P. 1
Konsep & Definisi Wacana

Konsep & Definisi Wacana

|Views: 91|Likes:

More info:

Published by: Mohd Hanafiah Abd Jamal on Apr 24, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/24/2012

pdf

text

original

Menurut Lakoff (1970), wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat.

Unit bahasa ini juga mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat ayat. Susunannya daripada unit terkecil, secara kasar, adalah seperti yang berikut: perkataan – frasa – klausa – ayat – wacana.

A

pabila kita bercakap tentang tatabahasa, unit tertinggi yang lazim menjadi rujukan ialah

ayat. Namun perlu diingat bahawa dalam sistem perhubungan, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, kita menyampaikan maksud bukan dalam satu ayat tetapi dalam beberapa ayat. Ayat-ayat itu terjalin rapi untuk membawa maksud dengan jelas. Gabungan ayat-ayat yang dijalinkan ini merupakan kesatuan yang utuh yang dinamakan wacana. Menurut Beaugrand & Dressler dalam buku mereka berjudul Introduction to Text Linguistics (1981), terdapat tujuh ciri yang perlu dipenuhi untuk menghasilkan wacana, iaitu: tautan, runtutan, tujuan, penerimaan, maklumat, keada-an dan interteks. Berikut dihuraikan ketujuhtujuh ciri ini secara ringkas. Tautan atau kohesi ialah keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan unsur linguistik lain dalam sebuah wacana yang berjaya menghasilkan wacana yang mantap. Unsur tautan ini tercapai melalui hubungan antara perkataan, frasa atau ayat de-ngan perkataan, frasa atau ayat lain dalam wacana berkenaan. Sebagai contoh, perhatikan dua ayat berikut yang hadir secara berikutan: (1) Maria, Liza dan Ainun pergi ke sekolah. (2) Mereka ke sana dengan bas. Dalam ayat-ayat ini terdapat dua unsur tautan, iaitu antara mereka dalam ayat (2) dengan Maria, Liza dan Ainun dalam ayat (1), dan antara ke sana dengan ayat (2) dengan pergi ke sekolah dalam ayat (1). Unsur-unsur tautan ini menjadikan kedua-dua ayat ini wacana. Runtutan atau koheren ialah aspek kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga bentuk bahasa itu bermakna. Kesinambungan fakta yang wujud melalui penggunaan perkataan dan frasa tertentu menjadikan sesuatu teks itu mempunyai makna dan wujud sebagai satu wacana. Perhatikan contoh berikut: Penyakit sindrom kurang daya tahan atau AIDS bukanlah gejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Melalui perkataan dan frasa AIDS, gejala, penyakit dan masalah ini wujud kesinambungan antara ketiga-tiga ayat di atas sehingga membentuk wacana yang bermakna. Tujuan bermaksud sebab sesuatu bentuk bahasa digunakan, misalnya untuk mendapat maklumat, untuk menyampaikan sesuatu maklumat atau untuk berlakunya sesuatu tindakan. Jika hendak mendapat maklumat, kita kerap kali menggunakan soalan atau ayat tanya; untuk menyatakan se-suatu, kita menggunakan ayat penyata; dan untuk menjadikan sesuatu tindakan berlaku, kita boleh memberi arahan. Jikalau tujuan penggunaan bahasa kita itu tercapai, maka sudah wujud wacana, tidak kira dalam bentuk lisan atau tulisan. Sesuatu wacana, baik lisan mahupun tulisan, perlu mempunyai pendengar atau pembaca. Pendengar atau pembaca merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan se-seorang itu tinggi jika pende-ngar atau pembaca memahami sepenuhnya wacana yang digunakan,

paragraf. dan sebagainya) perenggan. STUBBS. Sehingga kini telah dibincangkan empat daripada tujuh ciri yang mewujudkan wacana yang utuh. novel. dalam hierarki gramatikal dan juga merupakan satuan tertinggi atau terbesar. buku. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan . 1. yang disebut teks bagi wacanaadalah ayat bagi ujaran. yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan seperti ayat. ensiklopedia.sama ada dalam bentuk tulisan atau lisan. Wacana juga merupakan satuan bahasa yang lengkap strukturnya dalam hierarki tatabahasa. 208) menjelaskan bahawa wacana sebagai satuan bahasa terlengkap. pertuturan. Walau bagaimanapun. buku. runtutan. ceraian. ekspresi idea-idea atau gagasan-gagasan. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh seperti (novel1. bab. buku. Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel. 5.Keseluruhan terbitan atau hasil karya dalam sesuatu bahasa 3. 4. terutama sebagai suatu subjek kajian atau pokok bahasan -Risalah tulisan. cerpen. sekiranya sesebuah karangan itu tidak menggunakan penanda wacana yang sesuai. wacana dapat ditafsirkan sebagai unit bahasa yang melangkaui batas ayat. sejumlah ayat. MICHAEL: Wacana merupakan kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat atau klausa. Secara ringkas. Dengan kata lain. iaitu tautan. dalam hierarki tatabahasa merupakan satuan tatabahasa tertinggi atau terbesar. perenggan. maka sudah tentu karangan itu menjadi tidak sempurna disebabkan binaan ayatnya yang tidak gramatis. cerita.Ucapan. siri ensiklopedia. Tidak dapat dinafikan bahawa sebuah penulisan karangan yang baik ialah karangan yang mempunyai isi yang banyak dan bertepatan dengan tajuk. siri buku (cerita) dan sebagainya. KAMUS DEWAN EDISI BARU 1993 bererti: . dialog. khutbah 2. ASMAH HAJI OMAR: Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Secara ringkasnya. KAMUS WEBSTER. kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap. dan sebagainya). disertasi formal. Tahap penerimaan juga menjadi tinggi apabila tahap tujuan sama dengan tahap penerimaan. Harimurti Kridalaksana (1984. 1983 bererti: -Hubungan fikiran dengan kata-kata. wacana merupakan unit-unit linguistik yang lebih besar daripada ayat atau klausa. atau percakapan -Hubungan secara umum. kuliah. HARIMURTI KRIDALAKSANA: Wacana ialah satuan bahasa terlengkap. tujuan dan penerimaan. seperti ertukaran-pertukaran percakapan atau teks-teks tertulis. ayat . percakapan. Penanda wacana merupakan perangkai ayat untuk menentukan perkaitan atau kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. ceramah. Huraian tentang tiga ciri lagi akan disambung dalam ruang-an ini pada bulan hadapan.

percakapan. siri ensiklopedia dan sebagainya). Dalam bentuk lisan / tulisan 8. kalimat atau kata yang membawa amanat yang lengkap (Harimurti Kridalaksana. buku. .1982) TEKS PRA-U STPM Wacana didefinisikan sebagai unit bahasa yang mempunyai kesantunan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. iaitu hadir selepas tingkat ayat. iaitu 1. Mengatasi ayat / klausa 4. ASMAH HAJI OMAR. Mempunyai permulaan dan penutup KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT Keseluruhan tutur yang merupakan satu kesatuan. Teratur / tersusun rapi / rasa koheren (kepautan) 5.atau kata yang membawa amanat yang lengkap. Huraian daripada beberapa batasan wacana ini memperlihatkan persamaan dan perbezaan pendapat. pertuturan. 1996:1540 Wacana ini direalisasikan dalam bentuk karangan yang utuh (novel. Berkesinambungan 6. Rasa kohesi (kesepaduan) 7. paragraf. Kesatuan fikitan yang utuh. sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Terlengkap / terbesar / tertinggi kedudukannya 3. Satuan bahasa 2. wacana terletak pada tingkat yang tertinggi. CARLSON : Wacana ialah rentetan ujaran yang berkesinambungan dan gramatis serta tersusun rapi 7. namun begitu kita dapat mengemukakan bahawa hakikat wacana itu adalah terdiri daripada lapan unsur penting. Perbincangan atau pertukaran idea secara lisan. 1986 Wacana ialah keseluruhan pelahiran bahasa oleh penutur atau penulis. Dalam hierarki bahasa. iaitu sistem bahasa dan unsur-unsur luar daripada sistem bahasa yang menyumbang ke arah menjadikan pertuturan atau tulisan berkenaan sebagai sesuatu yang bermakna dalam berkomunikasi. HENRY GUNTUR TARIGAN: Wacana ialah satuan bahasa yang terlengkap dan tertinggi atau terbesar di atas kalimat atau klausa dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan yangg mempunyai awal dan akhir yang nyata disampaikan secara lisan atau tertulis. 6. KAMUS DEWAN. ucapan.

Kamus Dewan mentakrifkan wacana sebagai: i. wacana adalah satu satuan bahasa yang lengkap. satu perenggan. menarik. iaitu boleh terdiri daripada ayat.isi. khutbah) atau tulisan (seperti surat. satu bab. cerpen). Bagaimanapun kebolehan menguasai bidang-bidang ini hanya menjamin kebolehan menggunakan sistem dan peraturan-peraturan tatabahasa sahaja. buku. munasabah. Fonologi merupakan kajian mengenai fonem sebagai unit bahasa. aartikel. sejumlah ayat. novel. peta dan statistik. cerita. dialog. tubuh . miring. manakala wacana merupakan peringkat fungsi. kesatuan fikiran yang utuh. Dengan perkataan lain. graf. Retorik menjadi komponen yang penting bagi wacana.KAJIAN BAHASA Wacana adalah unit bahasa yang melebihi batas ayat. dan sebagainya yang dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. logik. Ia dapat digambarkan seperti berikut: . usur-unsur paralinguistik (tanda bacaan. ceraian. kata. cetakan tebal. binaan serta konstruksinya. keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan. Wacana bermaksud Semua perkara yang melibatkan bahasa ialah wacana. Wacana merupakan satu satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat. pertuturan. penutup d. bab. morfem. Ia melebihi tingkat ayat. Tingkat-tingkat fonem. klausa. TEKS DAN RUJUKAN LENGKAP BAHASA MELAYU KERTAS 1&2 Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. sebuah buku atau satu siri buku. percakapan' ii. berkesan. jadual. pendahuluan b. Wacana ialah satu unit bahasa yag lengkap . ucapan. Oleh kerana sifatnya yang lengkap wacana mempunyai tubuh teks seperti berikut: a. sama ada dalam bentuk lisan (seperti pidato. dan ayat merupakan peringkat bentuk. frasa. garis tebal) c. Sintaksis pula mengkaji ayat sebagai unit bahasa.

Keutuhan fikiran dalam wacana sangat penting. ayat ini ialah ayat perintah. ucapan. ini adalah kerana: Dalam kajian wacana. khutbah. dan dialog Dalam bentuk tulisan pula terdiri daripada laporan. iaitu sama ada naratif (pemerian). sebuah karangan. ataupun satu siri buku. . Fonem Morfem Kata Frasa Klausa Ayat Wacana Wacana terdapat dalam bentuk lisan atau tulisan. rencana. eksposisi (pendedahan) atau penghujahan. Contoh wacana dalam bentuk lisan ialah pidato. Contoh ayat “Mengapa bising sangat” : Daripada segi struktur merupakan ayat tanya Tetapi apabila dilihat dalam konteks di bilik darjah. satu bab. iaitu seorang guru dengan tegas memerintahkan pelajarnya supaya senyap. wacana terletak pada tingkat yang tertinggi. aspek yang diteliti tidak terbatas pada tahap ayat sahaja tetapi turut merangkum aspek-aspek yang lebih luas daripada ayat. sejumlah ayat. ahli bahasa dapat menentukan sama ada sesuatu bentuk ujaran atau tulisan itu merupakan wacana atau hanya terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak berhubungan. Sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua ayat. cerpen. satu perenggan. sebuah buku.Wacana boleh ditulis dalam pelbagai bentukpenulisan. dan puisi. Hal yang demikian adalah kerana menerusi keutuhan ini. Wacana boleh terdiri daripada satu ayat yang dikaitkan dengan konteks dan fungsi penggunaanya. deskriptif (pengambaran). novel. Definisi: Unit bahasa yang mempunyai kesatuan fikiran yang utuh dan melebihi batas ayat. Ahli bahasa berpendapat bahawa huraian bahasa yang berasaskan aliran stuktural (rumus) dan transformasi generatif adalah tidak lengkap kerana huraian mereka berakhir pada tahap ayat sahaja walhal penggunaan bahasa yang sebenarnya sering melebihi batas ayat. iaitu hadir selepas tingkat ayat. Wacana juga dikatakan melebihi batas ayat. Dalam hierarki bahasa. surat.

– Hubungan sebab dan hasil. tetapi banyak harta benda telah musnah. Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh dahsyat. MAKNA DALAM WACANA Makna dalam wacana dapat ditinjau daripada kepaduan makna yang wujud dalam sesuatu hubungan makna. iaitu sebagai contoh. Rosmah menangis. – Hubungan sebab dan tujuan. bab buku. Dia gagal dalam setiap pertandingan yang disertainya. KESIMPULANNYA… Wacana ialah unit bahasa yang melebihi had ayat yang terdiri daripada ayat. iaitu sebagai contoh. Salmah begitu rajin belajar. iaitu sebagai contoh. cerita. dialog. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus peperiksaan dengan cemerlang. iaitu sebagai contoh. – Hubungan syarat dan hasil. – Hubungan perbandingan. Antara bahagian yang ada hubungan dalam sesebuah wacana ditunjukkan seperti berikut: – Hubungan sebab dan akibat. huraian bahasa sewajarnya dilanjutkan hingga tahap wacana. iaitu sebagai contoh. Pelajar-pelajar mestilah belajar bersungguh-sungguh. Rumah Rosli lebih besar. Rumah Romzi besar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir. Sehubungan dengan itu. Ahmad tidak bersungguhsungguh berlatih. Dia ingin berjaya dalam pelajaran. kemampuan menghasilkan wacana menjadi kayu ukur terhadap kecekapan berbahasa seseorang. . Hubungan penjelasan. iaitu sebagai contoh. iaitu sebagai contoh. – Hubungan latar dan kesimpulan.Oleh hal yang demikian. ceraian. Siti sangat rajin menelaah buku. siri buku dan sebagainya yang menunjukkan hubunganhubungan dan perkembangan fikiran yang berturutan. sejumlah ayat. Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan nyawa. Kesungguhan akan menghasilkan kejayaan.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->