You are on page 1of 12

<KOD KURSUS>

KRAFTANGAN MELAYU

Pengenalan Kursus semester Januari 2012 kali ini, kami diberi tugasan berkaitan kraftangan Melayu. Ini kerana, kursus kali ini bertajuk Kraf Tradisional yang membincangkan kepelbagaian kraf tradisional bertujuan untuk memahami jenis-jenis kraf yang terdapat di Malaysia. Kursus ini mencukupi 10 topik yang mengandugi pelbagai perspektif berkaitan kraf tradisional. Tugasan ini menghendaki kami untuk mengupas dan membincangkan dengan jelas seni kraf Melayu yang melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Di samping itu, tugasan ini akan memberi penekanan kepada proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi pengaruh makna kepada hasil seni yang berkonsepkan Islam. Kesenian wujud, berkembang dan diturunkan dalam atau melalui tradisi-tradisi sosial atau masyarakat. Kesenian adalah milik masyarakat, dilihat sebagai cara hidup yang bertalian dengan keindahan dari para ahli masyarakat. Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun-temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai.. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Seni kraftangan adalah hasil seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati serta teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Menurut Kamus Dewan Bahasa(2005) Edisi 4, perkataan kraf membawa maksud perusahaan(kerja,seni) yang memerlukan kemahiran terutamanya mengunakan tangan, manakala kraftangan pula membawa makna perusahaan(kerja, seni)) yang memerlukan daya cipta dan memahiran menggunakan tangan. Menurut Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979 Keluaran Kraftangan ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung sematamata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran

<KOD KURSUS>

batik: dan keluaran batik ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan,yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. Dengan lain perkataan, kraf adalah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha. Manakala kraf tradisional pula bermaksud satu aktiviti yang memerlukan kemahiran dalam menggunakan tangan yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi seperti membuat tembikar, batik, ukiran, anyaman, tekat, wau, gasing, perhiasan diri dan lain-lain lagi. Seni Melayu merupakan satu seni yang dihasilkan berlandaskan karya yang tidak bercanggah dengan Islam. Estetika seni atau kraf Melayu merupakan sesuatu penghasilan yang mementingkan pemilihan motif yang menyelitkan perkara yang terikat kepada lunaslunas etika Islam. Kraf Melayu yang bercorak Islam ini juga telah mengubah pemilihan penghasilan motif daripada kehidupan yang dipengaruhi agama semasa Hindu yang diamati sebelum ini kepada motif daripada tumbuh tumbuhan atau alam semulajadi yang tidak bercanggah dengan nilai Islam. Selain itu, unsur Islam ini juga telah menggalakkan susunan motof yang berbentuk geometrik yang menitikberatkan prinsip harmoni dan kesatuan garisan yang tidak bercanggah dengan Islam (OthmanMohd Yatim,1989 dan Abdullah Mohamae,1990). Seni kraf Melayu ini adalah melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Setelah ribuan tahun orang Melayu menghuni alam Melayu akhirnya mereka mula mengenali Islam dengan kedatangan Islam ke rantau ini. Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama Islam. Sejak itu, kepercayaan orang Melayu telah berubah. Mereka telah mengetahui dan menyedari tentang keesahan tuhan yang sebenar. Mereka menganggap alam ini sebagi suatu hiasan yang berfungsi untuk menyerikan kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat. Dari kesedaran ini lahirlah ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang rapat kaitannya dengan akhirat. Islam adalah agama yang nyata(waqie) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, 2

<KOD KURSUS>

didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat, sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya. Konsep kesenian menurut perpektif Islam adalah membimbing manusia ke arah konsep tauhid dan pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Seni dibentuk untuk melahirkan manusia yang benar-benar baik dan beradab. Motif seni bermatlamat dan tekankan kebaikan dan berakhlak. Selain itu, seni juga seharusnya lahir sebagai satu proses yang bersifat positif dan tidak lari dari batas-batas syariat. Kraf Melayu Menurut Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, kraftangan Melayu boleh dibahagikan kepada lima bidang iaitu aneka kraf, hasil rimba, hasil tanah, logam dan tekstil. Kerja-kerja kraftangan banyak sekali dipraktikkan dalam masyarakat Melayu dan diterima sebagai hasil asas penciptaan masyarakat. Seni kraftangan bukan sahaja hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang teratur sejak dari proses awal sehinggalah sesuatu hasil kraftangan itu tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik. Di antara kraf yang memerlukan penelitian adalah seni tembikar. Seni tembikar merupakan sejenis hasil kraftangan orang Melayu yang menggunakan tanah liat yang dibakar dan digilap. Rekabentuknya dicipta berdasarkan fungsi sesuatu barang itu seperti periuk nasi, bekas air, bekas menyimpan makanan seperti jeruk, pekasam dan lain-lain. Perusahaan membuat tembikar secara tradisional ini masih dilakukan oleh orang Melayu khususnya di Sayung ,Perak. Seni anyaman juga merupakan kraf yang penting dalam kesenian Melayu.Menurut Kamus Dewan Bahasa(2005) Edisi 4, perkataan anyaman membawa maksud hasil daripada 3

<KOD KURSUS>

menganyam iaitu barang yang dianyam. Menganyam adalah proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Beberapa jenis reka bentuk kraftangan dihasilkan melalui anyaman dicipta untuk alat keperluan harian contohnya menghasilkan topi, tudung saji, bakul dan menganyam tikar untuk mengalas tempat duduk. Di samping itu, tekatan juga dikenali dengan nama suji dan merupakan sejenis kraftangan yang popular dalam masyarakat Melayu. Tekatan menggunakan kain baldu sebagai kain dasar dan bentuk hiasannya menggambarkan rekabentuk bunga dan pohonpohon. Tekatan digunakan untuk membuat kasu, kipas, muka bantal dan balutaan tepak sirih. Hasil tekatan ini dibuat bagi tujuan upacara tertentu seperti dijadikan hiasan pada upacara perkahwinan, upacara berkhatan, pertabalan raja dan upacara-upacara kebesaran yang lain. Seterusnya, seni tenunan terbahagi kepada tiga jenis iaitu tenunan biasa, tenunan ikat celup dan songket. Tenunan songket merupakan tenunan yang paling lengkap dan cantik. Tenunan ini merupakan satu perkembangan daripada proses tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula dipercayai berkembang di istana raja-raja. Penciptaannya lebih rumit terutamanya dalam proses menyongket solek atau menyolek. Jenis kain tenunan ini dikenali juga dengan panggilan kain benang emas. Kraf yang paling popular adalah batik. Batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan melalui proses menerapkan lilin dan mencelup kain. Pada permulaannya kain putih yang hendak diproses menjadi kain batik itu direbus dan dikeringkan. Kemudian kain batik itu diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Selepas diterapkan kain itu akan diwarnakan dengan cara celupan yang berperingkatperingkat. Selanjutnya kain itu direbus dan dibasu sehingga bersih lalu dijemur hingga kering. Penggarapan Motif Pada dasarnya, motif merupakan rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Motif terdiri daripada motif flora, fauna, geometri dan organik. Corak tradisi mempunyai motifnya tersendiri dan mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisional. Contoh yang biasa kita lihat adalah corak bunga buluh, pucuk rebung, bunga kiambang dan sebagainya. 4

<KOD KURSUS>

Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalah dengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif serta diwarnakan dengan sempurna. Motif-motif yang digunakan biasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Di antara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan flora dan geometri. Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dan digunakan ialah pucuk rebung, bunga mangga, kenanga, cempaka, melur dan sebagainya. Bunga, pucuk, kudup, putik, daun dan ranting digunakan dan diolah serta diperbagaikan dalam corak yang pelbagai. Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianya lebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif goemetri yang popular ialah segi tiga pucuk rebung, segi empat, garis lurus, swastika, gandaan huruf S, bulatan dan sebagainya. Bagi motif hiasan labu sayong, labu dihias sewaktu permukaannya masih dalam keadaan lembut. Kebiasaannya motif yang diukir pada labu bermotifkan alam sekeliling atau motif geometri. Motif yang dihias pada labu tidak keterlaluan malah hiasan mudah seperti lengkungan(gelung puyuh), jaluran cengkung(gelugur) atau garis timbul(panai). Manakala bagi permukaan labu puala dihias dengan cara tekanan(hiasan tekap) atau turisan. Terdapat juga ragam hias yang dibuat dengan cara menakik(hiasan takik), mengkelar(hiasan kelar) atau mengguris(hiasan guris). Sementara itu, motif bagi songket dihasilkan di atas kain tenungan tangan. Terdapat lebih dari 100 motif tradisional yang ditenun di atas kain songket sarung. Penenun-penenun tradisional biasanya tinggal di kampung-kampung yang dikelilingi oleh bermacam-macam jenis pokok buah-buahan atau berdekatan dengan laut dan sering mengalami musim tengkujuh. Mereka sangat kreatif dan mempunyai daya imaginasi yang kuat dan pemerhatian yang tajam. Kebanyakkan motif songket datangnya dari nama pokok-pokok dan sesetengah motif songket datangnya daripada nama kuih Melayu dan dipercayai kuihkuih ini adalah kesukaan raja-raja seperti seri kaya dan tepung talam. Motif juga terdapat dalam ukiran dimana motif ragam hias yang terdapat dalam ukiran flora, seni khat, fauna, awan larat, koskos dan geometri. Bagi ukiran yang bermotifkan flora dari segi daun adalah seperti bayam kukur, bayam perasi, janggut keli, pucuk paku dan ringgit manakala ukiran yang bermotifkan flora dari segi bunga adalah cempaka, kemunting, lawang, ros, manggis dan lain-lain. Di samping itu, terdapat juga ukiran 5

<KOD KURSUS>

bermotifkan seni khat iaitu ayat-ayat Al Quran. Ukiran bermotifkan geometri adalah corak berupa corak geometri dan unsur lain yang disusun dalam rupa bentuk geometri. Hurufhuruf Arab dan jawi juga digunakan.

(c)

Dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu keputusan dalam pembuatan

kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaaan baru telah lahir dari hari ke sehari dari seorang pencipta kepada seorang pencipta yang lain. Ciptaan-ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga digunakan sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau motif dalam sesuatu penghasialn kraf. Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan sehingga bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi. Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias, membuktikan bahawa seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geometri.Subjek daripada flora yang paling banyak diilhamkan sebagai motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, disamping penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan rupa geometri. Dari aspek pembuatan kraf, apa yang dihasilkan oleh masyarakat peribumi merupakan warisan yang menampakkan susur galur daripada zaman batu lagi. Kraf tangan ini juga mengingatkan kita tentang jati diri rakyat Malaysia umumnya. Kraftangan masyarakat peribumi ini adalah dihasilkan berdasarkan alam persekitaran 6

<KOD KURSUS>

mereka yang berkait dengan alam Melayu. Sumber yang digunakan dalam proses pembuatan juga adalah yang mudah didapati di sekeliling mereka. Namun yang menariknya bagaimana masyarakat ini menggunakan pemikiran kreatif mereka dalam mengolah dan mengubah barangan dan objek yang memperlihatkan aspek budaya, estetik dan fungsi kraf tradisional Melayu mempunyai nilai estetik yang tinggi. Antara objek atau produk yang amat kaya dengan nilai dari aspek budaya estetik dan fungsi ialah yang melibatkan kelengkapan domestik, tempat kediaman, alat muzik, alat permainan , alat perburuan dan kenderaan. Kraf bukan sekadar estetik dan kreatif, masyarakat Melayu estetik dikaitkan dengan istilah nilai-nilai keindahan, termasuk di dalamnya makna, antara lain elok, molek, cantik, anggun, bagus, lembut, utuh, seimbang, padu, bening, hampa, suram, dinamik, kukuh, hidup, gerak, sentimental dan tragis. Berekspresi estetik merupakan antara keperluan manusia yang tergolong dalam keperluan budaya, keperluan ini terhasil kerana faktor dorongan dari dalam diri manusia yang secara asasi sentiasa ingin merefleksikan keadaannya sebagai makhluk yang bermoral, berakal fikiran dan berperasaan. Keperluan estetik, baik secara langsung mahupun tidak langsung, terserap dalam kegiatan-kegiatan untuk memenuhi keperluan lainnya. Apabila menjelaskan makna kreatif dalam sesuatu hasil kesenian Melayu, kerap pemaknaan penghasilan hanya dilingkungi hasil pengamatan serta manifestasi kreatif kraf terhadap alam Melayu. Sebagai sebuah negara berdaulat, seni kraf Melayu telah mendapat perhatian pihak berkuasa, diberi pengiktirafan dan merupakan salah satu komponen dalam warisan Seni Budaya Kebangsaan. Budaya kebangsaan merupakan lambang dan harga diri sesuatu bangsa dan negara. Mengenal dan menghayati kebudayaan sendiri bererti mengenal dan mencintai diri, bangsa dan negara sendiri. Setiap warganegara berhak serta berkewajipan untuk menerima, mengamalkan, menghayati, menjaga, menggali, menyelidik dan mempelajari mana-mana budaya tradisi daripada masyarakat berbilang kaum, lingkungan, keadaan, serta daerah. Kraf tradisional ini perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya ia tetap dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing, songket, tembikar dan barangan perhiasan juga mempunyai nilai estetik yang tinggi dan keistimewaannya sama taraf dengan seni budaya luar. 7

<KOD KURSUS>

Keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu. Kesenian bermaksud perihal seni, yang berkaitan dengan seni,

keindahan(kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Manakala kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian zaman silam yang berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah s.w.t. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia tertanamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Kebudayaan masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan dengan kraf tradisionalnya. Setiap hasil kraf tradisional Melayu mempunyai keunikan tersendiri. Penghasilan kraf ini disesuaikan dengan bahan yang tertentu. Ini melibatkan budaya penghasilannya seperti penggunaan buluh, selain kayu, kulit kayu, daun seperti daun nipah, daun pandan, daun terap, daun palas dan daun mempelas. Semuanya memperlihatkan kecekapan tukang mahir memanipulasikan bahan dipersekitarannya. Hasil kraf yang diperbuat datipada buluh adalah seperti bekas air, alat muzik, alat memasak, pembungkusan, tikar, bekas barangan dan lain-lain lagi. Begitu juga dengan penciptaan ragam hias dan ragam bentuk. Contohnya anyaman tikar. Bahan yang digunakan ialah daun mengkuang atau pandan. Ragam hias yang terdapat pada tikar adalah merupsksn geometri. Ragam hias ini disesuaikan oleh penganyam ada kaitnya dengan bahan yang digunakan iaitu daun mengkuang atau pandan. Daun mengkuang atau pandan yang telah dipotong halus untuk dijadikan jalur-jalur garisan yang kemudiannya dianyam untuk mewujudkan ragam hias pada tikar tersebut.Penggunaan jalur-jalur atau garisan yang panjang ini adalah merupakan identiti atau ciri dan dijadikan satu teknik dalam penghasilan tikar. Anyaman mengkuang atau pandan mempunyai fungsi tertentu. Selain untuk membuat tikar, ia juga boleh dijadikan sebagai tudung saji, beg, topi, tikar untuk bersembahyang dan sebagainya.Tidak ketinggalan juga, anyaman tikar adalah 8

<KOD KURSUS>

kesenian yang bersifat lahiriah dan mempunyai makna mendalam. Kewujudannya merupakan wadah pemaparan idea yang melibatkan pancaindera penglihatan, pendengaran, pemikiran dan kesedaran secara seimbang sebagai simbol yang memberi makna yang tersendiri dalam masyarakat berhubung dengan adat, agama, kepercayaan, adab, perasaan, corak pemikiran dan falsafah hidup orang Melayu. Bagi Peter Dolmer(1997) mentafsifkan makna kraf sebagai kreatif berkemahiran dan penelitian proses-proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan seni anyaman ini menunjukkan bahawa ianya memerlukan pemikiran saintifik dan matematik yang kompleks dan rumit yang selalunya hanya dianggap sebagai simbol tanda peka yang asli atau hasil kerja seni. Seni anyaman Melayu sememamngnya indah. Tanpa seni, tidak lengkaplah budaya dan warisan bangsa. Di samping itu keunikan dan kesepaduan Melayu dan Islam juga dapat dilihat pada penciptaan keris yang mempunyai fungsi tertentu. Keris adalah merupakan sejenis senjata tikam yang digunakan secara meluas di kepulauan Melayu. Keris adalah sebagai lambang kepahlawanan orang Melayu. Keunikan rupa bentuk dan hiasannya serta dipercayai kesaktian yang luar biasa, keris dianggap sebagai sejenis senjata penting dalam masyarakat dan kebudayaan tradisional Melayu. Keunikan kesenian Islam dan Melayu juga terdapat pada seni khat yang dimajukan dalam pelbagai bidang. Antaranya tulisan ini diukir di atas kayu keras dan dijadikan sebagai pembahagi ruang dalam rumah. Warisan ini diwarisi turun termurun dan dimanfaatkan untuk mempertingkatkan kesenian Islam. Ayat Al-Quran diukir bermotifkan tumbuh-tumbuhan yang berpusing-pusing kanan dan kiri. Alatan sejata seperti pedang juga diukir dengan ayat Al-Quran. Ayat Al Quran juga diabadikan di atas tenunan songket dan hiasan bagi menambahkan lagi keunikan dan kesepaduan kesenian Islam dan Melayu. Jenis-jenis Kraf dan maklumat sokongan seperti falsafah, makna, konsep sains, matematik dan nilai terperinci yang diolah secara kreatif Kraf tradisional yang terdapat di negara ini merupakan warisan negara. Setiap kraf berfungsi dalam kehidupan seharian yang dipengaruhi oleh iklim, lokasi, kepercayaan, pekerjaan, bahan keperluan, kemudahan serta hubungkait dengan masyarakat luar seperti (a) Alat untuk mempertahankan diri seperti keris dan lembing. 9

<KOD KURSUS>

(b) Alat untuk pekerjaan seperti bertani, menangkap ikan dan membuat pertukangan seperti bubu, parang, cangkul dan sabit. (c) Alat untuk kegunaan harian seperti tikar, tudung saji dan pakaian. (d) Alat untuk upacara dan istiadat seperti bekas pembakar kemenyan dan gong (e) Alat untuk rekreasi seperti wau, gasing dan congkak (f) Rumah dan istana untuk kediaman serta masjid menggunakan ukiran kayu. Falsafah seni ukiran Melayu juga dapat dikenali melalui ilmu tauhid yang banyak mempengaruhnya. Setiap ukiran mesti ada dasar, asas dan puncanya. Setiap motif diambil dari alam iaitu flora dan fauna, alam yang lebih luas dan juga anatomi fizikal manusia itu sendiri. Misalnya motif flora yang menjalar mesti ada umbi atau tunggul pangkalnya yang menjadi punca atau asas kehidupan. Ia melambangkan dasar aqidah yang kukuh, kemudian ia menjalar dan berkembang menjadi berlapis-lapis dan bertingkat-tingkat bersesuaian dengan angka-angka popular dalam Islam seperti tiga tingkat(Allah, Muhammad dan Adam), 4 tingkat(zat, sifat, asma dan afa), 5 tingkat(rukun Islam), manakala 6 tingkat(rukun iman) dan terakhirnya 13 tingkat iaitu rukun 13 dalam solat yang menjadi teras kehidupan. Dalam menjalar ia tidak boleh menindih atau menikam, bila bertemu halangan ia akan menyusur ke bawah. Walau ke mana sekali pun ia berkembang/membiak akhir sekali pucuk mesti ke atas mengadap langit sebagai tanda itu akhir perjalanan insan. Seni ukir Melayu adalah satu jaalan untuk kita mendekatkan diri dengan Allah. Di samping itu terdapat nilai-nilai estetik pada corak songket kontemporari. Corak kain songket masa kini sudah banyak perbezaannya dari segi pengolahan susun atur dan motif yang digunakan mengikut kehendak pengguna. Zaman sekarang pengusaha kain songket lebih mengutamakan citarasa pelanggan mereka. Pelanggan boleh menempa motifmotif yang diminati. Bagi pengguna kain songket ini, konsep keindahan dapat dinikmati pada sesuatu motif itu berdasarkan citarasa dan selera si pemakai. Begitu juga dengan syarikat-syarikat dan badan-badan tertentu yang menjadikan motif tulisan atau logo mereka untuk dijadikan motif pada kain songket sebagai pakaian rasmi syarikat mereka. Jelas di sini menunjukkan bahawa penggunaan motif kain songket kini mendapat satu era pembaharuan tentang pengaplikasiannya.

10

<KOD KURSUS>

Kesimpulan Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan pelbagai kraftangan yang unik. Kraf tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita masa dahulu. Asas penting yang menjamin kesinambungan kraftangan pada masa lalu adalah kesenian nenek moyang masyarakat. Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam tetapi tidak boleh dinafikan bahawa terdapat banyak pengaruh kepercayaan lama orang Melayu iaitu pengaruh Aninisme dan Hindu. Masyarakat Melayu menganggap seni kraftangan ini penting kerana ia merupakan salah satu kesenian yang diamalkan oleh mereka yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat. Hal ini menyebabkan masyarakat Melayu amat menghargai seni kraftangan yang diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Harapan agar kraftangan tradisi akan berkembang subur dan mengalami perubahan mengikut zaman kini serta menggetarkan alam sekeliling tetapi intipati serta semangat kraf tangan tetap kukuh berakar tunjangkan nilai serta estetik yang tidak lapuk dek hujan dan lekang dek panas hingga sepanjang zaman.

APENDIKS

RUJUKAN 11

<KOD KURSUS>

Siti Zainon Ismail. (1986). Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Dr. Othman Mohd Yatim. (1989). Warisan Kesenian Dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Aishah Kamarudin.(2003). Aneka kraf tangan. Kuala Lumpur : Utusan Publication. Khairudin Talib .(2011). HBMT3103 Kraf Tradisional . Kuala Lumpur : Open University Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia.(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah : Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur : dewan Bahasa dan Pustaka

12

You might also like