You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PERMUAFAKATAN PRASEKOLAH KALI PERTAMA SESI 2012 SEKOLAH KEBANGSAAN RENGIT, BATU PAHAT, JOHOR.

Tarikh Masa Tempat Kehadiran

: 13 April 2012 : 9.00 pagi : Makmal Komputer, SK Rengit : 19 orang

Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Penasihat 3. Taklimat 4. Pelantikan AJK 5. Ucapan Penangguhan

1.0

Ucapan Pengerusi 1.1 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan penjaga murid prasekolah sesi 2012. 1.2 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga murid prasekolah di atas kehadiran ke perjumpaan Ibu / Bapa / Penjaga Prasekolah kali pertama sesi 2012. Tindakan: Makluman Ucapan Penasihat 2.1 Guru Besar, Tn. Hj. Muhammad Radhi bin Musa mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang dapat menghadirkan diri pada perjumpaan kali ini. 2.2 Prasekolah merupakan aset penting dan telah diletakkan di bawah NKRA negara. 2.3 Kelas prasekolah di SK Rengit turut mendapat persaingan dengan KEMAS, PASTI dan juga SK Sri Rengit. 2.4 Memaklumkan bahawa guru prasekolah di sini merupakan guru opsyen prasekolah. 2.5 Memohon maaf diatas segala kekurangan dari segi persediaan kelas khususnya untuk kelas prasekolah 2. Berharap agar segala kekurangan dapat diatasi kelak. 2.6 Berharap agar pihak ibu bapa dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan pihak sekolah demi kejayaan anak-anak. Tindakan: Makluman

2.0

3.0

Taklimat 3.1 Pendedahan terhadap konsep pendidikan prasekolah yang menerapkan konsep belajar melalui bermain. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa prasekolah bukanlah suatu pendidikan yang berbentuk formal dan terlalu rigid tetapi sangat fleksibel berdasarkan keperluan murid. 3.2 Pihak sekolah akan mengadakan aktiviti-aktiviti prasekolah seperti yang terbaru iaitu Program Murid Aktif, Pembelajaran Bermakna yang turut melibatkan ibu bapa. Tindakan: Makluman Pelantikan AJK Permuafakatan 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha Bendahari AJK : Tn. Hj. Muhammad Radhi bin Musa (Guru Besar) : En. Ahmad Akhmal bin Ahmad : En. Zamri bin Umar : Pn. Aishah Nurain binti Rakal (Guru Prasekolah 1) : Cik Farhana binti Abu Zaki (Guru Prasekolah 2) : 1. Pn. Noriza binti Abu Bakar 2. Pn. Zahrah binti Abdullah Tindakan: Guru dan Ibu bapa

4.0

5.0

Ucapan Penangguhan Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi

Disediakan oleh :

Disemak oleh :

____________________________ (PN. AISHAH NURAIN BT RAKAL) Setiausaha Permuafakatan Prasekolah SK Rengit

_____________________________ (EN. AHMAD AKHMAL B. AHMAD) Pengerusi Permuafakatan Prasekolah SK Rengit

You might also like