DARI PERSPEKTIF TEORI PENGENALAN Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam

kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

A. Teori Jean Piaget Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.

Rajah 1.1: Jean Piaget Sumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar. Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral. Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu: Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun

2: Lev S.org/wiki/Lev_Vygotsky Lev S. Jelasnya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vygotsky.wikipedia. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. penggunaan makmal. berpersepsi. ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. menterjemah dan mempercayai. Sebaliknya. Untuk tujuan ini. Menurutnya.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Vygotsky (Rajah 1. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan.Teori Vygotsky Lev S. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. B. penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget. Rajah 1. idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.15 tahun Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu. Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek.Peringkat Operasi Formal: 11 . Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Vygotsky Sumber: http://en. penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Idea utama Lev Vygotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam interaksi sosial kanak-kanak. bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya. pengalaman sosial dan budaya . kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding. masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif. Justeru. Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Dalam konteks perkembangan kreativiti. sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. media. rangsangan melalui . Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut: Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak. sosial dan kemahiran mengawal perasaan. Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan pembelajaran melalui discovery learning. pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi. seseorang guru yang mengamalkan prinsipprinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya.mempengaruhi cara berfikir. Vygotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama. Bagi kanak-kanak. Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-kanak Piaget dan Vygotsky terhadap Konsep Kreativiti Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran berbeza. Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Dari segi pengajaran dan pembelajaran. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa. kognitif. televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi.

wikipedia.3) ialah seorang ahli psikososial yang banyak menumpukan kajian kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Apabila bermain. membuat kolaj. Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya.3: Erik Erikson Sumber: http://en. Jika krisiskrisis ini tidak ditangani dengan baik. Peringkat ini dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. seseorang individu akan mengalami kesukaran menangani krisis pada peringkat-peringkat yang berikutnya.permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut: Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust) Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. dalam pengajaran dan pembelajaran. TEORI PERKEMBANGAN EMOSI MENURUT ERIKSON Rajah 1. menconteng.png Erik Erikson (Rajah 1. ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan bayi dalam mengatasi kesulitan hidup dan kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa. tidak percaya dan ragu-ragu kepada semua orang disekelilingnya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. “sandplay” dan sebagainya.org/wiki/Image:Erik_Erikson. Kanak-kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa. Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Sebaliknya. Oleh itu. . guru boleh menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. adalah berfaedah jika guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni. C. Sebagai contoh. Erikson merujuk kepada peringkat ini sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan sentuhan. jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai. imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut Piaget dan Vygotsky. Erikson mengatakan bahawa semua individu melalui lapan peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga dewasa.

makan dan menggunakan tandas. keyakinan kanak-kanak akan dapat dipupuk apabila dipuji. Kebolehan membezakan perlakuan yang betul dan salah juga turut berkembang. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanakkanak gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang disebut. mereka akan rasa kecewa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran kreativiti. Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah. konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Pada ketika kanak-kanak berumur 18 bulan. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau merasakan dirinya kurang cekap. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-kanak tidak merasa malu. Cara ini akan membantu kanak-kanak mengenal dan membezakan jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan. kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak. kanakkanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat ini. Pada peringkat ini. Melalui aktiviti melukis. Sebaliknya. kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan kesalahan. Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan memimpin. takut dan terlalu bergantung kepada orang dewasa.Otonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame) Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. . dan mengakibatkan wujud konsep kendiri yang rendah. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut dipuji. Pada peringkat umur ini. Peringkat ini dipanggil peringkat bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui proses bermain. bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi. Jelasnya. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang dewasa. bercakap. Inisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt) Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Keinginan memiliki kuasa dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut berkembang. jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa bersalah. jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada melakukan aktiviti. perasaan malu akan timbul. mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan jantina. Rasa malu ini boleh membuatkan kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui kemahiran mengawal pergerakan motor kasar.

5: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner Gardner percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks.weac. Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif.D. kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti. Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada satu lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual. pengalaman dan persekitaran yang bermakna dan kecerdasan tersebut boleh dipelajari. TEORI KECERDASAN PELBAGAI Howard Gardner (1983). kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis kecerdasan. merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan teori kecerdasan pelbagai. Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil kecerdasan yang berbeza bagi setiap individu. Pada peringkat awal. sentiasa berubah. kecerdasan antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya. Menurut Gardner (1999).4: Howard Garder Sumber: http://www. dibentuk.5 Menerangkan teori kecerdasan menurut Gardner. Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman terkenal dan berpengaruh dari Universiti Havard. kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut: . Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut: Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan melalui pembelajaran dan pengajaran. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan dinyatakan dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya. pengayaan dan pengajaran yang sesuai.org/graphics/conven97/gardner. Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik. Rajah 1. ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat. berkembang melalui pendidikan. Latar belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan mengembangkan pengetahuan. Rajah 1.jpg Rajah 1.

Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas. Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. ruang dan gerakan dalam seni visual (lihat Rajah 1. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa. merah dan kuning. Melakar bentuk atau rupa Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. catan.Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah. corak serta menimbulkan gambaran bentuk. contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). komputer dan kraf tradisi. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti. jalinan. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.6). Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan. jalinan sentuh dan jalinan tampak. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Warna asas terdiri daripada warna biru. Jalinan Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Warna Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. arca. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu. catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi. dan ianya . warna sekunder dan warna tertier. Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan. atau jarak antara dua objek. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran. Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. ton. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Membentuk Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Membentuk Garisan Garisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarakjarak tertentu. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal. atau kawasan kosong di sekeliling objek.

• Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja. maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan. . membentuk arca dan sebagainya. mewarna. dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca. malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera. • Proses kognitif adalah termasuk persepsi. jingga dan ungu. • Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat. • Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif.com/Colorins/connect%20the%20dots%202.jpg RUMUSAN • Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid. drama. warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder. • Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka. puisi. kraf tangan. muzik.boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier.6: Contoh aktiviti membentuk garisan Sumber: http://www. nyanyian. Rajah 1.dafko. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis. Sementara itu. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. perhatian. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau. budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.

• Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika. yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran. .

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful