P. 1
Globalisasimenurutislam Dr1 Yusof Alqardawi 100724122218 Phpapp02

Globalisasimenurutislam Dr1 Yusof Alqardawi 100724122218 Phpapp02

|Views: 4|Likes:
Published by swordmy2523

More info:

Published by: swordmy2523 on Apr 23, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/10/2013

pdf

text

original

Globalisasi Menurut Pemikiran Prof. Dr.

Yusuf al-Qardawi Definisi Globalisasi Dari segi bahasa, globalisasi berasal dari kata dasar global yang bererti umum dan keseluruhan ( Kamus Dewan 1995:548 ) atau sejagat dan menyeluruh. Beberapa definisi Globalisasi menurut pandangan sarjana Barat; 1. Oscar Ugarteche. Globalisasi ditakrifkan sebagai pertumbuhan dalam kegiatan ekonomi yang merentasi sempadan kebangsaan (nasional) dan kerantauan. Ia dizahirkan dalam meningkatnya pergerakan barangan dan perkhidmatan menerusi perdagangan dan pelaburan serta (pergerakan) manusia merentasi sempadan-sempadan tersebut. Ia juga terzahir dalam pertukaran maklumat (informasi) pada masa sebenar. Ia dipacu oleh pelaku-pelaku individu ekonomi yang mencari lebih banyak keuntungan ekonomi persaingan yang semakin menekan. 2. Trezzini Mentakrifkan globalisasi sebagai integrasi ekonomi dunia yang mendalam dan meluas melalui hubungan pengeluaran dan penggunaan. 3. Mittelman (1996) Suatu fenomena sejagat. Globalisasi ialah cantuman pelbagai jenis proses rentas sempadan dan pelbagai struktur dalam negeri yang membolehkan ekonomi, politik, budaya dan ideologi sesebuah negara menembusi (ekonomi, politik, budaya dan ideologi) negara-negara lain. 4. Martin Albrows Memberi definisa globalisasi sebagai merujuk kepada semua proses yang dengannya manusia di seluruh dunia dihimpunkan masuk menjadi satu masyarakat dunia, masyarakat global. 5. Anthony Giddens Anthony Giddens pula mendefinisikan globalisasi sebagai proses menjadikan intensifnya hubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan tempat-tempat yang jauh dengan

politik dan sosial mereka kepada pihak yang lemah. Taha Jabir al-Alwani menyatakan bahawa globalisasi ialah usaha pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh (global power) untuk mewujudkan centralization iaitu memaksa agenda ekonomi. Ia bererti menjadikan seseuatu berskala internasional. Muhammad Abid lagi. kita boleh menyatakan bahawa propaganda globalisasi ini jika dilaungkan oleh suatu negara atau kelompok. ia bererti generalisasi pola hidup yang tradisinya (sebelumnya) menjadi karekter khas negara atau kelompok. nasionalisme. Jadi. atau umat harus dilenyapkan. globalisasi mencakup erti penghapusan batas-batas wilayah sesebuah negara dalam interaksi ekonomi (kewangan dan perdagangan) dan membiarkan semua permasalahan bergerak bebas di seluruh dunia. iaitu memindahkan sesuatu dari yang terbatas kepada sesuatu yang tidak terbatas. perkhidmatan. 2. Muhammad Abid al-Jabiri menyatakan globalisasi berasal dari bahasa Perancis iaitu monodialisation yang pertama kali muncul di Amerika Syarikat. Chandra Muzaffar Globalisasi adalah suatu proses yang melibatkan negara. Bersifat tanpa batasan . Taha Jabir al-Alwani Dr. Muhammad Abid. Bagi Dr. modal. Muhammad Abid al-Jabiri Dr. Superpower tersebut akan memimpin dan memandu negara-negara lain dalam acuan yang telah disediakan dengan meletakkan mereka sebagai pusat dan pihak lain sebagai pinggiran.sedemikian rupa sehingga peristiwa-peristiwa tempatan dibentuk oleh peristiwa-peristiwa (lain) yang berlaku beberapa batu jauhnya dari tempat itu atau demikian sebaliknya. sebahagian pekerjaan yang merentasi sempadan dan memerlukan pemindahan dan perubahan yang bersifat nasional. maka batas negara. Dari pemahaman ini. menjadikannya menembus batas dunia seluruhnya. 3. Prof. Seterusnya menurut Dr. Ciri-ciri Globalisasi 1. Dr. Dr. Globalisasi Menurut Pandangan Sarjana Islam 1. globalisasi bolehlah dianggap sebagai Amerikanisasi yang bererti sosialisasi gaya hidup Amerika.

Globalisasi Menurut Pemikiran al-Qardawi Ketika mengulas mengenai definisi globalisasi. al-Qardawi telah memetik pandangan Dr. ekonomi dan sebagainya. Yakni memindahkan sesuatu dari kawasannya yang terhad dan dapat diawasi ke kawasan tanpa had yang jauh daripada sebarang pengawasan. 2. politik. Elemen dominasi bukanlah suatu perkara baru. 3. Wujudnya Elemen Dominasi (Penguasaan) Globalisasi juga bersifat dominasi iaitu penguasaan sesuatu pihak ke atas pihak yang lain. Kepercayaan itulah yang dijadikan justifikasi terhadap dominasi Barat ke atas rantau lain yang dianggap sebagai daerah pinggiran. kerajaan dan sesuatu umat berada dalam zaman yang ditunjangi oleh globalisasi. Bertolak dari sini maka negara-negara beridentiti kebangsaan. Ini bermakna mana-mana masyarakat di planet Bumi ini terdedah secara terus-terusan kepada terobosan apa juga bentuk penyiaran asing tanpa boleh dibuat sebarang tapisan secara berkesan. Ini kerana. Wujud Unsur-unsur Sains dan Teknologi Sifat globalisasi yang berasaskan unsur-unsur sains dan teknologi merupakan tempias daripada kehebatan dan kecanggihan teknologi maklumat dan komputer serta teknologi komunikasi dan satelit yang mendominasi ruang lingkup hidup manusia kini. globalisasi mencakupi maksud membatalkan sempadan negara. pemikiran Barat adalah pusat dan paksi dunia. Muhammad Abid al-Jabiri yang menyatakan bahawa globalisasi bermaksud menjadikan sesuatu berada di peringkat antarabangsa. beridentitikan kebangsaan dalam lapangan ekonomi dan membiarkan segala urusan dapat bergerak bebas menyeberangi alam dan ruang angkasa yang berada dalam lingkungan planet Bumi. Dominasi ini bukan sahaja melibatkan aspek tamadun. Menurut Marshall McLohan. Segala hambatan dan sekatan perbatasan yang lalu telah berjaya dilangkau.Dunia tanpa sempadan menjanjikan pelbagai peluang dan dugaan yang bakal dimanfaatkan oleh manusia. malahan sudah lama wujud dan bertapak. Justeru. dunia persis sebuah kampung. malahan aspek budaya. Ia juga sebagai suatu proses di mana sempadan negara-negara termasuk negara umat Islam semakin runtuh dan seluruh alam ini semakin berubah menjadi suatu unit. .

(Riwayat Ahmad) Dengan ucapan ini Rasulullah memperkuatkan lagi mesej yang disampaikan oleh al-Quran kepada seluruh manusia melalui surah al-Hujurat [49]:13 mafhumnya: . Kesejagatan juga ditegakkan atas asas persamaan antara manusia dari sudut kemuliaan kemanusiaannya dan dari segi taklif dan tanggungjawab. Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita al-Quran setelah beberapa waktu lagi. tidak juga bukan Arab terhadap Arab. Kesejagatan disebutkan dengan jelas oleh alQuran dalam surah al-Anbiyaa’ [21]:107 mafhumnya: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” Juga firman Allah dalam surah al-Furqan [25]:1 yang bermaksud: “Maha Suci Allah yang telah menurunkan al-Furqan kepada hamba-Nya agar dia menjadi peringatan kepada seluruh alam” Firman Allah lagi dalam surah Sad[38]:87-88 mafhumnya: “Al-Quran ini tidak lain hanyalah peringatan bagi semesta alam. secara eksplisit. erti globalisasi hampir sama dengan kesejagatan ataupun universal yang dibawa oleh Islam. Sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu dan bapa kamu adalah satu. melainkan dengan takwa.Globalisasi(‘Aulamah) dan Kesejagatan (‘Alamiyyah) Menurut al-Qardawi. Manusia semuanya sama-sama bertanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada Allah. Sesungguhnya tidak ada kelebihan orang Arab terhadap orang bukan Arab. Mereka semuanya sama sebagai zuriat Adam sebagaimana sabda Rasulullah SAW di hadapan perkumpulan ramai semasa Hajj Wada` maksudnya: “Wahai sekalian manusia. Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Isra’[17]:70 mafhumnya: “Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam” Allah menjadikan manusia sebagai khalifahnya di muka Bumi. Tidak ada kelebihan orang yang berkulit merah ke atas orang yang berkulit hitam dan orang yang berkulit hitam ke atas orang yang berkulit merah.” Tegasnya kesejagatan dalam Islam adalah berdasarkan kepada memuliakan semua keturunan manusia. Semua yang ada di langit dipermudahkan Allah untuk mereka.

Iran dan Libya. budaya dan sosial dari Amerika Syarikat kepada dunia. atau diserang secara langsung sebagaimana halnya yang terjadi kepada Iraq. Mana-mana negara yang berani menentang atau melawan mesti diajar atau dihukum sama ada dengan sekatan ekonomi.“Hai manusia. malah bukan juga bererti layanan sekutu terhadap sekutunya sebagaimana yang dikehendaki oleh orang-orang yang terhormat dan merdeka di manamana tempat di dunia ini. Ia juga . lebih khusus lagi dunia Islam. pemaksaan pengaruh politik. Al-Quran mengiktiraf bahawa Allah menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak dengan tujuan mereka dapat saling kenal-mengenal. Ia adalah nama yang digunakan untuk penjajahan bentuk baru. Globalisasi ala Amerik bukan bererti layanan saudara terhadap saudaranya sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam. Inilah yang dilakukan oleh Amerika Syarikat berbekalkan kemajuannya dalam bidang ilmu dan teknologi. ekonomi. al-Quran tidak pula membatalkan kekhususan rumpun-rumpun bangsa. keupayaan penguasaan ekonominya dan keangkuhannya menganggap dirinya sebagai ketua dunia ini.” Namun dalam ayat yang menetapkan persamaan antara manusia ini. Digunakan nama yang baru untuk disesuaikan dengan zaman yang baru dengan tujuan hendak menguasai dunia di bawah satu ungkapan yang lunak iaitu globalisasi. globalisasi dalam gambaran yang sangat ketara pada hari nin bererti membaratkan dunia atau dengan kata lain mengamerikakan dunia. sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sudan. khususnya dunia Timur atau dunia ketiga. kekuatan yang ketenteraannya. tetapi ia sebenarnya bermaksud layanan tuan-tuan kepada hamba abdinya. pengetahuan. Sedangkan globalisasi menurut faham Barat seperti yang nyata kepada kita melalui propagandanya hingga ke hari ini adalah. ancaman ketenteraan. Jadi. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. ia bererti pemaksaan pengaruh Amerika ke atas dunia. Menurut al-Qardawi lagi. gergasi kepada si kerdil dan orang yang membesarkan diri terhadap orang yang lemah.

Ia adalah lanjutan. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Pertubuhan Perdagangan Antarabangsa (WTO) dan lain-lain lagi. memperakui kelahiran yang bukan melalui perkahwinan yang sah. Matlamat muktamar atau persidangan tersebut ialah untuk mencanangkan satu deklarasi yang menghalalkan pengguguran anak secara mutlak. biar apa pun sebabnya. Padahal perkara-perkara merupakan salah satu elemen yang membentuk masyarakat dan tamadunnya. serta mengancam keluhuran akhlak yang menjadi sebab Allah mengutuskan para Rasul-Nya. hal ini nampak jelas dan ketara dalam Persidangan Penduduk yang dilangsungkan di Kaherah pada musim panas tahun 1994M.bererti pemaksaan polisi-polisi yang diinginkan oleh Amerika Syarika melalui pertubuhanpertubuhan atau organisasi-organisasi antarabangsa yang kebanyakannya dikuasai oleh Amerika seperti Bank Dunia. Kesan globalisasi juga nampak ketara melalui Persidangan Wanita yang diadakan di Peking. sehingga hal-hal lain yang bercanggah sama sekali dengan mana-mana agama langit dan bercanggah dengan mana-mana peraturan yang diketahui oleh rumpun masyarakat kita. Republik Islam Iran dan pelbagai jamaah Islam mengambil pendirian yang seiringan Vatican (Roman Khatolik) dan tokoh-tokoh gereja untuk menentang aliran yang merosakkan ini. China pada tahun 1995M. Rabitah al-‘Alam alIslami di Makkah. Semuanya dapat merasai bahawa bahaya besar sedang menanti dan mengancam nilai-nilai keimanan kepada Allah dan risalah-Nya. Bertolak dari sini menurut al-Qardawi lagi. Segala prasarana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mencanangkan tujuan tersebut melalui muktamar-muktamar atau persidangan-persidangan antarabangsa. pengukuhan. Globalisasi turut bermaksud. Semua rumpun bangsa dikerah supaya menyetujui objektif tersebut sama ada dengan cara ugutan atau pun dengan cara pujuk rayu atau janji-janji manis. menghalalkan perkahwinan sejenis. Menurut al-Qardawi. pemaksaan budaya Amerika yang khusus yang tegak di atas falsafah materialisme (kebendaan) dan utilitarianisme (mengutamakan kepentingan diri dan membuka kebebasan seluas-luasnya sehingga ke tahap menghalalkan apa sahaja). Islam memperakui kekhususankekhusasan yang telah ditentukan kepada mana-mana bangsa kerana ia merupakan satu . kita dapati Universiti al-Azhar. memberikan kebebasan mempraktikkan seks di kalangan anak-anak. dan penyempurnaan kepada persidangan yang diadakan di Kaherah (1994). Menurut al-Qardawi.

Tetapi bentuk baru ini menghendaki peninggian diri dan kerosakan di muka bumi seluruhnya. walaupun bentuknya berubah dan namanya ditukar. telekomunikasi dan teknologi yang tinggi dan berkembang pesat. Akan tetapi ia tetap ia. Ia dicipta demi kepentingan negara-negara kaya melawan negaranegara miskin. Penjajahan yang hanya mengubah warnanya seperti bengkarung. tentulah yang kuat akan menang. menukar kulitnya sepertinya ular. Yang mendapat keuntungannya ialah negara yang memiliki keupayaan ilmu. Sementara negara-negara dunia ketiga seperti yang mereka gelarkan terutamanya negara-negara Islam akan menjadi seperti yang diungkapkan oleh seorang pemikir Algeria. . ekonomi. eksport import atau dalam bidang maklumat dan telekomunikasi akhirnya akan menguntungkan pihak yang kuat dan besar. Malik ben Nabi bahawa negara-negara ini tidak mempunyai peluang dalam perlumbaan antarabangsa melainkan hanya mendapat sisa-sisa yang lebih dari negara yang kuat. merasa tinggi sepertimana Firaun yang merasa dirinya tinggi dan menjadikan rakyat jelatanya berkasta-kasta dan ditindas. Membuka pintu seluas-luasnya dengan alasan globalisasi dalam bidang-bidang perdagangan. bagaimana kita membayangkan hasil pertembungan antara yang kuat dengan yang lemah? Sebagaimana nasib pengendera unta atau keldai bila harus berlumba dengan pemandu kereta. terutamanya negara yang mempunyai kemampuan. Globalisasi Adalah Penjajahan Baru Globalisasi dalam persepsi yang dilaungkan sekarang akhirnya akan memihak kepada golongan yang kuat.isu yang penting agar manusia tidak mengambil sikap melampaui terhadap manusia yang lain sehingga menyebabkan mereka berusaha memadam kehendak naluri orang lain tanpa kerelaannya dan memaksa orang lain mengikut kehendaknya. kerana ketidakseimbangan dalam pertarungan di ruang globalisasi ini. Dari sinilah menurut al-Qardawi timbul persoalan. Globalisasi adalah penjajahan silam dalam penjajahan silam dalam rupa dan nama yang baru. mengubah riak wajahnya seperti pelakon dan menukar namanya seperti penipu. Ini semua berlaku. Itu pun jika masih ada (sisa-sisa) kepingan-kepingan yang masih elok di sisi mereka untuk diberikan kepada orang lain. negara-negara dalam Blok NATO (North Atlantic Treaty Organzation atau Pakatan Atlantik Utara) yang perkasa melawan negara-negara Selatan yang papa. iaitu meninggi diri di atas muka bumi tanpa alasan yang benar. kekuatan dan kekayaan yang lebih besar iaitulah Amerika Syarikat.

Memuji-muji warisan . Justeru kita perlu membangunkan mereka daripada lenanya dan mengejutkannya daripada kelalaiannya.harus bergerak untuk melindungi diri kita dari serangan gaya baru ini. Kita tidak berupaya untuk menolak atau melarikan diri daripada kepungan dan tekanannya. Seterusnya kita-bangsa Arab.Ia bukan setakat menindas satu kumpulan malah menindas semua rumpun bangsa di muka Bumi demi kepentingan segelintir kecil daripada mereka. Oleh itu dalam usaha untuk menangani persoalan globalisasi ini. jauh daripada unsur pelampauan. menyampaikan hidayah dan kebaikan. Namun. penghinaan dan penakutan. umat Islam. Tetapi mereka sedang tidur atau ditidurkan. Sesungguhnya pembaikan dalaman itu diperlukan sebelum pembaikan luaran. Kita wajib membuang semua hal yang negatif dalam pemikiran dan tingkahlaku kita. Seterusnya al-Qardawi menjelaskan. Hal-hal negatif itu ialah seperti mersa cukup untuk bersenandung dengan kehebatan nenek moyang pada masa silam atau meratapi keruntuhan tamadun yang pernah bergemilang suatu masa dahulu atau memaki hamun Barat dan menyerang tamadun materialistiknya. Ia adalah umat yang tidak keluar sendiri akan tetapi dikeluarkan untuk manusia supaya dapat memberi manfaat kepada mereka. pada hakikatnya memang kita tidak berupaya untuk melarikan diri daripada globalisasi . Kerana ternyata bahawa globalisasi itu ada sebahagiannya yang terpaksa kita terima. Umat kita tidak akan mampu menyumbang kebaikan kepada orang lain sebelum disumbangkan kepada dirinya sendiri terlebih dahulu. bangsa Afrika dan negara-negara berkecuali serta semua orang fakir dan tertindas di muka bumi ini. Umat ini adalah umat universal. al-Qardawi menyarankan beberapa langkah yang perlu diambil oleh kita umat Islam:1. Caranya ialah dengan kita saling bantu membantu dan membentuk kekuatan sesama kita.Menurut al-Qardawi langkah pertama yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ialah menyedari bahawa umat Islam masih hidup dan bukannya mati. kita wajib mengembalikan kesedaran rakyat kita dengan kesedaran yang berdasarkan keterangan yang jelas. Kita perlu mengembalikan kesedarannya tentang identiti dan mesejnya serta peranan yang perlu dimainkan untuk dirinya dan orang lain. Peranan Umat Islam Dalam Menangani Persoalan Globalisasi Menurut Al-Qardawi. kita juga tidak patut menerima bulat-bulat dan menyerahdiri kepadanya dengan menunduk dan mengangguk-anggukkan sahaja kepala.

Apabila kita telah mengenali punca-punca. Memantapkan Akidah Seterusnya peranan utama masyarakat Islam hari ini ialah memelihara. cita-cita dan keazaman jitu serta keyakinan kepada Allah. dalam menghadapi gelombang globalisasi hari ini umat Islam tidak seharusnya leka dan alpa kerana ia akan meruntuhkan umat Islam sendiri. “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri” 2. Langkah pertama untuk rawatan ini ialah dengan mengenal pasti kekurangan-kekurangan yang ada pada kita. Oleh itu umat Islam seharusnya saling ingat . Menangisi keruntuhan silam adalah perangai penyair-penyair yang sentimental. Kita patut mengakui penyakit sosial yang menimpa kita dan keadaan ekonomi kita yang negatif serta kesilapan kita dalam politik. Ia bukannya sikap orang berupaya membangunkan tamadun. Kita mesti berusaha keras mengubah kelemahan diri kita. maka barulah kita dapat menentukan jenis penyakit dan menemukan ubatnya. Menurut al-Qardawi lagi. Jangan kita persalahkan orang lain atas segala kerosakan yang terjadi. kita perlu mencipta kemuliaan yang baru untuk diri kita dengan usaha dan pemikiran sebagaimana yang dilakukan oleh nenek moyang kita masa dulu iaitu semasa zaman kegemilangan kita dahulu.silam tidak memberikan manfaat kalau umat yang ada sekarang tidak hidup. menjaga dan menegakkan akidah serta memancarkan cahayanya ke seluruh alam ini. Maka dengan cara itu barulah hidup kita dan masyarakat berubah sejajar dengan sunnah Allah yang terungkap melalui firman-Nya dalam Surah alRa‘d 13:11. Pengakuan kita itu bukannya bererti kita menyerah kalah dan berputus asa untuk mencari rawatannya. Tidak ada penyakit yang tidak ada ubatnya dan tidak ada simpulan yang tidak terungkai.mafhumnya. Mencaci-maki orang lain – sekali pun orang yang dicaci itu jahat – tidak memberikan sebarang faedah selagikita tidak berjaya menyedarkan mereka – atau sekurang-kurangnya menandingi – dengan gerak kerja dan usaha kita. Kita wajib memenuhi hati anak-anak kita dengan keimanan. kemudian keyakinan kepada diri sendiri. Kita mesti menjadi orang yang berani dan snggup mengaku penyakit jiwa yang ada pada kita serta kerosakan akal dan penyelewengan tingkah laku kita. Justeru.

televisyen dan internet yang amat meluas penggunaannya kini di kalangan masyarakat global. umat Islam tidak akan mampu untuk menepis segala unsur negatif yang datang dari Barat. 3. apabila kita dapat menguasai ekonomi secara tidak langsung ia akan dapat membina jati diri umat Islam. Pada masa yang sama ia mestilah bermatlamat untuk membangunkan ekonomi Islam. pemikiran dan budaya Islam agar tidak terpesong dan terpedaya dengan arus globalisasi yang boleh menghilangkan keistimewaan dan jati diri setiap individu Muslim. kestabilan dan kemantapan ekonominya. Menguasai Aspek Ekonomi. Al-Qardawi juga turut menekankan bahawa sudah tiba masanya umat Islam membuka mata dan pemikiran agar tidak perlu lagi bergantung dengan segala yang datang dari Barat contohnya dalam bidang industri. Apabila kita memperkatakan tentang ekonomi.mengingati antara satu sama lain dan menyedarkan saudara seagama betapa pentingnya mempertahankan akidah. Oleh itu. pakar-pakar asing dan ubat-ubatan. Perkembangan teknologi sepatutnya disedari oleh seluruh umat Isam. Rentetan daripada itu. dengan penguasaan ekonomi dan kemahiran kita mampu untuk menyampaikan kalimah-kalimah dakwah melalui berbagai-bagai media sama ada cetak. radio. kita sebenarnya tidak dapat lari dari dunia perniagaan dan kewangan. Seterusnya. Ini kerana jatuh bangunnya sesebuah negara itu adalah bergantung kepada kekuatan. Selain itu. . sikap yang paling tepat dalam menangani arus globalisasi ini ialah dengan bersikap sederhana. Ekonomi merupakan aspek yang sangat penting apabila kita berhadapan dengan arus globalisasi . lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan arus globalisasi ini. umat Islam perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan ekonomi. tanpa adanya jati diri. Menurut al-Qardawi . Contohnya berusaha mengambil elemen-elemen yang positif daripada perkembangan globalisasi dan sekaligus berusaha menjauhi segala elemen negatif sama ada dari segi material mahupun spiritual dan menjadikan iman sebagai benteng utama. contohnya istilah-istilah serta sistem ekonomi dengan syarat ia tidak bertentangan dengan syariat Islam.

agar hari ini lebih baik daripada hari semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. juga boleh membina. Caranya ialah percaya kepada diri sendiri. Umat ini juga wajib menggunakan alat-alat baru (internet) yang menguasai dunia hari ini yang dapat mrmecah tembok dan menyemberangi belantara dan lautan untuk menyerang segenap tempat dan mengubah fikirah manusia. komputer. saluran satelit dan sebagainya dalam menyampaikan dakwah Islam dan memberikan kesedaran tentang islam. baik berupa material mahu pun spritual. Seterusnya al-Qardawi menjelaskan bahawa tanggungjawab ini telah . Menurut al-Qardawi . Tetapi sebelum itu semua. 5. marilah kita menggunakannya untuk tujuan kebenaran dan kebaikan bukannya untuk kebatilan dan kejahatan. Usaha ini hendaklah terus menerus dijalankan sehinggalah kita semua telah memainkan peranan masing-masing di dunia ini lalu kita tidak lagi menjadi beban kepada orang lain. Dengan itu kita dapat menguasai sumber pendapatan. Ia sesuai untuk menyemai kebaikan atau kejahatan. Ia telah menjadi satu keperluan utama untuk memberikan perkhidmatan Islam melalui internet. Untuk tujuan tersebut. harapan al-Qardawi . Alat ini boleh memusnahkan. kita hendaklah terlebih dahulu memajukan keinsanan kita. Menguasai Ilmu Pengetahuan. Maksudnya ialah menjadi orang yang berusaha keras mengaut faedah segala yang positif daripada globalisasi dan keterbukaannya dan sekaligus berusaha sekuat mungkin untuk menjauhi hal-hal negatifnya. sektor industeri. Justeru. radio dan televisyen. photostat. sektor pertanian. kita mestilah berusaha merealisasikannya sama ada secara bersendirian atau secara kolektif.4. sikap yang patut kita ambil ialah sikap bersederhana. kerana keinsanan itulah jalan dan matlamat untuk pembangunan dan kemajuan. Menggunakan Sepenuhnya Kemudahan dan Kemajuan Teknoloji Maklumat Terkini. Ini bererti menurut al-Qardawi . menjadi kewajipan keatas setiap orang Islam memanfaatkan bahan-bahan cetak. Menurut al-Qardawi lagi. khususnya alat-alat penyiaran. kita hendaklah memajukan ilmu pengetahuan dan menguasainya sesuai dengan tuntutan zaman. dalam menangani persoalan globalisasi ini. pentadbiran dan pengurusan kita. bekerja sekuat tenaga untuk memajukan kemampuan dan memperbaiki potensi yang ada pada diri kita. dalam menghadapi era globalisasi ini.

akhlak. perundangan dan peradaban. Tujuan website ini dapat diringkaskan menerusi sepuluh objektif berikut. berusaha keras dan mengadakan pembaharuan. Berpegang kepada fatwa yang memudahkan dan dakwah yang menyenangkan. Orang Islam hendaklah sentiasa mempunyai matlamat untuk melakukan yang terbaik sahaja. 3. Website ini mampu untuk berbahas dengan orang lain dan mampu pula menandingi mereka. Oleh kerana itu perlu ada website Islam di internet yang istimewa dan dipercayai di kalangan semua umat Islam dan bukan Islam. Kita ditakdirkan untuk melaksanakan peranan ini. Mempertemukan antara yang asal dan semasa dengancara mendapatkan inspirasi daripada bahan-bahan silam yang banyak dan dirujuk kepada imam-imam besar untuk diambil ilmu dan manfaatnya. Mempersembahkan Islam dalam bentuk yang syumul dan lengkap melengkapi dari sudut akidah. dan keutamaan berdasarkan tuntutan semasa. ia tidak cenderung kepada kefanatikan. Kita dituntut untuk bekerja. . adab. ibadah. 2. Memetik ajaran Islam. Website yang dibangunkan ini tidak menggambarkan halatuju negara tertentu atau puak tertentu. Kefarduan kerana ia diwajibkan oleh ajaran agama. hukum-hakamnya dan nilai-nilainya daripada sumbernya yang sebenar iaitu al-Quran dan Sunnah yang sohih sebagaimana yang difahami oleh generasi para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka. 5. Berpegang kepada kesederhanaan Islam dan realiti yang ada.menjadi satu kefarduan dan keutamaan kepada kita.1. Mesejnya disampaikan kepada umat Islam dan bukan Islam untuk membetulkan kefahaman mereka dan memjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan serta membuang kekeliruan dan menolak segala rekaan terhadap Islam. Malah ia mengungkapkan tentang Islam yang tulin dan lengkap dengan asas-asas dan ciricirinya. 6. 4. Justeru.

bukannya dengan kebencian. Berdialog dengan cara yang terbaik. 10. Website ini akan bekerjasama dengan semua yang bekerja di lapangan ini dan akan cuba membuat penyelarasan dengan mereka jika ada kesempatan. 8. ia dilakukan oleh sekumpulan ahli profesional dalam ilmu komputer. di mana kita tidak perlu mencampur aduk dan mengulang-gulang sesuatu tanpa keperluan dan alasan.umat Islam seharusnya mengambil sikap sederhana dengan berusaha mengambil manfaat apa yang baik dan menghindarkan apa yang buruk. Berurusan dengan semua manusia sekalipun bertentangan pendapat dengan cara yang lembut dan tidak kasar dan keras. Sesungguhnya Allah itu indah dan sukakan keindahan. 9. Website ini akan saling bergandingan dengan website-website Islam yang lain. idea baru. Oleh itu kita perlu menghadapinya dengan mengambil sikap menyaring yang baik dan kita hendaklah saling bekerjasama menghindarkan aspek-aspek negatifnya. yang maksum.a.7. bukannya . Caranya ialah dengan meningkatkan kualiti dan potensi yang ada pada kita. mengerah segenap keupayaan dan tenaga kita serta bersatu menghadapi globalisasi . memenangi hati manusia dengan kasih sayang. Untuk tujuan isi kandungan ilmiah maka ia dilakukan oleh satu badan uang terdiri daripada ulama syariah yang berwibawa.w. institusi (aliran) atau individu tertentu. Kita. Untuk tujuan persembahan yang menarik pula. Menggabungkan antara isi kandungan yang ilmiah dan rupa bentuk persembahan yang menarik. Kesimpulan Manusia hari ini menurut al-Qardawi terpaksa berhadapan dengan globalisasi . Tdak taasub kepada sesuatu pandangan silam. Setiap orang boleh diterima pandangannya dan boleh ditolak melainkan Nabi Muhammad s. Globalisasi kelihatan pada hari ini seolaholah dipaksakan ke atas kita dan kita tidak mungkin dapat lari daripada tekanandan kepungannya.

2000. Amanah inilah yang Allah pikulkan ke atas bahu kita. Sama-samalah kita memberikan sumbangan terhadap projek yang besar ini. Oleh itu website Islam Antarabangsa yang dinamakan Islam On Line adalah merupakan salah satu usaha semasa yang diperkenalkan untuk menyahut cabaranh globalisasi . Yusuf al-Qardawi . kerana sokongan Allah itu sentiasa bersama jamaah. Al-Qahirah : Dar al-Tauzi ‘ wa al-Nasyr al-Islamiyyah.bersendirian. Rujukan 1. Kita juga mesti mengambil faedah daripada semua mekanisme globalisasi dan peluang yang ada untuk menyampaikan risalah Islam ke seluruh dunia. Al-Muslimin wa al-‘Aulamah. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->