You are on page 1of 54

Selepas menamatkan kuliah ini, pelatih sepatutnya berupaya

1. Mendefinasikan Etika Mahkamah.


2. Menerangkan ketertiban dalam mahkamah. 3. Menerangkan tatacara prosiding mahkamah(prosedur mahkamah). 4. Menerangkan penggunaan bahasa.

5. Menerangkan Pegawai mahkamah.


6. Menerangkan Masa kehakiman.

Kamus Dewan Edisi Baru 2010 Etik : Dalam B.I (ethics) ialah ilmu yang sistematik adalah tentang moral (akhlak) atau
science of morals. (Asal dari Yunani ethikos)

Etika :
Merujuk kepada tingkah laku atau kelakuan atau sifat yang berkaitan dengan manusia manusia. Prinsip akhlak / moral menjadi pegangan individu / masyarakat.

Secara ringkas boleh diertikatakan sebagai kewajipan

moral

dan profesional dari aspek


tingkah laku dan kelakuan seorang Pegawai pendakwa apabila menghadiri mahkamah.

Etika mahkamah
Ia juga merupakan peradapan yang betul semasa di mahkamah iaitu, semasa menjalankan tugas di mahkamah sama ada sebagai;
Seorang hakim, Pendakwa, Peguambela, Anak guam atau Saksi serta orang awam yang menghadiri mahkamah sebagai pemerhati.

2. Menerangkan ketertiban dalam mahkamah


Pakaian Tatacara masuk dalam mahkamah Tatacara keluar bilik mahkamah Persediaan pegawai pendakwa sebelum ke mahkamah Saksi memberi keterangan

Ketertiban dalam mahkamah meliputi juga: - Penampilan diri - Perwatakan - Tutur kata - Pakaian

Ianya melibatkan prinsip moral yang mengawal kelakuan dan perlakuan di mahkamah

Pegawai pendakwa lelaki hendaklah berkemeja putih lengan panjang, bertali leher warna gelap, seluar panjang warna gelap, kasut hitam dan memakai blazer (baju kot) berwarna hitam.

Pegawai pendakwa perempuan


hendaklah berpakaian bersesuaian dan tidak menjolok mata, tetapi mesti berwarna putih dan hitam. Tiada halangan bagi orang lelaki muslim bersongkok atau wanita muslim bertudung.

Seorang saksi hendaklah berpakaian kemas dan bersih serta membawa dokumen yang berkaitan dengan kes. Dia hendaklah bercakap dengan munasabah dan jangan menjerit sewaktu memberi keterangan. Semasa memberi keterangan hendaklah duduk dalam kandang saksi.

Orang awam boleh menghadiri mahkamah yang terbuka. Pakaian hendaklah kemas dan jangan bercakap, merokok semasa menghadiri mahkamah.

Patuh pada arahan polis mahkamah yang


betugas atau penterjemah mahkamah.

Jika gagal mengikuti arahan mahkamah atau


biadap, tuan boleh dipenjara kerana engkar arahan mahkamah

('contempt of court'). .. Menghina mahkamah

- Apabila majistret / hakim masuk semua yang berada di mahkamah berdiri dan tunduk apabila majistret / hakim menunduk ke arah galeri - Apabila mahkamah sedang bersidang masuk dan tunduk ke arah majistret / hakim apabila hendak duduk tunduk sekali lagi sebelum duduk

- Apabila mahkamah sedang bersidang Bangun dan tunduk ke arah majistret/ hakim. Tunduk sekali lagi sebelum buka pintu dan keluar dari bilik mahkamah. - Apabila mahkamah selesai bersidang Majistret/hakim akan bangun maka semua yang berada di mahkamah akan bangun dan tunduk ke arah majistret/ hakim

- Arahan amalan No. 5 tahun 1989 iaitu setiap permohonan penangguhan mestilah disertakan dengan alasan. - Alasan yang dikemukakan mestilah yang munasabah.
Tuan, saya memohon penangguhan bagi kes ini di atas alasan

Kertas pertuduhan Fakta kes Barang kes Pastikan saksi-saksi hadir Persediaan rayuan hukuman berat Sediakan akta-akta yang terlibat

Pakaian hendaklah sopan Bawa kad kuasa atau pengenalan Dengar soalan dari pegawai pendakwa Fikirkan jawapan dahulu sebelum menjawab - Jawab soalan yang ditanya dan jawab dengan terang - Bila menjawab perlu mengadap kepada Majistret/ hakim

Kes mengaku salah Kes meminta dibicarakan


Seksyen yang terlibat adalah seksyen 173 kanun prosedur Jenayah Peringkat kes pendakwaan bermula Peringkat kes pembelaan dimulakan

Jurubahasa memanggil nombor kes + nama tertuduh


Pegawai Pendakwa berdiri dan memperkenalkan diri dan pegawai pendakwa lain yang hadir bersama (jika ada)
Dengan izin tuan saya.. pegawai pendakwa dari jabatan.. dan bersama-sama saya hari ini

Pegawai Pendakwa akan serah kertas pertuduhan kepada jurubahasa Jurubahasa akan membaca pertuduhan kepada tertuduh untuk mendapatkan pengakuan. Kalau tertuduh tidak hadir - pegawai pendakwa akan memohon waran tangkap dikeluarkan dan satu tarikh sebutan waran tangkap akan ditetapkan.
Tuan, memandangkan OKS tidak hadir pohon waran tangkap dikeluarkan

Kalau tertuduh hadir dan mengaku salah - Pegawai


pendakwa akan menyatakan sedia untuk proses jatuh hukum
Tuan sedia untuk jatuh hukum pada hari ini

Pegawai Pendakwa akan mengemukakan izin mendakwa


Tuan, Tuan,
saya kemukakan izin pendakwaan sebagai

P1

Pegawai Pendakwa akan kemukakan fakta kes


saya kemukakan fakta kes sebagai

P2

Pengakuan diambil tentang fakta kes dari tertuduh Pegawai Pendakwa akan kemukakan barang kes
Tuan, Itu
saya kemukakan barang kes ..sebagai

P3

Apabila habis Pegawai Pendakwa akan duduk


sahaja, Tuan atau Sekian, Tuan

Majistret akan mendapatkan rayuan dari tertuduh. Tertuduh akan membuat rayuan. Rayuan di sini adalah rayuan untuk meminta hukuman ringan.
Pegawai Pendakwa bangun dan membuat penghujahan mengenai hukuman. Kebiasaan Pegawai Pendakwa akan meminta hukuman yang berat atau memohon hukuman yang sewajarnya. Pegawai Pendakwa juga dinasihatkan menyatakan peruntukan hukuman maksimum yang terdapat pada undang-undang yang terlibat bagi kesalahan yang mana OKT mengaku salah. Secara ringkas Pegawai Pendakwa akan mohon. Tuan mohon hukuman yang setimpal dengan kesalahan

Barang kes boleh ; i. Kepada mahkamah untuk dilupuskan ii. Kepada pendakwaan untuk dilupuskan iii. Sebagai hasil kerajaan (sekiranya berbentuk wang) iv. Dikembalikan semula kepada tuan punya Akhirnya Pegawai Pendakwa hendaklah mengucapkan terima kasih. Terima kasih, Tuan

Susunatur Dalam Mahkamah Majistret

Tertuduh hadir dan meminta dibicarakan (tidak


mengaku salah) Pegawai Pendakwa akan memaklumkan kepada mahkamah sama ada beliau bersedia ataupun tidak untuk menjalankan kes. Pegawai Pendakwa akan mengemukakan izin pendakwaan Tuan, saya kemukan izin pendakwaan sebagai P1

Sekiranya tidak bersedia Pegawai Pendakwa akan


memohon kes ditangguhkan dengan memberi alasan yang munasabah.
Tuan, saya tidak bersedia untuk menjalankan kes disebabkan..

Pegawai Pendakwa akan memaklumkan berapa ramaikah saksi beliau yang hadir ke mahkamah pada hari tersebut.
Tuan, saksi pendakwaan yang hadir adalah seramai 5 orang termasuk pengadu dan pegawai penyiasat dari 10 yang disapina, saya sedia jalankan kes

Majistret akan memaklumkan jalankan kes

Pegawai Pendakwa akan memulakan kes dengan menyatakan

Saya ingin memanggil saksi pertama saya iaitu..

Pegawai Pendakwa akan memulakan pemeriksaan utama saksi beliau. Dengan izin, Tuan Setelah selesai memeriksa saksi tersebut Pegawai Pendakwa akan menyatakan. Tuan, saya tiada lagi
soalan dan Pegawai Pendakwa terus duduk.

Seterusnya Peguambela / Tertuduh akan memeriksa balas saksi tersebut.

Setelah selesai Pegawai Pendakwa akan memulakan

Setelah selesai memeriksa semula saksi Pegawai Pendakwa akan menyatakan.

Tuan saya tiada lagi soalan dan mohon saksi dilepaskan

Majistret akan membuat perintah lepas saksi.


Seterusnya Pegawai Pendakwa akan memohon memanggil saksi yang kedua pula.
Tuan, saya ingin memanggil saksi kedua iaitu.

NOTA - PROSES INI AKAN DITERUSKAN BAGI PEGAWAI PENDAKWA


MEMANGGIL SAKSI-SAKSI BELIAU (YANG DIPERLUKAN).

Setelah Pegawai Pendakwa berpuas hati keterangan yang ada cukup untuk membuktikan kesalahan terhadap tertuduh, Pegawai Pendakwa akan menyatakan :Tuan, saya tidak mempunyai saksi lagi untuk dipanggil ataupun Tuan, saya tidak akan memanggil saksi-saksi lain

Pegawai Pendakwa terus menyatakan niat untuk menutup kes.


Tuan, pihak pendakwaan ingin menutup kes

Sekiranya masih ada lagi saksi yang masih belum dipanggil, Pegawai Pendakwa mestilah menawarkan saksi tersebut kepada pihak pembelaan/ tertuduh.
Tuan, pihak pendakwaan ingin menutup kes dan sebelum itu pihak pendakwaan menawarkan baki saksisaksi yang tak dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak pembelaan/ tertuduh

Mahkamah akan menanyakan kepada peguambela/


tertuduh sama ada beliau mahu / memerlukan saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan ataupun tidak.

Jika ya, mahkamah akan memerintahkan saksi (yang mana


diperlukan pembelaan) untuk terus hadir ke mahkamah. Jika tidak, mahkamah akan memerintahkan semua saksi yang ditawarkan itu dibebaskan dari hadir ke mahkamah lagi. Setelah semua saksi ditawarkan maka pendakwaan menutup kes. Seterusnya Pegawai Pendakwa dan peguambela / tertuduh hendaklah memaklumkan kepada mahakamah sama

ada mereka bersedia untuk penghujahan ataupun tidak. Sekiranya tidak pihak yang tidak bersedia hendaklah
memohon penangguhan.

Tuan, saya tidak bersedia untuk penghujahan

Sekiranya pihak pendakwaan bersedia.


Tuan, saya bersedia untuk penghujahan

pihak pembelaan akan memulakan penghujahan dan diikuti


Seterusnya oleh pihak pendakwaan.
Dengan izin Tuan,..

Setelah selesai penghujahan mahkamah


akan membuat keputusan ataupun menetapkan tarikh lain untuk keputusan. Keputusan di sini adalah keputusan di akhir kes pendakwaan.

Di akhir kes pendakwaan penghujahan pihak pendakwaan pada kebiasaan seperti berikut :
Akhir sekali pihak pendakwaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie seperti yang digariskan di bawah seksyen 173(f) Kanun Prosedur Jenayah. Oleh yang demikian pihak pendakwaan memohon agar mahkamah memanggil tertuduh untuk membela diri terhadap pertuduhan sepertimana yang terdapat di atas kertas pertuduhan.

- Jika pihak pendakwaan telah berjaya buktikan kes prima facie seperti yang digariskan di bawah seksyen 173(f) Kanun Prosedur Jenayah maka mahkamah akan memerintahkan tertuduh untuk membela diri di atas kesalahan yang dipertuduhkan. Jika pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie seperti yang digariskan di bawah seksyen 173(f) Kanun Prosedur Jenayah maka mahkamah akan memerintahkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (A&D).

Apabila mahkamah memanggil tertuduh untuk membela diri maka kes pembelaan bermula. Di sini peguambela/ tertuduh akan memaklumkan kepada mahkamah sama ada beliau bersedia dengan saksi untuk menjalankan kes ataupun tidak. Sekiranya permohonan penangguhan dibuat bantahan perlu dibuat oleh pegawai pendakwa kerana tertuduh adalah saksi pertama dalam kes dan tertuduh hadir dalam mahkamah.
Tuan,
saya membantah di atas permohonan pihak peguambela/ tertuduh(alasan).

Sekiranya peguambela/tertuduh akan diteruskan.

sedia,

kes

Sebelum kes dimulakan jurubahasa perlu pergi kepada tertuduh dan memaklumkan tiga opsyen/pilihan yang diberikan kepada tertuduh untuk memberi keterangan. Opsyen/pilihan tersebut adalah :1. Berdiam diri (tidak memberi keterangan langsung) 2. Memberi keterangan dari kandang tertuduh (keterangan tidak bersumpah dan tidak boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan) 3. Memberi keterangan dari kandang saksi (keterangan secara bersumpah dan boleh diperiksa balas oleh pihak pendakwaan)

jurubahasa terlupa untuk memaklumkan opsen/ pilihan untuk memberi keterangan ini maka Pegawai Pendakwa perlulah membantu mahkamah dengan memberitahu majistret ataupun jurubahasa.
OPSYEN/ PILIHAN INI HANYA DIBERIKAN KEPADA TERTUDUH SAHAJA. BAGI SAKSI-SAKSI LAIN PROSES MENGANGKAT SUMPAH SEPERTI BIASA PERLU DILAKUKAN.

Sekiranya

majistret

ataupun

NOTA-

Kes pembelaan

ini dimulakan dengan pihak pembelaan memanggil saksi pertama beliau. Pegawai Pendakwa cuma akan duduk dan mencatit keterangan dan akan membuat pemeriksaan balas saksi pembelaan.

Pemeriksaan utama peguam/tertuduh.


Pendakwa. Dengan izin, Tuan

dibuat

oleh

Pemeriksaan balas saksi akan dibuat oleh Pegawai

Setelah selesai memeriksa saksi Pegawai Pendakwa perlu menyatakan beliau tiada soalan lagi. Tuan, saya tiada soalan lagi.

Seterusnya peguambela/ tertuduh akan membuat

Seterusnya peguambela/tertuduh akan terus memanggil saksi-saksi beliau yang ada dan proses pemeriksaan utama, balas dan semula akan diteruskan lagi sehingga selesai peguam/tertuduh memanggil semua saksi tersebut.
Apabila selesai peguambela/tertuduh akan memaklumkan kepada mahkamah beliau tiada saksi lagi untuk dipanggil dan ingin menutup kes.

Majistret

akan bertanyakan kepada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan sekiranya mereka bersedia ataupun tidak dengan penghujahan.
Jika bersedia mahkamah akan penghujahan. Tuan, saya bersedia untuk penghujahan meneruskan dengan

Jika tidak maka suatu tarikh lain akan ditetapkan untuk


penghujahan.

Apabila penghujahan dimulakan ianya dimulakan dengan pihak pembelaan dan diikuti oleh pihak pendakwaan.
Dengan izin Tuan

Setelah selesai penghujahan mahkamah akan


menetapkan tarikh lain untuk keputusan. Keputusan ini adalah keputusan di akhir kes pembelaan.

Jika pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes tanpa sebarang keraguan yang munasabah seperti yang
digariskan di bawah seksyen 173(m) Kanun Prosedur Jenayah maka mahkamah akan menyabitkan tertuduh di atas kesalahan yang dipertuduhkan.

Jika pihak pendakwaan telah gagal menimbulkan satu keraguan kes tanpa sebarang keraguan yang munasabah seperti yang digariskan di bawah seksyen 173(m) Kanun Prosedur Jenayah maka mahkamah akan memerintahkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan (A&D).
Sekiranya mahkamah melepaskan dan membebaskan tertuduh, pegawai pendakwa mestilah membantu mahkamah berkenaan barang kes. (sekiranya barang kes tiada tuanpunya ataupun bahan merbahaya kepada alam sekitar atau manusia)

Di akhir kes pembelaan penghujahan pihak pendakwaan pada kebiasaan seperti berikut:
Akhir sekali pihak pendakwaan berhujah bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes tanpa sebarang keraguan yang munasabah seperti yang digariskan di bawah seksyen 173(m) Kanun Prosedur Jenayah. Oleh yang demikian pihak pendakwaan memohon agar mahkamah menyabitkan tertuduh dengan kesalahan sepertimana yang dituduh di atas kertas pertuduhan.

Sekiranya mahkamah menyabitkan tertuduh di atas kesalahan maka proses jatuh hukuman akan diteruskan.
Pegawai Pendakwa akan memaklumkan

kepada mahkamah berkenaan fakta kes dan barang kes.


Tuan, fakta kes adalah seperti dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan

Tuan,

barang kes adalah dikemukakan di mahkamah

seperti

yang

Selepas itu Pegawai Pendakwa akan duduk bagi mahkamah mendapatkan rayuan dari peguambela/tertuduh. Seperti biasa peguambela/tertuduh akan memohon agar suatu hukuman yang ringan dikenakan. Pegawai Pendakwa akan bangun dan membuat penghujahan mengenai hukuman. Kebiasaan Pegawai Pendakwa akan meminta hukuman yang berat atau memohon hukuman yang sewajarnya. Pegawai Pendakwa juga dinasihatkan menyatakan peruntukan hukuman maksimum yang terdapat pada undang-undang yang terlibat bagi kesalahan yang

Secara ringkas Pegawai Pendakwa akan mohon . Tuan mohon hukuman yang setimpal dengan kesalahan

Majistret akan menjatuhkan hukuman dan


memberi arahan terhadap barang kes. Barang kes boleh ; 1. Kepada mahkamah untuk dilupuskan 2. Kepada pendakwaan untuk dilupuskan 3. Sebagai hasil kerajaan (sekiranya berbentuk wang) 4. Dikembalikan semula kepada tuan punya Akhirnya Pegawai Pendakwa mengucapkan terima kasih. hendaklah

Apakah yang boleh dilakukan oleh Pegawai pendakwa sekiranya beliau tidak berpuas hati dengan apa yang dilakukan oleh majistret?
1. Tidak berpuas hati terhadap keputusan lepas dan bebas rayuan Tidak berpuas hati terhadap hukuman

2.
3. 4.

rayuan

Majistret tersilap dari segi menjatuhkan hukuman

Semakan

Tidak berpuas hati keputusan majistret lepas tanpa bebas tertuduh tuduh semula tertuduh.

4. PENGGUNAAN BAHASA
Penggunaan bahasa
Bersopan, baik dan lancar Bahasa rasmi adalah Bahasa Malaysia Nada yang sederhana Bahasa yang terang dan jelas Penggunaan Bahasa Inggeris perlu meminta izin dari mahkamah

Mahir bertutur secara lisan dan mahir dalam menulis.


..As a pianist practices the piano, so the lawyer should practice the use of word, both in writing and by word of mouth..

- Lord Denning

PP/DC hendaklah menggunakan bahasa yang menunjukkan hormat


Jika PP/DC hendak
Memulakan percakapan, Dengan izin Tuan/Puan .. Berhenti bercakap, Tuan/Puan, PP/DC tiada soalan lagi Merujuk kepada sesuatu seksyen/peraturan dalam akta/peraturan, seperti yang mahkamah sedia maklum (As the court well knows), PP/DC ingin merujuk kepada seksyen/peraturan. Bersetuju dengan apa yang mahkamah katakan, terima kasih/much obliged Tuan/Puan.

Sambungan
Jika PP/DC
Tidak bersetuju dengan apa yang mahkamah katakan, kurang sesuai tuan/puan (as the court pleases) Kalau hendak merujuk kepada atoriti, dokumen dan lain-lain, mesti dengan izin mahkamah. Tidak dapat menjawab persoalan yang ditanya oleh mahkamah, mohon dengan mahkamah untuk merujuk kepada

5. Pegawai mahkamah
Pegawai pendakwa Peguambela Jurubahasa
Diberi penghormatan tinggi dan wajar oleh orang awam setiap masa.Peranan dan fungsi masing-masing untuk memastikan keadilan pentadbiran seasuatu kes yang dibicrakan dicapai tanpa apa-apa gangguan.

6. Menerangkan Masa kehakiman.


Ketepatan masa (punctuality) - Pekeliling Pendaftar Bil. 5/91 menetapkan mahkamah bersidang jam 9.00 pagi - Jika terlewat perlulah memohon maaf kepada mahkamah dan menyatakan sebab kelewatan
Tuan, saya memohon maaf di atas kelewatan pada hari ini. Kelewatan saya ke mahkamah adalah disebabkan

OKS membuat rayuan (Mitigation)

Contoh rayuan
Dia sudah 3 tahun tidak ada pekerjaan tetap, pendapatan juga tidak tetap Ini adalah kesalahan pertama beliau. Pengakuan salahnya menjimatkan masa dan mengelakkan kesulitan pada saksi-saksi. Terpaksa menanggung isteri dan 2 orang anak. Dia uzur dan ada penyakit kencing manis dan darah tinggi Mohon mahkamah yang mulia ini menjatuhkan hukuman yang ringan.

Seksyen 3 - Akta Mahkamah Rendah 1948

Penubuhan Mahkamah Sesyen, Mahkamah Rendah dan Mahkamah Penghulu (Malaysia Barat sahaja)
Seksyen 76(1) - AMR 1948 Penubuhan Mahkamah Majistret oleh YDPA melalui perintah dan penepatan had tempatan bidang kuasa.

Tatacara Perlantikan Majistret dan Bidang Kuasa Kelas 1 dan Kelas 2

Seksyen 78(a) AMR 1948


Perlantikan Majistret Kelas 1 oleh YDPA

Seksyen 78(b) AMR 1948


Perlantikan Majistret Kelas 1 oleh Pihak Berkuasa Negeri.

Seksyen 77(1) AMR 1948


Jadual keempat AMR 1948, Majistret Kelas 1 menjalankan ex-officio di Mahkamah Majistret Kelas 2.

You might also like