You are on page 1of 20

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4 jenayah adalah perbuatan kejahatan seperti mencuri,merompak, membunuh dan lain-lain di mana

salah di sisi undangundang. ManakalaTesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998) pula mengkelaskan jenayah sebagai paksa, peras,hasut, tawan, ugut, kejahatan, langgar undang-undang, runtun, rampok, menyalahi undang-undang, cabul, ceroboh, maksiat, curi, rompak, rampas, samun,bunuh, perkosa, culik dan jabal.

Maksud Jenayah

Jenayah bunuh=membunuh manusia lain dengan niat, dan pada amnya kewarasan fikiran membezakan di antara pembunuhan daripada bentuk lain homisid yang salah di sisi undang-undang. Dalam setiap jurisdiksi, sama ada lama atau moden, pembunuhan dianggap sebagai jenayah serius yang akan dikenakan hukuman yang berat.

Jenis-jenis Jenayah

Jenayah Rompakan: perbuatan jenayah yang bertujuan untuk mengambil harta orang lain secara ganas atau intimidasi, sama ada dilakukan secara perseorangan atau kumpulan.

Rogol: serangan seksual yang dianggap oleh kebanyakan orang sebagai jenayah yang sangat serius. Definasi teknikal untuk "rogol" merangkumi sebarang serangan serius dan yang merosakkan terhadap seseorang atau sekumpulan orang, tetapi dalam penggunaan sehari-harian, istilah tersebut adalah mengenai serangan seksual Jenayah komputer =penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali internet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar.

Kadar jenayah di Malaysia kian meningkat tahun demi tahun. Hal ini dapat dibuktikan dengan peningkatan indeks statistik jenayah dan melalui penurunan Indeks Keselamatan Awam yakni hasil laporan Indeks Kualiti Hidup Rakyat Malaysia (Malaysian Quality ofLife Index (MQLI) pada tahun 2004. Didapati kadar indeks keselamatan awam adalah yang terendah berbanding 10 indeks yang lain.

MASALAH JENAYAH DI MALAYSIA

Garf dibawah menunjukkan situasi jenayah di Malaysia untuk 20 tahunterakhir iaitu dari tahun 1980 hingga 2004.

Berdasarkan graf diatas, didapati 90% jenayah harta benda yang dilaporkan setiap tahun berbanding dengan laporan jenayah kekerasan yang hanya melibatkan 10%. Ini menunjukkan tidak ada sebarang peningkatan yang serius bagi kadar jenayah kekerasan dan laporan ini membuktikan ianya tidak dipengaruhi oleh sebarang situasi ekonomi negara. Namun, perkara sebaliknya yang berlaku untuk jenayah harta benda dimana iamenunjukkan peningkatan yang ketara. Begitu juga untuk jenayah indeks dimana ianya menunujukan peningkatan dalam masa 20 tahun. Dengan itu, dapat kita katakan bahawajenayah kekerasan seperti rompkan dan pembunuhan lebih mendapat publisiti dari pihak media walhal penyumbang utama dalam keseluruhan jenayah indeks di Malaysia ialah jenayah harta benda.

Peningkatan Populasi

PUNCA-PUNCA PENINGKATAN JENAYAH DI MALAYSIA

Semakin ramai penduduk, semakin kurang peluang pekerjaan. Apabila keinginan untuk mendapatkan sesuatu dengan cara yang halal, gagal mereka memilih cara tidak halal, lalu terjebak dengan kegiatan jenayah. Kejatuhan ekonomi juga memberi kesan kepada peningkatan kadar jenayah. Ramai mengalami masalah kewangan akan mencari jalan tidak beretika bagi mendapatkan wang. Untuk mendapat habuan mudah, sebahagian terbabit kes penipuan, pecah amanah, rompak atau kadangkala membunuh bagi menutup kes daripada dihidu pihak berkuasa.

Kurangnya kesedaran rakyat terhadap isu ini.

Rakyat berfikiran bahawa isu ini adalah sesuatu yang remeh dan dapat diselesaikan dengan mudah, tetapi mereka tersilap. Isu jenayah ini tidak seharusnya dipandang enteng. Hal ini demikian kerana terdapat sesetengah masyarakat tidak memiliki kesedaran tentang kesan isu ini kepada pembangunan masyarakat dan ekonomi negara.

Anak-anak kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa Kesibukan ibu bapa mengejar kemewahan dan kesenangan hidup mengakibatkan anak-anak tidak memiliki masa yang cukup untuk diluangkan bersama keluarga. Malahan, mereka tidak mempunyai waktu untuk mengawasi dan mendidik anak-anak di rumah. Kebebasan anak-anak di luar rumah tanpa kawalan atau pengawasan ibu bapamenyebabkan anak-anak sukar dibentuk dan sentiasa bertindak di luar jangkaan.

sifat dalaman seseorang itu untuk mencuba sesuatu yang baru -Mereka sering bertindak mengikut perasaan tanpa berfikiran waras . -Mereka menganggap tindakan mereka betul dan mereka bertindak tidak mengendahkan nasihat atau pandangan orang lain -Golongan ini sering ingin mengambil risiko mencuba sesuatu yang baru atau bahaya. - Mereka tidak takut untuk melakukan kegiatan jenayah kerana mereka berfikiran bahawa mereka akan terlepas daripada undang-undang.

Kesan
menjejaskan kewangan negara Sekiranya jenayah ini dibiarkan, ia akan memberi kesan negatif terhadap perniagaan negara dan keupayaan agensi penguatkuasa dalam mengurus dan menyiasat kes tersebut. Akhirnya ia boleh menghakis keyakinan ahli perniagaan tempatan dan asing untuk melabur di negara kita.

peningkatan kadar jenayah dalam negara penjenayah tidak dikenakan tindakan kerana mereka sukar untuk dikesan. Contohnya, golongan professional yang berjawatan tinggi sering menutup kesalahan mereka dengan memberikan wang sogokan kepada pihak-pihak tertentu. Hasilnya, pihak tersebut menerima wang sogokan tersebut tanpa berfikir panjang disebabkan oleh desakan hidup. Tansilnya, peningkatan kes jenayah komersial turut member impak kepada peningkatan kadar jenayah dalam negara.

Kesan-kesan lain
(i) Menjejaskan kecekapan dan integriti pentadbiran. (ii) Menjejaskan sosial serta kestabilan politik dan keselamatan. (iii) Tumpuan pembangunan yang tidak seimbang. (iv) Imej negara terjejas

Langkah-langkah Mengatasi
memperketat pelbagai aspek termasuk dari segi kemasukan pelancong asing serta mengawal semua 262 pintu masuk ke sempadan negara yang dipercayai juga boleh menyumbang kepada jenayah perdagangan manusia - kementerian berkenaan mengadakan kerjasama dengan badan antarabangsa seperti melatih anggota keselamatan untuk menangani pelbagai kemungkinan kemasukan warga asing bagi tujuan tertentu

Kempen kesedaran untuk membasmi jenayah di kalangan masyarakat juga dipergiatkan Kempen kesedaran ini lebih memfokuskan untuk memberi kesedaran kepada orang awam akan bahana melakukan jenayah. Sebagai contoh, karnival Jom Heboh anjuran Media Prima misalnya, terdapat pameran yang memaparkan contoh hukuman yang dilakukan oleh pesalah jenayah contohnya kesalahan pengedaran dadah, dimana dalam pameran tersebut ditunjukkan jenis hukuman yang dijatuhkan terhadap pesalah. Selain itu, turut di paparkan ialah demontrasi sebat yang dilakukan terhadap pesalah seperti kes rogol. Kempen seperti ini diharap dapat membuka mata masyarakat dan tidak melakukan jenayah.

Media massa boleh bekerjasama dengan pihak penerbitan drama untuk mengekalkan program-program berbentuk kepolisian seperti Gerak Khas, Roda-roda Kuala Lumpur dan lain-lain. Penayangan dapat memberi motivasi kepada masyarakat berdasarkan siri penayangan yang memaparkan pelbagai jenis kesalahan jenayah berbeza pada setiap minggu. isi pengajaran yang diterapkan merupakan fokus utama supaya masyarakat sedar akan kewujudan undang-undang di Malaysia.

pihak kerajaan harus menyekat filem atau produk dari luar negara yang memaparkan aksi ganas atau adegan jenayah yang boleh mempengaruhi penonton di Malaysia. Terdapat kes jenayah yang menyatakan bahawa, pengaruh daripada rancangan televisyen merupakan salah satu faktor yang mendorong seseorang itu melakukan jenayah. Individu terbabik mudah terpengaruh atau mudah teransang dengan paparan yang terdapat di dalam televisyen tersebut.

Kesimpulan
Masalah jenayah di Malaysia sememangnya telah mencapai tahap yang serius dan tidak harus di pandang remeh. Jika dibandingkan dengan 50 tahun dahulu, kadar jenayah Negara kita tidaklah setinggi seperti apa yang berlaku kini. Pelbagai punca yangmendorong kearah meningkatnya kadar jenayah indeks di negara kita. Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yag boleh dilakukan bagi membendung jenayah. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertamabh serius lagi. Jika semua pihak bekerjasama,sudah pasti jenayah-jenayah dapat dikurangkan daripada terus merebak di Malaysia

You might also like