You are on page 1of 6

Kanak-kanak slow learner

DEFINISI Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah. Ciri - ciri: - Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza. - Pendiam / tidak aktif / banyak cakap. - Sukar menerima arahan. - Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak - kanak biasa. - Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah, bertukar-tukar. - Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika membaca dan menulis. - Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca. - Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda bacaan. - Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun - Huruf terbalik /Urutan dan arah yang salah - Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak huruf dan perkataan. - Saiz yang tidak seragam / Mencampuradukkan saiz - besar dan kecil. - Idea yang tidak berkembangan dan penyusunan idea yang tidak teratur. - Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat. Punca: - Baka - Tersekat pengalaman - Intelek yang rendah - Masalah emosi - Kekecewaan - Rasa rendah diri - Kemantangan yang lambat - Lemah daya ingatan - Mudah terganggu tumpuan - Kurang rangsangan - Faktor-faktor kesihatan - Persekitaran - Amalan makanan - Kesan semasa mengandung - Penyakit semasa pembesaran selepas lahir. - Ubat semasa mengandung. - Kemalangan. - Sosio - ekonomi.

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran - Temubual - Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan - Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai& menyeronokkan - Senang ke susah. - Konkrit ke abstrak. - Melibatkan seberapa banyak pancaindera - Banyakan pengukuhan dan latihtubi. - Jauhkan dendaan yang negatif

CADANGAN INTERVENSI DAN KHIDMAT SOKONGAN


1.Penggunaan kaedah Bahan Bantu Mengajar (BBM) turut boleh membantu mempertingkatkan tahap pendidikan dan pemahaman murid. Bersangkutan itu, penyediaan carta-carta yang digunakan dengan kad huruf yang berwarna-warni, akan turut menarik minat murid-murid seperti Siti Hajjar untuk terus fokus kepada pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Tambahan lagi, dengan menggunakan bahan rujukan dan ilmiah seperti buku-buku yang mempunyai gambar-gambar yang menarik. 2.Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lembam akan diintervensikan melalui rancangan pengajaran yang lebih berpusatkan kepada individu bukan secara berkumpulan kerana setiap murid-murid khas mempunyai tahap pencapaian yang berbeza. Penyediaan perancangan dan jadual yang strategik oleh guru sebelum mengajar turut mempengaruhi isi kandungan pembelajaran murid semasa proses P & P berlangsung. Pemilihan kaedah dan khidmat sokongan yang sesuai membantu kanak-kanak lembam untuk mengikuti pengajaran guru dengan lancar dan berkesan. Khidmat sokongan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut;

a)Pengunaan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)


Menurut Meese (2001), kanak-kanak lembam memerlukan Rancangan Pengajaran Individu (RPI). RPI adalah satu perancangan pendidikan individu dibuat secara bertulis yang mengandungi perancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk kanak-kanak tersebut. RPI juga turut merangkumi pandangan keluarga dan kanakkanak tersebut serta para profesional lain yang berkaitan.

b)Pengajaran Secara Individu


Zakaria Abdul Rahman (1992) mengatakan sekiranya terdapat satu kebenaran tentang pembelajaran, ia adalah satu penyataan bahawa setiap individu itu berbeza dan pembelajaran patutlah bermula daripada tahap pelajar berada ke tahap yang dapat dicapai olehnya. Oleh itu sebagai seorang murid yang lembam pengajaran secara individu akan berlangsung dalam RPI kerana mereka memerlukan pengajaran secara individu khusus untuknya. Justeru itu, terdapat beberapa jenis pengajaran individu yang dijalankan mengikut tujuan dan objektif pengajaran tersebut. Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) telah menjeniskan pengajaran individu kepada empat, iaitu Munsyi atau tutoring, kursus melalui pos, Rancangan Berunit Mengikut Kecepatan Sendiri dan Pengajaran Terancang, dan Pengajaran Berbantukan Komputer. Namun, pengajaran melalui pos tidak bersesuaian atas murid lembam kerana tidak bersesuaian dengan tahap murid

tersebut.

c)Mengubah Yang Abstrak Kepada Konkrit


Seorang pendidik perlu mengelakkan murid-murid lembab membayangkan sesuatu yang tidak nampak dalam pembelajaran. Pembelajaran akan menjadi lebih mudah sekiranya subjek diajar boleh dilihat dan didengar. Menurut Shaw (2002) strategik mengajar kanak-kanak lembam hendaklah secara jelas dengan mengubah yang abstrak kepada konkrit. Penggunaan kad berwarna dan alat bantuan fotografik akan memudahkan pengajaran guru kerana kanak-kanak lembam dapat melihat perkara yang diajar. Penggunaan kad yang pelbagai aras memerlukan imaginasi dan persediaan yang rapi tetapi hasilnya amat bernilai serta bermakna (Brian Cooke, 1976). Pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan banyak pancaindera murid-murid lembam akan mempertingkatkan keupayaan mereka.

d)Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT)


Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) seperti penggunaan Power Point dalam komputer dan electronic dictionary dapat menunjukkan demonstrasi dalam konsep yang kompleks. Ini dapat menarik perhatian kanak-kanak lembam untuk mempelajari subjek yang diajar dan mengelakkan mereka daripada berasa bosan terhadap pembelajaran konvensional yang stereotype. Sebagai contoh, Edyburn (1991) telah membuktikan bahawa pelajar-pelajar istimewa lebih berjaya memperoleh maklumat dengan menggunakan ensiklopedia secara elektronik berbanding dengan penggunaan ensiklopedia bercetak. Selain itu, kajian menunjukkan penggunaan komputer dapat meningkatkan kemahiran membaca di kalangan murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran (Jones, Torgeswn dan Sexton, 1987: Torgesen, 1986).

e)Terapi Hidro
Selain itu, kanak-kanak tersebut juga seharusnya menjalani terapi. Terapi hidro dilihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental kanak-kanak dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja. Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu kanak-kanak tenang walaupun pada permulaannya sesetengah kanak-kanak akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa kanak-kanak ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam. Secara tidak langsung telah dapat melatih membina keyakinan diri kanak-kanak "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktiviti seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka kanak-kanak tersebut.

f)Cara Kerja
Cara kerja pula boleh membantu murid-murid slow learner, sindrom down, disleksia atau terencat akal menjalankan aktiviti. Guru boleh melatih mereka bagaimanakah cara kerja yang betul agar dapat menyiapkan atau menyelesaikan aktiviti yang dijalankan dengan betul dan cepat. Bagi murid slow learner misalnya mereka boleh menjalankan aktiviti tetapi lambat menyelesaikannya. Sebagai contoh di sini, apabila guru meminta murid mengangkat kotak hadiah yang berwarna biru. Guru memberikan arahan ini berulangkali. Guru tidak harus jemu untuk mengulang-ulang apa sahaja kerana murid-murid ini kurang berupayaan untuk memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru terbabit. sahaja. Guru memberikan bimbingan kepada murid yang tidak dapat memilih kotak berwarna biru tersebut. g)Perkhidmatan

Pemulihan

Jabatan Kebajikan Masyarakat mempunyai iltizam terhadap khidmat sokongan dalam konsep pemulihan menyeluruh berdasarkan prinsip pendekatan pelbagai disiplin untuk Orang Kurang Upaya(OKU).

Perkhidmatan ini meliputi di institusi dan di luar institusi dan termasuk aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO). Perkhidmatan di luar institusi menyediakan pelbagai program bagi membolehkan OKU diintegrasikan sebagai ahli masyarakat, persekitarannya dan setursnya membolehkan mereka berdikari daripada segi ekonomi dan sosial. Manakala perkhidmatan di institusi pula memberikan kemudahan penjagaan, rawatan dan latihan kepada OKU bagi menjadikan merka sebagai ahli masyarakat yang produktif. Bagi kanak-kanak berkeperluan khas, telah diwujugkan kelas-kelas khas yang mengandungi sukatan pelajaran yang dikhaskan mengikut keperluan meraka. Contohnya seperti Kelas Pendidikan Khas dan juga Kelas Pemulihan Khas. Pendidikan yang mana di sediakan untuk mereka menampilkan para pendidik yang telatih dalam pengurusan kanak-kanak berkeperluan khas ini. Bagi Badan Bukan Kerajaan (NGO) pula, wujud pelbagai pertubuhan yang menyediakan perkhidmatan seperti Pusat Jagaan dan Pemulihan Harian Ramah (PJPHR) di Seksyen 10, Shah Alam, Selangor. PJPHR adalah pusat jagaan harian dan latihan pemulihan untuk kanak-kanak kurang upaya fizikal dan mental. Di antara program yang dijalankan di PJPHR ialah penjagaan harian, terapi multisensori, perkembangan awal kanak-kanak, pendidikan kanak-kanak lembam, pemulihan selepas rawatan hospital untuk kanak-kanak dan latihan pemulihan serta jagaan di rumah. Kanak-kanak yang dihantar ke pusat itu telah disahkan oleh pakar perubatan mempunyai masalahmasalah seperti autisme, spastik, hiperaktif, lembam, serebral palsi, sindrom down dan terencat akal.

Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi kegemaran bercakap adalah salah satu ciri yang mereka paparkan. Walaupun variasi dialek dikemukan, galakkan juga dan membetulkannya sedikit demi sedikit secara dinamik penguasaan bahasa. Cadangan berkenaan dilanjutkan oleh saya dan berpandukan variasi aspek yang tampak jelas di dalam Model Komponen Bahasa yang terdiri daripada fonologi, morfologi, sintaksis, semantik, dan pragmatik. Berikut merupakan huraian yang tepat berkenaan literal Aiman atau Naven (murid pemulihan yang dikaji). 4.2.1 Fonologi (fonem) Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian berkenaan bunyibunyi yang berfungsi di dalam sesuatu bahasa. Maka, fonologi dikenalpasti sebagai himpunan fonem yang membentuk perkataan dan seterusnya ayat. Kefahaman yang lebih seharusnya tertumpu kepada jenis komponen bahasa ini kerana ini merupakan asas kepada penguasaan morfologi, sintaksis, dan sebagainya. Aiman secara fonologinya menghadapi kekeliruan di antara huruf-huruf yang sama bentuknya namun berbeza pengujarannya. Misalnya, [b] dan [d], [m] dan [w], [u] dan [n], [p] dan [b] dan sebagainya. Hal ini demikian kerana kurangnya kefahaman dan praktikan di dalam sanubari kanak-kanak ini. Guru sewajarnya melampirkan variasi contoh agar berlaku kefahaman yang lebih berkenaan topik sebegini. Aiman juga didapati mahir berbahasa namun pengamalan dan kefahaman berkenaan bahasa kurang dipraktikkan. Ayahnya seorang yang mahir berbahasa, maka trait ini diperturunkan kepadanya. Senario ini bermakna penghayatan terhadap ilmu fonologi ini tidak diaplikasikan ke dalam kehidupan sehari

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur berkenaan ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk

dan/ atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Aiman bermasalah dalam bidang morfologi daripada variasi prosedur atau metod. Ejaan yang dilakukan ketika ujian diagnostik adalah di tahap yang sungguh membimbangkan namun kekurangan dapat diatasi menerusi variasi 36 Pengenalan kepada Masalah Bahasa dan Komunikasi gaya penyelesaian. Puan Salasatun menyebut perkataan sudu namun ejaan yang dikemukakan oleh Aiman adalah subu. Maka, pelbagai contoh yang melibatkan perbandingan di antara kedua-dua fonem sebegini seharusnya kerap dilaksanakan. Aiman juga menghadapi masalah dalam menyebut semula perkataan yang telah diejanya. Misalnya, perkataan katak dieja dengan barisan pengujaran yang betul namun penyebutan semula gabungan fonem [katak] disebut sebagai kakak. Dia juga bermasalah dalam mengenalpasti nombor dan senantiasa bergerak secara tertib. Penggunaan imbuhan juga lemah dari segi tafsiran gestalt Aiman. Maka, variasi jenis susunan perkataan yang sama, tetapi bermakna berbeza harus diketengahkan secara rapi, bermakna dan berhati-hati. Misalnya; perbezaan di antara 4.2.3 Sintaksis (ayat) Sintaksis didefinisikan oleh Kamus Dewan Edisi Baharu sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Bidang ini dikenalpasti secara khusus seumpama sarana pengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Kajian saintifik telah dijalankan kepada Aiman dan saya mendapati bahawa dia lebih gemar mendiamkan diri dan hanya berbahasa atau berkomunikasi tatkala perlu. Acapkali dia menggunakan ayat yang pendek dan mudah difahami oleh pelbagai pihak. Insan baharu yang muncul di persekitarannya (seperti saya) dianggap sebagai orang yang tidak pernah dikenalinya dan tidak harus berkomunikasi bersamanya. Semantik (Maksud) Semantik berkait rapat berkaitan penggunaan perkataaan ke dalam ayat. Setiap ayat mematuhi peraturan atau hukum yang telah ditatacarakan secara general ke dalam seantro variasi buku. Perkaitan dua makna ke dalam penggunaan penggantian Aiman adalah di tahap sederhana. Misalnya, Puan Salasatun menyebut perkataan mata duitan. Dia bertanya Mata ada duit ke cikgu?. Sewajarnya, kamus pengenalan simpulan bahasa dan perumpamaan dimantapkan setelah penguasaan fonologi (asas bahasa) sudah dapat difahami dengan jelas. Pragmatik (Penggunaan) Pragmatik melibatkan penggunaan bahasa yang diamalkan oleh Aiman di dalam menjalani rutin hariannya. Generalnya, dia tidak mengalami sebarang masalah dalam aspek pragmatik. Dia mahir berbahasa; sama seperti bapanya. Maka, pembentukan persekitaran dia perlu diperbaiki oleh penjaganya. Walau bagaimanapun, dia gemar menipu disebabkan sesuatu perkara. Lazimnya, dia dipulaukan oleh rakan-rakannya memandangkan kegemarannya untuk menipu adalah di tahap serius. Namun, tidak terdapat sebarang rekod berkenaan sikapnya yang gemar mencuri. 5.0 Kesimpulan Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran sewajarnya dibantu dengan

menerapkan kemahiran menerima ilmu pengetahuan dan mereka perlu diberi kesedaran bahawa kepentingan pendidikan dalam menempuhi kehidupan kian mencabar. KKBP perlu dibantu dengan memasukkan mereka ke sekolah yang telah disediakan khas berdasarkan keunikannya; dan bukannya terperap di dalam rumah sahaja.

You might also like