You are on page 1of 9

1|tiptemuduga.co.

cc

Menjadi tanggungjawab sebagai lepasan sekolah/ipt untuk mendapatkan perkerjaan bagi menampung perbelanjaan anda seharian. Adakah anda tahu bahawa kita di zaman kemelesetan ekonomi? Pada masa ini agak sukar untuk mendapatkan kerja yang kita impikan. Majikan lebih berhatihati untuk mengambil pekerja bagi memastikan pekerja mempunyai kelayakan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengisi jawatan tersebut. Apabila anda telah mendapat panggilan untuk temuduga bermakna anda selangkah lagi untuk berjaya mendapatkan pekerjaan idaman anda. Tetapi beberapa kesilapan semasa proses temuduga itu menyebabkan impian ada untuk mendapatkan pekerjaan idaman anda musnah. Berikut ialah beberapa tips yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas temuduga:

Tips 1: Buat kajian/research mengenai syarikat dan jawatan yang ditawarkan. Untuk memastikan anda tahu sedikit sebanyak mengenai syarikat. Biasanya anda akan di tanya mengenai tanggungjawab jawatan yang anda pohon.

Tips 2: Ikuti perkembangan semasa Ini penting jika anda di panggil untuk temuduga kerajaan kerana pastinya anda akan ditanya tentang dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa.

Tips 3: Siapkan sijil-sijil kelayakan anda lebih awal. Seeloknya pada malam sebelum temuduga anda hendaklah menyusun sijil-sijil anda di dalam fail. Ia penting kerana menunjukkan kelayakan anda bagi menjawat jawatan tersebut.

Tips 4: Datang awal 30 minit sebelum waktu temuduga. Untuk memberikan anda masa bertenang dan membuat persediaan secukupnya sebelum anda di temuduga. Kebiasaannya anda akan di kehendaki mengisi borang permohonan pekerjaan.

2|tiptemuduga.co.cc

Tips 5: Pakaian. Pakaian mestilah sesuai dengan pekerjaan yang anda pohon. Pakaian yang mesti dielakkan semasa temuduga ialah: o T-shirt o Jeans o Selipar o Baju Batik o Kasut Sukan

Tips 6: Penampilan Penemuduga juga mengambil kira penampilan anda dalam memilih calon yang sesuai. Anda kena pastikan: o Rambut sentiasa kemas kalau pakai tudung cek la dulu sebulum masuk. o Kuku anda pendek. o Jika anda pakai jam tangan pastikan bukan jam tangan yang nampak kebudakan.

Tips 7: Bertenang. Apabila anda masuk ke dalam bilik hendaklah sentiasa bertenang. Anda hanya duduk apabila di arahkan berbuat demikian.

Tips 8: Senyum. Mudah, tetapi ramai yang `terlupa senyum apabila sedang ditemuduga. Senyum juga dapat menunjukkan `1st impression yang bagus pada penemuduga.

Tips 9: Ucapkan `Selamat Pagi @ `Selamat Petang. Mengikut kesesuaian masa. Akan mewujudkan perasaan mesra antara anda dan penemuduga.

3|tiptemuduga.co.cc

Tips 10: `Perkenalkan diri anda. Anda pastinya akan ditanya soalan ini. Kebanyakannya akan bercerita tentang diri sendiri, keluarga , persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda. Tetapi adakah ini yang di mahukan oleh penemuduga? Jawapanya TIDAK, kerana mereka telah ada resume anda dan anda telah tulis di dalam resume anda. Anda mestilah bercerita sedikit sahaja tentang diri anda dan selebihnya anda ceritakan pengalaman bekerja anda. Jika anda `fresh graduate anda kaitkan subjek yang anda belajar dengan kerja yang anda pohon.

Tips 11: Kawal emosi anda. Anda pastinya akan ditanya dengan soalan-soalan yang tak terduga dan mencabar keupayaan anda. Anda harus bertenang dan mengambil masa untuk menjawab soalan yang diberikan.

Tips 12: Jawapan berdasarkan CV/resume. Jawapan yang anda beri haruslah berdasarkan CV/resume anda. Janganlah anda tulis lain tetapi bila ditemuduga anda bagi jawapan yang lain. Ini akan menyebabkan penemuduga berfikir bahawa anda telah menipu mereka dan menyebabkan peluang anda semakin tipis.

Tips 13: Jujur Jika anda tidak tahu jawapan, anda berilah jawapan selamat contohnya ` Saya ingin menjawab soalan tersebut, tetapi terus-terang saya katakan ini adalah bukan bidang yang saya mahir, walaupun saya amat meminati untuk menambahkan pengetahuan saya mengenainya. Jangan senyap @ diam je kerana itu akan melemahkan peluang anda.

Tips 14: Pastikan anda banyak bercakap. Jika anda memberikan jawapan pastikan anda olah jawapan anda dengan sebaiknya untuk menunjukkan anda seorang yang fasih berkata-kata dan berpengetahuan tinggi.

Tips 15: Jangan mencela bekas majikan anda. Jangan mencela majikan lama anda kerana ia akan memberi yang gambaran buruk tentang diri anda.

4|tiptemuduga.co.cc

Tips 16: Minta gambaran awal. Minta gambaran awal tentang tugas yang akan anda pikul jika menjawat jawatan tersebut. Juga gaji dan ganjaran-ganjaran lain jika anda diterima bekerja di syarikat tersebut. ganjaran

Tips 17: Keputusan temuduga Untuk mengelakkan anda tertunggu tunggu adalah lebik baik jika anda bertanyakan tarikh tertunggu-tunggu keputusan temuduga.

Jangan mudah berputus asa sekiranya anda gagal. Anda harus berusaha untuk mencapai kejayaan. Semoga anda berjaya mendapatkan kerjaya idaman anda.

Anda berminat berkhidmat untuk kerajaan? Dapatkan RAHSIA LULUS TEMUDUGA KERAJAAN KERAJAAN-KLIK SINI

5|tiptemuduga.co.cc

Soalan-Soalan Biasa Semasa Temuduga Swata/Kerajaan 1. Sila perkenalkan diri anda?

2. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan yang dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)?

3. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda??

4. Apa yang menarik minat kami untuk anda diambil bekerja dengan kerajaan? Mengapakah kami patut mengambil anda bekerja dengan kerajaan?

5. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh anda jika nanti? Peranan Jabatan & Kementerian ini? (bergantung kepada jawatan yang anda pohon ketika itu)

6. Semasa projek akhir disemester anda, apa yang anda lakukan? Minta ceritakan

7. Pada pendapat anda, mengapakah Barrack Obama berjaya diangkat menjadi Presiden Amerika Syarikat?

8. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut??

9. Apakah matlamat dan perancangan anda untuk jangka masa pendek dan panjang?

10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada diri anda untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan anda menjadi seorang jurutera yang serba boleh? Apa inisiatif yang anda ingin lakukan?

6|tiptemuduga.co.cc

11. Kenapa memohon bekerja sebagai kakitangan kerajaan. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta??

12. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.?

13. Jika anda diarahkan ditempatkan di Sabah Sarawak, adakah anda sanggup?

14. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?

15. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?

16. Sekarang, negara jiran kita masih diselubungi dengan konflik penentangan Baju Merah terhadap kerajaan? Bolehkah anda terangkan apa sebenarnya yang berlaku di Thailand sekarang ini dan punca terjadi krisis tersebut?

17. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta??

18. Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini sekaj keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari??

19. Apakah yang anda faham dengan konsep 1Malaysia? Apa pendapat anda dengan konsep dibawa Perdana Menteri Malaysia?

20. Apa yang anda faham dengan Rancangan Malaysia Kesembilan?

7|tiptemuduga.co.cc

21. Siapakah Perdana Menteri Britain? Boleh terangkan kepada secara ringkas bagaimana terbentuknya kerajaan Britain hari ini selepas keputusan pilihanraya Britain diumumkan tempoh hari?

22. Bagaimana pendekatan yang anda gunakan bagi menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?

23. Sila ambil tahu senarai nama menteri Malaysia dan juga timbalannya

24. Siapakah Siapakah Ketua/ Menteri Besar anda?

25. Sila dapatkan maklumat setiap Perdana menteri Malaysia dan sumbangan mereka kepada negara

26. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala??

27. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?

28. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?

29. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

30. Senarai dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia?

8|tiptemuduga.co.cc

31. Adakah anda bekerja sebelum ini? Jika ya, sila ceritakan bidang pekerjaan sebelum ini. Kenapa berpindah?

32. Wajarkah kerajaan menghapuskan memotong subsidi kerajaan. Mengapa?

Siapa Penulis? Azwan seorang kakitangan swasta. Saya menulis buku ringkas ini berdasarkan pengalaman saya. Setelah beberapa kali gagal dalam temuduga saya membuat kajian mengapakah saya gagal walaupun saya begitu yakin untuk mendapatkan kerja tersebut. Akhir kata Semoga Anda Berjaya

Sekian.. Cari saya di facebook http://www.facebook.com/wan.iron

9|tiptemuduga.co.cc

You might also like