You are on page 1of 14

Apa itu robot??

oleh: techis InsyaAllah, di dalam bahagian ini. Saya akan bercerita sedikit mengenai apakah itu robot? Robot merupakan satu mesin yang telah diprogram untuk melaksanakan sesuatu arahan yang tertentu. Robot terdiri daripada gabungan teknologi antara mekanikal dan elektronik. Setiap robot yang dicipta mempunyai controller yang tersendiri. Tujuan controller adalah untuk memproses input dan output bagi robot tersebut. Atau dalam bahasa mudahnya, controller ini berfungsi seperti otak kita yang bertujuan untuk memproses input dan output bagi robot tersebut. Setelah arahan untuk robot tersebut diproses, isyarat arahan ini akan dihantar kepada output untuk melaksanakan arahan yang diberikan kepada robot tersebut. Output yang sangat selalu digunakan di dalam industri ialah motor. Motor digunakan untuk menggerakan robot tersebut. Antara motor yang sering digunakan dalam membina robot adalah DC motor, Stepper, Twingear Motor, Servo. Pemilihan motor-motor ini bergantung kepada aplikasi pembuat robot tersebut. Ada sesetengah aplikasi yang menggunakn motor yang mempunyai torque yang rendah,ada pula aplikasi yang memerlukan penggunaan motor yang mempunyai kelajuan yang pantas. Selain itu, antara komponen lain yang penting di dalam robot adalah sensor. Sensor ini diibaratkan sebagai deria bagi robot tersebut. Sensor yang paling banyak digunakan dalam aplikasi mobile robot adalah Infrared(IR) sensor. IR sensor adalah sensor yang digunakan untuk mengesan halangan di hadapan atau belakang robot tersebut. IR juga boleh diibaratkan sebagai mata bagi robot tersebut. Sebenarnya, terdapat beribu-ribu jenis sensor yang terdapat dalam pasaran yang direka oleh jurutera. Jika dianalogikan seperti manusia, mata (IR sensor) kita akan melihat sekeliling.Kemudian, segala input yang kita lihat akan diproses di dalam otak kita(controller bagi robot). Apabila segala maklumat sudah diproses di otak, kemudian barulah kita akan mula membuat keputusan(ini merupakan output dari controller). Kemudian, kita akan mula menggerakkan otot-otot badan kita (motor digerakkan bagi robot). Berikut merupakan basic concept bagaimana robot berfungsi. Jikalau diizinkan, saya akan bercerita mengenai bagaimana untuk mencipta robot anda sendiri pada posting yang akan datang.

Pengenalan Kepada PIC microcontroller


oleh : techis PIC micrcontroller merupakan controller yang lazim digunakan sebagai embedded system bagi robot. Terdapat banyak microcontroller di pasaran sekarang. Antaranya ialah, ATMEL, Motorola, Intel dan PIC. Di sini saya ingin menerangkan serba ringkas mengenai PIC 18F452 dan PIC 16F877A.

APAKAH EMBEDDED SYSTEM??

Menurut definisi dari wikipedia,


An embedded system is a special-purpose computer system designed to perform a dedicated function.[1] Unlike a general-purpose computer, such as a personal computer, an embedded system performs one or a few pre-defined tasks, usually with very specific requirements, and often includes task-specific hardware and mechanical parts not usually found in a general-purpose computer.[1] Since the system is dedicated to specific tasks, design engineers can optimize it, reducing the size and cost of the product. Embedded systems are often mass-produced, benefiting from economies of scale.

Dalam erti kata yang lain,embedded system adalah merupakan salah satu komputer sistem yang istimewa yang terdapat di dalam controller robot tersebut untuk melaksanakan arahanarahan yang khusus seperti yang diprogramkan oleh programmer.Ini berbeza daripada sistem komputer yang biasa kita guna kerana komputer yang kita guna sekarang adalah merupakan general-purpose komputer.

PIC18F452 18F452 merupakan antara PIC pilihan saya sebagai controller bagi robot kerana beberapa faktor: 1. Kos yang agak murah. 2. Datasheet bagi PIC tersebut mudah didapati di internet. 3. PIC ini boleh didapatkan secara percuma di internet di dalam laman web syarikat pengeluarnya.( Kalau tidak salah saya, sekarang sudah tidak boleh didapatkan secara percuma. Mungkin anda terpaksa membayar kos penghantaran. 4. Senang untuk digunakan. 5. Mempunyai RAM yang agak besar.

Gambar: Sambungan pin ke PIC 18F family.

Gambar di atas diambil daripada datasheet PIC. Gambar ini menerangkan sambungan yang perlu dilakukan semasa membina litar elektronik bagi robot tersebut.Contohnya, bagi pin 1, digunakan untuk operasi CLR, manakala pin 11 dan 32 merupakan pin yang harus dibekalkan power supply sebanyak 5V untuk membolehkan chip ini beroperasi. Pin 12 dan 31 pula dibumikan( ground). Pin- pin yang lain digunakan sebagai input atau output bagi chip tersebut.Cara sambungan ke komponen-komponen elektronik yang lain bolehla dirujuk kepada litar atau aplikasi yang kita inginkan bergantung kepada individu yang membuat robot tersebut.

Sebenarnya, pin input dan output ini mempunyai banyak kategori. Contohnya, PORT A yang terdiri daripada pin2 sehingga pin 7 secara umumnya digunakan untuk signal jenis analog. Manakala, PORT C kaki 16 dan 17 pula digunakan untuk menghasilkan isyarat Pulse Width Modulation(PWM). PWM ini penting untuk mengawal voltan keluaran bagi IC tersebut secara analog. Contohnya, semasa mengawal kelajuan motor, jika kita hendak menggerakkan motor kita tidak terus melajukan motor tersebut. Ini akan merosakkan motor tersebut. Sebaliknya, kita akan menggerakkan secara perlahan-lahan sehingga mencapai kelajuan yang

kita ingini.Ini adalah fungsi PWM, iaitu mengawal kelajuan motor. Terdapat banyak lagi fungsi PWM, namun sesuai dengan tajuk, sekadar pengenalan cukupla saya ceritakan setakat ini sahaja.

Diharapkan pada posting akan datang saya berkesempatan menceritakan dengan lebih lanjut mengenai PIC 18F452 dan cara menggunakannya. InsyaAllah...

Bagaimana Ingin Membuat Robot Anda Sendiri?? Part 1


oleh: techis Kenapa membuat robot?? Apa yang penting dengan robot?? Adakah kerana ia nampak bergaya?? Apa yang menarik dengan robot?? Sebenarnya, perkara penting yang anda dapat semasa membuat robot adalah kemahiran mekanikal, elektronik, elektrik dan juga programming. Kemahiran ini sangat-sangat bernilai kerana di dalam proses membuat robot anda harus mempelajari pergerakan makhluk ciptaan Allah untuk diaplikasikan di dalam robot anda. Proses membuat robot akan membuatkan anda berfikir secara kritikal mengenai sebarang kemungkinan yang akan berlaku kepada robot yang anda bakal cipta. Ini menyebabkan kemahiran kita untuk menganalisis bertambah dan kita dapat berfikir dengan lebih kreatif. Contohnya, jikalau anda bercadang untuk membuat robot ikan, anda seharusnya belajar pergerakan ikan dahulu. Bagaimana seekor ikan mengimbangkan badannya di dalam air. Kemudian anda akan mengaplikasikan konsep yang telah anda kaji ini ke dalam robot anda. Di dalam proses aplikasi ini, anda harus berfikir masalah-masalah yang bakal dihadapi oleh robot anda. Seperti contoh ikan tadi, jika kita hendak membuat robot yang meniru pergerakan ikan, kita akan menghadapi masalah litar yang berada di dalam air akan meningkatkan risiko untuk litar pintas. Jadi, anda akan memaksa diri anda memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini. Tetapi, apa yang penting di sini adalah proses pembelajaran anda. Sedarkah anda semua yang anda cuba hasilkan ini adalah aplikasi dari kebesaran ciptaan tuhan yang maha Esa?

Baiklah, sekarang kita pergi kepada apa yang perlu anda tahu semasa membuat robot anda sendiri. ROBOT YANG PERTAMA DI CIPTA ADALAH ROBOT YANG TERSUKAR Ini adalah sangat benar, kerana sebagai beginner kita mempunyai pengalaman yang amat sedikit. Jadi, ini akan menyukarkan kita dalam proses membuat robot. Jadi, nasihat saya

adalah try to keep it simple kerana robot pertama saya mengalami masalah yang sama. Saya berharapan tinggi terhadap robot pertama saya, membuang duit yang banyak. Namun, akhirnya sia-sia kerana tidak menjadi. Di dalam menghasilkan robot anda yang pertama, anda sepatutnya berfikiran bahawa tujuan anda belajar membuat robot ini adalah hanya untuk belajar basic robot, tools dan basic programming. Bila minda sudah di set begini, ini akan mengurangkan level stress anda di dalam membuat robot. Simpan segala impian/ anganangan anda untuk menghasilkan robot yang cool pada robot anda yang kedua nanti.

OKEY, SUDAH BERSEDIA?? APA PERLU SAYA BUAT?? Duit. Itu adalah jawapannya. Duit merupakan faktor yang sangat penting di dalam membuat robot kerana kebanyakan komponen-komponen robot sangat mahal. Seorang pembuat robot yang berpengalaman boleh membuat robot pada kos yang sangat minimum. Mereka mengumpul peralatan atau komponen robot dari bermacam-macam sumber selama beberapa tahun. Mereka juga mencipta sendiri design litar, dan segala modul-modul untuk robot daripada membeli modul yang siap di kedai yang mahal. Jadi kos mereka dapat dijimatkan. Bagi beginner pula, kita tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menggunakan komponen-komponen atau peralatan yang dijual. Ini menyebabkan wang menjadi salah satu faktor utama. Anda terpaksa mengorbankan wang anda jikalau anda betul- betul berminat membuat robot. Pada pendapat saya, jumlah minimum untuk membuat basic robot adalah dalam lingkungan RM100 hingga ke RM 200. Jadi, simpan wang anda secukupnya supaya projek anda tidak tergendala. Satu cara mudah untuk belajar membuat robot adalah dengan menyertai kelab-kelab robotic di tempat anda. Jadi, mereka akan menyediakan anda peralatan membuat robot dengan cukup. Jikalau anda seorang yang berkemampuan, sediakan satu tempat khas di rumah anda sebagai tempat membuat robot. Jadi, anda dapat menggunakan barang-baranag recycle robot pertama anda untuk membuat robot kedua dengan mudah jika anda mempunyai satu tempat menyimpan khas.

DUIT DAH ADA, APA LAGI?? Pertama, anda memerlukan design robot anda dulu. Mustahil anda dapat menghasilkan robot dengan hanya membayangkan dalam kepala anda sahaja. Untuk memudahkan anda mencari design robot yang anda inginkan, hanya surf internet dan cari. Sangat mudah. Tapi ingat, hanya cari design yang sangat simple dan tidak kreatif. Lupakan seketika design kreatif anda, ambil design yang paling-paling mudah sahaja. Apa yang anda perlu hanyala dua wheels dan

satu caster untuk robot anda. Sangat simple bukan?

Jika lihat gambar di atas, ini merupakan mekanikal robot yang sangat simple. Gambar ini diambil semasa saya dan rakan saya bekerja untuk menyiapkan mobile robot for teaching.

Jadi, robot yang pertama anda mempunyai dua wheels dan akan berfungsi mengikut algorithm yang sangat basic ini: 1. Untuk bergerak kehadapan, kedua-dua tayar mestilah digerakkan kehadapan. 2. Untuk bergerak kebelakang, kedua-dua tayar mestilah digerakkan kebelakang. 3. Untuk bergerak ke kanan, tayar bahagian kanan mestila diperlahankan kelajuannya manakala tayar kiri dilajukan sedikit. 4. Untuk bergerak ke kiri, tayar bahagian kiri mestila diperlahankan kelajuannya manakala tayar kanan dilajukan sedikit. 5. Untuk U-turn, kedua-dua pergerakan tayar mestilah berlawanan arah.

Semasa membelok ke kanan atau kiri, anda boleh mengubah kelajuannya berdasarkan selekoh yang akan robot tersebut ambil. Apa yang saya perlukan untuk menghasilkan dua kelajuan berbeza?? Hanya dua jenis benda, iaitu dua motor dan dua wheels. Simple bukan??

Jadi, sekarang anda telah mempunyai basic idea bagaimana mengawal motor. Pada posting akan datang, saya akan menceritakan bagaimana ingin memilih tayar yang sesuai dengan robot anda,berapakah nilai voltan yang robot anda perlukan, pemilihan batteri dan PIC serta kompiler yang sesuai. InsyaAllah...

bersambung...

Bagaimana Ingin Membuat Robot Anda Sendiri?? Part 2


oleh: techis Okey, sekarang saya ingin bercerita tentang pemilihan tayar pula. Bagaimana pula dengan pemilihan tayar yang besar? Sebenarnya pemilihan tayar yang besar akan membuatkan robot anda bergerak dengan lebih pantas dan tayar yang kecil untuk robot

yang lebih perlahan. Tayar yang besar membuatkan robot anda mempunyai torque yang tinggi untuk membawa beban yang besar. Jadi, robot dapat bergerak dengan pantas. Tetapi tayar yang besar bermaksud pengawalan position terhadap robot anda sedikit sukar. Lagi, sensor anda tidak dapat mengikuti perubahan kedudukan dengan pantas. Jadi, anda perlu mempertimbangkan kesemua benda ini dalam pemilihan tayar. Saiz yang saya cadangkan untuk diameter robot adalah dalam 3cm hingga ke 5cm untuk diameter tayar robot pertama anda. Sebenarnya anda boleh membuat sendiri tayar menggunakan sejenis material yang dipanggil PE(kalau tidak salah saya). Material ini banyak digunakan oleh pelajar-pelajar universiti untuk membina robot mereka kerana mereka dapat menyesuaikan diameter tayar yang dikehendaki mereka sesuai dengan jenis robot. Namun, proses membuat tayar sendiri agak sukar kerana melibatkan penggunaan mesin yang sukar didapati untuk sesetengah tempat di kawasan anda.Jadi, cara yang termudah adalah mendapatkan tayar kereta control di kedai-kedai permainan dan disesuaikan dengan motor anda. Cara ini paling mudah dan tidak memeningkan kepala. Jangan lupa untuk mempertimbangkan bagaimana untuk melekatkan tayar ini kepada motor anda. Ini bergantung kepada kreativiti anda sendiri bagaimana untuk melakukannya.

Sekarang kita pergi kepada pemilihan motor untuk robot pula. Sebenarnya untuk pemilihan motor ini ada sedikit rumit kerana melibatkan gear ratio, torque motor, kelajuan yang diingini, pecutan maksima motor, voltan yang digunakan,dan pengawalan motor tersebut. Kesemua benda ini agak rumit kepada beginner. Terdapat banyak jenis motor yang boleh digunakan seperti DC motor, stepper, servo dll. Jadi, cadangan saya kepada beginner untuk pemilihan motor adalah: Voltage : 5-9V Torque: Dua kali ganda dari yang torque yang anda fikirkan perlu. Apa yang saya cadangkan untuk robot pertama anda adalah dengan menggunakan twingear motorbox atau doublegear motorbox yang dikeluarkan oleh syarikat tamiya. Ini adalah kerana motor ini disediakan dalam bentuk set, iaitu casing untuk motor dan juga tayarnya yang boleh didapatkan secara berasingan. Jikalau anda mempunyai DC motor yang lain yang sesuai digunakan, anda boleh menggunakannya.Harga bagi Twingear adalah dalam lingkungan RM50 satu set. Cuma, kekurangan menggunakan twingear motorbox adalah dari segi pengawalannya yang sangat sukar. Ini adalah kerana gear motor ini diperbuat daripada plastik dan tidak jitu. Jadi untuk menggerakan motor ini secara lurus agak sukar. Namun, anda boleh memperbetulkan masalah ini dengan adanya sensor dan programming.

Gambar: litar controller robot kumpulan saya semasa pertandingan Robogamez 2008.

Untuk posting yang seterusnya, saya akan menceritakan serba sedikit mengenai pemilihan power supply untuk robot anda.

Bersambung...

Bagaimana Membuat Robot Anda Sendiri??Part 3


oleh: techis

Baiklah, sekarang saya ingin menghuraikan sedikit secara ringkas tentang pemilihan power supply untuk robot anda. Kebanyakan robot hari merupakan satu mesin yang mobile, jadi pemilihan batteri sebagai power supply adalah sangat bersesuaian. Perkara penting yang anda perlu tahu semasa membeli bateri adalah dengan memastikan ianya boleh dicas kan semula.Ini untuk mengelakkan pembaziran wang daripada kekerapan membeli bateri. Menggunakan bateri yang boleh dicas sangat-sangat memudahkan kerja anda. Terdapat banyak jenis bateri yang terdapat di pasaran sekarang ini, antara bateri yang menjadi kebiasaan orang adalah : 1. Alkaline bateri merupakan bateri yang paling popular. Mudah didapati di samping harganya yang agak murah berbanding bateri jenis lain. Bagaimana pun, bateri ini kurang berguna di dalam penggunaan robot. Ini adalah kerana,bateri ini mempunyai power capacity yang rendah dan berat. Di samping itu, ia juga mempunyai masalah jika ingin membekalkan jumlah arus yang besar. NiMH(Nickel Metal Hydride) Bateri ini sangat ringan. Mempunyai output current yang baik dan harganya juga boleh tahan murah. Kebanyakan telefon bimbit masa kini menggunakan bateri jenis ini. Bateri ini juga mempunyai energy capacity yang tinggi. NiCad(Nickel Cadmium) Bateri ini sangat bagus untuk robot yang mempunyai jarak sesaran yang kecil. Bateri ini juga mempunyai output current yang tinggi dan harganya lebih murah daripada NiMH. Telefon bimbit jenis lama banyak menggunakan bateri jenis ini. Oh ya! Pernahkan anda perasan bahawa semasa anda membeli telefon bimbit, jangka hayat bateri anda dapat bertahan lama kelamaan semakin menurun?? Nak tahu sebabnya??

2.

3.

Ini dipanggil Memory Effect. Bateri yang dicas banyak kali akan menyimpan tenaga yang lebih kurang dari tenaga yang disimpan sebelumnya. Jadi, untuk mencegah Memory Effect ini, bila masa anda mahu mencas bateri anda, sila pastikan anda menyahcaskan dulu sehabisnya bateri itu. Perkara ini selalu dipesan oleh kedai-kedai yang menjual telefon bimbit kepada pelanggannya semasa mereka baru membeli telefon.

Jadi, anda boleh memilih bateri yang sesuai dengan aplikasi anda itu bergantung kepada bajet kewangan anda sendiri. Ada sebiji bateri sahaja yang boleh mencecah ratusan ringgit.Jadi,pandai-pandaila memilih...

Litar Robot-Part 1
Sebelum ini saya ada postkan mengenai basic untuk robot anda seperti pemilihan tayar, power supply dan lain-lain. Pada post ini saya akan menghuraikan serba ringkas mengenai design litar anda. Litar yang penting semasa membuat robot adalah litar controller anda. Secara asasnya, litar ini digelar litar microcontroller. Terdapat banyak jenis microcontroller yang digunakan dalam pemilihan semasa membuat litar ini.Seperti yang sudah saya postkan dalam artikel sebelum ini bertajuk Pengenalan Kepada PIC Microcontroller. Microcontroller yang paling popular adalah PIC, ATMEL/AVR, ARM dan lain-lain.Bagi saya, saya lebih senang menggunakan PIC microcontroller kerana saya sudah biasa dengan litar dan binaan dalamannya atas bantuan senior-senior saya yang berpengalaman. Perkara kedua selepas controller adalah programmer. Programmer ini digunakan untuk burn program anda ke dalam controller ini. Anda boleh mendapatkan programmer ini di kedai-kedai robotic berdekatan dengan tempat saya. Ataupun anda boleh menempah programmer dari Syarikat Jazari Ent.( merupakan syarikat senior saya). Programmer yang saya gunakan menggunakan USB port dari laptop anda untuk membekalkan power supply 5V dan kecil.Ia amat mudah digunakan.Jikalau anda berminat untuk menempah programmer ini, anda bolehla emailkan kepada saya di dalam page hubungi saya di side bar web ini.InsyaAllah saya akan cuba mendapatkan programmer ini untuk anda.Harga bagi sebuah programmer ini dalam dalam lingkungan RM60-RM70. Apabila anda membeli programmer ini, disertakan dengan software dan manual penggunaannya sekali.Ini termasuklad ari bagaimana hendak install software itu hingga bagaimana hendak compile program anda dll. Untuk design litar controller anda, anda bolehla menggunakan tangan ataupun software seperti PROTEUS dll. Untuk pengetahuan anda, bagi beginner yang baru dan tidak mempunyai apa-apa asas langsung dalam elektrik, anda bolehlah terus membeli litar controller module yang terdapat di pasaran. Ianya amat mudah kerana anda tidak perlu tahu sambungannya. Apa yang anda hanya perlu tahu adalah binaan controller itu sahaja. Jadi, saya fikir pada post akan datang saya akan cuba masukkan binaan asas microcontroller anda.

Litar Robot- Part 2


oleh: techis

Baiklah, sekarang kita pergi kepada binaan litar. Disini saya ada uplo

Litar Robot- Part 2


oleh: techis Baiklah, sekarang kita pergi kepada binaan litar. Disini saya ada uploadkan design litar menggunakan software ISIS.Berikut merupakan litar controller PIC 18F452 dan litar motor driver untuk robot. Cuma di sini saya ingin menerangkan serba sedikit mengenai design litar controller. Untuk litar motor driver pula, mungkin jikalau saya berkesempatan saya akan menerangkan di suatu masa nanti.

Sebelum itu, eloklah saya menerangkan konsep PIC ini secara ringkas dahulu. Secara amnya, PIC18F apabila diberi voltan input sebanyak 5V kepada mana-mana kaki PIC, PIC tersebut akan menganggap nilai 1 diberi kepada PIC tersebut. Manakala, jikalau voltan bawah dari 5V PIC akan menganggap nilai 0 telah diberi kepada PIC tersebut. Namun, terdapat juga PIC yang boleh bertoleransi dengan nilai di bawah 5V, seperti 3V dianggap sebagai nilai 1. Namun, untuk isyarat analog, ia ada sedikit berbeza.

Seperti yang anda lihat pada litar tersebut,pada kaki 1 PIC tersebut adalah untuk kegunaan RESET. Seperti yang anda lihat pada binaan litar pada kaki 1 tesebut, button dipasang untuk tujuan RESET. Jikalau button ditekan, litar akan dipintas ke ground(dibumikan), jadi pada

masa ini nilai voltan yang di hantar masuk ke PIC adalah bernilai 0. Di dalam binaan PIC18F452, untuk kaki 1, jika anda hendak mengaktifkan RESET, anda hendaklah memberi nilai 0 kepada kaki satu tersebut. Jadi, di sini saya meletakkan button untuk melakukan fungsi tersebut. Sebenarnya, binaan button seperti ini adalah design yang selalu digunakan oleh pembuat robot sebagai RESET button mereka.Namun, terdapat juga sesetengah orang melakukan modifikasi terhadap design ini seperti meletakkan diod sepagai perlindungan kepada litar. Fungsi perintang selari dengan button pula adalah untuk memberi voltan kepada kaki 1. Dalam erti kata lain, apabila voltan diberi, nilai kaki 1 adalah 5V dan fungsi RESET tidak diaktifkan sehinggalah butang ditekan.

Binaan asas litar controller yang kedua pula ialah crystal dan capacitor. Fungsi crystal adalah menyediakan clock kepada PIC untuk memproses maklumat. Nilai crystal yang lazim digunakan ialah 10Mhz dan 20 Mhz. Kemudian,dua capacitor 27pF dipasang seperti di dalam litar tersebut. Fungsi capacitor adalah untuk menstabilkan arus dan mengurangkan ripple untuk arus tersebut.Supaya dapat membekalkan voltan yang stabil kepada PIC tersebut.

Selain itu, anda juga perlu memasang sambungan 5V dari regulator ke litar PIC anda di kaki 11,dan 32 dan GROUND di kaki 12 dan 31.(anda boleh rujuk datasheet MicroChip untuk keterangan lebih lanjut).

Itu adalah binaan asas yang boleh dikatakan wajib untuk anda buat sebelum meneruskan binaan litar yang seterusnya, seperti litar IR, motor driver, dll. Anda juga digalakkan surf internet atau mencari sendiri bahan tambahan jikalau anda betul-betul serius untuk mempelajari binaan litar controller ini. InsyaAllah, saya akan update lagi bahagian litar ini dengan lagi terperinci pada post akan datang.Cukupla setakat ini dahulu...

Bersambung...

Robot Haiwan Sebuah robot haiwan yang sekarang telah dikormesialkan di Malaysia. Sila teruskan membaca artikel di bawah untuk mengetahui kelebihan robot ini. Sangat mengagumkan!!!

Oleh YEO LI SHIAN ls.yeo@kosmo.com.my

Antara tujuan kemasukan Pleo ke pasaran Malaysia adalah untuk memberi peluang kepada masyarakat tempatan merasai pengalaman bersosial dengan kehadiran robot interaktif dan berunsur pendidikan.

DI Jepun, haiwan tersebut menjadi kegilaan. Pencinta-pencinta haiwan peliharaan bukan sahaja sanggup membelai atau membawanya keluar bersosial. Malah, ada di antara mereka tidak boleh keluar rumah tanpanya. Sama ada keluar berbelanja, menjamu selera atau sekadar menghadiri sesi dandanan diri di salon, kelibat haiwan setinggi 19 sentimeter (sm) itu sentiasa ada di sisi. Menariknya, keakraban hubungan yang terjalin itu mungkin logik jika ia seekor haiwan peliharaan sebenar dan bukannya sebuah robot. Tetapi, itulah hakikat yang berlaku kepada sebuah robot haiwan bernama Pleo-the-Dinosaur. "Ketika Pleo diperkenalkan di Jepun, ia mewujudkan satu fenomena baru. Golongan pencinta haiwan peliharaan dan penggemar gajet atau barangan elektronik bagaikan 'gila' dibuatnya. "Bukan apa. Yang mengagumkan ialah mereka langsung tidak melayan Pleo seperti barang mainan, sebaliknya menganggap Pleo sebagai haiwan peliharaan sebenar. Pleo dibawa ke restoran, ke gimnasium, ke parti, ke majlis-majlis sosial ataupun dipakaikan rantai mahupun ditatukan namanya pada badan," kata Pengurus Pemasaran Pensonic Holdings Berhad, Nelson Chew kepada Kosmo! di Kuala Lumpur baru-baru ini. Jualan Pleo menerusi Internet sahaja sudah melebihi 80,000 unit di Amerika Syarikat (AS). Ia secara tidak langsung hangat diperkatakan dalam kalangan penulis blog dan laman-

You might also like