You are on page 1of 18

PUNCA DAN KESAN PERANG SALIB TERHADAP UMAT ISLAM DAN BARAT Pendahuluan Peperangan salib atau salibiyah

adalah satu daripada gambaran sebenar hubungan di antara Islam di Timur dan Kristian di Barat. Peperangan ini juga digelar dengan peperangan THE CRUSADE di dalam bahasa Inggeris. Crusade ialah nama yang diberi kepada pasukan tentera kristian yang telah mengambil bahagian di dalam peperangan ini merampas kembali Al Aqsa iaitu Baitul Maqdis yang telah dibuka oleh bala tentera Islam di bawah pimpinan Amru bin Al Ass di zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab. Tentera tentera Kristian Eropah tersebut telah memakai simbol Cross ataupun Palang. Maka dengan ini peperangan tersebut telah digelar THE CRUSADE Peperangan ini telah berlangsung sebanyak lapan kali. Ianya telah dimulai dengan satu rapat umum yang diadakan di Clermont pada 26 November 1095. Di dalam rapat umum ini, Pope Urban II telah menyeru agar seluruh umat Kristian Eropah bangkit menggunakan senjata bagi merampas semula Baitul Maqdis . Perang Salib memakan masa selama dua kurun. Di bawah ini adalah rentetan tarikh Perang Salib iaitu: 1.1) Perang Salib yang pertama pada tahun 1096 1099M 1.2) Perang Salib yang kedua pada tahun 1147 1149M 1.3) Perang salib yang ketiga pada tahun 1189 1192M 1.4) Perang Salib yang keempat pada tahun 1203 1204M 1.5) Perang salib yang kelima pada tahun 1216 1221M 1.6) Perang salib yang keenam pada tahun 1228 1229M 1.7) Perang Salib yang ketujuh pada tahun 1248 1251M 1.8) Perang Salib yang kelapan pada tahun 1270 1273M

Banyak perkara telah mendorong berlakunya Perang Salib di antara umat Islam dengan orang Kristian. Kita akan lihat satu persatu punca atau faktor yang mendorong berlakunya Perang Salib ini.

Faktor Politik Permusuhan antara orang Islam dengan orang Kristian telah bermula sejak zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi. Kemuncak permusuhan ini adalah apabila Alp Arselan dari Bani Buwaih berjaya menewaskan puak Byzantine di Manzikert pada tahun 1071 M. Atas dasar inilah empayar Byzantium meminta bantuan kepada kaum Baba dan Kaum Nasrani. Konstantinople dibina untuk dijadikan pusat kegiatan keagamaan selain sebagai pusat kegiatan politik negara. Konstantine Yang Agung membina kota ini kerana menganggap bahawa Rom tidak lagi sesuai lagi untuk ajaran Masihi. Rom dibina mengikut arkitektur Buddha. Sejak Konstantinople menjadi pusat kegiatan agama dan politik, sejak itulah ia berjalan dengan kemegahannya. Itulah masa pertama kejayaannya setelah dikuasai oleh kerajaan Usmaniah pada tahun 857H / 1453M. Sementara itu, pada abad ke-11 kedudukan Pope mulai dianggap penting. Ia menjadi pemimpin semua aliran Kristian, baik di Barat mahupun di Timur. Pope bermatlamat untuk menyatukan semua gereja. Pada waktu itu gereja telah berpecah kepada dua iaitu gereja Barat dan gereja Timur. Perpecahan ini disebabkan oleh berlakunya Conferensi Rom pada tahun 869M dan Conferensi Constantinople 879M. Pope berusaha untuk menundukkan gereja Orthodox Timur, tetapi pertentangan antara Gereja Barat dan pemerintahan Byzantium menghalangi niat Pope ini. Peluang untuk melaksanakan matlamat Pope ini membuahkan hasil apabila pemerintah Byzantium meminta bantuan Pope untuk menghadapi ancaman daripada Saljuk. Peluang emas ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Pope untuk muncul sebagai pemimpin tunggal untuk semua penganut agama Kristian dalam berjuang melawan kaum Muslimin dan sekali gus bercitacita menyatukan gereja Timur dan gereja Barat di Byzantium serta mengembalikan tanah-tanah suci di Jerusalem. Selain itu, tujuan penyatuan di bawah kuasa Pope adalah Pope ingin menguasai seluruh masyarakat di Eropah. Oleh yang demikian Pope Urban II telah menetapkan

15 Ogos 1096 sebagai hari memulakan pergerakan angkatan tentera Salib dan Constantinople sebagai pusat semua angkatan tentera Eropah yang akan melanggar ke Timur.

Faktor Ekonomi Faktor ini juga berperanan dalam mencetuskan Perang Salib. Semua golongan di Eropah yang terlibat dalam Perang Salib menganggap faktor ekonomi merupakan faktor yang menyebabkan mereka bersetuju melibatkan diri dalam Perang Salib. Eropah terutama Perancis melancarkan propaganda Perang Salib, negaranya sedang menghadapi krisis ekonomi yang amat teruk. Disebabkan itu, sejumlah besar golongan rakyat yang miskin dan penjenayah menyambut baik seruan ini, bukan kerana panggilan agama tetapi panggilan perut. Buktinya mereka merompak serta merampas makanan dan harta benda sesama orang Kristian dalam perjalanan menuju Konstantinople ketika menyerang Jerusalem. Selain itu, telah wujud tiga pelabuhan besar iaitu Venice, Genoa dan Pisa di bawah pemerintahan Itali yang memberikan bantuan terutama armada laut serta membelanjakan wang dan senjata untuk menggalakkan peperangan ini. Pemerintah Itali bermaksud hendak menguasai dan menduduki pelabuhan-pelabuhan timur dan selatan seperti pelabuhan-pelabuhan di Syam supaya pelabuhan-pelabuhan ini menjadi pusat perdagangan mereka di Timur dan supaya perdagangan Eropah bersambung dengan jalan laluan perdagangan di Timur. Ia juga bertujuan supaya pedagang-pedagang di Timur melalui jalan-jalan ini. Ini disebabkan pedagang-pedagang Arab berdagang di seluruh Asia terutamanya yang mempunyai bahan dagangan yang penting kepada penduduk di Eropah. Dengan menguasai pelabuhan-pelabuhan di Timur memudahkan mereka mendapat barang dagangan yang mereka inginkan.

Faktor Sosial-Politik Faktor sosial-politik juga memainkan peranan yang dominan dalam konflik Perang Salib ini. Kelas sosial masyarakat Eropah terbahagi kepada tiga kelompok iaitu kelompok pertama terdiri daripada orang-orang gereja dan bangsawan. Kelompok kedua iaitu kelompok kesatria yang terdiri daripada para bangsawan dan penunggang kuda dan kelompok ketiga iaitu kelompok petani dan hamba. Sistem masyarakat feudal, selain mengakibatkan timbulnya golongan tertindas, juga menimbulkan konflik sosial yang merujuk kepada kepentingan status sosial ekonominya. Kelompok ketiga merupakan kelompok yang terbesar di Eropah dan kelompok ini juga yang sering tertindas untuk memenuhi dua kelompok di atasnya. Golongan ini tertekan dengan kewajipan membayar cukai dan kerja paksa yang harus dituruti. Kelompok atas tidak bertindak sebagai penolong kepada kaumnya tetapi mereka adalah pemeras, orang yang tamakkan kekuasaan dan ingin membentuk kerajaan-kerajaan baru di Timur. Mereka telah memaksa golongan petani dan hamba untuk menjadi tentera. Pasukan-pasukan inilah yang ditugaskan ke timur untuk memperkukuhkan kekuasaan demi memenuhi nafsu setiap peribadi para pemimpin. Setiap golongan masyarakat seperti disebutkan di atas tadi mempunyai kepentingan tersendiri untuk melibatkan diri dalam Perang Salib. Golongan bangsawan melihat perang tersebut dapat memberi peluang kepada mereka untuk mendapatkan tanah baru di Timur serta mendirikan kerajaan-kerajaan dan wilayah-wilayah kekuasaan di Timur. Dalam proses Perang Salib nanti akan menampakkan bahawa dorongan ini merupakan faktor kelemahan tenteratentera Salib kerana timbul persaingan bahkan konflik sesama sendiri. Selain itu, disebabkan tanah di Timur adalah lebih subur, udaranya tidak dingin dan harapan mereka bahawa tanah itu aman berbanding di Eropah yang sering terlibat dengan Perang Saudara. Ia menyebabkan tanah tidak subur dan tanaman-tanaman di Eropah tidak dapat dikendalikan dan mulai lenyap. Ini menyebabkan timbul kebuluran di merata-rata seluruh Eropah. Kesan ini lebih ketara kepada golongan hamba dan petani. Hal ini diakui oleh seorang Rahib yang hidup pada abad ke-11M, yang menyatakan tentang keadaan kebuluran yang melanda di Eropah iaitu pada tahun 1033 M. Disebabkan peperangan sering berlaku di Eropah maka lahirlah pelbagai wabak penyakit hasil daripada keadaan yang tenat, kebuluran dan mayat4

mayat manusia terbiar di merata-rata tempat. Oleh sebab itu orang Eropah menyambut baik propaganda Perang Salib terutamanya kelompok ketiga. Bagi kelompok ini, jika ditakdirkan mati, lebih baik mati suci daripada mati kelaparan dan hina, mati sebagai hamba. Jika bernasib baik, selamat sampai ke Jerusalem, mereka mempunyai harapan baru yang mana hidup lebih baik daripada negeri sendiri. Faktor Agama Faktor ini dikaitkan dengan kebangkitan kuasa kaum Saljuk di Asia Minor yang mana pada 1070 M, telah berjaya menawan Jerusalem dan Baitul Maqdis. Kononnya dengan kejayaan tersebut orang-orang Saljuk telah bertindak kejam terhadap jemaah-jemaah haji Kristian yang mengunjungi Baitul Maqdis. Penguasaan kaum Saljuk di Asia Minor seolah-olah mengepung Baitul Maqdis, sebab di selatannya terdapat kerajaan Fatimiyyah yang pernah bertindak meruntuhkan gereja-gereja Holy Sepulchre yang menjadi tumpuan kaum Kristian mengerjakan haji pada 1007M. Orang-orang Kristian dari segenap pelosok Eropah datang mengerjakan haji dalam jumlah rombongan yang besar dengan membawa obor dan pedang seperti tentera hendak berperang. Sebahagian daripada mereka mempermainkan pedang dengan dikelilingi pasukan gendang dan seruling dan diiringi pula oleh pasukan bersenjata lengkap. Sebelum Jerusalem ditadbir Kerajaan Saljuk, upacara tersebut dibenarkan atas dasar toleransi tetapi selepas kerajaan ini mengambil alih, upacara seperti itu tidak dibenarkan atas faktor keselamatan. Keputusan yang dibuatkan mungkin disebabkan oleh upacara tersebut semakin merbahaya. Lebih-lebih lagi kumpulan-kumpulan yang mengambil bahagian dalam upacara itu sering menyebabkan pergaduhan dan huru-hara. Menurut Gustave Le Bon, pada tahun 1064M, Bishop memimpin pasukan seramai 7000 orang jemaah haji yang terdiri daripada kumpulan bangsawan dan para pahlawan telah menyerang orang-orang Arab dan orang-orang Turki. Keadaan ini yang membimbangkan Kerajaan Saljuk. Larangan ini dibuat demi keselamatan Jemaah haji Kristian itu sendiri. Malangnya, tindakan ini disalah anggap oleh orang-orang Eropah. Sikap kerajaan Saljuk ini menyebabkan orang Kristian berdendam dan marah kepada orang Islam dengan menuduh umat Islam sebagai umat yang taksub, melakukan penindasan terhadap orang-orang Kristian dan
5

mencabuli kemuliaan tempat-tempat suci mereka. Ketua-ketua agama mereka telah berkempen bahawa kebebasan agamanya telah dicabuli oleh orang-orang Islam dan menyeru agar Tanah Suci itu dibebaskan daripada genggaman umat Islam. Walau bagaimanapun faktor agama hanya mempengaruhi sesetengah kumpulan orang Kristian sahaja yang turut serta dalam Perang Salib. Pope Urban II telah mempergunakan segala cara untuk menarik hati hati rakyat agar semangat keagamaan mereka terangsang. Pope telah menawarkan pengampunan dosa bagi sesiapa yang menyertai Perang Salib ini. Penawaran daripada Pope ini jugalah menyebabkan golongan ketiga yang paling ramai menawarkan diri untuk terlibat dalam perang ini.

Kesudahan Perang Salib Tentera Islam telah mencapai kemenangan dan Baitul Maqdis dapat dikembalikan semula kepada tangan orang Islam. Walau bagaimanapun peperangan ini telah mengakibatkan banyak kemusnahan harta benda dan bangunan serta nyawa wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa. Di samping itu, ramai pula para mujahid Islam yang terkorban dan mati syahid bagi mempertahankan maruah agama dan negara. Ekonomi orang Islam juga turut terjejas akibat peperangan. Namun begitu kesedaran dan penyatuan umat Islam menyebabkan ekonomi mereka kembali pulih dan memperoleh keuntungan yang besar hasil perdagangan dengan negara Barat. Walaupun mengalami kekalahan di medan peperangan dan Baitul Maqdis terlepas daripada tangan mereka, tetapi mereka telah memperoleh banyak keuntungan daripada peperangan tersebut, sama ada dari segi agama, politik, ekonomi ataupun sosial. Antara sebabsebab kekalahan tentera Salib ialah kerana wujudnya persengketaan antara istana dengan gereja atau antara raja dengan pihak paderi masing-masing berlumba mencari kuasa dan pengaruh yang menyebabkan perpecahan berlaku sesama mereka. Sebab kedua, wujud kelas-kelas dalam masyarakat Eropah seperti golongan saudagar, golongan agama,. golongan pemerintah, golongan hamba dan golongan feudal. Masing-masing Cuba meluaskan kuasa dan pengaruh. Pihak hamba cuba membebaskan diri daripada belenggu

golongan feudal. Dengan adanya sifat iri hati dan benci-membenci antara satu sama lain ini menyebabkan semangat perjuangan di kalangan tentera Salib menjadi luntur. Sebab ketiga, munculnya tokoh-tokoh pejuang Islam yang tidak tahu penat atau jemu seperti Imad al-Din Zanki dan Salahuddin al-Ayyubi yang telah berjaya menyatukan umat Islam. Sebab keempat, munculnya tentera Mongol yang dianggap oleh tentera Salib sebagai pemusnah tentera Islam. Tetapi tentera Mongol dapat ditewaskan oleh tentera Islam dalam peperangan di Ain Jalut dan seterusnya mereka memeluk agama Islam. Dengan itu, maka kecewalah tentera Salib.

KESAN PERANG SALIB KEPADA UMAT ISLAM Pada peringkat awal berikutan Perang Salib pertama, tentera Kristian berjaya merampas kuasa daripada Kerajaan-kerajaan Islam di wilayah Syria-Palestine, sebahagian Mesir dan Anatolia. Edessa, Tarsus, Antioch, Allepo dan Jerusalem diduduki oleh tentera Kristian dan jadikan koloni-koloni Eropah. Walaupun begitu, koloni-koloni itu wujud dalam kedudukan yang berbahaya dan pada tahun 1187 TM Jerusalem ditakluki semula oleh tentera Islam. Proses Asimilasi Dengan Masyarakat Tempatan : Orang-orang Eropah yang menetap di koloni-koloni itu tidak begitu menyumbang kepada cara kehidupan masyarakat Islam. Kesan-kesan sosial adalah tidak mendalam. Dari segi kebudayaan dan tahap pencapaian intelektual, mereka masih wujud dalam keadaan mundur berbanding dengan orang-orang tempatan. Sebaliknya, orang-orang Latin lebih tertarik kepada cara kehidupan masyarakat Islam seperti aspek-aspek pakaian, makanan dan perumahan. Proses asimilasi tidak berlaku secara meluas kecuali segolongan kecil yang berkahwin dengan orangorang Muslim dan melahirkan segolongan yang dikenali poulains atau orang kacukan. Ekonomi Dari segi kesan ekonomi peperangan Salib mempergiatkan perdagangan di Syria. Pelabuhanpelabuhan seperti Tyre, Acre, Askalon dan Gaza menjadi pusat kegiatan komersial di mana golongan saudagar Muslim berdagang dengan pedagang-pedagang Venice, Genoa, Pisa. Pada hal itu, diketahui bahawa penglibatan Venice dalam Perang Salib terdorong oleh motif hendak monopolikan perdagangan Syria, Mesir, Constantinople dan Laut Hitam. Perpaduan dan Penyatuan Umat Islam (Politik) Perang Salib juga telah membawa kesan yang positif sama ada secara langsung atau tidak langsung terhadap negara-negara Islam, terutama dalam bidang politik. Di peringkat permulaan Perang Salib, negara-negara Islam di Syria dan Asia Kecil tidak bersatu; pada waktu itu terdapat kerajaan-kerajaan kecil yang diperintah oleh Atabeg. Keadaan ini berlaku sewaktu pemerintahan Abbasiyah di Baghdad mengalami zaman keruntuhannya. Pada akhir abad ke-11M kerajaan Fatimiyyah di Mesir juga sedang mengalami keruntuhan. Pada waktu itulah tentera Salib datang menyerang dan berjaya menawan Baitul Maqdis. Mereka seterusnya mendirikan wilayah8

wilayah kecil di sekitar Syria dan utara Iraq bagi menggantikan pemerintahan Islam. Kejayaan mereka disebabkan perpecahan yang berlaku antara negara-negara Islam iaitu Mesir, Iraq dan Syria. Pada abad berikutnya masyarakat Islam benar-benar lemah akibat perpecahan dan memerlukan seorang pemimpin yang dapat menyatukan semula umat Islam bagi menghadapi serangan tentera Salib. Maruah umat Islam dapat dikembalikan dengan kemunculan tokoh-tokoh seperti Imad al-Din Zanki, Nur al-Din Mahmud dan setelah itu Salahuddin al-Ayyubi. Salahuddin bukah sahaja dapat mendirikan sebuah kerajaan baru Islam yang kuat di Mesir, iaitu kerajaan Ayyubiyah, tetapi juga berjaya merampas semula Bairul Maqdis daripada tangan tentera Kristian berikutan kemenangan tenteranya di Hittin. Akan tetapi selepas kematian beliau, keadaan umat Islam menjadi lemah semula disebabkan perbalahan yang berlaku di kalangan kaum keluarga Salahuddin. Di samping itu, muncul pula tentera Mongol yang telah memusnahkan kota-kota Islam. Akan tetapi dengan kemunculan kerajaan Mamluk (Mamalik)di Mesir telah menyelamatkan umat Islam daripada diancam tentera Mongol selepas memenangi dalam perang di Ain Jalut. Pada masa yang sama kerajaan Mamluk berjaya menyingkir tentera Salib dari bumi orang Islam. Ini bererti dengan adanya cabaran tentera Salib menyebabkan umat Islam cepat sedar dan segera bersatu. Kesan politik yang positif daripada Perang Salib juga dapat dilihat dari sudut melemahkan kerajaan Byzantine. Kerajaan Byzantine merupakan benteng pertahanan yang kukuh bagi tentera Kristian sejak berabad-abad lamanya. Gerakan tentera Salib sendiri sering bersandarkan bantuan dan sokongan kerajaan Byzantine ketika menentang kerajaan Seljuq. Akan tetapi akhirnya kerajaan Byzantine sedar bahawa gerakan tentera Salib adalah lebih berbahaya daripada kerajaan Seljuq. Oleh sebab itu berlaku pertentangan sesama mereka khususnya perebutan kuasa ke atas wilayah-wilayah di Syria yang ditakluki oleh tentera Salib khususnya ke atas wilayah Antakiyah. Perbalahan ini sudah tentu melemahkan kekuatan dan semangat kerajaan Byzantine yang pada ketika itu sangat-sangat diperlukan oleh tentera Salib bagi menentang tentera Islam. Pada tahun 1204 M tentera Salib telah menyerang Constantinople dan sekaligus melenyapkan kerajaan Byzantine dan telah digantikan dengan sebuah kerajaan feudal selama setengah abad. Walaupun kerajaan Byzantine telah dapat dihidupkan semula pada tahun 1261 M tetapi keadaannya terlalu lemah untuk menandingi kekuatan baru Islam di bawah pimpinan kerajaan Turki Uthmaniyah. Kerajaan Byzantine berakhir pada abad ke-15 M. Kesan Tamadun di Barat Sejarah telah membuktikan bahawa Eropah Barat pada zaman pertengahan hingga abad ke-11 M masih dalam kemunduran. Pada
9

masa yang sama orang-orang Islam di timur dan Sepanyol hidup dalam keadaan makmur dan ber-tamadun. Dengan tercetusnya Perang Salib menyebabkan keadaan di Eropah Barat berubah dan menjadi lebih makmur dan maju. Antara sebab-sebab berlakunya kesedaran dan kemakmuran di Eropah Barat pada abad ke-12 adalah kerana tercetusnya Perang Salib. Pada peringkat awal peperangan Salib, dunia Islam wujud dalam keadaan perpecahan dengan munculnya beberapa buah kerajaan kecil Islam. Kerajaan Abbasiyah yang dikuasai oleh Turki tidak berkemampuan menentang tentera Salib. Tetapi mulai tahap kedua peperangan Salib, kerajaan-kerajaan Islam telah lebih bersedia untuk bersatu di bawah beberapa pemimpinpemimpin yang berkaliber. Pemimpin-pemimpin itu bertindak untuk menentang dan merampas balik kawasan-kawasan yang diduduki oleh tentera Kristian. Lahirnya Tokoh-tokoh Islam : Antara pemimpin yang berjaya membendung dan menghapuskan musuh-musuh mereka ialah Zanki, Nur al-Din, Saladin, dan Baybars. Pada 1143 Zanji merampas balik kawasan Edessa. Nur al-Din, anaknya, menakluki Damancus dan menduduki seluruh Syria kecuali Antioch, Salah alDin menakluki Jerusalem pada 1187 TM dan berjaya menyatukan dunia Islam dari Sungai Nil hingga Sungai Tigris. Baybars pemerintah kerajaan Mamluk menghapuskan kuasa dan pengaruh tentera Salib di Syria pada tahun 1250 TM.

10

Kesan Perang Salib Terhadap Barat

Perang Salib telah berlangsung selama kira-kira 200 tahun. Tumpuannya bukan sahaja ke atas Baitul Maqdis atau Syria, tetapi di seluruh negara Islam di timur dan di barat termasuk Iraq, Mesir, Asia Kecil, Tunisia, Maghribi, Andalus dan Sicily. Malah serangan tentera Salib telah sampai di pantai Hijaz, tujuannya untuk mengancam keselamatan tanah suci Makkah dan Madinah. jadi, tidak syak lagi bahawa dengan berlakunya peperangan ini dan berlakunya pertembungan antara orang Islam dengan orang Kristian dalam tempoh yang begitu lama telah meninggalkan kesan yang besar dalam hubungan antara kedua-dua belah pihak.

Mendapat Maklumat Tentang Negara Islam Sebelum berlaku Perang Salib lagi hubungan antara orang Islam dengan orang Kristian di Eropah sudah terjalin, tetapi hubungan mereka pada ketika itu hanya terbatas di kalangan pihak pemerintah. Mereka telah bertukar-tukar hadiah dan pemberian bagi menjalin hubungan diplomatik menerusi perwakilan masing-masing. Atau menerusi kunjungan orang-orang beragama Kristian ke Baitul Maqdis bagi mengerjakan ibadat; mereka tidak dibenarkan bergerak secara bebas di negara-negara Islam. Walaupun terdapat sedikit sebanyak hubungan perdagangan antara Mesir dan Syria dengan negara-negara Eropah Barat sebelum berlaku Perang Salib, tetapi hubungan perdagangan ini amatlah terbatas. Akan tetapi apabila Perang Salib meletus, maka keadaan ini telah berubah. Pada ketika itu beribu-ribu orang Kristian dari Eropah Barat datang dan tinggal di Syria. Dalam pada itu mereka tidak terputus hubungan dengan negara asal mereka. Pada masa ini jugalah aktiviti pelayaran dan perdagangan dilakukan secara meluas di kawasan Laut Mediterranean. Mereka bergerak bebas di kawasan perairan di sebelah timur. Pada masa ini jugalah mereka berpeluang menyaksikan kedudukan masyarakat dan rumah-rumah orang Islam dengan dekat. Setelah itu ilmu dan pengalaman yang diperoleh itu dibawa diceritakan kepada rakan-rakan mereka yang kembali ke Eropah. Dengan cara Ini pengetahuan mereka tentang
11

orang Islam menjadi semakin nyata dan jelas. Pengetahuan ini telah membuka jalan kepada mereka untuk menjajah negara-negara Islam, bermula dari Sepanyol, setelah itu Asia Barat, dan akhirnya ke sebelah timur hingga ke Nusantara.

Perdagangan Dari segi perdagangan memanglah penting dan menjadi faktor pendorong, selain faktor agama, kepada negara-negara Eropah Barat, terutama Itali, untuk melancarkan Perang Salib. Akibat daripada peperangan ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada mereka. Para pedagang Eropah telah mengadakan aktiviti perdagangan antara negara-negara Islam di timur dengan negara Eropah di barat. Mereka telah mendirikan pusat-pusat perdagangan tetap di beberapa kawasan seperti Acre (Akka), Saida (Sidon), Ladhikiyah, dan lain-lain. Dari pusatpusat perdagangan ini mereka mengeksport barangan dari timur dan dibawa ke Eropah. Barangan tersebut seperti kain tenunan daripada kapas, kain sutera, pinggan mangkuk, batu-batu permata dan biji-bijian yang diimport dari India dan Sri Lanka. Barangan seperti gading, permaidani, ubat-ubatan, rempah, bau-bauan diimport dari Asia Barat. Kesemua barangan ini sangat diperlukan oleh masyarakat Eropah pada ketika itu dan barangan tersebut hanya diperolehi dari negara-negara di timur. Oleh sebab aktiviti perdagangan di kawasan pantai Syria pada abad ke-12M dikuasai oleh orang Eropah, maka barangan dari Asia Barat dapat dibawa dengan banyaknya ke Eropah. Barang-barang tersebut dibawa melalui pelabuhan Damsyik setelah itu dibawa ke pelabuhan-pelabuhan di selatan Syria dan dari sana terus dibawa ke Eropah. Pada mulanya aktiviti perdagangan banyak tertumpu ke kawasan Syria oleh sebab penguasaan tentera Salib di situ. Tetapi menjelang abad ke 13M, oleh sebab serangan tentera Mongol ke atas wilayah itu menyebabkan aktiviti perdagangan beralih ke kawasan Laut Merah, iaitu di Dimyat dan Iskandariah di Mesir. Pemerintahan Mamluk Mesir sangat mengalu-alukan penyertaan para pedagang luar kerana ia boleh memberikan keuntungan yang besar kepada kerajaan Mesir. Dengan terjalinnya hubungan perdagangan dengan negara-negara Eropah ini menyebabkan kerajaan Mamluk menjadi makmur dan kaya raya. Di sepanjang pemerintahannya antara abad ke 13-15M banyak pembangunan telah berlaku di kota-kota besar seperti Kaherah dan Iskandariah
12

dengan menggunakan perbelanjaan yang besar hasil yang diperoleh daripada aktiviti perdagangan.

Perkembangan Ilmu Pengetahuan

Dalam tempoh Perang Salib selama lebih 200 tahun itu orang Eropah telah berpeluang menimba ilmu pengetahuan daripada orang Islam. Sepertimana biasa perkembangan ilmu pengetahuan memerlukan keadaan dan suasana tenang dan aman. Oleh sebab keadaan di Syria dan Mesir dalam tempoh Perang Salib dari abad ke-11 M hingga ke-13 M sentiasa dalam keadaan peperangan maka tidaklah berlaku perkembangan ilmu pengetahuan secara meluas di situ. Akan tetapi keadaannya berbeza di Sepanyol dan Sicily. Ketika Syria dan Mesir diserang oleh tentera Salib, di Sepanyol (Andalus) dan Sicily berlaku kegiatan ilmiah seperti penulisan dan terjemahan. Namun begitu, masih terdapat juga hubungan intelektual antara orang Kristian dengan Islam di negeri Syria khususnya yang bersangkutan hal-ehwal peperangan seperti seni peperangan, pembinaan kubu pertahanan orang Islam dan sebagainya telah ditiru oleh orangorang Eropah. Mereka telah belajar cara bertahan, cara menggunakan senjata manjanik, menggunakan perisai dan cara berkomunikasi menerusi burung merpati. Mereka juga belajar cara membina kubu pertahanan. Sebagai contoh, kubu pertahanan Chateau Gaittard dan kubu pertahanan Norwich yang dibina di Eropah Barat pada abad ke-12 M menyamai kubu pertahanan orang Islam di Syria. Di samping itu, mereka turut.terpengaruh dengan cara hidup orang Islam seperti jenis makanan. Beberapa jenis tumbuhan dan tanaman yang terdapat di kawasan Laut Mediterranean seperti padi, limau, tembikai, bawang putih dan tebu telah dibawa dan ditanam di Eropah. Begitu juga barang-barang perubatan seperti akar kayu, rempah, gam yang diimport dari negeri-negeri timur dibawa ke Barat. Mereka tertarik juga dengan kolam-kolam air yang dibina di Syria. Akhirnya mereka membawa pulang idea pembinaan kolam renang dan cara-cara menggunakannya.

Kesan Sosial dan Politik


13

Perang Salib juga telah mengubah masyarakat Eropah daripada dikongkong oleh gereja kepada kelahiran golongan feudal dan saudagar. Golongan feudal berusaha meluaskan kawasan tanah dan wilayah kekuasaan mereka. Golongan saudagar pula berlumba-lumba mencari barangbarang perdagangan dan pasaran serta membuat berbagai-bagai urusan dan perjanjian perdagangan dengan negara-negara luar termasuk negara-negara Islam. Kedua-dua golongan di atas sentiasa mencari peluang dan kepentingan diri mereka sendiri. Hal ini sudah tentu boleh melemahkan tentera Salib. Pada waktu itu juga pengaruh gereja mula merosot. Institusi gereja dan ajaran agama Kristian sering dicabar. Sebelum Perang Salib berlaku, masyarakat Eropah Barat telah dikongkong oleh golongan feudal yang maha tuan-tuan tanah telah berkuasa dan bermaharajalela ke atas kaum tani. Mereka dipaksa mengerjakan tanah pertanian untuk kepentingan tuan-tuan tanah yang terdiri daripada kaum pemerintah dan bangsawan. Akan tetapi setelah berlakunya Perang Salib menyebabkan sistem feudalisme itu tergugat kerana setiap rakyat Eropah tidak kira kaya atau miskin terpaksa menyertai peperangan. Pihak tuan-tuan tanah tidak berupaya menyekat para petani daripada menyertai peperangan demi mempertahankan maruah gereja dan agama Kristian. Oleh itu pemilik-pemilik ladang menghadapi masalah kekurangan pekerja. Keadaan ini secara beransur-ansur telah melenyapkan sistem feudalisme di Eropah. Sistem feudalisme juga melibatkan politik dan pentadbiran. Dengan adanya sistem ini secara tidak langiung melemahkan sistem pemerintahan pusat kerana setiap pembesar wilayah yang sekaligus menjadi ketua golongan feudal mempunyai kuasa dan tentera sendiri. Mereka ini bebas menentukan raja yang hendak dipilih. Ertinya raja yang dipilih itu pula boleh dilucutkan bila-bila masa sahaja oleh golongan feudal. Dengan tercetusnya Perang Salib keadaan ini telah bertukar dengan kuasa raja dan kerajaan pusat menjadi lebih berkuasa. Malah golongan feudal dipaksa memberi sumbangan bagi mempertahankan maruah agama dan bangsa. Ramai di kalangan mereka telah tampil ke hadapan untuk rnemberikan sumbangan harta benda, wang dan juga tenaga. Jika sebelum ini tentangan mereka ditujukan pada raja, tetapi dalam Perang Salib tentangan itu dihalakan pada orang Islam. Malah ada di kalangan mereka terpaksa berhutang dan bergadai bagi membiayai Perang Salib. Keadaan ini sudah tentu boleh melemahkan pengaruh golongan feudal. Di samping itu, timbul pula persaingan di kalangan raja-raja di Eropah. Kesan Ekonomi
14

Selain kesan sosial dan politik terdapat juga kesan ekonomi ke atas masyarakat Eropah akibat Perang Salib. Bagi mengendalikan peperangan ini memerlukan tenaga dan wang yang banyak. Untuk mendapatkan wang tersebut ramai antara mereka terpaksa menjual dan menggadai harta. Peluang ini telah diambil ke-sempatan oleh orang-orang Yahudi untuk membeli harta benda tersebut. Kaum Yahudi merupakan kaum yang paling aktif dalam bidang ekonomi di Eropah. Hasil pembelian harta benda tersebut mereka menjadi kaya-raya. Kesempatan ini juga digunakan oleh mereka bagi menambah kekayaan dengan cara memberi pinjaman dan mengenakan bunga yang tinggi. Justeru itu mereka dibenci oleh puak Kristian, lantas mereka diseksa pada masa Perang Salib. Kesan Perang Salib juga menyebabkan munculnya sistem cukai dalam bentuk barn bagi menggantikan sistem lama yangdiamalkan oleh golongan feudal. Louis VII orang yang mula-mula memperkenalkan sistem cukai baru ini. Tujuannya bagi mengumpulkan wang sebanyak mungkin bagi menanggung beban peperangan dalam serangan tentera Salib Peringkat Kedua. Kadar cukai baru ini ialah satu persepuluh bagi harta benda yang boleh dipindahkan ke atas tokoh-tokoh agama. Dengan nama Perang Salib juga Richard the Lion Hearted mengenakan cukai satu persepuluh ke atas tokoh-tokoh agama. Cukai ini dikenali sebagai Salahuddin Tithe. Jelaslah bahawa Perang Salib telah membawa implikasi ke arah perubahan sistem ekonomi di Eropah. Ini merupakan titik permulaan kepada pembaharuan sistem cukai zaman moden. Kesan Perang Salib dan hubungan antara Barat dan Timur juga telah me-makmurkan beberapa kota atau bandar di Eropah seperti Venice, Barcelona, Marseilles, Narobonne dan lain-lain. Sektor pertanian pula telah beralih ke sektor perdagangan dengan kemunculan tokoh-tokoh perniagaan. Dengan kemajuan yang dicapai oleh pusat-pusat perniagaan di bandar-bandar pantai selatan Eropah telah menjadi ikutan oleh bandar-bandar lain di Eropah. Setiap bandar itu menjadi sebuah unit politik dan ekonomi yang bebas. Kesan Perang Salib ini juga telah membawa kepada perkembangan pembinaan jalan perdagangan, pembinaan jalan raya, pasar membeli-belah serta penggunaan lebih banyak kapal dan pengangkutan laut sama ada bagi tujuan perdagangan atau lainnya. Justeru itu memerlukan lebih banyak syarikat perkapalan bagi mengendalikan pelayaran antara negara-negara Eropah dengan negara-negara di sebelah timur.

Bidang Agama

15

Golongan Paus merupakan penaja Perang Salib dan mereka telah terlibat dalam peperangan itu dari awal sehingga akhir. Kemunculan Paus bukan sahaja untuk membela agama Kristian tetapi juga bertujuan memperluaskan kuasa gereja dan kepentingan mereka sendiri. Hal ini tidak disenangi oleh pihak istana yang diwakili oleh Maharaja Byzantine. Justeru itu telah menimbulkan perebutan kuasa dan pengaruh antara golongan Paus yang mewakili golongan agama dengan keluarga istana yang mewakili golongan politik dan pemerintah. Atau dengan kata lain, persaingan kuasa antara golongan agama dengan golongan sekular. Pihak gereja telah menggunakan segala pengaruhnya untuk mendapatkan sokongan orang ramai. Bagi menjayakan perang suci ini sudah tentu memerlukan pengorbanan harta benda dan tenaga. Antara cara yang digunakan oleh gereja untuk mendapatkan wang yang banyak adalah dengan mengeluarkan arahan supaya setiap orang memberikan sumbangan. Pada akhir abad ke-12 M pihak gereja telah mencipta suatu undang-undang baru, iaitu sesiapa yang tidak mampu pergi berperang mereka boleh. membayar wang dengan kadar yang telah ditentukan. Sesiapa yang berbuat demikian akan diampunkan dosanya dan taramya samalah seperti orang yang pergi berperang. Bagi tujuan ini pihak gereja telah menyediakan sejenis borang yang dinamakan 'Borang Pengampunan' (Indulgences, Arab: Sukuk al-Ghufran). Borang-borang ini dijual pada orang ramai. Justeru itu pihak gereja berjaya mengumpulkan wang yang banyak.24 Keadaan ini sudah tentu menggugat pengaruh istana. Oleh sebab itulah, maka zaman Perang Salib dikenali sebagai 'Zaman persaingan antara Paus dengan Maharaja'. Walaupun pihak gereja menjadi kaya-raya sejak adanya amalan pengampunan dosa di atas, tetapi dari segi yang lain pula mereka terpaksa membayar cukai sabanyak satu persepuluh yang dikenakan oleh pihak pemerintah, khususnya pemerintah Inggeris dan Perancis sepertimana yang dinyatakan di atas. Sebelum ini mereka dikecualikan daripada sebarang cukai. Pihak gereja telah membantah tindakan kerajaan itu dan mengatakan keengganan mereka untuk menjadikan harta benda gereja sebagai sumber ekonomi negara. Kesan lain daripada peperangan ini adalah pada permulaan abad ke-13 M, pihak gereja telah mengubah sikap dan cara menyebarkan agama Kristian daripada cara berperang kepada cara lemah lembut (diplomasi) dengan menghantar golongan mubaiigh Kristian ke negara-negara Islam. Perubahan ini berlaku di-sebabkan mereka menyedari bahawa langkah awal yang menggunakan kekeras-an dan kekuatan tentera tidak mendatangkan hasil yang diharapkan, malah kerugian nyawa dan harta benda yang banyak yang terpaksa ditanggung oleh mereka di sepanjang Perang Salib. Bagi tujuan ini pada tahun 1219 M pihak gereja Eropah Barat telah
16

menghantar Pope St. Francis of Assisi ke Mesir untuk menghadap Sultan al-Malik al-Kamil bagi tujuan menjelaskan kedudukan ajaran agama Kristian. Setelah itu diikuti oleh beberapa orang lagi paderi ke Mesir dengan harapan supaya rakyat Mesir menerima ajaran Kristian. Louis IX dari Perancis turut menyebarkan agama Kristian di kalangan tentera Mongol dengan menghantar paderinya bernama William of Rudruquis. Pada tahun 1253 M, Louis IX telah mengarahkan penubuhan sebuah persatuan mubaligh Kristian. Antara tokoh yang terkenal dalam persatuan ini ialah Raymond Lull dari Sepanyol!. Antara aktiviti persatuan ini ialah mengajar bahasa Arab kepada para mubaligh Kristian supaya mereka boleh menerangkan agama Kristian kepada orangorang Arab dan seterusnya dapat membaca kitab-kitab Arab bagi memahami budaya dan pemikiran orang Islam khususnya yang berbangsa Arab. Kegiatan mubaligh Kristian bukan hanya terbatas di negeri Arab tetapi juga di kawasan Afrika dan Asia. Bagi mengendalikan gerakan mubaligh Kristian yang lebih berkesan memerlukan pemahaman tentang banyak bahasa yang digunakan oleh golongan sasaran. Oleh itu pada tahun 1311 M mereka telah mendirikan enam buah institut bahasa untuk mengajar bahasa-bahasa timur di Eropah. Boleh dikatakan kegiatan mubaligh Kristian ini bermula berikutan kegagalan mereka dalam Perang Salib. Walaupun gerakan ini gagal mempengaruhi orang Islam dan orang Mongol yang kemudiannya memeluk agama Islam, tetapi mereka berjaya menarik ramai penganut agama Buddha dan yang tidak beragama kepada agama Kristian.

Pengetahuan Geografi Walaupun tentera Salib dari Eropah Barat gagal dalam peperangan dan gagal dalam gerakan mubalighnya, tetapi dari segi maklumat geografi negara-negara Islam yang diperoleh oleh mereka telah membuahkan hasil yang besar. Sebelum berlakunya Perang Salib mereka tidak begitu mengenali keadaan kedudukan geografi negeri-negeri Asia Kecil termasuklah Syria dan Mesir. Akan tetapi dalam tempoh Perang Salib banyak buku tentang geografi telah ditulis dan mendedah-kan kedudukan geografi negeri Syria, Mesir dan Iraq yang menjadi sasaran utama mereka, serta menunjukkan jalan-jalan yang boleh dilalui antara Baitul Maqdis dengan negerinegeri Eropah Barat. Apabila sasaran tentera Salib menjadi semakin luas maka lebih banyak pula negeri yang diketahui mereka bukan sahaja dari segi lokasi tetapi juga bentuk muka bumi, gunung-ganang, sungai, cuaca, pemakanan dan sebagainya. Apabila kegiatan ekonomi clan
17

perdagangan berubah dan bertambah luas di kawasan Laut Mediterranean dalam tempoh Perang Salib maka kajian tentang keadaan Laut Mediterranean itu pula dibuat serta peta tentangnya dilukis dengan terperinci bagi memudahkan urusan pelayaran. Hal ini dilaksanakan pada akhir abad ke-13 M. Daripada kegiatan mubaligh Kristian yang bermula pada abad ke-13 M telah membuka mata orang Eropah untuk datang ke negeri-negeri sebelah timur. Misalnya, paderipaderi dihantar oleh Raja Louis IX kepada kaum dan Raja Mongol telah menyaksikan negerinegeri yang dikuasai oleh tentera Mongol di Asia Tengah. Berdasarkan maklumat yang diperoleh pada tahun 1271 M, Marco Polo telah memulakan pelayarannya ke benua Asia melalui Mawsil, Baghdad dan Khurasan hinggalah ke istana Raja Mongol. Dari sana beliau meneruskan pelayarannya ke negeri-negeri sebelah timur sehingga ke India, Burma dan China. Dalam perjalanan pulang beliau melalui Sumatera, India dan Pars (Parsi) dan sampai di negerinya Venice pada tahun 1295 M. Dalam tempoh pelayarannya beliau telah mencatatkan segala yang disaksikannya dan kemudiannya dibukukan. Walaupun Marco Polo dan rakan-rakannya terdiri daripada ahli perniagaan dan bukan ahli agama, tetapi aktiviti perniagaan dan rancangan memperluaskan aktiviti tersebut merupakan salah satu sasaran penting gerakan tentera Salib. Dalam pada itu mereka dapat meneruskan gerakan mubaligh Kristian.

18

You might also like