You are on page 1of 7

Bab

Aset, Liabiliti dan Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja > Sistem Catatan Bergu

Anda telah mempelajari pengembangan persamaan perakaunan seperti di bawah:

Aset

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

Apabila diambil kira untung bersih, persamaan akan menjadi seperti berikut:

Aset = Liabiliti + Ekuiti Pemilik + Untung Bersih


Untung bersih pula dikembangkan seperti berikut:

Aset

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

Hasil

Belanja

Akhir sekali, persamaan ditulis seperti berikut:

Aset

Belanja

Liabiliti

Ekuiti Pemilik

Hasil

Mengikut prinsip catatan bergu, setiap urusniaga akan memberi kesan kepada sekurangkurangnya dua akaun, satu akaun didebitkan, dan satu lagi akaun dikreditkan. Kedudukan akaun sama ada di sebelah debit atau kredit merujuk kepada pengembangan terakhir persamaan perakaunan.

Aset

Belanja

Liabiliti

Ekuiti Pemilik Akaun-akaun KREDIT

Hasil

Akaun-akaun DEBIT

> Pengenalan kepada debit dan kredit. Debit dan Kredit adalah suatu sistem yang digunakan di dalam perakaunan untuk menjejak pergerakan keluar dan masuk tunai (transaksi / urusniaga) dalam sesebuah akaun. Urusniaga sesebuah akaun direkod menggunakan dua lajur; iaitu debit (lajur sebelah kiri) dan kredit (lajur sebelah kanan). Mengasingkan debit dan kredit di dalam lajur yang berasingan membolehkan setiap satunya direkod dan dijumlahkan secara berasingan. Jumlah yang lebih kecil akan ditolak daripada jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan baki akaun. Oleh itu, sesuatu akaun boleh mempunyai baki sama ada disebelah debit (kiri) atau di sebelah kredit (kanan). Istilah debit berasal daripada perkataan Latin debitum dan diringkaskan sebagai dt manakala kredit berasal daripada perkataan Latin credere dan diringkaskan sebagai kt.
debitum that which is owing credere to trust or believe Rujukan: www.en.wikipedia.org/wiki/Debit

Rajah di bawah menunjukkan sebuah akaun T: Nama Akaun

Debit
Catatan di sebelah kiri akaun

Kredit
Catatan di sebelah kanan akaun

Akaun aset dan belanja, yang mewakili sumber-sumber yang digunakan oleh perniagaan, merupakan akaun debit.
Peningkatan baki dalam akaun tersebut dibuat melalui catatan di sebelah debit, manakala pengurangan baki dibuat melalui catatan di sebelah kredit.

Akaun liabiliti, ekuiti pemilik dan hasil, yang mewakili sumbersumber dana bagi perniagaan, merupakan akaun kredit.
Peningkatan baki dalam akaun tersebut dibuat melalui catatan di sebelah kredit, manakala pengurangan baki dibuat melalui catatan di sebelah debit.

Berikut ialah persamaan perakaunan beserta contoh-contoh akaun: Debit

= Belanja = Liabiliti +

Kredit

Aset

Ekuiti Pemilik
- modal - modal tambahan

Hasil

Peningkatan Debit Pengurangan Kredit


Aset bukan semasa - kenderaan - bangunan - perabot - alatan pejabat Belanja kendalian dan bukan kendalian. - belian - sewa dibayar - gaji & upah - dan lain-lain Kontra kepada ekuiti - ambilan Liabiliti bukan semasa - pinjaman bank - gadai janji

Peningkatan Kredit Pengurangan Debit


Hasil kendalian dan bukan kendalian - jualan - hasil perkhidmatan - sewa diterima - komisen diterima - dan lain-lain

Aset semasa - tunai & bank - penghutang - stok - belanja terdahulu - hasil terakru

Liabiliti semasa - pemiutang - overdraf bank - belanja terakru - hasil terdahulu

Bagi merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu, adalah penting untuk anda: a) Mengenalpasti nama akaun-akaun yang terlibat b) Mengetahui sifat akaun-akaun tersebut sama ada ianya aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil atau belanja. c) Mengenalpasti kesan urusniaga tersebut ke atas akaun-akaun yang terlibat (berlaku peningkatan baki atau pengurangan baki).

> Merekod urusniaga mengikut sistem catatan bergu ke dalam Jurnal Am. Jurnal Am adalah salah satu buku catatan pertama perakaunan, selain daripada Jurnal Khas dan Buku Tunai. Kita akan terlebih dahulu menggunakan Jurnal Am untuk merekod bagi membina kefahaman asas tentang perekodan mengikut sistem catatan bergu. Format Jurnal Am adalah seperti di bawah: Tarikh Butir Fol Debit Kredit

Contoh urusniaga: a. Urusniaga: Pemilik memulakan perniagaan dengan membawa masuk tunai di bank RM10 000 dan kenderaan RM 20 000. Analisis urusniaga: Tentukan sama ada - Bank (aset) meningkat RM10 000 - Debit akaun didebit atau - Kenderaan (aset) meningkat RM20 000 - Debit dikreditkan - Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM30 000 - Kredit Tarikh a. Butir Bank Kenderaan Modal (Memulakan perniagaan dengan aset di atas)
Akaun kredit dijarakkan dari margin

Fol

Debit 10 000 20 000

Kredit

30 000

b. Urusniaga: Membeli perabot pejabat RM1 500. Bayaran dibuat dengan cek. Analisis urusniaga: - Perabot (aset) meningkat RM1 500 - Debit - Bank (aset) berkurang RM1 500 - Kredit Tarikh b. Butir Perabot Bank (Membeli perabot secara tunai) Fol Debit 1 500 1 500 Kredit

c. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM1 000 dan dibayar dengan cek. Nota: Semua pembelian barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Belian, bukan Akaun Stok. Analisis urusniaga: - Belian (belanja) meningkat RM1 000 - Debit - Bank (aset) berkurang RM1 000 - Kredit Tarikh c. Belian Bank (Membeli stok secara tunai) Butir Fol Debit 1 000 1 000 Kredit

d. Urusniaga: Membuat belian barang niaga (stok) bernilai RM4 000 secara kredit daripada Kedai Borong Abu. Analisis urusniaga: - Belian (belanja) meningkat RM4 000 - Debit - Pemiutang (liabiliti) meningkat RM4 000 - Kredit Tarikh d. Belian Kedai Borong Abu (Membeli stok secara kredit) Butir Fol Debit 4 000 4 000 Kredit

Nota: Bagi urusniaga secara kredit, iaitu melibatkan penghutang atau pemiutang, gunakan nama mereka sebagai nama akaun penghutang atau pemiutang tersebut.

e. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) pada harga RM1 000, bayaran diterima secara tunai. Nota: Semua urusniaga jualan barang niaga (stok) akan direkodkan di dalam Akaun Jualan, bukan Akaun Stok. Analisis urusniaga: - Tunai (aset) bertambah RM1 000 Debit - Jualan (hasil) bertambah RM1 000 - Kredit Tarikh e. Tunai Jualan (Menjual stok secara tunai) Butir Fol Debit 1 000 1 000 Kredit

f. Urusniaga: Membuat jualan barang niaga (stok) secara kredit kepada Yusri RM500. Analisis urusniaga: - Penghutang (aset) meningkat RM500 - Debit - Jualan (hasil) meningkat RM500 - Kredit Tarikh f. Yusri Jualan (Menjual stok secara kredit) Butir Fol Debit 500 500 Kredit

g. Urusniaga: Membayar bil elektrik, air dan telefon RM250 secara tunai. Nota: Bil elektrik, air dan telefon digantikan dengan kadar bayaran. Analisis urusniaga: - Kadar bayaran (belanja) meningkat RM250 - Debit - Tunai (aset) berkurang RM250 - Kredit

Tarikh g.

Butir Kadar Bayaran Tunai (Membayar bil-bil secara tunai)

Fol

Debit 250

Kredit 250

h. Urusniaga: Pemilik membawa masuk komputer milik peribadi bernilai RM3 500 ke dalam perniagaan. Nota: Aset milik peribadi pemilik yang dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan akan direkod sebagai pertambahan dalam aset yang dibawa masuk dan juga modal. Analisis urusniaga: - Peralatan Pejabat (aset) meningkat RM3 500 - Debit - Modal (ekuiti pemilik) meningkat RM3 500 - Kredit

Tarikh h.

Butir Peralatan Pejabat Modal (Pemilik membawa masuk komputer ke dalam perniagaan)

Fol

Debit 3 500

Kredit 3 500

i. Urusniaga: Pemilik membuat ambilan tunai RM100 untuk membayar tuisyen anaknya. Nota: Pemilik mengambil tunai perniagaan untuk kegunaan peribadi (ambilan). Ambilan merupakan kontra kepada ekuiti pemilik (mengurangkan modal), tetapi tidak direkod terus ke dalam akaun modal. Sebaliknya Akaun Ambilan digunakan. Ini bertujuan untuk mengesan jumlah ambilan yang telah dibuat oleh pemilik pada akhir tempoh perakaunan. Analisis urusniaga: - Ambilan (kontra ekuiti pemilik) meningkat RM100 - Debit - Tunai (aset) berkurang RM100 - Kredit Tarikh i. Butir Ambilan Tunai (Pemilik mengambil tunai untuk kegunaan peribadi) Fol Debit 100 100 Kredit

j. Urusniaga: Pemilik mengambil stok barang niaga RM200 untuk tujuan promosi perniagaannya. Nota: Pemilik mengambil stok untuk tujuan promosi (kegunaan perniagaan). Kos barang RM200 akan dianggap sebagai belanja promosi dan bukan sebagai ambilan. Akaun ambilan hanya digunakan untuk ambilan bagi tujuan peribadi. Analisis urusniaga: - Promosi (belanja) meningkat RM200 - Debit - Belian (belanja) berkurang RM200 - Kredit Tarikh Butir Fol Debit Kredit

j.

Promosi Belian (Mengambil stok untuk promosi)

200
200

k. Urusniaga: Membuat pulangan barang niaga kepada Kedai Borong Abu RM100 kerana tersalah jenama. Nota: Di sini berlaku pulangan belian (rujuk urusniaga (d), belian kredit daripada Kedai Borong Abu). Pulangan belian adalah kontra kepada belian (mengurangkan belian) tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Belian. Hutang perniagaan kepada Kedai Borong Abu juga berkurang disebabkan pulangan ini. Analisis urusniaga: - Pemiutang (liabiliti) berkurang RM100 - Debit - Pulangan Belian (kontra belian) meningkat RM100 - Kredit Tarikh k. Butir Kedai Borong Abu Pulangan Belian (memulangkan barang salah jenama) Fol Debit 100 100 Kredit

l. Urusniaga: Yusri membuat pulangan barang bernilai RM 50 kerana rosak. Nota: Di sini berlaku pulangan jualan (rujuk urusniaga (f), jualan kredit kepada Yusri). Pulangan jualan adalah kontra kepada jualan (mengurangkan jualan) tetapi akan direkod ke dalam Akaun Pulangan Jualan. Hutang Yusri kepada perniagaan juga berkurang disebabkan pulangan ini. Analisis urusniaga: - Pulangan Jualan (kontra jualan) meningkat RM50 - Debit - Penghutang (aset) berkurang RM50 - Kredit Tarikh l. Butir Pulangan Jualan Yusri (Yusri memulangkan barang kerana rosak) Fol Debit 50 50 Kredit

Cuba Sendiri!
Berikut ialah urusniaga bagi Perniagaan Sehati bagi bulan Oktober 20X8. Okt 1 Memulakan perniagaan dengan tunai di bank RM20 000. 2 Membeli perabot pejabat RM2 000, komputer dan pencetak bernilai RM3 000. Bayaran dibuat dengan cek. 4 Beli stok barang niaga bernilai RM5 000 secara kredit daripada Berjaya Ent. 7 Jualan tunai RM500. 10 Jualan secara kredit RM2 000 kepada Sri Maju. 14 Membawa masuk kenderaan peribadi ke dalam perniagaan bernilai RM20 000. 15 Mengambil barang niaga bernilai RM100 untuk promosi kedai. 16 Memulangkan barang kepada Berjaya Ent RM50. 17 Belian stok RM1 000 secara tunai (bayaran dengan cek). 20 Sri Maju memulangkan barang bernilai RM100. 22 Membayar Berjaya Ent. RM2 500 dengan cek. 24 Jualan tunai RM1 500. Terimaan tunai dibankkan. 25 Membayar gaji pekerja RM1 000 dengan cek. 27 Membayar bil air, elektrik bernilai RM250 dengan cek. RM50 daripadanya adalah untuk kediaman. 29 Jualan kepada Pandan Indah secara kredit bernilai RM1 800. 30 Seri Maju membayar semua hutangnya dengan tunai dan diberi diskaun tunai RM50. Rekodkan urusniaga di atas ke dalam Jurnal Am mengikut sistem catatan bergu.

You might also like