Akaun bisnes kecil cara mudah

Ramai usahawan baru atau pekerja makan gaji yang baru berjinak-jinak dengan bisnes parttime, menghubungi saya untuk bertanya mengenai bagaimana menyimpan akaun perniagaan. Mereka ini terdiri daripada peniaga kecil yang berniaga produk-produk seperti cupcake, pakaian bayi, tudung, aksesori wanita, secara kecil-kecilan sama ada online atau offline. Pertama sekali, tahniah diucapkan kerana anda semua berani menceburkan diri ke alam perniagaan. Bukan senang nak buat perniagaan walaupun kecil. Saya menyokong niat suci anda dan mendoakan perniagaan anda berjaya. Saya ingin menceritakan di sini bahawa penyimpanan rekod dan akaun perniagaan adalah suatu yang mudah. Tak perlu lah anda risau melampau takut diaudit oleh LHDN atau pening kepala kerana tak pandai buat akaun. Menyimpan akaun ini boleh dilakukan walaupun perniagaan anda masih kecil, hatta jika anda menjual barang di eBay sekalipun. Mereka (peniaga kecil) merungut kepada saya bahawa mereka pernah bertanya soalan ini kepada kawan-kawan mereka yang belajar jurusan accountancy. Para akauntan ini memberikan jawapan yang rumit mengenai sistem akaun seakan-akan peniaga ingin membuka perniagaan jutaan ringgit. Perlu ada general ledger, double entry bookkeeping system, this and that statement, etc. sehinggakan kakak yang ingin menjual tudung di ofis pun jadi takut mengenai akaun.

Saya ingin menghuraikan cara mudah menyimpan akaun dan rekod perniagaan anda. Dengan menyimpan rekod yang lengkap, anda dapat melihat perkembangan perniagaan anda dan membuat rancangan untuk mengembangkan perniagaan ke tahap seterusnya. (DISCLAIMER: segala yang ditulis dalam entri ini adalah cadangan peribadi penulis sematamata. Penulis tidak bertanggungjawab atas segala yang berlaku natijah daripada anda mengikuti cadangan penulis).

Ini adalah langkah pertama yang anda perlu ambil untuk menyimpan rekod perniagaan yang bersih. perkongsian atau Sdn Bhd). penyata bank adalah dokumen utama yang disemak oleh pegawai pinjaman. icing. harga. Dengan penyata inilah anda dapat melihat tahap ―kesihatan‖ perniagaan anda. Jangan campur aduk wang peribadi dengan perniagaan. Kos inventori (Belian) Perkara kedua yang perlu anda buat setelah membuka akaun bank ialah membeli barangan yang akan dijual atau inventori. saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai (jika tidak. Setiap transaksi antara kedua-dua akaun tersebut mestilah dicatat. . Pastikan anda menyimpan resit bagi semua transaksi yang anda buat. Catat semua belian anda di dalam satu jadual (hardcopy atau Excel). Pastikan setiap transaksi direkod dengan menyimpan resit atau slip pembayaran. Jualan Sekali lagi. Rekod kesemua kos tersebut dengan lengkap: tarikh. 3. etc jika anda membuat cupcake) atau bahan siap (contoh: beg tangan. item. harga. Jika anda sudah mendaftarkan perniagaan (samada bentuk pemilik tunggal. nama penjual. tanpa memeningkan kepala mempelajari sistem perakaunan yang susah-susah: 1. maka lebih wajiblah anda membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya. item. Untuk setiap jualan. kasut). dan penjual. jadi pastikan setiap jualan anda dilangsaikan dengan tunai tanpa ada tempoh hutang. bukannya kredit. anda sepatutnya mengasingkan duit peribadi anda daripada duit perniagaan. Untuk yang nak memohon kemudahan kewangan daripada bank atau agensi kerajaan. diskaun (jika ada). harga. Perniagaan kecil biasanya menggunakan tunai sahaja. gula.Berikut adalah langkah-langkah menyimpan rekod perniagaan dengan mudah. kuantiti. Jika anda tidak mendaftarkan perniagaan. item. kuantiti. Simpan semua rekod transaksi bank tersebut. nama pembeli. Itu sahaja. Akaun bank berasingan Walaupun anda berniaga kecil-kecilan tanpa mendaftarkan syarikat. kuantiti. Column yang perlu ada ialah tarikh. Tunai adalah ―lifeblood‖ bagi perniagaan kecil. Saya membuat andaian kesemua jualan anda adalah dalam bentuk tunai. buka akaun bank kedua atas nama anda untuk menyimpan tunai yang terhasil dari perniagaan anda. Barangan ini boleh jadi dalam bentuk bahan mentah (tepung. Adalah sangat penting anda mengasingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. mungkin entri ini tak sesuai untuk anda). anda perlu mencatit maklumat berikut: tarikh. Penyata bulanan bank anda adalah dokumen terpenting dalam perniagaan anda. 2.

atau pinjaman. atau menggunakan perkakas peribadi untuk kegunaan perniagaan. Modal adalah sebaliknya: menggunakan wang peribadi untuk kegunaan perniagaan. sama ada sebagai ambilan (perniagaan –> peribadi) atau sebagai modal (peribadi –> perniagaan). Dengan ini. jika anda ingin mengambil satu pasang pakaian bayi dalam inventori anda untuk digunakan oleh anak anda sendiri. gaji pekerja dan supplier untuk meningkatkan aktiviti akaun bank anda. bil elektrik/air/telefon. packaging. tunai bisnes anda akan berkurang. saya menganggap setiap kos-kos tersebut dilangsaikan dalam bentuk tunai (sesuai untuk perniagaan kecil). Contohnya. Saya pernah berborak dengan seorang taukeh kedai Mamak di KL yang memberitahu saya bahawa beliau mempunyai seorang staff yang kerjanya pergi ke bank setiap 30 minit untuk deposit semua wang tunai yang diterima di cash register machine. Belian dan Jualan. Begitu juga jika anda ingin mengambil wang daripada akaun perniagaan untuk digunakan secara peribadi. Sekarang kita sudah ada dua jadual. Ambilan dan Modal Ambilan dan Modal adalah pertukaran wang/produk antara akaun peribadi dan akaun perniagaan. printing. Sekali lagi. Pastikan duit yang diterima daripada jualan dimasukkan ke dalam bank dengan kerap supaya baki bank anda melambangkan wang yang dimiliki oleh perniagaan anda dengan tepat.50. Ambilan dan Modal. Jualan. marketing. dan sebagainya. Guna cek untuk membayar bil. Ini juga perlu dicatat. . selepas Belian dan Jualan. gaji pekerja. Kurangkan simpan duit dalam bentuk petty cash (di luar bank) melainkan untuk beberapa expenses yang tertentu sahaja. _______________________________________ Sekarang kita sudah ada 5 Jadual: Belian. iaitu tiada belian atau jualan kredit. Sebaik-baiknya minta pembeli bank-in terus bayaran ke dalam akaun anda. Menyimpan petty cash yang banyak boleh meningkatkan nafsu anda untuk mengambil duit itu untuk berbelanja untuk kegunaan peribadi. postage. 4. Ini adalah jadual ketiga anda. Catat setiap expenses tersebut dan rekod dalam satu jadual hardcopy atau Excel worksheet.Catat semua jualan anda di dalam satu jadual (hardcopy atau worksheet Excel). Ini sudah cukup untuk kegunaan peniaga-peniaga kecil yang membuat all-cash transaction. sewa pejabat. Kos-kos lain (Expenses) Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam perniagaan selain daripada kos membeli bahan mentah dan menghasilkan produk siap untuk dijual. Ini termasuklah pengangkutan. 5. Expenses. ini dikira sebagai ambilan. Kos sekeping cek ialah lebih kurang RM0. Setiap duit yang bertukar tangan antara akaun peribadi dengan akaun perniagaan anda mesti dicatat. Ini juga wajib direkod.

Menyimpan rekod bagi perniagaan kecil adalah mudah. Jualan. Tak perlu pening-pening kepala. cuma tunjukkan 5 jadual tersebut kepada rakan anda yang pernah belajar accountancy. Gunakan sistem menyimpan rekod yang mudah dahulu. Expenses. Anda akan diminta menyiapkan ketiga-tiga dokumen ini kalau anda ingin membuat pinjaman. cashflow statement. baru anda perlu fikir mengenai sistem perakaunan yang canggih-canggih. Semua transaksi yang penting dalam perniagaan kecil terkandung dalam kelima-lima jadual tersebut. Ambilan dan Modal. Anda seharusnya membiasakan diri anda menyimpan rekod perniagaan yang lengkap walaupun perniagaan anda masih kecil (e. Jika perniagaan anda dah besar nanti. Anda boleh membina ketiga-tiga dokumen tersebut dengan 5 Jadual yang saya huraikan tadi — Belian.Kadangkala anda diminta untuk memberi akaun kewangan yang lengkap untuk disemak. Dengan menyimpan rekod perniagaan. Ambilan dan Modal. menjadi pengedar produk atau menjual barangan di pejabat secara part-time). Untuk peniaga kecil. tak perlu degree accountancy atau pergi kursus-kursus yang mahal.g. Semoga berjaya! . atau ingin memohon geran. nescaya rakan anda itu boleh menghasilkan IS/CF/BS untuk perniagaan anda. Akaun kewangan lengkap terdiri daripada tiga dokumen: income statement. fokus untuk kembangkan perniagaan dan banyakkan cash sales anda. anda dapat mengkaji untung rugi perniagaan anda. Expenses. dan balance sheet. Jualan. disamping membolehkan anda mengembangkan perniagaan anda di masa hadapan. Anda cuma perlu simpan 5 Jadual sahaja — Belian.

Bagi mengatasi masalah seumpama ini. Anda perlu mengenal pasti sumber-sumber utama pendapatan anda.Periksa Kedudukan Kewangan Anda Suka atau tidak. bagaimana pula keadaannya sekiranya wang simpanan yang tinggal semakin sedikit setelah kita membeli kereta mewah dan rumah idaman yang telah sekian lama diimpikan. Lazimnya. kebanyakan daripada kita akan menempuhi alam persaraan. Umumnya. Pendapatan yang diperolehi ialah wang gaji anda. Makmal 1 – Ujian Sumber-Sumber Pendapatan Utama Untuk mengetahui kedudukan kewangan semasa. Samada kita masih mampu dari aspek fizikal atau mental. Pendapatan portfolio ialah wang yang diperolehi hasil daripada pelaburan anda dalam produk kewangan seperti dividen saham. dividen. ia bukanlah persoalannya kerana menjelang umur 55. kita perlu berusaha menggandakan wang untuk memastikan kita dapat meneruskan hidup dalam keadaan selesa selepas bersara. kita terpaksa menerima hakikat bahawa kita tidak boleh terus bekerja selama-lamanya. kita perlu merancang bagaimana untuk terus menyara hidup dalam masa 20 tahun berikutnya kerana jangka hayat hidup seseorang ialah 75 tahun (berdasarkan laporan-laporan mengenai purata jangka hayat rakyat Malaysia). Pernahkah kita terfikir bagaimana untuk meneruskan hidup selama 20 tahun lagi dalam keadaan selesa – setelah kesemua wang KWSP habis dibelanjakan untuk membiayai kos pendidikan anak-anak serta melangsaikan pinjaman bank? Lebih teruk lagi. kita perlu mengetahui kedudukan kewangan sendiri dan cara-cara menilai kedudukan kewangan kita. Makmal 2 – Ujian Sumber-Sumber Perbelanjaan Utama . keuntungan modal. pendapatan ini dikenakan cukai yang lebih tinggi berbanding jenis pendapatan yang lain. anda perlu mengetahui aliran keluar dan masuk wang anda. pendapatan pasif dan pendapatan portfolio. faedah daripada simpanan bank dan simpanan tetap. Langkah-langkah berikut dapat membantu anda melakukan ‗Pemeriksaan Kewangan‘ anda. pendapatan dari hartanah yang disewakan. Pendapatan jenis ini tidak memerlukan perhatian yang banyak daripada anda. Ini juga merupakan sejenis pendapatan pasif yang tidak memerlukan penglibatan langsung anda dalam menjana pendapatan. kita akan terus menempuh hidup sebagai warga emas untuk 20 tahun yang akan datang. Apakah maksud keterangan di atas? Ia bermakna. iaitu pendapatan yang diperolehi. namun ia mampu menjana aliran kewangan yang berterusan. iaitu wang yang masuk ke kocek anda seperti gaji. Dalam situasi sebegini. Pendapatan pasif pula ialah wang yang diperolehi daripada pelaburan hartanah dan pembahagian daripada perniagaan. Bagi menyelesaikan masalah di atas. jumlah pendapatan boleh dibahagikan kepada tiga kategori. pendapatan daripada bon dan juga pulangan daripada unit amanah. pembahagian daripada perniagaan.

Salah satu cara untuk mengetahui ke mana perginya wang anda ialah dengan mencatat setiap pembelian yang dibuat. dalam bukunya yang bertajuk Personal Finance At Your Fingertips menyarankan agar anda menyimpan 10 peratus daripada pendapatan anda. Anda perlu mula menyimpan suatu hari nanti. anda perlu tahu berapa perbelanjaan yang telah anda buat. Mereka tidak tahu berapa wang yang dibelanjakan setiap bulan. telefon. Sekiranya sukar untuk mencatatkan kesemua perbelanjaan anda. Contoh-contoh perbelanjaan termasuklah membayar bil kad kredit. hiburan dan pelbagai perbelanjaan peribadi yang lain. air. ia merupakan satu amalan yang menguntungkan kerana anda akan dapat mengetahui aliran keluar wang anda.Perbelanjaan ialah wang yang keluar dari kocek anda. Rujuk jadual di bawah dan anda akan mendapati bahawa pendapatan tolak perbelanjaan bersamaan Aliran Tunai Bersih (net cash flow) (A-B). perjalanan. tahap inflasi yang tinggi menyebabkan agak sukar untuk menyimpan 10 peratus daripada pendapatan anda. Tidak kira samada peratusan yang anda simpan ialah 5 peratus. Untuk mengetahui kedudukan kewangan. pastikan anda membuat catatan apabila membeli barang yang mahal. Makmal 3 – Peraturan 90 Peratus Ken Little. Salah satu sebab mengapa ramai orang tidak mempunyai simpanan yang cukup setelah bersara ialah kerana mereka tidak mengawal perbelanjaan mereka. mereka terpaksa berhutang untuk menampung perbelanjaan bulanan mereka. Di Malaysia. cukai. Gaji yang diperoleh setiap bulan tidak pernah mencukupi dan akibatnya. ansuran pinjaman perumahan dan kenderaan. 10 peratus ataupun 15 peratus daripada pendapatan anda. iaitu wang yang perlu dibelanjakan untuk menampung gaya hidup seseorang. apa yang paling penting ialah anda mengamalkan tabiat menyimpan dan mula menanam sikap menyimpan wang anda. membeli barang runcit. Ramai yang akan terkejut apabila mengetahui jumlah yang dibelanjakan untuk membeli sesuatu barang. Peraturan 90 peratus menetapkan bahawa Aliran Tunai Bersih (A-B) perlulah bersamaan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan anda (A). Rujuk jadual di bawah untuk mengetahui caracara membuat penyata kewangan anda. tetapi dalam jangka masa panjang. setidak-tidaknya. bil elektrik. Apa yang pasti ialah mereka sentiasa kekurangan wang untuk menyara gaya hidup mereka. kenapa tidak mula menyimpan hari ni? PENYATA KEWANGAN . ‗JOT-IT-DOWN‘! – merupakan satu kaedah yang mengambil masa.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful