P. 1
Tugasan Sejarah Melayu 2

Tugasan Sejarah Melayu 2

|Views: 8,782|Likes:
Published by Rahimah Abdullah

More info:

Published by: Rahimah Abdullah on Apr 25, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/20/2013

pdf

text

original

PEMARKAHAN 1 ESEI ILMIAH (a) (b) 2 FORUM JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2

KOD & NAMA KURSUS BML 3113 SEJARAH BAHASA MELAYU

PORTFOLIO TUGASAN
KUMPULAN UPSI 13 (A112PJJ) DISEDIAKAN OLEH NAMA RAHIMAH BT ABDULLAH@ISMAIL NO. ID 20102043387 NO. TELEFON 0199308534

NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF.MADYA DR.ABDUL HALIM B ALI TARIKH SERAH: 18 APRIL 2012

1

ISI KANDUNGAN

1.0

ESEI ILMIAH 1.1. Kajian mengenai suku bangsa atau etnik dan hubungannya dengan rumpun bahasa Melayu.

Halaman 3-7

1.2.

Berdasarkan kajian terhadap suku bangsa atau etnik yang dikaji beri contoh-contoh kata, ayat, bahan sastera, objek budaya atau apa sahaja yang sesuai untuk membuktikan hubungan kekerabatan dengan bahasa kesusasteraan dan kebudayaan Melayu.

9 - 18

1.3 1.4

Lampiran 1 Lampiran 2

21 – 26 27 - 28

2.0

E-FORUM 2.1 2.2 Jelaskan apa yang anda faham dengan konsep kaum dan ban Pada penilaian anda kenapa pada suatu ketika dahulu orang Eropah begitu berminat mempelajari bahasa Melayu tetapi tidak pada har ini. 2.3 Pada penilaian anda mampukah bahasa dan kesusasteraan Melayu memainkan peranannya dalam kegiatan ekonomi. 2.4. Dasar kebudayaan Kebangsaan masih releven dilaksanakan. Bincangkan. 2.5. Budaya popular menggugat pelestraian budaya tradisional. Bincangkan.

2

Pendahuluan

Melaka terkenal dengan peninggalan sejarah, warisan budaya dan seni yang telah berakar umbi di sini sejak 600 tahun yang lampau. Kekayaan kebudayaan Melaka yang terdiri daripada berbilang kaum serta suasana keharmonian masyarakat Melaka yang terjalin hasil daripada persefahaman penduduknya, sememangnya mempesonakan orang asing apabila mereka melawat ke sini. Pada abad ke-16, Negeri Melaka masyhur kerana kedudukannya yang strategik yang menjadikannya sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkemuka. Dengan fakta sejarah yang bermula sejak kurun ke-14, Melaka sememangnya merupakan satu destinasi yang sesuai untuk pengemar sejarah. Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan peninggalan sejarah, Melaka mempunyai kelebihan berbanding negeri lain di Malaysia memandangkan semua mengenai Malaysia dikatakan telah bermula di sini. Penaklukan Melaka oleh kuasa asing, terutamanya Portugis, Belanda dan Inggeris, telah mewujudkan satu identiti Melaka yang unik yang kebanyakannya masih boleh dilihat pada hari ini. Banyak peninggalan sejarah dari zaman penjajahan kuasa besar ini masih gagah berdiri sebagai membuktikan kekayaan sejarah silam Melaka. Penjajahan Portugis ke atas Melaka menjangkau 130 tahun menyebabkan wujudnya komuniti Portugis di Melaka Walaupun mereka adalah kaum minoriti di negara ini, masyarakat Portugis di Melaka tidak pernah dipinggirkan malahan mendapat pengiktirafan kerajaan.Perkampungan Portugis Ujong Pasir di sini yang seluas 11.2 hektar mempunyai 118 buah rumah yang dihuni oleh kira-kira 1,200 orang Portugis merupakan bukti bagi hakikat ini.Perkampungan itu yang telah diwartakan sebagai Perkampungan Warisan oleh kerajaan Melaka dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan elektrik dan air bagi menjamin kehidupan yang lebih selesa. Terletak berhampiran pantai menghadap Selat Melaka, perkampungan di pinggir Bandaraya Melaka Bersejarah kini menjadi sebahagian daripada lokasi popular bagi pelancong.Masyarakat keturunan Portugis muncul di Melaka selepas pihak Portugis menawan Melaka pada 1511. Dianggarkan kini terdapat 20,000 orang keturunan Portugis di Malaysia.Bebas beragamaKetua perkampungan itu, ataupun regedor, Peter Thomas Gomes berkata masyarakatnya bebas mengamalkan agama dan adat resam yang diwarisi daripada nenek moyang mereka.. 3

Definisi etnik mengikut Kamus Dewan Edisi keempat menjelaskan berkenaan bangsa manusia. Istilah etnik bermaksud satu kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri distingtif tertentu misalnya agama, bahasa, keturunan, budaya atau asal usul kebangsaan “The term ethnic means of or pertaining to a group of people recognized as a class on the basis of certain distinctive characteristics such as religion, language, ancestry, culture or national origin.” Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya. Etnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau subbudaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandnagan mengenai kecantikan, oreintasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, , Jawa Portugis Bugis Minangkabau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciriciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dipanggil ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral Manalaka rumpun bermaksud orang-orang yang seketurunan mempunyai nenek moyang yang sama. Segolongan besar bangsa (bahasa yang sama) yang sama asal dan jenisnya.(KamusDewan Edisi Keempat) Melaka adalah satu-satunya negeri yang mempunyai penempatan etnik Portugis yang diasaskan pada tahun 1930. Penduduknya menamakan tempat ini Padre Sua Chang (Tanah Paderi) sempena dengan pengasasnya. Masyarakat yang tinggal di sini adalah orang Eurasia berketurunan Portugis yang hidup sebagai nelayan. Orang Portugis mengamalkan agama Katolik dan bercakap bahasa Cristang atau Cristao berdasarkan kajian mengenai bangsa

Portugis tentang bahasa dan budaya masyarakat Portugis di Perkampungan Portugis Melaka. Kristang merupakan bahasa utama yang dituturkan oleh masyarakat di sini manakala, budaya yang diamalkan oleh mereka sangat unik dan berlainan dengan budaya penduduk majoriti di sekelilingnya. Kebanyakan daripada mereka pula mengamalkan ajaran agama Kristian Katolik. Sejak berpuluh-puluh tahun masyarakat berketurunan Portugis telah menetap di Perkampungan ini. Oleh itu, berlaku proses pengaruh mempengaruhi antara masyarakat Portugis dengan masyarakat sekitarnya dari pelbagai latar bangsa dan agama. Faktor sosial dan ekonomi telah menggalakkan mereka untuk berinteraksi dengan penduduk berketurunan Melayu, Cina, India 4

dan lain-lain. Contohnya, dengan golongan berketurunan Cina bagi urusan jual beli dan golongan Melayu untuk tujuan perbidanan dan pendidikan. Sejarah kedatangan Portugis di Melaka Pendudukan awal komuniti berketurunan Portugis di Melaka bermula selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Bermula dari tarikh tersebut, sedikit demi sedikit orang-orang Portugis membentuk komuniti mereka sendiri dan mengamalkan kahwin campur dengan penduduk tempatan. Amalan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu. Portugis menduduki Melaka selama 130 tahun. Satu sejarah jangka masa penjajahan yang panjang. Pada awalnya Kedatangan Portugis ke Melaka kononnya mahu menjalinkan perhubungan persahabatan antara kerajaan Portugal dan Kerajaan Melaka. Pada hakikatnya kedatangan Portugis ke Timur dikaitkan dengan keinginan mereka untuk menghancurkan kerajaan Islam di Timur dan meneruskan perang salib seterusnya menyebarkan agama kristian di kalangan penduduk Melaka. Portugis mahu merampas kekayaan menerusi perdagangan rempah seperti lada hitam ,buah pala, bunga cengkih dan kulit kayu manis.Portugis berpendapat sekiranya mereka Berjaya mengambil alih pusat perdagangan Melaka, mereka akan berjaya merampas kekayaan itu daripada pedagang Islam. Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequiera dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan. Pada 10 Ogos 1511, angkatan laut yang terdiri kapal-kapal perang Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albuquerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan dari negara China.Kemudiannya, Sultan Mahmud Shah berpindah ke selatan dan mengasaskan Kesultanan Johor sebagai pusat dagangan saingan kepada Melaka. Dengan ibu kotanya di

pulau Bentan yang terletaknya berdekatan dengan Temasik (Singapura), Sultan Mahmud Shah menjadi ketua gabungan Melayu mencuba beberapa kali untuk menawan semula Melaka 5

namun gagal. Pada tahun 1525, Laksamana Hang Nadim berjaya mengepung Kota A Famosa sehingga pihak Portugis terpaksa membuat catuan makanan dari Goa.Pada 1526, pihak Portugis membalas serangan dengan seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dan memusnahkan ibu kota Bentan. Sultan Mahmud Shah melarikan diri ke Kampar,Sumatera.

Penempatan

masyarakat

berketurunan

Portugis

secara

berkelompok

mula

disusun.

Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar Melaka. Idea penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak tahun 1926 lagi. Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah ini telah dibeli dengan tujuan memberi bantuan membina rumah bagi masyarakat keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan budaya masyarakat Portugis. Tanah yang berpaya telah diterangkan dan sebanyak sepuluh rumah kayu lantai tanah. dan bumbung atap telah dibina.Pada tahun 1934, perkampungan ini berjaya dibina sepenuhnya. Dua orang paderi Katolik yang bertanggung jawab dalam usaha pembinaan perkampungan ini ialah Father Alvaro Manuel Coraodo dan Father Jules Pierre Francois. Sebab itulah perkampungan ini juga dikenali dengan nama Padre Sa Chang atau Tanah paderi. Perkampungan Portugis dahulunya dikenali dengan nama Perkampungan St. John.Pembinaan perkampungan ini juga adalah atas kesedaran kedua-dua paderi tersebut supaya penganut agama Kristian ini tidak perlu berulang-alik terlalu jauh meredah sungai dan laut untuk sampai ke gereja St. Peter. Mereka hanya pergi ke gereja yang berdekatan dengan perkampungan ini. Kedua-dua paderi ini juga meminta bantuan daripada Governor British Melaka untuk membeli tanah.Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penduduk Perkampungan Portugis telah dijalankan. Dalam mesyuarat pertama tersebut, nama-nama jalan di perkampungan tersebut telah ditetapkan. Selepas mesyuarat pertama tersebut, sedikit demi sedikit keluarga telah berjaya dipindahkan dan pada tahun 1935 sebanyak 10 buah rumah telah dibina di sepanjang Jalan Texeira. 3. Perkampungan Portugis ini diketuai oleh seorang Regedor atau Ketua

kampung dan beberapa orang anak buah yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi setiap folio yang terlibat. Tugas Regedor sama seperti tugas sebagai seorang ketua kampung yang terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Mereka dibayar elaun oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada masyarakat dan tanggungjawab yang dipikul.

6

Peter Thomas Gomez 50, Ketua Perkampungan atau Regedor berkata Portugis masih mengekalkan agama asal mereka iaitu Roman Katolik dan masih mengamalkannya sehingga hari ini. Peter, berkata, oleh kerana kalangan orang Portugis yang berhijrah ke sini berkahwin dengan penduduk tempatan, adat resam bangsanya juga kaya dengan unsur-unsur adat resam Melayu. "Kalau anda tengok orang Belanda, Inggeris dan Jepun yang datang ke sini, mereka tidak tinggalkan kebudayaan mereka tetapi orang Portugis ini lain sikit bukan datang untuk menakluk atau berdagang tetapi untuk integrasi," katanya. Banyak persamaan dengan adat resam Melayu Beliau berkata perkampungan itu dibina secara tersusun dengan reka bentuk rumah tidak jauh bezanya dengan rumah masyarakat Melayu. "Kami makan dengan tangan, kami makan belacan, kami makan cencaluk, kami makan rempah, kami makan nasi mungkin kerana jagung dan kentang susah nak dapat di sini," kata Peter. "Bila bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melawat perkampungan ini pada 1980an, beliau tengok rumah dan wajah orang kita (Portugis) macam orang Melayu, jadi beliau nak beri satu identiti sebab itu dibina Portugis Square di sini," katanya. Beliau berkata Portugis Square itu dibina serupa dengan yang terdapat di Lisbon, Portugal.Selepas lebih 500 tahun Portugis berada di Melaka dan banyak perkahwinan campuran, itu menyebabkan orang-orang portugis lebih mirip kepada orang Asia, cuma mungkin sedikit daripada rupa mata, hidung dan rambut ada ciri peninggalan orang Portugis," katanya.

Rumusan Di Malaysia, jumlah keseluruhan penduduk berketurunan Portugis ialah seramai 25,000 termasuk Portuguese Eurasian. Mereka bukan sahaja tertumpu di negeri Melaka sahaja tetapi terdapat juga di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor selain negara Singapura. Bancian pada tahun 1960 mendapati bahawa bilangan penduduk Nberketurunan Portugis ialah sebanyak 1500 orang. Menurut Baxter (1988: 29), terdapat lebih kurang 1300 orang yang terdapat di perkampungan ini.Panggilan orang Portugis: Orang grago, serani, dan Eurasian Orang Portugis dikenali sebagai orang Serani oleh penduduk setempat terutamanya orang Melayu merujuk kepada agama Nasrani yang dianuti oleh orang Portugis. Gragoh pula bermaksud geragau iaitu udang kecil yang biasa ditangkap oleh nelayan berketurunan Portugis. Lama kelamaan nama gragoh ini sesuai dengan merujuk kepada penduduk berketurunan Portugis.

7

RUJUKAN Sejarah Tingkatan 1( pp-47-48). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Perpustakaan Negara Malaysia.200 http://sejarahmalaysi.pnm.myportalBM/detailphp?section=01spesifik_id=1&tt1_id=1

Rujukan Akhbar Mstar online.4 Januari 2008

Kamus Dewan- Edisi Keempat. Dewan bahasa dan Pustaka

http://www.net.royalak/malaysia/malacca2htm.

8

Pendahuluan Penjajahan Portugis ke atas negeri Melaka selama 130 tahun meninggalkan banyak kesan sejarah dan warisan kebudayaan. Masyarakat keturunan Portugis muncul di Melaka selepas pihak Portugis menawan Melaka pada 1511. Dianggarkan kini terdapat 20,000 menetap di Malaysia.Orang keturunan Portugis di Malaysia,. masyarakatnya bebas mengamalkan agama dan adat resam yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Minoriti Portugis masih mengekalkan agama asal merekai iaitu Roman Katolik dan sehingga hari ini masih mempraktikkan tradisi mereka. Kristang merupakan bahasa utama yang dituturkan oleh masyarakat portugis di Melaka manakala, budaya yang diamalkan oleh mereka sangat unik dan berlainan dengan budaya penduduk majoriti di sekelilingnya. Melaka adalah satu-satunya negeri yang mempunyai penempatan Portugis yang diasaskan pada tahun 1930. Penduduknya menamakan perkampungan itu ialah Padre Sua Chang (Tanah Paderi) sempena dengan pengasasnya. Masyarakat yang tinggal di sini adalah orang Eurasia berketurunan Portugis yang hidup sebagai nelayan. Orang Portugis mengamalkan agama Katolik dan bercakap bahasa Cristang atau Cristao.Sejak berpuluh-puluh tahun masyarakat berketurunan Portugis telah menetap di perkampungan ini. Oleh itu, berlaku proses pengaruh mempengaruhi antara masyarakat Portugis dengan masyarakat sekitarnya dari pelbagai latar bangsa dan agama. Faktor sosial dan ekonomi telah menggalakkan mereka untuk berinteraksi dan berhubungan dengan penduduk berketurunan Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan golongan berketurunan Cina bagi urusan jual beli dan golongan Melayu untuk tujuan perbidanan dan pendidikan.

Pendudukan awal etnik berketurunan Portugis di Melaka bermula selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511. Dari tahun berikut sedikit demi sedikit orang-orang Portugis membentuk komuniti mereka sendiri dan mengamalkan kahwin campur dengan penduduk – penduduk tempatan. Amalan ini diteruskan semasa pemerintahan Belanda dan juga Inggeris di Tanah Melayu.Penempatan masyarakat berketurunan Portugis secara berkelompok mula diwujudkan. Perkampungan ini terletak di daerah Ujong Pasir iaitu kira-kira 3 kilometer dari pusat bandar 9

Melaka. Idea penubuhan perkampungan ini sebenarnya telah dibangkitkan sejak tahun 1926 lagi. Pada tahun 1933, 28 ekar tanah di daerah ini telah dibeli dengan tujuan memberi bantuan membina rumah bagi masyarakat keturunan Portugis yang miskin serta mengekalkan warisan budaya masyarakat Portugis. Tanah yang berpaya telah diterangkan dan sebanyak sepuluh rumah kayu lantai tanah dan bumbung atap telah dibina. Pada tahun 1934, perkampungan ini berjaya dibina sepenuhnya. Dua orang paderi Katolik yang bertanggung jawab dalam usaha pembinaan perkampungan ini ialah Father Alvaro Manuel Coraodo dan Father Jules Pierre Francois. Sebab itulah perkampungan ini juga dikenali dengan nama Padre Sa Chang atau Tanah paderi. Perkampungan Portugis dahulunya dikenali dengan nama Perkampungan St. John.Pembinaan perkampungan ini juga adalah atas kesedaran kedua-dua paderi tersebut supaya penganut agama Kristian ini tidak perlu berulang-alik terlalu jauh meredah sungai dan laut untuk sampai ke gereja St. Peter. Mereka hanya pergi ke gereja yang berdekatan dengan perkampungan ini. Kedua-dua paderi ini juga meminta bantuan daripada Governor British

Melaka untuk membeli tanah. Mesyuarat pertama ahli jawatankuasa penduduk Perkampungan Portugis telah dijalankan. Dalam mesyuarat pertama tersebut, nama-nama jalan di perkampungan tersebut telah ditetapkan. Selepas mesyuarat pertama tersebut, sedikit demi sedikit keluarga telah berjaya dipindahkan dan pada tahun 1935 sebanyak 10 buah rumah telah dibina di sepanjang Jalan Texeira.3Perkampungan Portugis ini diketuai oleh seorang Regedor atau Ketua kampung dan beberapa orang anak buah yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi setiap folio yang terlibat. Tugas Regedor sama seperti tugas sebagai seorang ketua kampung yang terdapat di tempat-tempat lain di Malaysia. Mereka dibayar elaun oleh kerajaan sebagai sumbangan kepada masyarakat dan tanggungjawab yang dipikul. Di Malaysia, jumlah keseluruhan penduduk berketurunan Portugis ialah seramai 25,000 termasuk Portuguese Eurasian. Mereka bukan sahaja tertumpu di negeri Melaka sahaja tetapi terdapat juga di negeri-negeri lain seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor selain negara Singapura. Bancian pada tahun 1960 mendapati bahawa bilangan penduduk berketurunan Portugis ialah sebanyak 1500 orang. Menurut Baxter (1988: 29), terdapat lebih kurang 1300 orang yang terdapat di perkampungan ini.Panggilan orang Portugis: Orang grago, serani, dan Eurasian Orang Portugis dikenali sebagai orang Serani oleh penduduk setempat terutamanya orang Melayu merujuk kepada agama Nasrani yang dianuti oleh orang Portugis.Gragoh pula

10

bermaksud geragau iaitu udang kecil yang biasa ditangkap oleh nelayan berketurunan Portugis. Lama kelamaan nama gragoh ini sesuai dengan merujuk kepada penduduk berketurunan Portugis.Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini bahawa kesinambungan bahasa, agama dan budaya golongan berketurunan Portugis ini berterusan semasa pemerintahan Belanda dan Inggeris. Semasa pendudukan Inggeris, golongan ini mula dikenali sebagai “Eurasian”. “4 During the British rule, the Malay Portuguese community started being called Eurasians. The two expressions are going to be used as synonyms because the Portuguese community had assimilated the Dutch descendants who had accepted the Portuguese customs, the Catholic religion and the Portuguese language”. (Muzzi, 2002:43-44)Daus (1989:19) juga mempunyai pendapat yang sama tentang istilah “Eurasian” dan istilah ini lebih kerap digunakan berbanding dengan istilah Portugis. “ It is not by accident that the name” “Portuguese” is used less frequently in official statements “ nowadays than the term “Eurasians of Portuguese origin”. The new term suggests not only a racial mixture of Europe and Asia but also a special mixed culture which is the sum total of cultures inherited from both continents. Walaupun mereka mempunyai nama berbeza tetapi istilah tersebut merujuk kepada masyarakat yang sama, iaitu keturunan Portugis yang mendapat taraf bumiputera di negara ini.Kewujudan golongan minoriti berketurunan Portugis di Melaka telah menyebabkan Melaka merupakan negeri yang unik berbanding dengan negeri-negeri yang lain di negara ini. Keunikan ini terbukti kerana golongan minoriti ini masih bebas mengamalkan bahasa, agama dan budaya mereka tanpa ada sekatan dari mana-mana pihak. Kajian tentang bahasa Kristang secara serius telah dikaji oleh Baxter (1984) melalui tesis Phd beliau dan kemudian diterbitkan pada tahun 1988 dengan tajuk “A grammar of Kristang”. Kajian menyeluruh mengenai aspek tatabahasa Kristang termasuk sistem vokal dan konsonan bahasa ini telah dapat dikenal pasti. Berdasarkan kajian beliau sebanyak 6 vokal dan 19 konsonan dalam bahasa Kristang. Kajian tentang budaya masyarakat Portugis atau Kristang pula telah dikaji oleh Sarkissian (1995) dan Nunes (2001) terutamanya berkaitan dengan lagu tradisi dan tarian tradisional. Sarkissian (1995) menumpukan kepada identiti dan ciri-ciri etnik Portugis di 6 Perkampungan Portugis. Kajian beliau telah menunjukkan bahawa etnik minoriti ini masih mengekalkan ciri-ciri budaya mereka yang tersendiri terutamanya melalui lagu yang popular iaitu Jingkli Nona dan juga tarian. Tarian joget Melayu juga dikatakan mempunyai persamaan dengan tarian branyo yang popular di kalangan orang Portugis di sini.

11

Data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada kajian lapangan yang telah dijalankan di Perkampungan Portugis. Kajian lapangan dilakukan untuk mendapat data bahasa Kristang yang berupa penyenaraian kata berdasarkan golongan kata tertentu.Beberapa teknik telah digunakan dalam kajian ini, iaitu teknik pemerhatian, temu bual dan rakaman. Berdasarkan teknik pemerhatian, rakaman berdasarkan perbualan di kalangan penduduk setempat. Rakaman perbualan aktiviti-aktiviti seharian adalah seperti di pasar, di restoran dan di muzium.Teknik temu bual pula dilakukan dengan memilih informan di kalangan penduduk di sini. Kemudian sebutan perkataan demi perkataan bagi setiap kata bahasa Kristang. Bahasa, budaya dan agama masyarakat Portugis mempengaruhi masyarakat majoriti. Tiga bahasa utama yang digunakan oleh penduduk di sini ketika berkomunikasi, iaitu Kristang atau Kreol Portugis Melaka (KPM), bahasa Inggeris (BI) dan bahasa Melayu (BM). Berdasarkan pemerhatian pengkaji, bahasa Kristang digunakan dalam urusan seharian seperti dalam domain jual beli, perkerjaan, keluarga, kejiranan, persahabatan, hiburan dan keagamaan. 7 Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa asing terpenting menjadi lebih dominan dan merupakan saingan bahasa Kristang. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara digunakan semasa berkomunikasi dengan tetamu/pelawat, sahabat dan jiran tetangga. Semenjak penjajahan Portugis pada abad ke-16 lagi, bahasa Kristang terus bertahan dan mengalami beberapa persaingan daripada bahasa-bahasa lain. Terdapat tiga peringkat yang telah dilalui oleh bahasa Kristang, iaitu peringkat pemeliharaan bahasa (language

maintanence) di mana penduduk di sini sejak pemerintahan Belanda dan British menggunakan bahasa ini ketika berkomunikasi satu sama lain. Peringkat kedua ialah peringkat anjakan bahasa (language shift)iaitu bahasa ini mengalami persaingan dengan bahasa-bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Inggeris sangat dominan terutamanya semasa pemerintahan British dan ramai daripada mereka yang berpendidikan Inggeris. Bahasa Kristang juga mengalami persaingan dari bahasa Melayu terutamanya selepas merdeka. Selepas kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi. Penduduk Tanah Melayu selepas merdeka memerlukan satu bahasa yang dapat menyatukan pelbagai etnik, budaya dan bahasa. Jadi bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan bagi memupuk identiti dan perpaduan kebangsaan di kalangan rakyat (Asmah Haji Omar, 1979: 13). Penubuhan sekolah menengah aliran Melayu pada 1958 telah mengangkat martabat bahasa Melayu. Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di

12

sekolah bermula pada 1960. Seterusnya, bahasa Melayu juga telah menjadi bahasa pengantar, penyediaan kurikulum dan peperiksaan awam di sekolah-sekolah (Gill, 2003:146). Peristiwaperistiwa tersebut telah menyebabkan ramai penduduk keturunan Portugis yang mempunyai pendidikan aliran Inggeris dan Melayu dan dengan itu penggunaan bahasa Kristang mula berkurangan. Peringkat ketiga ialah peringkat anjakan bahasa patah balik (riversing language shift) di mana bahasa ini mengalami pemeliharaan semula (Asmah Haji Omar, 2006:17) Pemeliharaan ini adalah atas kesedaran komuniti Portugis sendiri. Terdapat program-program pemeliharaan

bahasa Kristang yang dijalankan oleh mereka yang mahir dengan bahasa tersebut. Salah seorang daripada mereka ialah Joan Margaret Marbeck yang cuba menghidupkan kembali penggunaan bahasa ini di kalangan orang muda terutamanya pelajar. Beberapa sekolah telah dipilih ialah SMK Convent Canossa, SMK St. Francis, Sekolah Menengah Padang Temu dan SMK Convent Infant Jesus. Antara contoh aktiviti yang beliau lakukan ialah kelas bahasa, pertandingan membaca puisi, drama, tarian dan sebagainya dengan kerjasama syarikat swasta. (New Straits Time: Julai 2007).Sesetengah nama tempat di Melaka mendapat merupakan pengaruh bahasa Kristang. Contohnya ialah Tengkera, Banda Kaba, Bukit Senjuang dan Praya Lane. Tengkera dalam bahasa Portugis Standard bermaksud kawasan yang selamat. Kawasan Tengkera yang ada sekarang ini dahulunya merupakan pintu masuk bagi orang luar. Pengaruh budaya Portugis Masyarakat Portugis sentiasa ceria dan gembira dalam menjalani kehidupan seharian. Kegembiraan mereka dapat diluahkan melalui tarian, muzik dan juga lagu-lagu yang dinyanyikan. Berhubung dengan tarian Portugis, ia ada kaitan dengan sejarah pemerintahan Portugis di sini. Pengaruh kuat tarian Portugis ini telah meresap ke dalam tarian Melayu seperti yang dapat kita lihat dalam tarian Joget. 9 Pengaruh bahasa dan budaya Melayu ke atas masyarakat Portugis..Kaum Portugis di Melaka menyediakan kehidupan tradisional, bahasa, adat resam dan musik yang ternyata unik. Tariannya yang paling popular adalah Beranyo dan Frapeirra. Festival Kristian juga di sambut dengan hebat termasuk Hari Krismas, Pesta San Pedra dan Easter. Populariti masyarakat minoriti Portugis di Ujong Pasir, sememangnya telah lama diketahui umum, kemasyhuran kaum itu bukan sahaja kerap disebut penduduk tempatan malah dikenali pelancong luar negara.Ini kerana, masyarakat Portugis mempunyai latar belakang kebudayaan

13

dan identiti tersendiri. Ia secara tidak langsung menarik minat kaum lain untuk mengkaji kewujudan serta keistimewaan masyarakat Portugis yang wujud di Melaka sejak penjajahan Portugis ke atas negeri Hang Tuah ini pada tahun 1511.Selain loghatnya yang asing, kaum ini juga hebat dalam membuat persembahan tarian dan nyanyian malah ia sering menjadi hiburan rasmi kerajaan negeri dalam sebarang bentuk program tempatan mahupun di luar negara. Kampung Portugis sering menjadi perhatian pelancong tempatan dan luar negara.Bagi pelancong dari luar seperti Jerman, Amerika Syarikat, Belanda, Belgium dan England, berkunjung ke Melaka pastinya Kampung Portugis menjadi salah satu destinasi kunjungan mereka. Bulan Julai adalah tarikh yang terus menjadi ingatan kepada pelancong untuk melihat dan merasai Pesta San Pedro atau dikenali sebagai Hari Nelayan yang diadakan setiap tahun. Pesta itu diraikan selama seminggu setiap kali menjelangnya akhir bulan Jun setiap tahun. Pesta ini mula disambut di Melaka pada tahun 1994 dan dijadikan pesta tradisi di mana sepanjang seminggu pesta ini disambut, semua bot nelayan kaum Portugis di kampung itu akan dihias indah.Sepanjang seminggu pesta berlangsung, segala jenis makanan tradisi kaum itu juga akan disajikan kepada tetamu sambil dihiburkan dengan nyanyian dan persembahan. Lebih menarik tarian kebudayaan dan nyanyian dari kaum Portugis sendiri diserikan dengan kumpulan muzik yang diundang dari luar Melaka.Mereka yang pernah bertandang ke kampung ini pasti dihiburkan dengan lagu kegemaran masyarakat Portugis iaitu Kon binhu na mang, mas forsa bala yang bermaksud 'dengan segelas wain di tangan tarian akan menjadi lebih menarik'. Bagi penduduk Portugis sendiri, Pesta San Pedro bukan sahaja mampu meningkatkan populariti kampung itu malah memberi pendapatan tambahan kepada penduduk sendiri. Menurut Maureen De Roche, 36, satu ketika dulu, Pesta San Pedro semakin dilupakan oleh generasi muda kaum itu namun hasil komitmen kumpulan masyarakat terdahulu, akhirnya pesta itu berjaya dipopularkan semula.Pada hari ini, katanya, Pesta San Pedro semakin popular dan menjadi acara hiburan tahunan kerajaan negeri malah turut mendapat tumpuan kerajaan pusat. ''Sebagai anak jati kampung ini, saya bangga dilahirkan di perkampungan Portugis, saya bangga dengan perubahan wajah kampung ini yang sentiasa maju dengan pembangunannya setiap tahun.''Paling membanggakan, perubahan yang dibuat langsung tidak mengubah identiti penduduk Portugis," katanya.Bagi Kimberly Caroline, 15, walaupun dia merupakan generasi baru Portugis di kampung tersebut tetapi dia tidak pernah merasa bosan untuk mempelajari asal usul nenek moyangnya di kampung itu.''Sebelum ini saya agak pelik melihat ramai pelancong asing malah di kalangan orang Melayu, Cina dan India datang ke kampung saya

14

semata-mata ingin mempelajari tentang budaya masyarakat Portugis," katanya.Beliau merasa bangga kerana kebudayaan nenek moyangnya itu diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Pengaruh bahasa Pengaruh perkataan Melayu dalam bahasa Kristang dapat dikategorikan kepada beberapa jenis kata seperti kata nama, kata sifat dan kata kerja dan kata supraayat. 1) Kata nama-Kata nama boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti kata nama kumpulan (hiponim), kata nama ukuran dan kata nama gandaan. a) Kata nama kumpulan seperti kumpulan binatang, buah, sayur-sayuran dan kenderaan Kata nama binatang: blaŋkas (belangkas), ampeh (ampai-ampai), caciŋ (cacing), cica(cicak), Kata nama sayuran : botor (kacang botor), kaladi (keladi), ləŋkuas (lengkuas), kacaŋ (kacang)Kata nama buah: jambu (jambu), maŋga (mangga), rambutan (rambutan)Kata nama badan: təngkoh (tengkuk), siku (siku), dagu (dagu), kətiyah (ketiak) Kata nama kenderaan: toŋkaŋ (tongkang), praw (perahu) b) Kata nama ukuran ialah seperti ganta (gantang), inci (inci), kati (kati) c) Kata nama gandaan Kata nama gandaan merupakan kata gandaan seluruh kata, kata gandaan suku kata pertama dan juga kata gandaan berima (Asmah Haji Omar, 2008:56). Walau bagaimanapun, kata nama gandaan dalam bahasa Kristang lebih merujuk kepada makna jamak dari segi jumlah dan jenisnya seperti albi-albi (pokok-pokok), macu-macu (budak-budak) dan -

(ayamayam). Kata guru-guru pula merujuk kepada bunyi guruh sabung menyabung. Selain itu, terdapat kata gandaan yang sama seperti bahasa Melayu yang merujuk kepada binatang, iaitu laba-laba (labah-labah). 2) Kata sifat

15

Kata sifat adalah subgolongan dari golongan kata karyaan dan mempunyai fungsi dalam ayat yang sama denga kata kerja tak transitif, iaitu kedua-duanya tidak mengambil objek (Asmah Haji Omar, 1993: 130). Kata sifat juga dikenali sebagai kata yang menerangkan kata nama (Asmah Haji Omar, 2008: 112).Antara contoh kata sifat yang berasal dari bahasa Melayu ialah kata sifat indera bau seperti amis (hamis), kata sifat indera pandang seperti kacah (kacak), kata sifat indera sentuh seperti tompol (tumpul), kata sifat kognisi seperti jinadu (jinak), kata

3) Kata kerja Kata kerja ialah kata yang berfungsi pada predikat dalam ayat Subjek-Predikat-(Objek)-(Ajung) (Asmah Haji Omar, 1993: 81). Kata kerja dalam bahasa Melayu mempunyai kemungkinan untuk menjadi kata kerja berlapis dan kata kerja majmuk (Asmah Haji Omar, 2008:89).11Antara contoh kata kerja dapat dikenal pasti berasal dari bahasa Melayu ialah seperti ʔaluh (halau, menghalau), cubah (cuba, mencuba) dan kətoh (ketuk, mengetuk). 4) Kata supraayat Kata supraayat ialah kata yang penggunaannya hanya jelas dalam hubungan antara ayat (Asmah Haji Omar, 1993: 148).Antara contoh kata supraayat bahasa Kristang yang berasal dari bahasa Melayu yang dapat dikenal pasti ialah seperti pon (pun) dan seja (sahaja).Lampiran 1 Pengaruh pantun Melayu Pantun. Jika kita perhatikan struktur lagu dalam bahasa Kristang, lagu tersebut menyamai pantun yang mempunyai rima akhir a,b,a,b. Ini menunjukkan bahawa penduduk keturunan Portugis di sini sudah terdedah dengan irama pantun Melayu sejak dahulu lagi. Contohnya ialah seperti lagu Jingkli Nona seperti di bawah (Lampiran 2 untuk lirik penuh): Jingkli-nona, Jingkli-nona yo kereh kazah (2x) Kaza nteh porta nteh kai logu pasah. (2x) Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x) 16

Jingkli-nona, Jingkli-nona yo kereh andah, (2x) Raskundeh o mia nona pra mandah kung yo santah. (2x) Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)12 Walau bagaimanapun, orang-orang Portugis terutamanya orang tua-tua bijak berpantun sama ada semasa menyanyi, pantun dondang sayang atau pantun dalam upacara merisik. Pantun biasa digunakan semasa upacara merisik di mana pihak rombongan lelaki datang ke rumah pihak perempuan untuk menyampaikan hajat meminang anak gadis. Pihak lelaki dan perempuan akan berbalas-balas pantun. Jika tidak berpantun, mereka akan cuba berkias-kias. Pengaruh budaya Melayu Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak, jururawat dari hospital akan datang untuk memeriksa kesihatan bayi mungkin untuk beberapa minggu. Jika tidak ada apa-apa masalah, selepas pantang pihak keluarga akan mencari bidan kampung yang dipanggil daya untuk mengurut ibuibu, memakaikan bengkung, bedak dan sebagainya. Bidan Melayu yang mempunyai pengalaman bekerja sebagai jururawat biasanya akan dipanggil dengan bayaran lebih kurang RM 120.00 seminggu. Ibu-ibu selepas bersalin perlu berpantang. Oleh kerana bidan yang merawat ialah orang Melayu maka cara berpantang juga adalah seperti adat orang Melayu. Cara mereka berpantang adalah sama seperti orang Melayu seperti memakai bengkung, berpupuk, makan makanan yang berebus dan biasa meletakkan halia dalam makanan untuk membuang angin dalam badan. Mereka pantang terkena air sejuk. Jadi, hal-hal penjagaan anak seperti mandi akan diuruskan oleh orang lain seperti daya. Ibu, adik beradik dan saudara terdekat hanya membantu urusan-urusan lain.

Kesimpulan Secara amnya komuniti Portugis di Perkampungan Portugis yang telah dibincangkan di atas dapat dijelaskan berdasarkan pengaruh bahasa dan budaya. Perbincangan tentang

perkaraperkara tersebut dapat memberikan kita pengetahuan tentang etnik Portugis di sini. Pengetahuan ini penting dalam usaha untuk memahami penggunaan bahasa dan ciri-ciri 17

kebahasaan di perkampungan ini. Berdasarkan kajian pengaruh bahasa Melayu dalam bahasa Kristang, sebanyak 107 patah perkataan telah dapat dikenal pasti.Penerapan budaya dari luar seperti Melayu dan Cina telah mengakibatkan berlakunya evolusi dalam budaya Portugis seperti yang tergambar dalam kelahiran, perkahwinan dan kematian. Adanya organisasi dan hubungan sosial serta kesenian membolehkan tradisi, dan identiti budaya Portugis dapat dikekalkan dan dipelihara. Penerimaan budaya Portugis Melaka dalam budaya Melayu pula dapat kita lihat seperti yang tergambar dalam tarian Joget. Hubungan budaya komuniti Portugis dengan budaya Melayu dan Cina menyebabkan berlakunya asimilasi budaya. Dalam upacaraupacara keagamaan, kepercayaan, adat, pantang larang, perayaan dan pesta yang dijalankan di sini telah dapat memperlihatkan pengukuhan lambang etnik Portugis sebagai penganut agama Kristian Katolik.Dapat kita katakan bahawa penduduk di sini masih mengekalkan ciri-ciri semiotik iaitu bahasa Portugis, budaya Portugis dan agama Kristian Katolik. Sistem semiotik seperti yang dijelaskan oleh Asmah Hj. Omar (2006: 6) ialah “Sistem yang menggunakan lambang-lambang dalam menggambarkan fikiran, kepercayaan, cita-cita dan cara hidup manusia”.

18

Rujukan Asmah Haji Omar, 1979. Language planning for unity and efficiency: a study of the language status and corpus planning of Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya . Asmah Haji Omar, 1993. Nahu Melayu Mutakhir, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. ______________, 2006. Bahasa Melayu di Samudera: Benih yang Baik Menjadi Pulau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

______________, 2008. Nahu Kemas Kini: Panduan Bahasa Yang Baik Dan Betul, Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Baxter, Alan. N, 1984. Kristang (Malacca Creole Portuguese). Tesis kedoktoran, Australian National University.

_____________, 1988. A Grammar of Kristang (Malacca Creole Portuguese). Department of Linguistics, Research School of Pacific Studies, Australian National University.

Daus, Ronald. 1989. Portuguese Eurasian Communities in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.

Gill, Saran Kaur. 2003. “Medium-of-Instruction Policy in Higher Education in Malaysia: Nationalism Versus Internationalization”, dalam Medium of Instruction Policies: Which 19

Agenda? Whose Agenda, TOLLEFSON, James, W., e TSUI, Amy, Lawrence Erlbaum Associates Publishers, Mahwah, New Jersey, London, pp. 135-152 . Muzzi, Geraldo Alfonso. 2002. The Portuguese in the Malay land: a glossary of Portuguese words in the Malay language. Malaysia: Geraldo Alfonso Muzzi Publisher.

Sarkissian, Margaret. 1995. Press"Sinhalese Girl" Meets "Aunty Annie": Competing Expressions of Ethnic Identity in thePortuguese Settlement, Melaka, Malaysia, in Asian Music, Vol. 27, No. 1 (Autumn, 1995 - Winter, 1996), pp. 37-62, University of Texas Press.16 Nunes, Mario. 2001. Portuguese folklore sung by Malaccan kristang groups and the issue of decreolization, in Jurnal Bahasa Moden, Volume 13.

Rujukan Akhbar New Straits Time: Julai 200717

20

Lampiran 1 Senarai kata bahasa Kristang dalam bahasa Melayu mengikut golongan kata Kata nama ama hama amoku amok ampas hampas ampeh ampai-ampai bakah baka bangsal bangsal běndi bendi bibingka bingka bisol bisul blacan belacan blaŋkas belangkas bokaras buah keras botor kacang botor buyaŋ buyong caciŋ cacing 21

chaŋkol cangkul cica cicak cincaloh cencalok cincaw cincau cinchorot cencurut cubeh cubit18 cupa cupak dabi dawai dagu dagu damar damar daya dayah inang/pengasuh dodol dodol duyoŋ duyung gala galah ganta gantang gayoŋ gayung gəlaŋ gelang goni guni gragoh geragau gudang gudang guru-guru guruh sabung menyabung ikal ikal

22

inci inci jambu jambu jantung jantung pisang kacaŋ kacang kajaŋ kajang (tikar) kaladi keladi kandaŋ kandang kati kati19 kraŋ kerang kətiah ketiak kuwaci kuaci kudidi kedidi kutaŋ kutang laba-laba labah-labah laŋ helang laoh lauk laras laras ləŋkuwas lengkuas maŋga mangga masa-masa masak-masak, bermain masak-masak pagar pagar paraŋ parang

23

piŋga pinggang piriŋ piring praw perahu pulut pulut rabana rebana rəbaŋ reban saroŋ sarung səŋat sengat səreh serai siku siku20 siput siput siseh sisir suwasa suasa suku suku surami serambi təŋkoh tengkuk tete tetek toŋ tong toŋkah tongkat toŋkaŋ tongkang tontoŋ tuntung Kata sifat

24

amis hamis brani berani jinadu jinak kacah kacak kosoŋ kosong tompol tumpul Kata kerja aluh halau (menghalau) caŋkol mencangkul cubah cuba (mencuba)21 cubeh cubit (mencubit) elah elak (mengelak) iris hiris (menghiris) jadi jadi (menjadi) kacoh kacau (mengacau) kətoh ketuk (mengetuk) koreh korek (mengorek) kukus kukus (mengukus) kunyal kunyah (mengunyah) laŋgah langgar (melanggar) latah latah

25

rabah raba (meraba) tampal tampal (menampal) tolah tolak (menolak) Kata partikel lah lah Kata supraayat pon pun seja sahaja

26

Lampiran 2 Jingkli-nona, Jingkli-nona Jingkli-nona, Jingkli-nona yo kereh kazah (2x) Kaza nteh porta nteh kai logu pasah. (2x) Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x) Jingkli-nona, Jingkli-nona yo kereh andah, (2x) Raskundeh o mia nona pra mandah kung yo santah. (2x) Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x) Jingkli-nona, Jingkli-nona yo podi saportah, (2x) Kontu bibeh kung lembransa fasal bida logu pasah. (2x) Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x) Jingkli-nona, Jingkli-nona

27

nang fikah midu, (2x) Yo kuntenti mutu nang podi fikah saltadu. (2x) Korus: Teng, kantu teng, kontu teng, falah nteng (2x)

28

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->