You are on page 1of 27

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS KURSUS KENEGARAAN (ULP 1023) TAJUK : PANDANGAN MASYARAKAT TERHADAP AMALAN DAN TRADISI PERKAHWINAN DALAM MASYARAKAT MELAYU DISEDIAKAN OLEH : 1) NUR ELIANA BINTI MOHMAD NOOR (D20091035093) AT16 2) NOR HARYAN ERDAYU BINTI SAHAR (D20091035078) AT16 3) SALMIZA BINTI ZAINAL ABIDIN (D20091035074) AT16 4) NOR AWAATHIF BINTI MOHD GHAZALI LEE (D20091035070) AT16 5) NUR HAFIZAH BINTI ABDUL HADI (D20091035072) AT16

KUMPULAN K ( KHAMIS 3.00 5.00 PETANG)

DISEDIAKAN UNTUK: DR. RAHIMAH BINTI WAHID JABATAN PENGAJIAN MALAYSIA FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

1.0 PENGENALAN

Masyarakat Melayu sering dikaitkan dengan pelbagai amalan dan tradisi serta adat budaya masing-masing sama ada yang masih kekal ataupun yang semakin dilupakan. Hal ini juga termasuklah dalam soal perkahwinan. Masyarakat Melayu begitu berpegang teguh dengan adat resam kerana ia dipercayai mempunyai kesan dalam kehidupan. Bagi masyarakat Melayu, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Jadi tidak hairanlah sekiranya masyarakat Melayu amat terkenal dengan pegangannya iaitu Biar Mati Anak Jangan Mati Adat. Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting seperti merisik, meminang, bertunang, akad nikah dan bersanding. Tujuan tinjauan ini dijalankan adalah untuk mengetahui sejauh mana masyarakat Melayu sekarang benarbenar berpegang dengan amalan dan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun, namun ada juga tradisi dan adat-adat yang semakin dilupakan. Antaranya ialah mandi-mandian atau berlimau, berinai di pelamin, berandam dan berasah gigi, mandi berhias, dan juga adat berpantun. Sehingga kini tidak dapat dinafikan, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak begitu memahami kewajaran dan logiknya mempelajari adat tersebut secara mendalam. Dalam tinjauan ini, perkara yang akan diketengahkan terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
a) Amalan dan tradisi yang masih diamalkan. b) Amalan dan tradisi yang sudah jarang diamalkan.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Adat istiadat perkahwinan Melayu merupakan adat yang paling menarik. Adat tersebut dapat digambarkan secara teratur dari satu tahap ke satu tahap, bermula dari seorang lelaki hendak memperisteri seorang perempuan sehinggalah berakhir dengan majlis perkahwinan, iaitu saat pasangan itu menjadi suami isteri yang sah. Adat istiadat tersebut merupakan adunan daripada unsur-unsur animisme, Buddha, Islam dan Barat. Secara terperincinya, ia sebenarnya melambangkan identiti dalam kelompok masyarakat itu.

2.0 OBJEKTIF

Mengenal pasti faktor-faktor tradisi perkahwinan Melayu yang semakin dilupakan. Antara faktor-faktornya ialah perbelanjaan majlis perkahwinan yang mahal, menggunakan banyak tenaga kerja dan memerlukan masa yang banyak.

Mengenal pasti jenis tradisi perkahwinan yang telah dilupakan. Contoh tradisi perkahwinan yang telah dilupakan adalah seperti adat berpantun, mandi berlimau, berandam, mengasah gigi dan adat merasi.

Mengenal pasti kewajaran amalan dan tradisi Melayu lama diteruskan pada masa kini. Sesetengah masyarakat Melayu beranggapan amalan dan tradisi Melayu lama harus diteruskan bagi mengekalkan identiti masyarakat Melayu yang menjadi kebanggaan sejak turun temurun.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan mengenalpasti jenis adat perkahwinan Melayu yang telah dilupakan dan faktor-faktor yang menyebabkan adat perkahwinan ini tidak lagi diamalkan. Malahan ada sesetengah pendapat mengatakan adat perkahwinan Melayu ini tidak lagi relevan untuk dipraktikkan pada masa kini. Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa adat perkahwinan Melayu yang hampir dilupakan malahan ada juga di antaranya yang sudah tidak diamalkan lagi, lenyap ditelan arus kemodenan masa kini. Antara adat adat tersebut ialah : 3.1 Mandi-mandian atau Berlimau

Setelah sempurna kedua-dua pengantin suami isteri itu menunaikan satu daripada hikmah perkahwinan, maka akan diadakan sekali lagi persandingan di atas pelamin. Namun, pengantin tidak akan dipakaikan dengan pakaian pengantin dan persandingan ini hanya melibatkan sanak saudara sahaja. Setelah bersanding, kedua-duanya akan turun duduk di bangku yang terletak di tengah tengah rumah itu dan di sinilah dijalankan upacara mandi-mandian dan bersintok limau sebagai menandakan persatuan antara kedua pengantin suami isteri itu telah sempurna dan selamat. Setelah kedua-duanya selesai dimandi dan disintok limaukan mengikut syarat, mereka akan dibawa oleh emak pengantin ke bilik peraduan pengantin

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

dengan keadaan suami memimpin isterinya dengan memegang sehelai sapu tangan masuk ke bilik. Manakala di luar, sekalian hadirin yang ada akan menyiram air tersebut sesama mereka sambil bersuka ria. Air yang digunakan untuk upacara ini disediakan dalam pelbagai warna bagi menambah kecantikannya dan ianya juga dianggap sakral bagi masyarakat Melayu.

3.2 Berinai di Pelamin

Sungguhpun adat berinai di pelamin ini tidak lagi dijalankan oleh masyarakat sekarang, akan tetapi masih juga terdapat keluarga yang tetap mengamalkannya. Ini kerana adat berinai ini memerlukan perbelanjaan yang lebih besar dan agak rumit, maka hal ini menyebabkan upacara ini semakin dilupakan. Adat berinai di pelamin ini dilakukan dalam tiga peringkat. Pada kali pertama ia dinamakan berinai curi, pada kali kedua dinamakan berinai kecil dan pada kali ketiga di namakan berinai besar.

3.3 Berandam dan Berasah Gigi

Biasanya bagi masyarakat Melayu zaman dahulu, adalah menjadi adat untuk mengandamkan anak dara yang bakal dikahwinkan lebih kurang tiga hari sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan. Anak dara tersebut akan diandam oleh tukang andam yang memang kerjanya mengambil upah menjadi emak pengantin dan beliaulah yang akan menguruskan semua kerja-kerja menyiapkan dan mengandam

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

pengantin. Pengertian berandam itu ialah perempuan yang hendak dikahwinkan perlu dicukur dan diperelokkan bentuk bulu keningnya dan dicukur anak rambut di sepanjang dahinya. Kemudian, gigi anak dara itu akan diasah dengan sejenis batu pengasah gigi supaya saiz dan kedudukan gigi dapat disama ratakan. Semua ini dilakukan oleh orang tua-tua zaman dahulu dengan tujuan yang baik, iaitu untuk menambah kecantikan dan seri kepada anak dara tersebut.

3.4 Mandi Berhias

Dijalankan ke atas kedua pasangan pengantin dan biasanya dibuat di serambi atau pelantar tengah berhadapan dengan pintu luar rumah didahului oleh pengantin lelaki dan diikuti oleh pengantin perempuan. Pengantin akan duduk menghala ke pintu luar dan di depannya disediakan dulang beras basuh serta tepung tawar. Sanak saudara dan waris akan menabur beras basuh dan menepung tawar pengantin itu.

3.5 Adat Berpantun

Pantun lazimnya digunakan untuk menyampaikan hasrat rombongan ketika majlis peminangan dan perkahwinan. Ini bertepatan dengan sikap masyarakat Melayu yang penuh dengan adab ketimuran. Melalui tradisi berpantun ini, warisan turun temurun dapat dikekalkan dan ia juga merupakan salah satu cara untuk menunjukkan kreativiti masyarakat Melayu. Antara perkara-perkara yang wajar diambil kira mengenai pantun yang hendak disampaikan adalah keunikan bahasanya, aspek estetika dan etikanya, nilai, pemikiran dan falsafahnya, jati diri dan pandangan serta persepsi dan akal budi.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

3.6 Adat Merasi

Merasi adalah merupakan salah satu cabang menilik nasib. Ianya diamalkan oleh orang zaman dahulu. Adat ini memerlukan bantuan bomoh atau pawang kerana golongan ini merupakan golongan yang sangat dipercayai oleh masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Walaubagaimanapun, adat ini sudah dilupakan pada zaman sekarang kerana berkurangnya bomoh dan pawang yang dipercayai pandai dalam upacara merasi ini dan masyarakat Melayu kini juga sudah tidak lagi percaya kepada pawang dan bomoh.

4.0 METODOLOGI

a) Temu bual Pengkaji melakukan temu bual kepada 10 orang pelajar UPSI yang terdiri daripada pelajar lelaki dan pelajar perempuan. b) Borang Kaji Selidik Pengkaji mengedarkan borang kaji selidik kepada 10 orang responden di sekitar UPSI yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan. Soalan soalan ini berbentuk subjektif yang memberi peluang kepada responden untuk mengemukakan pendapat mereka tentang isu, adat perkahwinan masyarakat Melayu yang semakin dipinggirkan.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

c) Laman Web Pengkaji melayari beberapa laman web untuk mendapatkan lebih maklumat tentang isu yang dikaji. Berikut ialah senarai laman web tersebut :

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/06/bersanding-dalam-amalantradisi.html

http://www.pengantin.com.my/ http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan#Tradisi_lapuk

d) Perpustakaan Penyelidik menjadikan buku sebagai sumber rujukan.

Buku - 1989. Amran Kasimin. Adat Perkahwinan Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka 2002.

Buku - 1994. Denyse Tessensohan. Adab Sopan Moden : Panduan lengkap tentang adat resam, etiket dan adab sopan. Times Book Intenational 1992.

Buku 2001. Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono, S.H.M.Si. Dasar dasar Agama Islam. PT Rineka Cipta 2001.

5.0 ISU BERKAITAN ADAT PERKAHWINAN MELAYU

Perkahwinan Melayu seringkali di kaitkan dengan sesuatu adat yang menjadi identiti bagi sesuatu kaum itu. Ada yang masih lagi mengamalkannya dan ada juga yang sebaliknya. Ada sesetengah masyarakat berpendapat sebahagian adat ini tidak lagi relevan untuk

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

diamalkan pada masa kini kerana sudah ketinggalan zaman dan memerlukan tenaga dan masa yang banyak untuk merealisasikannya. Namun begitu, ada juga yang menyatakan adat ini merupakan sesuatu yang dilarang agama dan dianggap syirik. Sejauh manakah kebenaran pendapat masyarakat inilah yang sedang cuba dibuktikan melalui kajian yang dijalankan oleh pengkaji.

5.1 PERSANDINGAN Terdapat unsur unsur khurafat dalam persandingan perkahwinan masyarakat Melayu yang bercanggah dengan hukum Islam. Antara perkara khurafat yang diamalkan ketika majlis persandingan ialah : 5.1.1. Menabur Beras Kunyit Bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah sesuatu yang syirik. Ianya bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5 5.1.2. Membaca Jampi Mantera Perbuatan ini dikatakan bercanggah dengan hukum Islam sekiranya pihak yang melakukannya beriktikad bahawa melalui pembacaan jampi atau mantera oleh bomoh mahupun pawang dapat memelihara sesuatu majlis itu daripada gangguan roh jahat.

5.1.3. Berandam

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh alhadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." Namun begitu hal ini dikecualikan pada sesetengah bulu seperti janggut, misai dan side burn. 5.1.4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj) Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu."(Al-Ahzab:33)

5.1.5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

5.2 MERASI

Merasi adalah merupakan satu cabang menilik nasib. Masyarakat Melayu tidak mengamalkan adat tersebut kerana mereka beranggapan adat ini tidak penting dalam urusan berumah tangga. Dalam masa yang sama, orang yang bertanggungjawab dan mahir tentang ilmu dan cara merasi sudah meninggal dunia. Apabila hal ini terjadi, secara tidak langsung adat tersebut tidak diamalkan lagi dan akhirnya berkubur begitu sahaja. Dahulunya adat ini diamalkan dalam sesetengah kelompok masyarakat yang bertujuan untuk mengenali antara satu sama lain tetapi

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

10

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

masyarakat kini terlalu berbeza kerana pertemuan dapat dilakukan secara bebas. Contohnya, masyarakat zaman sekarang lebih berpendidikan dan bekerjaya. Oleh itu, lebih mudah bagi mereka untuk memilih pasangan hidup masing masing.

5.3 GOTONG ROYONG DAN REWANG

Dalam adat Melayu lama, tradisi gotong royong dan rewang menjadi satu tradisi wajib sebelum berlangsungnya sesebuah majlis perkahwinan. Amalan ini biasanya dilakukan oleh golongan masyarakat setempat dan juga ahli keluarga terdekat. Namun kini, pengkaji mendapati bahawa amalan ini semakin jarang diamalkan disebabkan faktor - faktor tertentu iaitu :

5.3.1 Masa dan tenaga

Seperti yang kita ketahui, masyarakat kini secara subjektifnya merupakan golongan yang terdiri daripada professional dan berkerjaya. Kebanyakan mereka menyerahkan persiapan majlis perkahwinan sepenuhnya kepada pihak tertentu seperti penyediaan makanan dan kelengkapan perkahwinan. Ini disebabkan oleh faktor kekanggan masa dan memerlukan tenaga kerja yang banyak untuk mengelolakannya.

5.3.2 Pengaruh dari budaya luar

Masyarakat kini terlalu obses dengan perkahwinan cara barat seperti mengadakan majlis perkahwinan secara besar besaran di hotel dan juga

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

11

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

dewan terkemuka. Mereka percaya bahawa dengan cara ini mereka dapat menjimatkan masa dan tenaga kerja untuk menjayakan majlis perkahwinan itu.

6.0 HASIL KAJIAN LAPANGAN

Hasil soal selidik yang telah dilakukan oleh pengkaji kepada 10 orang responden. Responden berpendapat bahawa, masyarakat Melayu sekarang semakin melupakan tradisi perkahwinan Melayu lama dan lebih cenderung mengamalkan perkahwinan secara moden dan berlebih lebihan. Responden berpendapat, perkahwinan secara moden sangat mudah dan hanya perlu mengeluarkan wang yang mencukupi untuk memastikan majlis perkahwinan dapat berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun ada juga responden berpendapat bahawa amalan tradisi masyarakat Melayu harus diteruskan kerana ia merupakan identiti masyarakat Melayu yang harus dipertahan dan diperlihara keunikkannya. Ia juga bertujuan untuk memastikan generasi akan datang dapat merasai kemeriahan dan mengetahui akan adat adat perkahwinan masyarakat Melayu zaman dahulu. Menurut responden antara amalan perkahwinan Melayu yang semakin dilupakan ialah merisik, berpantun, mandi bunga, menabur beras kunyit, menjamu tetamu secara berhidang, menepung tawar pengantin dan juga aktiviti gotong royong. Responden berpendapat faktor faktor yang menyebabkan tradisi ini semakin dipinggirkan ialah masyarakat Melayu kini mengamalkan cara hidup yang lebih moden dan mereka tidak mampu menyediakan tenaga dan masa yang lama untuk menguruskannya sendiri. Responden juga berpendapat bahawa perkahwinan cara ini sudah ketinggalan zaman. Secara keseluruhannya, responden lebih cenderung untuk memilih perkahwinan cara moden berbanding perkahwinan secara tradisional.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

12

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Menurut hasil kajian penyelidik yang memperoleh maklumat daripada responden mengenai adat berpantun dalam perkahwinan masyarakat Melayu pula, responden berpendapat bahawa amalan ini semakin dilupakan kerana kurangnya pendedahan mengenai adat berpantun dan cara-cara menghasilkan pantun spontan yang tinggi nilai estetika budayanya. Hal ini berikutan kerana masyarakat kini lebih terpengaruh dengan hiburan berbentuk moden dan mereka menganggap adat berpantun merupakan hiburan klasik lama yang sukar lagi untuk dipraktikkan dalam sesuatu majlis perkahwinan. Responden juga berpendapat bahawa adat berpantun ini menyusahkan dan melambatkan masa bagi sesuatu majlis perkahwinan. Dalam hal yang sama juga, responden juga berpendapat adat berpantun ini sudah tidak lagi diturunkan kepada generasi muda. Dengan ini pengkaji merumuskan bahawa adat berpantun sudah semakin mengalami kepupusan dalam sesebuah majlis perkahwinan. Dalam menyentuh soal relevannya tradisi Melayu dipraktikkan dalam perkahwinan masyarakat melayu kini, kebanyakkan respondan berpendapat bahawa tradisi ini tidak lagi relevan untuk dipraktikkan kerana masyakat kini sudah semakin maju dan pemikiran mereka juga seiring dengan kemodenan hidup pada masa kini. Hanya segelintir sahaja respondan yang berpendapat bahawa adat- adat dalam tradisi Melayu ini harus dikekalkan dan ianya masih releven kerana respondan percaya akan pepatah yang berbunyi Biar mati anak, Jangan mati adat. Dalam memperkatakan soal adat merasi dalam perkahwinan masyarakat Melayu, lebih dari separuh respondan tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan adat merasi. Pengkaji mendapati bahawa adat merasi ini tidak lagi diamalkan dalam perkahwinan melayu pada masa kini. Tetapi wujud segelintir respondan yang mengatakan bahawa adat merasi merupakan satu amalan khurafat yang bersifat menilik jodoh seseorang dengan pasangan yang hendak dikahwininya. Pandangan kedua terakhir yang diperolehi oleh pengkaji daripada respondan mengenai keistimewaan perkahwinan masyarakat Melayu dahulu berbanding masyarakat sekarang ialah perkahwinan masyarakat Melayu dahulu lebih meriah dan tradisional dengan adat gotong royong sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan. Respondan juga berpendapat bahawa gotong-royong sebelum majlis perkahwinan masyarakat Melayu kini

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

13

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

merupakan gotong-royong yang bersifat berbayar atau lebih lagi dikenali sebagai kontrak. Pada masa yang sama, ada juga respondan yang berpendapat bahawa perkahwinan masyarakat dahulu lebih istimewa kerana ianya mempunyai turutan amalan yang menarik dan ia juga melibatkan keseluruhan ahli keluarga yang jauh mahupun yang dekat. Respondan juga berpendapat bahawa perkawinan masyarakat melayu dahulu lebih istimewa kerana ianya dapat mengeratkan hubungan silatulrahim, dan ianya bersifat lebih sopan dan dengan ini lebih menunjukkan identiti masyarakat Melayu yang tersendiri. Tinjauan yang dibuat ke atas respondan mengenai negeri yang masih mengekalkan adat perkahwinan masyarakat melayu ialah merupakan Negeri Sembilan. Penyelidik mendapati rata-rata respondan menyatakan adat perkahwinan yang diamalkan di negeri tersebut adalah merupakan adat perpatih. Oleh kerana Negeri Sembilan kaya dengan adat perpatihnya, jadi tidak hairanlah jika adat perpatih masih lagi diamalkan dalam perkahwinan masyarakat Melayu di negeri tersebut.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

14

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Meng am apa alantradisi perkahwinandalam m asyarakatm elayuharus diteruskan?

10%

30% 60%

Mengekalkan identiti m asyarakat Melayu Mengenali asal usul budaya kita Dapat diwarisi oleh generasi akan datang

Rajah 1

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

15

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Padapeng atananda, m arakat m u am asy elay lebihcenderunguntuk m adakan eng perkahwinan secaratradisional atau m oden?
Tradisional Moden Cam puran

10%

20%

70%

R ajah2

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

16

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

17

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Apakahy anganda fahamtentangadat m erasi?


Tidak Pernah Dengar Pernah Dengar

40%

60%

Rajah 3

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

18

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

7.0 CADANGAN

Berdasarkan analisa data yang telah disediakan oleh penyelidik, dapatlah dirumuskan bahawa setiap sesuatu adat itu memiliki sebab musabab yang tersendiri untuk diamalkan atau tidak lagi perlu diamalkan. Sebahagian daripada pihak respondan mengatakan bahawa kebanyakan adat yang ada pada masa kini tidak lagi wajar untuk dipraktikkan kerana ianya memakan lebih masa dan tenaga untuk memastikan segalanya berjalan lancar. Hal ini berlainan pula dengan cara masyarakat Melayu mengadakan majlis perkahwinan kini, seiring dengan pembangunan arus teknologi yang semakin pesat, masyarakat hari ini pasti memilih untuk mengurangkan kadar penggunaan tenaga, masa dan wang sehingga ke nilai paling maksimum. Terdapat sebahagian lagi respondan berpendapat, adat dan tradisi yang diamalkan di kalangan masyarakat Melayu tidak melambangkan identiti masyarakat Melayu itu sendiri dalam konteks yang sebenar-benarnya. Ini jelas jika dilihat pada amalan dalam perkahwinan masyarakat Melayu sebagai contohnya persandingan iaitu pada hakikatnya merupakan adaptasi daripada amalan masyarakat India. Sebilangan kecil pula menyuarakan pendapat bahawa ada adat yang tidak praktikal langsung untuk di amalkan lagi. Antaranya amalan atau budaya membayar tol sebelum menaiki pelamin. Amalan ini dikatakan hanya menyusahkan pihak pengantin lelaki yang kebarangkaliannya berasal daripada keluarga yang sederhana. Selain itu, amalan ini juga mampu menjadi punca pada terbatalnya sesuatu perjanjian yang telah diadakan. Sesetengah daripada pihak respondan juga mengatakan, amalan ini jika terus di amalkan seolah-olah menunjukkan perbezaan status yang boleh mengaibkan pihak pengantin yang perlu membayar tol tersebut. Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan bahawa bersederhanalah dalam melakukan sesuatu sebagaiman yang dituntut dalam agama Islam yang sudah tentunya dapat mengelakkan daripada mengadakan upacara yang mungkin boleh mendatangkan khurafat.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

19

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

8.0 KESIMPULAN

Hasil kajian yang dilakukan oleh pengkaji, pengkaji mendapati bahawa terdapat tradisi perkahwinan melayu yang semakin dilupakan. Pengkaji juga berpendapat bangsa yang bertamadun boleh dikenali melalui budaya dan adat istiadat yang diamalkan. Sekiranya adat perkahwinan ini terus dilupakan maka tamadun sesebuah negara turut terjejas. Seperti yang kita ketahui, adat istiadat merupakan tingkah laku sosial, cara berfikiran, dan cara bertindak sesebuah masyarakat yang terbentuk setelah dilakukan berulang kali dengan tokok tambah menurut keperluan dan cara berfikir masyarakat tersebut. Berdasarkan hasil kajian pengkaji, adat adat perkahwinan masyarakat Melayu yang semakin dilupakan ialah adat merasi, berandam, mengasah gigi, membaca jampi mentera, dan juga menepung tawar. Amalan ini tidak diamalkan lagi disebabkan oleh percanggahan pendapat dan ideologi dari segi hukum syarak dan agama. Pengkaji juga turut membuat kesimpulan bahawa remaja pada alaf baru ini tidak lagi mengetahui mengenai adat perkahwinan Melayu dan mereka beranggapan semua adat ini sudah ketinggalan zaman dan tidak releven lagi untuk dipraktikkan. Hasil dari kajian juga mendapati bahawa kebanyakkan responden lebih cenderung mengadakan majlis secara moden kerana mereka berpendapat bahawa cara itu lebih mudah dan tidak memerlukan tenaga kerja yang banyak. Perkahwinan menurut Islam begitu mudah. Syarat-syarat sah dan segala rukun nikah yang perlu dipatuhi tertulis jelas. Adat merasi, berarak, bersanding, berinai, makan suap dan adat menepung tawar hanya merupakan adat istiadat tambahan hasil daripada pengaruh kebudayaan animisme dan Hindu-Buddha. Adat ini dikatakan bukan berasal daripada ajaran Islam kerana keperluan Islam terhadap syarat-sayart dan rukun nikah itu tidak menyebut tentang keperluan adat istiadat tersebut. Namun demikian, pemisahan

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

20

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

antara unsur kebudayaan tadi saling memperkuat antara satu sama lain. Adat merasi misalnya, merupakan salah satu daripada cabang menilik. Amalan ini memang telah sedia wujud sebelum kedatangan pengaruh Hindu-Buddha. Adat tersebut sebenarnya telah wujud sejak zaman jahiliyah lagi. Banyak hadis yang mencela tentang perbuatan menilik yang dilakukan oleh ahli nujum dan tukang-tukang ramal, biarpun ada antara tilikan itu, secara kebetulan ada yang betul. Adat ini tetap wujud di kalangan mereka yang menganut agama Hindu-Buddha walaupun caranya agak berbeza, matlamatnya tatap sama iaitu untuk menilik nasib atau merasi. Keadaan ini menjadi lebih keliru dengan adanya unsur-unsur Islam dalam adat tersebut, iaitu penggunaan huruf-huruf abjad Arab atau Jawi. Ini merupakan bahawa pengaruh-pengaruh seumpama itu boleh diubahsuai menurut pelakunya. Walau bagaimanapun, pengkaji beranggapan tradisi perkahwinan Melayu harus dipelihara dan diamalkan selagi ia tidak melanggar hukum syarak dan menyalahi hukum Allah s.w.t. Ini bertujuan supaya generasi akan datang tidak akan lupa kepada adat dan asal usul bangsa melayu yang menjadi peneraju kepada tamadun-tamadun yang lain di negara kita.

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

21

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

9.0 RUJUKAN:

Buku - 1989. Amran Kasimin. Adat Perkahwinan Melayu. Dewan Bahasa Dan Pustaka 2002.

Buku - 1994. Denyse Tessensohan. Adab Sopan Moden : Panduan lengkap tentang adat resam, etiket dan adab sopan. Times Book Intenational 1992.

Buku 2001. Drs. A. Munir, Drs. Sudarsono, S.H.M.Si. Dasar dasar Agama Islam. PT Rineka Cipta 2001

http://xinniralubayna.blogspot.com/2009/06/bersanding-dalam-amalantradisi.html

http://www.pengantin.com.my/ http://malaysiana.pnm.my/01/01010205mel_berinai.htm

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

22

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkahwinan#Tradisi_lapuk

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

23

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

LAMPIRAN

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

24

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

BORANG KAJI SELIDIK


Umur Jantina Kursus SOALAN
1. Apakah pandangan anda tentang adat perkahwinan masyarakat melayu sekarang? . .. 2. Mengapa amalan tradisi perkahwinan dalam masyarakat melayu harus diteruskan? .. .. 3. Apakah contoh amalan perkahwinan melayu yang semakin dilupakan? .. .. 4. Apakah faktor yang menyebabkan tradisi ini semakin dipinggirkan? .. .. 5. Pada pengamatan anda, masyarakat melayu lebih cenderung untuk mengadakan perkahwinan secara tradisional atau moden? 6. Mengapakah adat berpantun semakin dilupakan?
7. Sejauh manakah relevannya tradisi melayu dipraktikkan dalam masyarakat melayu

: ______________ : ______________ : ____________________________________

kini?

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

25

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

8. Apakah yang anda faham tentang adat merasi?

9. Apakah keistimewaan perkahwinan melayu masyarakat dahulu berbanding masyarakat zaman sekarang?

10. Pada pandangan anda, negeri manakah yang masih mengamalkan adat perkahwinan lama dan nyatakan adat tersebut?

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

26

Pandangan Masyarakat terhadap Amalan dan Tradisi Perkahwinan dalam Masyarakat Melayu

Kursus Kenegaraan (ULP 1023)

27

You might also like