You are on page 1of 1

Doa Sempena Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan

kami laksanakan ini dari awal hingga ke akhirnya mendapat riayah dan inayah-Mu jua.


. .
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Tuhan yang Maha limpah dan kurnia, Tuhan yang Maha Perkasa lagi Berkuasa seluruh alam semesta, yang tiada saingan dan tiada serupa. Kepada Mu sahaja dipohonkan harap dan pinta. Segala yang rahsia dan yang nyata.

()
Kuatkanlah keyakinan dan semangat kami. Semarakkanlah perpaduan dikalangan kami untuk meneruskan perjuangan Mengangkat Martabat Bangsa kami. Hindarilah kami daripada keaiban, kelemahan, kejumudan serta kegelisahan ketika menjalankan amanah agama, bangsa, negara. (

Ya Allah Ya Tuhan kami ! Pada pagi ini kami berhimpun di Dewan Bendahara ini sempena majlis perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat warga MRSM Jasin. Berilah kekuatan kepada kami bagi menjayakan semua program yang telah dirancangkan sepanjang sebulan sambutan bulan kemerdekaan ini diadakan. Hiasilah diri-diri kami dengan kekuatan fizikal dan mental. Hiasilah diri kami dengan akhlak yang terpuji, jiwa yang tabah dan kental, serta zahirkanlah semangat patriotisma kami terhadap negara tercinta. Hapuskanlah sifat-sifat keji, jiwa yang penakut, jatidiri yang lemah yang boleh merosakkan keharmonian dan melemahkan maruah bangsa kami.
Kami bermohon kepada-Mu ya Rahman dengan berkat segala NurMu yang suci, agar Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan yang akan

Kau curahkanlah dalam hati kami perasaan senang dan suka melakukan kerja-kerja kebajikan, merasai ikram dan penyayang. Satukanlah hati-hati kami, kembalikanlah kemesraan di antara kami, Dengan rahmatMu jua ya Allah, Engkau peliharakanlah kami dari segala mala petaka dan bencana. Serta limpahkanlah kemurahan-Mu agar setiap kerja yang kami lakukan mendapat keberkatan di dunia dan kejayaan di akhirat. Ya Allah, Jadikanlah perhimpunan kami ini, perhimpunan yang dirahmati, Pertemuan kami ini, pertemuan yang dipuji, Harapan kami ini, harapan yang direstui, Dan perpisahan kami ini, perpisahan yang dinaungi.

. . . . .

You might also like