You are on page 1of 8

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM BULAN SABIT MERAH MALAYSIA (BSMM) SK KUNAK 1, KUNAK 2012

TEMPAT TARIKH HARI SASARAN

: : : :

SK KUNAK 1, KUNAK 27 28 APRIL 2012 JUMAAT DAN SABTU 30 ORANG AHLI BSMM

GURU TERLIBAT : 1) ENCIK SOHAIMI OMAR 2) ENCIK AHAD BAKILONG 3) ENCIK ASWEN JASNI 4) PUAN MOLLY @ NURUL ATIQAH SOUMIN 5) PUAN CATHERINE SAMPAK 6) PUAN RAMLAH TAHANG 7) PUAN CRISTINA JOHNNY 8) PUAN MERDUWATIE IBRAHIM

1.0

Pendahuluan

Perkhemahan ini adalah salah satu daripada program yang telah dirancang di dalam unit KoKurikulum SK Kunak 1 dan di dalam unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sendiri. Perkhemahan ini juga diadakan sebagai menyahut seruan Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahu melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Perkhemahan ini dirancang untuk diadakan pada 27 sehingga 28 April 2012 bertempat di kawasan sekolah SK Kunak 1, Kunak.

2.0

Matlamat

Melalui program perkhemahan ini, setiap perserta yang terlibat akan dapat menilai kelemahan dan kelebihan diri mereka. Program ini juga diharapkan dapat menanam rasa syukur di kalangan peserta selain menanamkan sikap menghargai masa dan juga alam sekitar. Semoga dengan pelaksanaan program ini, peserta akan dapat membentuk jatidiri yang utuh dan mampu untuk menyumbang secara aktif sebagai anggota masyarakat.

3.0

Objektif

Diharapkan perkhemahan ini dapat : 3.1 3.2 3.3 Memberi peluang kepada para peserta untuk merasai pengalaman berkhemah. Melatih para peserta teknik-teknik pertolongan cemas. Meningkatkan keberanian dan keyakinan para peserta untuk menghadapi cabaran hidup. 3.4 Melahirkan para peserta yang boleh melahirkan idea bernas sebagai ahli dalam satu kumpulan atau organisasi. 3.5 Melatih peserta cara-cara atau teknik perkhemahan yang betul merangkumi pemilihan kawasan pemasangan dan penjagaan khemah penyediaan bekalan makanan serta aspek keselamatan diri. 3.6 Membentuk murid yang tahu mensyukuri rahmat yang diberi dan menghargai masa. 3.7 Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

4.0

Cadangan 4.1 4.2 4.3 Tarikh yang dicadangkan adalah pada 27 hingga 28 April 2012. Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam. Tentatif program diberikan dalam lampiran 1.

5.0

Implikasi

Program ini melibatkan seramai 30 orang ahli BSMM dari tahun 3, 4 dan 5, SK Kunak 1. Guru yang terlibat pula adalah seramai 8 orang, iaitu guru-guru penasihat BSMM SK Kunak 1. Sumber kewangan adalah daripada unit Ko-Kurikulum dan juga sumber guru sendiri. Anggaran belanjawan diperincikan dalam item perbelanjaan.

6.0

Jawatankuasa Program Perkhemahan Unit BSMM 2012

Ahli Jawatankuasa Induk Penaung Penasihat 1 Penasihat 2 Penasihat 3 Penasihat 4 Pengerusi Timb. Pengerusi Penyelaras (Kem Komandan) Timb. Penyelaras (Tim. Kem Komandan) Setiausaha Timb. Setiausaha Bendahari Timb. Bendahari : Puan Sainum Salio (Guru Besar SK Kunak 1)

: Encik Mohd. Shukari Ismail (Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum) : Puan Hjh. Mumin Hj. Madia (Guru Penolong Kanan Kurikulum) : Encik Jaafar Ahmad (Guru Penolong Kanan HEM)

: Encik Mohd. Idrus Tampak (Guru Penolong Kanan Petang) : Encik Sohaimi Omar : Puan Merduwatie Ibrahim : Encik Ahad Bakilong : Encik Aswen Jasni : Puan Cristina Johnny : Puan Ramlah Tahang : Puan Molly @ Nurul Atiqah Soumin : Puan Catherine Sampak

Ahli Jawatankuasa Kerja Bil 1 Jawatankuasa Pendaftaran 2 Puan Catherine Sampak Puan Merduwatie Ibrahim Bidang Tugas 1. Mendaftarkan para peserta. 2. Memberikan taklimat ringkas tentang perkhemahan. 1. Membimbing upacara menaikkan bendera. 2. Membimbing nyanyian lagu PBSM dan ikrar PBSM. 3 Gajet dan Khemah 4 Encik Ahad Bakilong 1. Membimbing cara membuat gajet. 2. Membimbing pemasangan khemah. 1. Menyelia penyediaan makanan oleh para peserta perkhemahan. 2. Memastikan perkhemahan. 1. Membimbing para peserta dalam kawad kaki. 2. Menyelia para peserta semasa aktiviti kawad kaki. 1. Memberi ceramah tentang pertolongan cemas. 2. Menunjuk cara beberapa balutan asas. 3. Menyelia para peserta semasa aktiviti kebersihan kawasan dapur

Adat Istiadat Perkhemahan Encik Sohaimi Omar

Makanan Puan Ramlah Tahang Puan Catherine Sampak Puan Merduwatie Ibrahim

Kawad Kaki Puan Molly @ Nurul Atiqah Soumin

Pertolongan Cemas Puan Ramlah Tahang Puan Molly @ Nurul Atiqah Soumin

pertolongan cemas. 1. Menyediakan trek kembara. 2. Memastikan keselamatan trek kembara. 3. Memastikan keselamatan para peserta semasa aktiviti kembara.

Kembara Puan Cristina Johnny

Kebudayaan Encik Aswen Jasni

1. Membantu

para

peserta

mengembangkan

kreativiti dan semangat berkumpulan. 2. Menyelia para peserta semasa aktiviti kumpulan.

Disiplin Encik Sohaimi Omar Encik Ahad Bakilong Encik Aswen Jasni

1. Memastikan disiplin para peserta sepanjang program perkhemahan. 2. Memastikan keselamatan para peserta sepanjang program perkhemahan. 3. Memastikan para peserta mematuhi peraturan perkhemahan.

10

Kebersihan Puan Catherine Sampak Puan Ramlah Tahang

1. Memastikan kebersihan kawasan perkhemahan. 2. Memastikan kawasan sekitar dan keadaan di dalam khemah para peserta teratur dan kemas. 1. Menyediakan surat- menyurat, borang-borang dan kertas kerja. 2. Mengambil perkhemahan. 3. Membuat pelaporan bertulis. gambar sepanjang program

11

Dokumentasi dan Pelaporan Puan Cristina Johnny Encik Aswen Jasni

12

Kerohanian Encik Ahad Bakilong

1. Menyelia waktu solat. 2. Memberi tazkirah ringkas untuk meneguhkan peribadi dan kesedaran para peserta.

13

Peralatan dan Teknikal Encik Sohaimi Omar Encik Ahad Bakilong Encik Aswen Jasni

1. Menyediakan peralatan perkhemahan. 2. Mengawal selia alatan sepanjang program

perkhemahan.

14

Riadah Puan Molly@Nurul Atiqah Soumin

1. Membimbing acara senaman pagi bersama para peserta perkhemahan.

7.0

Perbelanjaan

Berikut merupakan cadangan perbelanjaan bagi program perkhemahan unit Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) peringkat sekolah pada tahun 2012. Bil 1 2 3 4 5 6 7 Perkara Sijil Hadiah Bakul sampah Air mineral Tong gas Belerang Tali Rafia Jumlah Besar 2 X RM5 Jumlah (RM) 30 X RM1.50 = RM45 6 X RM10 = RM60 RM5.60 5 X RM9.80 = RM49 RM28 RM5 = RM10 RM202.60

Disediakan Oleh, ................................................ (CRISTINA JOHNNY) Setiausaha Program Perkhemahan Unit BSMM 2012

Disemak Oleh, ................................................... (SOHAIMI OMAR) Pengerusi Program Perkhemahan Unit BSMM 2012

Disahkan Oleh, .................................................... (EN. MOHD. SHUKARI ISMAIL) Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, SK Kunak 1, Kunak

Diluluskan Oleh, .................................................. (PUAN SAINUM SALIO) Guru Besar, SK Kunak 1, Kunak

You might also like