P. 1
Refleksi KRP 3013 a-35

Refleksi KRP 3013 a-35

|Views: 199|Likes:
Published by Loges Sockalingam

More info:

Categories:Topics, Art & Design
Published by: Loges Sockalingam on Apr 27, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/27/2012

pdf

text

original

1. 2. 3.

PEMARKAHAN REFLEKSI PERBINCANGAN FORUM JUMLAH

RIS
SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KRP 3013: KURIKULAM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
TAJUK

REFLEKSI
BAHAGIAN A

KUMPULAN UPSI – A35 (A112PJJ)

DISEDIAKAN OLEH NAMA LOGES A/P SOCKALINGAM NO. ID D20102045747 NO. TELEFON 016-5546483

NAMA TUTOR E-LEARNING: EN.ABD RAHMAN BIN DAUD

TARIKH SERAH: 28-4-2012

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT 1 1.

TAJUK Perkembangan Kurikulam dan Pengajaran Sekolah Rendah Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini telah membincangkan senario pendidikan di negara ini dari sudut kurikulum dan pengajarannya meliputi tiga zaman iaitu zaman penjajahan Inggeris, zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa senario pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangannya hingga ke tahap yang ada sekarang. Dalam erti kata yang lain pendidikan di negara ini mengalami proses kristalisasi iaitu perkembangan demi perkembangan ke tahap yang lebih baik dan cemerlang. Pendidikan peringkat sekolah rendah yang berlangsung di negara ini telah bermula sejak dari zaman dulu lagi. Di zaman sebelum penjajahan Inggeris pendidikan dalam kalangan rakyat jelata berlangsung secara tradisional dengan ibu bapa sebagai orang yang utama dalam proses pendidikan. Pendidikan pada masa itu mempunyai matlamat untuk kesejahteraan dalam kehidupan baik untuk di dunia mahupun akhirat. Di zaman penjajahan Inggeris, pendidikan berlangsung dengan cara yang lebih formal. Konsep sekolah vernakular diperkenalkan iaitu sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik. Selain itu terdapat juga sekolah Inggeris di samping sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan sekolah pondok serta madrasah. Dasar pecah dan perintah banyak mempengaruhi pelaksanaan pendidikan pada masa itu. Selepas merdeka pula pendidikan negara adalah berasas kepada Akta Pelajaran 1961. Sehubungan itu,satu bentuk kurikulum dan system persekolahan di Negara ini telah digunakan. Pendidikan dijadikan asas untuk tujuan perpaduan rakyat. Selain untuk perpaduan, pendidikan selepas merdeka adalah untuk melahirkan rakyat yang bebas daripada masalah buta huruf. Pembangunan melibatkan aspek infastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Zaman sebelum penjajahan Inggeris

Kesemua kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan dididik serta diasuh dengan ketertiban, nilai,budi bahasa serta adab sopan. Ketertiban,nilai budi bahasa serta adab sopan adalah mengikut norma-norma yang diterima oleh masyarakat pada ketika itu. Semasa penjajahan Inggeris sekolah vernakular diperkenalkan selaras dengan dasar pecah dan perintah. Menyatukan semua bangsa dengan memakai atu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang bessar. Sekolah Inggeris kebanyakkannya didirikan di bandar-bandar untuk anak-anak pegawai Inggeris,anak-anak ahli-ahli perniagaan serta anak-anak golongan elit Melayu pada masa itu. Sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah-sekolah tersebut diadakan secara terasing antara satu dengan yang lain.Sekolah-sekolah vernakular yang terdapat pada masa itu ialah: - Sekolah Melayu - Sekolah Cina - Sekolah Tamil

2.

Zaman Penjajahan Inggeris Zaman selepas Merdeka Sekolah Inggeris Sekolah Vernakular

3.

4.

5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Perkembangan pendidikan di negara ini berlangsung sejak dari zaman dahulu lagi dan kesinambungan hingga sekarang. Pendidikan di negara kita adalah melibatkan pendidikan dalam era sebelum penjajahan Inggeris ; semasa penjajahan Inggeris ; Pendidikan era sebelum Kemerdekaan ; pendidikan era selepas Kemerdekaan serta Pendidikan era Milenium.Sebelum penjajahan Inggeris,pendidikan di Malaysia berlangsung secara tradisional dalam institusi keluaraga dan masyarakat,bercorak warisan turun temurun yang berpegang kuat pada adat resam. Ibu bapa sebagai orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Pendidikan bercorak keagamaan di sekolah pondok juga terdapat serta pendidikan secara formal bagu golongan bangsawan berlaku id Istana. Seterusnya, semasa penjajahan Inggeris ( 1786-1957 ) ,masyarakat di Tanah Melayu adalah terdiri daripada golongan elit, bangsawan, rakyat pertengahan dan rakyat bawahan. Dasar pecah perintah oleh penjajah pada masa itu telah mempengaruhi sistem pendidikan di Tanah Melayu dengan memperkenalkan sekolah vernakular.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT 3 1. Matlamat Kurikulam Sekolah Rendah Ringkasan Isi Kandungan Unit

TAJUK

Kurikulam pendidikan berbeza dan berubah mengikut pendidikan lokasi,kaedah dan masa.Matlamat pendidikan sentiasa mengalami perkembangan dari masa ke semasa.Di zamanpenjajahan Inggeris halatuju pendidikan adalah selaras iaitu pecah dan perintah.setelah mencapai

kemerdekaan,pendidikan adalah bertuju ke arah perpaduan untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara.

Kurikulam yang digubal seterusnya diperkembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran akan meliputi pengetahuan,kemahiran dan nilai yang dingini hasil daripada aktiviti pembelajaran.Secara umumnya, Proses pendidikan tidak dapat dijelaskan tanpa merujuk kepada kurikulam.

Matlamat pendidikan adalah tingkah laku yang bersifat menyeluruh yang diharapkan dan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan.Disebabkan itu matlamat pendidikan di sesebuah negara adalah berbeza dengan matlamat pendidikan negara lain.

Mengikut Plato,pendididkan adalah ke arah pembentukan manuasia yang bersifat mulia.Ia berhasil kepada tiga golongan iaitu golongan pemimpin, golongan pekerja dan golongan tentera.Menurut Smith pula perkembangan potensi murid untuk aspek personal,sosial dan emosi.

Selain itu kefahaman komunikasi,bahasa dan literasi matematik,pengetahuan dan kefahaman tentang dunia,perkembangan fizikal dan perkembangan daya kreatif.Yang pentingnya di Malaysia matlamat pendidikan mengikut perkembangan yang berlaku sistem persekolahan sejak zaman

sebelum penjajahan,zaman penjajahan dan selepas merdeka. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Matlamat Kurikulam dalam pendidikan sebelum penjajahan Inggeris Matlamat Kurikulam dalam pendidikan semasa penjajahan Inggeris Matlamat Kurikulam dalam pendidikan Selepas Merdeka Mattamat KBSR Matlamat KSSR

Sebelum penjajahan Inggeris pendidikan berlaku dalam kalangan keluarga dan ahli masyarakat.ia bertuju ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia.Kanak-kanak dididik oleh ibu bapa untuk melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan menubuhan sekolah-sekolah vernakular.terdapat 3 jenis sekolah vernakular iaitu vernakular Melayu,Cina dan Tamil. Semua bangsa memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar.KBSR menekankan kepada kemahiaran 3M. Perkembangan individu secara menyeluruh,pendidikan yang sama untuk semua murid,pendekatan bersepadudan pendidikan seumur hidup. Melahirkan insan yang seimbang,berfikir kreatif,kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi,sains dan teknologi,perkembangan fizikal dan estetika,keterampilan diri,kemanusiaan dan kerohanian,sikap dan nilai.

2.

3.

4.

5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini membincangakan matlamat pendidikan dan kurikulam mengikut zaman yang berbeza-beza iaitu sebelum penjajahan,semasa penjajahan inggeris dan selepas merdeka.Selepas merdeka,matlamat pendidikan dan kurikulam meliputi zaman sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu dihuraikan juga matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan pernyataan-penyataan yang terkandung dalam FPK.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT 5

TAJUK

Mata Pelajaran di Sekolah rendah

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini membincangkan tentang mata pelajaran sekolah rendah. Mata pelajaran sekolah rendah terbahagi kepada dua kategori iaitu, mata pelajaran KBSR dan juga KSSR. KBSR merangkumi mata pelajaran Tersa, Waji dan Elektif. Manakala KSSR meliputi modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif untuk tahap 1 dan juga mata pelajaran teras dan elektif untuk tahap 2. Selain daripada itu unit ini juga menerangkan asas-asas penentuan mata pelajaran mengikut bidang dan komponen. Dalam unit ini terdapat penjelasan tentang perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Ia juga meliputi perbandingan antara mata pelajaran dalam KBSR dengan mata pelajaran dalam KSSR. Secara umumnya, penentuan sesuatu mata pelajaran bergantung kepada kurikulum yang ditetapkan. Reka bentuk sesuatu kurikulum pula bergantung kepada banyak faktor yang menjadi asasnya seperti falsafah pendidikan, politik sesebuah negara, sejarah, keadaan sosial serta budaya, aliran semasa dan banyak lagi. Mata pelajaran KSSR terbahagi kepada dua Tahap 1 dan Tahap 2. Unit pembelajaran Tahap 1 terdiri daripada Modul Teras Asas, Modul Teras Tema, dan Modul Elektif. Manakala, di Tahap 2 terdiri daripada Teras dan Elektif. Mata pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan dalam unit ini. Kelebihan memepelajari Kurikulum Standard Sekolah Rendah juga dibincangkan dalam unit ini. Pelbagai kaedah dan strategi pelaksanaan digubalkan dalam KBSR dan KSSR diguna pakai bagi memastikan keselarasan sistem pendidikan di negara ini demi membina generasi bangsa negara yang cemerlang dan terbilang.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Asas Mata pelajaran

Dalam konteks Malaysia,secara khususnya mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah adalah kearah mencapai metlamat KBSR atau KSSR seterusnya mencapai hasrat yang terkandung dalam FPK. Mata pelajaran dalam KBSR secra umumnya dapat dikategorikan kepada tiga kategori atama seperti berikut:  Mata Pelajaran Teras  Mata Pelajaran Wajib  Mata Pelajaran Tambahan Terdapat sedikit perbezaan dari segi mata pelajaran dalam KSSR mangikut tahap walaupun pada asasnya adalah sama.Mata pelajaran Tahap 1 dikelompokkan kepada tiga kelompok utama mengikut modul Iaitu:  Modul Teras asas  Modul Teras Tema  Modul Elektif Mata pelajaran Tahap 2 dikelompokkan kepada dua kategori utama iaitu Mata pelajaran Teras dan Mata Pelajaran Elektif. Teknologi adalah untuk mananam minat dan mengembangkan kretiviti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi,kemahiran proses sains,kamahiran berfikir,kamahiran menipulatif danlemahiran TMK serta memupuk nilai murni. Satu bentuk pengklasifikasian dibang ilmu,kemahiran dan nilai.Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insene seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani,intelek dan sosial.

2.

Mata Pelajaran KBSR

3.

Mata Pelajara KSSR

4.

Teknologi Maklumat dan komunikasi Tunjang

5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini telah memaparkan perkara-perkara berkaitan mata pelajaran yang terdapat di sekolah rendah di Malaysia.Penjelasan adalah berkaitan dengan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR.Mata Pelajaran yang terdapat dalam KLSR juga dibincangkan. Mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR kebanyakannya adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu.aDalam KBSR mata pelajaran dikaategorikan mengikut bidang,mengikut konponan serta mengikut mata pelajaran teras,mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Dalam KSSR mata pelajaran disusun mengikut modul dan tunjang.Penegasan semula mata pelajaran mengikut modul dan tunjang dalam KSSR adalah bagi memastikan.murid-murid dapat mengalami pertumbuhan dan perkembangan secara seimbang dan haronis selaras denan hasrat Falsafah Pendidikan Kabangsaan.Selain itu perbrzaan adalah kepada penegasan standaard kandungan dan standard pembelajaran.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT 7 1.

TAJUK Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Rendah Ringkasan Isi Kandungan Unit

Pengajaran ialah cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan yang hendak diajar. Hasil daripada pengajaran berlakulah perubahan yang relatif kekal dalam tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman. Perubahan merupakan suatu penambahan yang baru, pengukuhan dan pengubahansuaian yang berlaku terhadap anak dididik. Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar. Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Kematangan fizikal Pekembangan pada fizikal manusia pada amnya, menunjukkan kecekalan yang tinggi. Namun begitu, perbezaan yang besar antara mereka. Guru-guru perlu berhati-hati terhadap perbezaan yang wujud di kalangan pelajar. Dalam konteks kesediaan belajar, perhatian terhadap corak pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti ini adalah amat penting. Pengetahuan tentang apa yang dijangkakan akan berlaku dalam pertumbuhan perkembangan normal berupaya membantu guru menyediakan asas pembelajaran. Perkembangan teknik dan kaedah pengajaran dan penggunaan alat Bantu mengajar. Jika berlaku penyimpangan terhadap cirri-ciri yang normal di kalangan pelajar, guru harus mampu menghadapinya. Guru sepatutnya boleh membuat apa sahaja penyesuaian yang berfaedah. Tindakan berhati-hati daripada guru ini boleh memajukan lagi perkembangan potensi semula jadi pelajar.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Pengajaran Pembelajaran

Pengajaran sebagai implimentasi kurikulam iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Pembelajaran adalah berkenaan bagaimana kita menanggap dan memahami dunia, tentang membuat makna.Sesuatu perubahan akan berlaku pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu penalaman pendidikan. Guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksaan proses pembelajaan murid.Secara umumnya,Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan merangkumi tiga fasa iaitu: - Fasa sebelum pengajaran - Fasa semasa pengajaran - Fasa selepas pengajaran Pelaksaan penhajaran secara kelas memang sering berlaku.Penggunaan kaedah kelas dilakukan sewaktu di peringkat set induksi,perkembangan dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara kegunaan penting kaedah kelas ialah ketika memberi penganalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topik baru.Secara umumnya terdapat tiga mod pembelajaran yang digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu: - Pembelajaran secara kelas - Pembelajaran secara kumpulan - Pembelajaran secara individu Kaedah dan teknik yang disarankan untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah KSSR adalah seperti yang berikut: - Belajar sambil bermain - Penyelesaian masalah - Pembelajaaran berasaskan projek - Pembelajaran koperatif - Inkuiri penemuan - Pembelajaran Luar bilik darjah - Pembelajaran tematik

2.

3.

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

4.

Pengajaran KBSR

5.

Pengajaran KSSR

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini telah memberi fokus tentang pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dari aspek konsep pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian cadangan kaedah yang bolah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah telah turut sama dibincangkan.Pangajaran dalam KSSR juga disentuh sedikit sebagai cetusan kepada para pelajar untuk terus mendalami lagi perkara tersebut dari semasa ke semasa. Pengajaran dan penbelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis,dan mengira. Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras kesukaran yang lebih tinggi kepada sekumpulan murid yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi,selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa.

REFLEKSI UNIT PELAJARAN

UNIT 9 Bahan Pengajaran dan Pembelajaran

TAJUK

1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Bahan pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk dalam sesuatu matapelajaran. Manakala bahan pembelajaran ialah bahan yang digunakan olah murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Walau bagaimanapun dalam pelaksaan proses pengajaran dan pembelajaran kedua-dua pihak iaitu guru dan murid-murid selalunya akan menggunakan bahan yang sama. Bagi guru-guru bahan pengajaran dan pembelajaran adalah penting kerana peranannya sebagai madia untuk berkomunikasi,memberi rangsangan,mempenjelas sesuatu maksud,sebagai penggerak pelbagai pancaindera,sebagai sumber pengalaman,dan sebagai variasi kaedah dan teknik pangajaran. Terdapat pelbagai cara untuk mengkategorikan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.Penulis buku yang berbeza mungkin membuat pengkategorian dengan cara yang berbeza.Dalam modul ini bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dikategorikan kepada bahan bercetak CD-ROM dan DVD-ROM, internet,bahan siaran,daripada radio dan televisyen,bahan realia,bahan replika dan sebagainya. Berdasarkan cara pembelajaran bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang relevan dengan ciri-ciri tertentu berupaya membantu murid dalam proses pembelajaran mereka.Bahan pengajran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru-guru dan murid-murid di sekolah perlu diurus dengan sempurna agar manfaatnya terus diperolehi oleh semua pihak.Sehubungan itu semua pihak perlu brtyanggung jawab dalam hal pengurusan ini termasuk, pihak pengurusan sekolah,panitia mata pelajaran,guru Pusat Sumber ,guru mata pelajaran,guru kelas,termasuk juga murid-murid.

Bagi secara keseluruhannya, Kesema bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang disediakan adalah bagi tujuan memudahkan murid-murid mengikut proses pembelajaran.Bahan-bahan yang disediakan itu akan digunakan olah guru-guru atau murid lain dan pengurusan serta manfaatnya akan berkesinambungan dari semasa ke semasa.

2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep 1. Penjelasan

Bahan Pengajaran Bahan Pembelajaran Dokumen Standard Kandungan(DSK) Dokumen Standard Pembelajaran (DSP) Modul

Bahan yang digunakan oleh guru untuk pelaksanaan pengajaran sesuatu tajuk dalam sesuatu pelajaran Bahan yang digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. Satu penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Mengandungi pengetahuan,kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti untuk dikuasai oleh murid serta diorganisasikan secara modular dan bersifat kendiri lengkap.

2.

3.

4. 5.

3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda.

Unit ini telah membincangkan perkara-perkara berkaitan bahan pengajaran dan pembelajaran.Berbanding dengan KLSR dalam pembelajaran KBSR dan KSSR murid-murid diharapkan dapat dengan mudah menerima perkara-perkara yang diajar kepada mereka seterusnya dapat memproses maklumat yang diterima untuk manjadi pengetahuan yangbermanfaat yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian dan kehidupan di masa hadapan.Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran membantu murid-murid membuat penaakulan ke arah tersebut dengan cara yang lebih mudah.Di zaman kemajuan teknologi seperti sekarang bahan pengajaran dan pembelajaran boleh terdapat dengan mudah dan dalam bentuk yang pelbagai yang boleh dimanfaatkan oleh guru dan juga pelajar.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->