You are on page 1of 13

GERAK KERJA KOKURIKULUM KONSEP Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang daripada proses pengajaran dan

pembelajaran di luar bilik darjah (kurikulum) yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di bilik darjah." Pada asasnya gerakerja ko-kurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah. Sebagai satu bidang pendidikan, setiap murid harus melibatkan diri. Gerak kerja ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah mengikut kesesuaian sesuatu gerak kerja itu. Gerak kerja ko-kurikulum boleh menyediakan pengalamanpengalaman tertentu bagi perkembangan mental, minat dan bakat, sosial serta rohani mereka. Sebagai satu bidang pendidikan , penglibatan semua murid dan ahli masyarakat adalah perlu berasaskan kepada anggapan bahawa:

Semua

murid

harus

mempunyai

perseimbangan

antara

perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Semua murid mempunyal minat dan bakat yang boleh dimajukan. Semua murid boleh dididik dan boleh mendidik diri sendiri.

Sek o l ah b er t a ng g ung j a wa b b ag i m e la h ir k a n m ur i d - m u r id unt uk keperluan masyarakat. Masyarakat juga bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan mereka dalam mendidik murid -murid, termasuklah pendidikan kemasyarakatan

MATLAMAT Di antara matlamat gerak kerja ko-kurikulum yang hendak dicapai adalah: 1) Pe rse im b a n ga n a n t a ra p e r ke m b a n ga n m e n t a l d e n ga n perkembangan sosial, jasmani dan rohani murid. 2) Pengukuhan interaksi dan integrasi di kalangan murid di sekolah. 3) Peningkatan minat, bakat dan kemahiran murid dalam gerak kerja yang diceburi serta perluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu.

4) Pengukuhan dan pengkayaan perkara-perkara yang dipelajari dalam bilik darjah 5) 6) 7) 8) serta perluasan pengalaman murid dalam bidang tertentu. Pengisian masa lapang murid dengan berfaedah, memberi kegembiraan serta pembinaan kesihatan dan kesejahteraan diri. Peningkatan disiplin murid melalui penyemaian dan pemupukan nilai dan sikap positif selaras dengan hasrat Rukun Negara. Peningkatan suasana sekolah yang menarik dan menggembirakan murid. Peningkatan penglibatan kerjasama dan sumbangan dua hala antara sekolah dan ibubapa serta masyarakat setempat.

STRATEGI Untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi perlaksanaannya : 1) Memperseimbangkan gerak kerja ko-kurikulum dengan pelajaran akademik yang dijalankan dalam bilik darjah. Kedua-duanya adalah proses pendidikan yang saling lengkap-melengkapi. 2) Menambahkan lagi bilangan pasukan pakaian seragam dan kelab / persatuan serta mempelbagai gerak kerja ini termasuklah gerak kerja sukan bagi tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu, kumpulan dan beramai-ramai. Melibatkan murid atau pihak sekolah dalam gerak kerja khidmat masyarakat. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS), Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan gerak kerja. Merancang gerak kerja kokurikulum yang teliti dengan menetapkan matlamatmatlamat yang hendak dicapai. Merekod dan menilai segala gerak kerja dan kemajuan yang dijalankan dan dicapai. Mengadakan penilaian secara berterusan dan memberi penghargaan kepada murid dan pihak-pihak lain dari semasa ke semasa.

3) 4)

5) 6) 7)

PELAKSANAAN Setiap murid wajib menyertai satu bahagian yang berikut:

Kelab / Persatuan Sukan / Pemainan Unit Beruniform

Kegiatan ko-kurikulum di Sekolah Kebangsaan Subang, Kampung Melayu Subang, Shah Alam diadakan pada setiap hari Selasa dan Rabu dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang. Aktiviti Sukan / Permainan dan Aktiviti Kelab / Persatuan berselang dengan Aktiviti Unit Beruniform. Kegiatan ko-kurikulum ini melibatkan semua murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Selain daripada perjumpaan mingguan, sekolah juga menyediakan beberapa aktiviti tahunannya seperti :

Temasya sukan tahunan sekolah Perkhemahan tahunan badan beruniform Menghantar pasukan sekolah menyertai pertandingan anjuran PPD / MSSD / MSSM.

Selain daripada waktu aktiviti mingguan, latihan bagi pasukan sekolah juga diadakan pada waktu petang hari persekolahan.

SUKAN / PERMAINAN 1. Sukan untuk semua Setiap murid hendaklah didedahkan dengan pengetahuan dan pen ga lama n me n gena i se suat u pe rma in an yan g d it a warkan . Menggalakkan murid menyertai jenis sukan tertentu dan aktiviti kecergasan yang diminati sebagai pengisi masa dan kesejahteraan diri. 2. Sukan untuk kecemerlangan Mengenal pasti murid yang berpotensi untuk cemerlang dalam pertandingan antara rumah sukan / kelas. Murid berpotensi dii khtiarkan untuk mendapat latihan yang secukupnya.

3. Gerak kerja Sukan / Permainan yang diadakan ialah


olahraga sepak takraw bola jaring hoki bola tampar boling padang bola sepak bola baling badminton ping pong gimnastik artistik

KELAB / PERSATUAN Penyertaan murid-murid adalah ditentukan oleh pihak sekolah untuk mengelakkan penyertaan murid untuk satu-satu kelab atau persatuan tidak terlalu ramai atau terlalu sedikit bilangannya. Keahlian sebaik-baiknya tidak melebihi 100 orang yang terdiri daripada murid tahun 4, 5 dan 6. Murid-murid daripada tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 mempunyai Ahli Jawatankuasa masing-masing untuk menentukan kesinambungan dari segi kepimpinan dan pengurusan persatuan. Gerak kerja Kelab / Persatuan yang diadakan ialah:

Persatuan Bahasa Melayu Persatuan Bahasa Inggeris Persatuan Matematik Persatuan Sains Kelab Keselamatan Jalan Raya Kelab Kebudayaan Kelab Pusat Sumber Sekolah Kelab Bimbingan dan Kerjaya Kelab Komputer Kelab Kreatif dan Rekacipta Persatuan Kajian Tempatan dan Sivik

UNIT BERUNIFORM

Setiap murid wajib menyertainya dan diberi peluang mendapat pengalaman dalam pasukan Unit Beruniform. Gerak kerja Unit Beruniform yang diadakan ialah:

Tunas Kadet Remaja Sekolah Persatuan Bulan Sabit Merah Persatuan Puteri Islam Persatuan Tunas Puteri Persatuan Pengakap

FUNGSI GERAK KERJA KOKURIKULUM 1) Pengukuhan dan penggayaan Pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran akademik dapat dikukuh dalam gerak kerja kokurikulum. 2) Khidmat Masyarakat Guru, kakitangan dan pelajar boleh memberi bimbingan kepada masyarakat setempat dan sebaliknya bagi memupuk hubungan dua hala serta menyemai semangat berkhidmat, bekerjasama dan saling bantu-membantu. 3) Hobi dan Rekreasi Melalui gerak kerja kokurikulum, pelajar dapat mengisi masa lapang mereka dengan berfaedah serta membina kesihatan mental dan fizikal. 4) Kerjaya Gerak kerja kokurikulum dapat memberi asas kerja kepada pelajar. Pengetahuan dan kemahiran ini sangat berguna apabila mereka memasuki dunia pekerjaan kelak. 5) Perkembangan diri individu Semua gerak kerja kokurikulum dapat memberi peluang kepada murid melatih diri sendiri untuk kesihatan diri, disiplin dan menyesuaikan semangat supaya dapat dihayati nilai perpaduan dan kewarganegaraan.

PENILAIAN AKTIVITI KOKURIKULUM Aspek-aspek yang dinilai: Dalam setiap jenis aktiviti kokurikulum yang dianggotai oleh seseorang murid ada empat aspek yang dinilai iaitu:

Kehadiran Pencapaian Penglibatan Jawatan disandang

Bagi keempat-empat aspek ini peratus markah yang diperuntukkan adalah seperti berikut: Aspek Penilaian Kehadiran Pencapaian Penglibatan Jawatan disandang Markah aspek kehadiran Markah (%) 50 20 20 10 dianggap sebagai markah yang

tertinggi. Ini bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. Bilangan kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan setahun dan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan 2 jam. Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab -sebab lain yang munasabah. Ketidakhadiran ini perlulah dengan pengetahuan pihak sekolah. Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut : Markah kehadiran Bilangan kehadiran x 50 Jumlah hari kegiatan

Markah aspek pencapaian adalah 20%. Markah ini adalah pencapaian murid dalam pertandingan di peringkat Sekolah, Zon / Daerah, Negeri, Kebangsaan dan Antarabangsa. Pencapaian yang dinilai hanyalah pada kedudukan johan, naib johan dan ketiga. Dalam aspek pencapaian markah bagi individu dan kumpulan adalah sama. Markah-markah pencapaian adalah seperti berikut: PERINGKAT PERTANDINGAN Sekolah Zon / Daerah Negeri Kebangsaan Antarabangsa MARKAH JOHAN 3 5 10 15 20 N. JOHAN 2 4 8 13 18 KETIGA 1 3 6 11 16

Markah aspek penglibatan adalah 20%. Markah ini diberi kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. Markah-markah yang dicadangkan adalah seperti berikut : PENGLIBATAN Sekolah Zon / Daerah Peringkat Negeri Kebangsaan Antarabangsa MARKAH 3 5 10 15 20

Markah aspek jawatan disandang hanya 10% yang mana peratusan markah ini akan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi dalam kegiatan kokurikulum. Sungguhpun b e git u a h li -a h li b ia sa d a n ja wa t an -ja wa t a n ya n g la in ju ga diperuntukkan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut:

JAWATAN DISANDANG Pengakap Diraja / PWI / Sub-Inspektor / Drum Mejar / Pengerusi / Naib Pengerusi dan Jawatan-jawatan / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf.

MARKAH 10 %

PEWII / Staf Sar an / Sarjan Mejar / Ketua Trup / Setiausaha dan Jawatan-jawatan / Pangkat-pangkat lain 10% yang difikirkan sama taraf. Sar an Penolong Trup / Bendahari dan Jawatanjawatan Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama 7% taraf. Koperal Lans Koperal Ketua Patrol / Penolong 5% Ketua Patrol / AJK dan Jawatan-jawatan / Pangkat-pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Konstabel / Prebet / Ahli biasa

3%

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang diperolehi oleh seseorang murid. Umpamanya seorang murid mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambil kira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa. (20 markah) Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut : GRED A B C D E MARKAH Antara 80% hingga 100% Antara 60% hingga 79% Antara 40% hingga 59% Antara 20% hingga 39% 19% dan ke bawah

Gred Keseluruhan Gred keseluruhan seseorang mu rid da lam ya n g dianggotainya. Gred bermaksud ket iga -tiga keseluruhan gred yang diperolehi oleh jen is ke giat an koku rikulum boleh diperolehi dengan

mencampurkan jumlah markah

ketiga-tiga

kegiatan

kokurikulum

yang

diperolehi dan mendapatkan purata bagi ketiga-tiga markah tersebut. Proses Penilaian Rekod kehadiran dicatat sepanjang tahun dalam buku log. Guru Pemimpin melengkapkan buku laporan Gerak Kerja Kokurikulum pelajar di hujung tahun Guru kelas memberi ulasan dan menandatangani buku laporan Guru Kelas (Thn. 6) mengenal pasti tahun penilaian terbaik

GPK Kokurikulum mengesahkan buku laporan tersebut Buku laporan diedarkan kepada murid-murid untuk ditandatangani oleh ibubapa / penjaga.

SENARAI TUGAS Setiausaha Kokurikulum


Membantu GPK Kokurikulum merancang aktiviti kokurikulum sekolah. Memanggil mesyuarat sekurang-kurang dua kali setahun. Memastikan penglibatan murid-murid menyeluruh. Menentukan takwim, jadual aktiviti dan peraturan kokurikulum sekolah berjalan mengikut perancangan Me m a st ika n se ko l a h m e n ga m b il b a h a g ia n d a la m ke g ia t a n kokurikulum Peringkat Zon / MSSD / MSSS / MSSM. Memastikan konsep SUKAN untuk SEMUA dan SUKAN untuk ELIT dilaksanakan di sekolah. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. Merekod setiap pencapaian murid dan menyediakan senarai nama guru dan murid yang akan menerima pengiktirafan dan penghargaan atas prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan.

Setiausaha / Penyelaras Sukan


Merancangkan program sukan sekolah secara am. Mentadbir dan menguruskan program sukan. Menyelaraskan dan menyelia semua kegiatan sukan antara kelas antara rumah antara sekolah Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor

Memanggil

mesyuarat

Majlis

Sukan

Sekolah,

Majlis

Kerja Sukan, guru-guru rumah dan guru-guru permainan. Mewakili Guru Besar / GPK Kokurikulum menghadiri mesyuarat di peringkat daerah dan negeri bila dan di mana perlu Mengurus dan melaksanakan kejohanan-kejohanan Merentas Desa dan Sukan Tabunan. Mengurus dan menentukan tempat-tempat dan alat-alat permainan, gelanggang, padang, tiang-tiang gol dan lain-lain dalam, keadaan selamat dan mengikut peraturan pertandingan. Menyelia dan memastikan segala kemudahan dan alat-alat sukan diselenggarakan dengan baik. Menyimpan serta menyelenggarakan stok sukan dengan sempurna dan kemaskini. Menasihati dan memberi bantuan yang perlu kepada guru-guru rumah sukan. Memastikan kebenaran secara bertulis didapati daripada ibubapa / penjaga untuk murid-murid menyertai kegiatan luar. Memastikan bahawa langkah-langkah keselamatan telah diambil untuk semua kegiatan sukan. Menyediakan satu jadual tugas guru-guru dan jadual untuk semua permainan dan olahraga. Menyediakan dan menyelenggarakan sebuah papan kenyataan yang besar untuk memberi maklumat berkenaan dengan aktivitiaktiviti sukan sekolah. Menyimpan rekod yang lengkap segala jenis perlawanan samada di peringkat sekolah, antara sekolah atau di peringkat MSSS.

Guru Sukan / Permainan

Memajukan kemahiran dan minat pelajar-pelajar dalam permainan yang dijaganya dengan melatih mereka mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak Majlis Sukan Sekolah. Mengaturkan seberapa banyak permainan persahabatan yang boleh. Membentuk pasukan sekolah mengikut kumpulan umur. Mengadakan pemilihan dan latihan. Mengiring dan menjaga disiplin pemain-pemain pada masa latihan ataupun perlawanan. Menyediakan segala peralatan perubatan yang perlu. Menguruskan pengangkutan dan surat kebenaran dari ibubapa / penjaga bagi murid yang mewakili sekolah. Membahagi dan mengumpul semua alat-alat sukan yang diberi kepada pemain-pemain dan bertanggungjawab di atas keselamatan segala peralatan tersebut. Menjadi pengerusi p e n ga n ju r p e rm a i n a n s e m a sa P r o g r a m Pertandingan Antara Rumah Sukan. Menjadi setiausaha penganjur daerah jika sekolah dipilih menjadi pengerusi peringkat sekolah. Mewakili Guru-Besar / GPK Kokurikulum menghadiri mesyuarat di peringkat daerah. Menyimpan rekod-rekod pertandingan melaporkannya kepada setiausaha sukan. di semua peringkat dan

Guru Rumah Sukan

Bertanggungjawab

seperluhnya

tentang

keupayaan

dan

kejayaan Rumah Sukan di bawah jagaannya. Membuat pendaftaran mengikut kategori kumpulan umur. Mengadakan mesyuarat Agung dan melantik ahli

jawatankuasa

bagi rumah sukan sendiri. Menyediakan program dan jadual latihan serta jadual tuga s guruguru dalam rumah sukan. Menyelia latihan rumah sukan dan memastikan kehadiran guru dan pelajar semasa latihan. Menyediakan pasukan untuk menyertai kejohanan sukan tahunan dan pertandingan permainan antara rumah sukan.

Guru Kelab / Persatuan / Unit Beruniform

Bertanggungjawab di atas segala kegiatan dan kecemerlangan kelab persatuan / badan beruniform. Mengadakan mesyuarat Agung kelab / persatuan / badan beruniform dan melantik Ahli jawatan kuasa. Merancang dan melaksanakan aktiviti sepanjang tahun. bertanggung jawab terhadap sebarang kutipan yuran. Kebenaran dari ibubapa / penjaga hendaklah diperolehi jika mengadakan aktiviti di luar kawasan sekolah atau di luar waktu persekolahan. Sebarang surat kepada pihak luar hendaklah ditandatangani oleh Guru Besar. Mencatat kehadiran guru dan ahli di dalam buku log setiap kali Perjumpaan. Menyimpan rekod -rekod aktiviti sepanjang tahun dan membuat laporan bertulis setiap akhir tahun.

PROSEDUR PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN GERAK KERJA KOKURIKULUM 1. Menerima buku panduan pengurusan Gerak kerja Kokurikulum daripada Jabatan Pendidikan Negeri. 2. Meneliti dan mengkaji kandungan Buku Panduan Pengurusan Gerakerja Kokurikulum. 3. Memberi taklimat dan berbincang dengan guru-guru dari Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah (JBPS) mengenai gerak kerja kokurikulum. 4. Menyediakan takwim dan jadual waktu kegiatan sekolah. 5. Menetapkan tenag pengawas dan pengajar. 6. Memberikan taklimat kepada murid-murid mengenai gerak kerja kokurikulum. 7. Mengedar dan mendapatkan surat kebenaran ibubapa / penjaga murid untuk menyertal gerak kerja kokurikulum. 8. Mengedar dan menganalisa borang menyertai gerak kerja kokurikulum kepada murid.

9. Mengadakan Mesyuarat Agung dan melantik ahli jawatankuasa di kalangan murid-murid bagi setiap gerak kerja kokurikulum. 10. Menyediakan aktiviti mingguan untuk sepanjang tahun. 11. Menjalankan aktiviti dan membuat laporan mingguan serta mengisi buku gerko murid. 12. Penyeliaan a) Memastikan gerak kerja kokurikulum berjalan mengikut jadual. b) Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil. 13. Menyediakan laporan tahunan bagi setiap gerak kerja yang dijalankan. 14. Penilaian a) Menilai keseluruhan program gerak kerja kokurikulum. b) Mengisi buku laporan gerak kerja murid.

You might also like