You are on page 1of 16

Saya sering ditanya bilakah masa yang sesuai untuk mengajar anak menulis?

Saya memberi peluang anak-anak saya menulis daripada umur 12 bulan. Bermula pada umur 12 bulan bayi anda mampu menggenggam alat tulis. Tampalkan kertas mahjong di lantai dan berikan krayon besar untuk bayi anda menconteng. Pada peringkat umur ini bayi anda akan menggenggam krayon sambil menconteng(scribbling). Menconteng is your baby's first writing. Jangan lupa untuk berbual-bual dengan bayi anda sambil dia 'menulis'. Tanya "Adik tulis ape tu?". Beri komen yang memberangsangkan seperti "Cantiknya tulisan adik !" atau "Besarnya bola adik lukis!". Anda juga boleh berbual mengenai warna-warna yang digunakan oleh bayi anda untuk 'menulis'. Dengan berbual sebegini bayi anda akan memahami apa yang dicontengnya itu mewakili satu objek atau idea.

Anda juga boleh mainkan lagu(...how about 'Abu Ada Ayam'?) semasa sesi 'menulis' ini. Pelbagaikan rentak lagu laju atau perlahan untuk menggalakkan bayi anda 'menulis'. Menjangkau 17/18 bulan bayi anda akan menunjukkan lebih minat dalam menulis dan lebih 'pro' menconteng. Jangan expect bayi anda boleh melukis gambar pada tahap ini ye. Bayi anda sekadar diberi peluang untuk meneroka apa yang dia boleh lakukan dengan krayon pelbagai warna dan kertas. Bayi anda juga berpeluang meniru apa yang abang, kakak dan anda lakukan dengan alat tulis. Don't forget to put up your baby's writing/drawing on the walls to show how much you appreciate his/her efforts. Have fun with your baby!
Posted by Nik Eliani Nik Nawi at 5:06 PM 0 comments Labels: Ajar Menulis

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 5)


Betulkah Kaedah Fonik Hanya Sesuai Untuk Mengajar Kanak-Kanak Secara Individu? Guru Bahasa yang terlatih sepatutnya tahu bahawa mengajar kanak-kanak baca-tulis one-to-one adalah lebih berkesan daripada mengajar kanak-kanak secara berkumpulan(atau satu kelas). Apabila kanak-kanak diajar secara individu, guru dapat memberi perhatian penuh kepada kanak-kanak itu. Tak kiralah kaedah membaca apa sekali pun, pembelajaran one-to-one adalah lebih berkesan. Kemahiran membaca adalah kemahiran kompleks, mesti diajar & dilatih. Macam bawa kereta laa.

Bukan setakat one-to-one lebih diajarsetiap hari sehingga mahir.

baik

tapi

mesti

So ibubapa dan Reading Tutor boleh mengajar kanak-kanak secara individu atau kumpulan kecil(4 orang/kumpulan) untuk lihat perkembangan yang ketara. Walau bagaimanapun, di tadika atau sekolah reandah, guru bertanggungjawab untuk mengajar 1 kelas. Kalau cikgu blur macamana nak mengajar 1 kelas, jom join Kursus Intensif Bacalah Anakku. Dalam Kursus Intensif Bacalah Anakku, kami sentiasa mengingatkan guru tadika & sekolah rendah untuk mengajar Bacalah Anakku menggunakan Kaedah Kelas. Di tadika, kami cadangkan guru mengajar Bacalah Anakku kepada seluruh kelas untuk 15-20 minit yang pertama. Guru boleh menggunakan 10 minit yang terakhir untuk mengajar kanak-kanak secara berkumpulan atau individu. Kami juga cadangkan kepada guru-guru untukmenyemak pencapaian 4/5 orang pelajar setiap hari. Walau bagaimana pun ada lagi guru-guru tadika yang mengajar Bacalah Anakku style zaman dolu(Penulis buku tak pernah say 'Yes' to this style). Cikgu panggil kanak-kanak one at a time untuk

diajar , mungkin selama 5 minit sementara pelajar lain naik sheikh!! Cikgu oh cikgu, this is NOT teaching. Mungkinkah cikgu ni belum ikut kursus mengajar Bacalah Anakku? Atau mungkin terlalu selesa dengan style lama? Atau mungkin tak reti mengajar? Atas apa alasan sekali pun, saya cadang cikgu stop dulu. Buat Lesson Plan untuk mengajar 1 kelas.. then execute. Bila habis kelas, buat penilaian & rumusan. InsyaAllah Pengajaran & Pembelajaran akan lebih hebat. Cikgu-cikgu boleh juga rujuk(ehem beli...) Buku Rancangan Tahunan Bacalah Anakku untuk membantu cikgu buat rancangan tahunan untuk pelajar 4, 5, 6 tahun dan juga pemulihan sekolah rendah. Jadi tak betul la kalau buat statement Kaedah Fonik tak sesuai digunakan untuk mengajar 1 kelas. Let us train you to become the best phonics teacher!!! Call Readnetwork terdekat. 03-41435434 untuk kursus

Posted by Nik Eliani Nik Nawi at 2:13 PM 2 comments Labels: Kaedah Fonik. Mengajar bacalah Anakku THURSDAY, DECEMBER 1, 2011

Ajar Anak Kenal Namanya


Apa yang saya lakukan untuk mengajar anak saya mengenal namanya: 1. KAD NAMA

Tulis nama anak di atas kad dan tampal di beberapa tempat di biliknya/sekeliling rumah. Pastikan anda menggunakan huruf besar di permulaan namanya sahaja; sebagai contoh 'Sofia'. Saya menggunakan marker merah untuk menulis nama di atas kadbod putih. Beritahu anak anda, "Ini nama Sofia." Gerakkan jari dari kiri ke kanan pada kad nama sambil menggalakkan anak anda menyebut namanya. Do it as many times as you can everyday. Anda boleh melakukan aktiviti ini seawal anak berumur 18bulan. 2. BENDERA NAMA Buat bendera nama untuk anak anda. Saya tulis nama anak di atas kertas segitiga dan lekatkan pada straw besar(yang kita guna untuk minum ABC). Setiap hari galakkan anak anda untuk memilih tempat untuk diletakkan bendera namanya. It could be in your beautiful crystal vase or just a plastic mineral bottle. Then give her a big hug! Guru tadika pun boleh buat bendera nama untuk semua pelajar dalam kelasnya. Letakkan dalam pasu plastik dan jadikan rutin pagi anak tadika mengambil bendera namanya sambil berkata "Nama saya .... atau My name is....". Don't forget to praise each child. Aktiviti ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas. 3. MENEKAP NAMA Saya akan laminate atau balut kad nama anak saya dengan clear plastic untuk dia melakukan aktiviti menekap. Berikan anak anda erasable marker pen & galakkan dia menekap namanya pada kad tadi. Galakkan anak anda membaca namanya. Aktiviti awal tulis ini sesuai untuk anak 3 tahun ke atas.

4. MENYALIN NAMA Apabila anak saya menjangkau 5 tahun saya galakkan anak saya menyalin(copy) namanya. Saya akan tulis nama anak di atas kertas kosong. Seterusnya saya beri peluang anak saya menyalin namanya dengan krayon secara bebas(freehand, no lines whatsoever). Lekatkan hasil tulisan anak anda di dinding atas pintu peti ais. 5. MENULIS NAMA Apabila menjangkau 6 tahun, beri peluang anak anda menulis namanya sendiri. Gunakan pelbagai alat tulis seperti krayon, berus, pensel & kapur untuk menjadikan aktiviti menulis lebih menarik. Anda juga boleh berikan anak anda kertas pelbagai warna untuk ditulis. Anak saya suka menulis di atas kertas hitam(sugar paper) menggunakan kapur yang dicelup dalam air. Menulis nama dengan jari yang dicelup dengan cat air juga cukup menarik. Lagi messy lagi best! Sekiranya anda memberi peluang menulis nama dari awal, saya yakin anak anda dapat menulis nama sendiri sebelum melangkah ke Tahun 1. Yang mungkin problem sikit apabila ibubapa berikan nama yang terlalu panjang kepada anak.... sebagai contoh 'Tengku Puteri Aisyatun Muneerah'(nama rekaan semata-mata). So fikir-fikirlah bila nak menamakan anak.
Posted by Nik Eliani Nik Nawi at 4:52 PM 0 comments Labels: Aktiviti Awal Baca, Awal Tulis MONDAY, NOVEMBER 28, 2011

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 4)

Pelajar Tak Tahu Menulis Kaedah apa sekali pun, tentu sekali pelajar tak tau menulis kalau cikgu tak ajar menulis. Saya sentiasa bagitau cikgu dan ibubapa untuk ajar anak menulis pada setiap tahap pembelajaran. Bahkan mengajar menulis akan membantu anak membaca dengan lebih baik. Saya selalu cadangkan ibubapa & guru supaya mengakhiri pembelajaran dengan aktiviti penulisan. Untuk kanak-kanak 3-4 tahun, di antara aktiviti penulisan yang sesuai adalah menekap menggunakan krayon besar & finger painting. Kanak-kanak 5 tahun ke atas boleh menyalin dan menulis(imlak/dictation). Cadangan Saya: 1. Ajar satu bunyi, tekap/salin/tulis satu bunyi. 2. Ajar gabungbunyi sukukata, tekap/salin/tulis sukukata. 3. Ajar baca perkataan, tekap/salin/tulis perkataan. Daripada pengalaman lebih 20 tahun mengajar kanakkanak membaca menggunakan Kaedah Fonik, saya dapati mereka bukan saja hebat membaca tetapi juga mengeja & menulis. Mereka tidak pernah keliru sebagaimana kanakkanak yang biasa mengeja kerana tidak diajar nama huruf. Bahkan ada kanak-kanak fonik yang dapat menulis tanpa diajar kerana mereka cukup faham hubungkait di antara bunyi & simbol/huruf. Walaubagaimana pun, di peringkat tadika, banyak kanakkanak belum cukup mantap menulis. Apabila mereka melangkah ke Tahun 1, kanak-kanak fonik menjadi keliru/tidak faham sekira guru mengajar membaca & menulis menggunakan Kaedah Mengeja/ Sukukata. Sebab itulah banyak guru sekolah rendah mudah melabel kanak-

kanak fonik tidak tahu menulis. Guru boleh membantu secara bertahap dengan mengunakan istilah 'tulis bunyi /m/(mm)...'; 'tulis mi..'; 'tulis minum..'. Saya yakin semua guru sekolah rendah Kementerian adalah guru terlatih dan pernah diajar mengenai 'fonologi' semasa di Maktab/Institusi Perguruan/universiti. So tidak wajar sekiranya mereka tidak dapat membantu kanak-kanak fonik.
Posted by Nik Eliani Nik Nawi at 4:52 PM 2 comments Labels: kaedah Fonik, Kaedah Mengeja. Kaedah Sukukata THURSDAY, NOVEMBER 24, 2011

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 3)


Pelajar Tak Tahu Mengeja Pertama sekali ibubapa & guru kena jelas 'Apa itu mengeja?'. Kebanyakkan orang faham mengeja adalah 'membatang sukukata sambil menyebut nama huruf; m(em) a(ei), ma, t(ti) a(ei), ta, ma...ta. Memang betulla sekiranya anak itu diajar dengan Kaedah Mengeja. Tetapi anak fonik tidak mengeja dengan menyebut nama huruf abc(ei,bi,si) pada tahap awal membaca. Bagaimanakah anak fonik mengeja? Anak fonik diajar mengeja secara lisan & bertulis(imlak/dictation). Di peringkat awal belajar membaca mereka akan mengeja begini secara lisan(oral spelling): Perkataan 'mata' , m(mm) a(aa), t(teh) a(aa), mata.

Perkataan 'ani', a(aa), n(nn), i(ii), ani Perkataan 'kolam', k(keh) 0(0), l(ll) a(aa) m(mm), kolam. This is how we train them to spell. Tanpa membatang sukukata. Anak fonik mengeja dengan menyebut semua bunyi huruf dalam perkataan kemudian terus menyebut perkataan. Seterusnya anak fonik akan disuruh tulis perkataan yang dieja tadi. Guru/Ibubapa akan sebut perkatan untuk ditulis anak. Sekira anak slow, maka permudahkan. Kami cadang sebut sukukata demi sukukata untuk ditulis. Di peringkat akhir belajar membaca, anak fonik akan diperkenalkan kepada nama huruf. Guru/ibubapa akan memberitahu "Ini bunyi a(aa). Bunyi a(aa) ada nama. Nama a(aa), a(ei)(& seterusnya dengan huruf lain). Saya ajar anak saya abc melalui permainan seperti Roda Impian. Secara santai. Pada mulanya anak fonik akan denganmencampur bunyi & nama huruf. Perkataan 'mata', m(mm) a(ei), t(teh) a(ei), mata Perkataan 'datuk' d(di) a(ei), t(teh) u(uu) k(keh), datuk mengeja

Sehinggalah mereka selesa 'convert' semua bunyi kepada nama huruf. At the end, mereka akan mengeja perkataan sekali gus(tanpa membatang sukukata). Sebagai contoh perkataan 'orang', o(o) r(ar) a(ei) n(en) g(ji), orang Daripada pemerhatian & pengalaman saya, anak fonik lebih hebat mengeja kerana tidak keliru dengan nama huruf. Anak mengeja bila suruh tulis 'bi', besar kemungkinan dia akan tulis 'b'. Begitu juga dengan 'si'(keliru 'c'), 'ji'(keliru g). Biasala kalau disuruh tulis 'siku', anak mengeja akan tulis 'ciku'. Sebab itulah lebih baik nama huruf abc diajar kemudian. Sebab itulah jangan rojak pasemborkan kaedah fonik dengan mengeja. Persoalannya, salahkah sekiranya anak fonik mengeja dengan menyebut bunyi? Lebih-lebih lagi anak ini dapat menulis perkataan yang dieja dengan tepat. Kesimpulannya, ibubapa, guru, nazir, pegawai KPM perlu bersikap lebih terbuka & 'accomodating'. Sekiranya kita ada ilmu mengenai Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku, saya yakin kita pun akan pakat-pakat simpan Kaedah Mengeja & Sukukata di Muzium Negara! Jadi tak 'valid' statement anak fonik tak tau mengeja.
Posted by Nik Eliani Nik Nawi at 7:15 AM 0 comments Labels: kaedah Fonik, Kaedah Mengeja. Kaedah Sukukata, Masalah Mengeja WEDNESDAY, NOVEMBER 23, 2011

Kenapa Saya Tak Guna Kaedah Fonik Bacalah Anakku(Bhgn 2) Pelajar Tidak Mengenal ABC Banyak orang masih keliru & celaru mengenai abc. Anak yang diajar denganKaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku tidak tahu NAMA huruf hanya pada peringkat awal. Mereka masih diajar bentuk & rupa huruf yang dikaitkan dengan bunyi di dalam bahasa pertuturan(i.e. BM) Adalah lebih baik anak tidak diajar nama-nama huruf abc(ei, bi,si) pada peringkat awal membaca. Kajian oleh para saintis Yale University USA membuktikan otak membaca dengan memecah perkataan kepada bunyi(speech sounds) bukan abc(ei,bi, si). For that reason saya selalu mencadangkan kepada guru & ibubapa yang menggunakanKaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk mengajar nama huruf abc(ei,bi,si) setelah anak sudah pandai membaca(independent reader). Apabila anak sudah pandai membaca & mengeja menggunakan bunyi huruf, memperkenal nama huruf abc tidak

akan mengganggu anak tersebut menguasai kemahiran membaca. Sebagai kesimpulan, dengan Kaedah Fonik anak masih belajar abc. Hanya di peringkat awal mereka diajar bunyi terlebih dahulu kemudian mereka diajar nama huruf.
Bagi kami, pengamal Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku , kalau tak tahu a, b, c(nama huruf) lagi BEST. Lagi mudah nak ajar anak membaca. Lagi cepat dan lancar anak belajar membaca. So kalau nak anak awal membaca we have to set priorities. Apa yang paling penting untuk anak kecil menguasai kemahiran membaca. Nama huruf abc(ei, bi,si) atau bunyi huruf abc(aa, beh, ceh)? Menurut Professor McGuiness(Pengarang buku 'Why Our Children Can't Read), "The first road block to reading is when you teach your child a b c.". Di dalam buku The Alphabet Effect pula, pengarang buku mengatakan "It is meaningless to teach a small child a b c."

Saya rasa dah tiba masanya kita simpan Kaedah Mengeja di Muzium Negara. No offence to the teachers yang menggunakan Kaedah Mengeja ye... Terima kasih cikgu, saya dulu pun pandai membaca menggunakan Kaedah Mengeja. But now it's end of 2011, let's move forward. Yang timbul masalah adalah bila anak yang baru pandai membaca(samada di rumah atau tadika menggunakan Bacalah Annkku) masuk ke Tahun 1 dan dipaksa untuk mengeja-ngeja (b(bi) u(yu), bu k(kei) u(yu)m ku, buku), anak itu akan keliru. Kepada guru-guru sekolah rendah, terbaik sekiranya anda memahami Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku untuk membantu anak-anak ini menjadi expert readers, spellers & writers.
Posted by Nik Eliani Nik Nawi at 4:52 PM 0 comments Labels: kaedah Fonik, Kaedah Mengeja. Kaedah Sukukata, Mengajar ABC

KENAPA SAYA TAK GUNA KAEDAH FONIK GABUNGBUNYI BACALAH ANAKKU(Bhgn 1)


Saya kurang faham pasal fonik/fonetik. Kaedah ini hanya sesuai untuk budak pandai . Tak boleh guna untuk mengajar 1 kelas.Hanya sesuai untuk ajar individu.

Nanti pelajar tak tahu abc. Pelajar tak pandai mengeja bila guna fonik. Pelajar tak pandai menulis bila guna fonik. Perlu bantuan ibubapa untuk pelajar berjaya. Penilaian sekolah/Kementerian Pelajaran tak serasi dengan fonik. Saya Kurang Faham Pasal Fonik Betulla kalau tak tahu, tak jelas, tak berapa faham, macamana nak guna Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku? Untuk atasi masalah ini mudah saja:

1. Ikuti kursus Intensif Bacalah Anakku. Lawat www.Readnetwork.com untuk jadual kursus terkini atau hubungi kami untuk mengadakan kursus di sekolah/institusi anda. Kami akan ajar cara sebut bunyi & teknik mengajar yang multisensonsory. Peserta kursus juga berpeluang melakukan aktiviti practical teaching untuk dapat the real FEEL ! 2. Baca Buku Panduan & tengok VCD Panduan Mengajar yang diberikan percuma bersama setBacalah Anakku. So boleh jimat duit tak payah attend kursus. 3. Baca post Blogwww.cepatmembaca.blogspot.com di

4. Berbincang dengan pengguna-penggunaBacalah Anakku. Setelah 13 tahun di pasaran, saya yakin tak susah nak cari orang untuk cerita pasal Bacalah Anakku. Hanya Sesuai Untuk Pelajar Pandai. Alasan ini tak valid sebab pelajar perlu tahu 30 bunyi & 30 huruf/simbol sahaja sekira mengguna Bacalah Anakku. Tidak perlu hafal abjad(26 huruf) & beratus pola sukukata(lebih daripada 500 pola) sebagaimana dalam Kaedah Mengeja / Tradisional / Sukukata / Gabungbunyi kata. Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakkumengajar anak mengenal bunyi & simbol a b c d e e f g h i j k l m n o p q r s t u v w y z ng ny sy kh sambil dilatih untuk menggabung bunyi menjadi sukukata, seterusnya perkataan. Saya rasa semua pandai simple 30 Vs yang mana lebih mudah?Yang membebankan mathematics, 500+ mana lebih memori?

Jelas Kaedah Fonik Gabungbunyi Bacalah Anakku adalah kaedah mengajar membaca yang paling mudah berbanding dengan kaedah lain.

Lebih-lebih

lagi

untuk

pelajar-pelajar

lemah.

Jom buka minda dan beri pelung untuk anak/pelajar anda membaca awal denganBacalah Anakku!

You might also like