You are on page 1of 110

Pili terletak di hujung batang paip dan berfungsi mengawal pengaliran air keluar Pili diperbuat daripada bahan

n seperti PVC dan loyang. Loyang ialah campuran logam kuprum dan zink. Pili boleh didapati dalam pelbagai reka bentuk di pasaran. Cara mengawal aliran air keluar juga berbeza seperti putar, tekan, tolak, atau secara automatik.

Samb.

Pili disadur dengan kromium untuk lebih menarik atau diperbuat daripada PVC. Saiz pili ditentukan oleh diameter alur masuknya.

PILI BEBIBIR

PILI BERTIANG

PILI BEBIBIR

KERATAN RENTAS

PILI BEBIBIR
Pili bebibir dipasangkan pada singki dapur, tab mandi, atau disambung ke mesin pembasuh. Jenis pemulas yang digunakan ialah jenis melintang. kepala pili bebibir dibuat daripada loyang bersadur kromium. pili bebibir mempunyai alur masuk secara mendatar atau melintang. saiz pili ini ditentukan oleh diameter alur masuk. saiz yang biasa digunakan ialah yang berdiameter 13mm hingga 20mm.

PILI BERTIANG

KERATAN RENTAS

PILI BERTIANG Kepala pili jenis bertiang dipasang pada besen cuci tangan, tab mandi, serta singki dapur. Jens pemulas yang digunakan ialah pemulas berpalang atau kapstan. Kepala pili jenis bertiang dibuat daripada loyang bersandar kromium. Air masuk ke kepala pili bertiang secara menegak. Saiz pili ini ditentukan oleh diameter alur masuk. Saiz yang biasa digunakan ialah 13mm hingga 20m.

PENYELENGARAAN
1. Menggantikan pelompat dan sesendal Pelompat dan sesendal perlu digantikan baru apabila air di dapati menitik berterusan walaupun pili telah ditutup 2. Menukar kepala pili Kepala pili perlu digantikan apabila pili tidak dapat dikunci dengan ketat air terus keluar daripada bahagian nat pili dan hujung bibir

1. Kerosakan yang biasa berlaku pada pili ialah kebocoran. 2. Kebocoran ini berpunca oleh sesendal pada pelompat yang telah haus. 3. Sesendal dan pelompat hendaklah ditukar untuk mengelakkan kebocoran tadi.

KEROSAKAN PADA PELOMPAT DAN SESENDAL


Sesendal dibuat daripada getah. Sesendal digunakan untuk menutup lubang pada kepala pili supaya air tidak menitis selepas ditutup. Pelompat pula dibuat daripada plastik atau loyang. Pelompat digunakan untuk menolak atau menaikkan sesendal apabila gandar diputarkan. Kerosakan yang disebabkan oleh sesendal atau pelompat dapat mengakibatkan kebocoran pada pili. Membaik pulih pili yang bocor dapat dilakukan dengan menggantikan sesendal pada pelompat dengan sesendal yang baru.

BAIK PULIH KEROSAKAN PILI

1.
2.

Membaik pulih kebocoran pili berbibir


Membaik pulih kebocoran pili bertiang

MEMBAIK PULIH KEBOCORAN PILI BERBIBIR

Bahan dan alat yang diperlukan : Sesendal Sepana boleh iaras Pemutar skru rata Sepana hujung terbuka Playar muncung 'tirus'

LANGKAH KERJA

Sebelum memulakan kerja, pastikan punca bekalan air ditutup. Buka nat kepala pili dengan menggunakan sepana boleh laras. Keluarkan pelompat daripada kepala pili. Tanggalkan sesendal dan gantikan dengan sesendal yang baru.

LANGKAH MENUKAR SESENDAL PILI BERBIBIR

MEMBAIK PULIH KEBOCORAN PILI BERTIANG

Bahan dan alat yang diperlukan : Sesendal Sepana boleh iaras Pemutar skru rata Sepana hujung terbuka Playar muncung 'tirus'

MEMBAIK PULIH KEBOCORAN PILI BERTIANG


LANGKAH KERJA Sebelum memulakan kerja, pastikan punca bekalan air ditutup. Tanggalkan pelitup dan skru pemulas dengan menggunakan pemutar skru rata. Buka nat pili. Keluarkan pelompat daripada nat pili. Tukarkan sesendal lama dan gantikan dengan sesendal yang baru. Kemudian pasang semula.

LANGKAH MENUKAR SESENDAL PILI BERTIANG

PILI PAIP BERVALGANI

JENIS PILI PAIP

PILI BOMBA
Pili bomba adalah merupakan sumber utama pasukan bomba untuk mendapatkan bekalan air bagi melawan dan memadam kebakaran. Jenis-jenis Pili Bomba:

Pili Bawah Tanah

Pili Tiang

PILI BOMBA Pili-pili bomba berjenis tiang dengan muncung berkembar bersaiz 63.5 mm (2.5 inci) hendaklah dipasang dengan jarak di antara dua pili tidak kurang daripada 100 meter, manakala retikulasi air hendaklah direkabentuk untuk mengeluarkan 250 gelen air seminit di pili bomba.
-

- Bilangan dan lokasi pili-pili bomba hendaklah mematuhi kehendak Jabatan Perkhidmatan Bomba peringkat negeri atau daerah yang berkaitan.

Tangki simbah adalah sejenis kelengkapan yang terdapat di tandas. Fungsi tangki simbah ~ digunakan untuk menyimpan air pada paras tertentu dan kemudian menyimbahnya melalui paip simbah pada tekanan tertentu untuk membersihkan mangkuk tandas. Muatan yang biasa ialah 9 liter. Biasanya tangki simbah sekarang diperbuat daripada plastik ( PVC ) Ada 3 jenis mangkuk tandas yang biasa digunakan.

JENIS TANGKI SIMBAH


1.TANGKI SIMBAH ARAS TINGGI

Tangki ini digunakan pada tandas jenis cangkung. Tangki ini terletak 2 meter dari aras lantai pada mangkuk tandas Kebiasaannya tangki ini diperbuat daripada PVC.

2.TANGKI SIMBAH ARAS

RENDAH

- Biasanya tangki simbah jenis ini dibekalkan bersama set mangkuk tandas jenis duduk. - Set tandas ini agak menarik kerana dibuat dalam warna yang sama dan terdapat pelbagai pilihan warna yang menarik. - Dipasang 1 meter dari lantai . - Tangki simbah jenis ini biasanya diperbuat daripada tembikar atau PVC.

3. TANGKI SIMBAH AUTOMATIK


Tangki simbah jenis ini digunakan pada bekas urinal yang biasa terdapat pada tandas awam lelaki.

Tangki ini menyimbah air ke bekas urinal secara automatik mengikut masa tertentu.

Gambarajah Tangki Simbah

GUNALAH TANDAS DENGAN BIJAK

Fungsi tangki simbah


a) Melepaskan air apabila tuas simbahan ditarik. b) Mengisi semula air. c) Menahan kemasukan air apabila tangki dipenuhi.

Lengan Pelampung

Tiub Sifon

FUNGSI KOMPONEN TANGKI SIMBAH


1. Alur masuk dan keluar. ~Tangki simbah dipasang dengan paip alur masuk dan paip alur keluar.Alur masuk mengalirkan air untuk menyimbahkannya ke dalam mangkuk tandas. Paip alur keluar juga dinamakan paip simbah. 2. Pelampung dan lengan pelampung ~Apabila paras air dalam tangki turun, pelampung dan lengannya pun akan turun dan membukakan injap bebola untuk membenarkan air masuk dan mengisi kembali tangki.

3. Injap bebola ~Injap bebola mengawal aliran air ke tangki sinbah. Apabila aras air dalam tangki bertambah, pelampung mengerakkan lengan pelampung ke atas untuk menolak omboh dalam injap bebola dan menutup muncung alur masuk serta menghentikan aliran air ke dalam tangki. 4. Injap gegendang dan tiub sifon. ~Apabila tuas simbahan ditarik, ia akan menaikkan plat tertebuk dan injap gegendang yang terletak di bawah tiub sifon. Plat dan injap ini akan menolak air masuk ke tiub sifon dan mengalirkannya keluar melalui paip simbah. 5. Paip limpah ~Apabila pelarasan injap bebola tidak betul, paras air dalam tangki akan naik. Lebihan air ini akan disalurkan keluar melalui paip limpah.

Proses Simbahan
1. Selepas menggunakan tandas, tarik tuil simbah. Plat tertebuk dan injap gegendang akan dinarik naik .

2. Sebaik sahaja plat tertebuk dan injap gegendang naik, air akan mengalir masuk melalui lubang-lubang pada plat tertebuk ke ruang kosong tiub sifon.

3. Sebaik sahaja aras air di tangki menurun,pelampung juga akan turut menurun dan menyebabkan injap bebola terbuka semula dan air akan mengalir masuk semula ke tangki simbah secara automatik.

MENGAPA AIR MELIMPAH


Ada 2 sebab: Pelampung bocor Pelampung yang sudah bocor tidak boleh terapung lagi. Oleh itu, injap bebola tidak baleh ditutup. Pelarasan injap bebola tidak betul Pelarasan pada injap bebola adakalanya tidak betul. Ini menyebabkan air di tangki melebihi aras paip limpah dan melimpah keluar. Pelarasan yang tidak betul juga menyebabkan aras air terlalu rendah. lni menyebabkan kekurangan air untuk menyimbah mangkuk tandas. Masalah tersebut dapat diatasi dengan melakukan langkah menyenggara dan baik pulih.

MENGGANTI PELAMPUNG DAN MELARASKAN INJAP BEBOLA


LANGKAH 1. Tutup paip alur masuk. 2. Keluarkan air dari tangki dengan menekan tuil simbahan. 3. Tanggalkan pelampung dari lengannya dengan memutarkan ke arah lawan pusingan jam. Lihat Rajah di bawah. 4. Gantikan pelampung dengan yang baru. 5. Uji pelampung yang baru dengan memasukkan air ke tangki simbah.

MENGGANTI PELAMPUNG DAN MELARASKAN INJAP BEBOLA


6. Perhatikan aras air dalam tangki. Sekiranya aras air dalam tangki melebihi aras lubang paip limpah, laraskan skru pelaras sehingga jarak di antara hujung skru pelaras berdekatan dengan hujung pin omboh injap bebola. Lihat rajah di bawah. Sekiranya aras air terlalu rendah, jauhkan jarak di antara hujung skru pelaras dengan hujung pin omboh. 7. Setelah selesai melaras, kunci pelaras injap bebola dengan mengetatkan nat pengunci. (Gunakan pemutar skru rata untuk melaraskan skru pelaras).

Bahagian-bahagian injap pelampung

MENGGANTI INJAP GEGENDANG


1. 2. 3. 4. 5. 6. Tutup paip alur masuk. Keluarkan air dari tangki dengan menggunakan tiub plastik. Tanggalkan dawai penghubung dari tiang plat tertebuk. Tanggalkan tiub sifon dari tangki simbah. Keluarkan plat tertebuk bersama injap gegendang dari tiub sifon. Tanggalkan pengapit injap gegendang dan spring (jika ada) dari tiang plat tertebuk. 7. Keluarkan injap gegendang dan gantikan dengan yang baru. 8. Pasangkan semula injap gegendang dan letakkan pengapitnya. 9. Masukkan pepasangan injap gegendang ke dalam tiub sifon. 10. Sambungkan hujung tiang plat tertebuk kepada tuil simbahan dengan dawai penghubung. 11. Uji injap gegendang.

MENGGANTI INJAP GEGENDANG

Bahagian bahagian tiub sifon

Cara cara membuat injap gegendang

Pemasangan tangki simbah

1.

Pasangkan tiub sifon pada tangki simbah dengan menggunakan nat heksagon.

2.

Pastikan injab gegendang berada di bawah tuas simbah dan Pasangkan tuas simbah dengan nat heksagon kecil.

3.

masukkan gelang pada hujung tuas simbah dan seterusnya pasangkan pin supaya tuas simbah tidak tertanggal dari tangki simbah.

4.

Pasangkan dawai penghubung yang berbentuk cangkuk dari tiang plat tertebuk dengan lengan tuas simbah.

5.

Pasangkan lengan tuas simbah kepada tuas simbah dan mengetatkan skru pada tepinya supaya tidak tertanggal.

6.

pasangkan alur paip limpah pada tepi tamgki simbah bersebelahan tuas simbah dengan nat heksagon.

7.

Menentukan kedudukan dan pasangkan bebola pada lengan injab bebola dengan arah yang bersesuaian.

8.

alur masuk air hendaklah dipasang sebelah injab gegendang dengan nat heksagon.

9.

Paip simbahan dipasang gegelang dan dimasukkan ke dalam tiub sifon seterusnya nat diketatkan.

10. pada sebelah bawah paip simbahan juga dipasang gegelang dan disambungkan kepada mangkuk tandas.

1. MENGEMAS LANTAI DAN PAIP KUMBAH

Masukkan kain buruk ke dalam paip kumbah untuk menghalang gas kumbah dan menghalang perkakasan daripada roboh.
Periksa lubang dalam lantai cukup besar untuk tampung bebibir penyambung saluran asas (closet flange) sehingga kolarnya. Jika lubang perlu dibesarkan lagi, lukis pada selingkung bebibir asas dengan sebatang pensil, kemudian potong lantai lebihan dengan pemotong. Jangan memotong apa-apa gelegar/alang.
Masukkan dan setarakan paip kumbah ke dalam penyambung saluran. Letakkan bebibir di atas saluran paip kumbah, kemudian ukur jurang antara dasar bibir kolar dan lantai penamat. Buang paip kumbah berlebihan dengan menggunakan sebilah gergaji tangan. Dry-Fit bebibir penyambung saluran tersebut, memastikan bibir saluran terletak atas lantai.

2. MEMASANG PAIP KUMBAH DAN


BEBIBIR SALURAN ASAS Kesat pencetus PVC pada bahagian dalam penyambung saluran dan di luar hujung paip kumbah. Letakkan simen PVC di atas permukaan yang sama dan pusingkan paip kumbah dengan segera ke dalam saluran penyambung bengkok tadi.

Putarkan kolar tadi sehingga slotnya terletak betul-betul di kanan dan kiri lubang tersebut. Untuk lebih selamat, gunakan skru kalis karat yang panjangnya dapat mencengkam lantai.

Tips: Apabila melekatkan kolar tetap bebibir PVC, setkan bolt dahulu sebelum set simen.

3. MEMATERI INJAP PENAHAN


Tutup injap bekalan air untuk bilik mandi. Letakkan sebuah baldi di bawah injap bekalan, kemudian putuskan bekalan air dengan satu tiub pemotong. Kemudian biarkan kira-kira 1 inci paip melekat pada injap penahan dan perisai berlambang(escutcheon). Biarkan paip ke longkang Alihkan pemegang dan batang injap. (Panas haba dari kerja-kerja memateri boleh merosakkan batang pembasuh plastik) Keringkan paip luar dan dalam dengan sehelai kain buruk.. Cuci bahagian dalam dan di luar paip dan saluran injap dengan menggunakan pencuci berus dawai paip. Kemudian sapukan flux di kedua-duanya. Selitkan perisai berlambang diatas saluran bekalan, diikuti dengan memberhentikan injapnya. Saluran keluar injap diletakkan ke atas. Panaskan bekalan haba dan hentikan sambungan injap dengan mengunakan lampu Propana. Apabila sambungan cukup panas untuk mencairkan pateri, tutup api dan lalukan pateri tersebut di sekitar sambungan tersebut. Apabila pateri tersebut kelihatan di atas sambungan tersebut, maka sambungan tersebut telah bercantum.

4. MENYEDIAKAN MANGKUK TANDAS


Masukkan bolt loyang panjang, diketatkan sehingga habis ke dalam slot kolar bebibir(flange). Selitkan pembersih loyang di setiap bahagian. Tekan wax ring secara perlahan-lahan secara rata kebawah melalui bebibir tersebut. Angkat mangkuk tandas ke atas bebibir, selaraskan lubanglubang di bawahnya dan rendahkan bahagian dasarnya ke dalam cincin(ring). Tanpa memusing atau menghentak, tekan mangkuk ke bawah wax ring sehingga mangkuk tersebut terletak di dasar lantai. Jika lantai tidak sama letakkan kepipis mangkuk dengan permebersih keluli tahan karat. Selitkan pencuci Nylon di atas setiap selak. Kemudian ketatkan nat dengan tangan. Ketatkan lagi nat dengan menggunakan sepanar giliran setiap satu masa, bersilih ganti dua. Berhenti apabila berjumpa perengkuh yang bertentangan. Terlebih ketat akan meretakkan mangkuk. Dengan sebilah gergaji besi, trim palang-palang selak pada atas nat tadi. Tutup selak plasik di atasnya. ***Memulakan langkah ini adalah menggantikan sebuah tandas yang ada atau kesalahan melilin

5 . MEMASANG TANGKI
Pastikan diameter besar bagi getah tangki mangkuk pembasuh di luar tangki kuat untuk di duduki
Sesuaikan diameter kecil bagi getah pembersih tangki ke dalam lubang tangki kecil di dalam tangki tersebut. Kemudian masukkan bolt tangki. Perlahan-lahan rendahkan tangki ke belakang mangkuk tersebut dan sesuaikan dengan lubang bolt. Selitkan pembersih nylon di setiap bolt kemudian ketatkan nat. Pegang setiap kepala bolt dengan pemutar skru dan ketatkan nat dengan tangan. Pusing berselang seli dari nat ke nat yang lain bagi memastikan tahap tangki. Terlebih ketat akan meretakkan porselin. Hubungkan pemegang tangki kepada rangkaian penghubung (flapper chain)

6. MEMASANG SAMBUNGAN BEKALAN DAN TEMPAT DUDUK


Dengan menggunakan tiub penyambung, lengkungkan bekalan saluran bagi menyesuaikan diantara injap penahan keluar dan tangki. Kemudian pegang paip, kembangkan ia diantara dua tempat dan tandakan ia inci di bawah saluran keluar. Ia akan meninggalkan kesan garisan yang cukup untuk duduk di dalam saluran keluar Potong bekalan yang telah di tanda, menggunakan pemotong tiub

Selitkan nut plastik, nut mampatan dan gegelang mampatan (compression ring) ke dalam bekalan saluran. Tambahkan sedikit lapisan nipis teflon yang ditampal di luar injap bebenang. Kemudian letakkan garisan di tempat saluran keluar dan sepadankan gegelang mampatan (compression ring) Ketatkan nat plastik bekalan saluran di bawah tangki. Kemudian ketatkan nat mampatan (compression nut) dengan sepana.

8. KEMASAN TERAKHIR
Letakkan tempat duduk di atas mangkuk, kemudian sisipkan boltbolt plastik melalui tempat duduk belakang dan lubang tempat duduk. Ketatkan dengan tangan. Pasang saluran bekalan utama, buka injap penahan dan biarkan tangki di isi. Flush enam kali dan periksa jika ada kebocoran. Tandas anda siap untuk digunakan

SELAMAT MENCUBA!!!

SISTEM PAIP SANITARI

Sistem Paip Sanitari


Fungsi Sistem Paip Sanitari :
Mengalir dan mengeluarkan air kotor daripada bangunan.

Sistem Paip Sanitari

Tingkat atas
Besen basuh tangan

bilik air

Tingkat bawah
dapur

bilik air

Sistem Paip Sanitari


Tingkat atas
Besen basuh tangan Bilik air

Tingkat bawah
Sinki dapur

Bilik air

Sistem Paip Sanitari


Pemasangan tertakluk kepada syarat-syarat dalam Drainage, sanitation and sanitary plumbing by-law. Waste and vent fittings:
BS 4514 & BS 5255 1983 (uPVC soil and ventilating pipe, fittings and accessories)

Installation:
BS 5572: 1994 Code or Practice for Sanitary Pipework

Sistem Paip Sanitari


Single stack system
Stack (paip buangan) Wash basin

sink

bath

Water Closet

Sistem Paip Sanitari


Modified single stack system
Ventilation pipe (paip pengudaraan) Stack (paip buangan)

Wash basin
sink

bath

branch pipe Water Closet

Sistem Paip Sanitari


Ventilated system
Ventilation pipe (paip pengudaraan) Stack (paip buangan)

bath
Wash basin sink branch pipe Water Closet

Sistem Paip Sanitari


Ventilated stack system
Ventilation pipe (paip pengudaraan) Stack (paip buangan)

Wash basin
sink

bath

branch pipe Water Closet

Sistem Paip Sanitari


Kriteria rekabentuk sistem paip:
Bagi mengelak perubahan tekanan yang besar dalam paip:
Pengaliran paip buangan (stack) direkabentuk penuh (maxima) Pengaliran branch pipe direkabentuk penuh (maxima)

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Am):
Alat sanitari, paip, pepasangan atau komponen mestilah mematuhi keperluan yang berkenaan dan disahkan oleh SIRIM Rekabentuk, pemasangan & penyelenggaraan mestilah tidak merbahaya kepada struktur bangunan, sistem bekalan air dan peralatan lain

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Am):
Tidak mengancam keselamatan & kesihatan penghuni, (kebocoran, pelepasan bau & pencemaran bekalan air)
Rekabentuk sistem mestilah dapat mengelakkan daripada berlakunya limpahan air/banjir di dalam bangunan

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Am):
Elakkan memasang paip dan pepasangan di ruang makan, ruang duduk dsb. Paip dan pepasangan yang terpaksa melalui ruang duduk, kawasan awam, tandas, dsb. hendaklah disembunyikan (concealed) dalam saluran atau kekotak dan sebagainya. Elakkan paip uPVC terdedah kepada panas cahaya matahari kerana boleh menjejaskan kualiti.

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Setiap punca bekalan air harus ada saliran keluar

Saiz paip tidak boleh mengecil pada arah aliran


Sudut cerun (gradient) aliran minima mestilah 1%

Paip pengudaraan mesti dipasang untuk mengawal tekanan di dalam sistem


Air hujan dari atap tidak boleh disalirkan ke dalam paip sanitari

Panduan Pemasangan (Susunatur):


Sambungan tandas ke paip buangan mestilah menggunakan saiz 100mm minima Saiz paip buangan (stack) juga bergantung kepada saiz terbesar perangkap dan 100mm minima Perangkap hendaklah dipasang pada setiap alat sanitari untuk mengelakkan pelepasan bau ke dalam bangunan Kedalaman perangkap air mestilah tidak kurang daripada 50mm.

Sistem Paip Sanitari


Kedalaman Perangkap Air

Water seal H > 50mm

Bottle trap

Tubular trap (S atau P)

Water seal

WC trap
WC-water closet

Panduan Pemasangan (Susunatur):


Kehilangan perangkap air boleh terjadi apabila: Berlaku sejatan air; alat sanitari tidak digunakan dalam jangka masa yang panjang. Berlaku self-siphonage Contohnya air disejat keluar dari perangkap air sehingga kering akibat dari pengewapan, momentum atau utasan rambut yang akan menyedut air keluar dari perangkap air melalui tindakan kapilari, ini mengakibatkan bau busuk masuk ke dalam bilik air.

Panduan Pemasangan (Susunatur): Self siphonage dipengaruhi oleh:


Panjang, saiz dan cerun paip Bentuk alat sanitari Susun atur kerja paip, terutamanya liku Susun atur pengudaraan

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Pencegahan aliran lintang (crossflow) yang bertentangan dalam sambungan ke paip main stack
stack
Section A

Section

A > 200mm Section A

Plan

Zon tanpa penyambungan minima 200 mm. bagi stack 75mm 150mm garispusat

Plan

Penyambungan yang dibenarkan

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Paip buangan yang disambung ke paip longkang mestilah menggunakan:
Liku yang berjejari minima 200mm

Disambung dengan dua liku 450


450

Rc 450

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Sambungan terbawah
Bangunan 3 tingkat, L 450mm
Bangunan 5 tingkat, L 740mm Bangunan > 5 tingkat, L 1 tingkat
L

Bangunan > 20 tingkat, L 2 tingkat

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Bahagian atas paip buangan yang terbuka kepada atmosfera mesti ditutup dengan vent cowl yang tidak menyekat masuk/keluar udara Vent cowl dibuat dari bahan yang tahan cuaca
Ketinggian hendaklah tidak menyebabkan pelepasan bau yang boleh menjejaskan kesihatan dan keselesaan Paip pengudaraan boleh disambung semula kepada paip buangan

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Vent cowl

900mm

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Pemanjangan/pengecutan paip disebabkan oleh perubahan suhu mestilah diambil kira Expansion coupler mestilah dipasang untuk membenarkan pergerakkan tersebut berlaku

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Sebagai panduan am, expansion coupler mestilah dipasang seperti berikut:
Setiap 6 m bagi paip sejuk (20o 45o) Setiap 4 m bagi paip panas (> 45o) expansion joint tidak perlu bagi paip dibawah 2m panjang (sejuk) dan 1m (panas)

Dimana paip dipasang menerusi dinding atau lantai, sleeve mestilah dipasang pada kerja konkrit dan paip mesti melalui sleeve (cabang)

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Paip mestilah disokong untuk mengelakkan daripada melentur. Penyokong paip mestilah daripada bahan-bahan yang tidak boleh merosakkan paip. Pergerakan paip yang disebabkan oleh perubahan suhu, sokongan mestilah tidak menghalang pergelinciran antara permukaan paip dan penyokong. Paip mesti disokong pada setiap sambungan yang fleksibel.

Sistem Paip Sanitari


Panduan Pemasangan (Susunatur):
Jarak maksima antara penyokong bagi paip uPVC
Saiz paip mm garispusat 32 40 50 Tegak (m) 1.2 1.2 Lintang (m) 0.5 0.6

75 100
150

1.8
1.8

0.9
1.2

Sistem Paip Sanitari


Akses
Perlu dipasang untuk penyelenggaraan dan pembersihan. Atap
Akses yang mencukupi dan sesuai hendaklah dipasang. Untuk bangunan berbilang tingkat pada setiap tingkat atau tidak kurang dari satu setiap tiga tingkat
Sink Wash basin WC

Tingkat atas Kedudukan akses Bath Tingkat bawah

Sistem Paip Sanitari


Ujian Ujian air (water test) Ujian udara (air test) Ujian asap (smoke test)

Sistem Paip Sanitari

PL

TD

TD tandas duduk

PL perangkap lantai

Kedudukan pili cuci

Kedudukan pili cuci berdasarkan Garis Panduan Reka Bentuk Bilik Air (GPRBBA)

Sistem Paip Sanitari


PL BASAH Tempat sabun

Kedudukan pancur mandi KERING

Kedudukan pancur mandi berdasarkan Garis Panduan Reka Bentuk Bilik Air (GPRBBA)

KEJAYAAN KITA DI MASA HADAPAN DITENTUKAN OLEH TINDAKAN KITA MASA KINI, BUKAN KELEMAHAN ATAU KEKUATAN KITA DI MASA LAMPAU

flush when you're done

Sekian

You might also like