You are on page 1of 28

PENGENALAN Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi maklumat yang luar biasa.

Kepesatan yang begitu eepat dan eanggih ini berjaya menciptakan peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala keeanggihan ini. Namun, dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20 juga telah diwarnai oleh pelbagai bene ana dan kemelut yang meresallkan hampir semua bidang kehidupan so sial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunea dari keeanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia. Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang I menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas dan serba eanggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang'berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media eetak dan elektronik kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia. Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat. Fenomena yang disebut sebagai hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain. Dan yang paling dahsyat apabila' Barat menggunakan kuasa tenteranya untuk menguasai negara yang tidak sehaluan dengannya. Sebagai kesannya, tindakan membalas dendam seeara keras juga tidak dapat dibendung lagi dan di sinilah timbul isu keganasan dan terrorism yang selalunya ditujukan kepada pejuang Islam.

KEMUNCULAN TAMADUN BARAT Munculnya tamadun Barat ini adalah rentetan daripada dua tamadun awal utama iaitu tamadun

Yunani atau Greek (muncul 200 sebelum Masihi) dan tamadun Rom (sekitar 753 sebelum Masihi). Oleh itu, tamadun Barat merupakan tamadun yang berteraskan kepada pemikiran dan falsafah tamadun Yunani dan Rom (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 95). Tamadun Yunani adalah tamadun yang berasal dari tamadun terawal Barat iaitu tamadun Aegean dan tamadun Yunani ini muncul selepas kemunculan tamaduntamadun yang lebih awal seperti tamadun Mesopotamia dan Mesir. Masyarakat dalam tamadun Yunani mempunyai pencapaian yang hebat dari sudut politik, so sial dan ekonomi. Tamadun Yunani telah dapat mencipta banyak ilmu falsafah yang menjadi as as kepada falsafah Eropah atau falsafah Barat itu sendiri. Politik Yunani adalah berdasarkan suasana politik yang demokrasi. Sesuai dengan suasana politiknya yang bersikap terbuka dan demokrasi, tamadun ini telah menghasilkan ramai ahli falsafah yang terkemuka dan dikenali sehingga ke hari ini. Antara mereka yang terkenal ialah Socrates, Plato dan Aristotle. Socrates mempunyai ajaran falsafah yang tidak pernah ditulis sebaliknya diaksikan dalam perbuatan. Ajaran falsafah Socrates berpegang kepada "soal jawab adalah jalan untuk memperoleh pengetahuan". Plato yang banyak belajar dari Socrates telah banyak menghasilkan karya dan buku. Bukunya yang bertajuk Republic merupakan buku panduan akhlak yang memandang ahli-ahli falsafah sebagai pemimpin yang terbaik kerana berpegang kepada etika. Aristotle yang banyak menimba ilmu daripada Plato dan juga guru kepada Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) merupakan orang yang pertama memperkenalkan cara berfikir yang teratur dan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran (Muhammad Kamlin, 1986: 38). Zaman penguasaan negara kota Yunani oleh Iskandar Zulkarnain dari Makedonia menandakan bermulanya Zaman Graeco-RomjHelenistik (323-146 S.M.). Zaman Helenistik ini adalah merujuk kepada perluasan dan penyebaran pelbagai pencapaian tamadun Yunani seperti idea, falsafah, teori politik, budaya dan bahasa ke dunia luar iaitu selepas kematian Iskandar Zulkarnain. Kemudian, pemerintahan kerajaaD Yunani diambil alih oleh tiga orang jeneral di tiga buah kerajaan yang berlainan iaitu kerajaan Ptolemaic di bawah Ptolemy I, kerajaan Antigonid di bawah pimpinan Antigomus Gonates dan kerajaan Selecuid di bawah pimpinan jeneral Seleucus. Kerajaan inilah yang membantu memperkembangkan lagi kebudayaan Yunani ke luar dari kawasan asalnya (Sivachandralingam Sundara Raja & Ayadurai Letchumanan, 2001 : 160).

Empayar Rom dimulai oleh Augustus yang menguasai dunia Rom dari tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M. Ketika ini empayar Rom telah melangkah ke zaman kegemilangan dan digelar sebagai Pax Romana yang bermaksud Keamanan Rom kerana selama 200 tahun keamanan wujud di Rom. Kerajaan Rom mampu berkembang sebagai sebuah empayar meliputi. tiga buah benua Asia, Utara Afrika dan Eropah. Keseluruhan Eropah disatukan di bawah satu tampuk pemerintahan walaupun

penduduknya terdiri daripada pelbagai suku bangsa yang membawa kepada permulaan negara dunia (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : 164-165). Kejatuhan empayar Rom pada tahun 476 M menyaksikan kemunculan kerajaankerajaan orang gasar dalam batasan empayar Rom. Di Barat pada tahun 800 M muncul empayar Rom Sud yang diasaskan oleh seorang pemimpin gasar berketurunan Frank, Charlemagne. Empayar ini merupakan satu usaha untuk mengembalikan kegemilangan empayar Rom (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Dengan tercetusnya Perang Salib (1096-1291 M) antara orang Islam dan Kristian untuk merebut Tanah Sud Jerusalem telah membuka peluang kepada penduduk Barat dan Eropah melihat kemajuan orang Islam. Sebagai kesan daripada Perang Salib membawa kepada munculnya zaman Renaisans pada abad ke14 dan 15 M. Renaisans telah melahirkan nilai-nilai humanisme, individualisme, sekularisme yang merangsangkan Eropah kepada kemajuan-kemajuan yang lebih pesat. Ia juga membawa kepada perkembangan semangat nasionalisme dan pembentukan negara bangsa seperti England, Sepanyol dan Portugal (Sivachandralingam Sundara Raja & A yadurai Letchumanan, 2001 : xxi). Kemunculan negara bangsa ini membawa kepada perkembangan ekonomi kebangsaan yang disebut merkantilisme yang menyebabkan persaingan dalam perdagangan, galakan kepada dptaan dan teori baru yang akhirnya membawa kepada Revolusi Sains. Kesan langsung Revolusi Sains ialah Revolusi Intelektual di mana masyarakatnya lahir dengan ideaidea yang terbuka dan berdasarkan perlembagaan. Kesannya muncul negara berperlembagaan di England. Perubahan-perubahan politik ini menyediakan suasana yang baik bagi perkembangan ekonomi dan sosial di Eropah pada abad-abad berikutnya.

Perbincangan di atas boleh diringkaskan seperti di bawah:

Bill Zaman Peristiwa Tempoh 1 I Zaman Silam/Klasik

Bermula dari kemunculan 3000 S.M - 476 M (Yunani, Graeco-Rom tamadun Yunani sehingga

dan Rom) kejatuhan empayar Rom

ke tangan orang gasar

2 Zaman Pertengahan Bermula dengan kejatuhan 476 - 1500 M a) Zaman Pertengahan empayar Rom Barat ke 476 - 1000 M Awal tangan orang gasar dan

1050 - 1250 M b) Zaman Kemuncak kemunculan kerajaan gasar : 1300 - 1500 M Pertengahan wujudnya sistem feudalisme,

c) Zaman Pertengahan meluasnya agama kristian

Akhir dan kemunculan empayar

Rom Sud. Berlaku perubahan

dari segi ekonomi, politik dan

sosial

Zaman Awal Moden I Gerakan Renaisans dan I 1500 - 1800 M

Reformasi yang membawa

kepada Revolusi Sains pada

abad ke-17 M

4 Zaman Moden I Berlakunya Revolusi 11800 - Hingga kini

Perands 1789 dan Revolusi

Perindustrian England 1780an

INTERAKSI TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN BARAT Pertembungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat adalah melalui beberapa saluran seperti perniagaan, peperangan, diplomatik, kebudayaan dan pusat pengajian. Orang Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan sebagaimana Nabi Muhammad SAW sendiri adalah contoh utama dalam bidang perniagaan. Baginda pemah berniaga hingga ke negeri Syam (Syria). Sewaktu di Syam, baginda sempat melihat tamadun orang Kristian di sana. Hubungan Tamadun Islam dengan tamadun Barat dan Eropah menjadi semakin dekat apabila muncu1nya pemerintahan Islam di kawasan Afrika Utara. Sempadan antara Afrika Utara dengan Eropah hanyalah Laut Mediterranean di mana melaluinya orang Islam merentas ke Sepanyol dan Sicily seterusnya ke Portugal serta selatan Perancis. Malah Sepanyol dan Sicily dikatakan menjadi pintu masuk kepada elemen-elemen daripada tamadun Islam dan Eropah kerana di situlah berlakunya pertembungan kebudayaan dan intelektual (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 98). Kaum pedagang, para intelek dan tokoh-tokoh agama daripada kedua-dua pihak sering berulang-alik antara negeri-negeri tersebut. Di situ terdirinya institusi pendidikan dan perpustakaan yang dilengkapi buku ilmiah hasil karangan tokoh-tokoh Islam.

Banyak pelajar dari Eropah dan Barat yang mengikuti pengajian dan pendidikan di institusi pendidikan Islam ini antaranya di Andalusia dan Toledo. Selain us aha pelajar, penduduk tempatan yang beragama Islam yang dinamakan Mudejars yang berada di bawah pemerintahan kerajaan Kristian di Eropah turut memindahkan ilmu pengetahuan Islam pada masyarakat Barat. Perkembangan Tamadun Islam di bahagian Barat sejajar dengan perkembangan Tamadun Islam di sebelah timur yang yang berpusat di Baghdad kerana tokoh-tokoh Islam di kedua-dua pihak sering berulang-alik. Di Baghdad telah didirikan Bait al-Hikmah iaitu institusi yang menterjemah karya

ilmiah daripada bahasa Yunani seterusnya diperkembangkan oleh orang Islam dan dipindahkan ke Barat (Mahayudin Haji Yahaya, 2001 : 378). Era kecemerlangan Tamadun Islam berlangsung seiring dengan Zaman Kegelapan (Dark Age) di Eropah. Semasa Tamadun Islam berada dalarn kegemilangan, tamadun Barat masih dalam keadaan yang mundur. Tetapi proses penghijrahan dan perpindahan ilmu Islam ke Barat telah merubah segalanya. Proses perpindahan ilmu secara aman menerusi penubuhan banyak institusi pendidikan Islam di Barat akhirnya telah berubah secara perang dengan berlangsungnya Perang Salib. Perang Salib yang berlaku antara orang Kristian Eropah dengan orang Islam selama 200 tahun lamanya antara tahun 1097 hingga 1270 Masihi telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam. Perang yang berlaku di Palestine, Sepanyol dan Sicily telah berjaya memindahkan khazanah ilmu ke Eropah yang menjadi faktor kepada era kebangkitan di sana (Renaissance). Peperangan ini telah mematangkan pemikiran orangorang Barat yang ketika itu masih dalam kemunduran (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong,2005 : 98). Perkembangan ilmu Islam dan sikap keterbukaan Tamadun Islam telah berjaya memperkenalkan Islam di mata dunia dan menjadi penyebab kepada era kebangkitan (Renaissance) di Barat. Keterbukaan ilmu Islam telah menjadi pemangkin kepada lahirnya kesedaran ilmu di Barat yang pada ketika itu dalam kegelapan dan kemunduran. Justeru, tamadun Barat sebenarnya adalah tamadun baru yang lahir selepas daripada tamadun Islam kesan pertembungan Tamadun Islam di Barat sarna ada secara aman ataupun secara perang.

DEFINISI HEGEMONI

Istilah hegemoni berasal daripada istilah Yunani, hegeisthai (to lead). Konsep hegemoni banyak digunakan oleh ahli sosiologi untuk menjelaskan fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Perkataan hegemoni dalam perkataan Inggeris hegemony membawa makna pengaruh atau penguasaan. Perkataan hegemoni dalam kamus bermaksud pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain. Pengaruh dan dominasi ini merangkumi pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan dan sebagainya (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99).

Hegemoni boleh didefinisikan sebagai "hegemony is the dominance of one group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas become 'naturalized' in a process that informs notions of common sense." (http://en.wikipedia.org/wiki/hegemony)

Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai sesuatu yang wajar (common sense). Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilainilai moral, politik dan budaya dari kelompok dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa. Simon (1982) memberikan pengertian hegemoni dengan melihatnya sebagai strategi mempertahankan kekuasaan "... the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later. "

GERAKAN HEGEMONI BARAT Perluasan pengaruh atau hegemoni telah digunakan oleh Barat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Fenomena ini dianggap sebagai satu bentuk penjajahan baru berasaskan kepada kesempurnaan pembentukan proses demokrasi dan mewujudkan kebebasan. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat dan sekutunya telah menjalankan pelbagai agenda hegemoni untuk mendominasi dunia khususny'a negara bukan Barat dengan polisi-polisi yang mereka pegang (Azhar Muhammad & Abdullah Sulong, 2005 : 99) : (a) Usaha Barat mengekalkan keunggulan militari melalui dasar dan perjanjian senjata nuklear, biologikal dan kimia yang ternyata berat sebelah. (b) Usaha mempromosikan hak asasi manusia dan demokrasi ala-Barat (c) Menjaga integriti negara bangsa Barat dengan menyekat kebanjiran imigran ke Barat.

Hegemoni Barat ini mudah tersebar luas di kalangan masyarakat luar Barat kerana mereka menguasai teknologi komunikasi. Pendominasian dalam komunikasi ini termasuk bahasa komunikasi luas dunia di mana bahasa Inggeris iaitu bahasa utama peradaban Barat telah berjaya dinobatkan sebagai bahasa komunikasi dunia. Segala urusan pengantarabangsaan dalam semua aspek politik, ekonomi dan so sial menggunakan bahasa Inggeris sebagai utama. Barat juga mampu mendominasi dunia dengan polisi-polisi mereka kerana mereka jugalah yang menguasai ekonomi dunia. Sistem perbankan antarabangsa dunia seperti Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan World Bank adalah di bawah penguasaan mereka. Barat khususnya Amerika Syarikat mengawal mata wang di mana US Dollar dijadikan pengukur nilai mata wang dunia. Satu lagi cara yang dilakukan oleh Barat dalam mengukuhkan hegemoninya ke atas dunia ialah dengan memomokkan idea Islam ganas, ekstrim, fanatik, tiada toleransi dan Islamlah yang bertanggungjawab atas segala keganasan dunia hari ini. Perang terhadap pengganas adalah 'modal baru' Barat bagi menindas negara-negara Islam pada hari ini. Penjajahan bentuk baru ini telah bermula selepas bermulanya perang ekonomi, intelektual, diplomatik, budaya dan ideologi. Penjajahan atau dikenali sebagai neo-kolonialisme ini sedang menuju kemuncaknya apabila Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya dengan begitu meluas. Ini jelas terbukti selepas berlakunya serangan 11 September 2001 yang meruntuhkan World Trade Centre di Amerika Syarikat apabila Barat terus menuduh kumpulan Islam al-Qaeda di bawah pimpinan Osama ben Laden sebagai kumpulan yang bertanggungjawab merancang serangan tersebut. Kesannya, Amerika telah menggerakkan kuasa ketenteraannya di bumi Asia Barat dengan alasan ingin menghapuskan kumpulan pengganas ini. Terrorism atau keganasan telah menjadi perhatian seluruh dunia selepas peristiwa serangan dahsyat ke atas Amerika Syarikat iaitu di Washington dan di New York pada 11 September 2001 di mana tuduhan demi tuduhan tanpa bukti kukuh berterusan dilemparkan kepada umat Islam yang dikatakan menjadi dalangnya. Semenjak itu, umat Islam terus dihujani dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan yang mencemar agama Islam dan pelbagai propaganda yang melampaui batasan. Hakikatnya, apa yang diwar-warkan oleh Amerika menerusi penguasaan medianya terhadap dunia mula dipertikai. Peristiwa ini bagaikan satu usaha untuk melenyapkan Islam kerana kebanyakan mangsa adalah umat agama tersebut yang turut dimomokkan sebagai pengganas. Tragedi 11 September 2001 mula dikatakan sebagai satu pembohongan besar yang sengaja diadakan bagi menghalalkan tindakan Bush untuk terus menyakiti umat Islam. Bush tidak rasa bersalah kerana telah diyakinkan tindakannya itu tepat sehingga beliau sanggup mengorbankan nyawa rakyatnya sendiri. Hari ini, kesahihan peristiwa 11 September yang dikatakan dirancang oleh pengganas Islam mula

dipersoal bukan hanya oleh penduduk dunia Islam tetapi rakyatnya sendiri. Punca keruntuhan bangunan World Trade Centre pula disiasat dan ternyata keruntuhan itu bukan disebabkan oleh pelanggaran kapal terbang 'pengganas' sebaliknya disebabkan oleh bahan letupan yang dipercayai diletakkan di kedua-dua menara World Trade Center ketika bangunan itu meletup menyebabkan tiang-tiang konkrit, komputer, kerusi dan meja bertebaran ke udara akibat letupan tersebut (Dtusan Malaysia, 23 Jun 2006: 20). Tragedi 11 September 2001 itu dijadikan alasan kuat oleh Amerika untuk mengebom Afghanistan dalam usaha mereka memburu Osama ben Laden dan kumpulan al-Qaeda yang dituduh mendalangi tragedi tersebut. Laporan media yang berat sebelah dan tanpa siasatan telah menuduh Osama bin Laden secara tidak langsung umpama menghalalkan segala tindakan Amerika. Inilah bukti sikap prejudis Barat di mana sikap dan media mereka dalam melaporkan berita yang berkaitan dengan keganasan amat dikesalkan. Sesuatu yang tidak adil apabila mereka cuba membela dan menyembunyikan keganasan golongan militan, komunis dan penceroboh seperti kezaliman regim Yahudi di Israel tetapi sebaliknya sering memperbesar-besarkan isu berkaitan umat Islam (Khairul Azhar Idris, 2002: 5). Walaupun terdapat unsur yang sarna malahan lebih ekstrim lagi di kalangan penganut agama-agama lain seperti Yahudi, Hindu dan Kristian, tetapi mereka ini terlepas dari dikategorikan sebagai pengganas mengikut kacamata Amerika. Contoh yang begitu ketara, korban keganasan puak Kristian Orthodok Serb, walaupun sudah terbukti dan bilangan mangsa yang jauh lebih ramai tetapi tindak balas Amerika tidak secepat dan sedahsyat yang dilakukan terhadap puak Islam Taliban. Barat umpama memberi ruang yang cukup kepada puak Serb untuk membelasah umat Islam Bosnia agar tidak tertegak sebuah negara Islam di tengah benua Eropah (Pahrol Mohamad Juoi, 1998 : 2).

Walaupun negara-negara Islam khususnya Malaysia telah berkali-kali mengingatkan dunia untuk terlebih dahulu memberi tafsiran yang betul tentang siapakah pengganas dan mencari sebab kenapa berlakunya keganasan, namun suara itu tidak diendahkan. Bukan Barat tidak tahu tetapi tidak mahu menganalisa perkara ini secara adil. Dan untuk kesekian kalinya, Islam seolah-olah diletakkan di kandang pesalah, didakwa dan disabitkan dalam mahkamah yang diadili oleh Barat dan kuncukuncunya. Barat sebenamya bukan mencari keadilan tetapi sekadar mencari alasan untuk mengukuhkan lagi kuasanya ke atas negaranegara Islam. Inilah antara dasar yang digunakan oleh Barat dalam meluaskan pengaruhnya ke dunia-dunia bukan Barat.

PERLUASAN HEGEMONI MELALUI DASAR LUAR AMERIKA DI ASIA

Amerika Syarikat tidak pernah bebas daripada kecurigaan yang menjadi titik hitam dalam diri mereka khususnya terhadap negara-negara di Asia. Ini kerana dalam sejarah dunia, tidak ada manamana negara di benua lain yang sehebat negara-negara di Asia yang menentang dasar penjajahan dan kolonialisme Barat. Dan dalam masa yang sarna Amerika Syarikat begitu gigih menentang imperialisme dan percubaan kuasa-kuasa lain dalam meletakkan pengaruh politik mereka di kawasan Asia. Amerika Syarikat mampu memperoleh jajahan secara paksa sebagaimana yang pernah dibuktikan dengan merampas Filipina daripada Sepanyol. Selepas berakhirnya Perang Dingin, ruang lingkup dalam mentadbir dasar luar Amerika Syarikat semakin meluas. Para pengkaji hubungan antarabangsa mendapati peraturan yang menentukan rentak tari hubungan Amerika Syarikat dengan negaranegara lain telah mengalami perubahan pesat. Hubungan antarabangsanya bukan lagi sekadar mencakupi perhubungan serantau malah merentasi sempadan. Jangkauannya menjadi global atas dasar globalisasi dunia tanpa sempadan yang diamalkannya. Sarna ada disukai atau tidak, kedaulatan sesebuah negara semakin mudah dicabuli (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 19). Hegemoni iaitu perluasan pengaruh ke atas negara lain telah digunakan oleh Amerika Syarikat sebagai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan sateliti dalam meluaskan jaringan pengaruhnya. Walaupun globalisasi memendekkan tindakan ketenteraan, ia telah membawa Amerika Syarikat ke mercu dengan elemen globalisasi yang menghakis kecekapan dan kadaulatan sesebuah negara. Amerika juga pernah menyatakan kebimbangannya dengan kebangkitan China dari aspek ekonomi dan ketenteraan. China dengan pasaran domestiknya sentiasa menimbulkan kecemburuan Amerika Syarikat untuk menebus pasarannya. Dalam melaksanakan dasar luarnya, Amerika Syarikat sering menggunakan prinsip hak asasi manusia sebagai pendekatannya dan sering menghukum negaranegara lain dengan membatalkan bantuan yang diberikannya dalam usaha mempengaruhi negara-negara berkenaan supaya lebih berperikemanusiaan terhadap rakyatnya sendiri. Pemberian bantuan ekonomi kepada negaranegara bermasalah seperti Indonesia, Mexico dan Korea melalui Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) sebenarnya percubaan Amerika Syarikat dalam meluaskan hegemoninya melalui liberalisasi pasaran (Shahrom TM Sulaiman, 2002: 22). Amerika Syarikat sebagai satu kuasa besar atau sebagai ketua polis dunia dan antarabangsa akan terus melanjutkan tradisi dasar luarnya yang menguntungkannya, sarna ada dari segi ekonomi, politik, keselamatan dan apa sahaja yang boleh menjamin kelangsungan hegemoninya. Cita-cita sejagat seperti hak asasi manusia, demokrasi dan keadilan yang sering dilaungkan hanyalah sebagai retorika kosong yang merendahkan lagi nilai kemanusiaan (K.S Nathan, 1987 : 45).

Malaysia juga tidak terkecuali daripada menerima pengaruh daripada Barat. Bermula dengan penjajahan Inggeris ke atas Tanah Melayu yang secara langsung telah dapat menyerapkan nilai-nilai kebaratan dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Melayu. Dasar-dasar Barat yang diperkenalkan Inggeris telah mula tersebar dalam kotak fikiran masyarakat Melayu. Walaupun Inggeris telah lama meninggalkan Tanah Melayu dan Tanah Melayu telah lama merdeka, namun dasardasar Inggeris masih digunapakai dan pemikiran masyarakat Melayu masih ke arah Barat hingga ke hari ini. Memang tidak terlihat secara jelas hegemoni Barat ke atas Malaysia dibandingkan hegemoni Barat kepada dunia Islam lain menerusi tindakan ketenteraannya namun hegemoni secara halus yang disebarkan oleh Barat semenjak zaman kolonialisme masih terus kita rasai.

KESIMPULAN Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuan ketenteraan, ekonomi dan kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya retorika mereka sahaja. Bagi mereka, sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka akan dikenakan pelbagai tindakan antaranya: sekatan bekalan makanan, perubatan, ekonomi dan lainlain. Inilah yang dialami oleh negara-negara Islam yang cuba mencari keadilan sebenar yang diperkatakan oleh Barat. Negaranegara miskin dunia tidak ketinggalan ditindas "melalui bantuan Tabung Mata Wang Dunia namun sebenarnya di sebalik bantuan itu, negara tersebut terus ditindas. Inilah senario semasa yang dialami oleh dunia lebih-Iebih lagi selepas berakhirnya Perang Dingin di mana kuasa Amerika Syarikat semakin melampaui batasan. Lebih-Iebih lagi apabila globalisasi yang mereka cipta dan war-warkan telah mula meresap dalam setiap inci kehidupan manusia di dunia hari ini. Posted by Hidayah at 9:56 AM Labels: CTU551 PENGENALAN

Dunia dahulu adalah terIalu amat banyak perbezaannya dengan dunia hari ini yang terIalu pesat. Perubahan demi perubahan berIaku dengan begitu cepat dan pesat lebih-Iebih lagi dengan tercetusnya gelombang evolusi maklumat yang berterusan. Evolusi maklumat yang berterusan ini menjadi penggerak dan generator kepada perubahan dunia hari ini. Menerusi penyebaran maklumat yang meluas ini manusia mampu mengenali budaya asing dan amalan sosial masyarakat dari segenap pelusuk dunia tanpa halangan. Apa jua yang berIaku kepada dunia seperti gempa bumi di Indonesia, peperangan di Iraq, serangan pengganas terhadap W orId Trade Centre dan apa jua peristiwa dunia, dengan mudahnya tersebar ke segenap pelusuk dunia dalam jangka waktu yang singkat. Inilah yang dikatakan dunia tanpa sempadan atau lebih dikenali sebagai globalisasi. Globalisasi adalah produk yang dihasilkan di Barat di mana Barat merupakan pengasas kepada perkembangan teknologi maklumat. Kerana Barat yang mempelopori apa itu globalisasi dan Barat yang menguasai sumber maklumat dunia tentunya globalisasi dunia yang sedang berIangsung pada hari ini lebih menyebelahi mereka. Berbagai agenda telah dan sedang dirancang oleh Barat bagi menyebarIuaskan fahaman dan pegangan mereka dalam apa jua bidang. Bagi mereka fahaman globalisasi ala-Barat perIu dapat tersebar dan menyerap masuk ke dalam diri masyarakat dunia tanpa pengecualian. Sebagai salah sebuah masyarakat penduduk dunia yang kerdil, kita sebenarnya tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari segenap aspek cabaran, implikasi dan trend globalisasi ala-Barat yang semakin rancak dan tidak terkawal. Kita seharusnya berani untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan nilai jati diri tidak akan tergugat dan tergadai. Kita tidak harus menolak kedatangan globalisasi, tetapi kita harus berani, yakin dan tegas dalam mempertahankan jati diri sementara kita terus berinteraksi dengan dunia global.

DEFINISI GLOBALISASI Globalisasi yang dipelopori oleh Barat sebenarnya membawa kepada pelbagai definisi dan penafsiran dari berbagai sudut pandangan. Definisi umum yang dipegang oleh sebahagian daripada kita menafsirkannya sebagai proses pengecilan dunia atau menjadikan dunia sebuah perkampungan yang kecil. Sebahagian kita yang lain menafsirkannya sebagai usaha rl\enyatukan masyarakat dunia dari segi gaya hidup dan budaya. Motif globalisasi adalah untuk meletakkan dunia ini di bawah satu unit yang sarna dan seragam di mana semua negara dunia ini menggunapakai satu undangundang globalisasi yang sarna. Ia adalah satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu kuasa tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, kesannya dunia tidak lagi mempunyaisempadan sebagaimana yang terpapar dalam peta dunia bahkan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini secara positifnya membolehkan perhubungan di antara negara dan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat tanpa melibatkan perbelanjaan yang banyak.

Menurut Kamus Dewan (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986), global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya. Globalisasi pula didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Cendekiawan Barat secara umumnya memberi takrifan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia secara milik bersama.

Sarjana-sarjana telah memberikan pelbagai definisi terhadap globalisasi. Kenichi Ohmae (1991) berpandangan bahawa tamadun manusia kini memasuki era 'borderless world' iaitu dunia tanpa sempadan. Proses ini dipermudahkan lagi dengan adanya kemajuan dalam bidang teknologi, khususnya teknologi komunikasi dan perhubungan. Nurcholish Majid (1996), mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses mengubah kehidupan umat manusia menuju kepada satu masyarakat sahaja. Umumnya, globalisasi ialah suatu proses membuka keadaan, yang pada umumnya dapat difahami sebagai proses di mana sempadan negara-negara semakin runtuh dan seluruh alam buana ini semakin berubah menjadi satu unit. Di dalam unit global ini, hubungan adalah cepat dan rapat. Keadaan ini dikaitkan dengan perkembangan teknologi elektronik yang berkembang dengan pesatnya. Globalisasi adalah satu tatacara or de dunia baru yang dikatakan akan menggantikan sistem dunia dewasa ini. Melalui globalisasi, dunia dilihat tiada batasan sempadan (borderless world), ketelusan (transparent), internationalism dan lain-lain lagi yang menjurus kepada persaingan yang drastik dalam apa jua keadaan. Dunia dilihat sebagai satu fenomena di mana semua penduduknya mempunyai hak dan keistimewaan masing-masing dalam semua bidang kehidupan (Amirudin Sadali, 1999: 177). Secara komprehensif, globalisasi juga didefinisikan sebagai suatu himpunan pengaliran global berbagai-bagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang diglobalisasikan boleh jadi fizikal dan bukan fizikal, sama ada dalam bentuk maklumat, idea, nilai, institusi atau sistem. Himpunan proses pengaliran global ini dan bidang aktiviti manusia yang terlibat berkait dan bergantungan sifatnya (Osman Bakar, 1998 : 6)

PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN Setelah membincangkan tentang definisi globalisasi, jelas bahawa globalisasi ini merujuk kepada kehidupan yang lebih meluas merangkumi pelbagai isu dan aspek termasuk di dalamnya ekonomi, politik, budaya dan sosial. Setiap isu globalisasi yang disentuh ada membawa kepada kebaikan dan pada masa yang sama membawa kepada keburukan. Isu-isu inilah yang memberi sedikit sebanyak kesan kepada peradaban manusia dari segala aspek.

Banyak pihak di dunia ini sedang menilai buruk baiknya globalisasi terutamanya globalisasi ekonomi. Chandra Muzaffar dalam Osman Bakar (2004), menyatakan bahawa terdapat lapan aspek positif globalisasi: (1) Peranan pelaburan asing (FDI) dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara. (2) Peningkatan mobiliti so sial dan pengukuhan kelas menengah. (3) Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan kerana teknologi baru komunikasi dan maklumat. (4) Komunikasi yang lebih mudah dan juga murah. (5) Peluang yang lebih luas untuk manusia dari berbagai-bagai kumpulan etnik, budaya dan agama berinteraksi. (6) Peluang lebih luas untuk menzahirkan simpati dan rasa ketidakmanusiaan mereka terhadap mangsa-mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedi buatan manusia di seluruh dunia. (7) Penonjolan idea-idea dan amalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang-undang dan hak-hak asasi manusia. (8) Penonjolan hak-hak asasi kaum wanita.

Jika diperhatikan, maka sebahagian besar manfaat globalisasi adalah yang berkaitan dengan dimensi ekonomi manakala bakinya berkaitan dengan dimensi politik dan sosial. Dari segi keburukan globalisasi pula, tiga belas perkara yang disenaraikan oleh Chandra dalam Osman Bakar (2004) ialah: (1) Kualiti alam sekitar yang semakin merosot sebagai akibat terlalu mementingkan faktor keuntungan. (2) Pembangunan yang tidak seimbang dan jurang perbezaan ekonomi yang semakin melebar antara kawasan-kawasan di sesebuah negara dan antara sektor-sektor ekonomi. (3) Pengabaian keperluan asas hidup di kalangan rakyat termiskin di banyak negara terutamanya di negara-negara selatan. (4) Modal jangka pendek yang keluar masuk pasaran seperti kilat sebagai akibat amalan baru yang menjadikan wang sendiri sebagai komoditi keuntungan. (5) Pengangguran yang semakin memburuk dan jurang perbezaan pendapatan yang semakin melebar di negara-negara utara sendiri. (6) Penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia. (7) Kecenderungan ke arah pembentukan suatu budaya global yang homogen menerusi peranan yang dimainkan oleh perbadanan transnasional dan media komunikasi global. (8) Penyebaran budaya pop Amerika yang" menyegarkan paneaindera dan mematikan roh" . (9) Keeenderungan pusat-pusat pengajian tinggi untuk memberi keutamaan kepada kursus-kursus ilmu pengurusan dan teknik dengan mengabaikan kursus-kursus ilmu kemanusiaan dan kemasyarakatan. (10) Pembanjiran maklumat yang tidak berguna.

(11) Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah memanipulasikan isu-isu demokrasi dan hak-hak asasi manusia untuk mendominasi politik dunia. (12) Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung. (13) Pengantarabangsaan penyakit. Apa yang disenaraikan baik dan buruk globalisasi di atas, menjelaskan bahawa sebenarnya globalisasi ini memberikan kesan sarna ada berbentuk positif atau negatif dalam segenap dimensi. Namun, apa yang lebih ketara ialah globalisasi banyak memberi pengaruh kepada dimensi ekonomi. Globalisasi ekonomi dilihat banyak memberi kesan yang negatif dan secara tidak langsung mampu memberi kesan terhadap dimensi-dimensi lainnya. Punca utama globalisasi ekonomi meninggalkan banyak kesan negatif dalam pelbagai bidang kehidupan manusia sejagat ialah sifat globalisasi ekonomi ala-Barat yang berteraskan kapitalisme. Globalisasi ekonomi yang menggunapakai satu peraturan ekonomi dunia yang seragam menjadikan kapitalisme sebagai asas di mana ia berteraskan kepada pasaran terbuka dan perdagangan bebas tanpa dikawal oleh nilai-nilai sahsiah murni serta mampu menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi. Ini yang secara jelas membawa kepada kesan negara yang miskin akan terus miskin dan yang kaya akan terus kaya serta meletakkan jurang perbezaan ekonomi yang jauh antara dua negara miskin dan kaya. Dari'segi globalisasi maklumat dan ilmu, secara positifnya memberi peluang yang lebih luas kepada masyarakat dunia untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan berdasarkan kecanggihan teknologi baru komunikasi dan maklumat tanpa melibatkan banyak koso Namun, kesan terburuk yang dinyatakan oleh Chandra ialah kebanjiran maklumat yang tidak berguna. Sedangkan Islam yang meletakkan ilmu sebagai sesuatu yang cukup tinggi dan mulia kedudukannya amat bencikan maklumat yang tidak berguna. la boleh membahayakan pembinaan masyarakat yang bermoral sekiranya ia tidak mampu dikawal dengan baik dan menghilangkan corak budaya berilmu

yang sihat. Dalam globalisasi sosial, secara negatifnya ia mampu membawa kepada penyebaran budaya pengguna yang bertentangan dengan tuntutan nilai-nilai kerohanian dan moral yang murni dan yang merendahkan martabat keinsanan manusia. Kesan juga dapat dilihat ke arah pembentukan budaya global yang homogen serta penyebaran budaya pop Amerika yang "menyegarkan pancaindera dan mematikan roh". Begitu juga dalam globalisasi politik di mana kita perlu menghadapi c~baran penyebaran fahaman demokrasi, pluralisme dan hak-hak asasi manusia dengan berpandukan ajaranajaran yang ada dalam agama dan tradisi kita. Semua kesan di atas yang menyentuh setiap dimensi dan aspek globalisasi serba sedikit memberi impak kepada peradaban. Perspektif peradaban adalah perspektif jangka mas a panjang. Dalam perspektif jangka panjang, kita lebih mengutamakan isuisu yang lebih pokok sifatnya seperti isu nilai-nilai kemanusiaan dan kemasyarakatan dan isu pembentukan institusi-institusi politik, ekonomi dan sosial yang lebih kekal sifatnya. Juga perspektif peradaban lebih mementingkan isu pembentukan budaya yang sihat baik budaya politik mahu pun budaya intelektual.

Dalam memastikan peradaban Malaysia ini mampu menangani arus globalisasi, kita harus meneliti segala baik buruk kesan daripada globalisasi ini. Peradaban Malaysia perlu mengekalkan nilai jati diri berteraskan peradaban Islam dan agamaagama lain yang dianuti oleh kepelbagaian masyarakat Malaysia.

ISU-ISU GLOBALISASI

Media Globalisasi yang diperkenalkan oleh Barat menjadikan media komunikasi sebagai alat utama yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Oleh kerana Barat menguasai media komunikasi dunia, segala berita dan maklumat yang disiarkan di seluruh dunia adalah lebih berpihak kepada mereka dan menindas mana-mana negara yang tidak bersekongkol dengan mereka khususnya negara-negara Islam. Ilmu dan maklumat dengan mudah boleh diakses oleh sesiapa sahaja di duma ini dengan kecanggihan teknologi internet dan komputer. Barat sebagai pengasas alat komunikasi dunia dengan sendirinya mampu menjadi kuasa pertama yang mampu menghasilkan banyak syarikat-syarikat gergasi media cetak dan media elektronik. Kerana media di bawah kawalan mereka, segala berita dan maklumat tentunya menyebelahi mereka dan sebaliknya menindas musuh-musuh mereka. Misalnya, agensi berita antarabangsa terutamanya dari Amerika Syarikat menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia. Sesuatu peristiwa itu diolah dan ditafsirkan oleh mereka bagi memperoleh kepentingan-kepentingan tertentu.

Kesan terburuk globalisasi media yang dirasai oleh masyarakat Muslim di Malaysia khususnya dan penduduk dunia lain umumnya ialah kebanjiran maklumat yang tidak berguna. Islam hakikatnya adalah agama yang menekankan kecintaan kepada ilmu dan hikmah dan memandang serius kepada lambakan maklumat yang tidak berguna. Kita tahu bahawa lambakan maklumat yang tidak berguna ini amat mudah diakses dengan kecanggihan teknologi maklumat terkini. Kerana itu, maklumat yang tidak benar dan tidak berguna ini sukar untuk dibendung daripada terus mengalir ke dalam masyarakat kita. Apa yang merisaukan ialah fenomena kebanjiran maklumat yang tidak berguna ini kerana maklumat sebegini mudah menarik minat anak-anak muda dan remaja yang sedang meningkat naik. Selain masalah bahaya maklumat yang tidak berguna ini, kita juga berhadapan dengan masalah jurang perbezaan peluang untuk mengakses maklumat. Jurang ini jelas ketara antara masyarakat bandar dan masyarakat luar bandar. Untuk itu, kerajaan kita khususnya telah dan sedang membuat berbagai aktiviti bagi mendedahkan masyarakat di luar bandar akan kepentingan 'celik IT' dengan menyediakan berbagai bantuan dan kelengkapan komputer yang mampu menarik minat masyarakat luar bandar dan seterusnya mendedahkan mereka kepada dunia globalisasi.

Ekonomi Globalisasi ekonomi ialah antara dimensi globalisasi yang mampu memberi kesan secara tidak langsung kepada globalisasi dimensi lain. Globalisasi ekonomi ialah satu kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh seluruh masyarakat dunia. Ia membawa kepada penghapusan halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negara lain pada kadar yang amat pantas terutamanya dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Globalisasi berlaku dalam ketiga-tiga aspek ini apabila dasar-dasar kerajaan yang mengawal ekonomi asing daripada mempengaruhi ekonomi tempatan semakin longgar dan ekonomi tempatan terpaksa mengikut rentak ekonomi asing yang akhirnya meminggirkan ekonomi tempatan. Ia berlaku dengan mudah akibat perubahan teknologi di mana wang boleh dipindahkan, mata wang diniagakan dan saham boleh dibeli dengan mudah. Dalam globalisasi ekonomi, pasaran saham diglobalkan dengan pelabur-pelabur asing boleh membawa wang keluar dan masuk dari sesebuah pasaran. Dengan kadar mata wang yang tidak tetap dan pasaran modal terbuka, spekulasi mula muncul dan membawa kepada manipulasi mata wang dan saham. Ia kemudiannya membawa kepada peranan tiga buah institusi yang benar-benar menyebarkan globalisasi iaitu Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) (Utusan Malaysia, 15 April 2001 : 3). Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat dilihat melalui perluasan perusahaan melampui sempadan negara. Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap (http:! jwww.me.gov.myjictjict04.htm): (1) Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti di luar sempadan nasional dan meliputi eksport, import dan penghasilan bukan bahan mentah. (2) Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya di berbagai negara. (3) Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sebagai satu. Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara global. Globalisasi ekonomi mampu membawa kepada pelbagai krisis dan spekulasi pasaran. Serangan para

spekulator telah mengakibatkan nilai mata wang sesetengah negara jatuh merudum berbanding dengan Dollar Amerika. Umpamanya kita menyaksikan pada 2 Julai 1997 bermulanya krisis ekonomi Asia di mana Baht Thai jatuh begitu teruk, diikuti dengan Korea Selatan, Indonesia dan Malaysia. Usaha penyelesaian secara tradisional oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kepada beberapa buah negara yang ditimpa krisis juga menemui kegagalan (Ismail Awang, 1999: 152). Di Malaysia, kita masih'mampu bertahan kerana kebijaksanaan pemimpin kita dalam menyelesaikan kemelut ekonomi yang merudum ketika itu.

Di samping itu, Malaysia amat beruntung kerana dari aspek perdagangan kita mendapat faedah dari globalisasi dan turut mendapat faedah buruk. Ini kerana, harga eksport komoditi kadang kala boleh jatuh amat rendah dan kadang kala boleh memuncak dengan tinggi sekali. Malaysia mendapat faedah dari globalisasi kerana ia sebuah negara perdagangan. Kita juga berdagang barangan elektronik yang telah membawa keuntungan kepada negara dan pekerjaan rakyat. Tetapi kepada negara lain seperti Afrika, industri mereka lemah dan sukar untuk bersaing dengan barangan import yang lebih murah. Inilah realiti dunia globalisasi ekonomi di mana negara yang bijak mencari sumber hasil negara dapat bersaing dengan negara maju manakala negara yang kurang sumber bahan asli dan kurang aset sukar untuk bersaing bersama negara maju dan mengakibatkan negara miskin terus miskin dan terpinggir dalam kelancaran arus globalisasi. Politik Globalisasi politik juga telah tersebar luas ke seluruh dunia dengan kehebatan penawaran ilmu dan teknologi komunikasi yang mampu menyebarluaskan segala maklumat. Untuk itu, kita perlu menghadapi cabaran penyebaran idea-idea dan fahaman politik yang salah seperti demokrasi ala Barat, pluralisme dan hak-hak asasi manusia. Salah satu isu terpenting dalam dimensi politik globalisasi ialah fenomena 'deterritorialization' (penyalahwilayahan) iaitu satu proses dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah negara. Dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan kuasa, terdapat penggunaan pemaksaan dan pemantauan secara sistematik melalui badan-badan berkuasa seperti tentera, polis dan sebagainya. Terdapat idea mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap prinsip sejagat yang mesti diterima oleh seluruh umat manusia. Penyebaran idea ini diterajui oleh Amerika Syarikat (Amran Muhammad et aI, 2001 : 419). Kemerdekaan sesebuah negara pada masa kini tidak mempunyai makna yang besar selain daripada tampuk pemerintahan diserahkan kepada masyarakat tempatan. Namun hari ini, politik antarabangsa didominasi sepenuhnya oleh beberapa buah negara kuasa besar (super power) yang secara tidak langsung menggambarkan dominasi dunia Barat. Kita lihat sahaja contohnya di Iraq pad a hari ini. Amerika Syarikat yang mendominasi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom dan Perancis telah campur tangan dalam politik dalaman Iraq. Boleh dikatakan dalam hampir semua persengketaan wilayah dan antarabangsa sarna ada di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Kashmir, Iraq dan lain-lain, Amerika Syarikat telah terlibat secara langsung dengan menggambarkan diri mereka sebagai 'polis dunia'. Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi adalah disebabkan kekuatan ketenteraan dan militarinya. Setelah berakhirnya Perang Dingin dan dengan kejatuhan Soviet Union, Arnerika Syarikat telah muncul satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi (Amran Muhammad et al, 2001: 419).

Budaya Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Berlaku pertukaran dan pernyataan simbol yang mencerminkan kehidupan manusia dari segi gaya hidup, kepercayaan, citarasa, dan lain-lain dari Barat ke dunia luar. Ia dilahirkan secara material dan bukan material dalam kehidupan individu dan kelompok iaitu satu fenomena yang sudah melepasi perbatasan negara. Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat atau organisasi. Pad a zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat sanggup berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau dicerobohi oleh pihak lain. Antara cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Ia adalah satu persoalan yang sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio-budaya sesuatu kelompok masyarakat dapat disempurnakan maka segala usaha bagi mengatasi masalah lain adalah lebih mudah. Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio-budaya. Melalui pelbagai salman, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan transnasional. Sesungguhnya tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila sistem sosio-budaya masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita sedang melalui proses penghakisan yang amat ketara. Dalam keghairahan untuk mengejar gaya hidup ala Barat, anak-anak muda ini secara umumnya kini sudah tidak merasa bersalah dengan gaya peniruan secara bulat budaya hidup barat (Utusan Pengguna, 17 November 1997 : 23). Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena ini adalah menerusi kesankesan globalisasi budaya di bawah : (1) Budaya Makan : Pelbagai jenis makanan Barat telah dapat dinikmati dan semakin popular di seluruh dunia. Makanan Jepun pun sudah boleh diterima oleh masyarakat Malaysia. Spaghetti, pasta, minuman bergas seperti Coca Cola tidak hanya boleh didapati di Barat malahan di seluruh dunia. (2) Budaya Fesyen : Anak-anak muda semakin ghairah mengikuti segala perubahan fesyen yang berlaku di Barat. Jenama-jenama alat solek seperti Maybeline, Christian Dior dan jenama pakaian seperti Versace, Bonia, Padini menjadi pilihan generasi muda walaupun mahal harganya (Azhar Hj. Mad Aros et aI, 2000 : 84). (3) Budaya Kerja : Syarikat pengeluaran di era globalisasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Espirit di mana ketua grafiknya dari Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali. (4) Budaya Hidup : Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat serta dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat. Di samping itu, masyarakat dunia hari ini lebih terdedah kepada budaya hidup yang menggunakan produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

(5) Budaya Muzik dan Hiburan : Muzik jazz, rock, disco dan yang terkini muzik 'black metal' telah mula menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga diadakan di luar dari negara Amerika. Contohnya, di Jepun dengan panggilan Tokyo Disneyland (1987) dan di Marne-La-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland (1992) (http://www.me.gov.my/ict/ict04.htm). (6) Budaya Bahasa: Bahasa Inggeris adalah alat perhubungan dan komunikasi terpenting antarabangsa dan digunakan secara globaL Ini menunjukkan kejayaan globalisasi bahasa yang diterajui oleh Amerika. Terdapat penyebaran budaya konsumer Amerika Syarikat ke seluruh dunia, satu proses yang disebut sebagai ' McDonaldisation of Society'. Untuk mencapai maksud itu, budaya

konsumer perlu disebarkan seluas-Iuasnya supaya lahir penyeragarnan budaya dan gaya hidup.

KESAN PERKEMBANGAN KONTEMPORARI KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA Gelombang globalisasi kontemporari adalah yang terbesar dan terkuat pernah melanda dunia. Pengaruhnya sungguh besar dan luas sehingga ia meliputi semua bidang peradaban. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama-agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, kita dipanggil untuk menilai buruk baik fenomena globalisasi ini dengan lebih teliti lagi. Cabaran globalisasi kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran. Berdasarkan beberapa aspek dan isu globalisasi yang telah dibicarakan, dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini sedang menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah berlaku pada abadabad sebelumnya. Cabaran globalisasi dan implikasinya terhadap ekonomi, budaya, teknologi dan politik adalah luas dan mempunyai kesan yang positif dan negatif. Penerimaan terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk kemajuan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh semua rakyat. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Untuk berjaya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan daIarnan (inner riches) yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan. Globalisasi yang membawa mesej kesejagatan, merentasi sempadan negara dan yang menggambarkan kerjasama, sokongan dan perpaduan antara negara dan antarabangsa sewajarnya perlu diberi nafas baru agar manfaatnya turut sarna dinikmati oleh negara-negara kecil, bukanriya sekadar menguntungkan negara-negara maju.

8.6 KESIMPULAN Pad a hari ini, kita berada pada zaman di mana proses penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan sebagai globalisasi, kita amat pasti bahawa hampir segala aspek dalam kehidupan kita ini tidak akan terlepas dari disentuh oleh konsep globalisasi. Hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya adalah untuk mengheret diri kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di seluruh dunia. Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan globalisasi. Namun begitu, dalam keghairahan untuk diglobalkan sarna ada dalam bidang ekonomi, sosial dan politik, kita jangan sekali-kali terputus dari budaya dan akar sejarah kita sendiri. Kita perlu ada pegangan kita sendiri agar kita tidak mudah tertipu dengan laungan keadilan dan kesamarataan universal yang ternyata palsu. Po

Hegemoni dan Globalisasi Barat


PENGENALAN

Abad ke-20 dan 21, kita telah melihat perkembangan pusat sains dan teknologi maklumat yang semakin maju dan luar biasa. Tambahan pula, seiring dengan kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan kompleks. Akan tetapi kita telah menyaksikankemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi manusia. Sebelum ini, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi ala-Barat ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada hegemoni Barat. Kemudian, ia telah menimbulkan banyak masalah terutamanya bertentangan nilai-nilai timur.

KONSEP HEGEMONI DAN GLOBALISASI.

Istilah hegemoni berasal dari istilah Yunani, iaitu hegeisthai. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan oleh pihak penguasa. Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu ,iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa. Hegemoni boleh didefinisikan sebagai dominasi oleh satu kelompok terhadap kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang ditekan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi yang wajar (common sense). Lihat juga definisi dibawah ini: SHAPE \* MERGEFORMAT Hegemony is the dominance of one group over other groups, with or without the threat of force, to the extent that, for instance, the dominant party can dictate the terms of trade to its advantage; more broadly, cultural perspectives become skewed to favor the dominant group. Hegemony controls the ways that ideas become naturalized in a process that informs notions of common sense(http://en.wikipedia.org/wiki/Hegemony)

SHAPE \* MERGEFORMAT Dominant groups in society, including fundamentally but not exclusively the ruling class, maintain their dominance by securing the spontaneous consent of subordinate groups, including the working class, through the negotiated construction of a political and ideological consensus which incorporates both dominant and dominated groups. (Strinati, 1995: 165) Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik, dan budaya dari kelompok dominan (the ruling party, kelompok yang berkuasa). Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan.Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang didominasi tetap taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa. Hegemoni boleh dilihat sebagai strategi untuk mempertahankan kekuasaan, the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and maintain it later. (Simon, 1982: 23) Globalisasi pula dapat didefinisikan sebagai peruntuhan pagar-pagar yang memisahkan antara negara sehingga dengan itu mudah berlakunya pertukaran, pemindahan dan perkongsian dalam pelbagai lapangan seperti ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama. Walaupun globalisasi pada asalnya bermaksud pertukaran, pemindahan dan perkongsian antara negara, realitinya menunjukkan bahawa ia tidak wujud dalam bentuk dua hala yang adil. Sebaliknya, terdapat negara yang bersifat mengglobalisasi dan terdapat juga negara yang bersifat diglobalisasi. Mengglobalisasi itu adalah negara yang menyebarkan ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama mereka kepada negara lain. Ada pun diglobalisasi, ia adalah negara yang bersifat hanya menerima ilmu, pemikiran, ekonomi, kebudayaan dan agama dari negara yang mengglobalisasi tanpa menilai sama ada ia membawa manfaat atau mudarat. FAKTOR-FAKTOR HEGEMONI DAN GLOBALISASI.

Pada abad ke-21 ini, sedar atau tidak sedar sebenarnya dunia masa kini telah dipengaruhi oleh hegemoni Barat dan globalisasi dalam kehidupan kita. Mengapakah pengaruh hegemoni barat ini telah menular dengan meluas sekali di dunia? Apakah faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku? Imperialisme baru merupakan suatu fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai dan meluaskan semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia. Dengan fenomena inilah yang menjadi salah satu punca pengaruh hegemoni Barat makin meluas. Mereka berhasrat untuk menjadi kuasa nombor satu di dunia yang menjadikan semua negara lain tunduk dan berada dibawah pengaruh mereka. Kuasa Barat ini telah bertindak seperti polis dunia yang kononnya memelihara keamanan dan keselamatan dunia. Mereka merasakan

bahawa telah menjadi tanggungjawab mereka untuk memusnahkan senjata pemusnah besarbesaran yang ada pada negara-negara yang menjadi musuh kuasa Barat yang boleh mengancam keselamatan dunia. Tetapi sebenarnya mereka mempunyai matlamat untuk memperluaskan pengaruh hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk menjajah mana-mana negara islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan meluaskan jaringan dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak asasi manusia. Proses globalisasi pada hari ini menjadi peluang keemasan bagi kuasa-kuasa Barat untuk mengekalkan hegemoni mereka. Dengan kepantasan perpindahan maklumat kini, Barat dapat menguasai media dan komunikasi Barat dan memberi implikasi terhadap dunia seperti Cable News Network (CNN), dan British Broad-Casting Corporation (BBC). Wartawanwartawan tempatan juga menunggu dan menggunakan berita daripada media Barat. Beritaberita yang disebarkan oleh media Barat merupakan persepsi dari Barat sendiri. Secara tidak langsung pengaruh mereka terhadap dunia juga makin meluas. Aplikasi dan perancangan Zionis juga menjadi faktor wujudnya pengaruh hegemoni Barat dalam era globalisasi ini. Zionis mempunyai matlamat utama untuk mengukuhkan kedudukan mereka di serata dunia. Pemimpin Yahudi merancang untuk menguasai mata wang dan ekonomi dunia supaya kuasa Barat ini dapat mencampuri urusan secara tidak langsung terhadap pasaran saham antarabangsa. Gerakan Zionis Yahudi turut mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia dengan menyebarkan fahaman mulhid atau ateis dan falsafah sekular. Kerana itulah pengaruh mereka makin berleluasa dan wujud golongan yang tidak mempercayai Tuhan (fahaman ateis). Sedangkan sejak berabad-abad lamanya telah wujud kepercayaan dan agama dalam masyarakat dunia sebagai pegangan hidup. Masyarakat masa kini telah wujud 2 golongan yang telah merosakkan dan mencalarkan imej islam seperti golongan ultra moden yang memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada Barat dengan menerima nilai Barat sepenuhnya dan golongan konservatif yang menjaga status mereka dalam masyarakat. Golongan seperti inilah yang merosakkan reputasi dan perkembangan orang-orang islam. Mereka menjadikan fahaman Barat sebagai idola dan ikutan dalam kehidupan mereka. Faktor inilah juga yang menyebabkan hegemoni Barat makin kukuh di dunia. Kebanyakan negara yang majoritinya adalah umat islam kini pentadbirannya lebih mengikut peredaran zaman yang jelas sekali telah dimonopoli dan dipengaruhi oleh hegemoni Barat. Pentadbiran negara tersebut tidak lagi berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Selain itu, keadaan ekonomi yang lemah menyebabkan kuasa Barat mempunyai peluang untuk menguasai ekonomi dunia dengan pengaruh hegemoni mereka. Contohnya Amerika Syarikat lebih banyak memasarkan produk-produk mereka ke pasaran global. Bahkan, kebanyakan produk yang dijual di pasaraya tempatan juga terdiri daripada pelbagai jenis produkproduk dari negara Barat.

Hegemoni Barat ini berlaku juga disebabkan oleh kesan penjajahan mereka terhadap negara-negara yang lemah ketika berabad-abad lamanya dahulu. Negara Barat telah membawa perubahan dan kemajuan suatu ketika dahulu terhadap negara-negara yang dijajah. Maka akibat daripada penjajahan tersebut, ia telah meninggalkan kesan dan implikasinya terhadap masyarakat setempat yang masih mempunyai pengaruh daripada Barat. Dengan itu hegemoni Barat adalah lebih mudah lagi dikekalkan. Masyarakat dunia islam kini tidak lagi selalu melakukan pentarbiyahan dalam hati dan jiwa untuk memelihara hati dan diri daripada mudah terpengaruh dengan budaya dan kuasa Barat dalam kehidupan. Masyarakat tidak menjadikan pengalaman lepas sebagai pengajaran di masa hadapan dan kurang berhati-hati bagi mengelakkan hegemoni Barat dalam globalisasi dunia masa kini. Menurut Amir Shakib Arsalan, seorang pemikir islam Druzl, masyarakat islam kini mempunyai semangat yang lemah untuk berkorban demi islam atau kata lain ialah berjihad mempertahankan kehidupan yang berlandaskan islam.

KESAN-KESAN HEGEMONI BARAT.

Terdapat banyak kesan hegemoni Barat berlaku pada satu dunia khususnya di Asia dalam pelbagai aspek antaranya dari sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan hak asasi manusia.

1. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Media Barat telah pun menguasai media dari seluruh dunia sama ada media cetak mahupun media elektronik. Perkara ini berlaku kesan daripada perkembangan pesat teknologi dan hasilnya maklumat disebarkan ke seluruh dunia begitu pantas sekali. Lebih-lebih lagi, pada masa kini surat khabar dari pelbagai negara boleh dibaca di skrin komputer dengan mudah. Selain itu,media juga boleh menjatuhkan dan menaikkan populariti seseorang dengan mudah sekali. Sebagai contoh, dalam rancangan realiti American Idol, bagaimana mudahnya media menaikkan nama seseorang daripada tidak terkenal kepada seorang selebriti yang mempunyai pendapatan berjuta-juta setahun. Media juga mempengaruhi pandangan dan sikap masyarakat tempatan atau dunia dimana jelas pada masa kini, Islam telah pun dipandang serong disebabkan media Barat telah menyebarkan berita yang memburuk-burukkan agama ini. Keadaan ini jelas menunjukkan media Barat telah memberikan kesan yang sangat besar kepada masyarakat dunia. Oleh kerana kesannya terhadap dunia begitu berkesan, Barat telah pun menubuhkan media-media antarabangsa seperti Cable News Network (CNN), British Cable News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, Broadcasting Corporation (BBC), dan Reuters.Mereka berada di mana-mana di seluruh dunia sehinggakan liputan yang dibuat pantas

dan menyeluruh sehinggakan wartawan tempatan negara bergantung kepada mereka sebagai sumber bahan berita. Selain daripada berita, media Barat juga membuat filem dan hiburan yang mempengaruhi masyarakat dunia dan mewujudkan Hollywood yang telah pun menjana pendapatan berbillion dollar. Dalam filem mereka terbitkan, watak utama Barat khususnya Amerika Syarikat adalah seorang yang baik, pejuang keadilan, bertimbang rasa dan pasti akan menang dalam setiap peperangan yang wujud. Keadaan ini jelas telah mempengaruhi pandangan masyarakat dunia terhadap masyarakat Amerika Syarikat dimana keadaan realiti dunia begitu jauh sekali daripada yang difilemkan.

2. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Ekonomi Dari sudut ekonomi pula, Barat telah pun menguasai ekonomi dunia sejak dulu lagi. Menguasai ekonomi sama seperti mengusai dunia kerana mereka boleh memanipulasi ekonomi dunia yang boleh menjejaskan ekonomi sesebuah negara tersebut. Selain itu juga, Barat telah pun menubuhkan kelab ekskulsifnya iaitu G7 dimana kelab ini hanya boleh disertai oleh negaranegara maju seperti Jepun dan Perancis. Keadaan ini akan menyebabkan negara-negara yang memerlukan bantuan tidak akan dapat kerana disishkan daripada negara maju yang boleh membantu mereka dari segenap aspek. Barat juga telah menubuhkan syarikat-syarikat multi-nasional yang beroperasi seluruh dunia bagi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat dengan menguasai ekonomi sesebuah negara tersebut selain mengaut keuntungan secara maksimum. Kesan daripada penubuhan syarikat tersebut, Barat telah menubuhkan World Bank dan International Monetary Fund (IMF) untuk memperkukuhkan pengusaan mereka. Matawang mereka diguna pakai seluruh dunia khususnya apabila hendak melakukan perniagaan antarabangsa. Impak daripada penguasaan ekonomi tersebut, Barat berjaya menguasai kekayaan dunia dan jurang antara kaya dengan miskin semakin ketara.

3. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Politik Dari sudut politik pula, Barat telah berusaha pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa termasuklah mewujudkan blok-blok negara tertentu seperti Blok Komunis dan Blok Amerika Syarikat. Bagi mengukuhkan lagi penguasaannya, kuasa Barat telah pun mewujudkan Pertubuhan Bangsa-Banga Bersatu kononnya menjaga keamanan dan kepentingan bersama ahli namun pertubuhan ini hanyalah untuk kepentingan pihak Barat sahaja. Tidak cukup dengan kewujudan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, pihak Barat telah mewujudkan kuasa veto atau kuasa mutlak dimana hanya dinikmati oleh kuasa-kuasa besar seperti Perancis, United kingdom dan Jepun. Kuasa veto ini mempunyai kuasa yang tinggi sehinggakan berkuasa untuk tidak mengesahkan apa jua bentuk perbincangan atau persetujuan

antara negara lain tanpa berbincang dengan negara lain. Kuasa veto juga memberikan mereka bertindak bersendirian untuk menyerang negara lain seperti peperangan Amerika syarikat dengan Iraq dan Afghanistan. Mana-mana negara yang bersekutu dengannya akan diberikan pelbagai kemudahan dan nikmat namun untuk negara yang membangkang barat khususnya Amerika Syarikat akan mengalami pelbagai bentuk sekatan yang dikenakan seperti mana yang berlaku pada Iran apabila meneruskan program nuklearnya. Keadaan ini jelas menujukkan hegemoni barat berat sebelah.

4. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Sosial Dari sudut sosial pula,pelbagai bentuk hiburan seperti muzik,nyanyian, filem dan lain-lain telah pun disebarkan ke seluruh dunia sehinggakan hiburan mereka ditiru tidak kira baik atau buruk teruatamnay golongan muda. Pelakon-pelakon dan artis mereka mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun seperti Malaysia. Oleh sebab mereka juga, wujudnya pelbagai irama muzik antaranya rock,blues,heavy dan pop.Selain itu juga, budaya makanan disana juga turut berkembang dan yang paling menerima kesan adalah makanan segera iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald(McD), Coca Cola dan Pepsi. Selain itu, pemakaian berjenama seperti Lewiss Lee dan Adidas pun mengikuti fesyen disana dimana pakaian mereka lebih menjolok mata dan bebas mengikut kehendak sendiri. Keadaan ini jauh daripada pegangan orang Timur dimana lebih mengutamakan kesopanan. Anak-anak muda Timur khususnya Malaysia berasa bangga jika memakai pakaian berjenama Barat dan mempunyai kelas tersendiri.

5. Kesan Hegemoni Barat dari Sudut Hak Asasi Manusia Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu menggariskan hak-hak yang perlu dinikmati oleh semua manusia tanpa dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa mahupun agama, merdeka mahupun tawanan. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat seluruh dunia yang inginkan keadilan dan dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan.Adakah piagam ini dipatuhi oleh kuasa-kuasa Barat?

KESIMPULAN. Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada kita semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi sedikit sehinggalah sekarang. Pelbagai punca dan sebab berlakunya perkara tersebut seperti fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia, kuasa

Barat yang mempunyai semangat dan dasar tertentu, Barat ingin menguasai mata wang dan ekonomi dunia , mempunyai ideologi untuk merosakkan masyarakat dunia, keadaan ekonomi yang lemah dan sebagainya. Kini, budaya barat telah meresap dalam jiwa remaja. Contohnya, budaya hip-hop yang terhimpun di dalamnya beberapa budaya lain sepertirappers, grafity, dan lain-lain. Budaya ini merupakan simbol keruntuhan majoriti masyarakat Barat, khususnya dalam pergaulan bebas dan hiburan yang melampau. Ia juga merupakan simbol budaya bagi kebanyakkan disko-disko dan kelab-kelab malam di dunia Barat, khususnya untuk para remaja.

Justeru, budaya barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan keluarga, kehilangan maruah, jati diri tiada, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal, jenayah dan ketakutan. Malah ia telah memberi kesan daripada sudut media, ekonomi, politik, sosial, dan juga hak asasi manusia. Tambahan pula, ia berjaya menghakis budaya melayu dan islam.

Maka, jelaslah bahawa, tamadun Barat tidak mampu untuk menjadi contoh tamadun yang sempurna, kerana ianya dibangunkan secara asasnya, di atas dasar materialistik. Ini menyebabkan ketandusan nilai-nilai kemanusiaan dalam tamadun Barat.

Justeru itu, kita sebagai umat Islam perlu kembali menjadikan tamadun Islam yang dibina di atas acuan Nabawi, sebagai contoh pembangunan sesebuah tamadun manusia yang sempurna. Ini kerana, tamadun Islam yang pernah dibina oleh Nabi Muhammad s.a.w. di atas dasar Aqidah,Syariah dan Akhlak Islam telah diakui kesempurnaannya, oleh para cendikiawan yang jujur dan telus dalam mengkaji tentang ketamadunan manusia, samada di kalangan umat Islam mahupun orang-orang bukan Islam.

Tamadun Islam yang diasaskan diatas Al-Quran dan As-Sunnah yang diturunkan Allah kepada Rasul untuk disampaikan kepada umat manusia. Tamadun Islam merupakan tamadun yang paling sempurna dari segenap sudut sesebuah ketamadunan manusia, yang pernah wujud di dunia ini. Maka, hanyalah dengan Islam, sesebuah pembangunan tamadun yang sempurna dapat dibina.

You might also like