You are on page 1of 5

[NURUL AMIRA HUSNA SHARRUDIN] 900507-06-5254

JURNAL REFLEKSI Assalamualaikum wbt . Pertamanya, saya ingin memanjatkan jutaan rasa syukur ke hadrat Ilahi untuk segala-galanya. Bagi semester kali ini, SCE 3109 Tenaga Dalam Kimia telah menjadi salah satu subjek major yang dibimbing oleh dua orang pensyarah iaitu Pn Rafidah Bt Wahab dan Pn Razimah Bt Mohamad. Subjek ini adalah salah satu subjek Sains yang berkaitan dengan kajian tindak balas-tindak balas kimia. Bagi menjalani dan memenuhi pembelajaran subjek ini, kami dikehendaki untuk menyiapkan kerja kursus yang memerlukan 5 tajuk pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) dan 5 laporan praktikal. Antara tajuk PPIK ialah 1) perubahan bentuk tenaga, 2) kesan haba terhadap penebat dan pengalir haba, 3) tenaga yang boleh dan tidak boleh diperbaharui , 4) jenis-jenis bateri dan 5) faktor pengaratan. Manakala bagi laporan praktikal ialah 1) haba peneutralan, 2) perubahan tenaga entalpi, 3) haba pembakaran bahan api, 4) tindak balas redoks dan 5) elektrolisis. Tiga peringkat perlu dikuasai sepenuhnya bagi menyiapkan tugasan projek ini. Peringkat pertama ialah pemerolehan ilmu dimana saya perlu mendapatkan sebanyak mana maklumat berkenaan tajuk-tajuk dalam subjek ini. Kemudian, bagi peringkat kedua, iaitu peringkat penguasaan ilmu. Peringkat ini adalah ketika menjalani eksperimen Sains secara berkumpulan. Pemerhatian, mengumpul maklumat dan merekodkan pemerhatian dilakukan sewaktu peringkat ini. Manakala bagi peringkat ketiga iaitu peringkat pemindahan ilmu, bagaimana saya dan ahli kumpulan

berbincang, menganalisis dan membuat keputusan bagi menghasilkan pengurusan grafik berkaitan tajuk PPIK, laporan PPIK dan laporan praktikal secara individu. Tugasan PPIK memerlukan saya membuat amali dan menjawab soalan yang berbentuk pedagogi. Setiap tajuk juga memerlukan maklumat yang telah di proses dalam bentuk pengurusan grafik.

[NURUL AMIRA HUSNA SHARRUDIN] 900507-06-5254

Bagi tugasan PPIK yang pertama iaitu perubahan bentuk tenaga. Kami menjawab soalan yang diberi berdasarkan pengetahuan sedia ada dan hasil analisis daripada maklumat yang telah dikumpulkan. Daripada tajuk ini, saya telah mempelajari tentang Hukum Keabadian Tenaga yang merumuskan bahawa tenaga tidak dapat dimusnahkan tetapi boleh berubah bentuk. Aktiviti pemerhatian bagi perubahan bentuk tenaga tidak dijalankan. Seharusnya aktiviti ini dijalankan supaya pemerolehan ilmu itu lebih berkesan dan akan diingati. Selain itu, kaedah pelaksanaan amali ini boleh memberi idea kepada saya untuk menjalankan aktiviti ini disekolah nanti. Tajuk kedua iaitu kesan haba terhadap penebat dan pengalair haba memberikan pengetahuan yang mendalam berkenaan dengan teori muatan haba tentu sesuatu bahan. Penebat haba dan pengalir haba yang baik dipengaruhi oleh nilai mutan haba tentu sesuatu bahan tersebut. Bagi tajuk ini, saya dikendaki untuk mereka bentuk sebuah eksperimen. Rekabentuk eksperimen itu dijalankan secara visual dan perbincangan berikutan ketiadaan bahan (blok aluminium) dan filamen pemanas. Kesukaran memperoleh reka bentuk eksperimen berlaku apabila saya tidak dapat memahami kata kunci soalan PPIK ini. Namun begitu, melalui perbincangan, idea dan gambaran rekabentuk eksperien itu diperoleh. Oleh itu, pembelajaran secara berkumpulan adalah salah satu stail pembelajaran yang berkesan. Seterusnya bagi PPIK 3 iaitu, tenaga yang boleh diperbaharui dan tidak boleh diperbaharui memberi kesedaran dan peringatan kepada saya tentang kepentingan berjimat dalam menguruskan penggunaan tenaga dalam kehidupan harian. Berlaku sedikit kekeliruan dalam mengkelaskan sumber-sumber tenaga tersebut terutamanya bagi tenaga nukleur. Namun akhirnya, saya membuat keputusan bahawa tenaga nukleur adalah tenaga yang boleh diperbaharui berdasarkan sumber yang dirujuk. Saya sepatutnya, bertanya kepada pensyarah bagi mendapatkan jawapan yang pasti sekiranya, buku dan internet lebih mengelirukan saya.

[NURUL AMIRA HUSNA SHARRUDIN] 900507-06-5254

Untuk PPIK 4 yang bertajuk jenis-jenis bateri memberikan saya pengetahuan berkenaan pelgai bateri (sel kimia) yang digunakan dalam pelbagai alatan teknologi zaman sekarang. Terminal negatif dan positif bagi sesuatu bateri adalah salah satu daripada aplikasi tindak balas kimia dibawah tajuk elektrokimia. PPIK ini seharusnya dijalankan dengan pemerhatian terhadap benda maujud supaya kami lebih mengingati apa yang dapat dilihat dan disentuh. Namun berikutan kesuntukan masa, saya hanya memperoleh maklumat daripada buku dan internet. PPIK terkahir iaitu fakor pengarata adalan kesinambungan daripada tajuk tindak balas redoks. Konsep yang perlu ditekankan bagi tajuk ini ialah proses penurunan dan pengoksidaan yang berlaku yang menyebabkan pengaratan besi berlaku. Faktor penyebab dan langkah pencengahan dapat dikenalpasti melalui amali yang telah dijalankan. Kelemahan yang didapati semasa mengendalikan aktiviti ini ialah, kesuntukan masa dan bahan yang terhad (minyak telah tamat tempoh). Bagi mengatasi masalah ini, penyediaan bahan perlu di rancang awal sebelum menjalankan aktiviti amali. Bagi tugasan melaksanakan amali Sains, kami menjalankan tugasan secara koperatif. Perbincangan dalam menganalisis data dijalankan bagi membolehkan kami bertukar-tukar pandangan dan menerima pandangan rakan-rakan yang lain. Namun begitu bagi tugasan menulis laporan , saya laksanakan secara individu. Daripada amali 1 yang bertajuk haba peneutralan, saya dapati bahawa kemahiran mengaplikasi pengetahuan dijalankan sepenuhnya apabila saya dikehendaki untuk mengira nilai haba bagi setiap tindak balas yang telah diuji. Semasa menjalankan amali, tiada masalah yang besar berlaku, tetapi kami masih tidak dapat nilai haba seperti teori kerana beberapa langkah berjaga-jaga tidak dikawal dengan baik. Bagi mengatasi masalah seperti ini berlaku, saya harus lebih bersedia dengan pengetahuan berkenaan langkah berjaga-jaga yang boleh mempengaruhi keputusan ujikaji.

[NURUL AMIRA HUSNA SHARRUDIN] 900507-06-5254

Bagi amali ke dua pula, perubahan tenaga entalpi merupakan ujikaji yang mencabar dalam menganalisis maklumat yang diperolehi. Perubahan tenaga ini menghasilkan 2 tindak balas iaitu sama ada tindak balas endotermik dan tindak balas eksotermik. Masalah saya bagi tajuk ini ialah, saya sering tertukar maklumat diantara t/b eksotermik dan t/b endotermik. Bagi meengatasi masalah tertukar konnsep saya perlu mengingat hanya satu tindak balas sahaja. Seterusnya, bagi amali 3 yang bertajuk haba pembakaran bahan api yang menyiasat tentang nilai bahan api yang berbeza. Daripada amali ini saya dapat mengetahui mengenai bahan pai yang mana lebih effisen digunakan. Faktor-faktor yang penting dalam memilih bahan api yang betul juga antara ilmu yang diperoleh daripada amali ini. Semasa menjalankan ujikaji ini, langkah berjaga-jaga perlu diberi perhatian. Disamping itu, disebabkanoleh setiap pembakaran memerlukan masa yang lama, sistem bergilir-gilir boleh dilakukan. Oleh itu, pembentangan data dan hasil dapatan harus dibincangkan bagi membolehkan semua individu memperoleh keputusan yang betul. Tajuk bagi amali yang ke 4 ialah, tindak balas redoks. Ujikaji ini adalah tentang proses penoksidaan dan prosen penurunan yang berlaku dalam elektrokimia. Bagi membuktikan ada tindak balas yang berlaku jarum galvanometer akan bergerak. Seterusnya, ialah tajuk ke lima iaitu, elektrolisis. Ujikaji ini berkaitan dengan kadar kepekatan larutan mempengaruhi daya gerak elektrik sel menggunakan aplikasi elktrolisis. Ujikaji tajuk amali 4 dan 5 telah dijalankan dalam waktu yang serentak kerana kesuntukan masa. Oleh itu setiap kumpulan dibahagi dua dan hasil dapatan akan dikongsi dan dibincangkan bersama. Namun begitu, bagi amali 5, kebanyakan keputusan tidak dapat diperolehi dengan tepat. Perbincangan hasil dapatan juga tidak dilakukan dengan baik tanpa bimbingan pensyarah. Oleh itu, hasil keputusan yang saya gunakan adalah daripada sumber internet. Diharapkan agar, masala kesuntukan masa seperti ini tidak berlaku lagi di masa kan datang.

[NURUL AMIRA HUSNA SHARRUDIN] 900507-06-5254

Secara keseluruhannya, sepanjang proses menyiapkan tugasan projek ini, saya dapati bahawa kelamahan dalam pengurusan masa memberi impak yang besar dalam menghasilkan tugasan yang bermutu. Selain itu, kekurangan berinteraksi dengan orang yang pakar seperti pensyarah pebimbing juga antara satu faktor, banyak keputusan dibuat dalam keadaan yang masih ragu-ragu. Oleh itu, saya perlu lebih rajin untuk berjumpa dengan pensyarah bagi membolehkan saya dibimbing dengan baik dalam melaksanakan tugasan projek ini. Selain itu bagi membendung masalah ini sentiasa berlaku, motivasi dalam diri dan keyakinan terhadap diri sendiri dalam membuat tugasan awal adalah penting dan perlu dilakukan. Pengurusan masa yang effisen boleh dibuat dengan menyediakan jadual waktu belajar dalam buku rancangan peribadi. Sikap yang negatif seperti suka bertanggung hendaklah diperbaiki supaya hasil yang bermutu dapat dihasilkan tanpa berlaku tekanan. Bagi mengurangkan sikap bertanggunh, saya perlu sentiasa menulis LIST-TO-DO supaya saya sentiasa ingat dan buat perkara mengikut keutamaanya. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik oleh setiap ahli kumpulan membolehkan kami menyiapkan kesemua tugasan yang diperlukan pada masa yang telah ditetapkan. Walaupun banyak masalah yang dihadapi, saya dan rakan berusaha untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan upaya yang ada. Setiap masalah dihadapi bersama dan sokongan serta sikap tolong-menolong adalah nilai yang membantu kami menghasilkan tugasan ini secara optimum. Banyak pengajaran yang diperolehi dari tugasan ini, antaranya ialah, setiap masalah boleh diselesaikan dan kepentingan pengurusan masa. Selain itu, pemikiran yang kreatif dan kritis dengan sikap menerima pandangan orang lain adalah salah satu pengajaran yang dapat saya pelajari semasa menyiapkan tugasan ini. Oleh hal yang demikian, saya cukup berharap agar tugasan ini diterima seadanya dan semoga ia memberi manfaat kepada sesiapa sahaja. Sekian, Terima kasih.

You might also like