You are on page 1of 8

Dimanakah Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi ?

Borang Perakuan Bomba boleh diperolehi dengan pergi sendiri ke tempat di bawah :

Bahagian Keselamatan Kebombaan Ibu Pejabat yang berlokasi di Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya. Bahagian Keselamatan Kebombaan Negeri-Negeri iaitu Ibu Pejabat Negeri-Negeri Seluruh Malaysia. Bahagian Keselamatan Kebombaan Daerah-Daerah iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Daerah-Daerah Seluruh Malaysia. Bahagian Keselamatan Kebombaan Zon-Zon iaitu Balai Bomba dan Penyelamat ZonZon (Buat masa ini cuma di Negeri Sabah dan Negeri Sarawak).

ALOR SETAR - Tempoh antara enam bulan hingga setahun diberikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kepada pemilik bangunan di Kedah untuk mendapatkan sijil perakuan daripada JBPM. Sehingga September lepas, sebanyak 114 daripada 229 bangunan di negeri ini telah memiliki sijil perakuan itu, kata Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM Amer Yusof. Ujarnya, sijil itu diperlukan bagi memastikan bangunan yang diduduki memenuhi piawaian yang ditetapkan termasuk memiliki peralatan memadam kebakaran yang berfungsi dengan baik. Jika mereka tidak mendapatkan sijil, mereka (pemilik) boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 27 Akta Bomba dan Penyelamat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Keselamatan Kebakaran. Beliau berkata sijil itu penting dalam memastikan segala peralatan pemadam kebakaran berfungsi dengan baik agar anggotanya dapat menggunakannya untuk memadamkan api jika berlaku kebakaran. Sementara itu, Amer berkata JBPM telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir di negeri ini bulan depan. Beliau berkata pihaknya telah menyediakan 40 bot, kenderaan lain dan helikopter untuk digunakan bagi memindahkan mangsa banjir dan pemantauan kawasan banjir. Jika peralatan di negeri ini tidak mencukupi, kita akan mendapatkan bantuan daripada negeri lain, ujarnya lagi.

Kursus Perakuan Bomba


PENDAHULUAN Modul kursus PERAKUAN BOMBA ini direkabentuk sebagai panduan dalam mengendalikan kursus kepada pegawai bomba dalam melaksanakan tugas Penguatkuasaan dan Pencegahan disamping tugas-tugas operasi amnya. Kandungan di dalam modul kursus ini adalah menepati kehendak dan objektif tatacara perlaksanaan Pemeriksaan Premis bagi mendapatkan Sijil Perakuan Bomba dan penguatkuasaan yang berkesan. Jabatan mengambil langkah utama dan mempunyai perspektif yang serius terhadap perkara ini kerana Perakuan Bomba bagi JBPM adalah melibatkan bidang kerja yang penting di dalam memperakukan sistem keselamatan dan pencegahan kebakaran untuk penyelamatan nyawa orang awam serta melindungi pegawainya semasa menangani sesuatu bahaya kebakaran samada bentuk dari segi fizikal ataupun nyawa. Proses pembelajaran Perakauan Bomba ini perlu disusun dan diatur mengikut prosedur-prosedur yang betul dan sejajar dengan usaha mewujudkan kreativiti dan inovatif disepanjang kualiti perkhidmatan di dalam matlamat mencapai visi dan misi iaitu Ke arah Sebuah Organisasi Kebombaan dan Penyelamatan Yang Bertaraf Dunia. TUJUAN

Memberi garis panduan dalam mengendalikan kursus Perakuan Bomba. Rujukan dalam menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan Perakuan Bomba. Kebakaran mengikut keadaan perubahan semasa semasa ataupun yang bercangah dengan keperluan aspek keselamatan dari segi pencegahan bahaya kebakaran dan penyelamatan nyawa serta harta benda :Pelaksanaan Perakuan Bomba adalah merupakan cara Penguatkuasaan yang penting dan mudah dalam mencegah kebakaran disebuah premis bagi keselamatan nyawa (life safety) dan hartabenda (property).

OBJEKTIF Beberapa objektif dirancang untuk mencapai sasaran yang diperlukan di dalam memberi pengetahuan serta kefahaman di dalam menjalankan tugas berkenaan proses dan tatacara Pemeriksaan Premis untuk mendapatkan Perakuan Bomba sejajar dengan pemasalahan di dalam menyediakan atau mengadakan sistem Penghapusan Bahaya

Mengetahui Seksyen di dalam Akta Perkhidmatan Bomba 1988 yang diguna pakai di dalam perlaksanaan Perakuan Bomba. Mengenalpastikan apa itu Premis yang ditetapkan. Memastikan semua Premis ditetapkan mempunyai ciri-ciri keselamatan kebakaran yang mencukupi.

Mengenal pasti premis premis yang terlibat dengan Perakuan Bomba di Malaysia. Memahami apa itu Perakuan Bomba dan Pemeriksaan Premis. Mengenalpasti bentuk Perakuan Bomba dan FEE Perakuan Bomba. Mengetahui akan Organisasi Keselamatan Kebakaran dan kefungsian sistem kelengkapan keselamatan kebakaran. Memahami proses permohonan Perakuan Bomba dan Perbaharuan Perakuan Bomba serta masalah Kehilangan ataupun kemusnahan Perakuan Bomba. Mengetahui kesalahan kesalahan berhubung dengan Perakuan Bomba. Memahami akan kerja-kerja Penguatkuasaan Penghapusan Bahaya Kebakaran dan risiko bahaya kebakaran. Mengetahui Peraturan Peraturan Perkhidmatan Bomba ( Perakuan Bomba ) 2001 P.U.(A) 241/2001 dengan pindaan P.U.(A) 334/2002. Mengetahui Perintah Perkhidmatan Bomba ( Premis Ditetapkan ) 1998. Meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran pegawai-pegawai Bomba di bahagian Penguatkuasaan dan Pencegahan.

KELAYAKAN PESERTA KURSUS


Sihat tubuh badan. Pegawai Bomba Gred KB 22 KB 36 Pegawai yang terlibat secara langsung dengan Penguakuasaan dan Pencegahan. Semua pelatih-pelatih yang sedang berkursus di semua pusat latihan dan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia.

KAEDAH KURSUS Kursus ini akan dijalankan dengan menggunakan beberapa kaedah yang melibatkan teori,praktikal pemeriksaan Kelengkapan Keselamatan Kebakaran, menggunakan teknik syarahan, perbincangan, gerak kerja berkumpulan, soal jawab, kertas kerja dan kajian kes. Kaedah kursus di adakan 2 bentuk iaitu :

Teori - 100 %

Semua peserta kursus di WAJIBKAN mengikut kedua-dua kaedah kursus. Peserta akan dibahagikan kepada kumpulan yang lebih kecil supaya dapat berbincang tentang kerja kerja Pemeriksaan dan pemasalahan yang diberikan dan memahami pembelajaran dengan lebih terperinci dan berkesan. JANGKAMASA KURSUS Pelaksanaan kursus adalah selama 5 hari dan semua peserta perlu mengikuti kursus sehingga tamat. Kursus ini dianggap penting adalah kerana ianya merupakan asas utama didalam menjalankan tugas penguatkuasaan.

Bahagian V - 29. Permohonan dan pengeluaran perakuan bomba.

(1) Sesuatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut bentuk yang ditetapkan. (2) Apabila menerima permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon, dalam suatu tempoh yang dinyatakan, mengemukakan kepadanya apa-apa pelam premis tersebut serta apa-apa butir lain yang releven sebagaimana yang dinyatakannya. (3) Jika pemohon tidak mengemukakan pelan-pelan yang dikehendaki dan butir-butir releven tersebut dalam masa yang dinyatakan, maka permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik. (4) Jika permohonan bagi perakuan bomba telah dibuat dengan sempurnanya, maka Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan ke atas premis ditetapkan itu, dan apabila berpuas hati adanya kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan kebakaran dan menentang kebakaran yang mencukupi, mengikut mana yang berkenaan, berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan dengan premis ditetapkan itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan. (5) Jika Ketua Pengarah, selepas menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (4) ke atas premis yang berkenaan, tidak berpuas hati tentang adanya apa-apa kemudahan yang mencukupi berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan itu seperti yang disebut terdahulu, maka dia hendaklah, dengan menyampaikan notis kepada pemohon, memberitahu pemohon tentang keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi dalam masa yang dinyatakan sebelum perakuan bomba itu boleh dikeluarkan kepada pemohon. (6) Dalam seksyen ini,pemohon:- ertinya pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan itu. (1) Sesuatu permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah mengikut bentuk yang ditetapkan.(2) Apabila menerima permohonan bagi perakuan bomba berkenaan dengan mana-mana premis ditetapkan Ketua Pengarah boleh menghendaki pemohon, dalam suatu tempoh yang dinyatakan, mengemukakan kepadanya apa-apa pelam premis tersebut serta apa-apa butir lain yang releven sebagaimana yang dinyatakannya.(3) Jika pemohon tidak mengemukakan pelan-pelan yang dikehendaki dan butir-butir releven tersebut dalam masa yang dinyatakan, maka permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik.(4) Jika permohonan bagi perakuan bomba telah dibuat dengan sempurnanya, maka Ketua Pengarah hendaklah menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan ke atas premis ditetapkan itu, dan apabila berpuas hati adanya kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran, perlindungan kebakaran dan menentang kebakaran yang mencukupi, mengikut mana yang berkenaan, berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan itu, Ketua Pengarah hendaklah mengeluarkan suatu perakuan bomba berkenaan dengan premis ditetapkan itu tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan atau yang ditetapkan.(5) Jika Ketua Pengarah, selepas menyebabkan dijalankan suatu pemeriksaan di bawah subseksyen (4) ke atas

premis yang berkenaan, tidak berpuas hati tentang adanya apa-apa kemudahan yang mencukupi berhubungan dengan penggunaan premis ditetapkan itu seperti yang disebut terdahulu, maka dia hendaklah, dengan menyampaikan notis kepada pemohon, memberitahu pemohon tentang keperluan-keperluan yang perlu dipatuhi dalam masa yang dinyatakan sebelum perakuan bomba itu boleh dikeluarkan kepada pemohon.(6) Dalam seksyen ini,pemohon:- ertinya pemunya, penghuni atau orang yang mempunyai pengurusan sepenuhnya ke atas premis ditetapkan itu.

Bahagian Keselamatan Kebakaran

Objektif
Untuk memastikan aspek-aspek pencegahan kebakaran difahami dan dilaksanakan secara sistematik dan berkesan bagi melindungi nya dan harta dari kemusnahan.

Objektif Kualiti MS ISO 9001:2000


Memproses pelan arkitektural tidak melebihi 30 hari dari permohonan diterima dengan syaratsyarat keperluan yang dikehendaki dipenuhi. Memproses pelan M&E tidak melebihi 30 hari dari permohonan diterima dengan syarat-syarat 2. keperluan yang dikehendaki dipenuhi. Membuat pemeriksaan serta pengeluaran suratsokongan CF tidak melebihi 14 hari dari tarikh 3. pemeriksaan. 4. Menyediakansuratsokongan pelesenan tidak melebihi 14 hari dari tarikh permohonan diterima. 1.

Aktiviti
Bahagian ini mempunyai tiga sub-aktiviti iaitu Kajian Pelan, Pelesenan dan Kajian Piawaian. Ia bertanggungjawab mengkaji dan member syor-syor kebombaan kepada pelan-pelan bangunan baru yang ada hubungkait dengan pencegahan dan keselamatan kebakaran. Bagi bangunanbangunan yang dibina mematuhi kehendak dan peraturan yang ditetapkan, satu permeriksaan dan ujian akan dilakukan ke atas kelengkapan dan dipasang ini bertujuan supaya peralatan sistem kebakaran menepati spesifikasi dan berfungsi dengan baik serta memuaskan. ia juga bertanggungjawab dalam urusan pengeluaran surat sokongan dan perlesenan serta menjalankan aktiviti kempen kesedaran mencegah kebakaran.

Piagam Pelanggan
Komitmen kami adalah untuk menentukan setiap cadangan pemajuan sesuatu projek dilengkapi dengan kelengkapan menentang kebakaran dan pepasangan keselamatan kebakaran yang bersesuaian bagi keselamatan nyawa dan harta benda.
Dengan itu kami berjanji akan : 1. Pelan Bangunan untuk kategori tidak bersistem akan diberi perakuan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh diterima dengan syarat ia disertakan dengan maklumat dan dokumen yang lengkap.

2. Pelan Bangunan untuk kategori bersistem dan pelan mekanikal & elektrikal akan siap dalam tempoh dua puluh satu (21) hari dari tarikh diberi perakuan diterima dengan syarat ia disertakan dengan maklumat dan dokumen yang lengkap.

3. Sokongan menduduki bangunan (CFO/CCC) dan sokongan kepada pengeluaran lesen perniagaan akan

dikeluarkan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pemeriksaan dengan syarat semua pepasangan keselamatan kebakaran telah diadakan dan diuji dalam keadaan baik.

4. Menjalankan pemeriksaan premis selepas temujanji dan mengeluarkan Notis Menghapus Kebakaran dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh pemeriksaan.

5. Mengeluarkan sijil Perakuan Bomba dalam tempoh tujuh (7) hari selepas pemeriksaan setelah kehendak kemudahan keselamatan diri, pencegahan kebakaran dan menentang kebakaran mencukupi.

6. Menjalankan siasatan terhadap sebarang aduan salah laku di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) dalam tempoh 24 jam dari masa aduan diterima dan memberi maklumbalas dalam tempoh tujuh (7) hari selepas siasatan selesai.

7. Menentukan masyarakat mendapat khidmat nasihat dan maklumat berkaitan dengan perlindungan keselamatan kebakaran dengan betul dan berkesan.

Fungsi Utama
Mengambil konsep Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam Bahagian Pencegah dan Keselamatan Kebakaran telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh itu, untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah komprehensif yang diambil termasuk:1. Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan.

2. Menyelaras dan mengkaji keberkesanan dan piawaian dan kod-kod amali yang digunapakai.

3. Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.

4. Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.

Fungsi Bahagian
Cawangan Perakuan Bomba
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Pelan Bangunan. Pelan Mechnical & Electrical. Pelan Water Reticulation. Kajian Bangunan mengunakan performance based (Fire Safety Engineering). Membuat Pemeriksaan dan pengujian sistem Pepasangan keselamatan Kebakaran. Memantau pelaksanaan perakuan keselamatan kebakaran di daerah. Mengeluarkan Perakuan Keselamatan kebakaran. Mengkaji kehendak-kehendak keselamatan kebakaran ke atas permohonan perlesenan.

9. 10. 11. 12.

Menjalankan pemeriksaan ke atas bangunan tersebut. Mengkaji kecukupan keselamatan kebakaran. Mengeluarkan Perakuan Perlesenan Bangunan. Memantau pelaksanaan perakuan keselamatan kebakaran di daerah.

Cawangan Program Kesedaran Keselamatan Awam


1. 2. 3. 4. 5. Mengumpul dan menganalisis maklumat keperluan latihan. Menentukan keperluan latihan Jabatan kepada orang awam. Merangka dan melaksanakan program latihan. Merangka dan melaksanakan ceramah mengenai keselamatan kebakaran kepada orang awam. Merangka dan melaksanakan program kesedaran keselamatan awam.

Cawangan Penguatkuasaan Keselamatan Bangunan


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Membuat pemeriksaan ke atas premis atau bangunan. Menghapuskan Bahaya Kebakaran seksyen 8 Akta 341. Menjalankan kerja-kerja Penghapusan Bahaya Kebakaran di bawah seksyen 9,11 dan 12 Akta 341. Perintah Tutup seksyen 13 Akta 341. Perintah Larangan dan menghentikan kegiatan seksyen 35 Akta 341. Menerima permohonan. Mengkaji Pelan Premis dan Maklumat Premis. Membuat Pemeriksaan ke atas premis. Pengeluaran Perakuan Bomba berdasarkan kepada seksyen 27 hingga 33 Akta 341. Memproses permohonan pembaharuan. Memproses permohonan gantian, rayuan.

You might also like