You are on page 1of 9

PERATURAN TATATERTIB TERHADAP PENJAWAT

AWAM DAN BADAN BERKANUN BERKAITAN


PAKAIAN & PENYALAHGUNAAN/PENAGIHAN
DADAH

ABDUL AZIZ HUSSIN AMN


DPA; LL.B (Hons); Dip. M. Mgmt.; MSc.(Prjt.Mgmt.);
MMIM; Peguambela & peguamcara; MMAP.
abdaziz@usm.my

PENDAHULUAN

Antara aspek yang ditekankan oleh kerajaan terhadap penjawat awam


dan penjawat badan-badan berkanun adalah mengenai pakaian dan juga aspek
penyalahgunaan atau penagihan dadah. Kertas ini membincangkan dua perkara
berkenaan. Ia dibincangkan disini kerana ia merupakan perkara baru yang
diperuntukkan secara nyata didalan Peraturan-peraturan Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (selepas ini akan disebut juga “PPA 1993”)(bagi
pegawai awam) dan juga didalam Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan
Berkanun 2000 (yakni Jadual Kedua kepada Akta Badan-badan Berkanun
(Tatatertib & Surcaj) 2000 (selepas ini akan disebut juga “PTB 2000”(bagi
pegawai-pegawai badan-badan berkanun).

PAKAIAN TERTIB/ ETIKET PAKAIAN

Salah satu peraturan baru yang diperkenalkan dalam Peraturan-peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan Peraturan Tatatertib Badan-
badan Berkanun 2000 ialah masing-masing Peraturan 6 dan Peraturan 5, iaitu
mengenai etiket pakaian semasa bertugas dan untuk urusan rasmi.

Peraturan 6 PPA 1993 dan Peraturan 5 PTB 2000, iaitu mengenai


peraturan/etiket berpakaian terbahagi kepada dua, iaitu :

Pertama, peraturan mengenai pakaian harian semasa bertugas. Dibawah


Peraturan 6(1) PPA 1993 dan Peraturan 5 (1) PTB 2000, pakaian
penjawat awam/badan berkanun adalah sebagaimana mengikut
arahan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan
Awam/ Lembaga badan berkanun dari semasa ke semasa,
mengikut mana yang berkenaan, dan
Kedua, peraturan mengenai pakaian semasa menghadiri upacara rasmi.
Dibawah Peraturan 6(2) PPA 1993 dan 5(2) PTB 2000, penjawat
awam atau badan berkanun, mengikut mana yang berkenaan,
hendaklah berpakaian sebagaimana ditentukan bagi upacara
tersebut dan jika tiada arahan sedemikian, maka dia hendaklah
berpakaian yang sesuai dengan upacara tersebut.

Mengenai Peraturan 6(1), PPA 1993 dan Peraturan 5(1) PTB 2000, ianya
sendiri bukanlah membuat apa-apa arahan mengenai pakaian apa yang boleh
dan tidak boleh dipakai oleh penjawat awam semasa bertugas harian mereka.
Peraturan 6(1) PPA 1993 dan Peraturan 5(1) PTB 2000 ini perlu dibaca
bersama-sama dengan apa-apa arahan berkaitan berpakaian, yang akan
dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Lembaga badan
berkanun berkenaan, mengikut mana yang berkenaan, dari semasa ke semasa.
Dengan itu Peraturan 6(1) PPA 1993 dan Peraturan 5(1) PTB 2000 juga
mengesahkan “kehadiran” apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam/Lembaga badan berkanun (berkaitan berpakaian
harian) ke dalam peraturan-peraturan tatatertib.

Namun jika Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam atau Lembaga badan


berkanun (mengikut mana yang berkenaan) mengeluarkan arahan sedemikian
(dalam bentuk Pekeliling atau Surat Pekeliling misalnya), adakah penjawat awam
atau penjawat badan berkanun berkenaan dengan sendirinya tahu, atau
diandaikan tahu, dan dengan itu terus berkuatkuasa terhadap penjawat awam
atau badan berkanun berkenaan? Jawapannya “Tidak”, penjawat awam atau
penjawat badan berkanun berkenaan setiap daripada mereka perlu diberitahu
secara khusus "kehadiran” arahan sedemikian, misalnya mengedarkan arahan
itu untuk dibaca dan difahami oleh setiap mereka (dan mereka mengesahkan
membaca dan memahaminya dengan menurunkan tandatangan pada edaran
itu). Penulis menekankan hal ini kerana nampaknya cara inilah yang telah
diiktiraf dan disahkan oleh mahkamah didalam kes Halimatussaadiah lwn.
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia dan seorang lagi.1

Bagi maksud Peraturan 6, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan


dan Tatatertib) 1993, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sememangnya
sebelum peraturan itu berkuatkuasa telahpun mengeluarkan Pekeliling berkaitan
berpakaian ini. Pekeliling yang dimaksudkan ialah Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 2 Tahun 1985. Pekeliling ini juga telah dipanjangkan pemakaiannya
kepada penjawat badan berkanun. Dibawah ini diperturunkan sebahagian
kandungan Pekeliling berkenaan yang relevan dengan perbincangan disini:

“2 PAKAIAN-PAKAIAN YANG DITETAPKAN PADA MASA BEKERJA

2.1 2.1 Pakaian Lelaki


2.1.1 2.1.1 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan A2 dan B3,“lounge suit” atau
“bush-jacket” dengan bahan kain yang sesuai; atau seluar panjang dengan

1
(1992) 1 MLJ 513. Lihat penghakiman hakim Eusoff Chin, di m.s. 517 berkaitan hal tersebut.
2
Yakni Kumpulan Pengurusan dan Profesional dibawah Sistem Saraan baru (SSB) atau Sistem Saraan
Malaysia (SSM).
3
Yakni Kumpulan Sokongan I dibawah SSB atau yang setara dengannya dibawah SSM.
baju kemeja dan bertali leher; dan jika baju tersebut berlengan panjang,
tangan baju hendaklah jangan dilipatkan.
2.1.2 2.1.2 Bagi pegawai-pegawai dalam Kumpulan C dan D4, seluar panjang
beserta baju kemeja dengan warna yang sesuai; baju hendaklah
dimasukkan ke dalam; jika baju tersebut berlengan panjang, tangan baju
hendaklah jangan dilipatkan.

2.1.3 2.1.3 Pakaian baju Melayu lengkap dengan bersamping; atau pakaian
baju yang mirip dengan potongan baju Melayu dan dipakai dengan seluar
panjang; pakaian Melayu dengan kain sarung tidak dibenarkan.

2.1.4 2.1.4 Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari 5, pegawai-pegawai
awam yang tidak dikehendaki memakai pakaian seragam boleh memakai
baju batik berlengan panjang atau pendek, dengan syarat baju batik yang
dipakai itu adalah buatan Malaysia.

2.1.5 2.1.5 “Jeans” atau seluar pendek tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.1.6 2.1.6 Kasut kulit atau lain-lain kasut yang sejenis dengannya. Capal boleh
dipakai dengan pakaian baju Melayu yang lengkap dengan bersamping.

2.1.7 2.1.7 Selipar, kasut getah dan kasut sukan tidak boleh dipakai semasa
bekerja.

2.2 2.2 Pakaian Wanita


2.2.1. Pakaian Kebangsaan atau pakaian kaum masing-masing yang sesuai
dipakai semasa bekerja. “Jeans”, “slacks” seluar pendek dan apa-apa pakaian
yang menutup muka6 tidak boleh dipakai semasa bekerja.
2.2.2 2.2.2 Selipar, cerpu atau yang sejenis dengannya yang mempunyai
bentuk yang sesuai boleh dipakai dengan pakaian yang ditetapkan; kasut
sukan tidak boleh dipakai semasa bekerja.

2.3 2.3 Pakaian Seragam (Lelaki dan Wanita)


2.3.1 2.3.1 Pakaian seragam hendaklah sentiasa dipakai semasa bekerja bagi
mereka yang dibekalkan dengannya.

2.4 2.4 Pakaian batik (Lelaki dan Wanita)


2.4.1 2.4.1 Pegawai-pegawai awam yang menyertai rombongan ke luar negara
atas urusan rasmi ataupun dengan anjuran jabatan masing-masing
hendaklah pada masa, tempat dan upacara yang sesuai, dan jika
dibenarkan, memakai batik buatan Malaysia. Pegawai-pegawai awam
adalah juga digalakkan memakai batik buatan Malaysia jika keadaan
4
Yakni Kumpulan Sokongan II dibawah SSB atau yang setara dengannya dibawah SSM.
5
Perkataan “Pada hari Sabtu atau hari bekerja separuh hari” disini perlulah ditafsirkan sebagai mana-
mana hari kerja separuh hari, tanpa mengira mana-mana hari Sabtu atau Khamis (iaitu mengikut Negeri),
dan lain-lain – Mengenai Waktu Bekerja, lihat contohnya Perintah-Perintah Am Bab G, 1978 (dan pindaan-
pindaannya).
6
Perenggan 2.2.1, walaupun ditujukan (yakni dibawah tajuk kecil “Pakaian wanita”), larangan kepada
penjawat awam wanita, tetapi pada pandangan penulis ia juga ditujukan kepada penjawat awam lelaki. Ini
kerana apa yang ditekankan ialah semua penjawat awam perlu mendedahkan muka supaya tidak ada unsur-
unsur negatif seperti penyamaran, salah atau silap identiti, dan lain-lain – lihat pendapat hakim Eusoff Chin
dalam kes Halimatussaadiah lwn. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Malaysia dan seorang lagi (1992)
1 MLJ 513 di m.s. 526-527.
membenarkan apabila menyertai rombongan ke luar negara dengan
anjuran persatuan, pertubuhan atau koperasi masing-masing.

2.4.2 2.4.2 Pegawai-pegawai awam yang menghadiri sesuatu upacara,


perjumpaan atau mana-mana jemputan, jika ditetapkan memakai batik,
hendaklah memakai batik buatan Malaysia.

2.5 2.5 Pakaian Lain (Lelaki dan Wanita)


2.5.1 2.5.1 Pakaian-pakaian jenis lain termasuk jenis kasut, boleh dipakai oleh
pegawai-pegawai awam semasa bekerja jika tugas-tugasnya memerlukan
pakaian demikian dan dibenarkan oleh Ketua Jabatan masing-masing.

2.6 2.6 Pakaian Yang Menjolok Mata (Lelaki dan Wanita)


2.6.1 2.6.1 Pegawai-pegawai awam tidak dibenarkan memakai pakaian yang
menjolok mata.
3. 3. PAKAIAN-PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA-UPACARA RASMI

3.1 3.1 Pakaian Rasmi (Formal) Untuk Lelaki


3.1.1. 3.1.1. Seseorang pegawai awam, yang berhak memakai uniform
ataupun dikehendaki memakai uniform yang khas hendaklah
memakai uniform tersebut apabila menghadiri upacara-upacara
rasmi. Peraturan-peraturan pakaian seperti yang telah ditetapkan
melalui surat edaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan
Awam, JPA. SULIT, 2578/Pt.1 35 bertarikh 8hb. Jun 1970 di Lampiran
“A” mengenai Pakaian Seragam Pegawai-Pegawai Tadbir dan
Professional dalam Kumpulan Pengurusan dan Ikhtisas seperti
dipinda oleh Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 1975,
hendaklah dipatuhi pada masa menghadiri istiadat-istiadat rasmi
yang menetapkan dif-dif jemputan memakai pakaian seragam atau
pakaian rasmi kebangsaan. Sekiranya pegawai itu tidak mempunyai
uniform, maka “lounge suit” bolehlah dipakai kecuali jika peraturan
pakaian khas ditetapkan.

3.2 3.2 Pakaian Untuk Upacara Separuh Rasmi (Lelaki)

3.2.1 Untuk upacara-upacara separuh rasmi yang lain, seperti menghadiri


upcara-upacara pembukaan seminar, adalah diputuskan bahawa bagi
peringkat kebangsaan (national), di mana tidak ada perwakilan
daripada luar negara, maka pakaian waktu bertugas di pejabat seperti
yang ditetapkan di dalam pekeliling ini hendaklah dipakai. Untuk
upacara-upacara peringkat antarabangsa (International), maka pakaian
“lounge suit” hendaklah dipakai.”

Jika kita perhatikan peruntukan di dalam Pekeliling berkenaan,


nampaknya ia mengandungi tiga bentuk arahan:

Pertama, arahan mengenai jenis pakaian dan cara berpakaian yang mesti
dipakai pada masa atau tempat tertentu;

Kedua, arahan yang berbentuk memberi budibicara untuk penjawat


awam memakainya atau tidak (misalnya baju batik dibawah
perenggan 2.1.4 Pekeliling); dan
Ketiga, larangan memakai jenis-jenis pakaian tertentu, ataupun jenis
pakaian pada tempat-tempat atau upacara tertentu (misalnya
larangan memakai pakaian menutup muka dibawah perenggan
2.2.1 Pekeliling dan pakaian yang menjolok mata dibawah
perenggan 2.6.1 Pekeliling)

Mengenai larangan berpakaian menutup muka pada masa bekerja, ia


pernah berbangkit didalam kes Halimatussaadiah lwn. Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam, Malaysia dan seorang lagi7. Didalam kes ini, seorang
penjawat awam wanita senantiasa memakai purdah (iaitu penutup muka, selain
daripada telekung labuh, yang menutup seluruh muka kecuali sedikit diruang
mata), semasa waktu beliau bekerja (yakni waktu kerja). Beliau telah ditunjukkan
Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 itu, dan dinasihatkan oleh ketua
jabatannya (dan juga oleh seorang pakar agama Islam) untuk menanggalkan
purdah itu, tetapi beliau enggan. Kemudiannya beliau diberi Surat Tunjuk Sebab
Dengan Tujuan Buang Kerja atas perbuatannya itu.8 Akhirnya beliau dibuang
kerja berkaitan pelanggaran larangan berpakaian menutup muka itu. Mahkamah
memutuskan bahawa tidak salah bagi Kerajaan (yakni Perkhidmatan Awam)
membuat apa-apa peraturan atau syarat mengenai cara berpakaian (yang harus,
diarah atau dilarang dipakai) penjawat awam semasa bekerja demi tatatertib
perkhidmatan asalkan arahan atau syarat itu tidak berlawanan dengan
ketenteraman awam, akhlak atau kesihatan.9 Dengan itu Mahkamah
memutuskan pembuangan kerja itu sah atas keengkaran penjawat awam
berkenaan mematuhi peraturan atau syarat berpakaian semasa bekerja.

PENYALAHGUNAAN ATAU MENAGIH DADAH BERBAHAYA

Satu lagi peruntukan baru yang diwujudkan didalam Peraturan-Peraturan


Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 ialah Peraturan 7 (dan Peraturan
6 PTB 2000) iaitu mengenai larangan mengguna atau mengambil dadah
berbahaya (kecuali bagi maksud perubatan seperti preskripsi yang dibuat oleh
pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan kerajaan). Ini
termasuklah juga larangan menyalahgunakan atau menagih dadah berbahaya.
Dengan itu adalah menjadi kesalahan yang boleh dikenakan tindakan tatatertib
dibawah Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
(atau dibawah Peraturan Tatatertib Badab Berkanun 2000, mengikut yang
berkenaan) jika seseorang penjawat awam itu didapati:

7
Ibid
8
Oleh kerana kes ini dibawah Perintah-Perintah Am Bab D, 1980 (yakni sebelum kewujudan Peraturan 6)
maka penjawat awam itu diambil tindakan tatatertib atas alasan melakukan kesalahan yang tidak
bertanggungjawab dan engkar perintah dibawah Perintah Am 4(2)(g) & (i) Perintah-Perintah Am Bab D,
1980.
9
Mengenai pandangan ini, lihat keputusan hakim Eusoff Chin, di m.s. 526-527 kes berkenaan. Diputuskan
selanjutnya arahan atau syarat itu juga tidak melanggari Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan (yakni
mengenai kebebasan menganuti dan mengamalkan agamanya) kerana pakaian purdah, mengikut Islam,
bukan wajib sebagai sebahagian pakaian bagi menutup aurat (yang tidak perlu ditutupi – iaitu muka)
(i) mengguna atau mengambil dadah berbahaya (kecuali bagi tujuan
perubatan); atau

(ii) (ii) menyalahguna atau menagih dadah berbahaya.

Pada pandangan penulis, perkataan “menyalahguna” atau “menagih”


adalah sama maksudnya (ejusdem generis). Begitu juga dengan “mengguna”
atau “mengambil” dadah berbahaya.

Persoalannya: Apakah yang digolongkan sebagai “dadah berbahaya”.


Menurut Peraturan 7(4)PPA 1993 atau Peraturan 6(4) PTB 2000, “dadah
berbahaya” ertinya apa-apa dadah atau bahan yang dinyatakan didalam Jadual
Pertama kepada Akta Dadah Berbahaya 1952. Jadual Pertama Akta tersebut
menyenaraikan dadah-dah dan bahan-bahan yang dikategori sebagai “dadah
berbahaya”10

Walaupun Peraturan 7, PPA1993 atau Peraturan 6, PTB 2000


membolehkan seseorang yang menagih dadah dikenakan tindakan tatatertib,
namun pada pandangan penulis, Peraturan 7 PPA 1993 dan Peraturan 6 PTB
2000 tersebut perlu dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan
10 Tahun 1984 iaitu mengenai “Peraturan Dan Tindakan Ke Atas Pegawai Dan
Kakitangan Yang terlibat Dengan Penagihan Dadah”. Pekeliling ini menekankan
mengenai langkah-langkah yang perlu Ketua Jabatan ambil apabila didapati ada
penjawat awam dibawahnya menagih dadah. Menurut Pekeliling ini, langkah-
langkah pemulihan dan rawatan kepada penjawat awam terbabit perlulah diambil
terlebih dahulu dengan seberapa segera yang boleh, dan jika semua langkah
rawatan dan pemulihan itu gagal maka barulah tindakan tatatertib boleh diambil
terhadap penjawat awam tersebut, termasuk dibuang kerja.

Bagi memudahkan pemahaman mengenai langkah-langkah awalan ini,


diperturunkan peruntukan-peruntukan yang relevan yang terdapat didalam
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1984 :

“2 Rawatan dan Pemulihan kepada Penagih-penagih Dadah

2.1 2.1 Di bawah Akta Penagihan Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 (Akta 283),
penagih-penagih dadah boleh dimasukkan ke pusat pemulihan dengan ;

(i) (i) perintah Mahkamah

(ii) (ii) cara sukarela iaitu penagih dadah sendiri memohon untuk menjalani
rawatan dan pemulihan.

10
Lihat LAMPIRAN 9b buku Abdul Aziz Hussin. 2002. Undang-undang Mengenai Kalakuan dan
Tatatertib Penjawat Awam – Hak dan Tanggungjawab. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
mengenai senarai dadah-dadah dan bahan-bahan yang dikategorikan sebagai “dadah berbahaya”
2.2 2.2 Ketua-ketua Jabatan juga boleh melaporkan kepada mana-mana Pegawai
Pemulihan atau mana-mana Pegawai Kebajikan Masyarakat atau mana-mana
pegawai polis yang berpangkat tidak rendah dari Sarjana atau mana-mana pegawai
penjaga balai polis, mengenai pegawai dan kakitangan mereka yang disyaki terlibat
dengan penagihan dadah.

3. 3. Dasar dan Peraturan Baru mengenai Masalah Dadah

3.1 3.1 Kerajaan telah memutuskan bahawa dasar dan peraturan-peraturan berikut
hendaklah dikuatkuasakan :

(i) (i) Calon-calon yang akan dilantik


Tiap-tiap seorang calon yang akan dilantik ke perkhidmatan awam
hendaklah mengangkat sumpah di bawah Akta akuan Berkanun 1960
bahawa “ianya bukan penagih dadah”.

(ii) (ii) Pegawai dan Kakitangan dalam percubaan


Pegawai dan kakitangan dalam percubaan bagi lantikan pertama akan
ditamatkan perkhidmatan mereka di bawah Perintah Am 58, Perintah-
perintah Am Bab A (Lantikan dan Kenaikan Pangkat 1973) sekiranya
mereka didapati terlibat dengan penagihan dadah.

(iii) (iii) Pegawai dan kakitangan yang telah disahkan dalam jawatan

(a) (a) Pegawai dan kakitangan Kerajaan yang memohon cara sukarela
untuk menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan boleh diberi
cuti separuh gaji selama mereka berada di pusat pemulihan dengan
syarat bahawa rawatan dan pemulihan itu adalah buat kali yang
pertama:

(b) (b) Pegawai dan kakitangan Kerajaan yang dihantar ke pusat


pemulihan dengan perintah Mahkamah

(i) (i) akan diberi cuti tanpa gaji selama tempoh menjalani
rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan;
(ii) (ii) tidak akan diberi kenaikan gaji selama tempoh menjalani
rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan.
(iii) (iii) Akan dibayar gaji atas kadar yang diterima sebelum
masuk ke pusat pemulihan sekembalinya mereka berlepas
semula selepas menjalani rawatan dan pemulihan:

(c) (c) Pegawai dan kakitangan yang didapati menagih dadah semula
selepas menjalani rawatan dan pemulihan di pusat pemulihan atau
dengan cara pengawasan, termasuk mereka yang pernah menjalani
rawatan dan pemulihan dipusat pemulihan atau secara pengawasan
sebelum Pekeliling ini dikeluarkan, boleh diambil tindakan tatatertib di
bawah Perintah Am 36, Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan
dan Tatatertib) 198011 dengan tujuan dibuang kerja.

11
Ayat “boleh diambil tindakan tatatertib dibawah Perintah Am 36, Perintah-perintah Am Pegawai Awam
(Kelakuan dan Tatatertib) 1980 dengan tujuan dibuang kerja ,” kini perlu dibaca, “boleh diambil tindakan
tatatertib dibawah Peraturan 38, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
dengan tujuan dibuang kerja”.
(d) (d) Pegawai dan kakitangan yang meninggalkan pusat pemulihan
tanpa kebenaran sebelum tamat tempoh rawatan dan pemulihan atau
gagal mematuhi perintah pengawasan, boleh diambil tindakan tatatertib
seperti dinyatakan di perenggan kecil (c) di atas.

(iv) (iv) Pegawai dan kakitangan yang telah pulih penagihan dadah

Pegawai dan kakitangan yang telah pulih dari penagihan dadah hendaklah
diberi tugas dan tanggungjawab yang sama seperti sebelum mereka terlibat
dengan penagihan dadah. Sekiranya prestasi mereka didapati menurun,
pegawai dan kakitangan yang berkenaan hendaklah di laporkan kepada
pegawai perubatan untuk menentukan sama ada mereka boleh diberi tugas
dan tanggungjawab yang sama seperti sebelum mereka menagih dadah”

Oleh kerana peruntukan didalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10


Tahun 1984 ini adalah jelas, maka penulis tidak bercadang menghuraikannya
lagi disini.

PENUTUP

Adalah jelas bahawa kerajaan begitu perihatin dan amat menekankan


soal etiket pakaian penjawat awam atau penjawat badan berkanun. Selain
daripada itu, masaalah penyalahgunaan dadah yang turut juga “menyerang”
penjawat awam atau penjawat badan berkanun turut dipandang serius oleh
kerajaan. Ini menjadikan dua perkara tersebut didokumenkan didalam Peraturan
Tatatertib. Amat jelas tujuan ianya diwujudkan, iaitu kearah menjadikan
perkhidmatan awam/badan berkanun disegani, berwibawa dan melaksanakan
tugas dengan baik. Kita semua, samaada dikalangan penjawat awam sendiri
atau penjawat badan berkanun, dan juga orang awam, perlu sama-sama
menyokong pemakaian peraturan-peraturan berkenaan dan menghayati maksud
atau tujuannya.

You might also like