You are on page 1of 4

Sejarah Rejam Lembing Mengikut catatan sejarah, acara merejam lembing adalah acara olahraga yang tertua dan

dipercayai dimainkan sejak zaman purba lagi. Ketika itu, lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan.Acara merejam lembing mula dipertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1986. Sejak itu, acara merejam lembing merupkan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia seperti di Suan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA dan SUKMA. Acara ini juga dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah. Kini, acara merejam lembing merupakan salah satu acara padang yang penting di dalam sukan olahraga. Acara ini dipertandingkan mengikut kategori lelaki dan wanita.

Bahagian-bahagian Lembing Biasanya lembing diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagianbahagian lembing terdiri daripada ekor, kepala dan grip. Ciri-ciri Lembing Panjang lembing adalah antara 2.60 2.70m (lelaki) dan antara 2.20 2.30m (perempuan). Bahagian kepala lembing diperbuat daripada besi yang berukuran 25 33cm. Bahagian grip beruuran antara 15 16cm untuk lelaki dan 14 15cm untuk perempuan dan lelaki berumur bawah 18 tahun. Berat minimum sebatang lembing untu lelaki ialah 700g dan perempuan ialah 600g.

Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut adalah : i. ii. Gaya rejaman dari atas bahu Gaya rejaman dari bawah bahu

Kawasan Rejaman Lembing Kawasa rejaman lembing hendaklah bebas daripada sebarangan gangguan atau halangan serta tidak membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5m dan lebar 4 m, manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29-30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf atau prestasi peserta.

Gaya Memegang Lembing 1. Gaya Amerika Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunju serta disokong oelh tiga jari yang lain. 2. Gaya Finnish Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah. 3. Gaya Pegangan U Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

Undang-undang dan Peraturan Merejam Lembing Undang-undang teknikal Lembing yang patah semasa mendarat adalah sah. Pemakaian sarung tangan tidak dibenarkan. Undang-undang permainan Lembing hendaklah dipegang pada bahagian grip mengikut gaya yang dipilih. lembing mesti melalui atas bahu semasa merejam. Peserta tidak boleh meninggalkan landas larian selagi lembing belum mendarat. Pembatalan rejaman Rejaman dikira batal sekiranya: o Pendaratan lembing tidak meninggalkan sebarang tanda di tanah. o Kepala lembing tidak menyentuh tanah terlebih dahulu. o Memijak garisan lengkungan bulatan atau terkeluar daripada gelanggang. Aspek Keselamatan 1. Berhati-hati semasa membawa lembing. 2. Mata lembing sentiasa menghadap ke bawah ketika menyimpan dan membawanya. 3. Pastikan berlatih di kawasan yang jauh daripada laluan orang. 4. Ikut giliran semasa merejam dan jan berebut-rebut untuk merejam. 5. pastikan Kawasan rejaman dikosongkan sebelum melakukan rejaman.

6. Berlatih di bawah pengawasan guru.

Jaguh Negara Malaysia Jaguh Negara Malaysia adalah Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70 an dan 80- an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam lembing yang terbaik dalam acara ini.

Jaguh Acara Merejam Jaguh acara merejam lembing iaitu Petronoff dari Rusia yang mempunyai susuk badan yang tegap dan berbadan sasa telah berjaya merejam lembing melebihi 90 m dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing hingga sekarang. Teknik rejaman lembing Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut: Fasa persediaan Fasa lari landas Fasa rejaman Fasa ikut lajak 1. Fasa persediaan Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan selesa Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman Pandang ke arah kawasan rejaman

2. Fasa lari landas Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal Langkah terakhir lebih besar daripada langkah langkah sebelumnya Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman

3. Fasa rejaman Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan lembing Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

4. Fasa ikut lajak Penyerapan daya dan stabilkan pergerakan selepas merejam adalah penting. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Sebaik sahaja lembing dilepaskan, langkah setapak ke hadapan dan mendarat dengan sebelah kaki Imbangkan badan dengan kaki yang sebelah lagi Rendahkan badan bagi mengimbang dan menstabilkan kedudukan badan Kawal pergerakan supaya tidak melepasi garisan lengkungan bulatan

You might also like