyatakan bahwa bahasa bukan hanya alat komunikasi. Dalam bahasa Brown dan Yule, hal ini disebut dengan istilah transaksional dan interpersonal. Maksudnya terdapat kebiasaan dan kebudayaan dalam menggunakan bahasa sebagai media atau alat berkomunikasi. Dengan adanya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, semua mesyarakat di Malaysia boleh berkomunikasi dengan mudah berikutan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum,iaitu melayu,cina, india dan etnik-etnik lain. Bahasa juga merupakan bahasa pendidikan yang mana ianya menjadi bahasa komunikasi dalam menyampaikan ilmu agar dapat berkembang menjadi bahasa yang moden dan menjadi asas pembinaan Negara. Perkara ini terkandung dalam Laporan Razak pada tahun 1957 dan tahun 1961. Selain itu, bahasa Melayu merupakan lambang perpaduan dan kesatuan masyarakat Malaysia. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan perpaduan sebagai penggabungan, pelaburan penyesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Oleh itu bahasa Melayu ialah bahasa penyatuan suara sebagai asas perpaduan. Perpaduan antara satu kaum dangan kaum yang lain semakin kukuh dengan hadirnya penggunaan bahasa yang selaras kerana semua penduduk Malaysia boleh berkomunikasi dengan baik,saling bertukar pengalaman dan ilmu. Apabila Perkara 152, Perlembagaan Malaysia diisytiharkan, bahasa lain selain daripada bahasa melayu secara tidak langsungnya menjadi bahasa asing. Hal ini menunjukkan bahawa pentingnya satu bahasa rasmi bagi sebuah Negara dalam menjalankan aktiviti harian seperti perniagaan dan pendidikan. Selain itu, peranan bahasa melayu amat penting dalam menjayakan gagasan 1 Malaysia kerana ia merupakan asas perpaduan. Berdasarkan sejarah,
2

perpaduan dalam sebuah Negara pelbagai kaum adalah sukar dicapai tetapi tidak mustahil sekiranya pendekatan yang diambil adalah bersesuaian dan berkesan. Bahasa Melayu juga merupakan lambang jati diri dan identiti Negara Malaysia. Bahasa membawa budi bangsa rakyat dan dapat menterjemahkan pemikiran serta budaya sesebuah Negara. Setiap Negara mempunyai bahasa mereka sendiri yang membawa identiti Negara mereka. Slogan bahasa Jiwa Bangsa membawa makna yang dalam iaitu bahasa merupakan nyawa setiap bangsa dimana tanpa penghayatan dan kecintaan terhadap bahasa, hilanglah bangsa tersebut. Sekiranya kita meninggalkan bahasa kebangsaan kita dan mengagungkan bahasa lain Malaysia akan dilihat sebagai Negara tanpa bangsa. Hal ini kerana bahasa menunjukkan jati diri bangsa, sekiranya kita mengagungkan bahasa lain akan terpancar jati diri dari Negara asing tersebut. Maka ia akan merencatkan pembentukan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia dan memberi cabaran dalam membentuk perpaduan Negara.

Isu dan Perbincangan Berkaitan Bahasa Melayu


Walaupun bahasa Melayu mempunyai banyak kepentingan dan menjadi asas yang penting dalam pembangunan Negara, penggunaan bahasa Melayu didalam pendidikan khususnya semakin berkurangan apabila penggunaan bahasa Inggeris mula ditekankan. Penekanan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik di peringkat sekolah dan penggunaan bahasa Inggeris dalam kebanyakan subjek di peringkat universiti telah menyebabkan pelajar lupa tentang penggunaan tatabahasa dan pengejaan bahasa Melayu. Contohnya ramai pelajar di universiti mengalami masalah dalam mengeja beberapa perkataan melayu seperti perkataan rekreasi yang dieja menjadi perkataan rekriasi. Selain itu mereka juga mengalami kesukaran dalam menterjemah perkataan inggeris yang biasa digunakan dalam kehidupan harian kepada bahasa Melayu apabila membuat tugasan yang diberi. Walaupun bahasa Melayu masih merupakan bahasa pengantar di sekolah dan IPT, peranan dan keupayaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu moden terbantut. Penekanan penggunaan bahasa Inggeris ini juga menyebabkan remaja masa kini kurang memahami kepentingan dan fungsi bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan. Walaupun kerajaan telah mengambil langkah untuk menamatkan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa

Inggeris PPSMI apabila timbulnya isu seperti ini, ia masih sukar untuk menukar kebiasaan pelajar yang sudah membiasakan diri dengan bahasa yang mereka sering gunakan. Selain itu, sikap memandang ringan dan tidak bertanggungjawab atas penggunaan bahasa Melayu oleh rakyat di Malaysia semakin berleluasa. Hal ini dapat dilihat dalam isu Naib Canselor Universiti Malaya (UM) mengagung-agungkan bahasa Inggeris. Naib Canselor UM tersebut telah menyatakan bahawa tiada bahasa lain yang harus keluar dari mulut pelajar kecuali bahasa Inggeris sekaligus telah memperlekehkan kedudukan bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Tidak dinafikan bahawa bahasa Inggeris meminkan peranan penting dalam masa hadapan pelajar tetapi bahasa Melayu masih perlu dimartabatkan disamping menguasai bahasa Inggeris. Selain itu, penggunaan bahasa Melayu yang salah dalam sektor pengiklanan terutamanya penggunaan papan tanda memperlihatkan kelemahan dan sikap sambil lewa dalam mempraktikkan penggunaan bahasa Melayu oleh pihak berkenaan walaupun kempen besar-besaran penggunaan bahasa Melayu yang tepat oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah dilaksanakan. Hal ini terbukti apabila terdapat papan tanda premis-premis perniagaan yang masih menggunakan gaya bahasa yang boleh menjejaskan imej bahasa Malaysia dan kesalahan yang dipaparkan cukup ketara. Isu lain yang boleh dibangkitkan ialah tahap penguasaan bahasa Melayu oleh semua kaum seperti Melayu, Cina dan India. Tahap penguasaan bahasa Melayu oleh kaum lain selain Melayu tidaklah begitu memuaskan apabila mereka susah bertutur dalam bahasa Melayu. Antaranya puncanya ialah mereka mendapat pendidikan di sekolah sekular dan dibesarkan di kawasan yang hanya diduduki oleh kaum mereka sendiri. Manakala kelemahan remaja melayu ialah kebiasaan mereka menggunakan perkataan ringkas dalam menggunakan alatan elektronik member kesan dalam kehidupan seharian mereka apabila ianya telah menjadi tabiat mereka. Kelemahan penguasaan bahasa kebangsaan ini akan memberi kesan kepada status sosial dan identiti Negara seperti apa yang dikatakan oleh Ralp Fasold dalam bukunya, The Sociolinguistics of Society dan The Sociolinguistic of Language (1990). Frederick J. Newmeyer juga mengeluarkan buah fikirannya tentang kepentingan bahasa kebangsaan iaitu sebuah Negara yang gagal memperkasakan bahasanya akan terjerumus dalam krisis sosiobudaya yang serius dalam tulisannya iaitu Language: The Sociocultural contex. Sepatutnya isu kelemahan rakyat Malaysia menguasai bahasa Melayu timbul apabila terdapat warga asing yang dapat bertutur bahasa Melayu dengan
4

fasih yang dapat dilihat dalam pertandingan pidato antarabangsa bahasa Melayu yang telah dianjurkan pada 2007 dan 2011. Kiat sebagai rakyat Malaysia sepatutnya lebih menguasai bahasa ibunda kita berbanding orang lain.

Pendekatan Yang Dilaksanakan.


Bagi mengukuhkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia ialah kerajaan hendaklah mengukuhkan penggunaan bahasa Melayu dalam pendidikan di semua jenis sekolah yang terdapat di Malaysia. Matapelajaran sains dan matematik perlu diajar dalam bahasa
5

Melayu untuk mengukuhkan lagi penguasaan matapelajaran tersebut. Asas pengetahuan dalam matapelajaran tersebut membolehkan pelajar memahami dengan jelas subjek tersebut dan dapat melahirkan idea yang bernas. Apabila asas subjek tersebut telah dikuasai dengan kukuh, barulah ia boleh berpindah keperingkat lebih tinggi menggunakan bahasa Inggeris. Penggunaan bahasa Melayu dalam pembelajaran sepatutnya tidak memberi masalah kepada kaum cina dan india kerana telah jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tentang kedudukan bahasa Melayu. Selain itu, menurut Presiden PPBMM, Prof. Madya Dr. Hashim Othman berkata, memartabatkan bahasa Melayu dan mengembalikan kedaulatannya perlu dilakukan melalui aspek pengajaran dan pembelajaran, pembinaan istilah, penerbitan dan penterjemahan serta pembudayaan bahasa Melayu. Dengan itu, Semua pelajar aliran sastera dan sains digalakkan mengambil subjek Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran elektif untuk memupuk minat membaca dan memperkukuhkan penguasaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu ini tidak menjadi penghalang untuk Malaysia supaya maju mengambil contoh seperti negara Cina, Jerman, Jepun dan Korea Selatan yang masih boleh berkembang pesat dengan menggunakan bahasa kebangsaan mereka untuk mencapai matlamat. Bagi Malaysia perkara seperti ini adalah tidak mustahil kerana tiada perkara yang mustahil di dunia ini. Selain itu, sejarah juga menunjukkan kekuatan bahasa Melayu suatu masa dahulu yang menjadi bahasa perantaan iaitu Lingua Franca. Penggunaan bahasa Melayu yang selaras dalam subjek yang ditetapkan disemua jenis sekolah menggalakkan komunikasi setiap kaum dalam jangka masa panjang. Perkara lain yang boleh dilaksanakan ialah penegasan dan penguatkuasaan dasar bahasa dalam setiap urusan rasmi dan perniagaan yang dijalankan. Keadaan sekarang menunjukkan bahawa kebanyakan urusan pejabat seperti surat-menyurat, urusan rasmi dan perniagaan menggunakan bahasa Inggeris terutamanya sektor swasta. Oleh yang demikian, keadaan tersebut hendaklah diubah selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Manakala urusan yang melibatkan wakil dari negara luar boleh menggunakan bahasa Inggeris sekiranya terdapat kesukaran dalam berkomunikasi. Penggunaan bahasa Melayu dalam pernigaan tidak menghalang pernigaan tersebut untuk mengaut keuntungan sekiranya kualiti produk yang dihasilkan adalah berkualiti. Sebagai contoh, produk animasi yang dihasilkan oleh Lescopaque Production Sdn Bhd (upin & Ipin) yang berjaya menembusi pasaran luar negara. Animasi tersebut mengetengahkan penggunaan bahasa dan budaya penduduk Malaysia yang terdiri dalam pelbagai
6

kaum. Hal ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu tidak menjadi penghalang dalam urusan perniagaan dan dapat menaikkan nama negara serta menunjukkan jati diri bangsa Malaysia. Selain itu, pindaan dan perluasan peruntukan akta yang berkaitan hendaklah dilaksanakan supaya tindakan dapat diambil atas apa-apa perkara yang menjejaskan martabat bahasa Melayu di Malaysia. Akta yang dikemaskini dan dipinda seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan, Akta Pertubuhan dan Akta Pendaftaran Perniagaan perlu dilaksanakan dengan tegas supaya penggunaan bahasa Melayu tidak dipandang ringan. Jikalau ianya tidak dilaksanakan dengan tegas, pindaan dan pengemaskinian akta tersebut adalah sia-sia. Pihak yang bertanggungjawab juga perlu sentiasa melakukan pantauan untuk memastikan tiada kesalahan bahasa yang dugunakan terutamanya atas papan tanda yang dipaparkan. Hal ini kerana kelalaian pihak berkuasa juga menyumbang kepada pertambahan masalah berkaitan bahasa Melayu. Pihak berkuasa dan kerajaan juga perlu bertindak dan berpegang tegas pada keputusan yang diambil untuk mengatasi masalah bahasa Melayu yang semakin pudar. Selain itu, tindakan tegas perlu diambil atas piha-pihak yang memperlekehkan bahasa Melayu. Bagi mempertingkatkan lagi penggunaan, penguasaan dan penghayatan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Malaysia, semua pihak hendaklah mengambil bahagian dan bekerjasama dalam menjayakan program yang dijalankan oleh kerajaan dan DBP. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah seminar bahasa yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan kempen untuk menyedarkan rakyat tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu. Selain itu kempen dan seminar tentang pelaksanaan perancangan kerajaan dalam pendidikan perlu dianjurkan supaya ia dapat membuka mata dan minda orang ramai serta memecahkan tembok persepsi mereka tentang kepentingan bahasa Melayu tanpa mengabaikan peningkatan penguasaan bahasa Inggeris. Semua pihak hendaklah memberi kerjasama dalam menerima keputusan dan rancangan kerajaan dalam mengangkat semula kedudukan bahasa Melayu. Sebagai contoh, rakyat hendaklah menerima dan memberi kerjasama apabila Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), akan ditamatkan pada 2012. Kebelakangan ini terdapat beberapa pihak yang membangkitkan isu ini kerana tidak bersetuju dengan penamatan PPSMI tersebut dan telah menyerahkan memorandum untuk meneruskan PPSMI kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak walaupun keputusan sudah dikeluarkan. Perkara ini tidak berhenti stakat itu sahaja apabila terdapat sesetengah pihak memperlekehkan bahasa Melayu di dalam akhbar bahasa
7

Inggeris. Oleh yang demikian pihak yang berkaitan hendaklah cuba membuka minda dan memikirkan kata-kata ahli falsafah dan ilmuan tentang pentingnya bahasa dalam membentuk dan mengimbangkan keadaan sosial Negara. Selain itu, para pemimpin dari setiap peringkat iaitu, sekolah, universiti, organisasi hinggalah keperingkat Negara hendaklah menunjukkan teladan yang baik dalam menggunakan bahasa Melayu yang tepat. Hal ini kerana pemimpin merupakan orang yang menjadi ikutan kepada orang bawahannya. Sekiranya pemimipin sendiri menggunakan bahasa Melayu yang salah dan sering memperlekehkan bahasa Melayu, bagaimana kedudukan dan martabat bahasa Melayu boleh diangkat dan dikembalikan kegahannya suatu masa dahulu. Kata-kata pemimpin juga penting dalam mengajak orang lain untuk menyambut sahutan kerajaan untuk memelihara bahasa Melayu daripada hilang di telan zaman.

Kesimpulan
Bahasa Melayu merupakan jiwa bangsa Malaysia yang memainkan peranan penting dalam menayatupadukan semua kaum yang terdapat di Malaysia dalam komunikasi seharian disamping memberi identiti tersendiri kepada Negara Malaysia yang menunjukkan keunikan dan budaya Negara Malaysia. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa pendidikan yang boleh membantu mengembangkan bahasa menjadi bahasa moden dan membantu proses pembangunan dan perkembangan Negara. Perkembangan dan penguasaan zaman teknologi maklumat bukan alasan
8

untuk mengabaikan bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda Negara jika kita dapat melihat bagaimana Negara seperti Jepun berkembang dengan pesat hanya menggunakan bahasa kebangsaan mereka. Dengan menutur bahasa Melayu dalam kehidupan seharian dapat meningkatkan lagi jati diri dan keyakinan kita untuk maju kehadapan dan mencipta identiti kita sendiri. Isu-isu yang bangkit hasil daripada perbahasan penggunaan bahasa Melayu boleh diatasi apabila kita merujuk semula Perkara 152 yang menyatakan fungsi-fungsi dan kedudukan bahasa Melayu yang tidak boleh disangkal lagi oleh mana-mana pihak. Sebagai penutup, Abdullah Munshi menyatakan bahawa Jika orang Melayu ingin menjadi orang besar, orang Melayu mestilah mempelajari dan memelihara secermatnya bahasa Melayu, disamping menerima serta menambah pengetahuan baru menunjukkan betapa pentingnya bahasa Melayu kepada kita.

Rujukan
1. Abdullah Sani. (2009). Bahasa dan Pembinaan Tamadun Bangsa. 2. Brown, Gillian dan George Yule (dindonesiakan oleh Soetikno).1996. Analisis Wacana.

Jakarta: Gramedia Pustaka Utama.


3. Chaer, Abdul. 1994. Linguistik Umum. Jakarta: Rineka Cipta. 4. Chaer, Abdul. 2003. Psikolinguistik, Kajian Teoretik. Jakarta: Rineka Cipta. 5. 1994. Kamus Dewan Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka. 9

6. Utusan Malaysia (2006). Satu bahasa, satu bangsa. Mac 7. Berita Harian (2011). Kembali angkat martabat bahasa Melayu. Mac 8. Berita Harian (2010). Nilai kedudukan Bahasa Melayu. Jun 9. Berita Harian (2011). Cadangan beri kelonggaran Sains, Matematik dalam BI dikaji. April 10. Munsyi, Alif Danya. 2005. Bahasa Menunjukkan Bangsa. Jakarta: KPG 11. http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/fungsi-bahasa-melayu-dalam-membentuk.html 12. http://abihulwa.blogspot.com/2010/12/isu-bahasa-bahasa-melayu-penghalang.html 13. http://abihulwa.blogspot.com/2011/03/isu-bahasa-um-perlekeh-bahasa-melayu.html 14. http://abihulwa.blogspot.com/2011/01/isu-bahasa-apabila-bahasa-melayu-diajar.html

10

You might also like