You are on page 1of 2

Karangan Berformat Anda telah dipilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan peringkat sekolah.

Tajuk perbahasan ialah Penggunaan Telefon Bimbit Banyak Faedahnya. Sebagai pembangkang pertama, sediakan hujah-hujah anda.

Cahaya matahari menyilau mata, Rasa pedih tidak tertahan; Lafaz bismillah pembuka kata, Gelanggang pertandingan segera dimulakan. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, barisan penyokong, guru-guru dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu, kami barisan pembangkang tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini tidak tepat, sepatutnya berbunyi Penggunaan Telefon Bimbit Banyak Keburukannya. Hadirin yang dihormati, Sebelum bibir mengatur kata, elok sekiranya saya menyimpulkan makna mutiara kata dalam perbahasan ini. Telefon bimbit merupakan kombinasi daripada dua perkataan iaitu telefon dan bimbit yang membawa maksud penggunaan telefon yang boleh dibawa ke mana-mana tempat atau destinasi yang dituju. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4 pula, telefon bimbit boleh didefinisikan sebagai telefon mudah alih tanpa wayar yang berfungsi dengan menggunakan isyarat gelombang. Marcapada ini, telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang menguasai dunia tanpa memilih usia, status dan kedudukan ekonomi seseorang.Lebih-lebih lagi, telefon bimbit dewasa ini akan dengan mudah menjadi aktif apabila pengaktifan kad sim daripada syarikat telekomunikasi. Secara tersuratnya ia begitu indah dan mudah penggunaannya namun seperti yang kita sedia maklum, bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora, setiap yang sempurna di dunia ini pasti ada kecacatan dan kelemahannya. Melalui hasil kajian kami, didapati telefon bimbit banyak membawa impak negatif kepada lapisan masyarakat terutamanya bagi lapisan remaja yang merupakan harapan bangsa dan tonggak negara. Hadirin yang dimuliakan, Hujah saya yang pertama, di bawah kata kunci mengabaikan kerja. Sesungguhnya tidak kira pelajar, remaja ataupun orang dewasa dalam melangkah ke era modenisasi ini lebih daripada 90% mempunyai telefon bimbit sendiri. Hal demikian bolehlah kita lihat melalui pelajar sekarang yang majoriti sudah mempunyai telefon bimbit dan tidak menyiapkan kerja sekolah yang diamanahkan. Hal in kerana Sikap suka bertangguh sudah mula bertapak di dalam jiwa mereka akibat terlalu obses dengan telefon bimbit dalam SMS atau main permainan. Ini sekaligus menyebabkan prestasi akademik mereka merudum. Menurut kata, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Fatimah Abdullah, penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah memberi lebih banyak kesan buruk berbandingkan kesan positif kepada pelajar serta persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Jadi ternyata penggunaan telefon bimbit tanpa kawalan akan menjejaskan pelajaran pelajar. Apatah lagi jika mereka diberi ruang menggunakannya pada usia yang masih belasan tahun. Selain itu, lapisan masyarakat yang bekerja juga mengalami senario yang sama. Kebanyakan pekerja pejabat terutamanya akan menggunakan telefon bimbit atau lebih dikenali sebagai telefon pintar apabila tidak diawasi oleh orang yang lebih berkuasa. Hadirin yang saya kasihi sekalian, Hujah saya yang kedua, kegilaan terhadap telefon bimbit dalam berbual kosong serta menghantar SMS bukan sahaja membazirkan masa malah juga membazirkan wang. Contohnya, seseorang pelajar itu sanggup berjaga sampai tengah malam semata-mata untuk bersembang dengan rakan sekelas atau sesekolah. Hakikatnya, bukan sahaja kerja sekolah tidak dapat disiapkan malah akan mengantuk semasa guru mengajar. Secara tidak langsung juga seseorang itu perlu menggunakan lebih banyak masa untuk buat ulang kaji dan sebagainya dan akan kekurangan masa tidur mereka. Seterusnya, penggunaan telefon bimbit secara berlebih-lebihan juga menyebabkan pembaziran yang besar dan hal ini amat bertentangan dengan apa-apa jua agama pun. Pembelian telefon bimbit yang baru memerlukan pembelanjaan yang besar. Di samping itu, setiap panggilan telefon dan penghantaran SMS turut melibatkan bayaran. Penggunaan secara berlebihan akan membawa kepada peningkatan kos sara hidup dan pembelanjaan bertambah terutamanya bagi remaja yang sememangnya tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Walaupun terdapat pelbagai perkhidmatan yang memberikan kebaikan kepada pengguna secara zahirnya, namun perkara ini tetap menjadi pembaziran apabila digunakan secara kerap dan berterusan. Hadirin yang dimuliakan, Hujah saya yang ketiga ialah secara relitinya, penggunaan telefon bimbit secara rapat akan memberikan implikasi kepada kesihatan manusia terutamanya golongan remaja yang merupakan golongan permata bangsa pada masa hadapan. Jika seseorang itu menggunakan telefon bimbit dalam masa yang panjang, sinaran radiasi yang dikeluarkan sedikit sebanyak akan mengganggu kesihatan. Mereka harus sedar bahawa penggunaan telefon bimbit yang berterusan dalam tempoh yang lama juga, boleh mendatangkan kesan kepada otak seperti peningkatan sel-sel barah. Oleh itu, penyakit kanser ataupun penyakit yang berkaitan dengan gangguan sistem saraf pun terjadilah dalam jangka masa panjang. Di samping itu, mengikut kajian dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali., telefon bimbit akan mengeluarkan sejenis kadar

bunyi dan gelombang magnetic yang akan menjejaskan kesihatan. Tambahan pula, kajian tentang radiasi dari telefon bimbit merosakkan daya ingatan juga dilakukan. Menurut kajian baru di Sweden, pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit akan memburukkan daya ingatan, sumber dari 'The Total Sweden News in English'. Oleh itu, ini secara tidak langsung memberitahu kita bahawa penggunaan telefon bimbit secara lama membawa implikasi yang amat buruk kepada kesihatan kita. Jadi, telefon bimbit tidak sesuai digunakan oleh mereka yang berusia muda kerana akan menjejaskan sistem metabolisme mereka. Hujah saya yang keempat pula ialah seseorang itu mudah terjerumus dalam lembah negatif. Kebanyakan orang memiliki telefon bimbit dengan tujuan utama untuk berhubung atau berkomunikasi dengan tujuan sampingannya untuk berhibur. Hal demikian dapat dibuktikan dengan segelintir pengguna yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan dan kepuasan jiwa. Sebagai contoh, mereka menipu dengan membuat panggilan palsu kepada agensi tertentu. Antaranya, nombor talian 999 untuk kecemasan sering disalahgunakan demi keseronokan yang menyusahkan pihak lain. Selain itu, mereka yang memuat naik gambar atau video yang keterlaluan serta mempunyai unsur negatif seperti gambar lucah dan video gangsterism. Secara tidak langsung ini telah menyalahi undang-undang dengan mencabuli peribadi seseorang dan menyebarkan maklumat yang negatif. Hadirin yang dihormati, Seterusnya, izinkan saya membidas apa yang dikatakan oleh pencadang pertama tadi, iaitu penggunaan telefon bimbit sebagai satu bentuk atau medium penyampaian informasi yang pelbagai dan menarik. Teknologi ini memudahkan pelbagai maklumat disalurkan seperti berita, pengetahuan am, lagu dan data peribadi. Maklumat ini berguna kepada penguna kerana melalui penggunaan yang betul semua maklumat ini dapat memastikan seseorang memahami sesuatu atau melakukan sesuatu dengan betul serta penting dalam memastikan masyarakat kita menjadi rakyat yang berilmu dan berinformasi. Namun, adakah kegunaan telefon bimbit ini disertakan pada semua jenis model telefon bimbit? Adakah kegunaan ini diamalkan oleh semua pihak dalam penggunaan telefon bimbit? Jawapannya adalah tidak. Setahu kami telefon bimbit kini memang canggih dan disertai beraneka kegunaan tetapi cuma telefon bimbit pintar sahaja yang mempunyai fungsi untuk melayari internet dan laman-laman web yang terkandung informasi yang meluas dan memanfaatkan. Sebagai contoh, telefon bimbit yang biasa digunakan oleh remaja dan pelajar sekolah kebanyakan dalam model yang lama iaitu cuma dapat membuat panggilan, menghantar SMS dan melayari laman sosial Facebook. Kami berpendapat tanggapan saudara pencadang kita amat tidak berasas kerana memang jarang terdapat orang akan berbuat demikian. Lebih membimbangkan, telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan MMS, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan seumpamanya. Menurut statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), jenayah rogol dan cabul meningkat akibat salah guna telefon bimbit. Lebih buruk lagi, remaja sekolah mudah terdorong dengan cinta monyet yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja perempuan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang remaja. Ia juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan perzinaan. Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi persis zaman Jahiliah di Tanah Arab dahulu. Hadirin dan hadirat sekalian, Sudah terang lagikan bersuluh. Sebelum saya mengundur diri dan disambungkan oleh rakan-rakan seperjuangan saya, ingin saya tegaskan bahawa penggunaan telefon bimbit oleh masyarakat, setelah ditimbang-timbang dan difikir-fikirkan secara mendalam, lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Pandangan ini bukan bermakna kami antiteknologi atau mundur, tetapi kerana ingin menjalani suatu kehidupan yang tenang dan bebas daripada radiasi. Apakah kemajuan atau berteknologi jika dalam masa yang sama masyarakat semakin kurang sihat dan runtuh akhlaknya serta pegangan agama kian mencair? Berfikirlah saudara pencadang sebelum mengeluarkan hujah-hujah anda. Sebelum saya menutup tirai perbahasan ini, izinkan saya melafazkan serangkap pantun yang berbunyi, Dari runtuhnya kota Melaka, Bersama kita dirikan Putrajaya; Hujah palsu bohong belaka, Akan ditangkis seberapa daya. Sekian, terima kasih.

Ahli Kumpulan Loh Hoi Yee Nurul Syafiqah binti Mohamad Ashri Siti Noor Fauziah binti Ismail Tan Jia Qi

You might also like