You are on page 1of 22

ISU-ISU DALAM SUKAN Insentif dan atlet Perjudian dalam sukan Cabaran Sukan Negara Membangun Masa Kini

Disediakan oleh: Rozita Zaratang Raihana Binti Minah Siti Hamizah Binti Mohd Zain Mohd. Izwanizam Stephenson

Pengenalan
Isu-isu dalam sukan yang sering berlaku adalah seperti perebutan kuasa dalam badan sukan,pemilihan penyertaan atlet dalam sesuatu pertandingan,kemerosotan prestasi atlet dalam sukan,displin atlet dan pegawai serta perkara yang berkaitan dengan pembayaran gaji dan elaun.

1. Insentif dan atlet

Definisi
ialah ganjaran yang dapat merangsang minda seseorang manusia untuk mencapai sesuatu kejayaan. Ia boleh berbentuk ganjaran seperti wang tunai, harta, darjat kebesaran, hadiah dan sebagainya. ialah seseorang individu yang bergiat dalam arena sukan.

Pemberian insentif kepada para atlet yang telah mengharumkan nama negara merupakan suatu pengiktirafan kepada usaha gigih yang telah disumbangkan. Insentif sangat penting dalam pembangunan sukan ketika ini ekoran daripada persaingan sengit yang terpaksa dihadapi oleh para atlet. Pemberian insentif juga sangat penting kerana ia menjadi pembakar semangat lepada para atlet untuk berjuang dalam menghadiahkan pingat kepada negara.

Walalupun begitu, insentif juga memberi sedikit sebanyak kesan negatif.

Insentif yang lumayan menghasilkan atlet @ jaguh sukan yang sementara. Apa pandangan anda?

Para atlet hanya memandang kepada ganjaran dan lupa akan misi utama mereka iaitu untuk berbakti untuk negara. Akibatnya, para atlet hanya bertumpu kepada kejohanan yang menawarkan ganjaran yang lumayan sahaja.

2. Perjudian Dan Sukan

Definisi
bermaksud permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan. Dalam erti kata lain, perbuatan atau hal menjudikan dengan bertaruhkan wang. Perjudian ialah perihal berjudi iaitu permainan dengan menggunakan wang atau barang-barang berharga sebagai taruhan: Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan tahun 6 (2007)

PERSOALAN: Mengapa perjudian boleh wujud dalam sukan?

Kewangan Hiburan Bookie (individu atau organisasi yang menjadi dalang dalam menguruskan perjudian dalam sukan)

Jenis Perjudian Dalam Sukan


1. Menentukan dan mengatur perlawanan - Sebelum pertandingan bermula, keputusan pertandingan telah ditentukan. - Sogokan akan diberikan kepada atlet dan pegawai perlawanan untuk mengatur keputusan pertandingan.

2. Bertaruh keputusan pertandingan - Peminat sukan akan bertaruh untuk sesuatu pertandingan. - Contohnya: Perlawanan bola sepak. Pasukan mana yang akan memenangi perlawanan dan sebanyak mana jumlah jaringan yang berjaya diperolehi.

Kesan Perjudian & Rasuah


Mencemarkan imej sukan negara. Mutu sukan merosot. Kepercayaan peminat sukan akan terjejas. Menjejaskan hubungan dalam pasukan.

3. Cabaran Sukan Negara Membangun Masa Kini

5 aspek utama:
Infrasruktur dan fasiliti World Class Player Pembangunan atlet Kebajikan atlet Pusat kecemerlangan atlet

Infrastuktur & Fasiliti


Infrastruktur, kemudahan dan fasiliti sukan yang sedia ada perlu diperbetulkan dan dinaik taraf . Ini memberi kepentingan kepada para atlet untuk menerima latihan sama seperti atlet negara maju yang lain.

World Class Player


Negara perlu melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia dari semasa ke semasa seperti;
Datuk Lee Chong Wei Datuk Nicole Ann David Azizul Hasni Awang

Pembangunan Atlet
Di Malaysia, pembangunan atlet diambil alih oleh Majlis Sukan Negara dengan kerjasama Institut Sukan Negara. Oleh yang demikian, penglibatan pelbagai pusat latihan sukan, jurulatih, penganjuran aktiviti atau program dan sebagainya perlu dipertingkatkan selaras dengan hasrat negara untuk melahirkan atlet bertaraf dunia.

Kebajikan Atlet
Di Malaysia, kebajikan atlet diambil alih oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.

Pusat Kecemerlangan Atlet


Pemilihan beberapa buah institusi sebagai pusat kecemerlangan sukan bagi melahirkan atlet bertadar dunia untuk menjadi pelapis kepada atlet sedia ada. Contohnya: Penubuhan sekolah-sekolah sukan.

Sekian, Terima Kasih

You might also like