P. 1
PENERIMAAN PERUMAHAN HONEYCOMB DI KALANGAN

PENERIMAAN PERUMAHAN HONEYCOMB DI KALANGAN

4.5

|Views: 2,611|Likes:
Published by Mazlin Ghazali
Acceptance of the Honeycomb Housing Concept amomng Housing developers in Johor Bahru.
ABSTRACT
In the 21st century where quality is the measurer of all, developers are competing with each other in providing better living environment to attract home buyers. Therefore, modern developers are willing try out new concepts to provide variety for potential buyers. The concept of Honeycomb housing which is introduced in the year 2004 is seen as a new alternative in housing development of the nation. In Honeycomb housing, the houses are clustered in cul-de-sac with a communal space in the middle. This forms a courtyard neighbourhood. This study aims at elicit views and acceptance amongst private housing developers in Johor Bahru. In order to achieve the first objective, this new concept is introduced to private developers in Johor Bahru. The finding shows that almost all of the developers do not know about Honeycomb housing before this study is done. Other than that, this study involves theoretical comparison between Honeycomb housing and ordinary terrace housing in terms of landuse efficiency, physical appearance of residential building and social aspect as stated in the second objective. The third objective involves obtaining views from developers, thus determining their acceptance towards Honeycomb housing. Most of the developers found this new concept acceptable, they believed this concept is good but might be difficult to be implemented. Therefore, most of them chose to carry out mixed housing development (Honeycomb and terrace). The strength of Honeycomb housing includes providing a safer living environment with more green spaces. However there are still some shortcomings such as the odd shape of the residential buildings, the complicated circulation system and possible longer period needed in gaining planning approval. In short, the concept of Honeycomb housing is acceptable amongst private housing developers in Johor Bahru.
Acceptance of the Honeycomb Housing Concept amomng Housing developers in Johor Bahru.
ABSTRACT
In the 21st century where quality is the measurer of all, developers are competing with each other in providing better living environment to attract home buyers. Therefore, modern developers are willing try out new concepts to provide variety for potential buyers. The concept of Honeycomb housing which is introduced in the year 2004 is seen as a new alternative in housing development of the nation. In Honeycomb housing, the houses are clustered in cul-de-sac with a communal space in the middle. This forms a courtyard neighbourhood. This study aims at elicit views and acceptance amongst private housing developers in Johor Bahru. In order to achieve the first objective, this new concept is introduced to private developers in Johor Bahru. The finding shows that almost all of the developers do not know about Honeycomb housing before this study is done. Other than that, this study involves theoretical comparison between Honeycomb housing and ordinary terrace housing in terms of landuse efficiency, physical appearance of residential building and social aspect as stated in the second objective. The third objective involves obtaining views from developers, thus determining their acceptance towards Honeycomb housing. Most of the developers found this new concept acceptable, they believed this concept is good but might be difficult to be implemented. Therefore, most of them chose to carry out mixed housing development (Honeycomb and terrace). The strength of Honeycomb housing includes providing a safer living environment with more green spaces. However there are still some shortcomings such as the odd shape of the residential buildings, the complicated circulation system and possible longer period needed in gaining planning approval. In short, the concept of Honeycomb housing is acceptable amongst private housing developers in Johor Bahru.

More info:

Published by: Mazlin Ghazali on Dec 17, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/10/2014

pdf

text

original

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL : PENERIMAAN PERUMAHAN HONEYCOMB DI KALANGAN PEMAJU PERUMAHAN DI JOHOR BAHRU SESI PENGAJIAN: Saya I 2006/2007

TNAY THENG HUNG
(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tanda ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIAH RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

(TANDATANGAN PENULIS)

(TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap 202A LORONG 1 JALAN SEMABA 93250 KUCHING, SARAWAK Tarikh: 7 NOVEMBER 2006

DR. NOORAINI BINTI YUSOFF Nama Penyelia Tarikh: 7 NOVEMBER 2006

CATATAN:

*
**

Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pikah berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Project Sarjana Muda (PSM)

i

PENERIMAAN PERUMAHAN HONEYCOMB DI KALANGAN PEMAJU PERUMAHAN DI JOHOR BAHRU

TNAY THENG HUNG

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah

Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER, 2006

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan

:

……………………………………

Nama Penulis

:

TNAY THENG HUNG

Tarikh

:

24 NOVEMBER 2006

iii

PENGESAHAN PENYELIA DAN PEMBACA

“Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah”.

Tandatangan Nama Penyelia Tarikh

: : :

………………………………... PM DR. NOORAINI BINTI YUSOFF 23 November 2006

Tandatangan Nama Pembaca Tarikh

: : :

………………………………... PM DR. HO CHIN SIONG 23 November 2006

iv

DEDIKASI

To my beloved ah paa, ah mee, ah boy, ah nai and po po. To my beloved pals. To my Dear. Thank you for everything. You have given me strength and support. Thank you.

v

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada penyelia PSM, PM Dr. Nooraini Binti Yusoff yang telah banyak memberi tunjuk ajar, nasihat dan dorongan dalam usaha menyiapkan laporan projek sarjana muda ini. Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang pensyarah yang telah banyak memberi nasihat dan teguran semasa penyediaan PSM ini. Mereka termasuk PM Dr. Ho Chin Siong, Dr. Muhd Zaly Shah, En. Rahim Md Yunus dan En. Ahmad Tajuddin Hj. Kechik.

Pihak yang memainkan peranan penting sekali dalam pengajian saya ialah keluarga saya. Mereka sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada saya agar saya boleh berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pengajian. Segala jasa ibu bapa pada saya amat saya hargai, janji saya pada mereka akan saya tunaikan.

Tidak melupakan jasa baik teman-teman saya yang senantiasa berada di sisi saya tidak kira pada waktu yang susah mahupun yang gembira. Terima kasih diucapkan kepada Chabo, Da Jie, Da Sin Yee, Sweet, Sin Nge, Lee Ting, Yun Ooi, Pooi Ee, Zhi Ling, Da Ge, Kar Yong and Wai Hong. Selain itu, saya ingin mengambil kesempatan menujukan mesej penghargaan saya kepada saudara Goh Fang Yih atas segala bantuan, nasihat dan dorongan yang diberi.

Akhir sekali, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Ar Mazlin Ghazali, pengasas konsep perumahan Honeycomb. Beliau telah banyak membantu dalam membekalkan sumber rujukan dan dorongan dalam proses penyediaan projek sarjana muda ini. Selain itu, tidak melupakan pemaju-pemaju perumahan yang sudi memberi kerjasama semasa kajilidik dijalankan.

Terima kasih kepada semua.

vi

ABSTRAK

Pada hari ini dimana kualiti merupakan pengukur kepada segala yang dilakukan, pemaju menghadapi persaingan yang hebat sesama sendiri dalam usaha menarik pembeli rumah. Konsep perumahan Honeycomb yang diperkenalkan pada tahun 2004 dilihat sebagai satu alternatif baru dalam penyediaan perumahan pada masa depan. Dalam konsep Honeycomb, rumah-rumah dikelompokkan dalam bentuk cul-de-sac dengan satu kawasan lapang di tengah-tengah. Ini membentuk satu courtyard neighbourhood. Kajian ini menjurus kepada pandangan serta penerimaan konsep perumahan Honeycomb di kalangan pemaju perumahan swasta di Johor Bahru. Dalam mencapai objektif pertama kajian, konsep perumahan Honeycomb diperkenalkan kepada pemaju perumahan di Johor Bahru. Kajian menunjukkan bahawa majoriti pemaju tidak mengetahui mengenai konsep Honeycomb sebelum kajian ini dijalankan. Selain itu, kajian ini juga melibatkan perbandingan secara teotitikal mengenai aspek keefisienan gunatanah, rekabentuk serta faktor sosial di antara perumahan Honeycomb dan perumahan teres seperti yang digariskan dalam objektif kedua. Objektif ketiga melibatkan peninjauan pandangan dan penerimaan pemaju terhadap konsep perumahan Honeycomb. Majoriti pemaju perumahan boleh menerima konsep ini, mereka berpendapat bahawa konsep ini adalah bagus tetapi susah untuk dilaksanakan. Maka, kebanyakan pemaju memilih untuk memajukan perumahan Honeycomb secara bercampur dengan perumahan teres. Kelebihan perumahan Honeycomb termasuk boleh menyediakan persekitaran kediaman yang lebih selamat, lebih dingin dengan peratusan kawasan lapang yang lebih tinggi. Kekurangan konsep ini termasuk bentuk bangunan yang dianggap pelik, sistem sirkulasi yang dianggap complicated serta kemungkinan memerlukan tempoh yang lebih panjang untuk mendapat kebenaran merancang.Pendek kata, konsep perumahan Honeycomb adalah boleh diterima oleh pemaju perumahan di Johor Bahru.

vii

ABSTRACT

In the 21st century where quality is the measurer of all, developers are competing with each other in providing better living environment to attract home buyers. Therefore, modern developers are willing try out new concepts to provide variety for potential buyers. The concept of Honeycomb housing which is introduced in the year 2004 is seen as a new alternative in housing development of the nation. In Honeycomb housing, the houses are clustered in cul-de-sac with a communal space in the middle. This forms a courtyard neighbourhood. This study aims at elicit views and acceptance amongst private housing developers in Johor Bahru. In order to achieve the first objective, this new concept is introduced to private developers in Johor Bahru. The finding shows that almost all of the developers do not know about Honeycomb housing before this study is done. Other than that, this study involves theoretical comparison between Honeycomb housing and ordinary terrace housing in terms of landuse efficiency, physical appearance of residential building and social aspect as stated in the second objective. The third objective involves obtaining views from developers, thus determining their acceptance towards Honeycomb housing. Most of the developers found this new concept acceptable, they believed this concept is good but might be difficult to be implemented. Therefore, most of them chose to carry out mixed housing development (Honeycomb and terrace). The strength of Honeycomb housing includes providing a safer living environment with more green spaces. However there are still some shortcomings such as the odd shape of the residential buildings, the complicated circulation system and possible longer period needed in gaining planning approval. In short, the concept of Honeycomb housing is acceptable amongst private housing developers in Johor Bahru.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS HALAMAN JUDUL PENGAKUAN PENGESAHAN PENYELIA DAN PEMBACA DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN i ii iii iv v vi vii viii

1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1.2 Penyataan Masalah 1.3 Matlamat Kajian

1 5 10 10 10 11 12 13 13 13 14 14

1.4 Objektif Kajian 1.5 Skop Kajian 1.6 1.7 1.8 1.9 Persoalan Penyelidikan Kepentingan Kajian Kawasan Kajian Metodologi Kajian 1.9.1 Pemahaman Rasionale Kajian 1.9.2 Kajian Literatur 1.9.3 Persampelan, Pengumpulan Data dan Analisis

viii 1.9.3.1 1.9.3.2 1.9.4 Persampelan Pendekatan Analisis 15 16 21 23 24

Rumusan dan Cadangan Am

1.10 Limitasi Kajian 1.11 Rumusan

2

PERUMAHAN DAN KONSEP HONEYCOMB

2.1 Pengenalan 2.2 Definisi 2.3 Sejarah Penglibatan Pemaju Perumahan Swasta dalam Pembangunan Perumahan Negara 2.4 2.5 2.6 2.7 Konsep Kualiti Perumahan yang Baik Latar Belakang Perkembangan Jenis Susunatur Perumahan Jenis Susunatur Perumahan Semasa Konsep Perumahan Honeycomb 2.7.1 2.7.2 2.7.3 2.7.4 2.7.5 Kaedah Teselasi (Tessellation) Segmen Jubin Teselasi Membentuk Courtyard Tujuan Pelaksanaan Konsep Faedah Pelaksanaan Konsep 2.7.5.1 2.7.5.2 2.7.5.3 2.7.5.4 2.7.6 Faktor Keefisienan Gunatanah Faktor Keselamatan Faktor Integrasi Sosial Faktor Alam Sekitar

25 26 30

32 34 37 44 45 46 47 48 49 49 50 55 57 58

Cabaran yang Dihadapi dalam Pembangunan Perumahan Honeycomb

2.8

Perbandingan Perumahan Honeycomb dan Perumahan Teres 2.8.1 Perbandingan Faktor Keefisienan Gunatanah 2.8.2 2.8.3 Perbandingan Faktor Rupabentuk Fizikal Perbandingan Faktor Integrasi Sosial

59 59 61 63 65

2.9

Kesimpulan

ix 3 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN

3.1 Pengenalan 3.2 Analisis Latar Belakang Pemaju 3.2.1 Tempoh Penubuhan Syarikat 3.2.2 3.2.3 Skala Projek yang Lazim Dijalankan Bilangan Projek yang Telah Disiapkan

66 67 68 68 69 69 70

3.2.4 Modal Syarikat 3.3 Analisis Jenis Susunatur Perumahan yang Cenderung Digunakan oleh Pemaju Perumahan 3.4 Analisis Pandangan Pihak Pemaju Terhadap Perumahan Honeycomb 3.4.1 3.4.2 Pengetahuan Pemaju tentang Perumahan Honeycomb Tanggapan Pihak Pemaju Terhadap Perumahan Honeycomb Berbanding dengan Perumahan Teres 3.4.3

72

73 75

Perbandingan Kriteria Antara Perumahan Honeycomb 76 dan Perumahan Teres

3.5

Analisis Penerimaan Pihak Pemaju Terhadap Perumahan Honeycomb 3.5.1 Tanggapan tentang Kebolehlaksanaan Perumahan Honeycomb 3.5.2 3.5.3 3.5.4 3.5.5 Pemilihan Konsep Pembangunan Sebab Pemilihan Konsep Honeycomb Sebab Kenapa Tidak Memilih Konsep Honeycomb Tahap Penerimaan Konsep Honeycomb

82

82

84 86 87 88 92

3.6

Rumusan

4

RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN AM

4.1 Pengenalan 4.2 4.3 4.4 4.5 Rumusan Kajian Cadangan Am Cadangan Kajian Lanjutan Kesimpulan

97 97 99 103 104

x SENARAI RUJUKAN

LAMPIRAN

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL 1.1

TAJUK

HALAMAN 9

Pencapaian pembinaan perumahan bagi tahun 2001 hingga 2005

1.2 2.1

Cara penganalisaan persoalan penyelidikan Perbandingan keluasan, bilangan unit dan densiti antara perumahan Honeycomb dan teres

19 60

2.2 3.1 3.2 3.3 3.4

Keputusan perbandingan keluasan, bilangan, unit dan densiti Pendekatan analisis yang digunakan dalam setiap bahagian Skala projek yang lazim dijalankan Bilangan projek yang telah disiapkan Kecenderungan pemaju dalam penggunaan jenis susunatur yang berbeza

61 67 69 69 71

3.5

Skor bagi setiap jenis susunatur dalam kecenderungan yang berbeza

71

3.6 3.7

Jenis susunatur mengikut tahap kecenderungan penggunaan Perbezaan kriteria pada perumahan Honeycomb dan perumahan teres

71 78

3.8

Perkaitan pemaju dengan tanggapan bahawa konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dan kebolehlaksanaan konsep

83

3.9

Perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan jens pembangunan yang ingin dicuba

86

3.10 3.11 3.12

Skor bagi setiap sebab Sebab bagi pemaju yang tidak memilih konsep Honeycomb

88 88

Perkaitan pemaju dengan tanggapan bahawa Konsep Honeycomb 90 lebih baik daripada perumahan teres dan tahap penerimaan

3.13

Perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan tahap penerimaan konsep

91

xii 3.14 Kekuatan dan jenis perkaitan di antara jenis susunatur yang lazim 92 digunakan dengan tahap penerimaan konsep

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

HALAMAN

1.1 1.2 1.3

Susunan rumah dalam bentuk linear Susunan perumahan Honeycomb dalam cul-de-sac Rumah disusun dalam cul-de-sac dengan taman kecil di tengah-tengah

1 2 2

1.4 1.5

Proses teselasi dalam pembentukan konsep Honeycomb Penggunaan konsep Honeycomb dalam pembinaan pangsapuri dan kondominium

3 4

1.6 2.1 2.2 2.3

Carta alir peringkat kajian Sarang lebah berbentuk heksagon Corak petempatan kampung berbentuk cluster Susunatur jenis rectilinear grid membentuk blok bangunan di pusat Bandar

22 26 35 36

2.4

Rumah pangsa dengan empat tingkat ke atas merupakan hasil daripada perkembangan petempatan perumahan pada zaman revolusi perindustrian

36

2.5

Susunatur jenis patio yang diamalkan di Pueblo San Fernando pada abad ke-18

37

2.6 2.7

Sistem grid yang dikatakan kaku dan membosankan Rekabentuk jalan yang lurus membolehkan pemandu meningkatkan kelajuan.

37 38

2.8

Susunatur jenis gridiron bercanggahan dengan konsep defensible space dan menyebabkan aliran trafik laluan bertambah. (Susunatur: Taman Tun Aminah)

39

xiv 2.9 Radburn Garden Community yang mula menggunakan cul-de-sac secara meluas 2.10 Susunan cul-de-sac yang mempunyai jarak pendek boleh mengurangkan kelajuan kenderaan, mencegah kedatangan penjenayah dan sesuai untuk kegunaan rekreasi kanak-kanak 2.11 Susunatur jenis cul-de-sac yang digunakan dalam kawasan perumahan (Taman Universiti) 2.12 Jenis persimpangan yang digunakan dalam rekabentuk gridiron dan rectilinear. 2.13 Susunatur jenis rectilinear yang digunakan di Taman Universiti, Skudai. 2.14 2.15 Susunatur jenis loop Susunatur loop mengasingkan trafik tempatan dan trafik laluan utama 2.16 Pembangunan Ledang Heights yang menggunakan konsep loop dalam susunaturnya. 2.17 2.18 2.19 Cluster jenis around an entrance court dan around a garden space 43 Corak dengan kesan visual yang kompleks hasilan kaedah teselasi 45 Jubin ibu yang mengandungi elemen seperti rumah, taman, jalan dan kawasan lapang 2.20 2.21 Pembentukan corak kompleks menerusi kaedah teselasi Pembentukan kejiranan cul-de-sac melalui teselasi ’jubin anak’ dan ’jubin ibu’ 2.22 Kawasan lapang yang terletak di tengah-tengah kejiranan memudahkan penduduk di kawasan tersebut 2.23 2.24 Rumah quaduplex bercantum secara ‘side-to-side’ Sistem jalan ’through’ menggunakan tanah yang lebih banyak untuk kawasan jalan. 2.25 Perimeter heksagon adalah 7 peratus lebih pendek berbanding perimeter segiempat 2.26 2.27 2.28 ’Plinth area’ yang lebih tinggi di lot berbentuk trapezium Hierarchy of Defensible Space Penyusunan ruangan dalam konsep Honeycomb yang bercirikan konsep defensible space 50 52 53 50 48 49 48 46 47 46 43 42 42 41 41 40 40 39

xv 2.29 2.30 2.31 Sistem sirkulasi dalam perumahan Honeycomb Sistem sirkulasi dalam perumahan teres Trafik laluan bukan sahaja mengganggu ketenteraman malah berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak 2.32 Kawsan lapang di kelompok perumahan (courtyard neighbourhood) merupakan tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti informal 2.33 Persekitaran perumahan Honeycomb dengan pokok peneduh mengurangkan kesan heat-island 2.34 2.35 Bentuk rumah Honeycomb dan teres Penggunaan ruang dalaman bagi rumah Honeycomb dan rumah teres. 3.1 3.2 3.3 Tempoh penubuhan syarikat pemaju perumahan Modal syarikat Pengetahuan pihak pemaju terhadap perumahan Honeycomb sebelum kajian ini 3.4 3.5 3.6 Peraturan keputusan bagi Ujian Perkadaran Peraturan keputusan bagi Ujian Perkadaran Perbandingan kriteria antara perumahan Honeycomb dengan perumahan teres 3.7 3.8 3.9 3.10 3.11 3.12 4.1 4.2 Bucu-bucu dalam rumah berkonsepkan Honeycomb Kebolehlaksanaan konsep Honeycomb Pemilihan antara konsep Honeycomb dan teres Peraturan keputusan bagi Ujian Perkadaran Sebab pemilihan konsep Honeycomb Tahap penerimaan konsep Honeycomb Tahap cul-de-sac dalam satu courtyard neighbourhood Pengubahsuaian konsep Honeycomb kepada satu tahap cul-de-sac untuk satu kejiranan 4.3 Akses keluar masuk menampung penduduk tiga courtyard neighbourhood. 4.4 Akses keluar masuk ke setiap courtyard neighbourhood 102 101 80 82 84 85 87 89 100 100 74 76 77 68 70 73 62 63 58 56 54 54 55

BAB 1 PENGENALAN

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan Penyusunan rumah di negara kita adalah dalam bentuk bersambung,

berbandung ataupun sesebuah. Rumah yang bersambungan dikenali sebagai rumah teres manakala rumah berbandung dikenali sebagai rumah berkembar dan rumah sesebuah dipanggil rumah banglo. Biarpun rumah teres ataupun rumah berkembar, penyusunan dibuat secara berbaris dan berhadapan dengan jalan, dimana setiap lot rumah dapat diakses secara terus dari jalan tempatan. Sungguhpun bentuk barisan rumah tersebut mungkin diubah mengikut keperluan fizikal tapak ataupun untuk tujuan rekabentuk, tetapi bentuknya masih kekal linear. Dengan kata lain, dalam apa-apa keadaan pun, bentuk bagi rumah teres ataupun berbandung dan sesebuah akan kekal dalam keadaan linear. Rajah 1.1 menunjukkan pelbagai susunatur perumahan sedia ada. Dalam rekabentuk susunatur tersebut, bentuk linear dikekalkan.

Rajah 1.1: Susunan rumah dalam bentuk linear

2 Pada tahun 2004, seorang arkitek Melayu, Ar. Mazlin Ghazali telah mengenalkan alternatif baru dalam susunatur perumahan. Beliau telah mengemukakan susunatur perumahan menggunakan konsep Honeycomb, atau lebih dikenali sebagai perumahan Honeycomb. Dalam susunatur konsep perumahan Honeycomb, rumah disusun secara berkelompok dalam cul-de-sac dengan sebuah taman kecil di tengah-tengah perkelompokan tersebut. Rajah 1.2 menunjukkan susunan perumahan Honeycomb dalam cul-de-sac manakala Rajah 1.3 menunjukkan illustrasi perumahan Honeycomb.

Rajah 1.2: Susunan perumahan Honeycomb dalam cul-de-sac

Rajah 1.3: Rumah disusun dalam cul-de-sac dengan taman kecil di tengah-tengah Susunatur Honeycomb menggunakan kaedah ’teselasi’ (tessellation) dalam penyusunan rumah, dimana rumah disusun dalam cul-de-sac berbentuk heksagon. Bentuk ini kemudian diulang sehingga membentuk susunatur perumahan yang menyerupai ruang dalam sarang lebah (Honeycomb). Rajah 1.4 menunjukkan secara ringkas proses teselasi dalam membentuk konsep Honeycomb.

3

+ +

Rajah 1.4: Proses teselasi dalam pembentukan konsep Honeycomb Perumahan menggunakan konsep ini merupakan sesuatu yang baru dan inovatif. Rekabentuk susunatur perumahan Honeycomb merupakan konsep yang pertama kali diperkenalkan di negara kita. Konsep ini telah mendapat anugerah Johan dalam ‘16th International Invention, Innovation, Industrial Design and Technology Exhibition’ di Kuala Lumpur pada bulan Mei tahun 2005 (Property Times, 1 Oktober 2005). Ia adalah amat fleksibel kerana perumahan Honeycomb ini bukan sahaja boleh menyediakan persekitaran yang selesa dan eksklusif dengan

4 rekabentuk yang menyerupai rumah berkembar dan rumah banglo untuk setiap unit rumah, malah juga boleh memenuhi permintaan penawaran perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dengan mengubah cara pembahagian ruang untuk mendapat bilangan unit rumah yang lebih banyak. Mengikut kajian perbandingan yang dijalankan oleh pasukan professional (Metro Kajang Bhd., Ir. C.T. Sia, dan Edmund Foo sebagai Pengukur Bahan), susunatur teres dapat menghasilkan sebanyak 544 unit rumah dalam tanah seluas 48.68 ekar tanah manakala dengan menggunakan konsep Honeycomb, sebanyak 568 unit rumah boleh dibina di atas tanah yang sama. Dengan kata lain, densiti untuk rumah Honeycomb adalah lebih tinggi sedikit daripada densiti rumah teres. (Mazlin Ghazali, Ir. C.T. Sia, Datuk Eddie Chen, Edmund Foo and Mohd. Peter Davis, 2005) Selain itu, konsep ini juga boleh digunapakai dalam merekabentuk susunatur pangsapuri dan kondominium seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5. Dengan kata lain, perumahan Honeycombadalah sesuai untuk pelbagai jenis pembangunan perumahan.

Rajah 1.5: Penggunaan konsep Honeycomb dalam pembinaan pangsapuri dan kondominium Walau bagaimanapun, penggunapakaian konsep baru dalam pembangunan perumahan banyak bergantung kepada keperluan dan citarasa pembeli rumah serta pemaju rumah. Lantaran itu, kajian ini akan meneliti pandangan dan penerimaan pemaju rumah terhadap perumahan Honeycomb.

5 1.2 Penyataan Masalah Susunatur jenis teres dilihat sebagai pembangunan yang paling sesuai untuk mencapai densiti yang tinggi dalam konteks landed property. Senario ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia. Hal ini kerana sumber tanah merupakan salah satu sumber yang amat terhad. Dalam pada itu, susunatur rumah teres jenis grid-iron, cul-de-sac dan rectilinear yang dapat menghasilkan pembangunan dengan densiti yang lebih tinggi dilihat sebagai cara penyusunan yang paling mudah, paling menjimat ruang serta kos pembinaan. Lazimnya, dalam rekabentuk susunatur taman perumahan, rumah teres disusun secara linear dengan jalan tempatan selebar 40 kaki di depan rumah, lorong belakang dan lorong tepi selebar 20 kaki. Kemudahan kemasyarakatan seperti padang permainan, sekolah, surau, pusat komuniti dan seumpamanya disediakan di tengah-tengah taman perumahan. Penyusunan sebegini sememangnya amat memudahkan penduduk taman kerana aksesibiliti yang tinggi ke rumah sendiri dan juga kemudahan lain. Walau bagaimanapun, susunatur ini adalah kurang berkesan dari segi pencegahan jenayah dan pembinaan komuniti. Dalam kajian kes pencurian oleh Mike Maguire (1982) dan Jackson dan Winchester (1982) mendapati bahawa rumah yang terletak berdekatan dengan jalan utama atau jalan laluan (through road) adalah lebih cenderung untuk menjadi sasaran penjenayah. Penyataan ini adalah sesuai untuk menjelaskan keadaan yang dihadapi oleh rumah teres yang berhadapan dengan jalan. Di samping itu, ‘A Pattern Language’ terbitan Oxford University Press menyatakan bahawa:

“People will not feel comfortable in their houses unless a group of houses forms a cluster, with the public land between them jointly owned by all the householders.” Dengan kata lain, suatu persekitaran kediaman yang selesa adalah persekitaran berbentuk kelompok (cluster) dimana penduduk mempunyai kuasa dan hak secara langsung terhadap tempat awam yang terletak berdekatan dengan mereka.

6 Tempat awam tersebut akan menjadi tumpuan untuk interaksi sosial di kalangan penduduk. Mereka akan mempunyai sikap bertanggungjawab sekiranya mereka merasai bahawa sesuatu kemudahan itu dimiliki mereka. Daripada kajian perbandingan keberkesanan susunatur perumahan dalam mencapai prinsip ’Unit Kejiranan’ Clarence Perry (De Chiara et al, 1984) yang dijalankan oleh Nor Azlina (2004), mendapati perumahan jenis gridiron dan linear mencatat skor yang paling rendah daripada lima jenis susunatur yang dibandingkan. Antara jenis susunatur yang dibandingkan adalah jenis cul-de-sac, loop, gridiron, linear, curvilinear. Dengan kata lain, susunatur gridiron dan linear adalah kurang berkesan dalam mencapai prinsip ‘Unit kejiranan’ berbanding dengan susunatur jenis loop, cul-de-sac dan curvilinear. Sebahagian keperluan yang digariskan oleh Perry adalah seperti berikut: • • Sesebuah kejiranan patut dikelilingi oleh jalan arteri supaya dapat mengelakkan trafik laluan (through traffic). Jalan di kawasan kejiranan sewajarnya mempunyai hirarki yang jelas dengan kelebaran yang minimum untuk mengelakkan trafik laluan (through traffic) Sebab utama susunatur jenis gridiron dan linear mencatat skor yang paling rendah adalah kerana susunaturnya yang menggalakkan trafik laluan. Di samping itu, penyediaan lorong belakang di perumahan teres telah meningkatkan kemungkinan bagi penjenayah untuk melarikan diri dari lorong belakang. Maka kes jenayah seperti pecah rumah dan pencurian sering berlaku di lorong belakang. Sepertimana yang dikatakan dalam kajian Nor Azlin (2001), jenayah berlaku di kawasan yang tersembunyi, gelap, tertutup dan ruang perangkap. Dengan kata lain, keadaan lorong belakang yang seolah-olah terbiar dan sunyi sememangnya merupakan salah satu faktor fizikal yang mendorong kepada kelakunya jenayah. Oleh kerana faktor seperti yang disebut, konsep Honeycomb dilihat sebagai alternatif untuk menyelesaikan masalah seperti pencegahan jenayah dan pembangunan komuniti. Hal ini kerana perumahan Honeycomb menggunakan konsep cluster yang dapat mengurangkan trafik laluan dan menyediakan persekitaran berkomuniti yang lebih baik berbanding dengan perumahan linear.

7 Dalam perumahan Honeycomb, asas rekabentuk ialah rumah berkembar atau sesebuah yang mengelilingi sebuah taman kecil di tengah-tengah cul-de-sac. Rumah tersebut berukuran lebih kurang 4000 kaki persegi dan tanahnya berukuran 6000 kaki persegi. Untuk mendapat kesan pembangunan yang lebih efisien, rumah sesebuah tersebut boleh dibahagi kepada rumah berkembar, dengan saiz tepu bina seluas 2000 kaki persegi di atas tanah seluas 3000 kaki persegi. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk melakukan pembahagian secara triplex, quaduplex atau sextuplex. Dengan mengurangkan saiz rumah dan tanah, densiti pembangunan dapat ditingkatkan. Dalam keadaan pembahagian sextuplex, setiap rumah akan mempunyai saiz tepu bina seluas 700 kaki persegi dan tanah seluas 1000 kaki persegi. Ukuran ini adalah memadai dengan keperluan untuk rumah teres kos rendah dengan saiz luas lantai sebanyak 650 kaki persegi untuk rumah dengan harga RM25,000 (Manual Piawaian Perancangan, 2001) yang terdapat sekarang. Dengan ini, perumahan mampu milik yang lebih luas dapat disediakan. Dalam kajian perbandingan rumah Honeycomb dengan rumah teres yang dijalankan oleh Mazlin Ghazali, Ir. C.T. Sia, Perunding Metro, Dato Eddie Chen, Metro Kajang Bhd., Edmund Foo, JUB Segar, Mohd. Peter Davis dari Institute of Advanced Technology, UPM menunjukkan bahawa perumahan Honeycomb dapat mengurangkan kos pembinaan dan infrastuktur di samping mencapai gunatanah yang lebih efisien. Secara amnya, hasil perbandingan tersebut menunjukkan bahawa terdapat penjimatan dalam kerja penyaliran air, jalan perparitan serta pembetungan. Perumahan Honeycomb adalah 1 peratus lebih murah dalam kerja penyaliran air, 19 peratus lebih murah untuk kemudahan pembetungan, 13 peratus untuk perparitan dan penjimatan 7.4 peratus untuk pembinaan jalan. Secara keseluruhannya, pembinaan perumahan Honeycomb dapat menjimat sebanyak 11 peratus berbanding dengan pembinaan perumahan biasa. Di samping itu, bilangan unit rumah yang dapat dibina bertambah sebanyak 7.9 peratus. Selain daripada ini, satu kajian untuk meninjau pandangan masyarakat terhadap konsep ini dijalankan oleh Ar. Mazlin Ghazali bersama dengan Universiti Putra Malaysia di Taman Johor Jaya, Johor Bahru. Dalam kajilidik tersebut,

8 responden diberi pilihan rumah teres biasa dan rumah Honeycomb dengan harga yang sama. Hasil kajian mendapati bahawa 56 peratus daripada kaum Cina, 84 peratus Melayu dan 58 peratus kaum India memilih (prefer) rumah Honeycomb berbanding dengan rumah teres biasa. Daripada jumlah responden, terdapat 50 peratus daripada responden Cina berpendapat bahawa konsep Honeycomb bercanggahan dengan Feng Shui, manakala hanya 14 peratus responden Melayu dan 44 peratus responden India berpendapat sedemikian. Faktor ini menjadi sebab utama dalam pertimbangan pembeli rumah daripada kaum Cina dalam memilih rumah Honeycomb. Mereka berpendapat bahawa tanah berbentuk segitiga dan rumah Honeycomb yang mempunyai sudut-sudut tajam bercanggahan dengan kepercayaan Feng Shui. Walau bagaimanapun, keputusan keseluruhan menunjukkan bahawa 66 peratus daripada keseluruhan responden memilih (prefer) rumah Honeycomb. Keadaan ini menunjukkan rumah Honeycomb berpotensi dari segi pasaran. Sungguhpun konsep ini mempunyai kelebihan berbanding dengan perumahan sedia ada, namun pembangunan konsep baru ini masih bergantung kepada pemaju swasta untuk menerapkannya dalam pembangunan perumahan. Hal ini kerana penerapan konsep baru dalam perumahan lazimnya diusahakan oleh pihak pemaju untuk tujuan menarik pembeli rumah. Sejak kemerdekaan, pemaju rumah memainkan peranan sebagai pelengkap kepada pihak kerajaan dalam menjayakan program perumahan serta menyediakan perumahan untuk pelbagai golongan masyarakat. (Datuk Eddie Chen, 2003) Sebanyak 844,043 unit rumah telah siap dibina dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (2001-2005). Daripada jumlah tersebut, 77.6 peratus dibina oleh sektor swasta manakala bakinya oleh sektor awam. Daripada jumlah sumbangan pihak swasta, 74.9 peratus adalah daripada pemaju swasta, bakinya daripada koperasi. Jadual 1.1 menunjukkan pencapaian pembinaan perumahan daripada sektow awam dan swasta.

9 Jadual 1.1: Pencapaian pembinaan perumahan bagi tahun 2001 hingga 2005
Jumlah Program Rumah Untuk Rakyat Miskin 10,016 10,016 Rumah Kos Rendah Rumah Kos Sederhana Rendah Rumah Kos Sederhana Rumah Kos Tinggi
(tidak termasuk 13,037 unit rumah yang dibaikpulih)

Sektor Awam Sektor Swasta Pemaju Swasta Koperasi Jumlah

103,219 97,294 94,029 3,265 200,513

22,826 61,084 53,607 7,477 83,910

30,098 222,023 215,267 6,756 252,121

22,510 274,973 269,320 5,653 297,483

188,669 655,374 632,223 23,151 844,043

Sumber:Rancangan Malaysia Kesembilan (Bab 21, ms 463)

Kepentingan peranan pihak pemaju swasta jelas ditunjukkan melalui datadata seperti dalam Jadual 1.1. Walau bagaimanapun, dalam konteks pemaju, keuntungan dan rekabentuk adalah dua perkara yang berlainan. Davison (1987) menyatakan pemaju percaya bahawa rekabentuk yang baru dan baik akan memakan kos yang banyak. Selain itu, oleh kerana pemaju adalah terikat dengan modal yang diperlukan untuk membeli tanah dan bahan binaan maka pemaju perlu mendapat pulangan (turnover) secepat mungkin. Penerapan konsep baru dan rekabentuk perumahan memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan dan ini dianggap sebagai perkara yang perlu dielakkan oleh pemaju rumah kerana proses yang panjang bermakna kos yang lebih tinggi. Maka, untuk mencapai kemajuan yang cepat dan pasaran yang menjaminkan, pemaju adalah lebih cenderung untuk membina rumah dengan menggunakan konsep yang sudah dikenali ramai (Beer dan Booth, 1981). Berdasarkan penyataan di atas, boleh dikatakan bahawa pemaju hanya akan membangunkan konsep baru sekiranya mereka mempunyai keyakinan yang sepenuhnya terhadap kebolehbinaan (buildability) konsep tersebut (Leopold dan Bishop, 1983). Berasaskan pemahaman ini, kajian ini difokuskan kepada penerimaan pemaju swasta terhadap perumahan Honeycomb. Pandangan pemaju terhadap konsep ini akan mencerminkan kebolehbinaan konsep ini.

10 1.3 Matlamat Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji penerimaan pemaju rumah swasta terhadap perumahan berkonsepkan Honeycomb.

1.4

Objektif Kajian Untuk mencapai matlamat kajian, objektif seperti berikut telah ditentukan: 1. Memperkenalkan perumahan berkonsepkan Honeycomb kepada pemaju rumah swasta. 2. Membandingkan aspek keefisienan gunatanah, rupabentuk fizikal bangunan kediaman dan integrasi sosial antara perumahan Honeycomb dan perumahan teres. 3. Meninjau pandangan dan tahap penerimaan pemaju tentang perumahan Honeycomb.

1.5

Skop Kajian Kajian ini memfokus kepada pendapat pemaju perumahan mengenai

penerimaan konsep perumahan Honeycomb. Pemaju perumahan di dalam kawasan Johor Bahru dipilih sebagai responden kajian. Disebabkan perumahan Honeycomb belum pernah dilaksanakan di dalam Malaysia, maka pendapat pemaju perumahan mengenai penerimaan, kebolehlaksanaan serta kebaikan dan kekurangan konsep perumahan Honeycomb adalah berdasarkan pengalaman dan citarasa mereka.

11 1.6 1. 2. Persoalan Penyelidikan Adakah pemaju rumah mengetahui tentang konsep Honeycomb? Adakah pemaju berpendapat bahawa konsep ini lebih bagus daripada rumah teres? • • 3. Jikalau ya, apakah aspek yang baik? Jikalau tidak, apakah apsek yang kurang baik?

Sekiranya diberi pilihan, adakah pemaju rumah akan memajukan projek perumahan menggunakan konsep Honeycomb? • • • Jikalau ya, kenapa? Jikalau tidak, kenapa? Jikalau ya, pemaju akan menggunapakai konsep ini dalam

pembangunan jenis (bercampur atau sepenuhnya)dan kos apa? 4. Adakah wujud perkaitan di antara responden dengan tanggapan bahawa konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan kebolehlaksanaan konsep? 5. Adakah wujud perkaitan di antara kebolehlaksanaan konsep dengan jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan (perumahan Honeycomb sepenuhnya, perumahan teres sepenuhnya atau bercampur)? 6. 7. 8. Adakah wujud perkaitan di antara responden dengan tanggapan bahawa konsep Honeycomb lebih baik daripada rumah teres dengan tahap penerimaan? Apakah kekuatan perkaitan yang wujud di antara kebolehlaksanaan konsep dengan tahap penerimaan konsep? Apakah kekuatan perkaitan yang wujud di antara jenis susunatur yang cenderung digunakan dengan tahap penerimaan konsep Honeycomb?

12 1.7 Kepentingan Kajian Sungguhpun kajian ini adalah untuk maksud pengajian, namun hasil penemuannya boleh menyumbang kepada pembangunan perumahan. Kajian ini boleh dijadikan rujukan kepada pihak tertentu terutamanya pihak seperti berikut: i. Pemaju Rumah Kajian ini akan memperkenalkan konsep perumahan Honeycomb kepada para pemaju rumah. Dengan ini, pemaju akan mempunyai alternatif selain perumahan konvensional. Mereka boleh mencapai pembangunan perumahan yang lebih berkualiti dengan susunatur gunatanah yang lebih efisien. ii. Pembeli Rumah Diharapkan kajian ini akan mendedahkan konsep perumahan Honeycomb kepada pembeli rumah melalui pemaju. Dengan ini, pembeli rumah akan mempunyai alternatif lain semasa memilih tempat tinggal. Mereka berhak memilih tempat tinggal yang boleh memenuhi keperluan masing-masing dalam meningkatkan kualiti hidup. iii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Kajian ini juga diharapkan dapat mendedahkan Pihak Berkuasa Tempatan terhadap konsep perumahan baru ini. Hal ini kerana PBT perlu meneliti keperluan teknikal yang khusus dalam pembangunan perumahan Honeycomb. Sekiranya perlu, piawaian tertentu wajar disediakan untuk dijadikan sebagai panduan dalam pembangunan konsep baru ini. iv. Jururancang, Arkitek dan Jurutera Para professional dalam bidang pembangunan dan pembinaan perlu memahami konsep perumahan Honeycomb supaya dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan lebih berkesan. Penemuan konsep baru dalam susunatur perumahan bagaikan penggalak kepada para professional dalam bidang perumahan untuk bersikap lebih kreatif dan inovatif dalalm usaha menyelesaikan masalah yang sedia ada.

13 1.8 Kawasan Kajian Kajian ini tertumpu kepada pemaju swasta yang beralamat di Daerah Johor Bahru. Daerah Johor Bahru merupakan daerah yang paling pesat membangun dalam negeri Johor, dan ia merangkumi metropolitan Johor Bahru yang merupakan metropolitan yang kedua terbesar dalam Malaysia. Kadar pembangunan yang pesat telah menarik ramai pemaju untuk melabur dalam bidang hartanah Johor Bahru. Ini menyebabkan pasaran hartanah Johor Bahru menjadi antara pasaran yang paling pesat membangun dalam negara. Di samping itu, faktor lokasi Daerah Johor Bahru yang berdekatan dengan Singapura menyebabkannya menjadi tumpuan penduduk dari luar Bandar mahupun negeri lain. Kenyataan ini menjadikan keperluan perumahan mahupun kehendak terhadap perumahan yang berkualiti di Daerah Johor Bahru bertambah. Justeru perhatian yang khusus perlu diberikan kepada perumahan di Johor Bahru.

1.9

Metodologi Kajian Keseluruhan kajian ini dibahagikan kepada empat bahagian seperti berikut:i. ii. iii. iv. Pemahaman rasionale kajian Kajian literatur Persampelan, pengumpulan data dan analisis Rumusan dan kesimpulan

1.9.1

Pemahaman Rasionale Kajian Peringkat kajian awalan ini memerlukan pemahaman awal tentang perkara

yang hendak dikaji. Peringkat ini melibatkan proses mengenalpasti masalah dan isu yang wujud, membentuk objektif kajian serta mengenalpasti kawasan kajian. Di samping itu, persoalan penyelidikan turut dibentuk supaya boleh dijadikan rujukan

14 kepada kajian yang akan dijalankan. Dengan kata lain, persoalan pemyelidikan merupakan persoalan penting yang perlu dijawab dalam kajian.

1.9.2

Kajian Literatur Proses ini melibatkan pemahaman terhadap konsep perumahan Honeycomb.

Untuk tujuan ini, pengkaji telah menemui arkitek pereka konsep, Ar Mazlin Ghazali di taklimat tentang ‘Perancangan Teselasi dan Perumahan Mampan’ (Tessellation Planning and Sustainabale Housing) untuk mendapat penjelasan yang lebih teliti. Daripada temuramah dan juga bahan yang diperolehi daripada Ar. Mazlin, pengkaji membentuk penjelasan tentang konsep Honeycomb yang termasuk konsep Honeycomb, tujuan dan faedah pelaksanaan Honeycomb serta cabaran yang mungkin dihadapi dalam pembangunan konsep Honeycomb. Di samping itu, untuk memberi gambaran yang lebih jelas mengenai konsep Honeycomb, perbandingan dibuat di antara konsep baru ini dengan perumahan teres biasa. Antara aspek yang dibandingkan termasuk aspek keefisienan gunatanah, rupabentuk fizikal bangunan kediaman serta aspek sosial yang diberi daripada kedua-dua konsep ini.

1.9.3

Persampelan, Pengumpulan Data Dan Analisis Peringkat pengumpulan data melibatkan pengumpulan data primer dan data

sekunder. Data sekunder seperti maklumat pemaju swasta, konsep perumahan Honeycomb didapati melalui laman web, kertas kerja pembentangan Ar. Mazlin Ghazali, artikel suratkhabar dan jurnal serta lain-lain bahan bercetak yang berkaitan dengan topik ini. Jumlah bilangan pemaju swasta serta maklumat yang berkenaan seperti alamat dan nombor telefon didapatkan melalui laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk tujuan persampelan.

15 1.9.3.1 Persampelan Data primer seperti pandangan pemaju terhadap perumahan Honeycomb akan diperolehi melalui ‘face to face interview’ dan borang kajilidik. Pemaju yang disampelkan akan ditemuduga berdasarkan hasil persampelan. Teknik persampelan yang digunapakai dalam kajian ini adalah Teknik Persampelan jenis ’Probabilistic’. Untuk mencapai tujuan kajian supaya hasil kajilidik boleh mewakili keseluruhan populasi pemaju perumahan di Daerah Johor Bahru, teknik Persampelan Rawak Mudah Tanpa Gantian (’Simple Random Sampling Without Replacemnt’) digunakan. Pertama sekali, senarai pemaju perumahan didapatkan melalui laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (web. kpkt. gov. my /Carian /LaporanPemaju). Kemudian pemaju perumahan yang beralamat di dalam kawasan Daerah Johor Bahru dipilih untuk membentuk senarai pemaju perumahan Daerah Johor Bahru. Seterusnya pemaju perumahan Daerah Johor Bahru dipilih berdasarkan Jabual Persampelan Mudah. Saiz sampel didapatkan melalui pengiraan dengan menggunakan rumus seperti berikut: Dimana, n = saiz sampel N = populasi pemaju perumahan di Daerah Johor Bahru = 62 pemaju e = paras keyakinan

n=

N 1+ N(e)
2

n= Maka,

62 1 + 62 (0.10

)2

= 38 sampel apabila paras keyakinan adalah 90%. ≈ 40 sampel Seterusnya, hipotesis kajian dibentuk bagi tujuan membuat kajian untuk

menjawab

persoalan

penyelidikan.

Daripada

hipotesis-hipotesis

tersebut,

pembolehubah-pembolehubah yang berkaitan serta cara analisi ditentukan. Jadual 1.2 menunjukkan ringkasan cara penganalisaan persoalan penyelidikan. Borang soal selidik kemudian disediakan berdasarkan persoalan penyelidikan serta hipotesis yang dibentuk. Contoh borang soal selidik adalah seperti dalam Lampiran A.

16 1.9.3.2 Pendekatan Analisis Pendekatan yang digunakan dalam peringkat analisis termasuk analisis frekuensi, analisis pemberat dan skor serta analisis yang terlibat dengan ujian statistikal. (Lihat Jadual 1.2 untuk cara penganalisaan persoalan penyelidikan selanjutnya.) i) Analisis frekuensi Analisis frekuensi digunakan untuk menganalisa data yang diperolehi daripada kajilidik. Dalam analisis frekuensi, data diekstrak secara terus daripada jawapan responden dan kemudian dianalisa mengikut frekuensi. Contohnya, untuk profil responden, didapati 60 peratus pemaju perumahan ditubuhkan lebih daripada 10 tahun. Daripada jawapan responden, perkaraperkara yang tersurat dan tersirat dianalisa. Perkara yang tersurat ialah perkara yang boleh dijelaskan berdasarkan jawapan yang diberi; manakala perkara yang tersirat termasuk sebab-sebab yang menyebabkan berlakunya tren ini, kesankesan yang mungkin timbul dan sebagainya. ii) Pemberat dan Skor Untuk tujuan menentukan keutamaan (ranking) faktor-faktor tertentu, pemberat dan skor diberikan kepada jawapan yang diperolehi. Pemberat yang lebih tinggi mewakili keutamaan yang lebih tinggi. Untuk mendapat skor bagi faktor tersebut, pemberat kemudian akan didarabkan dengan kekerapan jawapan. Contohnya, untuk mendapat jenis susunatur yang digunakan mengikut kecenderungan, pengiraaan yang ringkas seperti di bawah dilakukan: Pemberat x kekerapan = skor 2 x 6 = 12 Skor yang lebih tinggi mewakili kecenderungan yang lebih tinggi. Jenis susunatur yang mendapat skor yang paling tinggi merupakan jenis susunatur yang paling cenderung digunakan kerana pemberat bagi kecenderungan tinggi adalah tinggi. Keadaan sebaliknya untuk skor yang rendah.

17 iii) Ujian Perkadaran z (z-test) Dalam kajian ini, Ujian Perkadaran digunakan untuk menguji perbezaan perkadaran di antara responden yang memberi jawapan dengan responden yang memberi jawapan yang sebaliknya. Sebagai contoh, untuk mengetahui sama ada peratusan pemaju perumahan yang mengetahui mengenai konsep perumahan Honeycomb (P) adalah kurang ataupun lebih daripada separuh daripada jumlah pemaju (0.5), hipotesis seperti berikut dibentuk: Hipotesis nol: Peratusan pemaju perumahan yang mengetahui tentang perumahan Honeycomb bersamaan dengan pemaju perumahan yang tidak mengetahui tentang perumahan Honeycomb. Hipotesis alternatif: Peratusan pemaju perumahan yang mengetahui tentang perumahan Honeycomb kurang daripada pemaju perumahan yang tidak mengetahui tentang perumahan Honeycomb. Sekiranya nilai P yang diperolehi adalah lebih kecil daripada 0.5, maka hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Dalam kajian ini, worse case scenario digunakan dalam jangkaan peratusan pemaju yang mengetahui mengenai konsep Honeycomb, iaitu 50 peratus. Dengan kata lain, dijangkakan nisbah responden yang mengetahui mengenai konsep ini dengan responden yang tidak mengetahui ialah 50:50. Ujian Chi-Square Ujian Chi-Square mengukur kewujudan perkaitan antara pembolehubahpembolehubah. Dengan merujuk kepada Jadual Pertaburan χ2 (Rujuk Lampiran x), pada paras keertian 0.10, nilai genting Chi-Square, χcv mengikut darjah kebebasan (degree of freedom, DF) yang diperolehi dari analisis akan dibandingkan dengan nilai χ2 yang didapat daripada analisis. Sekiranya χ2 kurang daripada χcv, maka hipotesis nol diterima; atau sebaliknya. Sebagai contoh, untuk mengkaji kewujudan perkaitan di antara tanggapan bahawa perumahan Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan

iv)

18 penerimaan konsep Honeycomb, hipotesis nol yang dibentuk adalah: Tiada perkaitan antara responden yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan responden terhadap konsep Honeycomb. Manakala hipotesis alternatif ialah: Terdapat perkaitan antara responden yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan responden terhadap konsep Honeycomb. Sekiranya χ2 didapati kurang daripada χcv, maka hipotesis nol diterima. Maka, dibuktikan bahawa tiada perkaitan di antara tanggapan bahawa perumahan Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan penerimaan konsep. Ujian Gamma Ujian Gamma digunakan untuk mengukur kekuatan perkaitan di antara dua pembolehubah yang bersifat ordinal. Nilai Gamma adalah di antara -1 dan 1. Nilai gamma, γ = 0 bermaksud tiada perkaitan wujud di antara dua pembolehubah yang diuji. Manakala apabila nilai gamma adalah pada 1 atau -1, ia bermaksud kedua-dua pembolehubah yang diuji mempunyai perkaitan yang kuat di antara satu sama lain. Nilai gamma 1 menunjukkan perkaitan positif yang kuat sedangkan nilai gamma -1 menggambarkan perkaitan negatif yang kuat. Sekiranya perkaitan positif yang kuat wujud, maka, perubahan kedua-dua pembolehubah adalah berkadaran selari; manakala apabila perkaitan negatif wujud, kedua-dua pembolehubah memberi kesan secara bersongsangan. Sebagai contoh, untuk menguji kekuatan perkaitan antara

v)

kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan penerimaan konsep Honeycomb, Ujian Gamma dijalankan. Keputusan ujian menunjukkan perkaitan positif yang lemah di antara kedua-dua pembolehubah ini. Dengan kata lain, pemaju yang boleh menerima konssep Honeycomb tidak semestinya beranggapan bahawa konsep ini sesuai dan boleh dilaksanakan.

19 Jadual 1.2: Cara penganalisaan persoalan penyelidikan
Bil. 1. Persoalan Penyelidikan Adakah pemaju perumahan mengetahui tentang perumahan Honeycomb? Hipotesis Ho: Peratusan pemaju perumahan yang mengetahui tentang perumahan Honeycomb bersamaan dengan pemaju perumahan yang tidak mengetahui tentang perumahan Honeycomb. H1: Peratusan pemaju perumahan yang mengetahui tentang perumahan Honeycomb kurang daripada pemaju perumahan yang tidak mengetahui tentang perumahan Honeycomb. Ho : P = 0.5 H1 : P < 0.5 Ho : Pemaju perumahan yang berpendapat bahawa perumahan Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres bersamaan dengan pemaju perumahan yang berpendapat bahawa perumahan Honeycomb tidak lebih baik daripada perumahan teres. H1 : Peratusan pemaju perumahan yang berpendapat bahawa perumahan Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres lebih daripada peratusan pemaju perumahan yang berpendapat bahawa perumahan Honeycomb tidak lebih baik daripada perumahan teres. Ho : P = 0.5 H1 : P > 0.5 Ho : Peratusan pemaju yang berminat memajukan perumahan menggunakan konsep Honeycomb sekiranya berpeluang bersamaan peratusan pemaju yang akan memajukan perumahan teres biasa. H1 : Peratusan pemaju yang berminat memajukan perumahan menggunakan konsep Honeycomb sekiranya berpeluang lebih daripada peratusan pemaju yang akan memajukan perumahan teres biasa.

Pembolehubah Peratusan pemaju yag mengetahui tentang perumahan Honeycomb(P) Peratusan pemaju yag tidak mengetahui tentang perumahan Honeycomb(Q)

Jenis Analisis Ujian Perkadaran (Proportional z-test)

Peraturan Keputusan Jika P = 0.5, terima Ho, jika P < 0.5, tolak Ho dan terima H1

2.

Adakah pemaju perumahan berpendapat bahawa perumahan Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres?

Peratusan pemaju yang menganggap perumahan Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres Peratusan pemaju yang menganggap perumahan Honeycomb tidak lebih baik daripada perumahan teres

Ujian Perkadaran (Proportional z-test)

Jika P = 0.5, terima Ho, jika P > 0.5, tolak Ho dan terima H1

3.

Adakah pemaju akan memajukan perumahan menggunakan konsep Honeycomb? (sepenuhnya ataupun bercampur)

Peratusan pemaju yang sudi memajukan konsep Honeycomb (sepenuhnya dan bercampur) • Peratusan pemaju yang memilih untuk memajukan perumahan teres sepenuhnya

Ujian Perkadaran (Proportional z-test)

Jika P = 0.5, terima Ho, jika P > 0.5, tolak Ho dan terima H1

20
Ho : P = 0.5 H1 : P > 0.5 Ho : Tiada perkaitan antara responden yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan responden yang memberi pendapat mengenai kebolehlaksanaan konsep Honeycomb. H1 : Terdapat perkaitan antara responden yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan responden yang memberi pendapat mengenai kebolehlaksanaan konsep Honeycomb.

4.

Adakah wujud perkaitan di antara responden dengan tanggapan bahawa konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan kebolehlaksanaan konsep?

5.

Adakah wujud perkaitan di antara kebolehlaksanaan konsep dengan jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan?

Ho: Tiada perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pemaju. H1: Terdapat perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pemaju.

6.

Adakah wujud perkaitan di antara responden dengan tanggapan bahawa Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan?

Ho : Tiada perkaitan antara responden yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan responden terhadap konsep Honeycomb. H1 : Terdapat perkaitan antara responden yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik

Responden yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres Responden yang menganggap konsep Honeycomb tidak lebih baik daripada perumahan teres Responden yang memberi pendapat bahawa konsep Honeycomb bagus dan boleh atau susah dilaksanakan Responden yang memberi pendapat bahawa konsep Honeycomb tidak sesuai untuk dilaksanakan sama sekali. Responden yang ingin memajukan perumahan Honeycomb (sepenuhnya atau bercampur) Responden yang ingin memajukan perumahan Honeycomb (sepenuhnya atau bercampur) Responden yang memberi pendapat bahawa konsep Honeycomb bagus dan boleh atau susah dilaksanakan Responden yang memberi pendapat bahawa konsep Honeycomb tidak sesuai untuk dilaksanakan sama sekali. Responden yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres Responden yang menganggap konsep Honeycomb tidak lebih baik daripada perumahan teres

Ujian Chi-Square

Jika nilai χ2<χ2cv, terima Ho, jika χ2 >χ2cv,, tolak Ho dan terima H1

Ujian Chi-Square

Jika nilai χ2<χ2cv, terima Ho, jika χ2 >χ2cv,, tolak Ho dan terima H1

Ujian Chi-Square

Jika nilai χ2<χ2cv, terima Ho, jika χ2 >χ2cv,, tolak Ho dan terima H1

21
daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan responden terhadap konsep Honeycomb. Ho : nilai γ = 0.00 H1 : nilai γ ≠ 0.00

Tahap penerimaan responden terhadap konsep Honeycomb Responden yang memberi pendapat mengenai kebolehlaksanaan konsep Honeycomb. Tahap penerimaan responden terhadap konsep Honeycomb Kecenderungan responden menggunakan susunatur Tahap penerimaan konsep Honeycomb Ujian gamma Jika, nilai significance > paras keertian 0.1, terima Ho, Jika, nilai significance < paras keertian 0.1, tolak Ho dan terima H1. Jika P > α (0.1), terima Ho, Jika P < α (0.1), tolak Ho dan terima H1.

7.

Apakah kekuatan perkaitan yang wujud di antara kebolehlaksanaan konsep dengan tahap penerimaan konsep? Apakah kekuatan perkaitan yang wujud di antara jenis susunatur yang lazim digunakan dengan tahap penerimaan konsep.

8.

Ho : nilai γ = 0.00 H1 : nilai γ ≠ 0.00

Ujian gamma

1.9.4

Rumusan dan Cadangan Am Rumusan akan dibuat dalam bentuk penilaian pencapaian objektif kajian.

Seterusnya, penemuan kajian uang didapat daripada soal selidik akan menjuruskan kepada pembentukan cadangan am untuk memperbaiki konsep Honeycomb supaya ia dianggap lebih fleksibel untuk dilaksanakan. Di samping itu, beberapa kajian berkaitan akan dicadangkan untuk kajian selanjutnya. Akhir sekali pengkaji akan membuat kesimpulan mengenai keseluruhan kajian yang dilaksanakan. Aliran keseluruhan proses kajian adalah seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.6.

22

• • •

Pengenalpastian Isu dan Masalah Masalah sosial dan keselamatan timbul di perumahan sedia ada. Susunatur perumahan Honeycomb telah dikemukakan dan dipercayai dapat menyelesaikan masalah yang wujud di perumahan sedia ada. Adakah pemaju swasta boleh menerima dan seterusnya menggunapakai konsep ini?

• • •

Penentuan Objektif dan Skop Kajian Memperkenalkan perumahan berkonsepkan Honeycomb kepada pemaju rumah swasta. Membandingkan aspek rekabentuk, fizikal dan sosial antara perumahan Honeycomb dan perumahan teres. Mendapat pandangan pemaju tentang penerimaan perumahan Honeycomb.

Penentuan Kawasan Kajian Pemaju perumahan Dearah Johor Bahru: Mudahsampai untuk soal selidik, pasaran perumahan yang stabil, kedapatan maklumat

Peringkat 1 (Bab 1)
• Kajian Literatur Konsep Honeycomb, tujuan dan faedah pelaksanaan konsep Honeycomb, perbandingan konsep Honeycomb dengan perumahan teres dalam aspek rekabentuk, fizikal dan sosial.

Peringkat 2 (Bab 2)
Penentuan Metodologi dan Persampelan Persampelan: Persampelan rawak mudah, saiz sample: 40 pemaju perumahan Kaedah pengumpulan data: - (a) Kajian Literatur; (b) Temuduga/Kajilidik

• •

Pengumpulan Data Data Sekunder • Buku dan jurnal, laman web, artikel majalah dan surat khabar, kertas kerja seminar, akta berkaitan. Data Primer • Temuramah dengan pereka konsep • Soal selidik pemaju perumahan

• • • •

Penganalisaan Data Latar belakang responden Jenis susunatur yang lazim digunakan Pandangan pihak pemaju terhadap konsep Honeycomb Penerimaan pemaju terhadap konsep Honeycomb

Peringkat 3 (Bab 3)

Jenis Analisis • Analisis frekuensi • Pemberat dan Skor • Ujian Perkadaran (Proportional Test) • Ujian Chi-Square • Ujian gamma

Rumusan kajian,cadangan am dan kesimpulan

Peringkat 4 (Bab 4)

Rajah 1.6: Carta alir peringkat kajian

23 1.10 Limitasi kajian

i) Disebabkan konsep Honeycomb merupakan konsep perumahan yang baru diperkenalkan dalam negara kita, maka pengkaji menghadapi sedikit masalah dalam mendapatkan rujukan mengenai konsep ini. Segala maklumat dan perincian tentang konsep Honeycomb adalah dibekalkan oleh pencipta ataupun perekanya, Ar. Mazlin Ghazali. ii) Setakat ini masih tidak terdapat projek perumahan yang menggunakan konsep Honeycomb, maka kajian ini hanya tertumpu kepada persepsi terdahulu (preliminary perception). Maka, jawapan yang diberi dalam soalselidik adalah berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang perumahan serta pemahaman mereka terhadap konsep Honeycomb selepas mendengar penjelasan daripada pengkaji. iii) Kajian ini hanya menumpu kepada perspektif pemaju perumahan terhadap penerimaan konsep Honeycomb. Komen pihak lain seperti pembeli rumah dan jabatan teknikal tidak diambil kira dalam kajian ini kerana tidak tertera dalam skop kajian. iv) Sasaran responden merupakan pemaju perumahan dalam kawasan Johor Bahru. Maka jawapan responden tidak dapat digeneralisasikan ke pemaju perumahan di kawasan lain. Hal ini kerana pasaran perumahan serta reaksi pembeli dan pemaju adalah berlainan mengikut kawasan yang berlainan.

24 1.11 Rumusan Rumusannya, matlamat kajian adalah untuk mengetahui sama ada pemaju swasta di Daerah Johor Bahru boleh menerima konsep perumahan Honeycomb. Soal selidik akan dilakukan terhadap pemaju swasta kerana pengalaman dan pengetahuan mereka dalam bidang perumahan akan dapat membantu dalam menentukan kemungkinan pemajuan perumahan Honeycomb. Bab yang seterusnya akan membincangkan konsep dan faedah pelaksanaan perumahan Honeycomb, jenis susunatur yang lazim digunapakai, serta perbandingan susunatur sedia ada dengan susunatur Honeycomb.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR

Bab 2

PERUMAHAN DAN KONSEP HONEYCOMB

2.1

Pengenalan

Perumahan dilihat sebagai salah satu entiti yang sangat penting dalam pembangunan negara ke arah Wawasan 2020. Strategi pembangunan perumahan negara telah menggariskan kepentingan pembangunan perumahan yang seimbang supaya pertumbuhan ekonomi yang stabil dapat mengurangkan konflik sosial, menggalakkan keharmonian antara kaum dan memperkukuhkan konsep kejiranan, muafakat, kepentingan perpaduan kaum dan pembangunan negara (Mohd Razali Agus, 2001).

Malah dari pandangan masyarakat, pemilikan rumah bukan sahaja bermaksudkan kehidupan yang terjamin, malah menandakan kualiti hidup serta nilai yang termaktub dalam ‘pelaburan’ tersebut. Seperti yang disebut oleh Prof. Dato’ Parid Wardi Sudin (2002)

"The issue is more than the issue of housing; it is about lifestyle, values and quality of life.”

Taraf hidup yang semakin meningkat pada hari ini menyebabkan perubahan citarasa masyarakat terhadap rumah yang ingin dimiliki. Rekabentuk yang konvensional telah gagal memenuhi kehendak pasaran. Maka pemaju perumahan sanggup mengeluarkan idea-idea yang istimewa untuk menarik pembeli rumah.

26 Konsep Honeycomb yang diperkenalkan merupakan salah satu idea untuk menyediakan persekitaran kediaman yang berkualiti dan pada masa yang sama mengekalkan kepentingan ekonomi dan gunatanah.

Bab ini menjelaskan definisi kata-kata kunci kajian, konsep dan faedah pelaksanaan perumahan Honeycomb. Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai konsep Honeycomb, perbandingan dibuat antara faktor fizikal, sosial dan rekabentuk. Di samping itu, sejarah perkembangan susunatur perumahan dan jenis susunatur yang digunapakai sekarang turut dibincangkan.

2.2

Definisi

Pemahaman kata-kata kunci adalah sangat penting dalam sesuatu kajian. Kata-kata kunci yang terkandung dalam kajian ini termasuk Honeycomb, perumahan, pemaju perumahan, pembeli dan pemajuan perumahan. Berikut merupakan definisidefinisi bagi kata-kata kunci tersebut.

i)

Definisi Honeycomb

Honeycomb ialah struktur sel dengan enam segi yang dibuat oleh lebah untuk menyimpan madu dan larva yang dihasilkan (Oxford Advanced Learner’s Dictionary). Perkataan Honeycomb juga digunakan dalam bahan diperbuat oleh manusia dimana rupa bentuk ataupun struktur bahan tersebut menyerupai sarang lebah.

Terdapat

dua

penjelasan

yang

menyatakan sebab kenapa bentuk Honeycomb berbentuk heksagon. Antaranya kerana bentuk heksagon membentuk penjubinan (tiling)

dengan perimeter yang minima, maka kurang bahan diperlukan untuk membina sarang lebah Rajah 2.1: Sarang lebah berbentuk heksagon.

27 (Graham, 1992). Teori biologi menyatakan bahawa pembentukan sarang lebah berbentuk heksagon adalah daripada naluri semulajadi yang ada pada lebah.

ii)

Definisi Pemaju Perumahan dan Pemaju Perumahan Berlesen

Berdasarkan Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-Peraturan, pemaju perumahan didefinisikan sebagai manamana orang, kumpulan orang, syarikat, firma atau pertubuhan (diperihalkan dengan apa jua nama), yang terlibat dalam atau menjalankan atau mengusahakan atau menyebabkan diusahakan pemajuan perumahan. Manakala pemaju perumahan berlesen bererti mana-mana pemaju perumahan yang dilesenkan di bawah seksyen 5 untuk terlibat dalam atau menjalankan atau mengusahakan atau menyebabkan diusahakan pemajuan perumahan dan termasuk pemegang mana-mana surat kuasa wakil bagi pemaju perumahan itu yang dibuat di bawah Akta Surat Kuasa Wakil 1646.

iii)

Definisi Pemajuan Perumahan

Mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan Peraturan-Peraturan juga, pemajuan perumahan bererti memajukan atau membina atau menyebabkan dibina dengan apa-apa cara lebih daripada empat unit rumah tempat tinggal dan termasuklah pengutipan wang atau penjalanan apa-apa pengendalian bangunan bagi maksud mendirikan rumah tempat tinggal dalam, pada, atas atau di bawah mana-mana tanah; atau penjualan lebih daripada empat unit lot rumah oleh pemunya tanah atau penamanya dengan tujuan membina lebih daripada empat unit rumah tempat tinggal oleh pemunya tanah tersebut atau penamanya.

iv)

Definisi Pembeli

Mengikut definisi Akta 118, pembeli bermaksud mana-mana orang yang membeli kemudahan perumahan atau yang mempunyai apa-apa urusniaga dengan suatu pemaju perumahan berlesen berkaitan dengan pengambilan kemudahan perumahan.

28 v) Definisi Perumahan

Perumahan merupakan salah satu keperluan asas dalam kehidupan manusia kerana ianya bertindak sebagai tempat tinggal, penggunaan bersama, tempat perlindungan dan untuk aktiviti-aktiviti peribadi lain, malah ianya juga penting untuk kepentingan sosial penduduk (Dicken, 1992). Hal ini kerana rumah secara amnya bertindak untuk memenuhi keperluan mansia dari segi keselamatan, keselesaan dan juga ekonomi (Nor Faziha Md. Nor, 2005).

“Housing is a shelter and protection, it provides the setting for many of the basic biological and social processes to sustain life. It also symbolizes the status of the family to both the wider community and to the family itself. The motivation that prompts housing behaviour is not simply the desire for shelter, but the desire for the right kind of shelter.”

(Professor Dato’ Parid Wardi Sudin, 2002)

Professor Dato’ Parid menyatakan perumahan bukan sahaja merupakan tempat tinggal dan tempat lindungan kepada manusia, malah ia merupakan tempat dimana aktiviti sosial dilakukan di kalangan keluarga. Maka, pemilikan rumah di kalangan penduduk merupakan agenda yang penting dalam pembangunan sesebuah keluarga. Pemilihan rumah yang sesuai boleh mempengaruhi kehidupan keluarga tersebut.

Di samping itu, Professor Dato’ Parid Wardi Sudin (2002) menyebut:

“ To the individual, the house provides shelter and protection, as well as memories, feelings, sense of belonging; it is about life.”

Beliau menyatakan bahawa perumahan merupakan entiti persendirian yang amat penting dalam membentuk kehidupan seseorang atau individu tersebut. Ia boleh membawa unsur-unsur sentimental yang melibatkan perasaan, memori dan tanggungjawab seseorang. Lagipun, jenis rumah yang dimiliki oleh seseorang boleh mencerminkan status sosial, kelas dan mungkin kaum seseorang. Maka, sesebuah rumah bukan sahaja merupakan tempat tinggal untuk manusia, malah ia merupakan

29 tempat dimana manusia meluahkan perasaan kasih sayang dan tanggungjawab terhadap keluarganya, sebagai harta untuk diwariskan turun-temurun, sebagai tempat dimana manusia menjaga hidupnya supaya tidak diganggu oleh mana-mana ancaman.

Selain itu, beliau turut menyebut:

“The contribution of good housing to the well being of the community, in terms of good health, crime free, community development and social environment, is well recognized.”

Professor Dato’ Parid percaya bahawa perumahan yang berkualiti boleh membawa kepada kesihatan fizikal dan mental yang baik. Hal ini kerana persekitaran yang berlainan boleh melahirkan masyarakat dengan sahsiah dan kelakuan yang berlainan. Maka, dipercayai bahawa kualiti persekitaran yang sihat dan selamat akan melahirkan masyarakat yang baik.

UNCHS (Shelter For All, 2000) pula mendefinisikan perumahan (shelter) sebagai: ”The most visible expression of a country’s well being to satisfy some of the most basic needs of its people.”

Pada pandangan UNCHS, bidang perumahan merupakan bidang yang boleh menunjukkan keupayaan sesebuah negara dalam memenuhi keperluan asas penduduknya. Penyataan ini bermaksud bahawa negara yang mampu menyediakan perumahan untuk semua (shelter for all) merupakan negara yang telah mencapai tahap yang stabil dalam pembangunan. Paling tidak, negara tersebut telah berjaya dalam memenuhi salah satu keperluan asas yang paling penting bagi kehidupan penduduknya.

Malaysia masih dalam usaha mencapai matlamat yang digariskan dalam Dasar Perumahan Negara. Antaranya termasuk menyediakan rumah yang mencukupi, berkualiti dan mempu dibeli atau disewa; mempertingkatkan aksesibiti dan kualiti serta memperluaskan liputan perkhidmatan Bandar; memupuk suasana

30 kehidupan harmonidan membangunkan institusi keluarga yang teguh dan berdaya tahan serta meningkatkan aspek kehisupan estetik.

Berdasarkan definisi yang diberi kepada perumahan, ianya boleh disimpulkan sebagai suatu entiti yang membentuk kehidupan yang baik, menjamin kesihatan, memberi perlindungan daripada jenayah dan cuaca, menggalakkan perhubungan kemasyarakatan serta persekitaran sosial.

Dari segi ekonomi, perumahan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan ekonomi negara. Ianya berperanan menjana peluang pekerjaan dalam pelbagai bidang, seperti pembuatan, kewangan, insuran, pembinaan, serta industri ‘down stream’ seperti kerja penyelenggaraan, pembuatan perabot dan sebagainya.

2.3

Sejarah Penglibatan Pemaju Perumahan Swasta dalam Pembangunan Perumahan Negara

Pembangunan perumahan dalam Malaysia merupakan satu usahasama antara pihak kerajaan dan pihak pemaju swasta. Pembangunan bandar baru seperti Petaling Jaya, Shah Alam dan Putra Jaya serta pembangunan tanah seperti KEJORA, JENGKA dan KETENGAH merupakan usaha pihak kerajaan. Pada masa itu, pihak kerajaan banyak tertumpu dalam menyediakan perumahan awam dan rumah kos rendah manakala pihak pemaju swasta hanya membina rumah kos sederhana dan rumah kos tinggi di kawasan bandar atas dasar spekulatif. (Professor Dato’ Parid Wardi Sudin, 2002)

Pada tahun 1969, kerajaan persekutuan menggalakkan penglibatan pemaju swasta dalam pembinaan perumahan kos rendah. Dalam pada ini, kerajaan telah menetapkan syarat dimana pemaju perumahan perlu menyediakan sebanyak 30 peratus rumah kos rendah dalam setiap pembangunan perumahan yang dijalankan.Sektor swasta diharap dapat menjadi peneraju utama dalam kedinamisan ekonomi. Pada masa yang sama sektor swasta dapat membantu sektor awam yang

31 mengalami masalah kewangan dan kekurangan kakitangan profesional. Yang paling ketara ialah sektor swasta diberikan peranan untuk membina lebih banyak rumah (524730 unit) berbanding dengan sektor awam dalam Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000 (Mohd Razali Agus, 1997).

Penglibatan pihak swasta dalam penyediaan rumah kos rendah bermula dalam Rancangan Malaysia Kelima (1991-1995), di bawah konsep ’Human Settlement’ (Mohd Razali Agus, 1997). Di bawah konsep ini, pemaju perumahan juga perlu menyediakan kemudahan kemasyarakatan seperti sekolah, kawasan lapang, dewan, pusat komuniti, klinik, kawasan rekreasi serta kedai komersil. Tindakan ini dilihat sebagai tanggungjawab pemaju dalam melaksanakan tanggungjawab sosial untuk kebaikan masyarakat. Polisi ini dianggap telah berjaya membantu kerajaan dalam usaha mencapai Dasar Perumahan Negara dan telah diteruskan sehingga hari ini.

Sepertimana yang disebut oleh Datuk Eddie Chen, bekas pengerusi REHDA, dalam Seminar SUHAKAM bertajuk ’Accessibility To Basic Needs’ (2003):

‘Housing developers in this country have been visibly successful not only in building and fulfilling the housing needs of most segments of the population, but also in acting as a key implementer of the Government's social engineering programmes.’

Pemaju perumahan bukan sahaja menyumbang dalam sektor pembinaan dan pembangunan perumahan negara malah pada masa yang sama membantu menggerakkan pembangunan sosial daripada tindakan seperti menyediakan rumah mampu milik serta mengadakan kemudahan kemasyarakatan seperti yang ditetapkan dalam piawaian.

32 2.4 Konsep Kualiti Perumahan yang Baik

Perumahan merupakan tapak dan asas bagi pembentukan keluarga bahagia dan masyarakat harmoni. Oleh itu, kemudahan perumahan perlu menyediakan kehidupan berkualiti yang dapat membantu membentuk kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat yang mengamalkan nilai-nilai yang terbaik.

Berdasarkan Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat (GPPPS), ciri-ciri terbaik sesuatu kawasan perumahan perlulah: i) Selesa – Rekabentuk ruang kawasan dalaman dan persekitaran perumahan yang selesa dapat membantu membentuk sistem kekeluargaan yang harmoni ii) Mesra – Menyediakan kemudahan elemen yang menggalakkan suasana kejiranan yang mesra insan iii) Indah, berkualiti dan beridentiti – Rekabentuk yang melambangkan keindahan, berkualiti, mempunyai ruang untuk pembesaran dan mempunyai identiti dan imej yang tersendiri iv) Mencukupi dan mampu dimiliki – Penawaran jenis perumahan yang mencukupi dan bersesuaian dengan kemampuan penduduk. v) Bersih dan harmoni – kawasan perumahan dengan persekitaran yang bersih, sihat dan harmoni dengan kawasan sekitarnya vi) Lengkap – Mempunyai kemudahan masyarakat dan utiliti yang lengkap (self-contained) dan vii) Selamat – Pertapakan kawasan perumahan yang selamat dari bencana alam

Di samping itu, sebahagian daripada Garis Panduan Susunatur dan Rekabentuk Perumahan yang digariskan dalam GPPPS termasuklah: a) Susunatur kawasan dan rekabentuk ruang kawasan dalaman dan persekitaran perumahan perlulah dapat membentuk ruang interaksi sesama anggota masyarakat yang mencukupi, sesuai, selesa, berfungsi serta terpelihara. b) Mewujudkan kawasan perumahan yang mempunyai identiti, bertaman indah dan harmoni dengan alam sekitar.

33 c) Digalakkan susunatur kawasan perumahan secara berkelompok (cluster) untuk mengoptimumkan penggunaan tapak dengan mengekalkan kawasankawasan yang sensitif dan mewujudkan tanah lapang awam. d) Kawasan perumahan yang dirancang perlu mengandungi pelbagai pilihan jenis rumah dari segi harga, rekabentuk dan lokasi bersesuaian dengan kemampuan penduduk. e) Susunatur dan rekabentuk perumahan perlu mewujudkan ciri-ciri keselamatan dan penyayang kepada semua goongan masyarakat termasuk kanak-kanak, orang tua, golongan orang cacat dan kurang upaya f) Setiap zon perumahan hendaklah mempunyai komponen-komponen untuk beriadah, mendapat khidmat sosial dan pendidikan. g) Kawasan perumahan yang dirancang perlu menjurus ke arah memudahkan penghuni dan pelawat melalui sistem rangkaian jalan yang selamat, tersusun, mudah difahami serta mudah dituju. h) Sistem peredaran hendaklah mengutamakan konsep sistem peredaran siarkaki dan cul-de-sac dimana kawasan fokusnya dijadikan tanah lapang komunal (courtyard) dan ruang letak kereta yang boleh mewujudkan suasana kekeluargaan dan kejiranan. i) Melaksanakan ciri-ciri tenang trafik (traffic calming) sama ada dari segi rekabentuk jalan-jalan di dalam kawasan perumahan ataupun menggunakan bahan-bahan tertentu bagi permukaan jalan. j) Menyediakan tanah lapang komunal (courtyard) di kawasan kejiranan bagi tujuan:
• •

Melahirkan perasaan kekitaan dan kesendirian Memudahkan proses menggariskan sempadan untuk pengawasan dan penyelenggaraan komuniti

• •

Meningkatkan interaksi sosial antara penduduk dan Mengurangkan kegiatan-kegiatan merosakkan harta awam (bebas dari jenayah)

Garis panduan tersebut jelas menunjukkan bahawa penyediaan kawasan perumahan yang berupaya menampung keperluan penduduk dari segi keselamatan, keselasaan, bersih, harmoni, mampu dimiliki dan lengkap adalah sangat penting.

34 Maka adalah jelas bahawa kualiti perumahan menjadi antara faktor yang paling penting dalam agenda pembangunan perumahan negara.

2.5

Latar Belakang Perkembangan Jenis Susunatur Perumahan

Perumahan berkelompok merupakan petempatan manusia yang paling asas dan kekal. Secara ringkas, perumahan bekelompok didefinisikan sebagai rumahrumah yang bersambung dimana unit individu berkongsi dinding, lantai dan siling yang sama. Perkara yang paling penting ialah penduduk dalam perumahan berkelompok berkongsi kawasan lapang dan kemudahan awam bersama-sama (Untermann dan Small, 1977).

Perumahan berkelompok adalah penting untuk tujuan mewujudkan perasaan privasi dan selamat di samping membina perasaan berkomuniti (sense of comunity). Perumahan berkelompok adalah amat sesuai untuk diaturkan mengikut kumpulan sosial dengan saiz yang berbeza. Daripada kajian Untermann dan Small (1977), mereka mendapati bahawa pembangunan ‘suburbia’ terlalu membazirkan tanah manakala pembangunan petempatan di bandar pula kekurangan tanah. Perumahan berkelompok didapati dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh petempatan ‘suburban’ dan bandar. Hal ini kerana perumahan berkelompok adalah lebih fleksibel dalam menyediakan tahap privasi yang lebih memuaskan, ruang persendirian di luar, serta densiti penduduk dan gunatanah yang lebih tinggi daripada kawasan luar bandar (suburbia). Selain itu, perumahan berkelompok adalah sesuai untuk menyediakan ruang awam berhirarki persendirian, separa persendirian dan awam seperti yang disebut oleh Oscar Newman dalam bukunya ’Defensible Space’ (1972).

Perumahan Honeycomb merupakan sejenis perumahan berkelompok dimana rumah-rumah dikelompokkan dalam bentuk heksagon atau segiempat. Untuk membangunkan perumahan berkelompok yang baru, sejarah perkembangan perumahan berkelompok perlu dikaji.

35 Kajian evolusi perumahan berkelompok menunjukkan bahawa perumahan jenis ini berkembang dengan pesatnya dalam pelbagai zaman dengan budaya yang berbeza. Pada zaman purba, perkampungan dibentuk akibat pengelompokan unit rumah yang kemudian membentuk suatu ruang komuniti dan pada masa yang sama membentuk suatu kawasan yang seakan-akan dipagari untuk tujuan keselamatan dan pertahanan (Untermann dan Small, 1977). Bahagian depan rumah kediaman adalah berhadapan dengan ruang komuniti. Rumah kediaman dalam keadaan ini hanya mempunyai satu atau dua tingkat. Rajah 2.2 menunjukkan corak petempatan berkelompok di Karo Batak, Indonesia dan Cheyenne, United States.

Rajah 2.2: Corak petempatan kampung berbentuk cluster.

Apabila penduduk semakin bertambah, perkampungan berkembang menjadi bandar kecil. Sungguhpun kebanyakan ciri-ciri perkampungan masih dikekalkan, rumah kediaman yang ada dalam bandar kecil adalah diasingkan daripada ruang awam. Bahagian depan rumah tidak lagi berhadapan dengan ruang awam utama, tetapi berhadapan dengan ruang komuniti dalam bentuk jalan ataupun laluan yang mengakses ke pusat bandar. Unit-unit rumah kediaman juga tidak lagi membentuk ‘dinding’ atau ‘pagar’ kampung tetapi bersambungan dengan unit rumah yang lain (Untermann dan Small, 1977). Tambahan, perkembangan teknologi pada masa itu membenarkan rumah kediaman dibina sehingga empat atau lima tingkat.

Apabila perancangan bandar mula dititikberatkan, corak petempatan yang informal bertukar menjadi pembangunan yang disusun secara lebih formal dan berskala besar. Tanpa memikirkan faktor topografi, laluan di pusat bandar disusun dalam corak geometrik. Pada waktu tersebut, susunatur jenis rectilinear grid menjadi dominan, dan seterusnya membentuk blok bangunan dalam bandar. Maka, disebabkan perkembangan dari semasa ke semasa, perumahan berkelompok yang

36 sebelum ini menjadi asas penyusunan petempatan manusia, berubah secara beransuransur kepada penyusunan secara blok.

Rajah 2.3: Susunatur jenis rectilinear grid membentuk blok bangunan di pusat bandar. Pada zaman revolusi perindustrian, penduduk dari luar bandar mula membanjiri pusat bandar. Pertambahan penduduk serta perkembangan teknologi pembinaan telah menyebabkan perkembangan bangunan kediaman dengan pelbagai tingkat. Pada waktu itu, rumah bertangga (walk-up) dan rumah pangsa dengan enam atau lapan tingkat diperkenalkan. Dengan perkembangan perumahan dalam tren ini, konsep perumahan berkelompok telah diabaikan dan kehidupan dalam bandar (urban lifestyle) dipentingkan. Kewujudan pangsapuri dengan lif dilihat sebagai hasil daripada perkembangan perumahan pada zaman revolusi perindustrian.

Rajah 2.4: Rumah pangsa dengan empat tingkat ke atas merupakan hasil daripada perkembangan petempatan perumahan pada zaman revolusi perindustrian.

Untuk sebab-sebab seperti tradisi kebudayaan, cuaca, rupabentuk tanah, bahan dan teknologi, sesetengah masyarakat telah membina rumah kediaman mereka dalam bentuk patio dan teres. Jenis perumahan ini telah diteruskan sehingga sekarang. Rajah 2.5 menunjukkan susunan rumah kediaman dalam bentuk patio.

37

Rajah 2.5: Susunatur jenis patio yang diamalkan di Pueblo San Fernando pada abad ke-18.

2.6

Jenis Susunatur Perumahan Semasa

Jilakau ditinjau secara teliti, boleh didapati bahawa kebanyakan kawasan perumahan dalam daerah Johor Bahru mempunyai susunatur yang hampir serupa, dalam erti kata lain, membosankan dan tiada identiti. Hal ini kerana kebanyakan pemaju perumahan gemar menggunakapai susunatur berbentuk linear seperti gridiron, rectilinear dan cul-de-sac, terutamanya untuk perumahan dengan densiti sederhana . Selain itu, susunatur jenis cluster dan loop juga boleh dikesan, terutamanya dalam kawasan perumahan kos tinggi dengan densiti yang lebih rendah.

i)

Gridiron

Sistem grid direka untuk mengagihkan trafik secara sama rata dengan menyediakan alternatif kepada pengguna kenderaan dan pejalan kaki. Rekabentuk susunan sebegini sering dikritik kerana dilihat sebagai susunan yang kaku, membosankan, serta kelainan dengan topografi. Sistem grid

mula digunakan dalam bandar ketenteraan Greeks dan Romans (Hall dan Poterfield, 1995). Rekabentuk grid adalah mudah dibina dan matlamat utama pembinaannya adalah untuk membolehkan pergerakan yang pantas dilakukan dari satu tempat ke tempat yang lain untuk tujuan pertahanan. Rajah 2.6: Sistem grid yang dikatakan kaku dan membosankan.

38 Kebaikan menggunakan sistem grid ialah ia mudah dijangkakan

persimpangannya. Keadaan ini memberi isyarat yang jelas kepada pengguna jalan, terutamanya dalam mencari jalan. Di samping itu, penggunaan ruang jalan adalah optimum kerana setiap lot persendirian yang terletak bersebelahan jalan boleh mencapai jalan dengan mudah. Sistem ini menyediakan pelbagai alternatif kepada pengguna jalan untuk sampai ke destinasi. Walau bagaimanapun, menurut Hall dan Poterfield (1995), pengulangan corak grid terlalu kerap menggunakan ruang tanah yang banyak dan seterusnya meningkatkan kos pembinaan.

Rekabentuk jalan berkonsepkan grid telah digunapakai dalam kawasan perumahan, membentuk susunatur jenis gridiron. Susunatur gridiron digunapakai secara meluas termasuk dalam negara kita. Hal ini kerana ia membolehkan penggunaan ruang tanah yang optima dimana lot rumah disusun dengan Rajah 2.7: Rekabentuk jalan yang lurus membolehkan pemandu meningkatkan kelajuan. rapat justeru membolehkan densiti yang tinggi dicapai.

Seperti yang disebut, ciri rekabentuk jalan grid membolehkan pergerakan yang pantas dilakukan. Rekabentuk jalan yang lurus menyebabkan pengguna kenderaan meningkatkan kelajuan walaupun semasa memandu dalam kawasan perumahan. Keadaan ini sememangnya amat berbahaya terutama bagi penduduk. Klaber dalam bukunya ’Housing Design’ (1954) menyebut bahawa penyebab utama bagi kemalangan jalan raya ialah kelajuan (speed). Maka, secara tidak langsung, susunatur jenis gridiron telah menyumbang kepada berlakunya kemalangan di kawasan perumahan.

Selain itu, disebabkan sistem jalan jenis gridiron menyediakan banyak jalan alternatif untuk menuju ke destinasi, maka jalan tempatan dalam kawasan perumahan kerap digunakan sebagai jalan pintas untuk mengelakkan kesesakan yang ada di jalan utama. Keadaan ini menyebabkan aliran trafik laluan (through traffic) di depan rumah kediaman. Ini secara tidak langsung mengancam keselamatan penduduk di lot rumah yang berdepanan dengan jalan. Keadaan ini bercanggahan dengan prinsip hirarki ruang yang dicadangkan oleh Oscar Newman

39 dalam ’Defensible Space’ (1972). Rajah 2.7 menunjukkan susunan ruang yang ada dalam susunatur gridiron.

Ruang awam

Ruang persendirian

Rajah 2.8: Susunatur jenis gridiron bercanggahan dengan konsep defensible space dan menyebabkan aliran trafik laluan bertambah. (Susunatur: Taman Tun Aminah) ii) Cul-de-sac

Konsep susunatur perumahan cul-desac mula digunakan dengan meluasnya dalam Radburn Garden Community yang direka oleh Clarence Stein dan Henry Wright pada tahun 1928. Dalam pembangunan perumahan

tersebut, konsep cul-de-sac digunakan atas tujuan untuk mengurangkan gangguan Rajah 2.9: Radburn Garden Community yang mula menggunakan cul-de-sac secara meluas.

kenderaan terhadap penduduk.

Seseorang pemandu kenderaan yang memasuki cul-de-sac adalah seseorang yang balik ke rumah ataupun seseorang yang mengunjugi tempat yang biasa dikunjungi. Maka boleh dikatakan seseorang tidak akan meningkatkan kelajuan setelah memasuki cul-de-sac kerana dia dalam perjalanan sampai ke destinasinya. Dalam keadaan ini, cul-de-sac boleh dikatakan lebih selamat terutamanya untuk kanak-kanak. Hal ini kerana cul-de-sac tidak mengalami gangguan trafik terutama

40 pemandu yang mengambil jalan pintas untuk sampai ke kawasan lain semasa waktu puncak sepertimana yang berlaku pada jalan grid iron atau rectilinear.

Di samping itu, cul-de-sac juga boleh mengelakkan kedatangan orang asing, kecuali orang yang sesat apabila mencari destinasinya. Maka seseorang yang tidak dikenali akan cepat dikesan dan seterusnya diawasi oleh penduduk dalam cul-de-sac tersebut. Dengan kata lain, rekabentuk cul-de-sac adalah lebih berkesan dalam pencegahan jenayah berbanding susunatur seperti grid iron dan rectilinear. Satu kajian perbandingan antara corak-corak jalan di California telah mencadangkan bahawa cul-de-sac (terutamnya lot-lot di penghujung) berfungsi lebih baik dari segi keselamatan lalu lintas, privasi kediaman serta keselamatan untuk permainan kanak-kanak jika berbanding dengan jalan bercorak grid dan loop

(Ben, Joseph, 1995).

Pengawasan yang lebih kerap boleh dilakukan oleh penduduk berdekatan cul-de-sac.

Rajah 2.10: Susunan cul-de-sac yang mempunyai jarak pendek boleh mengurangkan kelajuan kenderaan, mencegah kedatangan penjenayah dan sesuai untuk kegunaan rekreasi kanak-kanak.

Rajah 2.11: Susunatur jenis cul-de-sac yang digunakan dalam kawasan perumahan. (Taman Universiti)

41 iii) Rectilinear

Susunatur jenis rectilinear merupakan pengubahsuaian kepada bentuk gridiron. Seperti gridiron, rumah kediaman turut disusun secara linear. Perbezaan yang paling ketara ialah penggunaan jenis simpang dalam kedua-dua jenis susunatur ini. Dalam susunatur jenis rectilinear, persimpangan-T digunakan menggantikan persimpangan berpalang seperti yang digunakan dalam gridiron.

Rajah 2.12 menunjukkan perbezaan di antara susunatur gridiron dan rectilinear.

Rajah 2.12: Jenis persimpangan yang digunakan dalam rekabentuk gridiron dan rectilinear.

TAMAN UNIVERSITI

Rajah 2.13: Susunatur jenis rectilinear yang digunakan di Taman Universiti, Skudai.

Persimpangan-T dianggap dapat mengurangkan konflik yang wujud seperti di titik persimpangan berpalang. Hal ini kerana persimpangan-T hanya menampung kenderaan daripada dua hala sahaja dan bukannya empat hala seperti di persimpangan berpalang. Maka, susunatur jenis rectilinear dianggap dapat

42 menangani masalah lalulintas yang wujud dalam susunatur gridiron. Susunatur ini juga banyak digunakan oleh pemaju perumahan kerana dianggap lebih baik daripada gridiron dan pada masa yang sama dapat mencapai densiti sepertimana yang dicapai dalam gridiron.

iii)

Loop

Sistem

loop

dikatakan

lebih

sesuai

untuk

membentuk kejiranan individu disebabkan sistem jalan loop seolah-olah mewujudkan persempadanan kepada sesuatu kejiranan. Dengan ini, secara tidak langsung susunatur loop boleh mewujudkan perasaan bertempat (sense of place) yang lebih kuat berbanding dengan susunatur berbentuk linear. Rajah 2.14 menunjukkan konsep loop secara ringkas. Rajah 2.14: Susunatur jenis loop.

Menurut Hall dan Poterfield (1995), susunatur loop mengagihkan trafik tempatan dengan lebih berkesan jika berbanding dengan sistem linear. Disebabkan laluan tempatan telah diasingkan daripada jalan utama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.15, maka trafik yang melalui laluan tempatan dapat dikurang.

Trafik laluan tempatan

Trafik laluan utama

Rajah 2.15: Susunatur loop mengasingkan trafik tempatan dan trafik laluan utama.

Sungguhpun susunatur jenis loop mempunyai kebaikan yang ketara, namun ia masih kurang mendapat sambutan di kalangan pemaju kerana dianggap kurang dapat mencapai densiti sepertimana yang dicapai dalam susunatur gridiron, rectilinear dan cul-de-sac. Konsep loop kebanyakan digunakan dalam pembangunan kos tinggi

43 yang densitinya lebih rendah. Rajah 2.16 menunjukkan pembangunan perumahan Ledang Heights di Gelang Petah, Johor Bahru.

Rajah 2.16: Pembangunan Ledang Heights yang menggunakan konsep loop dalam susunaturnya.

vi)

Cluster

Sepertimana yang dibincangkan dalam ‘5.0 Latar Belakang Perkembangan Jenis Susunatur Perumahan’, petempatan manusia bermula dengan susunatur berkelompok atau dikenali sebagai cluster. Berlainan daripada susunatur lain, perumahan cluster disusun secara berkelompok dan lazimnya mengelilingi satu kawasan lapang di tengah-tengah. Terdapat dua jenis perumahan cluster iaitu cluster jenis ‘around an entrance court’ dan ‘around a garden space’. Rajah 2.17 menunjukkan kedua-dua jenis perumahan cluster.
Cluster jenis ‘around an entrance court’

Cluster jenis ‘around a garden space’

Rajah 2.17: Cluster jenis around an entrance court dan around a garden space.

44 Perumahan cluster dipercayai boleh membentuk perasaan berkomuniti (sense of community) yang lebih kuat berbanding dengan perumahan dengan susunatur linear (Untermann dan Small, 1977). Walau bagaimanapun, konsep ini jarang diterapkan dalam pembangunan perumahan negara kita kerana dianggap amat menggunakan ruang tanah yang luas.

2.7

Konsep Perumahan Honeycomb

Dalam konsep Honeycomb yang dihasilkan daripada kaedah teselasi (tessellation), rumah-rumah dikelompokkan dalam bentuk ‘courtyard

neighbourhood’. Bilangan unit rumah dalam suatu courtyard neighbourhood adalah sebanyak 5 – 16 buah rumah. Courtyard neighbourhood ini kemudian dikelompokkan dan membentuk komuniti cul-de-sac yang terdiri daripada lebih kurang 42 unit rumah. Komuniti cul-de-sac ini akan bercantum dan membentuk kejiranan yang lebih besar, terdiri daripada sebanyak 300 unit rumah. Rekabentuk rumah kediaman yang digunakan dalam konsep perumahan Honeycomb adalah unik, dimana setiap unit rumah mempunyai fasad depan (frontages) yang luas. Dengan ini setiap unit rumah seolah-olah rumah di pepenjuru (corner lot).

Setiap

courtyard

neighbourhood

dihubungkan

kepada

courtyard

neighbourhood yang lain melalui jalan pengagih dalam bentuk persimpangan-y. Di dalam satu courtyard neighbourhood, setiap unit rumah akan berdepanan dengan kawasan lapang yang terletak di tengah-tengah courtyard neighbourhood tersebut. Perletakan kawasan lapang adalah sesuai untuk capaian dan gunaan penduduk daripada pelbagai lapisan umur, sama ada kanak-kanak tadika, remaja, golongan tua mahupun orang kurang upaya.

45 2.7.1 Kaedah Teselasi (Tessellation)

Dalam kaedah matematik, teselasi bermaksud menutupi sesuatu permukaan dengan corak tertentu tanpa jarak (gaps) ataupun tindihan (overlaps) (Ghazali dan Davis, 2003). Kaedah ini telah digunapakai oleh artis dan tukang kraf sejak zaman dahulu untuk menghasilkan kesan ‘visual’ yang menarik di atas permukaan tertentu. Contohnya, penyusunan jubin (tiling) merupakan salah satu contoh kaedah teselasi, dimana corak asasnya adalah dalam bentuk poligon.

Pada abad ke-15, tukang kraf beragama Islam di Sepanyol telah menghasilkan corak yang menarik dengan menggunakan kaedah teselasi (Ghazali dan Davis, 2003). Corak ini mempunyai kesan visual yang kompleks sebagai hasil penyusunan jubin secara teselasi. (Rajah 2.18) Rekabentuk yang kompleks boleh dihasilkan daripada corak yang asas melalui kaedah teselasi. Dalam konsep perumahan Honeycomb, kaedah teselasi diaplikasikan dalam perancangan susunatur perumahan dimana corak asas merupakan ruangan dengan fungsi yang berbeza (functional space).

Rajah 2.18: Corak dengan kesan visual yang kompleks hasilan kaedah teselasi.

46 2.7.2 Segmen Jubin

Blok atau jubin asas yang membentuk susunatur ’Honeycomb’ ialah jubin berbentuk segitiga yang dikenali sebagai ‘jubin ibu’. Elemen yang terkandung dalam ‘jubin ibu’ tersebut termasuk jalan, rumah dan taman serta kawasan lapang. Rajah 2.19 menunjukkan contoh jubin ibu dalam susunatur perumahan Honeycomb.
Kawasan lapang Jalan Taman persendirian Rumah

Rajah 2.19: Jubin ibu yang mengandungi elemen seperti rumah, taman, jalan dan kawasan lapang. Daripada jubin ibu ini, jubin anak akan dibentuk melalui kaedah teselasi. Dalam proses ini, jubin anak akan bertemu dan bersambungan antara satu sama lain.

jubin ibu

jubin anak

corak kompleks

Rajah 2.20: Pembentukan corak kompleks menerusi kaedah teselasi

47 2.7.3 Teselasi Membentuk Courtyard Neighbourhood

Dalam konteks perumahan Honeycomb, ’jubin ibu’ yang mengandungi elemen asas iaitu rumah, jalan, taman dan kawasan lapang akan bercantum dengan jubin anak yang lain untuk membentuk satu ’jubin anak’, ataupun dikenali sebagai courtyard neighbourhood. ’Jubin anak’ kemudian akan bersambungan dengan jubin anak yang lain untuk membentuk corak yang lebih kompleks. Corak ini dikenali sebagai kejiranan cul-de-sac. Rajah 2.21 menunjukkan pembentukan kejiranan

cul-de-sac melalui teselasi ’jubin anak’ dan ’jubin ibu’.

‘Jubin ibu’ ‘Jubin anak’ (‘Courtyard neighbourhood’) Kejiranan cul-de-sac

Rajah 2.21: Pembentukan kejiranan cul-de-sac melalui teselasi ’jubin anak’ dan ’jubin ibu’. Satu courtyard neighbourhood mengandungi elemen asas yang diperlukan dalam perancangan komuniti. Kawasan lapang terletak di tengah-tengah courtyard dan dikelilingi oleh rumah kediaman. Dengan ini, boleh dikatakan semua penduduk yang menetap dalam kejiranan tersebut berpeluang menikmati kemudahan kawasan lapang yang disediakan. Selain itu, rekabentuk susunatur dalam bentuk ini mewujudkan satu sempadan yang jelas serta perasaan memasuki (sense of entry) untuk pengunjung dan penduduk di dalam courtyard neighbourhood. (Rajah 2.22)

48

Rajah 2.22: Kawasan lapang yang terletak di tengah-tengah kejiranan memudahkan penduduk di kawasan tersebut. Jubin anak yang bersambungan membentuk ‘linked house’ yang bercantum secara back-to-back dan diakses dari cul-de-sac yang berlainan. Penyataan ini sesuai untuk menerangkan keadaan rumah duplex, triplex dan quaduplex. Dalam konteks quaduplex dan sextuplex, rumah juga bersambungan secara side-to-side.

Rajah 2.23: Rumah quaduplex bercantum secara ‘side-to-side’.

2.7.4 Tujuan Pelaksanaan Konsep

Susunatur perumahan berkonsepkan Honeycomb adalah satu cara yang baru untuk menyusun bangunan kediaman. Tujuan utama konsep ini diperkenalkan adalah untuk menyediakan satu alternatif untuk susunatur perumahan sedia ada, terutamanya alternatif kepada rumah teres yang menjadi dominasi kepada susunatur perumahan sekarang. Di samping itu, konsep ini juga bermatlamat untuk mewujudkan persekitaran yang lebih berkualiti dari segi keselamatan, integrasi sosial,

BAB 1 PENGENALAN

49 rupabentuk fizikal bangunan dan alam sekitar. Selain itu, peratusan kawasan lapang dan densiti juga boleh ditingkatkan sehingga lebih tinggi. Pendek kata, konsep perumahan Honeycomb bertujuan untuk meningkatkan kualiti persekitaran dan pada masa yang sama meningkatkan keefisienan gunatanah dalam sesuatu kawasan perumahan.

2.7.5

Faedah Pelaksanaan Konsep

Faedah pelaksanaan konsep termasuk keefisienan gunatanah, keselamatan, faktor sosial dan alam sekitar. Penjelasan selanjutnya adalah sepeti berikut.

2.7.5.1 Faktor Keefisienan Gunatanah

Susunatur jenis Honeycomb dilihat sebagai gunatanah yang lebih efisyen dari segi guna tanah. Antara sebabnya, lorong belakang yang dianggap sebagai suatu pembaziran telah dimansuhkan dalam konsep Honeycomb. Dengan ini, tanah yang selebihnya dimanfaatkan untuk kegunaan lain seperti rumah dan kawasan lapang.

Selain itu, penjimatan tanah boleh dicapai dengan mencadangkan jalan jenis cul-de-sac berbanding dengan jalan terus (through). Hal ini kerana kawasan yang digunakan untuk jalan dalam sistem jalan terus adalah lebih banyak berbanding kawasan yang diperlukan untuk sistem cul-de-sac. Rajah 2.24 boleh menjelaskan perbezaan ini.

Rajah 2.24: Sistem jalan ’through’ menggunakan tanah yang lebih banyak untuk kawasan jalan.

Di samping itu, perimeter sesuatu heksagon adalah 7 peratus lebih pendek berbanding perimeter sesuatu segiempat dengan keluasan yang sama. ( Rajah 2.25)

50 Dengan kata lain, lebih banyak kawasan diperlukan untuk membina jalan arteri bagi kawasan petempatan berbentuk segiempat berbanding kawasan berbentuk heksagon.

Rajah 2.25: Perimeter heksagon adalah 7 peratus lebih pendek berbanding perimeter segiempat.

Faktor

yang

keempat

adalah

perbezaan

kawasan

binaan

(buidable footprint) yang boleh dicapai oleh rumah teres dan rumah Honeycomb. Bagi lot dengan keluasan yang sama sebanyak 6000 kaki persegi, lot berbentuk trapezium dapat menghasilkan plinth area yang lebih luas berbanding dengan lot berbentuk segiempat. (Rajah 2.26)

Rajah 2.26: ’Plinth area’ yang lebih tinggi di lot berbentuk trapezium.

Faktor-faktor yang disebut digabungkan dalam perumahan Honeycomb membentuk susunatur yang lebih efisien dari segi gunatanahnya.

2.7.5.2 Faktor Keselamatan

Faktor keselamatan di kawasan perumahan menjadi isu yang sering diperbincangkan sejak kebelakangan ini berikutan kes-kes ragut dan rompakan yang berlaku dengan terlalu kerap. Contohnya di Bandaraya Johor Bahru, terdapat 41 kes

51 ragut dalam tempoh 20 hari (dari 26 Ogos hingga 15 September) (Sin Chew Jit Poh, 16 September 2006). Fenomena ini telah menyebabkan orang ramai, terutamanya penduduk di kawasan bandar lebih cenderung untuk memilih tempat tinggal dengan lindungan keselamatan. Lantaran itu, konsep komuniti berpagar (gated community) diwujudkan untuk memenuhi keperluan pembeli rumah. Sungguhpun begitu, konsep ’gated community’ juga telah menimbulkan perbincangan yang hangat berkaitan kesahihannya dari segi undang-undang.

Salah satu faedah daripada konsep Honeycomb ialah pembentukan kawasan yang selamat melalui rekabentuk persekitaran. Maka, dengan adanya konsep Honeycomb, pemaju mempunyai alternatif dalam menyediakan kawasan perumahan yang selamat, selain mengadakan komuniti berpagar.

i)

Pencegahan Jenayah

Rentetan daripada isu keselamatan yang wujud pada hari ini konsep ’defensible space’ yang diperkenalkan oleh Oscar Newman pada tahun 1972 diingatkan semula kepentingannya. ’Defensible space’ ditakrifkan sebagai

persekitaran yang berupaya mencapai pencegahan jenayah melalui susunan bangunan atau elemen fizikal yang dapat mewujudkan perasaan berkomuniti (’sense of community’). Dengan ini, penjenayah akan menganggap persekitaran ini sebagai suatu kawasan yang dikawal selia oleh penduduknya, justeru akan menyebabkannya mudah diperhatikan (Newman, 1972). Dengan kata lain, defensible space memperlihatkan sempadan yang jelas antara kawasan berpengaruh serta pemerhatian (surveillance) yang baik daripada pihak penduduk.

Antara faktor yang digariskan dalam pembangunan defensible space termasuk definisi persempadanan kawasan (territorial definition of space) yang dapat menunjukkan kawasan berpengaruh bagi penduduk kawasan tersebut (Newman, 1972). Tujuan ini boleh dicapai dengan membahagikan kawasan perumahan kepada zon-zon yang berlainan hirarki seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.27.

52

Rajah 2.27: Hierarchy of Defensible Space

Hierarchy of Defensible Space menerangkan pembahagian zon-zon daripada zon awam, zon separa awam, zon separa peribadi ke zon peribadi. (Newman, 1972) Zon awam merupakan tempat dimana semua orang (penduduk atau bukan) boleh mencapai dan menggunakannya. Zon awam adalah jalan akses bagi sesuatu taman perumahan dimana semua orang berhak menggunakannya. Lazimnya zon separa awam merupakan pusat komuniti ataupun taman kejiranan yang boleh menampung populasi yang ramai. Ia menggalakkan perhubungan antara kejiranan. Zon separa peribadi terdiri daripada kawasan lapang ataupun ruang aktiviti yang disediakan untuk sesuatu kejiranan (neighbourhood). Ruangan ini lazimnya boleh menampung populasi kejiranan tersebut, manakala zon perbadi adalah dalam halaman sendiri.

Konsep penyusunan perumahan secara Honeycomb boleh dijelaskan oleh idea defensible space yang bertujuan untuk membahagikan kawasan mengikut hirarki keperibadian. Rajah 2.28 menunjukkan penyusunan konsep perumahan Honeycomb yang menyerupai konsep defensible space.

53
Zon peribadi Zon separa peribadi Zon separa awam Zon awam

Rajah 2.28: Penyusunan ruangan dalam konsep Honeycomb yang bercirikan konsep defensible space. Kajian telah menunjukkan bahawa dengan mencapai tujuan persempadanan (‘territoriality’), penduduk kawasan tersebut akan menyemai sikap

bertanggungjawab terhadap kawasan tersebut. Dengan kata lain, dengan adanya persempadanan yang jelas dalam sesuatu kawasan khasnya kawasan perumahan, penduduk akan mempunyai perasaan bermilikan sense of belonging terhadap kawasan sendiri dan ini secara tidak langsung membantu dalam pencegahan jenayah kerana mereka akan lebih berprihatin terhadap perkara yang berlaku dan seterusnya akan bertindak demi kebaikan bersama.

ii)

Keselamatan Trafik

Selain pencegahan jenayah, konsep perumahan Honeycomb juga bertujuan untuk mencapai matlamat traffic calming dalam sesuatu kawasan perumahan. Sekiranya berbanding dengan susunatur sedia ada di kawasan perumahan jenis teres, susunatur Honeycomb menggunakan jalan yang bengkang-bengkok, dan setiap kelompok perumahan merupakan cul-se-sac. Rekabentuk jalan sebegini bertujuan untuk mengurangkan kelajuan kenderaan dalam membentuk persekitaran yang selamat untuk pejalan kaki dan juga kanak-kanak.

Selain mengurangkan kelajuan kenderaan, sirkulasi dalam perumahan Honeycomb juga bertujuan untuk mengasingkan trafik laluan (through traffic) supaya boleh mewujudkan persekitaran kediaman yang bebas daripada kebisingan. Rajah 2.29 menunjukkan sistem sirkulasi dalam perumahan Honeycomb.

54

Laluan trafik utama Laluan trafik ke susur jalan / ke rumah masing-masing Trafik laluan (’through traffic’) yang ada dalam kawasan perumahan

Rajah 2.29: Sistem sirkulasi dalam perumahan Honeycomb.

Laluan trafik utama Laluan trafik ke susur jalan / ke rumah masing-masing Trafik laluan (’through traffic’) yang ada dalam kawasan perumahan

Rajah 2.30: Sistem sirkulasi dalam perumahan teres.

Secara perbandingan, susunatur perumahan teres mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mewujudkan trafik laluan di depan rumah (seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.30). Hal ini disebabkan blok rumah yang disusun secara

55 melintang ataupun menegak sememangnya akan berdepanan dengan jalan pengumpul (collector road). Dalam keadaan ini, kenderaan yang berlalu-lalang di depan rumah akan mengganggu ketenteraman hidup bagi penduduk di kawasan yang terganggu. (Rajah 2.31)

Di samping itu, sistem sirkulasi dalam perumahan Honeycomb dapat menjamin keselamatan bagi kanak-kanak kerana jalan tempatan (local road) yang ada di depan rumah adalah cul-de-sac maka kenderaan yang berlalu-lalang di depan rumah adalah terkawal dari segi bilangannya dan kelajuannya.

Rajah 2.31: Trafik laluan bukan sahaja mengganggu ketenteraman malah berbahaya terutamanya kepada kanak-kanak.

2.7.5.3 Faktor Integrasi Sosial

Ruangan di luar rumah merupakan kawasan yang penting untuk interaksi sosial. Perhubungan kejiranan serta interaksi sosial yang aktif dapat menjana perasaan berkomuniti (sense of community). Perasaan berkomunti adalah perasaan bangga dan dimiliki oleh sesuatu komuniti ataupun kejiranan. (Untermann dan Small, 1977) Dengan kata lain, seseorang akan mempunyai perasaan berkomuniti apabila ia berasa bahawa ia adalah sebahagian daripada komuniti tersebut. Untuk mencapai tujuan ini, seseorang perlu mengenali jirannya dengan baik dan terdapat ramai kenalan dalam kawasan perumahannya. Lazimnya, susunatur perumahan secara berkelompok (cluster housing) adalah lebih mudah untuk mencapai objektif ini

56 berbanding dengan perumahan yang disusun secara linear (Untermann dan Small, 1977).

Dalam pada ini, susunan jenis cul-de-sac dalam perumahan Honeycomb dapat mengehadkan bilangan rumah dalam satu kelompok. Kajian ahli sosiologi mendapati bahawa manusia berhubung ataupun saling mengenali antara satu sama lain secara lebih berkesan dalam kumpulan yang kecil berbanding dengan kumpulan yang besar.

Berdasarkan konsep Honeycomb, sebanyak 5 hingga 40 unit rumah dalam satu kelompok perumahan (courtyard neighbourhood). Kelompok rumah ini akan membentuk satu komuniti kecil dimana penduduk adalah lebih mudah untuk mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, kawasan lapang yang ada di dalam setiap kelompok perumahan (courtyard neighbourhood) merupakan tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti seperti rekreasi dan berisitirehat. Pertalian kejiranan yang kukuh akan dibentuk menerusi interaksi seharian. Justeru, apabila berlaku kecemasan, penduduk akan sudi bertindak untuk membantu kerana semua jiran adalah kenalannya.

Rajah 2.32: Kawsan lapang di kelompok perumahan (courtyard neighbourhood) merupakan tumpuan penduduk untuk melakukan aktiviti informal.

57 2.7.5.4 Faktor Alam Sekitar

Dari segi faktor fizikal, faedah-faedah yang boleh didapat daripada penggunaan konsep Honeycomb termasuk pengekalan kontur dan pengawalan suhu persekitaran.

i)

Pengekalan kontur

Dalam pembinaan rumah teres, kerja tanah seperti potongan dan tambakan (’cut and fill’) perlu dilakukan untuk meratakan tanah. Proses ini diperlukan untuk mempermudah pembinaan rumah teres. Sebaliknya, rekabentuk susunatur perumahan Honeycomb membenarkan perubahan aras bentuk muka bumi. Hal ini kerana rekabentuk rumah Honeycomb menyerupai rumah berkembar. Orientasi bangunan rumah berkembar dan rumah banglo yang tidak bersambungan antara satu dengan yang lain adalah lebih fleksibel untuk disesuaikan dengan kontur semula jadi. Perumahan Honeycomb juga memperlihatkan ciri yang sama dengan bangunan rumah berkembar dan rumah banglo, maka ia boleh disesuaikan dengan bentuk kontur untuk mengekalkan kontur semula jadi.

ii)

Pengawalan suhu persekitaran

Dalam proses pembersihan tapak untuk pembinaan perumahan, pokok-pokok ditebang untuk memudahkan kerja pembinaan dilakukan. Tindakan ini telah mengakibatkan keseluruhan suhu di kawasan tersebut menaik dan seterusnya menyebabkan kesan heat-island. Tambahan pula, kawasan zon penampan yang disediakan di tepi jalan sememangnya tidak cukup untuk menanam pokok peneduh. Justeru, penduduk akan berasa kurang selesa atas kepanasan yang dialami. (Ghazali, 2003)

Dalam perumahan Honeycomb, masalah ini boleh diatasi dengan menanam pokok-pokok berspesis besar seperti pokok Hujan-Hujan dan pokok Mahogani di kawasan lapang yang ada di setiap courtyard neighbourhood. Dengan ini, pokokpokok tersebut dapat memberi teduhan kepada pengguna kawasan lapang dan juga

58 rumah di sekitarnya. Rajah 2.33 menunjukkan ilustrasi bagi persekitaran perumahan Honeycomb dengan pokok peneduh di kawasan lapang yang terletak di depan rumah.

Rajah 2.33: Persekitaran perumahan Honeycomb dengan pokok peneduh mengurangkan kesan heat-island.

2.7.6

Cabaran yang Dihadapi dalam Pembangunan Perumahan Honeycomb

Konsep Honeycomb merupakan konsep perumahan yang pertama kali diperkenalkan. Disebabkan fakta ini, pembangunan perumahan Honeycomb mungkin akan menghadapi cabaran yang tidak dapat dielakkan. Berikut merupakan cabarancabaran yang diandaikan.

i)

Bentuk bangunan dan susunatur yang terlalu berbeza dengan amalan sedia ada

Konsep Honeycomb menerapkan konsep heksagon dalam perumahan, maka bentuk bangunan dan bentuk susunatur adalah berlainan dengan amalan sedia ada. Faktor ini boleh menimbulkan masalah seperti berikut:
• • • •

Kesukaran untuk menarik pembeli Kesukaran dalam proses mendapat kebenaran merancang Sirkulasi yang lebih complicated Penyusunan ruang rumah yang kurang fleksibel

59 ii) Kekurangan model ataupun contoh untuk dirujuk

Disebabkan konsep ini belum lagi dilaksanakan di mana-mana tempat, maka pembeli mahupun pemaju tidak dapat merujuk kepada projek Honeycomb yang benar. Keadaan ini mungkin menyebabkan ketidakyakinan pembeli dan pemaju untuk menerima mahupun melaksanakan konsep Honeycomb.

2.8

Perbandingan Perumahan Honeycomb Dan Perumahan Teres

Untuk memberi gambaran yang lebih nyata, pengkaji membandingkan konsep Honeycomb dengan perumahan teres biasa. Antara faktor yang dibandingkan termasuk faktor keefisienan gunatanah seperti densiti, bilangan unit dan keluasan bangunan, faktor rupabentuk fizikal seperti bentuk rumah, ruang dalam rumah serta faktor integrasi sosial seperti pembangunan komuniti dan pembentukan hubungan kejiranan.

2.8.1

Perbandingan Faktor Keefisienan Gunatanah

Faktor yang dibandingkan termasuk luas rumah, densiti dan bilangan unit rumah yang boleh dihasilkan menggunakan konsep Honeycomb dan teres. Untuk membuktikan penyataan dan penjelasan tentang kebaikan konsep Honeycomb, satu kajian perbandingan keefisienan gunatanah telah dilakukan oleh sepasukan ahli professional dalam bidang pembangunan perumahan. Pasukan ini terdiri daripada pemaju rumah Metro Kajang Bhd., Perunding Metro (perunding kejuruteraan awam) dan JUB Segar (Pengukur Bahan).

Untuk tujuan kajian perbandingan ini, susunatur jenis konvensional berbentuk rectilinear dan juga susunatur jenis Honeycomb telah dihasilkan di tapak yang sama, iaitu Mukim Semenyih, Daerah Ulu Langat, Negeri Selangor.

60 (Lihat Lampiran B). Berdasarkan dua jenis susunatur yang dihasilkan, jumlah bilangan unit serta densiti dibandingkan, seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Perbandingan keluasan, bilangan unit dan densiti antara perumahan Honeycomb dan teres
Perkara Rumah Honeycomb Unit Ekar % Rumah Teres Unit Ekar %

Rumah Honeycomb Rumah Quadruplex Standard Lot : 1387 mps Footprint : 650 mps Rumah Triplex Standard Lot : 3870 mps Footprint :1896 Mps Rumah Duplex Standard Lot : 3974 mps Footprint : 2200 mps Rumah Triplex Standard Lot : 4766 mps Footprint : 2493 mps Rumah Banglo Standard Lot : 6500 mps Footprint : 2698 mps Rumah Teres Teres 2 Tingkat 20'X70'=1400 mps Teres 2 Tingkat 20'X75'=1500 mps Rumah Berkembar 45'X80'=3600 mps Rumah Berkembar 50'X100'=5000 mps Banglo 65'X100'=6500 mps Jumlah kecil tanah yang boleh dijual Pangsapuri (850 mps) Pangsapuri (665 mps) Umum Jalan Kawasan Lapang Kemudahan Awam Surau,Tadika,Dewan,Gerai LKM(Loji Kumbahan Mekanikal) Rumah Pam Elevated Water Tank Pencawang Elektrik Dan PPU

200

7.51

15.43%

31

2.79

5.73%

50

5.55

11.40%

14

1.64

3.37%

33

6.43

13.21% 152 33 48 38 33 5.71 1.5 4.3 5.21 6.49 23.21 11.73% 3.08% 8.83% 10.70% 13.33% 47.68%

328 240

23.92 3.52

49.14% 7.23%

304

240 13.56 3.78 1.52 0.88 0.25 0.36 0.89 27.86% 7.76% 3.12% 1.81% 0.51% 0.74% 1.83%

3.52 14.42 3.63 1.52 0.88 0.25 0.36 0.89

7.23% 29.62% 7.46% 3.12% 1.81% 0.51% 0.74% 1.83%

61
Jumlah kecil 3.9 8.01% 3.9 8.01% JUMLAH 568 48.68 100.00% 544 48.68 100.00% DENSITI 11.7 11.2 Sumber: Honeycomb Housing: Reducing The Cost Of Land And Infrastructure In Housing Development (Mazlin Ghazali, Ir. C.T. Sia, Datuk Eddie Chen, Edmund Foo And Mohd. Peter Davis)

Secara keseluruhannya, tanah yang boleh dijual (saleable land) pada susunatur Honeycomb adalah lebih tinggi (23.92 ekar) daripada susunatur rumah teres biasa (23.21 ekar). Perbezaannya adalah sebanyak 3.1 peratus. Manakala tanah untuk kegunaan rizab jalan di susunatur Honeycomb sebanyak 13.56 ekar adalah kurang daripada tanah yang diperlukan untuk rizab jalan di susunatur perumahan konvensional, sebanyak 14.42 ekar. Kawasan hijau di perumahan Honeycomb juga bertambah sebanyak 0.3 peratus, manakala jumlah unit rumah Honeycomb adalah 24 unit lebih banyak daripada unit rumah teres knovensional.

Jadual 2.2: Keputusan perbandingan keluasan, bilangan unit dan densiti.
Tanah yang boleh dijual (ekar) Perumahan teres konvensional Honeycomb Bertambah/ (berkurang) % pertambahan/(pengurangan) 23.21 23.92 0.71 3.1% Rizab jalan (ekar) 14.42 13.56 (0.86) (6%) Kawasan hijau (ekar) 7.46 7.76 0.3 4%

Ameniti (ekar)

Unit

8.01 8.01 0 0%

304 328 24 7.9%

2.8.2

Perbandingan Faktor Rupabentuk Fizikal

Faktor rekabentuk yang dibandingkan ialah faktor bentuk rumah dan ruang dalaman. Kedua-dua faktor ini mempunyai pengaruh secara langsung terhadap kehidupan seharian penduduk.

62 i) Bentuk rumah

Dari segi rekabentuk ruangan, rumah Honeycomb berbentuk trapezium dan rumah teres berbentuk segiempat tepat (Rajah 2.34). Perbezaan bentuk ini disebabkan perbezaan corak susunatur yang digunakan dalam dua jenis konsep ini.

Rajah 2.34: Bentuk rumah Honeycomb dan teres

Dalam konsep Honeycomb, lot-lot rumah disambungkan tepi ke tepi (side-toside) dan belakang ke belakang (back-to-back), seperti rumah berkembar. Maka, setiap unit rumah seolah-olah merupakan rumah berkembar. Rekabentuk ini mewujudkan rasa ekslusif di kalangan pengunjung dan penduduk. Rumah teres yang bersambungan tepi ke tepi membentuk corak linear.

ii)

Ruang dalaman

Disebabkan perbezaan yang ketara pada bentuk bangunan, maka ruang dalaman bagi rumah Honeycomb dan rumah teres turut berbeza. Rajah 2.35 menunjukkan penggunaan ruang dalaman rumah Honeycomb dan rumah teres biasa.

63

Sudut-sudut yang awkward

Rajah 2.35: Penggunaan ruang dalaman bagi rumah Honeycomb dan rumah teres.

Daripada Rajah 2.35, didapati bahawa bentuk bangunan sememangnya mempengaruhi ruang dalaman kedua-dua jenis rumah. Rumah Honeycomb yang berbentuk menyerupai trapezium atau segitiga mempunyai bahagian depan yang lebih kecil daripada bahagian belakang rumah. Keadaan ini adalah berbeza dengan ruang dalaman rumah teres yang berbentuk lurus dan segiempat. Walau bagaimanapun, bentuk rumah Honeycomb yang bukan lurus menyebabkan kewujudan bucu-bucu yang dianggap pelik (Rajah 2.35)dan ini boleh menyebabkan kesukaran dalam penyusunan ruang.

2.8.3

Perbandingan Faktor Integrasi Sosial

Faktor integrasi sosial yang dibandingkan termasuk perasaan berkomuniti (sense of community) dan perasaan selamat (sense of security). Faktor-faktor ini merupakan antara fakor yang menjamin kualiti hidup seseorang.

i)

Perasaan Berkomuniti (Sense of Community)

Penduduk yang mendiami sesuatu kawasan akan berasa teringin untuk menjadi sebahagian daripada kawasan atau pembangunan tersebut. (Untermann dan

64 Small, 1977) Mereka akan ingin berasa bangga dan selesa dengan tempat tinggal mereka. Salah satu syarat untuk membentuk perasaan berkomuniti adalah dengan mengenali jiran-jiran. Untuk mencapai tujuan ini. Perumahan berbentuk cluster seperti Honeycomb dapat memberi kesan yang lebih baik berbanding perumahan teres. Hal ini kerana perumahan Honeycomb yang berbentuk kelompok memudahkan pergaulan antara jiran dalam perkelompokan itu.

ii)

Perasaan Selamat (Sense of Security)

Perasaan selamat (Sense of security) bermaksud suatu keadaan dimana seseorang berasa terlindung daripada ancaman dan dia adalah berpuas hati dalam keadaan tersebut. Menurut John Lang dalam bukunya ’The American Experience’, terdapat dua jenis keselamatan dan dan keperluan keselamatan, iaitu

perlindungan

’physiological’

perlindungan

physological.

Perlindungan

physiological boleh dicapai melalui perlindungan dari alam sekitar dan perlindungan physological didapat daripada tindakan sosial.

Jikalau dibandingkan antara perumahan Honeycomb dan perumahan teres, rekabentuk konsep Honeycomb boleh memberi kesan yang lebih baik dalam mewujudkan perlindungan physiological kerana persempadanan (territory) yang jelas antara satu kejiranan dengan yang lain. Contohnya, pengunjung yang memasuki sesuatu kejiranan (courtyard neighbourhood) akan berasa bahawa dia sedang memasuki sempadan sesuatu kawasan. Keadaan ini jarang wujud dalam perumahan teres kerana bentuknya yang bersifat linear tidak membentuk ’territory’.

2.9

Kesimpulan

Konsep Honeycomb merupakan konsep menyusunatur perumahan dalam bentuk seperti Honeycomb iaitu sarang lebah. Konsep ini diperkenalkan kerana dianggap boleh menyediakan persekitaran kediaman yang berkualti pada masa yang sama mengekalkan densiti unit yang boleh dicapai oleh perumahan teres . Konsep Honeycomb yang menggunapakai prinsip cul-de-sac dan cluster dikatakan dapat

65 mencapai pembentukan komuniti yang lebih berkesan, pencegahan jenayah serta keselamatan trafik yang lebih terjamin.

Daripada perbandingan yang dilakukan, boleh diringkaskan bahawa konsep Honeycomb boleh mencapai densiti dan bilangan unit rumah yang sedikit lebih tinggi daripada perumahan teres. Konsep ini dapat memberi kesan yang lebih baik dalam pembentukan komuniti dan jaminan keselamatan berbanding perumahan teres. Walau bagaimanapun, bentuk bangunan serta ruang dalaman yang lain daripada rumah teres biasa mungkin akan mempengaruhi keputusan pembeli sama ada boleh menerima konsep baru ini atau tidak. Bab yang seterusnya akan menganalisa maklumat dan data yang didapat daripada soal selidik.

BAB 3 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN

BAB 3

ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN

3.1

Pengenalan Perumahan Honeycomb merupakan konsep perumahan yang baru dan belum

dilaksanakan di Malaysia. Sehubungan dengan itu, adalah penting untuk mengumpul pendapat dan pandangan daripada pemaju perumahan terhadap konsep ini. Kajian ini menumpukan kepada pandangan dan penerimaan pihak pemaju perumahan mengenai konsep perumahan Honeycomb. Dalam mencapai tujuan mengumpul pendapat daripada pihak pemaju perumahan, borang kajilidik diedarkan kepada 40 pemaju perumahan di dalam kawasan Johor Bahru yang dipilih secara persampelan rawak mudah. Borang kajilidik tersebut mengandungi 4 bahagian dimana bahagian pertama bertujuan untuk mengetahui latar belakang syarikat pemaju, bahagian kedua untuk mengetahui jenis susunatur perumahan yang lazim digunakan oleh pemaju, bahagian ketiga adalah mengenai pandangan pemaju terhadap perumahan Honeycomb berbanding dengan perumahan teres dan bahagian keempat mengenalpasti tahap penerimaan pemaju perumahan terhadap konsep perumahan Honeycomb. (Lihat Lampiran A untuk borang soal selidik)

67 Untuk menganalisa jawapan yang diperolehi oleh pemaju perumahan, pendekatan yang berbeza telah digunakan (seperti yang dijelaskan dalam Bab 1, 1.9.3.2 Pendekatan Analisis). Jadual 3.1 menunjukkan secara ringkas pendekatan analisis yang digunakan dalam Bab3. Jadual 3.1: Pendekatan analisis yang digunakan dalam setiap bahagian
Perkara yang dianalisis Bahagian 1 : Latarbelakang Pemaju Bahagian 2 : Jenis Susunatur Perumahan yang Cenderung azim Digunakan oleh Pemaju Perumahan Bahagian 3 : Pandangan Pihak Pemaju Terhadap Perumahan Honeycomb Bahagian 4 : Penerimaan Pihak Pemaju Terhadap Perumahan Honeycomb
• • • • • • • • •

Pendekatan analisis Analisis Frekuensi Analisis Frekuensi Analisis Pemberat dan Skor Analisis Frekuensi Ujian Perkadaran z Analisis Frekuensi Ujian Perkadaran z Ujian Chi-Square Gamma

3.2

Analisis Latar Belakang Pemaju Pemaju yang terlibat ialah pemaju perumahan yang beralamat di dalam

Daerah Johor Bahru. Daripada jumlah pemaju dalam Daerah Johor Bahru sebanyak 62 pemaju, 40 pemaju telah dipilih melalui persampelan rawak mudah. Kebanyakan borang telah berjaya diedarkan dan diisi oleh pihak pemaju di Pameran Hartanah Negeri Johor 2006 (Johore State Property Fair 2006). Soalan yang ditanyakan mengenai latar belakang pemaju temasuk tempoh sejak penubuhan syarikat, skala projek yang lazimnya dijalankan, bilangan projek yang telah disiapkan serta modal syarikat.

68 3.2.1 Tempoh Penubuhan Syarikat Daripada jumlah pemaju yang disoal, sebanyak 75 peratus syarikat pemaju perumahan telah ditubuhkan melebihi 10 tahun, 5 peratus ditubuhkan selama 6-10 tahun dan 20 peratus baru ditubuhkan. Data ini diperlukan kerana tempoh syarikat pemaju ditubuhkan dianggap mempunyai kaitan dengan pengalaman projek yang dijalankan justeru boleh memnpengaruhi jawapan yang akan diberi. Di samping itu, syarikat yang telah lama ditubuhkan mungkin mempunyai kedudukan kewangan yang lebih kukuh berbanding dengan syarikat yang baru ditubuhkan, justeru mereka kemungkinan lebih cenderung untuk mencuba konsep baru. Selain itu, kebanyakan pembeli rumah lebih sudi menerima rekabentuk baru yang dilaksanakan oleh pemaju yang dikenali.
Tempoh Sejak Penubuhan Syarikat
20% 5%

75%

<5 tahun

6-10 tahun

>10 tahun

Rajah 3.1: Tempoh penubuhan syarikat pemaju perumahan

3.2.2

Skala Projek yang Lazim Dijalankan Enam puluh lima peratus pemaju merupakan mereka yang lazimnya

menjalankan projek berskala lebih daripada 50 ekar. 30% pemaju dengan projek berskala antara 11 hingga 50 ekar, manakala hanya 5 peratus daripada jumlah pemaju lazimnya menjalankan projek kurang daripada 10 ekar. Boleh disimpulkan bahawa majoriti pemaju merupakan pemaju yang biasa terlibat dalam projek berskala besar. Keadaan ini menggambarkan sebilangan besar pemaju mempunyai modal yang besar, oleh itu kemungkinan mereka akan lebih cenderung untuk mencuba konsep yang baru.

69

Jadual 3.2: Skala projek yang lazim dijalankan
Skala projek yang lazim dilaksanakan <10 ekar 11-50 ekar >50 ekar Jumlah Bilangan 2 12 26 40 Peratusan(%) 5 30 65 100

3.2.3

Bilangan Projek yang Telah Disiapkan Jadual 3.3 menunjukkan bahawa majoriti pemaju menyiapkan kurang

daripada 5 projek. Menurut Jadual 3.3 dan Jadual 3.2, boleh disimpulkan bahawa majoriti daripada pemaju membangunkan projek berskala besar, tetapi bilangan projek yang disiapkan adalah kecil. Jadual 3.3: Bilangan projek yang telah disiapkan
Bilangan projek yang disiapkan <5 6-10 11-20 21-30 >30 Jumlah Bilangan 16 6 8 2 8 40 Peratusan(%) 40 15 20 5 20 100

3.2.4

Modal Syarikat Didapati bahawa majoriti pemaju perumahan yang disoalselidik mempunyai

modal syarikat yang melebihi 2 juta, diikuti oleh 1.5 juta hingga 2 juta. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan pemaju mempunyai kedudukan kewangan yang agak kukuh dalam menyiapkan projek perumahan. Walau bagaimanapun, modal yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu projek adalah bergantung kepada jenis dan skala pembangunan tersebut. Boleh dirumuskan bahawa kebanyakan pemaju merupakan pemaju perumahan yang berskala sederhana besar kerana mempunyai modal yang kukuh serta memajukan projek perumahan melebihi 50 ekar.

70

Modal Syarikat (Paid-up capital)
5% 15%

60% 750 ribu -1 juta 1 juta-1.5 juta

20% 1.5 juta-2 juta >2 juta

Rajah 3.2: Modal syarikat

3.3 Analisis Jenis Susunatur Perumahan yang Cenderung Digunakan oleh Pemaju Perumahan Sejak bermulanya pembangunan hartanah jenis landed property di Malaysia, perumahan lazimnya disusun dalam bentuk yang boleh mengoptimakan penggunaan ruang tanah. Dalam konteks rumah teres kos sederhana dan kos rendah mahupun kos tinggi, perumahan lazimnya disusun dalam bentuk gridiron, rectilinear dan cul-desac. Ini adaklah kerana rekabentuk susunatur sedemikian membolehkan densiti yang lebih tinggi dicapai. Penyataan ini adalah seperti yang disebut dalam Bab 2, 2.6 Jenis Susunatur Perumahan Semasa, sistem grid membolehkan penyusunan rumah yang rapat untuk mencapai densiti yang lebih tinggi. Seperti yang disebut dalam Bab 2 juga, dalam konteks rumah berkembar dan rumah banglo kos tinggi, susunatur yang lazim digunakan adalah seperti loop dan cluster. Ini kerana rekabentuk loop dan cluster membolehkan lebih banyak tanah dirizabkan untuk lot rumah persendirian, justeru harga jualan yang lebih tinggi boleh dikenakan. Untuk tujuan mengkaji kecenderungan pihak pemaju menggunakan jenis susunatur yang berbeza, lima jenis rekabentuk susunatur iaitu gridiron, loop, cul-desac, cluster dan rectilinear. Lima tahap kecenderungan ditetapkan sebagai pilihan

71 kepada pemaju. Jadual 3.4 menunjukkan kekerapan pemilihan susunatur di kalangan pemaju. Jadual 3.4: Kecenderungan pemaju dalam penggunaan jenis susunatur yang berbeza
Jenis susunatur Gridiron Loop Cul-de-sac Cluster Rectilinear Kecenderungan menggunapakai susunatur* 1 2 3 4 5 6 0 4 6 24 20 10 2 8 0 2 6 28 4 0 8 20 2 2 8 4 4 4 22 6 Jumlah 40 40 40 40 40

*1-amat kurang cenderung menggunakan , 5- amat cenderung menggunakan

Jawapan yang diperolehi kemudian digunakan dalam analisis pemberat dan skor untuk mengenalpasti jenis susunatur mengikut tahap kecenderungan penggunaan. Hasil penemuan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.5. Kemudian, penemuan daripada Jadual 3.5 diringkaskan seperti Jadual 3.6. Jadual 3.5: Skor bagi setiap jenis susunatur dalam kecenderungan yang berbeza
Kecenderungan menggunapakai Pemberat susunatur* 1 1 2 2 3 3 4 4 5 5 Jumlah Skor Gridiron 6 0 12 24 120 168 Loop 20 20 6 32 0 78 Cul-de-sac 2 12 84 16 0 114 Cluster 8 40 6 8 40 102 Rectilinear 4 8 12 88 30 142

*1-amat kurang cenderung menggunakan, 5- amat cenderung menggunakan

Jadual 3.6: Jenis susunatur mengikut tahap kecenderungan penggunaan
Tahap kecenderungan penggunapakaian susunatur* 1 2 3 4 5 Jenis Susunatur Loop Cluster Cul-de-sac Rectilinear Gridiron

*1-amat kurang cenderung menggunakan, 5- amat cenderung menggunakan

72 Susunatur jenis gridiron paling cenderung digunakan dalam pembangunan perumahan di kalangan pemaju, diikuti oleh jenis rectilinear dan cul-de-sac. Susunatur yang kurang cenderung digunakan adalah jenis cluster dan loop. Di antara sebabnya adalah kerana susunatur berbentuk linear (gridiron, rectilinear dan cul-desac) membolehkan pencapaian densiti yang lebih tinggi dalam pembangunan perumahan. Selain itu, susunatur berbentuk linear juga mempunyai kelebihan dari segi kemudahsampaian. Seperti yang disebut dalam Bab 2, 2.6 Jenis Susunatur Perumahan Semasa Susunatur, sistem grid ini menyediakan pelbagai alternatif kepada pengguna jalan untuk sampai ke destinasi di samping membolehkan kelajuan kenderaan yang lebih tinggi. Dengan ini, kemudahsampaian sesuatu destinasi dapat ditingkatkan. Susunatur berbentuk cluster dan loop pula kurang cenderung digunakan. Ini mungkin kerana kedua-dua jenis susunatur ini dianggap akan menggunakan tanah yang lebih luas berbanding dengan susunatur jenis linear. Walau bagaimanapun, kedua-dua jenis rekabentuk susunatur ini adalah sesuai untuk diaplikasikan di kawasan beralun ataupun tinggi kerana lebih mudah untuk disesuaikan dengan kontur semula jadi. Disebabkan faktor ini, maka loop dan cluster lazim digunakan pada perumahan kos tinggi yang terletak di kawasan berbukit.

3.4 Analisis Pandangan Pihak Pemaju Terhadap Perumahan Honeycomb Analisis seterusnya adalah menjurus kepada mendapatkan pandangan pemaju terhadap perumahan Honeycomb dan seterusnya mendapatkan gambaran akan kemungkinan pemaju menggunapakai konsep Honeycomb dalam rekabentuk perumahan mereka. Disebabkan konsep ini belum lagi dilaksanakan, maka jawapan yang diberi oleh pemaju adalah berdasarkan pemahaman pemaju daripada penerangan pengkaji tentang konsep ini. Soalan yang ditanyakan termasuk pengetahuan pemaju mengenai konsep perumahan Honeycomb sebelum kajian ini dijalankan (Rajah 3.3), tanggapan mereka terhadap konsep ini berbanding dengan perumahan teres (Rajah 3.4) serta perbandingan ciri-ciri tertentu antara dua jenis perumahan ini (Rajah 3.5).

73 3.4.1 Pengetahuan Pemaju tentang Perumahan Honeycomb Kajian menunjukkan bahawa sebilangan besar pemaju tidak mengetahui mengenai konsep perumahan Honeycomb sebelum mendengar penerangan daripada pengkaji. Keadaan ini sememangnya dijangkakan oleh pengkaji kerana setakat ini tidak terdapat pembangunan perumahan yang menggunakan konsep Honeycomb. Dengan ini pemaju tidak boleh merujuk kepada mana-mana contoh di Malaysia. Di kalangan pemaju yang mengetahui mengenai konsep ini berkemungkinan pernah menghadiri pameran perumahan ”Home Ownership Exhibition” yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2004 dimana konsep Honeycomb mula diperkenalkan (Mazlin G., 2004) Oleh yang demikian dapat dibuat kesimpulan bahawa konsep ini masih merupakan sesuatu yang baru kepada pemaju kerana majoriti pemaju masih tidak mengetahui mengenai konsep ini. Lihat Rajah 3.3.

Pengetahuan Terhadap Konsep Perumahan Honeycomb
15%

85%

ya

tidak

Rajah 3.3: Pengetahuan pihak pemaju terhadap perumahan Honeycomb sebelum kajian ini. Ujian Perkadaran z (Proportional z-Test) telah dijalankan untuk

membuktikan perbezaan perkadaran di antara pemaju yang mengetahui dengan pemaju yang tidak mengetahui tentang konsep Honeycomb sebelum dijalankan. Hipotesis yang dibentuk adalah seperti: kajian ini

74 Ho : Peratusan pemaju perumahan yang mengetahui tentang perumahan Honeycomb bersamaan dengan pemaju perumahan yang tidak mengetahui tentang perumahan Honeycomb. H1 : Peratusan pemaju perumahan yang mengetahui tentang perumahan Honeycomb kurang daripada pemaju perumahan yang tidak mengetahui tentang perumahan Honeycomb. Ho : P = 0.5 H1 : P < 0.5

z=

ˆ p − po po qo n

Dimana Po = jangkaan peratus pemaju yang tahu, Qo = jangkaan peratus pemaju yang tidak tahu ˆ p = 6/40= 0.15 n = saiz sampel = 40

z=

0.15 − 0.5 0.5 x0.5 40

z = −4.427

Pada paras keyakinan 90 peratus, nilai z ialah -1.2816. Daripada pengiraan menggunakan rumus seperti di atas, nilai z yang didapat ialah -4.427, iaitu lebih kecil daripada -1.2816.

Tolak Ho, Terima H1
(α = 0.10)

Terima Ho , Tolak H1
(α = 0..90)

-4.427

-1.2816

0

z

Rajah 3.4: Peraturan keputusan bagi Ujian Perkadaran. Mengikut peraturan keputusan seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.4, maka, hipotesis nol, Ho ditolak dan hipotesis alternatif , H1 diterima. Hasil analisis menunjukkan bahawa kurang daripada 50 peratus pemaju mengetahui tentang konsep perumahan Honeycomb sebelum kajian ini.

75
3.4.2 Tanggapan Pihak Pemaju Terhadap Perumahan Honeycomb

Berbanding dengan Perumahan Teres

Lazimnya, kebanyakan orang akan memilih atau mempercayai sesuatu yang mereka telah biasa. Walaupun begitu, dalam kajian ini, didapati pihak pemaju mempunyai sikap dan fikiran yang positif terhadap perumahan Honeycomb. Seramai 55 peratus pemaju berpendapat bahawa perumahan berkonsepkan Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres biasa selepas mendengar penerangan daripada pengkaji. Penemuan ini menunjukkan keadaan yang menggalakkan dalam pembangunan konsep Honeycomb. Ujian Perkadaran z(Proportional z-Test) telah dijalankan untuk membuktikan perbezaan perkadaran di antara pemaju yang berpendapat bahawa konsep Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres dengan pemaju yang tidak berpendapat sedemikian. Hipotesis yang dibentuk adalah seperti: Ho : Pemaju perumahan yang berpendapat bahawa perumahan Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres bersamaan dengan pemaju perumahan yang berpendapat bahawa perumahan Honeycomb perumahan teres. H1 : Peratusan pemaju perumahan yang berpendapat bahawa perumahan Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres lebih daripada peratusan pemaju perumahan yang berpendapat bahawa perumahan Honeycomb tidak lebih baik daripada perumahan teres. Ho : P = 0.5 H1 : P >0.5 tidak lebih baik daripada

z=

ˆ p − po po qo n

Dimana Po = Jangkaan peratus pemaju yang menganggap perumahan Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres, Qo = Jangkaan peratus pemaju yang menganggap perumahan Honeycomb tidak lebih baik daripada perumahan teres. ˆ p = 22/40= 0.55 n = saiz sampel = 40

76

0.55 x0.45 40 z = 0.6356
Pada paras keyakinan 90 peratus, nilai z ialah 1.2816. Daripada pengiraan menggunakan formula seperti di atas, nilai z yang didapat ialah 0.6356, iaitu lebih kecil daripada 1.2816.
Terima Ho Tolak H1
(α = 0..90)

z=

0.55 − 0.5

Tolak Ho Terima H1
(α = 0.10)

0 0.6356

1.2816

z

Rajah 3.5: Peraturan keputusan bagi Ujian Perkadaran.

Mengikut peraturan keputusan seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.5, hipotesis nol, Ho ditolak dan hipotesis alternatif , H1 diterima. Hasil analisis menunjukkan bahawa bilangan pemaju yang bersetuju bahawa perumahan Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres adalah sama rata dengan bilangan pemaju yang berpendapat sebaliknya. Secara tersiratnya, hasil penemuan ini juga menunjukkan terdapat kekurangan yang perlu diperbaiki dalam konsep perumahan teres sedia ada sekarang dan ini menyebabkan separuh daripada pemaju perumahan menyatakan konsep Honeycomb adalah lebih baik.

3.4.3

Perbandingan Kriteria Antara Perumahan Honeycomb dan Perumahan Teres

Untuk tujuan mengetahui kebaikan dan kelemahan kedua-dua konsep Honeycomb dan teres, perbandingan kriteria dilakukan. Kriteria yang dibandingkan termasuk:

77 i) ii) iii) iv) v) vi) vii) viii) ix) x) xi) xii) xiii) Kesan Traffic Calming Persekitaran yang lebih selamat Kesan Thermal Comforting Kos pembinaan yang lebih murah Rekabentuk bangunan yang lebih menarik Penggunaan kawasan lapang yang lebih efisien Mencapai tujuan pembangunan komuniti Privasi yang lebih banyak Sirkulasi yang lebih mudah Kemungkinan berkonflik dengan Feng Shui Lebih susah untuk mendapat kebenaran merancang Harga jualan yang lebih mahal Cara penyusunan ruang yang lebih fleksibel

Rajah 3.6 dan Jadual 3.7 menunjukkan hasil perbandingan antara dua jenis konsep tersebut. Secara keseluruhannya, hasil penemuan ini dapat mencerminkan pandangan pemaju mengenai ciri-ciri yang baik dan buruk dalam konsep Honeycomb mahupun perumahan teres biasa.
Perbandingan Antara Perumahan Honeycomb dan Perumahan Teres Perumahan Honeycomb
45 40 35 30 25 20 15 10 5 0
12 12 8 0 32 28 28 2020 14 10 6 2 2 14 14 10 40 30 26 26 26 38

Perumahan Teres 38
34 30

Kekerapan

Krite ria

Rajah 3.6: Perbandingan kriteria antara perumahan Honeycomb dengan perumahan teres.

78 Berdasarkan penemuan di Rajah 3.5, keputusan kajian diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.7.
Jadual 3.7: Perbezaan kriteria pada perumahan Honeycomb dan perumahan teres
Perumahan Honeycomb
• • • • • • • • • • • •

Kesan Traffic Calming Persekitaran yang lebih selamat Kesan Thermal Comfort Penggunaan kawasan lapang yang lebih efisien Mencapai tujuan pembangunan komuniti Privasi yang lebih banyak Kemungkinan berkonflik dengan Feng Shui Kemungkinan lebih susah untuk mendapat kebenaran merancang Kemungkinan harga jualan yang lebih mahal

Perumahan Teres Kos pembinaan yang lebih murah Sirkulasi yang lebih mudah Cara penyusunan ruang yang lebih fleksibel

Dari segi sistem sirkulasi, sebanyak 26 pemaju berpendapat bahawa perumahan teres mempunyai sirkulasi yang lebih mudah berbanding dengan konsep Honeycomb. Seperti yang dinyatakan dalam Kajian Literatur, sistem grid menyediakan pelbagai alternatif untuk menuju ke sesuatu destinasi. Walau bagaimanpun, susunatur jalan dalam konsep Honeycomb mempunyai kelebihannya dari segi traffic calming. Sebanyak 28 pemaju bersetuju dengan penyataan ini. Seperti yang dinyatakan dalam kajian literatur: faedah pelaksanaan perumahan Honeycomb, konsep Honeycomb menggunakan jalan yang bengkang-bengkok serta dalam bentuk cul-de-sac akan menyebabkan pemandu kenderaan mengurangkan kelajuan semasa memandu. Keadaan ini akan membentuk suatu persekitaran yang lebih selamat terutamanya untuk kanak-kanak dan warga tua. Lantaran itu, majoriti pemaju (28 pemaju) bersetuju bahawa konsep Honeycomb akan membentuk suatu persekitaran yang lebih selamat. Penemuan ini adalah selaras dengan kajian faedah konsep Honeycomb dalam Bab 2, 2.7.5.2: Faktor Keselamatan. Selain itu, faktor yang menyatakan bahawa konsep Honeycomb dapat mencapai tujuan pembangunan komuniti juga mendapat persetujuan daripada kebanyakan pemaju. Ini kerana konsep cluster dan cul-de-sac membolehkan penduduk lebih mengenali jiran-jiran yang berada dalam teritori tersebut. Dari segi

79 penggunaan kawasan lapang, 30 pemaju bersetuju bahawa konsep Honeycomb akan dapat membentuk suatu persekitaran dimana penggunaan kawasan lapang adalah lebih efisien berbanding dengan perumahan teres. Ini disebabkan perletakan kawasan lapang di tengah-tengah sesuatu kejiranan akan meningkatkan kemudahsampaian dan seterusnya menggalakkan penggunaannya di kalangan penduduk kejiranan tersebut. Hasil penemuan ini juga selari dengan kajian teoritikal dalam Bab 2, 2.7.5.3 Faktor Sosial yang mengatakan bahawa kawasan lapang di tengah-tengah courtyard neighbourhood mudah menjadi tumpuan penduduk untuk aktiviti seharian ataupun berekreasi. Sepertimana yang dibincangkan dalam Kajian Literature, Faedah Pelaksanaan Perumahan Honeycomb: 2.7.5.4 Faktor Alam Sekitar, dengan adanya kawasan lapang di dalam setiap kejiranan, perumahan Honeycomb dianggap boleh menyediakan suatu persekitaran yang lebih dingin dan mencapai tujuan thermal comforting. Ini kerana dengan mengadakan kawasan hijau yang banyak dalam kejiranan, kesan heat island dapat dikurangkan. Fakta ini dapat dibuktikan benar dalam kajian soalselidik apabila sebanyak 32 pemaju bersetuju dengan penyataan ini. Selain itu, sebilangan besar pemaju berpendapat bahawa perumahan Honeycomb sememangnya dapat membentuk persekitaran yang lebih tinggi privasinya berbanding dengan perumahan teres. Dalam perumahan teres, barisan yang berbeza hanya dijarakkan oleh lorong belakang berukuran 20 kaki dan jalan tempatan seluas 40 kaki di depan rumah. Maka segala aktiviti dan percakapan yang dilakukan dalam rumah amat mudah terdedah kepada jiran-jiran bersebelahan. Sebaliknya dalam perumahan Honeycomb, setiap unit rumah bagaikan unit rumah berkembar dan berdepanan dengan kawasan lapang. Maka dengan ini, penduduk akan mempunyai tahap privasi yang lebih tinggi berbanding dengan perumahan teres. Kesemua pemaju berpendapat bahawa kos pembinaan bagi perumahan Honeycomb semestinya lebih tinggi daripada kos pembinaan untuk perumahan teres disebabkan bentuknya yang bersifat bukan segiempat maka kos untuk infrastruktur seperti pembetungan, perparitan dan penyaluran elektrik akan menjadi lebih tinggi. Tambahan pula, konsep Honeycomb merupakan idea yang baru yang belum pernah dicuba lagi, maka kos pembinaan yang diperlukan kemungkinan akan menjadi lebih

80 tinggi kerana kontraktor kurang berpengalaman dalam membina perumahan dengan konsep Honeycomb, maka kemungkinan adalah lebih sukar bagi mereka untuk menganggarkan kos minimum. Dari segi rekabentuk bangunan rumah kediaman, separuh daripada jumlah pemaju berpendapat bahawa perumahan Honeycomb membolehkan penerapan rekabentuk yang lebih menarik pada bangunan kediaman. Keadaan ini menunjukkan bahawa rekabentuk bangunan yang menarik boleh dilakukan dalam kedua-kedua jenis konsep perumahan tersebut. Sungguhpun banyak kelebihan terdapat dalam perumahan Honeycomb, namun masih terdapat kelemahan yang wujud. Enam puluh lima peratus pemaju berpendapat bahawa perumahan Honeycomb berkemungkinan bercanggahan dengan Feng Shui. Hal ini kerana bangunan kediaman dalam konsep Honeycomb berbentuk sextuplex ataupun triplex mempunyai bucu-bucu yang kurang disenangi oleh pembeli Cina. Selain bucu-bucu dalam bangunan (Rajah 3.7), pemaju berpendapat bahawa kebanyakan pembeli kurang menggemari bahagian depan rumah yang lebih sempit dan bahagian belakang rumah yang lebih luas (Rajah 3.7). Kebanyakan pembeli akan memilih rumah yang mempunyai bahagian depan yang lebih besar daripada bahagian belakangnya. Hal ini kerana pembeli beranggapan bahawa bahagian depan rumah yang luas menggambarkan sense of welcoming kepada pengunjung mahunpun tuan punya rumah.
Bahagian depan rumah yang lebih sempit Rumah Honeycomb dianggap kurang fleksibel kerana bucubucu di bahagian tepi rumah. Bahagian belakang rumah yang lebih luas

Rajah 3.7: Bucu-bucu dalam rumah berkonsepkan Honeycomb

81 Sebagaimana yang disentuh dalam 2.7.6: Cabaran yang Dihadapi dalam Pembangunan Perumahan Honeycomb, 75 peratus pemaju berpendapat bahawa bentuk rumah teres adalah lebih fleksibel dalam penyusunan ruang dan perabot rumah berbanding dengan rumah Honeycomb. Ini juga kerana bucu-bucu yang ada dalam bangunan rumah Honeycomb. Lihat Rajah 3.7. 85 peratus pemaju beranggapan bahawa pembangunan yang berkonsepkan Honeycomb kemungkinan lebih sukar mendapat kelulusan kebenaran merancang berbanding perumahan teres biasa. Hal ini disebabkan konsep ini merupakan konsep yang baru dan pihak berkuasa tempatan serta jabatan teknikal lain yang terlibat memerlukan tempoh masa yang lebih panjang untuk memproses permohonan yang melibatkan konsep Honeycomb. Di samping itu, hampir kesemua pemaju, iaitu sebanyak 95 peratus menganggap bahawa perumahan Honeycomb kemungkinan akan mempunyai harga jualan yang lebih tinggi berbanding dengan rumah teres. Jawapan yang diberi berkaitan dengan rekabentuk susunatur yang mengutamakan privasi serta luas tanah kosong yang diberi kepada pembeli rumah. Kos pembinaan yang dianggap lebih tinggi juga menyumbang kepada hasil penemuan ini. Daripada perbandingan seperti disebut, boleh diringkaskan bahawa pemaju sememangnya bersetuju dengan kebaikan-kebaikan yang dibawa oleh konsep Honeycomb seperti traffic calming, keselamatan, semangat kejiranan, thermal comforting, privasi serta penggunaan kawasan lapang yang lebih efisien. Walau bagaimanapun, mereka masih mempunyai kemusykilan terhadap konsep baru ini disebabkan bentuk susunatur serta bangunannya yang dianggap pelik menyebabkan pemaju kurang yakin bahawa konsep ini boleh menarik pembeli dan juga mungkin memerlukan tempoh masa yang lebih panjang dalam proses mendapat kelulusan kebenaran merancang. Mereka berpendapat bahawa konsep Honeycomb mempunyai sirkulasi yang lebih complicated serta ruang rumah yang kurang fleksibel dalam penyusunan perabot.

82
3.5 Analisis Penerimaan Pihak Pemaju Terhadap Perumahan Honeycomb

Faktor-faktor

yang

berkaitan

dengan

tahap

penerimaan

seperti

kebolehlaksanaan konsep, pemilihan konsep dan sebabnya dikaji untuk mendapat gambaran yang lebih jelas dalam tentang penerimaan pihak pemaju terhadap konsep Honeycomb.

3.5.1 Tanggapan tentang Kebolehlaksanaan Perumahan Honeycomb

40 peratus pemaju berpendapat bahawa konsep ini bagus dan boleh dilaksanakan tetapi lebih banyak pemaju (50 peratus) beranggapan bahawa konsep Honeycomb adalah konsep yang bagus tetapi susah untuk dilaksanakan. dan hanya 10 peratus pemaju berpendapat bahawa konsep tidak sesuai untuk dilaksanakan sama sekali. Hasil ini menggambarkan pemaju mempunyai pandangan yang positif terhadap kebolehlaksanaan konsep ini. Sebab-sebab pemaju perumahan beranggapan konsep ini susah dilaksanakan adalah seperti yang dibincangkan dalam Bab 2, 2.7.6 Cabaran yang Dihadapi dalam Pembangunan Perumahan Honeycomb dan 3.4.3 Perbandingan Kriteria Antara Perumahan Honeycomb dan Perumahan Teres.

Kebolehlaksanaan Konsep Honeycomb
10% 40%

50%

konsep ini tidak sesuai untuk dilaksanakan sama sekali konsep ini bagus tetapi susah untuk dilaksanakan konsep ini bagus dan boleh dilaksanakan

Rajah 3.8: Kebolehlaksanaan konsep Honeycomb

83 Ujian Chi-Square telah dijalankan untuk mengetahui sama ada tanggapan pemaju mengenai konsep Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres akan mempengaruhi tanggapan pemaju terhadap kebolehlaksanaan konsep Honeycomb. Hipotesis untuk ujian ini adalah seperti berikut: Ho : Tiada perkaitan antara pemaju yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan pemaju yang memberi pendapat mengenai kebolehlaksanaan konsep Honeycomb. H1 : Terdapat perkaitan antara pemaju yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan pemaju yang memberi pendapat mengenai kebolehlaksanaan konsep Honeycomb.
Jadual 3.8: Perkaitan pemaju dengan tanggapan bahawa konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dan kebolehlaksanaan konsep
Kebolehlaksanaan Konsep Honeycomb Konsep ini Konsep ini Konsep ini kurang bagus tetapi bagus dan sesuai untuk susah untuk boleh dilaksanaka dilaksanaka dilaksanaka n n n 0 10 12 4 10 4 4 20 16

Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres Ya Tidak Jumlah

Jumlah

22 18 40

χ2 = 7.677, > 4.605, df = 2, level of Significance = 0.10, level of Significance output = 0.022.

Pada paras keyakinan 90 peratus, paras keertian yang sepadan ialah 0.10, dengan darjah kebebasan (degrees of freedom, df) 2, maka nilai genting (critical value), χ2cv = 4.605 (dari Jadual Taburan Chi-Square). Hasil analisis menggunakan perisian SPSS menunjukkan nilai χ2= 7.677, iaitu lebih besar daripada χ2cv. Maka, hipotesis nol ditolak; hipotesis alternatif yang mengatakan terdapat perkaitan antara tanggapan pemaju yang mengatakan konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan tanggapan pemaju mengenai kebolehlaksanaan konsep Honeycomb diterima. Dengan kata lain, pemaju yang berpendapat bahawa konsep Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres akan beranggapan bahawa konsep ini bagus dan boleh dilaksanakan ataupun susah dilaksanakan. (Lihat Lampiran C1)

84
3.5.2 Pemilihan Konsep Pembangunan

Daripada 40 pemaju yang dikaji, sebanyak 34 pemaju menyatakan bahawa sekiranya diberi peluang, mereka akan memilih untuk membangunkan perumahan Honeycomb dan teres secara bercampur. Pemilihan pemaju sebegini bertujuan untuk menyediakan perumahan dengan lebih banyak pilihan kepada pembeli. Selain itu, disebabkan konsep Honeycomb merupakan konsep yang baru, maka pemaju kurang yakin lagi untuk melaksanakan pembangunan dengan perumahan Honeycomb sepenuhnya.
Pemilihan Konsep
5% 10%

85%

perumahan 'honeycomb' sepenuhnya perumahan teres sepenuhnya bercampur

Rajah 3.9: Pemilihan antara konsep Honeycomb dan teres

Ujian Perkadaran z dijalankan untuk membuktikan perbezaan perkadaran pemaju yang berminat memilih konsep Honeycomb (sepenuhnya dan bercampur) dengan pemaju yang memilih perumahan teres sepenuhnya. Hipotesis dan hasil adalah ditunjukkan seperti di bawah: Ho : Peratusan pemaju yang berminat memajukan perumahan menggunakan konsep Honeycomb bersamaan peratusan pemaju yang akan memajukan perumahan teres biasa. H1 : Peratusan pemaju yang berminat memajukan perumahan menggunakan konsep Honeycomb lebih daripada peratusan pemaju yang akan memajukan perumahan teres biasa. Ho : P = 0.5 H1 : P > 0.5

85

z=

ˆ p − po po qo n

Dimana Po =Jangkaan peratus pemaju yang berminat memajukan perumahan Honeycomb (sepenuhnya dan bercampur) Qo =Jangkaan peratus pemaju yang tidak berminat memajukan perumahan Honeycomb(rumah teres sepenuhnya) ˆ p = (34+2)/40 = 0.9 n = saiz sampel

z=

0.9 − 0.5 0.9 x0.1 40

z = 8.4327

Pada paras keyakinan 90 peratus, nilai z ialah 1.2816. Daripada pengiraan menggunakan rumusan seperti di atas, nilai z yang didapat ialah 8.4327, iaitu lebih besar daripada 1.2816.
Terima Ho Tolak H1
(α = 0..90)

Tolak Ho Terima H1
(α = 0.10)

0

1.2816 8.4327

z

Rajah 3.10: Peraturan keputusan bagi Ujian Perkadaran

Berdasarkan peraturan keputusan, hipotesis nol, Ho ditolak dan hipotesis alternatif , H1 diterima. Hasil analisis menunjukkan bahawa, lebih daripada 50 peratus pemaju berminat untuk memajukan perumahan Honeycomb, sama ada secara sepenuhnya mahupun bercampur dengan rumah teres. Untuk tujuan mengetahui kemungkinan perkaitan yang wujud di antara tanggapan terhadap kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan jenis pembangunan yang ingin dicuba, ujian Chi-Square dijalankan dengan menggunakan perisian SPSS. Hipotesis yang dibentuk adalah seperti berikut:

86 Ho : Tiada perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pemaju H1 : Terdapat perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan oleh pemaju
Jadual 3.9: Perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan jenis pembangunan yang ingin dicuba
Jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan Perumahan Perumahan Bercampur Honeycomb teres sepenuhnya sepenuhnya

Kebolehlaksanaan konsep

Jumlah

Konsep ini kurang sesuai untuk 0 2 2 4 dilaksanakan Konsep ini bagus tetapi susah 0 2 18 20 untuk dilaksanakan Konsep ini bagus dan boleh 2 0 14 16 dilaksanakan Jumlah 2 4 34 40 2 χ = 11.647, > 7.779, df = 4, level of Significance = 0.10, level of Significance output = 0.02.

Pada paras keyakinan 90 peratus, paras keertian yang sepadan ialah 0.10, dengan darjah kebebasan (degree of freedom, df) 4, maka nilai genting (critical value), χ2cv = 7.779 (dari Jadual Taburan Chi-Square). Hasil analisis menggunakan perisian SPSS menunjukkan nilai χ2= 11.647, iaitu lebih besar daripada χ2cv. Maka, hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Disimpulkan bahawa terdapat perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan jenis pembangunan yang ingin dicuba oleh pemaju. (Lihat Lampiran C2)

3.5.3

Sebab Pemilihan Konsep Honeycomb

Kelebihan perumahan Honeycomb adalah seperti yang dibincangkan dalam 3.4.3 Perbandingan Kriteria Antara Perumahan Honeycomb dan Perumahan Teres. Untuk mengetahui sebab pemaju memilih perumahan Honeycomb, analisis sebab pemilihan dibuat. Majoriti pemaju menganggap konsep Honeycomb boleh menarik pembeli rumah kerana ia adalah sesuatu yang baru dan dianggap dapat menyediakan

87 persekitaran kediaman yang lebih berkualiti. Sehubungan dengan ini, faedah-faeadah yang disebut dalam 2.7.5 Faedah Pelaksanaan Konsep dibuktikan dapat menarik pemaju rumah. (Lihat Rajah 3.11)

Sebab kenapa pemaju memilih konsep Honeycomb 25 20 15 10 5 0 konsep baru ini dapat menarik pembeli konsep ini boleh menyelesaikan masalah sedia ada menyediakan perumahan berkualiti lain-lain
4 1 4 2 24

Rajah 3.11: Sebab pemilihan konsep Honeycomb

3.5.4

Sebab Kenapa Tidak Memilih Konsep Honeycomb

Daripada Rajah 3.9 (pemilihan konsep), terdapat 36 pemaju memilih untuk membangunkan perumahan dengan konsep Honeycomb (34 bercampur dan 2 Honeycomb sepenuhnya). Hanya 4 pemaju tidak berminat dalam perumahan Honeycomb. Untuk mengetahui sebab (mengikut keutamaan) pemaju tidak berminat terhadap konsep Honeycomb, analisis pemberat dan skor dibuat. Cara pengiraan skor adalah seperti yang dijelaskan dalam Bab 1, 1.9.3.2 Pendekatan Analisis. Jadual 3.10 menunjukkan skor bagi setiap sebab.

88
Jadual 3.10: Skor bagi setiap sebab
Tiada Tidak Kemungkinan keyakinan biasa Tempoh susah Pemberat dengan dengan pembinaan mendapat konsep konsep lama KM Honeycomb baru 1 2 2 2 3 2 2 4 5 2 12 4 20 10 2 14 Bentuk rumah yang pelik 4 4

Sebab Sebab utama Sebab kedua Sebab ketiga Sebab keempat Sebab kelima Skor

Daripada Jadual 3.10, hasil penemuan diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.11. Sebab utama pemaju tidak memilih adalah kerana bentuk rumahnya yang pelik. Sebab kedua adalah kerana pemaju khuatiri bahawa mereka akan lebih susah untuk mendapat kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tempatan. Kedua-dua sebab ini menjadi alasan bagi pemaju yang tidak memilih perumahan Honeycomb.
Jadual 3.11: Sebab bagi pemaju yang tidak memilih konsep Honeycomb Sebab Sebab utama Sebab kedua Sebab ketiga Sebab keempat Sebab kelima Alasan Bentuk rumah yang pelik susah mendapat KM tiada keyakinan tempoh pembinaan lama tidak biasa dengan konsep baru

3.5.5

Tahap Penerimaan Konsep Honeycomb

Sepertimana yang ditunjukkan dalam Rajah 3.12, sebanyak 65 peratus daripada jumlah pemaju boleh menerima konsep Honeycomb, manakala 5 peratus pemaju berpendapat bahawa konsep Honeycomb amat boleh diterima. Walau bagaimanapun, terdapat 20 peratus daripada pemaju merasakan konsep ini masih lagi kurang boleh diterima. Hasil penemuan ini menunjukkan senario yang amat menggalakkan kerana sebanyak 70 peratus pemaju berada di paras dengan jawapan

89 positif, iaitu ’boleh diterima’ dan ’amat boleh diterima’. Maka, daripada kajian ini, boleh disimpulkan bahawa konsep perumahan Honeycomb sememangnya boleh diterima oleh para pemaju dalam Daerah Johor Bahru.

Tahap Penerimaan Di Kalangan Pemaju Rumah Terhadap Konsep Honeycomb
10% 20% 5%

65%

amat boleh diterima kurang boleh diterima

boleh diterima tiada pendapat

Rajah 3.12: Tahap penerimaan konsep Honeycomb

Ujian Chi-Square dibuat untuk tujuan mengenalpasti perkaitan yang wujud di antara beberapa faktor seperti tanggapan mengenai kebolehlaksanaan konsep, tanggapan sama ada konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres serta jenis susunatur yang cenderung digunakan mempunyai pengaruh yang nyata terhadap tahap penerimaan konsep Honeycomb. Untuk mengkaji perkaitan yang wujud di antara tanggapan mengenai konsep Honeycomb sama ada lebih baik daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan, hipotesis yang dibentuk adalah seperti: Ho : Tiada perkaitan di antara pemaju yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan pemaju terhadap konsep Honeycomb. H1 : Terdapat perkaitan di antara pemaju yang menganggap konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan pemaju terhadap konsep Honeycomb.

90

Jadual 3.12: Perkaitan pemaju dengan tanggapan bahawa Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dan tahap penerimaan
Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres
Ya Tidak
2

Tahap Penerimaan
Amat kurang boleh diterima 2 0 2 Kurang boleh diterima 0 8 8 Tiada pendapat 2 4 6 Boleh diterima 14 6 20 Amat boleh diterima 4 0 4

Jumlah

Jumlah χ = 17.643, > 7.779, df = 4, level of Significance = 0.10, level of Significance output = 0.001.

22 18 40

Pada paras keyakinan 90 peratus, paras keertian yang sepadan ialah 0.10, dengan darjah kebebasan (degree of freedom, df) 4, maka nilai genting (critival value), χ2cv = 7.779 (dari Jadual Taburan Chi-Square). Hasil analisis menggunakan perisian SPSS menunjukkan nilai χ2= 17.643, iaitu lebih besar daripada χ2cv. Maka, hipotesis nol ditolak dan hipotesis alternatif diterima. Maka, dibuktikan terdapat perkaitan antara pemaju yang mengatakan konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres dengan tahap penerimaan konsep ini di kalangan pemaju. Dengan kata lain, oleh kerana pemaju beranggapan konsep Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres maka mereka mendapati konsep ini boleh diterima. (Lihat Lampiran C3) Ujian perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep dengan tahap penerimaan konsep adalah seperti di bawah: Ho : nilai γ = 0.00 H1 : nilai γ ≠ 0.00

91

Jadual 3.13: Perkaitan antara kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dengan tahap penerimaan konsep
Tahap Penerimaan Kebolehlaksanaan konsep Amat kurang boleh diterima Kurang boleh diterima Tiada pendapat 2 2 2 6 Boleh diterima 0 10 10 20 Amat Jumlah boleh diterima 0 2 2 4 4 20 16 40

Konsep ini kurang 0 2 sesuai untuk dilaksanakan Konsep ini bagus 0 6 tetapi susah untuk dilaksanakan Konsep ini bagus 2 0 dan boleh dilaksanakan Jumlah 2 8 γ = 0.381, level of Significance output = 0.057.

Pada paras keyakinan 90 peratus, paras keertian yang sepadan ialah 0.10, Ujian Gamma menggunakan perisian SPSS menyatakan bahawa nilai significance output ialah 0.057, iaitu lebih kecil daripada 0.10, maka hipotesis nol ditolak; hipotesis alternatif diterima. Nilai γ sebanyak 0.381 menunjukkan terdapat perkaitan positif yang lemah antara kebolehlaksanaan konsep dengan tahap penerimaan konsep Honeycomb. Boleh dikatakan bahawa pemaju yang boleh menerima konsep Honeycomb akan beranggapan bahawa konsep ini boleh dilaksanakan. (Lihat Lampiran C4) Selain factor kebolehlaksanaan, jenis susunatur yang cenderung digunakan oleh pemaju juga boleh mempengaruhi penerimaan pemaju terhadap konsep Honeycomb. Hasil ujian yang dijalankan adalah seperti di bawah: Ho : nilai γ = 0.00 H1 : nilai γ ≠ 0.00

92

Jadual 3.14: Kekuatan dan jenis perkaitan di antara jenis susunatur yang lazim digunakan dengan tahap penerimaan konsep
Perkaitan dengan tahap penerimaan Ada Tiada Ada Ada Ada

Jenis Susunatur Gridiron Loop Cul-de-sac Cluster Rectilinear

Nilai γ -0.538 0.034 0.111 0.516 0.101

Nilai Significance 0.005 0.886 0.651 0.001 0.666

Kekuatan perkaitan Sederhana Lemah Sederhana Lemah

Jenis perkaitan Negatif Positif Positif Positif

Hipotesis nol Tolak Terima Terima Tolak Terima

Untuk menguji kekuatan perkaitan di antara jenis susunatur yang lazim dilaksanakan dengan tahap penerimaan konsep Honeycomb, Ujian Gamma dibuat dengan menggunakan perisian SPSS. Daripada hasil analisis tersebut, didapati perkaitan negatif yang sederhana wujud di antara susunatur jenis penggunaan susunatur gridiron tahap penerimaan. Ini bermakna pemaju yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk menggunakan gridiron kurang boleh menerima konsep Honeycomb. Manakala untuk susunatur jenis cluster, perkaitan negatif yang sederhana ditunjukkan. Dengan kata lain, pemaju yang mempunyai kecenderungan tinggi dalam menggunapakai cluster boleh menerima konsep Honeycomb. Perkaitan positif yang lemah wujud di antara kecenderungan pemaju yang menggunakan culde-sac dan rectilinear dengan tahap penerimaan konsep. Hasil analisis gamma juga menunjukkan tidak terdapat perkaitan pemaju yang cenderung untuk menggunakan loop dengan tahap penerimaan terhadap konsep Honeycomb. (Lihat Lampiran C5-C9)

93
3.6 Rumusan

Daripada analisis yang dijalankan, penermuan kajian boleh diringkaskan mengikut seperti di bawah: i) Latar Belakang Pemaju Kebanyakan pemaju yang dikaji merupakan pemaju perumahan swasta yang beroperasi lebih daripada 10 tahun dan mempunyai modal syarikat lebih daripada RM2 juta. Projek yang dijalankan oleh majoriti pemaju merupakan projek berskala sederhana besar, iaitu lebih daripada 50 ekar. Walaupun kebanyakan syarikat pemaju telah ditubuhkan lebih daripada 10 tahun tetapi kebanyakan hanya menyiapkan kurang daripada lima projek. Boleh disimpulkan bahawa majoriti pemaju menjalankan projek yang besar tetapi dalam bilangan yang sedikit. ii) Jenis Susunatur yang Cenderung Digunakan Hasil penemuan mendapati susunatur jenis gridiron, rectilinear dan cul-de-sac merupakan tiga jenis susunatur yang paling cenderung digunakan oleh para pemaju. Hasil penemuan ini boleh dibuktikan oleh senario semasa di mana kebanyakan taman perumahan mempunyai susunatur seperti yang disebut. Ini adalah kerana tiga jenis susunatur ini dianggap paling sesuai untuk mencapai penggunaan ruang tanah secara optimum. Selain itu, susunatur jenis gridiron, rectilinear dan cul-de-sac merupakan susunatur berbentuk linear yang dianggap lebih fleksibel kepada penduduk dan juga pembina kerana bentuk linear mewujudkan sistem sirkulasi yang lebih mudah di samping memudahkan kerja pembinaan infrastruktur seperti sistem perparitan dan pembetungan. Manakala susunatur jenis loop dan cluster dianggap kurang sesuai untuk pembangunan jenis kos sederhana dan kurang dapat mencapai kesan penyusunan yang optimum sepertimana yang dicapai oleh susunatur jenis linear.

94 iii) Pandangan Pemaju Terhadap Konsep Honeycomb Ujian Perkadaran z menunjukkan lebih daripada 50 peratus pemaju tidak mengetahui mengenai konsep Honeycomb. Setelah diberi penerangan mengenai konsep Honeycomb, separuh daripada jumlah pemaju berpendapat bahawa konsep Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres sedia ada. Sekiranya dibandingkan dengan perumahan teres, pemaju berpendapat bahawa konsep Honeycomb adalah lebih baik dalam menjamin keselamatan kepada penduduk kerana boleh mengelakkan trafik laluan di depan rumah, lebih privasi dan boleh mencapai pembangunan komuniti kerana interaksi antara jiran boleh dijalankan di kawasan lapang kejiranan. Konsep Honeycomb juga dianggap boleh mewujudkan suasana yang lebih dingin berbanding dengan perumahan teres dengan adanya kawasan hijau di dalam setiap kejiranan. Walau bagaimanapun, masih terdapat faktor-faktor yang kurang meyakinkan pemaju seperti sistem sirkulasi yang lebih complicated jika dibandingkan dengan perumahan teres, kemungkinan bercanggahan dengan Feng Shui, masalah yang perlu dihadapi dalam proses mendapat kebenaran merancang, serta kemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk menarik pembeli disebabkan bentuk susunatur dan bentuk bangunan yang dianggap pelik.

iv)

Tahap Penerimaan Konsep Honeycomb Disebabkan kemusyikilan yang wujud di kalangan pemaju, maka separuh daripada jumlah pemaju mengatakan bahawa konsep Honeycomb adalah bagus tetapi susah untuk dilaksanakan. Pandangan pemaju ini dibuktikan (melalui Ujian Chi-Square) adalah berkaitan dengan pandangan mereka sama ada konsep Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan

95 teres. Kajian Perkadaran z juga menunjukkan bahawa lebih daripada separuh pemaju sudi memajukan konsep Honeycomb secara bercampur dengan perumahan teres. Penyataan ini adalah terbukti (melalui Ujian Chi-Square) berkaitan dengan tanggapan pemaju mengenai kebolehlaksanaan konsep ini. Ini adalah kerana masih terdapat kemusykilan mengenai konsep Honeycomb yang wujud di kalangan pemaju perumahan, maka mereka milih untuk memajukan perumahan bercampur sebagai percubaan. Apabila ditanyakan tentang sebab pemaju memilih konsep

Honeycomb, kebanyakan daripada mereka percaya bahawa konsep yang baru ini mungkin boleh menarik pembeli rumah, terutama pembeli yang menginginkan persekitaran kediaman yang berkualiti. Manakala bagi pemaju yang tidak memilih konsep Honeycomb, mereka berpendapat bahawa bentuk rumah yang pelik merupakan suatu halangan untuk menarik pembeli rumah. Selain itu mereka juga berasa bimbang kerana konsep perumahan yang baru selalunya memerlukan tempoh masa yang lebih lama untuk mendapat kelulusan merancang. Melalui Ujian Chi-Square dan gamma, dibuktikan bahawa tahap penerimaan konsep Honeycomb mempunyai perkaitan dengan tanggapan pemaju sama ada konsep Honeycomb adalah lebih baik daripada perumahan teres, kebolehlaksanaan konsep serta jenis susunatur yang cenderung digunakan oleh para pemaju. Ujian gamma yang dijalankan menunjukkan pertalian yang lemah wujud di antara kebolehlaksanaan konsep dengan tahap penerimaan konsep. Dengan kata lain, pemaju yang boleh menerima konsep Honeycomb tidak semestinya menganggap konsep ini boleh dilaksanakan. Manakala untuk jenis susunatur yang cenderung digunakan, penggunaan gridiron mempunyai perkaitan negatif yang sederhana dengan tahap penerimaan sedangkan penggunaan cul-de-sac dan rectilinear menunjukkan perkaitan positif yang lemah. Didapati penggunaan cluster menunjukkan perkaitan positif yang sederhana dan penggunaan loop tidak mempunyai perkaitan dengan tahap penerimaan. Pendek kata, pemaju yang

96 cenderung untuk menggunakan cluster adalah lebih cenderung untuk menerima konsep Honeycomb. Jika disimpulkan tahap penerimaan pemaju terhadap konsep Honeycomb, majoriti pemaju menganggap konsep ini ‘boleh diterima’. Segelintir pemaju merasakan konsep ini ‘kurang boleh diterima’, namun tiada pemaju yang tidak boleh menerima konsep ini. Maka, pengkaji membuat kesimpulan bahawa pemaju sememangnya boleh menerima konsep Honeycomb, tetapi masih meragui faktor-faktor seperti yang disebut di atas.

BAB 4 RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN AM

BAB 4

RUMUSAN KAJIAN DAN CADANGAN AM

4.1 Pengenalan

Bab ini merumuskan penemuan kajian mengikut objektif-objektif yang telah ditentukan dalam Bab 1. Selain itu, komen-komen dan pandangan daripada pihak pemaju perumahan dikumpulkan dan membentuk cadangan am untuk membaiki kekurangan dalam konsep ini. Akhir sekali, pengkaji membuat kesimpulan untuk keseluruhan kajian ini.

4.2 Rumusan Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berasaskan objektif yang ditetapkan pada peringkat awalan. Di peringkat akhir kajian, pengkaji membuat rumusan berdasarkan pencapaian objektif-objektif tersebut.

i)

Memperkenalkan perumahan berkonsepkan Honeycomb kepada pemaju perumahan swasta

Pengkaji telah berjaya memperkenalkan konsep Honeycomb kepada para pemaju perumahan. Sebelum kajian ini dijalankan, boleh dikatakan hampir semua responden tidak pernah terdedah kepada konsep Honeycomb.

98 Komen yang diberi terhadap konsep ini adalah berbeza mengikut pandangan dan pengalaman pemaju. Diharapkan melalui kajian ini, pemaju perumahan sekurang-kurangnya diberikan pemahaman yang asas tentang konsep Honeycomb. Tujuan konsep ini diperkenalkan adalah untuk mengadakan alternatif perumahan kepada para pemaju dalam usaha menyediakan persekitaran kediaman yang lebih berkualiti.

ii)

Membandingkan aspek keefisienan gunatanah, rekabentuk dan sosial antara perumahan ‘Honeycomb’ dan perumahan teres

Objektif ini dicapai melalui kajian literatur dalam Bab 2. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas dan membuktikan kebaikan konsep Honeycomb, ia dibandingkan dengan perumahan teres biasa dari segi aspek rekabentuk, ekonomik, fizikal dan sosial. Sumber perbandingan ini adalah daripada hasil kajian yang telah dibuat oleh pasukan professional yang terdiri daripada jurutera, juru ukur bahan, arkitek dan pemaju (Mazlin Ghazali, Ir. C.T. Sia, Dato’ Eddie Chen, Edmund Foo dan Mohd. Peter Davis, 2005). Dari segi keefisienan gunatanah, konsep Honeycomb boleh menghasilkan densiti yang lebih tinggi dan unit rumah yang lebih banyak dalam ruang tanah yang sama. Dari rekabentuk bangunan, rumah teres berbentuk segiempat dan rumah Honeycomb adalah berbentuk trapezium atau segitiga. Bentuk rumah Honeycomb yang bukan berbentuk lurus menyebabkan kewujudan bucu-bucu yang boleh menyukarkan penyusunan perabot rumah. Dari aspek integrasi sosial, perumahan Honeycomb dianggap boleh mencapai kesan yang lebih baik dalam mewujudkan perasaan berkomuniti berbanding perumahan teres.

iii)

Meninjau pandangan dan tahap penerimaan pemaju tentang perumahan Honeycomb

Daripada soalselidik yang dijalankan, didapati bahawa pemaju memberi reaksi yang positif dimana majoriti responden menyatakan bahawa mereka boleh menerima konsep Honeycomb, tetapi disebabkan faktor-faktor tertentu mereka menganggap konsep ini susah untuk dilaksanakan. Faktorfaktor tersebut termasuk kemungkinan sukar untuk menarik pembeli

99 disebabkan bentuk rumah dan bentuk susunatur yang agak pelik. Selain itu, pemaju juga mengkhuatiri tempoh yang diperlukan untuk mendapatkan kelulusan kebenaran merancang akan menjadi lebih lama memandangkan konsep ini berlainan dengan konsep yang biasa dilaksanakan. Sehubungan dengan ini, mereka adalah lebih cenderung untuk memajukan konsep Honeycomb secara bercampur dengan perumahan teres.

4.3 Cadangan Am

Daripada kajian yang dijalankan, pengkaji merumuskan beberapa cadangan am seperti di bawah yang mungkin boleh membantu dalam pengubahsuaian konsep Honeycomb supaya lebih sesuai dengan citarasa pemaju dan pembeli.

i)

Menggiatkan publisiti mengenai konsep Honeycomb

Memandangkan masih ramai lagi pemaju dan pembeli rumah yang tidak mengetahui tentang konsep Honeycomb, maka publisiti yang lebih giat diperlukan untuk mendedahkan orang ramai terhadap perumahan Honeycomb. Contohnya, membina showhouse untuk mempamerkan keadaan sebenar konsep Honeycomb kepada potential buyers. Selain itu, pihak yang berkaitan dengan pembangunan perumahan negara seperti REHDA boleh mengadakan seminar atau conference untuk

mrmbincangkan perkara-perkara mengenai pelaksanaan perumahan Honeycomb. Dengan ini, orang ramai, terutamanya ahli profesional yang terlibat dalam pembangunan perumahan akan didedahkan kepada konsep Honeycomb.

100 ii) Mengubahsuai hirarki cul-de-sac

Pada susunatur Honeycomb sedia ada, setiap kejiranan merupakan satu cul-de-sac. Daripada soalselidik dengan pemaju perumahan, rekabentuk susunatur Honeycomb yang sedia ada dianggap sukar bagi penduduk mahupun pengunjung untuk menuju ke destinasi. Dicadangkan tahap (level) cul-de-sac dikurangkan kepada satu tahap sahaja. Dengan ini, sirkulasi yang lebih mudah dapat dibentuk dan ini mungkin dapat menarik minat lebih ramai pemaju mahupun pembeli. (Lihat Rajah 4.1 dan Rajah 4.2).

Cul-de-sac tahap dua

Cul-de-sac tahap satu

Rajah 4.1: Tahap cul-de-sac dalam satu courtyard neighbourhood

Kejiranan dengan satu tahap cul-de-sac dianggap lebih sesuai. Kejiranan dengan dua tahap cul-de-sac dianggap wajar diubahsuai.

Rajah 4.2: Pengubahsuaian konsep Honeycomb kepada satu tahap cul-de-sac untuk satu kejiranan.

101 iii) Menambah akses keluar masuk

Selain mengubahsuai hirarki cul-de-sac, para pemaju juga mencadangkan supaya akses keluar masuk untuk suatu kejiranan ditambah atas tujuan keselamatan. Susunatur Honeycomb yang hanya menyediakan satu akses keluar masuk ke suatu courtyard neighbourhood dianggap kurang sesuai untuk kegunaan kecemasan. Sekiranya tahap cul-de-sac pada perumahan Honeycomb dikurangkan kepada satu tahap seperti yang dicadangkan, maka setiap courtyard neighbourhood akan mempunyai satu akses keluar masuk. Berbeza dengan konsep asal, sekiranya hirarki cul-de-sac diubahsuai, maka akses keluar masuk ke sesuatu courtyard neighbourhood hanya menampung penduduk daripada satu courtyard neighbourhood, dan bukannya tiga courtyard

neighbourhood seperti konsep asal.

Akses keluar masuk ke suatu courtyard neighbourhood

Rajah 4.3: Akses keluar masuk tiga courtyard neighbourhood.

menampung

penduduk

Akses keluar masuk ke suatu courtyard neighbourhood

102 Rajah 4.4: Akses keluar masuk ke setiap courtyard neighbourhood

iv)

Pembentukan Gated Honeycomb

Faktor keselamatan telah menjadi antara faktor yang utama dalam pemilihan kawasan kediaman hari ini. Ramai pemaju mencadangkan supaya perumahan Honeycomb dipagarkan ataupun dikenali sebagai Gated Community. Mereka beranggapan bahawa dengan adanya gated community, pembeli rumah akan mempunyai keyakinan yang lebih tinggi dari segi keselamatan. Tambahan, dalam gated community, perbadanan pengurusan akan ditubuhkan untuk menguruskan persekitaran kejiranan. Dengan ini, perumahan Honeycomb akan menjadi lebih kemas, bersih dan indah.

v)

Penyelesaian masalah pemungutan sampah

Masalah pemungutan sampah mungkin akan wujud dalam perumahan konsep Honeycomb. Hal ini kerana lori pemungut mungkin akan menghadapi masalah memasuki kejiranan bersifat cul-de-sac. Maka adalah wajar supaya satu sistem pengurusan pemungutan sampah dibentuk untuk menyelesaikan masalah ini. Alternatif lain untuk menangani masalah ini adalah dengan menyediakan tempat pembuangan sampah berdekatan dengan taman perumahan Honeycomb. Dengan ini lori pemungut tidak perlu memasuki cul-de-sac.

vi)

Pembentukan garis panduan dan piawaian yang sesuai dengan akta berkaitan untuk pembangunan perumahan Honeycomb

Dalam usaha membangunkan konsep perumahan Honeycomb, garis panduan atau piawaian yang terperinci perlu dibentuk supaya pembangunan perumahan dengan konsep baru ini boleh dikawal dan dipantau. Contoh garis panduan dan piawaian adalah seperti:

Mengadakan

satu

kawasan

lapang

dalam

satu

courtyard

neighbourhood

103

Satu courtyard neighbourhood mempunyai tidak melebih daripada 75 penduduk (jangkaan maksima 15 keluarga).

Kelebaran jalan dalam courtyard neighbourhood tidak melebihi 40 kaki (Manual Piawaian Perancangan JPBD)

Peratusan kawasan lapang mesti melebihi 10 peratus daripada jumlah keluasan tanah pembangunan (Manual Piawaian

Perancangan JPBD).

Jarak antara bangunan mesti tidak kurang daripada 20 kaki sepertimana yang digariskan dalam Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

Contoh-contoh panduan yang dicadangkan hanyalah sebahagian daripada perkara-perkara yang perlu dikaji. Pihak yang berkenaan seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa, kerajaan negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan harus memainkan peranan dalam memastikan pembangunan baru dikawalselia.

4.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian penerimaan perumahan Honeycomb ini merupakan kajian berkenaan konsep Honeycomb yang pertama kali dilakukan di kalangan pelajar universiti. Disebabkan konsep ini adalah sesuatu yang baru, maka dipercayai bahawa masih terdapat topik-topik berkenaan dengan konsep Honeycomb yang wajar dikaji sama ada oleh pelajar mahupun pihak lain. Topik-topik yang dicadangkan untuk kajian lanjutan adalah seperti berikut:

i)

Komen dan pandangan jabatan-jabatan teknikal, ahli professional seperti arkitek, perancang bandar, jurutera, juru ukur bahan dan kontraktor pembinaan

Komen dan pandangan daripada pihak yang disebut adalah amat penting dalam menentukan kebolehlaksanaan konsep Honeycomb. Contohnya, jabatan-jabatan teknikal seperti Jabatan Perancangan, Jabatan Penyaliran dan

104 Saliran (JPS), Bomba, Jabatan Kerja Raya, Pejabat Tanah dan Galian, Pejabat Tanah dan Daerah, Syarikat Telekom Malaysia, Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Johor Holdings Sdn. Bhd., Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Perkhidmatan Pembentungan dan lain-lain pihak yang dirujuk dalam proses kelulusan kebenaran merancang. Jabatan atau badan-badan tersebut merupakan pihak yang akan memberi komen ke atas keperluan-keperluan teknikal yang perlu disediakan dalam sesuatu pembangunan, khasnya pembangunan dengan konsep baru. Maka, daripada pandangan mereka, pengkaji boleh mengetahui peraturan-peraturan atau piawaia khas yang perlu diikuti semasa membangunkan perumahan Honeycomb.

ii)

Kajian Kemungkinan (Feasibility Study) pelaksanaan konsep Honeycomb

Kajian Kemungkinan perlu dijalankan terutamanya bagi suatu pembangunan dengan konsep yang baru. Dalam kajian cadangan ini, kajian pasaran (market study) akan dijalankan untuk meninjau potensi konsep Honeycomb dalam pasaran sedia ada dan juga masa depan. Selain itu, segala kos dan aliran wang yang terlibat dalam melaksanakan perumahan dengan konsep Honeycomb dihitung. Kajian ini adalah untuk mengenalpasti kebolehlaksanaan konsep Honeycomb dari segi ekonomik.

4.5 Kesimpulan

Dalam abad ke-21 dimana kualiti merupakan pengukur kepada segala yang dilakukan, masyarakat selalu berada dalam keadaan yang mencabar kerana diminta untuk memenuhi ciri-ciri moden iaitu cepat, efisien dan kreatif. Dalam bidang perumahan, pemaju menghadapi persaingan yang kuat sesama sendiri dalam usaha menarik pembeli rumah kerana masing-masing ingin melariskan rumah-rumah yang dibina. Tren perumahan hari ini yang mengutamakan kualiti hidup menyebabkan faktor keselamatan dan keselesaan menjadi subjek utama dalam pembangunan

perumahan. Jelas sekali, pemaju mahupun pembeli zaman moden sememangnya tengah mencari-cari alternatif yang boleh menjamin kualiti hidup dan seterusnya

105 menterjemahkannya dalam kawasan perumahan. Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui penemuan kajian dimana majoriti responden yang berminat untuk mencuba konsep Honeycomb. Di samping itu, majoriti responden juga mengatakan bahawa mereka boleh menerima konsep Honeycomb.

Seperti yang tertera dalam bahagian 4.2 Rumusan Kajian, kesemua objektif yang digariskan dalam awal kajian ini telah berjaya dicapai. Persoalan kajian yang ditentukan juga telah dijawab melalui penemuan kajian dalam Bab 3. Penemuan kajian telah menunjukkan reaksi yang positif di kalangan responden, maka boleh disimpulkan bahawa konsep Honeycomb adalah boleh diterima oleh pemaju perumahan di Johor Bahru.

SENARAI RUJUKAN

SENARAI RUJUKAN

B. Hall, Jr., dan Gerald A. Porterfield (2001). Community By Design-New Urbanism for Suburbs and Small Communities. New York: McGraw-Hill Companies, Inc.

Beer A. and Booth P. (1981). Development Control and Design Quality:a Report on an Investigation into the Effectiveness of Architectural and Landscape Design.

Carmona, Matthew (2001). Housing Design Quality: Through Policy, Guidance and Review. New York: Spon Press.Conditons, Report One. Sheffield: Sheffield Centre for Environmental Research.

Dato’ Hj. Zainuddin bin Hj. Muhammad (2000) Ke Arah Perancangan dan Pembangunan Persekitaran yang Selamat. Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar dan Wilayah. Februari 28-29. Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia. 1-17.

Datuk Eddie Chen (2003) Accessible to Adequate Housing-The Role of Housing Developers. SUHAKAM’s Seminar on Economic, Social and Cultural Rights. Julai 31. Malaysia: Kuala Lumpur, 138-142.

Davison, L. (1987). Rules of the Game, Architects’ Journal, Vol. 1: 63-67.

De Chiara, Joseph ed.(1984). Time-Saver Standards For Residential Development. United States of America: McGraw-Hill, Inc. Graham, Joe (1992). The Hive and the Honey Bee. Hamilton/IL: Dadant & Sons. Ho Khong Ming (2000) Planning Towards the Safe Living Environment. Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar dan Wilayah. February 28-29. Malaysia: Universiti Teknologi Malaysia, 18-30.

Home Office Research Study 131 (1993). Housing, community and Crime: The Impact of the Priority Estates Project. London: HMSO

Huee Shih Coon (2001). Kesesuaian Pelaksanaan Konsep Woonerf atau Living Streets Dalam Konteks Malaysia, Kawasan Kajian: Majlis Perbandaran Kuantan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah. Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Johor (2001) Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan Sejagat. 22/97 Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Negeri Johor (2001) Manual Piawaian Perancangan. Johor. Keeble, Lewis (1969). Principles and Practice of Town And Country Planning. 6th ed. London: The Estates Gazette Limited. 275-282

Klaber, E.H (1954). Housing Design. U.S.A; Reinhold Publishing Corporation.

Lam Sew Chee (2000). Pelaksanaan Konsep Bandar Selamat Dalam Kawasan Perumahan di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (2005). ’Blue Print’ Perumahan Negeri Selangor Darul Ehsan (2004-2014). Selangor.

Leopold E, dan Bishop D, (1983). Design Philosophy and Practice in Speculative Housebuilding. Construction Management and Economics, Part 1: 1, 2, 119-144.

Malaysia (2003). Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Perlesenan) 1966 (Akta 118) & Peraturan-Peraturan.

Mazlin Ghazali (2005). Affordable Honeycomb Housing. Sarawak Development Institute Seminar Julai 18-19.

Mazlin Ghazali, Ir. C.T. Sia, Datuk Eddie Chen, Edmund Foo and Mohd. Peter Davis (2005). Honeycomb Housing - Reducing the Cost of Land and Infrastructure in Housing Development.(Tidak diterbitkan: Draf pertama untuk dimasukkan ke dalam Journal of Institute of Engineers)

Mazlin Ghazali, J. Durack, Michael & Mohd. Peter Davis & (2004). Tessellation Planning And Honeycomb Housing. Journal of the Malaysian Institute of Planners. (2005:III):71-96.

Mohd Razali Agus (2001). Perumahan Awam di Malaysia-Dasar dan Amalan. Edisi Pertama. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 1-14.

Morris, Earl W (1978). Housing, Family and Society. United States of America: John Wiley & Sons, Inc.

Newman, Oscar (1972). Defensible space: People and Design in the Violent City. United States of America: The Macmillan Company. 3-11.

Nor Azlin Binti Ahmad (2001). Mewujudkan Persekitaran Kawasan Perumahan yang Selamat: Faktor Yang Mendorong Perlakuan Jenayah, Kajian Kes: Taman Pelangi dan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah.

Professor Dato’ Parid Wardi Sudin (2002). Housing, Managing A Dream-Some Thoughts on the Provision of Housing in Malaysia. Siri Syarahan Perdana Professor. Malaysia: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Tang Tung Wu (2001). Ciri-Ciri Kawasan Kejiranan Yang Selamat Untuk Pejalan Kaki, Kajian Kes: Taman Perling, Taman Universiti dan Taman Mutiara Rini.. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah.

Untermann, Richard dan Small, Robert (1977). Site Planning for Cluster Housing. United States of America: Van Nostrand Reinhold Company.

LAMPIRAN

KAJIAN: PENERIMAAN PERUMAHAN HONEYCOMB DI KALANGAN PEMAJU PERUMAHAN KAJIAN KES: JOHOR BAHRU Projek Sarjana Muda Oleh: Tnay Theng Hung (CB043050) Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia Matlamat kajian ini adalah untuk mengkaji penerimaan pemaju perumahan swasta terhadap perumahan berkonsepkan Honeycomb. Segala maklumat yang diperolehi adalah sulit dan hanya akan digunakan untuk tujuan akademik.
Bahagian A: PROFIL SYARIKAT 1. 2. Nama Syarikat:______________________________________ Tempoh beroperasi (sejak ditubuhkan): Bahagian C: JENIS SUSUNATUR YANG LAZIM DIGUNAKAN 1. Susunatur jenis apa yang cenderung digunakan oleh syarikat anda? Sila memberi jawapan berdasarkan keutamaan. (1- paling cenderung digunakan, 5-paling kurang cenderung digunakan) Grid-iron Cul-de-sac Rectilinear/Curvilinear

□ < 5 tahun
3 Purata skala projek:

□ 6-10 tahun □ 11-50 ekar

□ >10 tahun □ > 50 ekar

□ < 10 ekar □ <5

□ □ □
1.

□ □ □

LAMPIRAN A

Loop Cluster Lain-lain (Nyatakan)

4.

Bilangan projek yang disiapkan:

□ 6-10

□ 11-20 □ 21-30 □ >30

Bahagian D: PANDANGAN PEMAJU PERUMAHAN TERHADAP PERUMAHAN HONEYCOMB BERBANDING DENGAN PERUMAHAN TERES Adakah syarikat anda mengetahui tentang perumahan Honeycomb?

5.

Modal syarikat:

□ < RM500 ribu □ RM 1 juta – RM 1.5 juta

□ RM500-RM750 ribu □ RM750-RM1 juta □ RM1.5 juta – □ > RM 2 juta RM2 juta

Ya

Tidak

2.

Pada pendapat anda, adakah konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres?

Bahagian B: PROFIL RESPONDEN 1. 2. Nama: _____________________________________ Pekerjaan: ___________________________________

Ya

Tidak

3.

Sila memilih [√] kriteria yang anda menganggap sesuai mewakili ciri-ciri perumahan Honeycomb ataupun perumahan teres. Perumahan Perumahan Criteria Honeycomb Teres Kesan Traffic Calming Persekitaran yang lebih selamat Kesan Thermal Comforting Kos pembinaan yang lebih murah Rekabentuk bangunan yang lebih menarik Penggunaan kawasan lapang yang lebih efisyen Mencapai tujuan pembangunan komuniti Privasi yang lebih banyak Sirkulasi yang lebih mudah Kemungkinan berkonflik dengan Feng Shui Kemungkinan lebih susah untuk mendapat kebenaran merancang Kemungkinan harga jualan yang lebih mahal Cara penyusunan ruang yang lebih fleksibel

3.

Sekiranya syarikat anda memilih untuk membangunkan konsep Honeycomb (sama ada sepenuhnya ataupun bercampur), kenapa? Sila pilih [√] satu daripada pilihan jawapan di bawah.

□ Konsep baru ini akan menarik □ Menyediakan perumahan yang pembeli rumah lebih berkualiti □ Konsep ini bolehmasalah sedia □ Lain-lain (Sila nyatakan) menyelesaikan
ada (jenayah, keselamatan trafik dll.)

4.

Sekiranya syarikat anda berminat untuk memajukan perumahan Honeycomb, syarikat anda mungkin akan memilih untuk memajukannya sebagai

□ Perumahan kos □ Perumahan kos □ Perumahan kos tinggi sederhana rendah

5.

Sekiranya syarikat anda memilih untuk memajukan perumahan teres sepenuhnya, sila nyatakan sebab anda berdasarkan keutamaan. (1-sebab pertama, 5-sebab kelima)

Bahagian E: PENERIMAAN PEMAJU PERUMAHAN TERHADAP KONSEP HONEYCOMB

□ Tiada keyakinan terhadap □ Tidak biasa dengan konsep baru konsep Honeycomb □ Perumahan Honeycomb □ Perumahan Honeycomb mungkin lebih sukar untuk memerlukan tempoh pembinaan □ Bentuk rumah yang pelik mungkin sukar untuk
menarik pembeli mendapat KM

1.

Setelah mendengar penjelasan mengenai perumahan Honeycomb, apakah tanggapan anda terhadap konsep ini?

□ Konsep ini tidak sesuai dilaksanakan sama sekali □ Konsep ini bagus tetapi susah dilaksanakan □ Konsep ini bagus dan boleh dilaksanakan

□ Lain-lain (nyatakan)

yang lebih panjang

6.

Sila nyatakan tahap penerimaan syarikat anda terhadap konsep Honeycomb. Sila [√] pada jawapan anda.

2.

Sekiranya diberi pilihan, apakah jenis pembangunan yang akan dimajukan oleh syarikat anda?

□ Perumahan Honeycomb

□ Perumahan □ Bercampuran antara teres perumahan Honeycomb
sepenuhnya dan teres

□ □ □

Konsep ini amat boleh diterima Konsep ini kurang boleh diterima Tiada pendapat

□ □

Konsep ini boleh diterima Konsep ini tidak boleh diterima sama sekali

sepenuhnya

~Terima kasih atas kerjasama anda~

LAMPIRAN B

Figure 21

Proposed Housing Development At Mukim Semenyih,Ulu Langat District, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
(Mazlin Ghazali, Ir. C.T. Sia, Datuk Eddie Chen, Edmund Foo and Mohd. Peter Davis , 2005)

LAMPIRAN C1

Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres * Kebolehlaksanaan Konsep Honeycomb Crosstabulation

Crosstabs Case Processing Summary
Cases Missing N Percent

Valid N Percent Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres * Kebolehlaksanaan Konsep Honeycomb

N

Total Percent

40

100.0%

0

.0%

40

100.0%

Count
Kebolehlaksanaan Konsep Honeycomb Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres konsep ini kurang sesuai untuk dilaksanakan 0 4 4 Konsep ini bagus tetapi susah untuk dilaksanakan 10 10 20 Konsep ini bagus dan boleh dilaksanakan 12 4 16 Total

ya tidak Total

22 18 40

Chi-Square Tests
Value Pearson Chi-Square Likelihood Ratio Linear-by-Linear Association N of Valid Cases 7.677(a) 9.330 7.004 40 df 2 2 1 Asymp. Sig. (2-sided) .022 .009 .008

a 2 cells (33.3%) have expected count less than 5. The minimum expected count is 1.80.

LAMPIRAN C2

Kebolehlaksanaan konsep * Jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan Crosstabulation Crosstabs
Case Processing Summary Cases Missing N Percent 0 .0%

Valid N Percent Kebolehlaksanaan konsep * Jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan 40 100.0%

N 40

Total Percent 100.0%

Count
Kebolehlaksanaan konsep Jenis pembangunan yang ingin dilaksanakan Perumahan Perumahan 'honeycomb' teres bercampur sepenuhnya sepenuhnya 0 0 2 2 2 18 Total

Konsep ini kurang sesuai untuk dilaksanakan Konsep ini bagus tetapi susah untuk dilaksanakan Konsep ini bagus dan boleh dilaksanakan Total

4 20

2 2

0 4

14 34

16 40

Chi-Square Tests
Value 11.647(a) 10.850 .037 40 df 4 4 1 Asymp. Sig. (2-sided) .020 .028 .848

Pearson Chi-Square Likelihood Ratio Linear-by-Linear Association N of Valid Cases

a 7 cells (77.8%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .20.

LAMPIRAN C3

Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres * Tahap Penerimaan Crosstabulation

Crosstabs Case Processing Summary
Cases Missing N Percent 0 .0%

Valid N Percent Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres * Tahap Penerimaan 40 100.0%

N 40

Total Percent 100.0%

Count
Konsep Honeycomb lebih baik daripada perumahan teres ya tidak Total Tahap Penerimaan Amat kurang boleh diterima 2 0 2 Total Kurang boleh diterima 0 8 8 Tiada pendapat 2 4 6 Boleh diterima 14 6 20 Amat boleh diterima 4 0 4 22 18 40

Chi-Square Tests
Value 17.643(a) 22.978 7.312 40 df Asymp. Sig. (2-sided) 4 .001 4 .000 1 .007

Pearson Chi-Square Likelihood Ratio Linear-by-Linear Association N of Valid Cases

a 8 cells (80.0%) have expected count less than 5. The minimum expected count is .90.

LAMPIRAN C4 Kebolehlaksanaan konsep * Tahap Penerimaan Crosstabulation

Crosstabs Case Processing Summary
Cases Missing N Percent 0 .0%

N Kebolehlaksanaan konsep * Tahap Penerimaan 40

Valid Percent 100.0%

N 40

Total Percent 100.0%

Count
Tahap Penerimaan Kebolehlaksanaan konsep Amat kurang boleh diterima 0 0 Kurang boleh diterima 2 6 Tiada pendapat 2 2 Boleh diterima 0 10 Amat boleh diterima 0 2 Total

Konsep ini kurang sesuai untuk dilaksanakan Konsep ini bagus tetapi susah untuk dilaksanakan Konsep ini bagus dan boleh dilaksanakan Total

4 20

2 2

0 8

2 6

10 20

2 4

16 40

Symmetric Measures
Asymp. Std. Error(a) .194 Approx. T(b) 1.907 Approx. Sig. .057

Value Ordinal by Ordinal N of Valid Cases Gamma .381 40

a Not assuming the null hypothesis. b Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

LAMPIRAN C5 Kecenderungan menggunakan gridiron* Tahap Penerimaan Crosstabulation Crosstabs Case Processing Summary
Cases Missing N Percent 0 .0%

Valid N Percent Kecenderungan menggunakan gridiron * Tahap Penerimaan 40 100.0%

N 40

Total Percent 100.0%

Count
Tahap Penerimaan Kecenderungan menggunakan gridiron* 1 2 3 4 5 Total Amat Kurang kurang boleh boleh diterima diterima 0 0 0 0 0 2 2 0 0 2 6 8 Tiada pendapat 0 0 0 2 4 6 Boleh diterima 4 0 2 0 14 20 Amat boleh diterima 2 0 2 0 0 4 Total

6 0 4 4 26 40

*1-amat kurang cenderung menggunakan, 5- amat cenderung menggunakan

Symmetric Measures
Asymp. Std. Error(a) .165 Approx. T(b) -2.790 Approx. Sig. .005

Value Ordinal by Ordinal N of Valid Cases Gamma -.538 40

a Not assuming the null hypothesis. b Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

LAMPIRAN C6

Kecenderungan menggunakan loop* Tahap Penerimaan Crosstabulation Crosstabs Case Processing Summary
Cases Missing N Percent 0 .0%

Valid N Percent Kecenderungan menggunakan loop * Tahap Penerimaan 40 100.0%

N 40

Total Percent 100.0%

Count
Tahap Penerimaan Kecenderungan menggunakan loop 1 2 3 4 5 Total Amat kurang boleh diterima 0 0 0 2 0 2 Kurang boleh diterima 4 4 0 0 0 8 Tiada pendapat 4 2 0 0 0 6 Boleh diterima 10 4 2 4 0 20 Amat boleh diterima 2 0 0 2 0 4 Total

20 10 2 8 0 40

*1-amat kurang cenderung menggunakan, 5- amat cenderung menggunakan

Symmetric Measures
Asymp. Std. Error(a) .235 Approx. T(b) .144 Approx. Sig. .886

Value Ordinal by Ordinal N of Valid Cases Gamma .034 40

a Not assuming the null hypothesis. b Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

LAMPIRAN C7 Kecenderungan menggunakan cul-de-sac* Tahap Penerimaan Crosstabulation Crosstabs Case Processing Summary
Cases Missing N Percent 0 .0%

Valid N Percent Kecenderungan menggunakan cul-de-sac * Tahap Penerimaan 40 100.0%

N 40

Total Percent 100.0%

Count
Tahap Penerimaan Kecenderungan menggunakan cul-de-sac 1 2 3 4 5 Total Amat kurang boleh diterima 0 0 2 0 0 2 Kurang boleh diterima 0 0 8 0 0 8 Tiada pendapat 0 2 4 0 0 6 Boleh diterima 2 4 12 2 0 20 Amat boleh diterima 0 0 2 2 0 4 Total

2 6 28 4 0 40

*1-amat kurang cenderung menggunakan, 5- amat cenderung menggunakan

Symmetric Measures
Asymp. Std. Error(a) .239 Approx. T(b) .453 Approx. Sig. .651

Value Ordinal by Ordinal N of Valid Cases Gamma .111 40

a Not assuming the null hypothesis. b Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

LAMPIRAN C8 Kecenderungan menggunakan cluster* Tahap Penerimaan Crosstabulation Crosstabs Case Processing Summary
Cases Missing N Percent 0 .0%

Valid N Percent Kecenderungan menggunakan cluster * Tahap Penerimaan 40 100.0%

N 40

Total Percent 100.0%

Count
Kecenderungan menggunakan cluster 1 2 3 4 5 Total Amat kurang boleh diterima 0 2 0 0 0 2 Tahap Penerimaan Kurang Tiada Boleh boleh pendapat diterima diterima 4 2 2 4 2 10 0 0 2 0 0 2 0 2 4 8 6 20 Amat boleh diterima 0 2 0 0 2 4 Total

8 20 2 2 8 40

*1-amat kurang cenderung menggunakan, 5- amat cenderung menggunakan

Symmetric Measures
Asymp. Std. Error(a) .140 Approx. T(b) 3.235 Approx. Sig. .001

Value Ordinal by Ordinal N of Valid Cases Gamma .516 40

a Not assuming the null hypothesis. b Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

LAMPIRAN C9 Kecenderungan menggunakan rectilinear* Tahap Penerimaan Crosstabulation

Crosstabs

Case Processing Summary
Cases Valid N Percent N Missing Percent N Total Percent

Kecenderungan menggunakan cluster * Tahap Penerimaan

40

100.0%

0

.0%

40

100.0%

Count
Tahap Penerimaan Kecenderungan menggunakan cluster 1 2 3 4 5 Total Amat kurang boleh diterima 2 0 0 0 0 2 Kurang boleh diterima 0 0 0 6 2 8 Tiada pendapat 0 0 2 4 0 6 Boleh diterima 2 4 2 10 2 20 Amat boleh diterima 0 0 0 2 2 4 Total

4 4 4 22 6 40

Symmetric Measures
Asymp. Std. Error(a) .230 Approx. T(b) .432 Approx. Sig. .666

Value Ordinal by Ordinal N of Valid Cases Gamma .101 40

a Not assuming the null hypothesis. b Using the asymptotic standard error assuming the null hypothesis.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->