You are on page 1of 36

2012

LATIHAN PENGUKUHAN PENDIDIKAN ISLAM (10MAC19MAC)

NUR AMIRA SYAFIQAH BT MOHMAD ARESAD SEKOLAH MENENGAH SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 3/19/2012

ISTILAH PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN LIMA


Ahli Sunnah Wal Jemaah Kumpulan yang berpegang teguh dengan Al Quran, Sunnah Rasulullah SAW. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara bida'ah. Ahlul Bait Kaum keluarga Rasulullah SAW. Ajaran Sesat Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai Islam sedangkan pada hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah. Ajnabi Lelaki atau perempuan yang halal dikahwini dan batal wuduk jika tersentuh. Akta Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Al -Quran Wahyu Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibril. Al Wazir Perdana menteri atau ketua pentadbir yang dibantu oleh menteri-menteri dan jabatan- jabatan kerajaan. Alam sekitar Alam kejadian Allah yang terdapat banyak manfaat di dalamnya seperti sumber makanan,untuk menegakkan Islam akan mendapat keredaan Allah. Al-A'rif Koperal. Al-Bahriyah Bahagian Tentera Laut. Amir Laksamana.

Al-Qaidu Panglima Perang. Al-Butani Tokoh Ilmu Falak (i) Menemui cara mengukur jarak antara bumi dan matahari (ii) Membuat jadual pergerakan bulan dan bintang. Al-Dawawin Jabatan-jabatan kerajaan. Al-Jawasis/Al-Auyun Bahagian Perisikan. Al-Khalifah Ketua Negara atau pemimpin tertinggi dalam wilayah-wilayah Islam Al-Kharaj Cukai tanah milik orang bukan Islam. Al-Masahun Bahagian Peninjau. Al-Murtaziqah Pasukan Bergaji Tetap. Al-Mutatawwi' Pasukan Sukarelawan. Al-Naqib Kapten. Amar ma'ruf Menyeru / menyuruh melakukan kebaikan. Anak angkat Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya.

Asmaul Husna Nama-nama Allah yang indah (99 nama). As-Salafus Soleh Para ulama solehin yang hidup sebelum kurun ketiga hijrah iaitu para sahabat tabi'en dan atba al-tabi'en. Aurat Bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup. Azali Sejak dahulu kala/sejak permulaan zaman. Baitul Hikmah Perpustakaan terulung di Baghdad pada zaman Abbasiyah dibina oleh khalifah Harun Al-Ras yid. Baitul Mal Institusi Kewangan terbesar Negara. Daerah al-Muhandisun Bahagian Kejuruteraan. Dakwah Menyeru seseorang kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Diwan al-Aradh Depot Simpanan. Diwan al-Azimah Jabatan Audit Negara. Diwan al-Barid Jabatan Pos. Diwan al-Jund Kementerian Pertahanan. Diwan al-Kharaj Jabatan Hasil.

Diwan al-Mazalim Mahkamah Tinggi Rayuan. Diwan al-Nafaqah Jabatan Kewangan. Diwan al-Tasnif Bahagian Sumber Manusia. Diwan al-Usul Jabatan Dalam Negeri. Diwan al-Zimam Jabatan Audit dan Kawalan. Dosa Balasan buruk bagi orang yang melakukan kejahatan/ melanggar perintah Allah. Enakmen Rang Undang-undang yang diluluskan sebelum merdeka. Fardu Ain Ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap orang Islam bagi menyempurnakan kehidupan dunia dan akhirat seperti solat, puasa dan membaca Al Quran. Fardu Kifayah Ilmu yang wajib dipelajari ole umat Islam dan kewajipan tersebut gugur apabila sebahagian yang lain melakukannya Fasakh Bahasa : Batal. Istilah : Pembatalan ikatan perkahwinan melalui kuasa Qadhi disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad nikah/disebabkan oleh masalah yang berlaku dalam rumah tangga. Fasik Orang yang tidak taat kepada Allah dan rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil.

Hadhanah Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumaiyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri. Hadiah Pemberian sebagai satu penghargaan , tanda kasih sayang atau pujian. Hassan bin Haitham Tokoh Ilmu Fizik (i) Menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya pada retina. As-Syarif Al-Idrisi Tokoh Geografi (i) Menghasilkan peta dalam bentuk glob yang pertama. Hidayah Petunjuk Allah. Ibnu Sina Tokoh Perubatan (i) Menghasilkan 116 buah buku perubatan (ii) Karya terkenal "Qanun Fit Tibb". Iddah Bahasa : Tempoh,pengiraan. Istilah : Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas berpisah dengan suami. Ijab Lafaz yang diucapkan oleh Wali. Ilmu berteraskan Akal Ilmu Matematik, Falak,Kimia,Fizik,Geografi dan Perubatan. Ilmu berteraskan wahyu Ilmu Tafsir,Qiraat,Hadith,Feqah dan Tauhid.

Iman Bahasa : Mengiktiraf , mengaku dan membenarkan sesuatu tanpa mendustakan dari segi Istilah : Membenarkan dengan hati , mengikrarkan dengan lidah dan mengamalkan dengan anggota. Infak Membelanjakan harta pada jalan Allah. Islam Sejahtera dan damai. Istilah Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa lain-lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan. Istiqamah Berterusan dalam melakukan perkara kebaikan. Jabir bin Hayyan Tokoh Ilmu Kimia (i) Orang pertama menemui Asid Sulfurik (ii) Menghasilkan 8 buah karya tentang Kimia. Jihad Bahasa : Usaha yang bersungguh-sungguh dengan menggunakan kemampuan Istilah : Usaha yang dilakukan oleh seseorang dengan menggunakan seluruh kemampuan untuk menegakkan Islam akan mendapat keredaan Allah. Kafir Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam alQuran dan Hadis. Kemanisan Iman Berasa gembira dalam melakukan ibadat ,sanggup menanggung kepayahan demi mendapat keredaan Allah dan Rasulnya lebih daripada harta benda dunia.

Khawarij Golongan penyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah tetapi tidak menerima Majlis Tahkim. Khuluk Bahasa : Mencabut/menanggalkan. Istilah : Penceraian antara suami isteri dengan bayaran tertentu. Lafaz Kinayah Lafaz yang menggunakan bahasa kiasan. Lian Bahasa : Laknat. Istilah : Sumpah suami yang disertakan dengan laknat daripada Allah untuk menolak hukuman Qazaf disebabkan tuduhan Zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab. Madrasah al-Nizamiah Pusat pengajian yang terkenal pada zaman Abbasiyah dibina oleh salah seorang menteri berketurunan Saljuk iaitu Nizam al-Mulk [ 485H/1092M ]. Mahar Misil Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan pihak isteri. Mahar Musamma Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Mahar Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri sama ada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akad nikah. Mahkamah Syariah Institusi kehakiman yang membicarakan perkara mal ( harta ) dan jenayah yang melibatkan orang Islam mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan oleh Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri-negeri.

Mahram Lelaki atau perempuan yang mempunyai ikatan keturunan atau susuan. Majlis al-Muqabalah Bahagian Latihan. Majlis al-Taqrir Bahagian Kewangan. Majlis Tahkim Majlis perjanjian antara Muawiyah dan Sayidina Ali selepas Perang Siffin. Maksum Terhindar dari melakukan dosa sama ada dosa besar atau dosa kecil dan terhindar daripada menghidap penyakit yang mengaibkan. Maksum Terpelihara daripada dosa. Mansuh Dibatalkan. Meminang Lamaran dari seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk dijadikan isteri Merisik Langkah awal proses memilih calon yang sesuai serta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang. Mukjizat Perkara luar biasa yang dianugerahkan kepada para Rasul dan tidak boleh dipelajari. Mukmin Orang yang beriman dan taat kepada perintah Allah. Mulhid Orang yang tidak beragama [Atheis].

Munafik (i) Orang yang melahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati. (ii) Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran dalam hati. Murtad Orang yang keluar dari agama Islam sama ada dengan perkataan, perbuatan atau iktikad. Musafir Mereka yang dalam perjalanan melebihi dua marhalah atau 90 km dengan tujuan baik. Musaharah Pertalian keluarga disebabkan perkahwinan. Musyrik Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat,sifat dan perbuatan. Musyrikin Orang yang menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatan. Nafkah Batin Suami wajib menunaikan keperluan-keperluan seks isteri menurut syarak Nafkah Zahir Keperluan-keperluan asas seperti tempat tinggal yang sesuai, makanan, perubatan dan pakaian. Nahi Mungkar Mencegah/ menghalang perkara-perkara yang ditegah syarak Nawafil Amalan-amalan sunat seperti solat dhuha dan puasa dalam bulan Syawal . Negara Kawasan tertentu yang didiami oleh masyarakat tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan.

Nusyuz Bahasa : Derhaka/Ingkar. Istilah : Keengganan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak. Ordinan Rang Undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri . Pahala Ganjaran baik bagi orang yang melakukan kebaikan/taat kepada perintah Allah. Perkahwinan Bahasa : Cantum atau himpun Pemimpin Orang yang dipertanggungjawabkan memimpin sekumpulan manusia atau sesebuah kerajaan. Pencemaran bunyi Bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Perkahwinan Mut'ah Nikah sementara waktu atau nikah kontrak. Poligami Bahasa : Banyak isteri. Istilah : Lelaki yang beristeri lebih dari seorang tetapi tidak lebih 4 orang pada satu masa. Qabul Lafaz jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami. Qada' Pelaksanaan sesuatu perkara mengikut ketentuan Allah yang azali. Qadar Ketentuan Allah yang azali terhadap semua makhluk. Qanaah Redha dengan pemberian Allah walaupun sedikit.

Qat'i Perkara yang diasaskan hukumnya kepada dalil dan hujahnya tidak boleh diangkakan. Qazaf Menuduh perempuan baik melakukan zina. Qiamullail Bangun malam kerana melakukan ibadat. Riak Menunjuk-nunjuk. Rujuk Bahasa : Kembali. Istilah : Suami yang mengambil kembali isteri yang telah diceraikan ke pangkuannya. Rukhsah Hukum-hukum yang disyariatkan bagi meringankan mukalaf dalam keadaan-keadaan tertentu. Sedekah Pemberian yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sekufu Setaraf dari segi keturunan,pendidikan,pekerjaan dan lain-lain. Sohibu baitul Mal Pengurus Perbendaharaan Negara. Sorih Lafaz yang dilakukan dengan kata-kata berterus terang. Sujud Sahwi Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat sebelum memberi salam kerana menambah atau mengurangkan rukun solat secara tidak sengaja atau meninggalkan sunat Ab'ad secara sengaja atau tidak sengaja. Sujud Syukur Sujud yang dilakukan di luar solat kerana mendapat nikmat atau terlepas daripada bala.

Sujud Tilawah Sujud yang dilakukan di luar atau dalam solat setelah membaca atau mendengar ayat sejadah. Suk Baghdad Pasar yang menjadi tumpuan para pedagang Parsi. Suk Baqar Ladang-ladang pertanian dan penternakan. Syiah Batiniah Pandangan mereka yang menganggap Al-Quran mempunyai makna zahir dan makna batin yang hanya difahami oleh imam mereka. Syiah Imamiah Berpendapat jawatan pemimpin umat Islam [ Imam ] hanya layak disandang oleh Ahlul Bait. Syiah Isna Asyariyah Syiah 12 [ gelaran bagi Syiah Imamiah ] Syiah Zaidiah Sempena pengasasnya iaitu Zaid bin Ali Zainal Abidin, cicit kepada Ali in Abi Talib Karramallahu Wajhah. Syiah Golongan yang mendukung cita-cita untuk menjadikan Sayidina Ali Karramal Allahu Wajhah sebagai khalifah Rasulullah. Takbur Sombong/bongkak. Talak Bain Kubra Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan. Talak Bain Sugra Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru.

Talak Bid'i Talak yang menyalahi peraturan syarak iaitu menceraikan isteri ketika haid, nifas atau ketika suci tetapi selepas disetubuhi suaminya atau menceraikan talak 3 sekali gus. Talak Raj'ie Talak satu atau dua yang belum tamat edahnya. Talak Sunni Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu/dua ketika isterinya suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi. Talak Ta'lik Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat. Talak Bahasa : Cerai atau melepaskan ikatan. Istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak /cerai/yang mengandungi makna keduanya. Taqiah Menyembunyikan iktikad sebenar mereka apabila berhadapan dengan orang yang berbeza iktikad dengan mereka. Taqqarub Mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan Ibadat. Taqwa Melaksanakan segala perintah Allah serta menjauhkan segala larangan Nya dengan taat. Tawakkal Berserah kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh Wali al-Ahd Putera Mahkota. Wali Allah Istilah : manusia biasa yang beriman, bertaqwa, beristiqamah melaksanakan segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangan Nya secara zahir dan batin.

Wali Bukan Mujbir Mereka yang selain bapa dan datuk seperti saudara lelaki seibu sebapa atau sebapa. Wali Mujbir Bapa atau datuk yang berhak mengahwinkan anak gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Wali (i) Bantuan atau perlindungan daripada Allah (ii) Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan. Walimatulurus Kenduri / Jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan. Zihar Bahasa : Belakang. Istilah : Suami menyamakan isterinya @ mana-mana anggotanya dengan ibunya @ dengan mana- mana perempuan muhram baginya. Zikrullah Mengingati Allah dengan hati, lisan dan perbuatan

HUKUM TAJWID
HUKUM NUN MATI

QALQALAH QALQALAH SUGHRA Lantunan yang paling rendah. Apabila huruf Qalqalah terletak di pertengahan kalimah. Tanda : Huruf Qalqalah sukun terdapat di pertengahan kalimah.

QALQALAH KUBRA Lantunan yang sederhana iaitu pertengahan. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid). Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf (berhenti) padanya. Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.

NUN SAKINAH DAN TANWIN IQLAB Dari sudut bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu. Dari sudut istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf Iqlab iaitu Ba', maka hendaklah ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan disertai suara "Ghunnah" (dengung) dengar kadar panjang dua harakat. Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba' ada persamaan antara makhraj dan sifatnya.

Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir. Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar, Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah

IDGHAM IDGHAM terbahagi kepada 2. IDGHAM BILA GHUNNAH Iaitu memasukkan tanpa dengung. Ia terdiri dari dua huruf iaitu Ra' dan Lam. Apabila salah satu dari dua huruf tersebut bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin dengan syarat di dalam dua kalimah yang berasingan, ia mestilah dibaca dengan Idgham Bila Ghunnah. Bacaan Idghamnya tidak disertai dengan Ghunnah (dengung).

IDGHAM MA'AL GHUNNAH Apabila Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan salah satu huruf-huruf Idgham Ma'al Ghunnah iaitu Ya', Wau, Mim dan Nun dalam dua kalimah. Maka ia dibaca dengan disertai ghunnah (dengung) dengan kadar 2 harakat.

IKHFA' HAQIQI Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah. Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat (peringkat): 1. Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling hampir dengan Nun Sakinah. 2. Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada huruf Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, Zha' dan Fa' kerana makhrajnya di pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan martabat terendah) Nun Sakinah. 3. Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada Qaf dan kaf kerana makhrajnya berjauhan dengan Nun Sakinah. Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini:
o o o

Surah Maryam: 1 Surah al-Syura: 2 Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada ayat 1 dan 2).

Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada dua keadaan:
o o

Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti huruf Shad, Dhad, To', Zha', dan Qaf). Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu dengan huruf-huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la' iaitu selain dari huruf-huruf yang telah disebutkan di atas).

MIM NUN BERSABDU MIM BERSABDU Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim, pertama sukun dan kedua berbaris. Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu. Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara Ghunnah (menzahirkan dengungnya) dengan kadar dua harakat.

NUN BERSABDU Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun, iaitu huruf yang pertama sukun dan yang kedua berbaris

HUKUM MAD MAD FAR'IE Mad Far'ie terbahagi kepada 8. Mad 'Aridh Lil Sukun Dinamakan Mad 'Aridh Lil Sukun kerana terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika waqaf. Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli, dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana menyerupai Mad Lazim.

Mad Badal Mad Badal ialah huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad di dalam satu kalimah dan tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad. Ia dinamakan dengan Mad Badal kerana Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah. Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan. Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan: a. b. c. d. Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal. Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja. Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja. Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan dengannya sahaja (ibtida').

Kadar bacaannya adalah 2 harakat.

Mad 'Iwad Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah. Ia wajib dibaca dengan kadar 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana waqaf.

Mad Jaiz Munfashil Mad Jaiz Munfashil terjadi apabila Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika wasal sahaja. Dinamakan Mad Jaiz Munfashil kerana sebahagian daripada Imam-imam Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad Asli dan dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada di dalam dua kalimah yang berasingan. Kadar harakatnya harus dibaca 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil ada dua keadaan dalam alQuran berdasarkan kepada kaedah Resam al-Quran: 1. Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang berpisah antara keduanya. 2. Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan ini berlaku pada dua situasi: a. Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada kalimah yang dimulai dengan Hamzah. b. Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim Isyara.

Mad Liin Mad Liin terjadi apabila Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika waqaf sahaja. Ia boleh dibaca dengan kadar harakat 2, 4 dan 6. Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian daripada Mad 'Aridh Lil Sukun

Mad Silah Qasirah Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Mad Silah Qasirah ialah mad yang terdapat pada ha' dhomir iaitu selepas ha' tidak ada hamzah qat'ie.

Mad Silah Towilah Mad silah ialah Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir. Cara mengenalnya ialah apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah, sebelumnya terdapat huruf yang berbaris dan selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris. Untuk mengenali Mad Silah Towilah, kita cuma perlu memerhatikan selepas ha' terdapat Hamzah Qat'ie

Mad Asli Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Mad. Ia juga dikenali dengan Mad Tabi'ie. Mad Asli terjadi apabila: a. Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris atas. b. Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris hadapan. c. Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang berbaris bawah. Perhatian: Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad.

LAM TA'ARIF HUKUM HAMZAH PECAHAN HUKUM HAMZAH Hamzah Qat'ie Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada dimulakan dengannya atau sebaliknya. Hamzah ini dinamakan dengan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai baris yang pasti atau tetap kewujudannya. Hamzah Qat'ie boleh menerima baris dan ditulis dengan nyata barisnya. Ia terdapat pada ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama), Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi). Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga keadaan iaitu: 1. Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan. 2. Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas, hadapan bawah atau sukun (mati). 3. Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah, hadapan atau sukun (mati). Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa keadaan: 1. Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah pada lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44. 2. Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad) jika terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz 'Utumina' surah al-Baqarah: 283 Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie. 1. Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan. 2. Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka ada beberapa keadaan:

Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya. Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumahnya.

Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumahnya. Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah. Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia ditulis dengan alif sebagai rumah. Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah. Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.

3. Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka ada beberapa keadaan juga iaitu:

Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif sebagai rumah. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah. Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf wau.

2. Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang berbaris mati (sukun) maka ia ditulis bersendirian tanpa rumah.

Hamzah Wasal Iaitu hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan dengannya dan tidak dibaca ketika bacaan bersambung. Ia hanya terdapat pada awal kalimah. Tanda: Hamzah wasal boleh menerima baris tetapi tidak ditulis akan barisnya secara nyata sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan kepala shad kecil di atasnya. Ia terdapat pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja) sahaja

PECAHAN LAM TA'ARIF Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi) Alif Lam Syamsiah juga dikenali dengan Idgham Syamsi. Diidghamkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Syamsiah. Huruf Syamsiah ada 14 huruf iaitu Ta', Tha', Dal, Dzal, Ra'. Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To', Zha', Lam dan Nun. Idgham Syamsi terbahagi kepada dua bahagian: 1- Idgham Syamsi Bi Ghunnah (Idgham Syamsi dengan dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun. 2- Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa dengung):Ia terjadi apabila Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-huruf Syamsiah selain Nun.

Sebab-sebab Idgham: 1- Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama pada makhraj dan sifat. 2- Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua huruf yang mutaqariban.

Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari) Alif Lam Qamariah juga dikenali dengan Izhar Qamari. Diizharkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana Huruf Qamariah. Huruf-huruf Qamariah itu ada empat belas huruf iaitu Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau, Ha', Hamzah dan Ya'. Ia dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut kepada Huruf-huruf Qamariah; manakala sebab ia Izhar ialah kerana Lam dan Huruf Qamariah adalah dua huruf Mutaba'idan.

MIM SAKINAH IKHFA' SYAFAWI


Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf Ba', maka wajib dibaca dengan Ikhfa' dan ghunnah dengan kadar 2 harakat. Ia dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama keluar dari dua bibir. Ikhfa' Syafawi terdiri dari satu huruf iaitu Ba'.

IZHAR SYAFAWI

Apabila Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah selain dari huruf Ba' dan Mim maka hukum bacaannya adalah Izhar. Dibaca dengan tidak disertai ghunnah (dengung). Di namakan Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara dua bibir.

TAFKHIM DAN TARQIQ LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului dengan huruf yang berbaris bawah

CONTOH HUKUM MIM MATI :

You might also like