You are on page 1of 199

HBML 4803 : PERBANDINGAN TATABAHASA MELAYU

______________________________________________________________________________ FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

PENGHARGAAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH Segenap pujian dan rasa bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyiapkan modul bertajuk HBML 4803 Perbandingan Tatabahasa Melayu mengikut sedikit proformanya. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W., rasul pilihan yang diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam serta sahabat sahabatnya.

Jutaan terima kasih dihulurkan kepada Ketua Jabatan dan semua pensyarah Pengajian Melayu IPSAH yang banyak memberi tunjuk ajar dan dorongan dalam ilmu linguistik. Semoga segala tunjuk ajar berguna pada suatu hari kelak.

Di samping itu, huluran kasih dan penghargaan yang teristimewa kepada ayahanda dan bonda saya yang tersayang. Mereka tidak pernah jemu menjadi tulang belakang saya dalam apa jua yang saya lakukan. Dorongan, pengorbanan dan kasih sayang mereka takkan saya lupakan selagi nyawa dikandung badan. Insya Allah. Dan kepada insan yang tersayang, Nor Nadia bt. Rosli yang sentiasa menjadi pelita dalam menerangi kehidupan ini.

Selain itu, tidak dilupakan kepada rakan-rakan tersayang yang banyak membantu menyumbangkan idea-idea yang bernas kepada saya. Semoga

persahabatan yang terjalin berkekalan hingga akhir hayat.

Akhir kalam, jauh di sudut hati saya sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua. Semoga dengan terhasilnya modul tidak seberapa ini memberi manfaat kepada semua. Yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.........Wassalam

Muhammad Norrudin b. Abdul Aziz.


Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

DEDIKASI

Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani Akulah insan kerdil di dunia-Mu ini Buat ayah dan ibuku Abdul Aziz Adnan Che Yam Mat Daud

Buat adikku: Siti Nuraisyah Siti Aminah Siti Zabedah Siti Nurfardziah Awanis Natasha Dan insan yang tersayang sentiasa Nor Nadia bt. Rosli Para guru Yang setia mengajarku Mengenali Bahasa Melayu Dan yang terutamanya Encik Mohd Ali b. Syed Abu Tahir Encik Muhammad Khairi b. Mohamed Nor Encik Mohd Noor b. Ahmad Tidak lupa kelas PISMK-OUM 8 A

Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.

Muhammad Norrudin 21 09 2009


Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

ISI KANDUNGAN

Penghargaan dan Dedikasi

Bab 1

Falsafah Tatabahasa

Bab 2

Susur Galur Penulisan Tatabahasa Melayu

Bab 3

Tokoh dan Aliran Dalam Tatabahasa Melayu

Bab 4

Tatabahasa Tradisional

Bab 5

Tatabahasa Struktural

Bab 6

Tatabahasa Transformasi Generatif

Bab 7

Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Bab 8

Penggolongan Kata Bahasa Melayu

Bab 9

Penjenisan dan Pengkelasan Frasa BM

Bab 10

Penjenisan dan Pengkelasan Ayat BM

Rujukan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 1

FALSAFAH TATABAHASA BENTUK DAN FUNGSI

1.1

PENGENALAN

Bahasa Melayu

ialah satu bahasa yang tersohor dan terkenal di Asia Tenggara.

Dengan pengangkatan martabat bahasa Melayu melalui bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi malahan bahasa pengantar pendidikan menunjukkan betapa gagah perkasanya bahasa ini. Morfologi dan sintaksis merupakan komponen terpenting yang mendasari atau pegangan kepada pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu khususnya di Malaysia dengan menggunakan tatabahasa. Secara amnya, teori bahasa sesuatu bahasa ialah tatabahasa. Tatabahasa menjadi asas untuk penglahiran bahasa yang indah dan difahami oleh penggunanya. Oleh itu, bahasa dapat dieksploitasikan untuk mewujudkan gaya dan laras bahasa yang tersendiri. Dengan itu, tatabahasa mestilah tepat, lengkap, tuntas, lugas dan mudah difahami serta mencerminkan kebolehan dalaman penutur jati yang ideal. Tatabahasa dirujuk sebagai peraturan atau hukum bahasa yang menentukan bahasa dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis.

1.2

Definisi Tatabahasa

Di sini kita akan menyelusuri definisi tatabahasa yang dahulunya dikenali sebagai nahu.

1.2.1

Awang Sariyan

Awang Sariyan dalam Ceritera Bahasa (2002) secara ringkas menyatakan tatabahasa ialah peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa (kata, frasa dan ayat) yang betul bagi sesuatu bahasa tertentu. Contohnya, bahasa Melayu mempunyai peraturanperaturan tersendiri untuk membentuk kata, frasa dan ayat. Peraturan atau tatabahasa inilah yang menentukan salah betulnya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penutur sesuatu bahasa, baik dalam ucapan mahupun tulisan.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

1.2.2 Abdullah Hassan

Abdullah

Hassan

dalam

Tatabahasa

Pedagogi

Sekolah

Menengah

(2008)

mendefinisikan tatabahasa sebagai susunan perkataan yang menjadi ayat. Cara-cara perkataan-perkataan dibina dan kemudian disusun dalam ayat yang juga mempunyai makna. Cara-cara inilah dikatakan sebagai tatabahasa.

1.2.3

Siti Hajar Hj. Abdul Aziz

Menurut Siti Hajar (1996), tatabahasa diertikan sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Dengan perkataan lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta

pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya.

1.2.4

Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood

Menurut Salleh Mohd. Akib, Ismail Idris dan Hamzah Mahmood (1977), nahu atau tatabahasa ialah undang-undang jalan bahasa, iaitu sistem yang tertentu dalam sesuatu bahasa yang dipatuhi penutur bahasa itu. Sistem-sistem yang tertentu, umpama sistem bunyi dan bentuk-bentuk ayat yang betul, pengimbuhannya betul, maksudnya tentu, tepat dan gramatis.

Sebagai kesimpulannya, tatabahasa ialah sistem atau peraturan ataupun undang-undang sesuatu bahasa yang diketahui oleh masyarakat penutur bahasa itu. Peraturan atau hukum-hukum dalam struktur bahasa itu akan menghasilkan rumusrumus baru yang dipersetujui oleh masyarakat itu kerana bahasa itu sifatnya dinamik, hidup dan berkembang bersama-sama dengan masyarakat penuturnya.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

1.3

Konsep Tatabahasa

Kita rujuk kembali kepada definisi tatabahasa kerana itulah konsep penting kepada tatabahasa. Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tersebut dilakukan secara saintifik dengan mengikut rumus-rumus tertentu. Kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undangundang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.

Sekurang-kurangnya terdapat tiga konsep tatabahasa yang diketengahkan oleh ahli-ahli bahasa, iaitu: Seperangkat pola penataan kata dalam sesuatu bahasa, yang mula dikuasai oleh kanak-kanak selepas usia 5 atau 6 tahun. Salah satu cabang telaah dan kajian linguistik atau analisis morfologi dan sintaksis sesuatu bahasa. Etika berbahasa, betul-salah, tepat-kurang dan tidak tepat ketika seseorang itu berbahasa.

Berdasarkan konsep tatabahasa di atas, menunjukkan bahawa keteraturan berbahasa memang wujud dan menjadi hukum yang normal dalam masyarakat bahasa mana pun di dunia ini. Peraturan atau hukum bahasa itulah yang dimaksudkan dengan tatabahasa. Peraturan itu akan menentukan bahasa yang kita gunakan itu dapat berfungsi dengan baik, berkesan atau sebaliknya. Dengan perkataan lain, tatabahasa itu tidak lain daripada himpunan peraturan umum struktur bahasa yang meliputi bidang morfologi dan sintaksis. Morfologi ialah bidang yang mengkaji cara-cara perkataan dibentuk daripada bunyi-bunyi bahasa dan sintaksis pula ialah bidang yang mengkaji cara perkataan itu disusun menjadi ayat. Ini bermakna, konsep tatabahasa berkait secara langsung dengan proses pewujudan hukum.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

1.3.1

Pendapat Tentang Tatabahasa

Menurut Arbak Othman (1983) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataanperkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. Katanya, tatabahasa tidak lain adalah tentang struktur rentetan ucapan dan pengelompokan serta

pengklasifikasian unsur-unsur ucapan yang berulang-ulang yang ditinjau menurut fungsinya berdasarkan lingkungan yang diduduki oleh sesuatu unsur serta hubungan antara satu sama lain yang menghasilkan struktur-struktur tertentu. Tambahannya lagi, tatabahasa dapat didekati dengan ukuran hubungan sintagmatis dan paradigmatis. Tegasnya, perihal itu dapat dibuat dengan menggunakan analisis tatabahasa daripada pengucapan sebenar bahasa itu atau dengan mencapai rumus-rumusnya dengan cara meneliti bagaimana pengucapan itu berlaku atau terjadi. Manakala Raminah Sabran dan Rahim Syam (1985) telah mentakrifkan tatabahasa sebagai satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara saintifik dan kajiannya ditumpukan kepada perkataan, proses pembentukan dan penyusunannya dalam membentuk ayat. Asraf pula (1981) mendefinisikan tatabahasa itu dari sudut takrif bahasa itu sendiri dan bahasa menjadi alat bagi seseorang untuk menyatakan perasaan dan fikirannya. Tegasnya, bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang itu terjadi daripada ayat-ayat yang terbatas panjangnya tetapi tidak terbatas jumlahnya. Tiap-tiap ayat itu pula terjadi daripada kata-kata yang disusun menurut ketetapan-ketetapan tertentu yang berupa sistem dalam bahasa itu. Setiap ketetapan itu menjadi hukum atau peraturan yang harus dipatuhi oleh setiap pengguna bahasa. Himpunan hukum ini disebut tatabahasa. Namun begitu, Lufti Abas (1975) telah meninjau formula aliran Transformasi Generatif - Noam Chomsky yang menjelaskan tatabahasa sesuatu bahasa sebagai sejumlah aturan, dengan aturan-aturan itu dihasilkan bentuk-bentuk linguistik (ayatayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem, suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam bahasa itu.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Dengan kata lain, mengikut Slametmuljana (1960) tatabahasa itu bukan hanya huraian tentang wujud sistem bahasa (decoding), tetapi juga, malahan ini yang terpenting, alat untuk membentuk ayat-ayat, frasa-frasa, kata-kata, morfem-morfem, suku kata dan yang lain) yang gramatis dalam sesuatu bahasa (coding). Tegasnya lagi, sebagaimana undang-undang dan peraturan dalam sesuatu negara atau dalam agama, menjadi pedoman dan pegangan dalam menentukan betul salahnya sesuatu tindakan yang dilakukan oleh seseorang dalam hidup bermasyarakat dan beragama, maka demikianlah tatabahasa menjadi pedoman dan pegangan untuk menentukan betul salahnya sesuatu bentuk bahasa yang diucapkan atau dituliskan oleh seseorang dalam sesuatu masyarakat bahasa.

1.3.2

Sistem Tatabahasa

Bahasa mempunyai tiga sistem utama iaitu sistem fonologi, tatabahasa dan semantik. Begitu juga halnya tatabahasa yang merangkumi dua sistem utama iaitu morfologi dan sintaksis. Tatabahasa merupakan aspek yang terpenting dalam sistem bahasa kerana ketika berbahasa kita menggunakan tatabahasa sebagai peraturan tertentu. Morfologi merupakan satu bidang yang mengkaji bagaimana perkataan dibina. Kajian ini lebih tertumpu dan berfokus kepada unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses perkataan dan bentuk perkataan yang terhasil. Menurut Bloomfield (1935), morfologi sesuatu bahasa adalah binaan-binaan dalam mana bentuk-bentuk berikut hadir di antara konstituennya. Lyons (1970) pula mendefinisikan morfologi sebagai bidang yang mempelajari struktur dalam bentuk-bentuk kata. Menurut pakar bahasa tempatan, Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam (1985) berpendapat morfologi ialah bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Bagi Abdullah Hassan (2006) pula, morfologi ialah satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. Tokoh bahasa terkenal, Nik Safiah Karim (1996) mengaitkan morfologi dengan mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Malahan menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) dengan tegasnya

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

mendefinisikan morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa termasuk infeksi atau imbuhan, terbitan dan pemajmukan. Sintaksis dipinjam daripada perkataan Yunani iaitu suntutein yang bermaksud menyusun atau susunan. Dalam bidang linguistik, pengertian sintaksis membawa kepada pembentukan ayat. Asmah (1968) menyatakan bahawa sintaksis adalah bahagian daripada linguistik deskriptif dan sinkronis yang mempelajari kombinasi katakata dalam rangkai kata dan ayat. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) sintaksis ditakrifkan sebagai bidang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat atau konstruksi ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan bagi membentuk ayat dalam bahasa. Abdullah Hassan (2006) dalam buku bertajuk Sintaksis Bahasa Melayu ada menyatakan unsur-unsur yang dikaji dalam sintaksis adalah ayat, klausa dan frasa. Menurut Abdullah Hassan (2006) lagi dalam buku Linguistik Am yang memerihal sintaksis melibatkan hubungan gramatis antara kata dengan kata, frasa dengan frasa dan ayat dengan ayat bagi membina ayat. Oleh yang demikian, dapat dirumus bahawa morfologi merupakan kajian yang spesifik dan terperinci di mana ia berfokuskan kepada struktur dalaman bahasa yang melibatkan perubahan struktur kata, golongan kata dan juga maksud makna kata. Sintaksis pula dapat dilihat bagaimana ayat dibina, ini kerana sintaksis merupakan pelengkap dan lanjutan kepada proses morfologi. Tanpa sintaksis, morfologi tidak dapat berdiri sendiri. Begitu juga sintaksis kerana kedua-dua kajian ini amat berkait rapat dan saling bergantungan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

1.3.3

Fungsi Tatabahasa

Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis. Kenapa perkara ini terjadi? Seperti yang sedia maklum, sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri, justeru panduan dan peraturan tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan mengelakkan

penggunaan bahasa yang salah. Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis, ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial, politik malah martabat bahasa itu sendiri. Inilah penekanan fungsi tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran, kriteria makna atau darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasa itu. Oleh demikian, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan fungsi sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek, keterangan dan lain-lain.

1.3.4

Tugas Tatabahasa

Tatabahasa mempunyai tugas tersendiri. Perkara paling penting yang mendukung tugas tatabahasa ialah penghuraian ayat yang sempurna. Penghuraian ayat yang sempurna bermaksud pemerian ayat yang melengkapi segala aspek dalam linguistik yakni dari segi fonetik, fonologi, morfologi dan sintaksis. Hal ini penting kerana tatabahasa tidak boleh dianggap remeh dan diubah secara arbitrari (kesamaran). Sebagai contoh, peraturan berbahasa yang betul dan cekap menggambarkan ketinggian sesuatu bahasa dari segi tatabahasa kerana tatabahasa amat berkait dengan fonetik, fonologi dan morfologi serta sintaksis. Malah dalam perkembangan linguistik yang semakin maju, tatabahasa juga dikaitkan dengan semantik kerana ia merupakan kriteria penting dalam memberi makna mengikut konteks sama ada budaya mahupun konteks yang lain.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

1.3.5

Ciri-Ciri Penting Tatabahasa

Pada bahagian ini, saya hanya menyenaraikan secara ringkas mengenai ciri-ciri penting tatabahasa: Mempunyai sistem tatabahasa. Tatabahasa memainkan peranan atau tugas tertentu dan berfungsi dalam bahasa. Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri misalnya subjek, predikat, objek, keterangan dan sebagainya. Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza skala tatatingkat tatabahasa.

1.3.6

Unit / Tatatingkat Tatabahasa

Ayat Bidang Sintaksis Klausa

Tingkat Atas

Frasa

Kata Bidang Tingkat Bawah Morfem Morfologi

Susunan unit-unit tatabahasa pada skala mengikut saiz. Skala di sini disebut tatatingkat.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Tatatingkat tatabahasa terdiri daripada 5 peringkat iaitu: Ayat: unit tatabahasa tertinggi, ungkapan fikiran yang lengkap dan tuntas, intonasi sempurna, dimulai dan diakhiri kesenyapan, mempunyai subjek dan predikat. Klausa:unit lebih rendah daripada ayat, terdiri daripada satu kumpulan atau lebih. Frasa:kata yang membentuk unit sintaksis, letaknya antara kata dan klausa. Kata:morfem atau gabungan morfem sama ada bebas dan terikat. Kata ialah unit terkecil yang berstatus ayat atau ujaran. Kata memain peranan penting dalam aspek mofologi bagi penentuan sesuatu unsur misalnya Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas. Mofem:unit tatabahasa terkecil yang bermakna leksikal atau fungsian.

1.4

Tatabahasa Pegangan

Tatabahasa Dewan (2008) dijadikan sebagai tatabahasa pegangan. Perkara sebegini diputuskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam institusi pendidikan Malaysia. Ini membolehkan keseragaman pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu di semua institusi pendidikan. Tatabahasa pegangan penting dalam memartabatkan sesuatu bahasa. Tatabahasa pegangan adalah tatabahasa yang dipilih oleh pihak berwajib bagi menentukan sesuatu tatabahasa itu dijadikan pedoman umum untuk semua sekolah, institut perguruan dan universiti. Maknanya di sini, rumus-rumus tatabahasa yang terdapat dalam buku tatabahasa pegangan hendaklah dijadikan pedoman bagi mengajar bahasa di semua peringkat pendidikan. Langkah ini bertujuan untuk menyeragamkan pengajaran bahasa berkenaan. Tatabahasa pegangan menjadi rujukan penting untuk semua peringkat. Justeru, semua rumus-rumus tersebut hendaklah dipatuhi agar pengguna bahasa menggunakan bahasa secara betul dan baik dalam menghasilkan ayat yang gramatis. Keadaan ini bersifat lebih kepada preskriptif.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

1.4.1

Definisi Tatabahasa Pegangan

Arbak Othman (1986) menakrifkan tatabahasa pegangan ialah tatabahasa yang memperlihatkan kesederhanaan dari segi penerimaannya oleh masyarakat sebagai sebuah tatabahasa yang berupaya menghuraikan seberapa mungkin keseluruhan yang dikatakan penggunaan standard bahasa Melayu itu.

1.4.2

Konsep Tatabahasa Pegangan

Bertitik tolak dari pengertian tatabahasa pegangan ini, kita melihat pula konsepnya. Kesederhanaan yang dinyatakan di atas ialah kebolehan penghuraian yang dapat merangkumi segala aspek bahasa Melayu dari segi penggunaannya sebagai perantaraan kebangsaan di sekolah-sekolah sama ada untuk membolehkan rakyat negara Malaysia khususnya bercakap dengan teratur dan cukup maksud yang dikehendaki oleh pemikiran moden, mahupun untuk membolehkan mereka menulis bahasa Melayu dengan baik dan jelas maksudnya melalui peraturan bahasa yang standard dalam perhubungan yang teratur dan bersistem dalam masyarakat Malaysia yang heterogen keperluannya itu. Tatabahasa pegangan hendaklah tertakluk kepada beberapa perkara seperti berikut: Penerimaan masyarakat Penghuraian bahasa yang sederhana Keperluan keteraturan yang standard dan berupaya menggambarkan pemikiran yang teratur tetapi diterima

Seperkara

lagi

mengenai

tatabahasa

pegangan

ialah

tentang

dasar

penghuraiannya. Konsep tatabahasa pegangan itu sendiri sudah cukup memberi persepsi atau gambaran bahawa tatabahasa serupa ini tidak dapat tidak akan bersikap preskriptif dalam banyak hal. Sifat ini tidak dapat dielakkan sebagai terpaksa mencirikan sesuatu tatabahasa pegangan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

1.5

Tatabahasa Pedagogi

Tatabahasa pedagogi amat berbeza dengan tatabahasa pegangan. Hal ini disebabkan pedagogi ialah satu kaedah di mana mengajarkan sesuatu bahasa mengikut tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi memainkan peranan yang cukup penting kepada tatabahasa pegangan. Kita akan lihat huraian ini dalam konsepnya nanti.

1.5.1

Definisi Tatabahasa Pedagogi

Abdullah Hassan (2008) menjelaskan tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berbeza daripada tatabahasa pegangan. Perbezaan paling ketara dapat kelihatan apabila ia dibandingkan dengan tatabahasa pegangan. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja mempunyai huraian rumus-rumus tatatabahasa dan contoh tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan mempelajari bahasa. Tatabahasa pedagogi adalah untuk pengajaran dan pembelajaran yang mesti dipunyai oleh semua murid, pelajar, guru dan pensyarah berbanding tatabahasa pegangan yang mesti dipunyai oleh semua guru dan pensyarah.

1.5.2

Konsep Tatabahasa Pedagogi

Tatabahasa pedagogi merupakan pelengkap kepada tatabahasa pegangan. Kenapa perkara sebegini terjadi? Hal ini disebabkan tatabahasa pedagogi menggunakan semua huraian yang ada dalam Tatabahasa Dewan (tatabahasa pegangan) untuk tujuan mengajar bahasa. Rumus-rumus itu diolah dan dihurai semula supaya disesuai dengan pelbagai tahap pembelajaran di sekolah rendah, menengah, institut perguruan dan universiti. Penghuraian rumus ini mengikut tahap mudah untuk sekolah rendah dan ke tahap tertinggi untuk peringkat institusi pendidikan. Pokok utama tatabahasa pedagogi adalah membina latihan-latihan yang sesuai dengan setiap peringkat pembelajaran. Dalam usaha mengubah suai huraian rumus, ada penjelasan yang lebih rapi perlu dilakukan seperti huraian mengenai pola-pola ayat dasar. Begitu juga dengan huraian kata adverba, kata sendi dan kata hubung.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Begitu juga bahagian yang perlu diringkas seperti bilangan golongan kata tugas yang terlalu banyak dengan fungsi yang tidak jelas boleh membantut dalam mempelajari bahasa. Malah, ada huraian bentuk dan fungsi kata tugas yang tidak diperlukan bagi mengajarkan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Di samping itu, bagi mengajarkan bahasa Melayu di sekolah, semua murid sekolah belum mempunyai pengetahuan asas tentang linguistik. Oleh sebab itu sebarang konsep yang memerlukan pengetahuan tentang teori linguistik perlu digugurkan. Umpamanya, istilah fon, alofon, fonem, morfem dan pelbagai lagi perlu digugurkan. Konsep ini sebenarnya adalah abstrak dan memerlukan pengetahuan mendalam. Rumusannya, tatabahasa sesebuah Dengan tatabahasa perkataan pedagogi lain, berfungsi memperlengkap pedagogi

pegangan.

buku

tatabahasa

memperlengkap fungsi dan huraian Tatabahasa Dewan, iaitu menyesuaikannya untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.

1.6

Rumusan Tatabahasa

Pengertian tatabahasa dapat ditafsirkan menurut pelbagai perspektif. Di kalangan ahli bahasa ada tatabahasa yang dinamai tatabahasa deskriptif, iaitu tatabahasa yang disusun berdasarkan kajian empiris. Tatabahasa jenis ini bersifat menghuraikan bahasa menurut adanya. Tatabahasa jenis ini amat berguna untuk menghuraikan bahasa atau dialek yang belum mempunyai tradisi persuratan atau bahasa yang belum pernah diuraikan sistemnya. Satu jenis tatabahasa lagi ialah tatabahasa normatif, yang bersifat mengajarkan sistem sesuatu bahasa. Pendekatannya bersifat preskriptif. Tatabahasa jenis ini didasarkan pada data tertulis yang diiktiraf sebagai bahan yang mewakili sifat bahasa umumnya. Tatabahasa yang diajarkan di sekolah ialah tatabahasa normatif. Buku tatabahasa yang disusun oleh Zaba dan kebanyakan penyusunan tatabahasa yang lain termasuk pendekatan tatabahasa jenis ini bersifat preskriptif, hal itu tidak bermakna bahawa tatabahasa ini merupakan ciptaan ahli bahasa. Tatabahasa Melayu yang kita kenal sekarang ini sebenarnya didasar pada bahasa yang terdapat dalam karya besar
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

seperti Sejarah Melayu. Kajian Awang Sariyan (1985) telah membuktikan bahawa rumus-rumus tatabahasa yang menerbitkan ayat-ayat dalam Sejarah Melayu ialah rumus-rumus yang menerbitkan ayat-ayat dalam teks moden juga, walaupun pada lahirnya bentuk ayat-ayat itu berlainan. Jelasnya, dalam zaman perancangan bahasa kebangsaan kita, tatabahasa jenis inilah yang paling kita perlukan. Hal ini tidak bererti bahasa tatabahasa deskriptif tidak berguna sama sekali. Tatabahasa deskriptif berguna sebagai gambaran penggunaan bahasa sesuatu kelompok masyarakat pada sesuatu waktu tertentu, tetapi tidak semestinya dianggap benar menurut sistem bahasa baku. Dapat juga kita manfaatkan tatabahasa deskriptif itu sebagai titik tolak untuk merancang bahasa baku. Misalnya jika huraian yang terhasil menunjukkan bahawa masyarakat melakukan kesalahan bahasa yang banyak sekali, maka perancang bahasa dapat mengatur strategi untuk mengatasi masalah penguasaan bahasa di kalangan masyarakat.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 2

SUSUR GALUR PERKEMBANGAN PENULISAN TATABAHASA MELAYU

Sebenarnya sejarah perkembangan nahu telah lahir sejak abad ke-16 lagi. Antara karya awal tatabahasa Melayu dipelopori oleh sarjana Barat, hal sedemikian berkait rapat dengan sejarah kedatangan pihak penjajah ke Nusantara. Daftar kata yang dihasilkan oleh Pigafetta, Elbink dan C. Houtman telah menunjukkan peri pentingnya nahu Melayu. Perkembangan nahu selari dengan perkembangan kamus. Huraian tatabahasa yang dibuat oleh penulis Belanda seperti F. De Houtman (1803), Wiltens Dankaerts 91623), Heumius (1650) dan Gueynier (1677). Karya yang paling berjaya pada masa itu ialah karya Werndly (1736). Sumbangan orang Inggeris bermula pada kurun ke-19, seperti Marsden (1812), W. E. Maxwell (1882), Shellaber (1899) dan R.O. Winstedt (1913). Penulis lain yang terlibat ialah Eliot (1825), de Hollander (1845), A.P. Favre (1876), Klinkert (1879), Pijnappel (1888) dan Roorda Van Eysinger (1939). Itulah serba sedikit tokoh karya awal tatabahasa yang berkaitan dengan alam Melayu.

2.1

Sejarah Perkembangan Nahu Melayu

Menurut sejarah, buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh putera Melayu ialah Bustanul al-Katibin li Sibyan al-mutaallimin (Kitab Perkebunan JuruTulis bagi Kanak-Kanak Yang Hendak Belajar) susunan Raja Ali Haji dari Pulau Penyengat di Kepulauan Riau. Buku tersebut dianggar selesai disusun pada tahun 1857. Buku tatabahasa Melayu yang pertama ditulis oleh orang asing ialah buku yang berjudul A Grammar Of The Malayan Language With An Introduction oleh William Marsden dan terbit dalam tahun 1812. Tatabahasa Melayu susunan Raja Ali jelas membayangkan pengaruh

tatabahasa bahasa Arab. Seorang ahli bahasa Indonesia, Harimurti Kridalaksana pernah membuat penyelidikan tentang tatabahasa susunan Raja Ali Haji khususnya dari segi kelas kata. Menurut Harimurti Kridalaksana, kerangka kelas kata bahasa Melayu ternyata didasarkan pada kerangka kelas kata bahasa Arab. Sebagai contoh, Raja Ali Haji membahagi kata bahasa Melayu kepada tiga kelas iaitu nama, perbuatan dan harf (partikel). Pembahagian kata seumpama ini dalam bahasa Arab menjadi isim,
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

fiil dan harf. Walau bagaimanapun, buku tatabahasa ini tidaklah terkenal, barangkali kerana bahasa Melayu belum dipelajari secara formalnya. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa keperluan dan perhatian bangsa Melayu terhadap buku nahu sebagai rujukan tidaklah timbul pada masa itu. Tetapi kira-kira 80 tahun kemudian, muncul seorang guru bahasa Melayu yang kemudian dikenal sebagai pengasas atau bapa tatabahasa Melayu. Beliau ialah Allahyarham Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad yang lebih masyhur dengan nama Zaba. Dalam tahun 1930-an, Zaba berusaha menyusun buku tatabahasa sehingga pada tahun 1940 terbitlah buku Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 cetakan pertama, satusatunya magnum opus yang menjadi teras tatabahasa Melayu. Selanjutnya beliau menerbitkan sambungan buku pertama dengan Penggal 2 dan Penggal 3. Satu hal yang jelas, tatabahasa Melayu disusun oleh Zaba didasarkan pada kerangka nahu tradisional. Hal ini jelas kerana bahasa Inggeris ketika itu kuat memancarkan nahu tradisional dan secara kebetulan bahasa itu turut berpengaruh di Tanah Melayu dengan datangnya kuasa Inggeris. Dengan demikian, tidak hairanlah bahawa Zaba sendiri mengakui bahawa buku tatabahasanya didasarkan pada acuan nahu Inggeris dan sedikit-sedikit nahu bahasa Arab. Di samping Zaba, ada seorang lagi penulis buku nahu bahasa Melayu yang amat kurang diperkatakan orang. Beliau ialah Mejar Haji Mohd Said b. Haji Sulaiman. Buku beliau berjudul Buku Kecil bagi Bahasa dan Jalan Basa Bahasa Melayu PBMPB Diraja Johor terbit pada tahun 1937. Dari segi uraian dan pendekatan, buku ini tidak banyak berbeza dengan buku yang terkarang oleh Zaba. Sehingga kini, buku tersebut masih wujud kerana DBP berusaha menerbitkan semula buku tersebut. Sementara itu, ada juga orang asing sezaman dengan Zaba menulis buku nahu Melayu. Misalnya R.O. Winstedt telah menghasilkan buku berjudul Malay Grammar pada tahun 1939. Buku ini didasarkan dengan pegangan tradisional. Buku ini lebih menjurus untuk pedoman pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu. Pada penghujung tahun 1960-an, mulalah muncul penulis tatabahasa yang menggunakan pendekatan struktur. Tatabahasa struktural ini diasaskan di Eropah oleh Ferdinand de Saussure dan di Amerika oleh Leonard Bloomfield. Penerapan tatabahasa struktur dalam penulisan buku tatabahasa digiatkan oleh Charles Carpenter
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Fries di Amerika. Dalam hal nahu Melayu, penulis yang menerapkan acuan nahu struktur ialah Asmah Hj. Omar. Sebagai contoh melalui bukunya yang berjudul An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008). Uraian tentang pembentukan kata dan ayat dilakukan menurut pola. Hal ini jelas berbeza dengan acuan tradisional yang mementingkan aspek makna sematamata. Kemudian dengan agak tiba-tiba, satu aliran baharu terserap ke dalam bahasa Melayu. Aliran tersebut ialah aliran tatabahasa Transformasi Generatif yang diasaskan oleh Noam Chomsky di Amerika sekitar tahun 1950-an. Ada ahli bahasa yang berpendapat bahawa tatabahasa TG mengambil jalan tengah antara tatabahasa tradisional dengan tatabahasa struktur iaitu dengan menitikberatkan bentuk serta makna sekali gus. Aliran ini kuat mempengaruhi penulisan nahu Melayu sehingga dapat dikatakan bahawa kebanyakan ahli bahasa Melayu sekarang menggunakan acuan nahu tersebut dalam menganalisis bahasa Melayu. Sebagai contoh, Nik Safiah Karim, Mashudi Kader, Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain menggunakan acuan nahu TG dalam tulisan mereka tentang tatabahasa bahasa Melayu walaupun terdapat perbezaan tentang hasil analisis masing-masing. Selain itu, ada juga ahli bahasa yang mencuba menerapkan aliran lain lagi dalam bahasa Melayu. Misalnya Abdullah Hassan banyak menghasilkan buku tentang morfologi dan sintaksis menurut aliran tagmemik. Kemudian, Farid M. Onn dan Yeoh Chiang Kee telah mencuba memperkenalkan aliran relational grammar dalam menulis nahu Melayu melalui rencana dan kertas kerja mereka. Walau bagaimanapun sehingga sekarang nahu TG yang masih bersifat dominan dalam penulisan tatabahasa Melayu, ini terbukti apabila Tatabahasa Dewan dijadikan pegangan untuk semua peringkat. Namun begitu, terdapat juga nahu yang menggunakan pendekatan wacana. Nahu wacana mula popular sekitar tahun 1980-an. Nahu ini dipopularkan oleh Sanat Nasir dan Azhar M. Simin. Nahu jenis ini mengkaji pertautan dalam sesuatu teks.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Dalam uraian sepintas kilas tentang sejarah penulisan nahu Melayu yang diberikan tadi, dapatlah kita lihat bahawa penulisan nahu Melayu dipengaruhi oleh aliran-aliran tertentu yang diperkenalkan oleh ahli-ahli bahasa yang mewarisi aliranaliran tersebut daripada institusi tempat mereka mendalami ilmu bahasa. Harapan kita, mudah-mudahan kita tidaklah akan tenggelam kerana terlalu mementingkan aliran. Sebaliknya aliran-aliran itu haruslah hanya sebagai alat untuk menghasilkan tatabahasa bahasa Melayu yang jitu dan mantap.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Plato (abad kelima SM)

Aristotle (abad keempat SM)

Dyonisius Thrax (abad pertama M)

Priscianus (ke-5 M)

ad Duali (ke-7M)

Bullokar (1586)

Spieghel (1584)

Sibawaihi (ke-8M)

Marsden (1612)

Roman (1653)

Raja Ali Haji (1857)

Crawfurd (1825)

Wendly (1736)

Abdullah A. Rahman (1913)

Maxwell (1882)

Hollander (1845)

Bloomfield (1930)

Shellabear (1904)

Wijk (1889)

Bloomfieldanisme

Winstedt (1913) Zaba (1940)

Sasrasoegonda (1910)

Aliran TTG

[perkembangan di Malaysia dipengaruhi oleh Inggeris] Asmah Hj. Omar, Asraf (aliran struktural) (1960)

[perkembangan di Indonesia dipengaruhi oleh Belanda] Alisjahbana, Zain dan lain-lain (1950)

Abdullah Hassan (aliran tagmemik)

Tatabahasa Tradisional struktural transformasi generatif

Nik Safiah Karim et. al. (aliran TG) Sumber: Diubah suai daripada Harimurti Kridalaksana (1983)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

2.1.1

Peringkat Perkembangan Nahu Melayu

Karya awal Nahu-nahu Melayu:

Bustanul Katibin (BK) (1857) oleh Raja Ali Haji. Pemimpin Johor (1878) oleh Muhammad Ibrahim Munsyi Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (KPPM) (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman

Senjuh Suratan (SS) (1922) oleh Mohd Shah bin Yusof Kitab Pelita Mengarang (KPM) (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib

Kitab Punca Bahasa (KPB) (1928) oleh Abdullah bin Talib Rencana Melayu (RM) (1928) oleh Raja Hj. Mohd Tahir bin Mursyid Riau Ilmu Mengarang Melayu (IMM) (1934) oleh Zaba Kitab Penanggam Bahasa (PB) (1936) oleh Ibrahim bin Hj. Salam Kitab Permulaan Mengarang (PM) (1936) oleh Syed Muhammad bin Othman Jalan Bahasa Melayu (JBM) (1937) oleh Dato Hj. Muhammad Said bin Sulaiman Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu (PDM) (1939) oleh Dato Hj. Muhammad Said bin Sulaiman

Pelita Bahasa Melayu (PBM) (1940) oleh Zaba

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Kesemua buku-buku mengenai tatabahasa yang terhasil sejak zaman Raja Ali Haji (1857) sehingga zaman Zaba (1940) akan kita lihat bidang yang dicakupinya. Antara bidang yang dicakupi oleh buku-buku di atas dapatlah dirumus dalam jadual di bawah: Bidang Yang Dicakupi Sejak Tahun 1900 1940

Buku/Bidang

Huruf & Golongan Ejaan / Kata / / / / * / /

Pengimbuhan

Ayat

Tanda Baca

AspekKarangan Aspek Gaya

1. BK 2. KPPM 3. SS 4. KPM 5. KPB 6. RM 7. IMM 8. PB 9. PM 10. JBM 11. PDM 12. PBM

/ * / / / / /

/ / / /

/ / / / / / / / / * / / / /

Nota: / * menunjukkan adanya bidang-bidang tertentu. disentuh secara sepintas lalu ketika membincangkan aspek-aspek lain.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Golongan Kata: Berdasarkan penahu-penahu di atas, terdapat beberapa aspek golongan kata yang telah dibincangkan secara spesifik atau sepintas lalu melalui pendekatan atau kaedah yang berbeza. Penelitian golongan kata adalah berdasarkan intuisi penahu dalam memerikan bahasa Melayu. antara penggolongan kata yang dibahagikan ialah:

BK KPPM SS KPB

nama (isim), perbuatan(fiil) dan harf (partikel) nama, perbuatan dan diwal nama, keadaan nama dan perbuatan nama, ganti nama, sifat, perbuatan, kelakuan, faham kata, penyambut kata seruan

JBM

nama, ganti nama, perbuatan, rupa nama, rupa kata, sendi nama, sendi kata, seruan dan ibu kata

PB PBM

nama, perbuatan dan diwal kata nama & ganti nama, perbuatan, sifat, sendi, seruan

Diwal kata merupakan golongan kata lain yang bukan dari golongan nama dan perbuatan (kerjaan). Mengikut tafsiran saya, diwal sinonim dengan kata tugas untuk istilah moden. Antara diwal yang ditemui ialah: Tambahan perbuatan (kata bantu & kata perintah) Penetap tutur, pandu. Sumpah (kata sendi nama) Penempat tutur ( kata arah, kata waktu) Janji kata (kata hubung syarat) Penyambung kata, cadangan, Istifham (kata tanya) Pengecualian kata (kata nafi, kata sangkal) Seruan, hairan, tengking, herdik (kata seru) Menyahut (kata pembenar) Menjawab, menafikan (kata nafi) Tempelak (kata penegas) Perakam (kata pangkal ayat)

perubahan (kata hubung) Penguat kata (kata penguat)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Istilah Kata: Untuk istilah, kita merujuk kepada golongan dan subgolongan kata. Maksudnya di sini perbezaan istilah yang digunakan pada ketika dahulu dengan istilah moden. Antara istilah yang didapati bersesuaian dengan padanannya adalah seperti berikut:

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Istilah Lama diwal / diwal kata penyambung kata sendi kata ibu kata diwal pandu diwal pengetahuan istifham janji kata penguat kata penempat tutur perbuatan

Istilah Moden kata tugas kata hubung kata hubung kata pangkal ayat kata sendi nama & kata hubung kata tanya kata penegas kata hubung kata penguat kata arah kata kerja

Pengimbuhan: Untuk proses pengimbuhan, kesemua penahu dirumus membincangkan aspek-aspek seperti sedemikian: Huraian dan penjenisan Cara pengejaan Fungsi imbuhan Peristilahan yang digunakan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Sintaksis: Pada bahagian sintaksis, secara umumnya aspek yang ditekan ialah: Definisi ayat Binaan ayat (percantuman kata, penyambung kata dan penunjuk kata) Jenis ayat Bagi jenis ayat, istilah yang digunakan juga berbeza dengan istilah moden. Kita rujuki istilah di bawah:

Bil 1 2 3 4 5 6 7 8

Istilah Lama ayat benar ayat terikat ayat songsang kata ringkas kata lanjut kata selapis kata bercampur kata berlapis

Istilah Moden ayat tunggal ayat majmuk ayat pasif ayat tunggal ayat majmuk ayat tunggal ayat majmuk ayat majmuk pancangan

Rumusannya, setiap buku tatabahasa pada zaman tradisional meliputi aspek-aspek yang merangkumi satu sistem lengkap tatabahasa iaitu morfologi dan sintaksis. Malah ada juga bidang ejaan, karangan dan aspek gaya bahasa dimasukkan sekali. Jelaslah pada tahun 1900 1940 bahasa Melayu sudah berkembang maju seiring dengan peredaran semasa linguistik. Cuma di sini terdapat beberapa istilah lama yang pelbagai. Seharusnya istilah tersebut hendaklah diselaraskan agar tidak berlaku sebarang kekeliruan seperti istilah sekarang yang mantap dan jitu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

2.1.2

Penulisan Nahu Melayu

Penulisan Nahu Melayu dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: Era Tradisional (1857 1940)

Karya awal tatabahasa pada era tradisional yang terkenal adalah Bustanul Katibin (1857) dan Pemimpin Johor (1878). Karya awal nahu ini boleh dikatakan bermula semenjak zaman Raja Ali Haji. Tatabahasa jenis ini adalah beracuan Arab yakni nahu tradisional. Namun pada 1940, seorang pendeta Melayu yang terkenal iaitu Zaba telah menggemparkan alam Melayu dengan karya agungnya iaitu Pelita Bahasa 1-3. Karya tatabahasa beliau sungguh hebat sehingga menjadi pedoman mengikut acuan para sarjana Melayu yang moden. Era Moden (1960 2009)

Karya

Tatabahasa Melayu

yang moden

dapat

dilihat

setelah

para

sarjana

mengembangkan sayap aliran tersendiri di Malaysia. Di Indonesia, karya tersohor yang menjadi rujukan ialah Tata Bahasa Baku Bahasa Indonesia karya Hasan Alwi et. al (2000) manakala di Singapura pula terkenal dengan Nahu Melayu Moden hasilan Liaw Yock Fang dan Abdullah Hassan (1994), Di Malaysia, karya tatabahasa mengikut aliran tersendiri. Misalnya, Asmah Hj. Omar (1993) mengarang Nahu Melayu Mutakhir yang dilihat beraliran struktural manakala Nik Safiah Karim et. al (2008) menghasilkan Tatabahasa Dewan yang beraliran Tranformasi Generatif di mana menjadi pegangan kepada sistem pendidikan rendah, pendidikan tinggi dan IPTA. Terdapat satu lagi hasilan yang beraliran Tagmemik iaitu Abdullah Hassan yang mengarang Tatabahasa Dinamika (1994). Kesemua penahu mengikut aliran tersendiri kerana mendapat ilmu linguistik mengikut negara-negara yang berlainan semasa memperolehi Ijazah Kedoktoran yang seterusnya menghasilkan tatabahasa di Malaysia. Justeru, era moden ini mencambahkan lagi karya tatabahasa Melayu. Sebenarnya banyak lagi karya tatabahasa Melayu yang dihasilkan, namun di sini sekadar untuk pengetahuan ringkas. Tokoh-tokoh yang lain ialah Arbak Othman, Asraf Hj. Wahab, Sulaiman Masri, Azhar M. Simin, Lufti Abas dan ramai lagi sarjana Melayu yang tidak dinyatakan.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

2.1.3

Pelopor Nahu Melayu

Pelopor awal nahu Melayu ialah Raja Ali Haji dengan karya terkenal beliau, Bustanul Katibin. Bidang-bidang nahu yang digarapkan oleh almarhum ialah tataejaan daripada Fasal 1-10, pembahagian kata Fasal 11-14, analisis kalimat Fasal 15-31. Raja Ali Haji menggolongkan kata kepada tiga iaitu nama (isim), perbuatan (fiil) dan partikel (harf). Analisis Kalimat dihuraikan di bawah tajuk perkataan, kata-kata dan kata. Dalam peristilahan terkini, perkataan disamakan dengan ayat dalam bahasa Melayu dan kalimat dalam bahasa Indonesia. Hal ini dapat diterima kerana Raja Ali Haji menakrif perkataan sebagai lafaz yang memberi makna sementara kata-kata diertikan sebagai barang yang tiada dengan orang yang mendengar daripada menantikan suatu yang lainnya dan kata pula dimaksudkan sebagai melengkapi ia segala yang tersebut itu. Maksud di sini perkataan pun boleh dianggap kata dan kata-kata pun boleh dikatakan kata. Namun begitu, bapa nahu Melayu yang terkenal ialah Zaba. Hal ini jelas dengan buku Pelita Bahasa Penggal 1-3 yang dihasilkan oleh beliau. Buku tatabahasa beliaulah sering dijadikan panduan dan pedoman untuk pengajaran dan pembelajaran waktu ketika itu. Sarjana-sarjana Melayu yang membuat kajian tentang nahu banyak merujuki Pelita Bahasa, misalnya Asmah Hj. Omar, Abdullah Hassan, Nik Safiah Karim dan sebagainya lagi. Justeru dapat disimpulkan karya-karya awal yang mempelopori nahu Melayu lebih kepada acuan tradisional.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

2.2

Jenis-Jenis Tatabahasa

Terdapat beberapa jenis nahu atau tatabahasa dalam perkembangan era linguistik yang selari dengan teori linguistik. Di sini kita akan memperlihatkan beberapa ciri asas setiap nahu.

2.2.1

Tatabahasa Formal (Formal Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Pemerian bahasa berdasarkan bentuk linguistik Pemerian bahasa berdasarkan struktur dan ciri lakuan bahasa Setiap rumus dapat ditentukan tempatnya dalam sistem Berdasarkan fungsi tidak berdasarkan faktor ekstralinguistik Berdasarkan tatabahasa huraian dan deskriptif

2.2.2

Tatabahasa Deskriptif (Decriptive Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Huraian Penghuraian segala kemungkinan dalam sesuatu bahasa Kemungkinan yang merangkumi morfologi dan sintaksis Kemungkinan itu juga berasaskan ciri-ciri bahasa itu

2.2.3

Tatabahasa Nosional (Notion Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Sesuatu bahasa ditakrifkan berdasarkan makna (semantik) dan rasa Ciri bahasa di dunia sudah ada acuannya Berdasarkan kesejagatan bahasa Berdasarkan struktur yang ideal Struktur yang menjadi norma sahaja dianggap gramatis Ayat ditakrifkan sebagai deretan ujaran yang bermakna
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

2.2.4

Tatabahasa Preskriptif (Precriptive Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dikenali juga dengan nama Tatabahasa Normatif Ciri yang dianggap betul sahaja yang diberikan Penggunaan acuan pencarian yang sedia ada Penentuan kaedah baku sebagai rujukan atau pedoman

2.2.5

Tatabahasa Bebas Konteks (Contex Free Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Jenis Tatabahasa Struktur Frasa (SF) Rumus Tulis semulanya seperti X -------> Y Rumus Tulis semula digunakan dengan tidak mengira apa-apa konteks X

2.2.6

Tatabahasa Fungsional (Functional Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Berdasarkan pandangan pragmatik (praktikal) Fungsi bahasa sebagai alat perhubungan sosial Berasaskan rumus yang mengawal hubungan manusia

2.2.7

Tatabahasa Tradisional (Traditional Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Mengikut acuan pola dan kaedah tatabahasa Latin dan Yunani Dapat diaplikasi pada tatabahasa lain Bercirikan kajian bahasa sebelum era linguitik moden (era Struktural)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

2.2.8 Tatabahasa Transformasi Generatif (Transformational Generative Grammar) Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Dipelopori dan diasaskan oleh Noam Chomsky pada tahun 1957 Dilihat mencirikan konsep matematik Ayat dilihat sebagai unit asas yang mempunyai struktur dalaman dan struktur permukaan. Hubungan butir linguistik dalam ayat dijelaskan melalui Rumus Struktur Frasa (struktur dalaman) Pemerian bahasa menggunakan Rumus Transformasi

2.2.9

Tatabahasa Pedagogi (Pedagogical Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Tatabahasa khusus untuk kegunaan dalam bidang pendidikan bahasa yakni para guru bahasa Berasaskan Pendekatan, Kaedah dan Teknik pengajaran tertentu Penekanan terhadap pengajaran: Bahasa ibunda Bahasa pertama Bahasa kedua Bahasa asing

2.2.10

Tatabahasa Sistemik (Systemic Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Penganalisisan pola bahasa berasaskan kaedah tertentu Pola bahasa dianalisis di tempat yang berbeda dalam unit bahasa Penekanan terhadap teori Keperihalan Keadaan, Fonologi Prosodi

( Suprasegmental) dan Kolokasi

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

2.2.11

Tatabahasa Stratifikasi (Stratification Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Diperkenalkan oleh S.M. Lamb pada tahun 1962 Bahasa dilihat sebagai suatu struktur Strukturnya terdiri daripada sistem strata yang saling berkaitan Jenis tatabahasa yang popular pada tahun 1960-an

2.2.12

Tatabahasa Struktural (Structural Grammar)

Antara ciri-ciri nahu ini ialah: Bahasa dianggap sebagai struktur Unsur yang membentuk struktur itu mempunyai hubungan dan sifat tertentu Unsur ini juga digunakan untuk menjanakan ayat dan menentukan struktur konstituennya.

2.3

Tatabahasa Jenis Lain

Di samping jenis deskripsi tradisional dan struktural ada banyak teori dan model deskripsi bahasa, seperti, Tagmemik (K.L. Pike 1954, 1958 dan W.A. Cooks 1969), Tatabahasa Tingkatan (S.M. Lamb 1966), Tatabahasa Kasus (J. Anderson 1971), Glosematik (J. Uldall 1930), Tatabahasa Skala dan Kategori (M.A.K. Halliday 1961), dan Tatabahasa Generatif (N. Chomsky 1957, 1964, J.J. Katz & P.M. Postal 1964), dan lain-lain. Baru-baru ini muncul pula Tatabahasa Hubungan. Apa sahaja teori atau model deskripsi bahasa ini, ia mestilah mampu mendeskripsikan seluruh bahasa itu sebelum hasilnya dapat dianggap berguna untuk pengajaran bahasa. Untuk berbuat demikian tatabahasa itu bukan hanya sekadar mampu menunjukkan perbezaan-perbezaan antara struktur ayat yang pada permukaannya nampak serupa, tetapi juga menunjukkan persamaan struktur sintaksis yang pada permukaannya kelihatan berbeza.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Oleh yang demikian kita hanya perlu menyesuaikan teori dan model deskripsi bahasa untuk diaplikasi ke dalam bahasa Melayu agar penggunaan itu menjadi mantap dan baik. Semoga bahasa yang digunakan mencerminkan martabat masyarakat bahasa itu secara khususnya.

2.4

Perbezaan Jenis-Jenis Nahu atau Tatabahasa

Di sini kita dapat meneliti segala perbezaan antara jenis-jenis nahu yang dipaparkan. Perbezaan jenis nahu dilihat lebih kepada aspek atau keseluruhan komponen tatabahasa itu sendiri. Contohnya dari segi fonologi, sintaksis, morfologi atau makna. Peranan komponen inilah yang mendasari perbezaan jenis-jenis nahu. Misalnya nahu tradisional lebih mementingkan aspek makna namun nahu struktural pula sebaliknya yang menganalisis struktur setiap unsur dalam sesuatu bahasa. Keunikkan jenis-jenis nahu membolehkan kita mempelbagai lagi pengetahuan tentang tatabahasa sejagat amnya dan tatabahasa bahasa Melayu khususnya.

2.5

Unit-Unit Bahasa Yang Terlibat Dalam Analisis Nahu

Terdapat lima unit bahasa yang terlibat dalam analisis nahu. Pertama ialah morfem. Morfem merupakan unit terkecil bagi bidang morfologi. Morfem terdiri daripada morfem bebas dan terikat. Seterusnya ialah perkataan. Perkataan ialah unit terkecil tatatabahasa yang mempunyai makna bebas. Makna bebas di sini ialah dapat berdiri sendiri tanpa bantuan struktur lain. Unit berikutnya ialah frasa, klausa, ayat dan wacana. Keempat-empat unit bahasa ini merupakan komponen sintaksis yang sangat penting dalam menganalisis bahasa. Kesimpulannya, kesemua unit-unit bahasa berfungsi mengikut peranan

tersendiri. Jika hal ini tidak berlaku, maka akan melahirkan bentuk bahasa yang tidak gramatis. Perkara sebeginilah yang menyebabkan sesuatu bahasa dicemari.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 3

TOKOH DAN ALIRAN DALAM TATABAHASA MELAYU

3.1

Tokoh-Tokoh Tatabahasa

Dalam bidang tatabahasa, historiografi linguistik Melayu menampilkan beberapa banyak ahli tatabahasa yang menghasilkan tulisan tentang tatabahasa Melayu. Bermula dengan tulisan A. C. Ruyl, Spiegel van de Maleische Tale (1612) yang merupakan buku pelajaran bahasa Melayu yang pertama, kita mengenal karya G. H. Werndly, iaitu Maleische Spraak Kunst (1889). Di Malaysia, kita mengenal karya W. Marsden, A Grammar of the Malay Language (1812) dan karya R.O. Winstedt, Malay Grammar (1914). Selain itu, kita ingat juga akan nama ahli tatabahasa Melayu yang besar sumbangannya dalam meletakkan dasar tatabahasa Melayu, misalnya Ch. Van Ophuysen, C.A. Mees, Madong Lubis, Raja Ali Haji, Sasrasie-ganda, Sutan Mohd. Zain, Sutan Takdir Alisyahbana, Slametmuljana, Zaba dan lain-lain. Hasil usaha mereka dengan jelas memperlihatkan persamaan dalam hal-hal dasar tentang tatabahasa Melayu, sehingga buku tatabahasa di Indonesia, misalnya, dapat juga diterima di Malaysia. Hal ini dengan mudah dapat difahami kerana semua ahli tatabahasa itu mendasarkan tatabahasa yang disusun itu pada karya-karya besar dalam bahasa Melayu seperti Sejarah Melayu dan sebagainya.
Tatabahasa Tradisional (bermula pada tahun 1857-an)

Tatabahasa Struktural (bermula pada tahun 1960-an) Penjenisan Tatabahasa

Tatabahasa Transformasi Generatif (bermula pada tahun 1970-an)

Tatabahasa Wacana (bermula pada tahun 1980-an)

Penjenisan Karya Tatabahasa Bahasa Melayu di Malaysia Mengikut Aliran Teori Linguistik Sumber: Diubah suai daripada Ismail Salleh (1993)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.1.1

Sarjana Barat

Terdapat ramai sarjana Barat yang mengkaji tatabahasa Melayu. Namun begitu, kita hanya meneliti dua sarjana Barat yang banyak memberi jasa kepada bahasa Melayu. Kita hanya meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh sarjana bahasa di bawah. Penerangan penggolongan kata akan dibincangkan dalam bab 7 nanti. 3.1.1.1 W. Marsden

A Grammar of the Malay Language (1812)

3.1.1.2

R.O. Winstedt

Malay Grammar (1914)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.1.2

Sarjana Tempatan

Seperti yang dinyatakan pada bab 2 tadi, terdapat ramai sarjana Melayu yang mengiatkan diri dalam penulisan tatabahasa. Sejarah penulisan tatabahasa Melayu dimulai dengan Raja Ali Haji yang banyak membantu persuratan Melayu berkembang yang mana seterusnya berkesinambungan kepada sarjana-sarjana Melayu yang lain.
3.1.2.1 Raja Ali Haji

Bustan al-Katibin (1857) Pembahagian kata kepada tiga iaitu kata nama, perbuatan dan kata partikel (harf).

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.1.2.2

Zainal Abidin Ahmad (Zaba)

Pelita Bahasa Penggal 1 (1940)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.1.2.3

Asmah Hj. Omar

An Introduction to Malay Grammar (1969), Nahu Melayu Mutakhir (1982) dan Nahu Kemas Kini (2008)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.1.2.4

Arbak Othman

Tatabahasa Bahasa Malaysia (1981), Nahu Bahasa Melayu (1986)

3.1.2.5

Abdullah Hassan

The Morphology of Malay (1974), Penerbitan Kata (1986) dan Morfologi (2006)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.1.2.6

Asraf Hj. Wahab

Petunjuk Tatabahasa (2007) Golongan Kata Menurut Asraf (2007) secara umumnya ialah:

Kata nama Kata kerja Kata adjektif Kata sendi Kata keterangan Kata hubung Kata seru Kata sandang

Kelas Kata Utama ialah: Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.1.2.7

Nik Safiah Karim dan et. al

Tatabahasa Dewan (1991), Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1993), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)

3.1.2.8

Zaharani Ahmad

Nahu Praktis (2007)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.2 3.2.1

Aliran-Aliran Tatabahasa Mengikut Tokoh Aliran Tradisional

Aliran tradisional merupakan aliran terawal bagi historografi nahu Melayu. Aliran ini menekan kepada aspek makna dan logika semata-mata. Kita dapat lihat kepada acuan yang dibuat dalam penghasilan nahu ini. Misalnya Zaba dalam Pelita Bahasa 1 dengan jelasnya menggolongkan nama mengikut makna. Begitu juga Marsden (1812) dan Winstedt (1927). Kita juga dapat perhatikan kepada penggolongan kata yang dibuat oleh ketiga-tiga tokoh tersebut yang sama dasarnya.

3.2.2

Aliran Struktural

Aliran struktural merupakan aliran yang membangkang aliran tradisional. Linguistik di Barat berkembang dengan pesatnya. Aliran ini begitu menekan kepada unsur dalam sesuatu bahasa. Setiap unsur dikaji secara mendalam mengikut sistem bahasa. Bukti yang nyata ialah penggolongan kata kerja yang dibuat oleh Asmah Hj. Omar dalam buku Nahu Melayu Mutakhir yang berasas kriteria sintaksis.

3.2.3

Aliran Tranformasi Generatif

Nahu ini terkenal kerana percubaan pengasasnya Noam Chomsky (1957) yang memperkenalkan konsep struktur permukaan dan struktur dalaman. Di samping itu, proses ayat yang ditransformasikan daripada satu struktur kepada satu struktur yang memberi kelainan kepada nahu TG. Aliran ini dilihat mengambil pendekatan pertengahan di antara nahu tradisional dan nahu struktural. Aliran TG begitu pesat berkembang di negara Barat dan di Malaysia perkembangannya bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Ini terbukti apabila ramai sarjana Melayu mengaplikasikan nahu TG ke dalam bahasa Melayu. Antara tokoh-tokohnya ialah Arbak Othman, Nik Safiah Karim et al, Asraf, Abdullah Hassan, Mashudi Kader dan ramai lagi. Kita dapat meneliti penggolongan kata yang dibuat oleh mereka hampir sama dan tidak banyak beza kecuali atas dasar pemerian masing-masing.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

3.2.4

Aliran Tatabahasa Wacana


Nahu Ayat

Bebas Konteks

Nahu Separuh Wacana

Jenis Tatabahasa

Peka Konteks (Nahu Wacana)

Jenis Tatabahasa Mengikut Tatabahasa Wacana

Sumber: Diubah suai daripada Azhar M. Simin (1983)

Nahu ini terkenal kerana analisis wacana mengikut teks. Sebenarnya aliran tatabahsa wacana dipopularkan oleh Sanat Mohd Nasir dan Azhar M. Simin pada tahun 1980-an. Di bawah merupakan penjenisan tatabahasa wacana.

Berdasarkan huraian tatabahasa wacana, tatabahasa digolongkan kepada dua yang utama iaitu: Tatabahasa bebas konteks I. Tatabahasa ayat Tatabahasa yang ditulis berlandaskan ayat tunggal yang dicipta oleh penulis tatabahasa itu sendiri. Tatabahasa sebegini mementingkan kesesuaian dengan teori linguistik yang diistilahkan sebagai nahu teori dahulu. Contohnya ialah tatabahasa yang berpegang pada teori nahu TG. II. Tatabahasa separuh wacana Walaupun asas penghuraian ayat berlandaskan ayat tunggal namun ia dipetik oleh penulis tatabahasa daripada teks sastera dan seumpamanya. Ini lebih dikenali sebagai korpus bahasa. Nahu jenis ini berlandaskan cebisan bahasa yang dihuraikan secara nyata yang diistilahkan nahu
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

bahasa dahulu. Contohnya ialah nahu yang ditulis oleh Winstedt (1913), nahu Zaba (1945) dan nahu Asmah Hj. Omar kerana huraiannya masih berlandaskan cebisan atau serpihan bahasa yang digunakan mengikut konteks sebenar.

Tatabahasa Peka konteks Merupakan tatabahasa wacana sepenuhnya.

3.3

Perbezaan Antara Aliran Tatabahasa Yang Dipegang Oleh Tokoh-Tokoh Tertentu

Jika kita mengambil satu pegangan atau rujukan terhadap sesuatu tatabahasa, kita dapat mengesani alirannya. Hal ini cukup mudah kerana sebagai contoh, penggolongan kata dalam sesuatu tatabahasa dibuat berdasarkan kriteria tertentu iaitu kriteria makna (semantik), kriteria morfologi, kriteria sintaksis dan kriteria fonetik. Misalnya Zaba, menggolong kata kepada kriteria semantik iaitu menamakan sesuatu, biasanya melibatkan orang, haiwan, benda, tempat dan konsep. Zaba membahagikan kata nama kepada tiga iaitu nama khas, nama nika, ganti nama dan numeral. Sebaliknya Abdullah Hassan (1980) membahagikan kepada empat iaitu kata nama, kata ganti nama, kata bilangan dan penjodoh bilangan. Nik Safiah Karim et al. (1986) membahagikan kata nama kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan ganti nama. Ada persamaan yang dibuat oleh Zaba dan Nik Safiah Karim. Bagi Asmah dan Abdullah Hassan meskipun nampak berbeza dengan Zaba dan Nik Safiah Karim, tetapi asasnya tetap sama namun pemerian yang dibuat adalah berlainan. Kelainan yang dimaksudkan di sini ialah pemerian penahu mengikut kriteria tertentu seperti yang dinyatakan di atas tadi. Asmah memerikan nahu mengikut unsur-unsur dalam sistem tatabahasa yakni aliran struktural. Abdullah pula memerikan nahu mengikut tagmen tatabahasa iaitu unit dalam tatabahasa yang mengikut aliran tagmemik.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Kesimpulannya, perbezaan aliran yang dipegang atau dianuti oleh penahupenahu amat berkait rapat dengan aliran linguistik yang dipelajari yang seterusnya diaplikasikan ke atas tatabahasa Melayu mengikut acuan atau kefahaman masingmasing. Peraturan berbahasa yang baik dan betul tidak semestinya daripada satu tatabahasa sahaja. Kita perlulah mengkaji dan menilai serta menerapkan ke atas bahasa Melayu agar nahu ini lengkap dan mantap serta tuntas yang boleh diperturunkan kepada generasi akan datang. Sepintas Lalu Tatabahasa Zaba sebagai Tatabahasa Tradisional Lawan Tatabahasa Formal ( Moden )

3.4

Setelah muncul ilmu linguistik moden, penghuraian tatabahasa sebelumnya yang kesemuanya mengikut acuan tatabahasa Yunani-Latin digolongkan sebagai tatabahasa tradisional atau tatabahasa nasional, termasuk tatabahasa Zaba. Dari kaca mata linguistik moden, Pelita Bahasa Melayu (1940) yang digolongkan sebagai tatabahasa tradisional asas penghuraian item tatabahasa ini mengikut kriteria semantik. Perubahan yang berlaku dalam sejarah penulisan tatabahasa Melayu di Malaysia daripada tatabahasa tradisional kepada tatabahasa formal (moden) bermula pada tahun 1960. Perkembangan sejarah penghuraian tatabahasa Melayu mengikut acuan atau pola tatabahasa formal atau moden yang berlandas ilmu linguistik yang bermula pada dekad 1960-an, tidak berhenti begitu sahaja. Seiring dengan perkembangan teori linguistik yang terkemudian daripada itu penghuraian tatabahasa Melayu juga mengikut linguistik struktural bagi menghasilkan karya tatabahasa mereka. Tetapi menjelang dekad 1970-an, teori linguistik TG pula mendapat perhatian ahli bahasa tempatan yang menerapkan teori ini dalam penulisan dan penghuraian tatabahasa Melayu. Contohnya, Tatabahasa Dewan karya Nik Safiah Karim et. al (1994) yang diguna secara meluas di Malaysia kini, merupakan salah satu contoh acuan teori TG. Seterusnya pada dekad 1980-an, pemerian tatabahasa Melayu mengikut teori tatabahasa wacana mula mendapat popularitinya di Malaysia. Buku yang bertajuk Discourse-Syantax of Yang in Malay yang asalnya disertasi doktor falsafah Azhar M. Simin (1983) kemudian
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

diterbitkan oleh DBP pada tahun 1988 adalah contoh karya yang mengaplikasi teori tatabahasa wacana bagi menghuraikan bahasa Melayu. Di samping itu, karya Sanat Mohd. Nasir berjudul Tautan Dalam Wacana Bahasa Melayu Akhbar (2002) merupakan sebuah hasilan yang cenderung terhadap tatabahasa wacana. Namun begitu, ketokohan Zaba sebagai ahli bahasa yang menulis tatabahasa Melayu tetap diakui oleh sarjana Melayu yang terkemudian, seperti Abdullah Hassan (1986), Asmah Hj. Omar (1992), Azhar M. Simin (1983), dan Nik Safiah Karim et. al. (1979, 2008).

3.5

Sumbangan dan Usaha Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Dalam Memartabatkan Bahasa Melayu

Usaha yang memainkan peranan penting dalam memartabatkan bahasa Melayu ialah sebuah agensi, iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka telah didirikan untuk mendukung amanat bangsa. Agensi ini bergerak dengan berdasar pada Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 yang kemudian disemak pada tahun 1978. Seiring dengan penubuhan DBP, Penyata Razak dikeluarkan bagi mendukung semangat menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan di Malaysia dan Penyata Razak merupakan salah satu ciri penting Akta Pendidikan 1961 (kini Akta Pendidikan 1996). DBP mengorak langkah seawal penubuhannya untuk meningkatkan kecekapan dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu. Antara langkah awal yang dilaksanakan yang memberikan kesan jangka panjang sehingga kini ialah usaha pengukuhan, penyelarasan dan pembakuan korpus bahasa. Penyelarasan ejaan Rumi antara negara serantau yang memilih bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara masing-maing memberikan impak yang cukup besar bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang besar dan luas sasaran penggunanya. Dengan penyelarasan sistem ejaan antara negara anggota MABBIM (Majlis Bahasa Brunei-Indonesia-Malaysia) pada 1972 yang seterusnya diikuti dengan usaha penyelarasan tidak kurang 400,000 istilah dalam pelbagai bidang ilmu, bahasa Melayu di rantau ini menjadi semakin kukuh sebagai bahasa pemersatu warga negara Malaysia dan juga warga serantau.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Terdapat beberapa usaha lain yang menjadi kebanggaan kepada DBP iaitu menyediakan dan melaksanakan peraturan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam jabatan dan sektor swasta. Selama lima dekat ini DBP banyak berkorban dalam mengangkat dan memartabatkan bahkan memperkasa bahasa

Melayu. Pada peringkat awal, DBP di bawah pimpinan Syed Nasir Ismail telah melancarkan Gerakan Minggu Bahasa Kebangsaan dan kempen-kempen bahasa yang melibatkan penyertaan semua rakyat. Kempen ini untuk membina keyakinan dalam kalangan masyarakat Malaysia seperti pertandingan bahas, mengarang dan berbalas pantun dalam kalangan pelajar sekolah tidak kira rendah atau menengah. Bagi konteks pembinaan bahasa yang diraih ialah penyusunan dan penerbitan kamus-kamus ekabahasa, dwibahasa dan kamus istilah, penyusunan dan penerbitan daftar ejaan Rumi dan Jawi, penyusunan dan penerbitan buku dan cakera padat tatabahasa pegangan dan rujukan serta penyusunan dan penerbitan pelbagai bahan pedoman bahasa dalam bentuk risalah, buku kecil dan sisipan akhbar. Sesungguhnya, pedoman dan bahan rujukan yang dihasilkan seperti Kamus Dewan, Tatabahasa Dewan dan juga istilah dalam pelbagai bidang ilmu merupakan antara unsur penting yang sangat membantu memantapkan serta menyeragamkan bahasa Melayu menjadi bahasa

moden dan diangkat setaraf dengan bahasa lain. Di samping itu juga, DBP melaksanakan pembinaan, pengembangan korpus yeng menjadi titik tolak kepada perkembangan bahasa Melayu moden kerana tanpa sistem ejaan yang efisien dan praktis, tanpa istilah yang dapat mendukung konsepkonsep ilmu, tanpa tatabahasa yang komprehensif dan tanpa kamus yang kemas kini, taraf bahasa Melayu yang kita perolehi tidak akan bererti apa-apa. Jadi macam mana kita ingin mengangkat bahasa Melayu ke tahap yang tertinggi? Dengan kata lain, perancangan korpus bahasa berperanan mengisi taraf bahasa yang telah dicapai oleh DBP. Usaha pengembangan bahasa digiatkan lagi dengan menyediakan khidmat nasihat bahasa (KNB) kepada karyawan sektor awam, sektor swasta, serta masyarakat umum, menganjurkan kursus kemahiran berbahasa, membina Munsyi Dewan, memantau dan menegur penggunaan bahasa dalam media massa dan di tempat awam.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Akhir sekali, usaha memartabatkan bahasa Melayu terus dipertingkatkan dengan memberi kuasa kepada DBP untuk mengenakan denda kepada sesiapa yang di dapati bersalah mencemarkan bahasa kebangsaan. Dasar ini akan dikuatkuasakan sebaik sahaja Akta Bahasa Kebangsaan 1963 dan Akta Pendidikan 1996 dipinda oleh pejabat Peguam Negara dan diluluskan oleh Parlimen. Ini kerana Akta DBP sedia ada (Pindaan dan Peluasan 1995) cuma memberikan kuasa menegur, menasihat, mengawas atau mengarahkan mana-mana pihak supaya mengutamakan dan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Dengan ini, DBP akan diberikan kuasa penuh untuk mendenda pencemar bahasa dengan denda RM 1,000 sebaik diluluskan Parlimen.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 4

TATABAHASA TRADISIONAL (TT)

Linguistik ini satu ilmu yang sudah lama dipelajari. R.H. Robins (1967) telah menunjukkan beberapa kejayaan sarjana Yunani. Memanglah sarjana-sarjana Yunani ini memikirkan hal bahasa dan masalah-masalah yang timbul daripada penyelidikan bahasa. Hal ini memulakan apa yang kita kenali sebagai ilmu linguistik dalam pengertian yang luas. Kajian ini berterusan hingga ke hari ini. Linguistik telah lama mempengaruhi tatabahasa. Bezanya hanyalah, pendekatan menggunakan linguistik tradisi yang penuh dengan pernyataan preskriptif dan normatif, tetapi, linguistik moden pula bersifat struktural dan deskriptif. Seseorang individu yang menggunakan sebuah buku tatabahasa lama untuk mempelajari sebutan, tatabahasa, atau makna, sebenarnya menggunakan pengetahuan linguistik, iaitu linguistik tradisional. Ini juga linguistik dalam pengertian yang luas. Tatabahasa Tradisional merupakan nahu tertua di antara jenis-jenis aliran linguistik. Nahu ini mementingkan peraturan preskriptif yang mesti dipatuhi dan dituruti. Oleh itu, menurut nahu ini, undang-undang atau tatabahasa telah disediakan dan penggunaan bahasa mestilah berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan. Ini bermaksud nahu seperti begini akan mewujudkan satu bentuk bahasa yang betul dan tepat sepanjang masa.

4.1

Definisi Tatabahasa Tradisional

Seperti yang diketahui umum, tatabahasa tradisional bermula semenjak zaman Yunani, Romawi, Pertengahan dan India. Berbalik kepada konsep dan sejarah, perkataan tatabahasa atau nahu ialah terjemahan daripada perkataan gramatikos (berasal daripada perkataan Greek atau Yunani) yang bermaksud seni bacaan dan penulisan yang betul. Tatabahasa Tradisional (TT) yang berkembang di Yunani lebih mementingkan bentuk tulisan daripada bentuk ujaran. (Lyons, 1971). Seterusnya beliau menjelaskan bahawa TT yang biasa juga disebut tatabahasa nosional bermula dengan timbulnya andaian-andaian bahawa ada kategori-kategori di luar bidang bahasa yang bebas daripada fakta-fakta yang kebetulan sesuatu bahasa dan bersifat sejagat dan oleh sebab itu dapat diterapkan kepada semua bahasa.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Dapat

dikatakan

bahawa

ahli-ahli

TT

berkonsep

kepada

penerangan

(explaination). Oleh sebab itu, ahli-ahli TT mentakrifkan tatabahasa sebagai a fixed and unalterable set of rules (Gaeng, 1971). Maksudnya lebih kurang peraturan yang tetap dan tidak boleh diubahsuaikan.

4.2

Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional

Di sini, saya akan menerangkan sejarah perkembangan TT secara ringkas untuk memberi gambaran awal mengenai linguistik tradisional. Sejarah TT berkait rapat dengan kajian bahasa yang dimulai oleh orang-orang Yunani pada kurun ke-5 sebelum Masihi. Plato mengkaji bentuk-bentuk bahasa mereka sendiri daripada bahan-bahan penulisan. Kajian yang dilakukan dibuat berasaskan falsafah kerana pada masa itu bahasa menjadi salah satu cabang falsafah yang penting dan merupakan satu bidang yang dapat membantu mereka untuk menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani meliputi aspek tatabahasa yang ada pada masa itu, misalnya penjenisan kata adverba, kata sendi, kata seru dan kata partikel. Oleh sebab mereka berfalsafah, maka terbitlah percubaan untuk menentukan sama ada perkataan itu mempunyai makna secara kebiasaan ataupun bahasa mempunyai satu perhubungan yang semula jadi.

Kajian bahasa bentuk ini dilanjutkan oleh orang-orang Romawi yang mengkaji bahasa Latin dan sarjana-sarjana Arab yang menjalankan bentuk kajian sama terhadap bahasa Arab. Kajian yang serupa juga dijalankan oleh pendeta-pendeta India seperti Panini bagi menghuraikan bahasa Sanskrit. Kajian bahasa bentuk ini diteruskan hingga ke abad pertengahan dan hanya pada abad ke-19, orang mulai sedar bahawa bahasa tidaklah kekal, melahirkan selamanya berubah dari abad ke abad dalam persejarahan bahasa.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Zaman Yunani

Dalam pengkajian nahu, Plato ialah orang yang pertama menyelidiki tatabahasa itu sendiri. Misalnya Plato telah mendefinisikan ayat sebagai rentetan kata yang mempunyai pemikiran yang lengkap iaitu Logos. Logos terbahagi kepada dua, iaitu onoma dan rhema. Beliau telah membahagikan perkataan kepada kata nama dan kata kerja. Plato mendefinisikan kata nama sebagai istilah yang berfungsi di dalam ayat sebagai subjek kepada suatu predikat; manakala kata kerja merupakan istilah yang dapat menerangkan perbuatan atau kualiti predikat. Perbincangan tentang bahasa dan seluruhnya ada di dalam bukunya yang terkenal iaitu Cratylus, iaitu yang berupa dialog. Seiring dengan perkembangan linguistik, Aristotle (384-322 SM) menambah satu lagi pembahagian lain iaitu kata penghubung yang bermaksud semua perkataan yang tidak tergolong kepada golongan kata nama dan kata kerja itu. Aristotle merupakan sarjana yang pertama mengakui wujudnya sistem kala tense dalam bahasa Yunani yang merupakan variasi bentuk-bentuk yang sistematik, sesuai dengan konsep kala kini present dan kala lampau past. Sarjana lain iaitu Dionysius Thrax yang menjalankan kajian berdasar kepada bahasa yang betul seperti yang digunakan oleh Homer dalam puisi-puisinya. Di samping itu, Thrax pula telah menggolongkan kata kepada lapan, iaitu: kata nama, kata ganti nama, kata kerja, kata adverba, kata sendi nama, kata partikel, dan kata seru. Thrax juga telah menghasilkan buku tatabahasa Yunani yang bertajuk Tehne Grammatike yang menjadikan tatabahasa Yunani lebih standard untuk beberapa lama. Oleh demikian, kita dapat lihat dengan jelas cara Aristotle melihat nahu sebagai bahagian atau aspek logik formal telah menguasai pemikiran linguistik sesetengah sarjana. Kesannya, muncul pendekatan berbentuk tradisional dan notion.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Zaman Romawi

Sarjana Romawi asalnya tidak banyak menghasilkan karya asli tetapi mereka hanya menyadur karya sarjana Yunani dan disesuaikan pula dengan tatabahasa Latin. Mungkin itulah hasil mereka yang agung, iaitu dalam menyusun tatabahasa Latin yang berasaskan tatabahasa Yunani. Salah seorang linguis Romawi yang terkenal ialah Priscian. Tatabahasa yang ditulis oleh beliau masih dianggap standard pada masa ini walaupun telah dihasilkan pada tahun 500 Masihi dahulu. Buku tatabahasa berjudul Institutiones Grammatikae. Buku ini terdiri daripada 18 jilid dan perbincangan berkisar tentang proses pembentukan kata dan ayat. Pada umumnya, tatabahasa Priscian dapat dianggap sebagai kajian ketatabahasaan orang-orang Romawi yang representative. Hasil kajian yang dibuat oleh Priscian tentang aspek-aspek tertentu bahasa Latin dianggap lebih sistematis sekali berbanding dengan kajian yang dibuat oleh Thrax. Walau bagaimanapun, cara penggolongan kata yang dibuatnya tiada perbezaan dengan Thrax kerana masing-masing menggolongkan perkataan kepada lapan. Disebabkan peniruan model tatabahasa Yunani-Latin, telah meninggalkan satu tanggapan kepada sarjana Romawi bahawa beberapa kategori tatabahasa seperti golongan perkataan, kasus, nombor, sistem kala dan sebagainya adalah ciri-ciri yang seharusnya ada dalam semua bahasa di dunia. Tanggapan sebegini berlanjutan hingga ke zaman pertengahan. Sebagai kesimpulannya, sarjana-sarjana Latin telah membuat banyak kerja analisis tentang bahasa Latin, khususnya mengenai tatabahasanya yang kita anggap selama ini sebagai TT. Walau bagaimanapun, kajian-kajian tatabahasa mereka masih lagi mempertimbangkan persoalan falsafah, iaitu berkisar di sekitar makna (semantik) iaitu suatu hal yang menjadikan mereka pokok dan dasar analisis.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Zaman Arab

Antara sarjana Arab seperti al-Khalil (718-786 TM), al-Masri dan sebagainya telah berjaya mengungkap kemegahan dalam usaha mengkaji ilmu linguistik. Pada bahagian nahu, mereka telah menggunakan dasar paradigma dalam menganalisis bahasa. Penghuraian bahasa mereka terlalu tertakluk kepada dasar paradigma sehinggakan mereka tidak memerlukan penggolongan kata dalam bahasa Arab, cukuplah klasifikasi bahasa mereka itu dilakukan dengan merujuk bentuk paradigmanya sahaja. Tatabahasa Arab tersebut dikarang dengan lengkap yang mencakupi bidang pembentukan kata dan ayat. Sebuah ayat dikatakan terdiri daripada unsur amnah dankhabar, sama seperti subjek dan predikat. Secara ringkasnya, pada zaman Arab ini banyak penghasilan kamus kerana minat sarjana terhadap bidang kosa kata pada mulanya telah beralih kepada bidang leksikografi.

Zaman Pertengahan

Dalam abad pertengahan ini, minat orang Eropah terhadap bahasa Latin semakin menjadi-jadi. Ini kerana bahasa Latin menjadi bahasa gereja dan bahasa ilmiah. Kita terus kepada perkembangan tatabahasa untuk zaman pertengahan yang amat menarik iaitu dengan hasilnya Tatabahasa Spekulasi berupa pendekatan preskriptif. Asal perkembangan cara pemikiran seperti ini telah bermula daripada kefahaman yang penutur itu merupakan cermin dan bahasa mencerminkan kebenaran. Pemerian mereka biasanya dikenali dengan istilah modistae iaitu mereka ingin mengetahui ragam atau kepentingannya. Ahli tatabahasa modistae berusaha dalam teori menggambarkan tatabahasa. Caranya dengan menganggap bahasa Latin sebagai bahasa yang mulia. Di samping itu, terdapat bukti jelas mengenai tatabahasa aliran Port Royal yang memaparkan pendekatan berbentuk normatif. Nahu Port Royal mencari penerangan tentang fakta, meyatakan bahasa tersebut sebagai pantulan fikiran dan ini berlaku pada taakulan. Kesan yang jelas melahirkan satu era baharu yang dinamakan zaman perbandingan linguistik.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Zaman India

Perkembangan dan tradisi linguistik India tidak kurang hebatnya kerana ia merupakan pembuka jalan kepada perkembangan linguistik moden. Tradisi inilah yang membawa perubahan besar dalam perkembangan linguistik di Eropah. Pengetahuan linguistik tatabahasa di India telah bermula lebih awal daripada yang diketahui berlaku di Yunani iaitu seawal 300 SM. Kajian yang dibuat adalah tentang bahasa Sanskrit iaitu bahasa yang dianggap suci dan digunakan dalam kita Rig-Veda. Kajian yang dianggap paling lengkap ialah karya Panini yang bermula sejak kurun ke-4 SM. Kajian Panini yang mengandungi lebih kurang seribu makalah yang memperlihat gejala perkembangan ilmu linguistik struktural oleh orang-orang Hindu. Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini menampakkan rencana bahasa yang lengkap serta teliti, yakni tidak berdasarkan kepada teori falsafah melainkan berasaskan penelitian dan pemerhatian secara deskriptif sahaja. Justeru, tatabahasa Sanskrit merupakan pedoman memajukan ilmu linguistik di Eropah yang membuka jalan kepada ilmu perbandingan bahasa. Menurut Bloomfield, tatabahasa dan tatabunyi Panini bukan sahaja penghuraiannya kemas dan lengkap, malah sangat tersusun dan teratur pula. Keistimewaan tatabahasa itu terletak pada caranya dikaji, dihurai dan disusun yang berasaskan pemerhatian yang halus. Rumusannya, tatabahasa Panini telah banyak mengajar sarjana-sarjana Eropah cara-cara menganalisis bentuk-bentuk bahasa yang memperlihatkan kesamaan tertentu di antara bahasa-bahasa yang berhubungan. Penemuan dengan huraian lengkap tentang bahasa Sanskrit telah membuka kepada jalan baru kepada bidang linguistik yang dinamakan linguistik perbandingan. Orang yang bertanggungjawab

mengetengahkan hasil karya Panini ialah Sir William Jones (sekitar 1746-1794). Tanpa usaha beliau, mungkin kita tidak akan mengenali linguistik deskriptif.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Yaska, Panini, Pingala, Katyayana, Patanjali Zaman India ( 2 200 SM)

Plato, Aristotles Zaman Yunani ( bermula 300 SM)

Priscian, Appolonius Discollus, M. T. Varro Zaman Romawi ( sekitar 500 SM)

al-Khalil, al-Masri, Erasmus, Dante, Arnauld, Descartes Zaman Arab dan Zaman Pertengahan (Renaissance)

Jason Grimm, Hermann Grassmann, Karl Verner Zaman Perbandingan

Linguistik Moden Ferdinand de Saussure Abad ke-19 dan 20.

Sejarah Perkembangan Tatabahasa Tradisional

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

4.2.1

Tokoh Tatabahasa Tradisional

4.2.1.1

Tokoh Tatabahasa Tradisional Barat

Zaman Yunani

Cratylus- Plato Aristotle (384-322 SM) Tehne Grammatike -Dionysius Thrax

Zaman Romawi

Institutiones Grammatikae-Priscian

Zaman India Tatabahasa Sanskrit ciptaan Panini

4.2.1.2

Tokoh Tatabahasa Tradisional Melayu

Era Tahun 1800-1950 Bustanul Katibin (1857) Raja Ali Haji Kitab Permulaan Pertuturan Melayu (1911) oleh Abdullah bin Abd. Rahman Kitab Pelita Mengarang (1925) oleh O.T. Dussek dan Mohd Hashim bin Hj. Talib Kitab Punca Bahasa (1928) oleh Abdullah bin Talib Ilmu Mengarang Melayu (1934) oleh Zaba Jalan Bahasa Melayu (1937) oleh Dato Hj. Muhammad Said bin Sulaiman Pelita Bahasa Melayu (1940) oleh Zaba
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Contoh Tatabahasa Tradisional Zainal Abidin Ahmad (Zaba). (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 - 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Isi Penggal 1


Bab 1 Bunyi Suara Digambarkan Dengan Huruf Bab 2 Huruf Benar & Huruf Saksi Bab 3 Ejaan & Tulisan Jawi Bab 4 Ejaan Jawi Pada Perkataan Memakai Penambah Bab 5 Petua-Petua Ejaan Rumi Bab 6 Petua-Petua Ejaan Rumi (sambungan) Bab 7 Jenis-Jenis Perkataan dan Kerja-Kerjanya Bab 8 Perkataan Nama dan Gantinya Bab 9 Perkataan Perbuatan Bab 10 Perkataan Sifat Bab 11 Perkataan Sendi dan Seruan Bab 12 Perkataan Huruf-Huruf Penambah Bab 13 Perkataan Huruf-Huruf Penambah (sambungan) Bab 14 Kaedah Rangkai Kata Bab 15 Ayat-Ayat Melayu: Kejadiannya & Ikatannya Bab 16 Jenis-Jenis Ayat dan Uraiannya

Daftar Isi Penggal 2

Bab 1 Permulaan Mengarang Bab 2 Lain-Lain Latihan Membuat Ayat Bab 3 Mengarang Ayat-Ayat Tunggal Jadi Cerita: Menyambung Menyambungkannya. Bab 4 Cara-Cara Persambungan Ayat Bab 5 Memakai Tanda-Tanda Berhenti Dalam Tulisan Melayu Jawi Bab 6 Memakai Tanda-Tanda

Berhenti Dalam Tulisan Melayu Jawi (sambungan) Bab 7 Cakap Ajuk & Cakap Pindah Bab 8 Permulaan Berlatih Mengarang Bab 9 Lagi Latihan Mula-Mula Mengarang Bab 10 Perenggan-Perenggan Karangan Bab 11 Perkataan-Perkataan Pembatas Karangan Bab 12 Perkataan-Perkataan Penghabis Karangan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Daftar Isi Penggal 3


Bab 1 Bagaimana Hendak Mengarang Bab 2 Sedikit Lagi PetuaPetua Mengarang Bab 3 Kesalahan-Kesalahan Dalam Ayat Karangan Bab 4 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Bab 5 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Sendi Nama Bab 6 Cara Memakai SetengahSetengah Perkataan Sendi Nama (sambungan) Bab 7 Kecacatan Karangan Bab 8 Kecacatan Karangan (sambungan) Bab 9 Menghiasi Karangan Bab 10 Mengarang Pantun & Syair Bab 11 Mengarang Sajak, Gurindam & Seloka Bab 12 Mengarang Surat Kiriman Yang Senang-Senang Bab 13 Lain-Lain Jenis Surat Kiriman Bab 14 Memahamkan Karangan: Mengarangkan Semula Bab 15 Beberapa Teladan Karangan

Rumusan: Pelita Bahasa Penggal 1 sebenarnya merupakan tatabahasa yang menekankan aspek fonetik & fonologi, morfologi dan sintaksis. Penggal 2 & 3 menjurus kepada aspek penulisan iaitu mengarang karangan. Nahu ini sebenarnya nahu tradisional kerana acuannya adalah berdasarkan bahasa Inggeris dan sedikit-sedikit bahasa Arab. Hal ini dinyatakan oleh Zaba dalam prakata Pelita Bahasa Penggal 1-3. Nahu ini boleh dirumuskan sebagai nahu yang lengkap dan sempurna pada suatu ketika dulu sebelum aliran linguistik struktural menguasai tatabahasa Melayu pada pertengahan tahun 1960.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

4.3

Ciri-Ciri Tatabahasa Tradisional

Secara kasarnya, asas linguistik tradisional ditandai oleh beberapa ciri utama yang penting iaitu: Huraian bahasa berdasarkan makna dan logika (menurut falsafah Yunani) Penguasaan bahasa tulisan lebih daripada bahasa lisan Huraian aturan bahasa bersifat normatif dan preskriptif Jika diteliti secara mendalam, kerangka asas kajian-kajian bahasa tradisional dibuat berdasarkan bahasa tulisan. Huraian tatabahasa bersifat notion (bukan formal dan struktur) dan berdasarkan anggapan disiplin-disiplin lain yang tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya, huraian unsur-unsur bahasa menjadi tidak tepat dan tetap. Contohnya dalam tatabahasa Melayu, kata nama didefinisikan sebagai segala perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, kaki, tahun, bulan.(Zaba, 1954). Sebenarnya huraian sebegini dikatakan sebagai berbentuk notion. Kajian bahasa yang dijalankan adalah secara deduktif iaitu kajian yang menekankan pemahaman undang-undang bahasa dahulu dan selepas itu diikuti dengan misalan-misalan. Kajian bahasa yang dilaksanakannya menganggap bahawa bahasa di dunia dihurai berasaskan ciri-ciri universal (seperti logik, falsafah dan yang lainnya). Ahli bahasa tradisional berpendapat bahawa bahasa di dunia ialah variasi bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, semua bahasa dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama. Salah satu sifat nahu tradisional ialah berasaskan kepada satu model bahasa, iaitu bahasa yang ideal yang dianggap baik dan lengkap segala-galanya dan daripada model itulah diaplikasikan kaedah-kaedah penganalisisan ke dalam bahasa-bahasa lain. Biasanya model bahasa yang menjadi acuan atau pola ialah bahasa Greek dan Latin kerana nahu ini berasal daripada zaman Yunani Latin. Antara pengkaji terawal ialah Plato dan Aristotle yang mengkaji penggolongan kata dengan pemerian terhadap definisi-definisi tertentu yang pokok pangkalnya makna dijadikan analisis kajian nahu ini.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Walau bagaimanapun, tidak semua isu penggolongan kata sependapat antara para sarjana bahasa. Hal sedemikian bergantung terhadap pemerian dan kefahaman ahli bahasa dalam memerihal bahasa tersebut. Dalam nahu tradisional, seorang ahli bahasa dikatakan cuba sedaya mungkin untuk mencari unsur-unsur dalam bahasanya dan dibahagikan atau diperikan berdasarkan model bahasa tadi. Satu keadaan yang tidak praktikal atau tidak saintifik ialah tidak semua yang terdapat dalam model bahasa itu terdapat juga dalam bahasa lain. Disebabkan itu, kita akan dapati bahawa huraian atau pemerian golongan kata seolah-olah sengaja diada-adakan. Oleh demikian, dapat dirumuskan bahawa nahu tradisional masih tidak bercirikan saintifik, ia seolah-olah berusaha memerikan bahasa mengikut sesuatu model yang dijadikan pola acuan. Perkara ini menggambarkan satu bentuk bahasa peniruan. Namun apa yang pro mengenai nahu tradisional ialah sikap preskriptif yang mana akan berjaya mewujudkan peraturan berbahasa dengan betul dan tepat sepanjang bahasa itu hidup. Secara khususnya, ciri-ciri Tatabahasa Tradisional ialah: Bersifat nasional iaitu bukan formal dan struktural Percampuran teori semantik dan gramatik Ketiadaan pola contoh yang dijadikan dasar pembentukan pelbagai struktur Ketiadaan pemilihan dan pemeringkatan bahan-bahan yang disampaikan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak. Ayat-ayat dibina menggunakan konsep word building Dalam memerikan bahasa, TT bersifat preskriptif, humanistik dan normatif. Ilmu falsafah dan logika menjadi teras pegangan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

4.4

Aspek-Aspek Dalam Tatabahasa Tradisional

Dalam mempelajari bahasa Malaysia, kita juga sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur dan keadaan ini. Buku yang dikarang untuk mengajar bahasa Melayu yang dihasilkan oleh Swettenham (1886), Maxwell (1882), Winstedt (1927), dan Zaba (1965) sendiri, terang-terang didasarkan kepada tatabahasa bahasa Inggeris yang sebenarnya disadur daripada tatabahasa bahasa Latin. Zaba pula menerima unsur-unsur bahasa Arab. Umpamanya deskripsi jenis kata-katanya masih lagi mengikut golongan kata-kata Yunani, seperti yang ditiru oleh Latin kerana Zaba menerima adanya kata-kata jenis nama, perbuatan, sifat, sendi, dan seruan. Swettenham pula membincangkan unsur kala seolah-olah bahasa Melayu itu adalah suatu bahasa yang mempergunakan kala seperti bahasa Inggeris. Begitu juga Winstedt menyebut unsur bilangan, Zaba (1940/1965) pula tidak sunyi daripada masalah demikian. Dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu I, Zaba mengatakan bahawa huruf menghasilkan bunyi. Ini tidak berbeza daripada pendapat Yunani 2000 tahun dahulu, dan konsep ini masih belum berubah dalam buku Zaba.

4.5

Perbezaan antara Tatabahasa Tradisional dengan Tatabahasa Preskriptif

Tatabahasa Tradisional (TT) Bersifat mengikut tradisi. turun-temurun,

Elemen Perbezaan Definisi

Tatabahasa Preskriptif (TP) Bersifat panduan, ketetapan. menentukan ketentuan, atau atau

merujuk kepada huraian konsep preskriptif dengan penekanan kepada aspek semantik

Struktur

merujuk kepada struktur bahasa berdasarkan atau berpandukan peraturan, ketetapan. hukum dan

pengguna bahasa

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

kebiasaanya

TT

bersifatkan

Konsep

kajian tentang penggunaan kata, frasa, klausa dan ayat yang mana menekan kepada aspek betul semata-mata.

preskriptif dalam prestij dialek dari aspek sosial.

beracuan

pola

dan

kaedah

Asas Pegangan

Berasaskan memberi

TT

tetapi

lebih

tatabahasa Latin dan Yunani dan menganggap bahasa

penekanan

kepada

aspek betul mengikut peraturan tatabahasa. Penekanan Mengutamakan peraturan

tersebut mulia dan agung. Mengutamakan aspek makna dan semantik sebagai asas

mengenai rumus penggunaan tatabahasa yang betul sahaja. Pendekatan Merupakan daripada pendekatan dalam TT. yang sebahagian pendekatandigunakan

kepada sintaksis. Prinsip tatabahasa umum yang mengamalkan pendekatan preskriptif dan nosional.

Bertujuan memberi pemahaman asas mengenai pembinaan

Tujuan

bertujuan melahirkan masyarakat yang menggunakan bahasa yang tepat sama ada lisan mahupun tulisan tanpa mengelakkan kekeliruan.

struktur bahasa.

diaplikasi pada tatabahasa lain

Konsep 2

penentuan kaedah baku sebagai rujukan, pedoman dan pegangan.

Tidak

menunjukkan

dengan

Sudut Aplikasi

Dapat diaplikasikan dalam aspek bahasa: ejaan, tatabahasa, semantik, sebutan dan laras.

jelas sudut pengaplikasiannya. Hanya jelas pada ejaan,

tatabahasa dan makna. Pelita Bahasa Contoh Karya

Tatabahasa Dewan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

4.6

Pengertian Linguistik Moden

Linguistik bolehlah didefinisikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa (J. Lyons 1968). Istilah saintifik itu bermaksud bahawa dia menggunakan eksperimen terkawal yang mengandungi faktor-faktor variabel yang telah ditentukan dengan secara objektif. Perkaedahannya juga diterangkan supaya hasilnya dapat diberi verifikasi. Jadi, kajian saintifik ini hendaklah empirikal, khusus, dan objektif (F. Dinneen 1967:4). Ini bermaksud bahawa linguistik itu adalah satu bidang ilmu yang lengkap dengan teori dan perkaedahannya, dan ketepatan hasilnya boleh diuji. Jadi, bidang linguistik tidaklah merupakan sesuatu yang hanya dihasilkan menurut agakan, tekaan atau emosi seseorang penulis sahaja. Dalam pelbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ilmu bahasa atau kajian ilmiah mengenai bahasa (Matthews 1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English (2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut: The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,

comparative linguistics, and structural linguistics.

Disiplin yang mengkaji bahasa manusia secara saintifik dan sistematik dikenali sebagai linguistik. Ronald W. Langacker mendefinisikan linguistik sebagai the study of human language. David Crystal (1873) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. Kamus Dewan (Edisi Ketiga : 1994) memberikan pengertian linguistik sebagai kajian saintifik tentang bahasa dan perkara-perkara yang berkenaan bahasa. Jelaslah bahawa disiplin linguistik merupakan ilmu yang menerapkan kajian yang empirik, analitis, objektif, dan saintifik tentang sesuatu bahasa.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Justeru moden di sini merujuk kepada permulaan sejarah linguistik yang baharu setelah linguistik tradisional beralih arah kepada linguistik struktural yakni sekitar kurun ke-19 hingga ke-20. Linguistik moden juga dikenali dengan linguistik deskriptif yang diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure yang menjadi pengasas dan pendukung dalam perkembangan linguistik moden. Ketokohan beliau sebagai bapa linguistik moden telah terbukti melalui penemuan-penemuan konsep dan pendekatan baru dalam bidang pengkajian bahasa secara moden. Linguistik moden lahir apabila para sarjana mula melihat bahasa daripada perspektif penuturnya (Simpson 1980). Mereka melihat bahasa daripada perspektif sinkronik berbeza dengan perspektif dikronik yang menjadi amalan ahli-ahli linguistik pada abad ke-19. Perubahan pendekatan ini merujuk kepada idea Ferdinand de Saussure dalam buku yang terkenal selepas kematiannya, ditulis oleh anak muridnya Cours de linguistique generale (de Saussure, 1916). Beliau tidak lagi melihat bahasa sebagai satu entiti yang dilihat daripada luar dalam perubahannya mengikut masa, tetapi melihat bahasa daripada dalam, sebagai satu sistem (langue). Sistem memperlihatkan potensi bahasa sebagai pilihan kepada penutur untuk mengeluarkan ujaran. Potensi ini dilihat daripada hubungan paradigmatik, iaitu hubungan antara lambang dalam sistem secara mengufuk. Berdasarkan ciri inilah Saussure melihat bahasa daripada perspektif penuturnya, kerana daripada sudut penutur yang mengungkapkan pada ketika itulah sistem pilihan itu penting. Oleh itu, dirumuskan bahawa linguistik moden ialah satu peralihan linguistik tradisional kepada linguistik struktural yang mana perubahan pengkajian bahasa secara menyeluruh. Ini dapat diteliti dalam Bab 5 : Tatabahasa Struktural

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

4.7

Rumusan Tatabahasa Tradisional

Pendekatan Nahu Tradisional Dalam era teknologi moden, seseorang mungkin tertanya- tanya: mengapa perlunya cara-cara moden itu buat seseorang? Apakah pula yang salah dengan yang lama iaitu pendekatan tradisional? Kenapa mazhab tatabahasa Nesfieldian harus dibuang; apakah demikian juga nasibnya hasil-hasil kajian kesarjanaan Jespersen dan Fowler? Apakah pula bagusnya pandangan Bloomfield, Pike atau Halliday yang berbeza-beza daripada pandangan tatabahasa tradisional? Adakah tatabahasa baru ini ditimbulkan dengan hasrat semata-mata menangkis dan menentang pandangan yang lama, atau yang terdahulu? Inilah antara persoalan yang harus dijawab dengan yakin, dan selagi kita belum begitu yakin dan pasti bahawa tatabahasa tradisional itu benar-benar mengandungi kelemahan dan kekurangan, kita tidak semestinya perlu menerima tatabahasa moden semudah yang disangkakan.

Apa salahnya dengan tatabahasa tradisional?


Sekiranya tatabahasa tradisional telah menyediakan pemerian menyeluruh yang memuaskan tentang sebarang atau mana-mana bahasa, tidak perlulah rasanya kita beralih kepada tatabahasa baru. Akan tetapi, ianya tidak demikian kerana tatabahasa tradisional sememangnya mempunyai kelemahan asas yang agak ketara di kalangan pemerhati yang sensitif. Antara kelemahan yang pernah ditemui adalah sebagaimana yang dibincangkan di bawah ini: 1. Pemerian bahasa dalam tatabahasa tradisional sebahagian besarnya berdasarkan pada pemerian bahasa Yunani, Latin dan bahasa-bahasa di India yang telah berkembang daripada kajian-kajian yang dibuat terhadap bahasa Sanskrit. Bahasa Latin merupakan bahasa yang dicirikan oleh sistem infleksi, tetapi bahasa Inggeris bukan daripada bahasa berinfleksi yang tinggi, kebanyakannya bergantung pada susunan dan fungsi kata. Tidak semua kategori yang didapati dalam bahasa Sanskrit terdapat dalam bahasa Tamil. Kita tentunya tidak boleh menghuraikan suatu bahasa
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

mengikut penghuraian bahasa yang lain, setiap bahasa harus dihuraikan mengikut istilah yang tersendiri.

2. Definisi lazim bagi lapan golongan kata tidak memadai dan tidak memuaskan. Kesemuanya tidak jelas dan berputar-putar, dan tidak ada kriteria tunggal yang dapat digunakan untuk klasifikasi. Kata nama diberi definisinya sebagai nama bagi orang, tempat dan benda. Dalam ayat Merah adalah warna yang saya suka, kata [merah] adalah suatu kata nama, tetapi ia tidak dapat memberi definisi mengikut pengertian orang, tempat atau benda. Oleh sebab itu, kita akan mengatakan bahawa [merah] merupakan adjektif yang digunakan sebagai kata nama. Adjektif diberi pengertian mengikut apa yang ia lakukan atau tugasnya itu menerangkan kata nama atau ia memperluas makna dan menyempitkan penggunaan kata nama. Kata nama diberi pengertian mengikut maksud apa dia. Dalam hal [merah] tadi, berlaku klasifikasi silang dan tidak pula terdapat asas yang baik untuk pendefinisian [berlari] yang dikatakan kata kerja kerana ia menunjukkan suatu perbuatan. Tetapi terdapat juga nama untuk sesuatu perbuatan itu seperti up dalam bahasa Inggeris yang menunjukkan arah. Apakah ini harus dikelaskan sebagai kata nama?

3. Pergerakan atau peralihan daripada makna kepada fungsi dalam pendefinisian bukan sahaja bagi golongan kata tetapi juga bagi klausa telah menimbulkan kekeliruan. [Mereka harus mengampunkan anak kami yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini] Dalam ayat ini, jika [yang] dianggap sebagai kerana dia, maka klausa yang tidak melakukan kesalahan sebelum ini akan dikelaskan sebagai klausa adverbial sebabakibat; tetapi jika [yang] dianggap ganti nama relatif yang menerangkan kata nama anak kami, klausa selepasnya itu akan dikelaskan sebagai klausa adjektif. Dalam ayat; [Dialah adik saya yang menceritakan tentang berita tersebut] yang menceritakan tentang berita itu menerangkan adik saya. Dalam hal ini ia adalah klausa adjektif; ia juga dapat menerangkan dialah. Dalam hal ini juga ia dianggap klausa nama yang berfungsi sebagai komplemen kepada dialah. Di sini berlaku dua fungsi dan oleh itu menimbulkan konflik.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

4. Klasifikasi kadang-kadang tidak menentu (eratik) Kita ambil sahaja ayat:[Kami bergantung pada dinding yang sedang dalam pembinaan] Kita akan bertanya, Bagaimanakah kita hendak menghuraikan klausa yang sedang dalam pembinaan dalam hubungan tersebut? Masalah makna boleh wujud kerana boleh menimbulkan ketaksaan. Ayat itu boleh bermaksud Kami bergantung pada dinding yang sedang dibina atau Kami bergantung pada pembinaan dinding sekarang.

5. Semua ini menimbulkan masalah keseluruhan sikap tradisional terhadap bahasa dan tatabahasa. Walaupun sesetengah ahli tatabahasa menganggap tatabahasa sebagai identifikasi golongan kata dan analisis ayat, pada umumnya tatabahasa diberikan maksud sebagai kajian bahasa yang betul. Tatabahasa tidak dianggap kajian bahasa dan dialek secara deskriptif, tetapi sebaliknya merupakan disiplin preskriptif dan proskriptif. 6. Disebabkan kekeliruan dalam pendefinisian subjek ayat dan kasus dalam ayat, subjek dapat diklasifikasikan sebagai subjek gramatikal, subjek nasional, subjek eliptis, subjek apositif, subjek frasa, subjek klausa dan sebagainya.

7. Dalam tatabahasa tradisional, pertimbangan tidak diberikan kepada fonologi. Ini kerana tatabahasa tersebut gagal menyelesaikan masalah ketaksaan sedangkan ia dapat diterangkan dengan mengaitkan fonologi.

8. Sebagai tambahan, semua masalah ketaksaan nahuan juga telah diabaikan dalam nahu tradisional. Dalam ayat seperti Dia bercadang mengambil bas untuk ke Kelantan, Dengan cara berjalannya sahaja, kita sudah mengetahui siapa dia dan Dia mengetahui banyak maklumat tanpa kajian, hubungan dalaman dapat menunjukkan sebab-sebab untuk ketaksaan dalam nahu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

9. Nahu tradisional merupakan sumber maklumat yang kaya. Banyak contoh dikemukakan di dalamnya tetapi nahu sebenar (prinsip-prinsip dan proses pembinaan ayat) perlu ditentukan oleh pembaca yang bijak pandai. Bagi setiap rumus, terdapat banyak kekecualian. Apabila kekecualian didapati lebih daripada yang seragam dalam bahasa, bagaimanakah kita dapat mempelajari bahasa tersebut? Lebih pelik lagi ialah, semasa otak pelajar menemui keseragaman dalam apa yang dipanggil kekecualian, ahli bahasa menjadi bingung untuk menerangkan kebenaran tersebut. Di manakah kebenaran yang dikatakan nahu itu, sedangkan unsur yang tidak seragam masih merupakan sifat bahasa yang dipelajari itu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 5

TATABAHASA STRUKTURAL (TS)

Sejarah pertumbuhan Tatabahasa Struktural sering dikaitkan dengan pertumbuhan linguistik empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada awal tahuntahun 1930-an. Ia berkembang antara tahun-tahun 1940-an hingga pertengahan tahuntahun 1950-an. Sekarang kita meneliti beberapa kriteria penting mengenai tatabahasa struktural.

5.1

Definisi Tatabahasa Struktural

TS mempunyai konsep yang berupa penghuraian (description). Oleh itu, aliran TS menekankan bahawa tatabahasa: is concerned with the observable forms, structural functions and inter-relations of the components of sentences of stretches of utterance (Robins, 1971). Maksud dalam bahasa Melayu lebih kurang begini merangkumi bentuk-bentuk maujud, fungsi struktural dan hubungan saling perkaitan antara komponen-komponen ayat dalam rantaian pertuturan.

5.2

Sejarah Perkembangan Tatabahasa Struktural

Ahli-ahli Prague Linguistic Circle tahun 1929 menggunakan istilah structuralism yang membawa pengertian bahawa bahasa bagi tiap-tiap bangsa terdiri daripada satu struktur unit-unit yang berhubungan. Tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk mengkaji unsur-unsur bukan sahaja sebagai struktur-struktur yang berasingan tetapi sebagai satu keseluruhan sistem. Dalam tahun-tahun empat puluhan dan lima puluhan, muncul tokoh-tokoh bahasa seperti Bloch, Harris, Wells dan Hocket yang membawa pengertian metodologi mereka. Aliran ini digelar Struktural, Taxonomist dan Bloomfieldian. TS seringkali dikait dengan era Linguistik Moden, hal demikian kerana ahli-ahli bahasa memberi tumpuan kepada linguistik deskriptif. Antara tokoh yang menjadi pengasas teori deskriptif ialah Ferdinand de Saussure. Ferdinand menjadi tersohor kerana hasil karyanya dibukukan oleh murid-muridnya yang mana buku tersebut dikenal
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

dengan nama Course in general Linguistics. Sesesungguhnya Ferdinand ialah orang pertama yang mengasaskan ilmu linguistik moden. Ferdinand menyatakan bahasa mempunyai jirim dan bentuk. Dengan itu lahirlah TS yang menekan kepada aspek sistem dan unsur-unsur huraian bahasa secara mendalam. Aliran Ferdinand berkembang dengan pelbagai mazhab tertubuh antaranya ialah mazhab Geneva, Draha dan Glosematik. Sementara itu di Amerika, L. Bloomfield, Franz Boas dan Edward Sapir juga banyak menurut langkah Ferdinand. Seorang lagi ahli linguistik Amerika yang terkenal ialah Z.S. Harris menjalankan kajian linguistik secara struktur. Usaha Harris jelas terpapar dalam buku berjudul Structural Linguistics (1951). Dalam bukunya itu, Harris didapati sangat mementingkan langkah-langkah dan kaedah yang patut dijalankan untuk mengkaji tatabahasa. Pada pertengahan tahun 1950-an, suatu perkembangan baharu yang dibawa oleh Noam Chomsky iaitu Tatabahasa Tranformasi Generatif telah mengambil alih pengaruh TS. Kita akan meneliti sejarah TTG dalam bab akan datang.

Akhiran Zaman Linguistik Tradisional

Zaman Linguistik Perbandingan

Zaman Linguistik Moden (Ferdinand de Saussure)

Geneva

Draha

Glosematik

(Franz Boas, L. Bloomfield, Edward Sapir, Z. S Harris)

Sejarah Perkembangan Linguistik Struktural


Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

tagmemik ( K.L. Pike, R.C. Longacre) L. Bloomfield tatabahasa stratifikasi ( S. M. Lamb) Z. S. Harris E. Sapir

O. Jesperson L. Tesniere

N. Chomsky- tatabahasa transformasi generatif

F.de Saussure

J. R. Firth & Mazhab London ( C. F. Bazell, R. H. Robins) Peringkat Awal Mazhab Prague ( N.S. Truhetskoy, R. Jakobson, J. Vachek) Mazhab Geneva (C. Bally A. Sechehaye, H. Frei) Mazhab Copenhagen ( I. Hjelmslev-glossematics) Mazhab Moskow

tatabahasa sistemik ( M. A. K. Halliday) Peringkat Kemudian Mazhab Prague ( F. Daries, J. Firbas)

S. K. Shanmayan dan tatabahasa aplikasi

Mazhab-mazhab Linguistik dan Tokoh-tokoh Utama ( Dipetik daripada Allerton, 1970)


Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

5.2.1

Tokoh Tatabahasa Struktural

5.2.1.1

Tokoh Tatabahasa Struktural Barat

Ferdinand de Saussure - Course in general Linguistics L. Bloomfield Language (1933) Edward Sapir Language (1881)

Z.S. Harris - Structural Linguistics (1951)

dan ramai lagi lagi.

5.2.1.2

Tokoh Tatabahasa Struktural Melayu

Era Tahun 1960-an

Antara buku tatabahasa aliran Struktural di Malaysia ketika itu ialah: Asmah Hj. Omar (1968) Morfologi - Sintaksis, Bahasa Melayu (Malaya) dan Bahasa Indonesia Satu Perbandingan Pola. Asmah Hj. Omar dan Rama Subbiah (1968) An Introduction to Malay Grammar Asmah Hj. Omar (1970) Bahasa Malaysia Kini: Satu Pengenalan Melalui Struktur (Buku 1-V) Asraf (1971) Mari Belajar Bahasa Kita

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Contoh Tatabahasa Struktural Asmah Hj. Omar. (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Isi Pendekatan Morfem dan Penambah Kata Kata Nama Pembentukan Kata Nama Berlapis Pembentukan Kata Nama Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Ganti Nama Kata Bilangan Kata Kerja dan Kata Kerja Leksikal Kata Kerja Bantu Pembentukan Kata Kerja Berlapis Kata Sifat Pembentukan Kata Sifat Berlapis Pembentukan Kata Sifat Berlapis dengan Penambah Pinjaman Kata Nafi Kata Supraayat: pun, juga, jua, pula, sahaja Kata Adverba Partikel dan Penghubung Kata Majmuk
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Penggandaan Frasa Frasa Nama Frasa Bilangan Frasa Kerja Frasa Sifat Frasa Preposisi Frasa Adverba Klausa Ayat Ayat dan Sistem Ayat dan Modus

Rumusan: Hasilan nahu Asmah Omar dilihat berunsurkan aliran struktural. Ini jelas apabila beliau menyatakan kaedah yang digunakan berdasarkan teori sistemik-fungsional, dari aliran Linguistik London. Ini kerana asas linguistik Asmah berpangkal daripada Universiti of London di mana beliau mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 1969. Pemerian beliau terhadap nahu secara bersistem. Maksudnya kajian bahasa Melayu dihuraikan dari tingkat bawah iaitu morfem kepada tingkat paling atas iaitu ayat dari segi skala tatatingkat dalam nahu. Penghuraian nahu beliau lebih cenderung kepada deskriptif iaitu mengkaji dan menghurai segala bentuk gejala bahasa sebagaimana ia wujud dan digunakan oleh penuturnya. Asmah juga banyak menerangkan secara terperinci aspek morfologi dan sintaksis secara mendalam.

5.3

Ciri-Ciri Tatabahasa Struktural

Fokus pengkajian TS ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asasnya tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur tersendiri. Sekarang kita teliti dahulu ciri-ciri bahasa yang dibawa aliran struktural ini: Bahasa ialah pertuturan bukan tulisan Bahasa ialah satu sistem Sistem bahasa ialah arbitrari Bahasa adalah untuk perhubungan

Seperti yang dinyatakan di atas, aliran struktural menekankan pertalian struktur tersendiri, maka kajian bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat tatabahasa iaitu mofologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam struktur ayat. Pada peringkat sintaksis, aliran struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituennya dan
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

selanjutnya mengaitkan tiap-tiap konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula dengan yang lain. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (Immediate Constituent Analysis). (Fries, 1957). Secara khususnya. Ciri-ciri Tatabahasa Struktural ialah: Mementingkan bentuk atau struktur yang sebenarnya terdapat dalam sesuatu bahasa, justeru makna tidak diambil kira. Tidak mencampuradukkan ciri-ciri bahasa yang lain. Tidak bertitik tolak daripada ciri-ciri semantik yang terkandung dalam sesuatu unsur tatabahasa. Tidak ada tatabahasa universal atau tatabahasa sejagat. Menghindari faktor berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizik. Kajian dibuat secara objektif dan saintifik dengan bukti yang tepat dan betul.

Rumusannya, aliran struktural lebih menekan terhadap konsep struktur permukaan kerana dengan jelasnya ia berkaitan tingkah laku, bentuk dan struktur sesuatu bahasa.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

5.4

Unsur dan Unit Yang Membentuk Struktur Dalam Tatabahasa Struktural

Urutan Tingkat 1 2 3 4 5 6 7

Unit Nahu Ayat Klausa Frasa Kata Morfem Fonem Fon FONOLOGI MORFOLOGI SINTAKSIS

Tatatingkat Unit Nahu Struktural

Jadual di atas menggambarkan satu skema yang dapat menerangkan dengan jelas urutan tatatingkat yang disebut itu, bermula dengan unit yang paling besar atau atas, iaitu ayat dan berakhir dengn unit paling kecil, morfem. Skema tatatingkat unit-unit nahu di atas menunjukkan peringkat dalam konteks memperkatakan nahu. Tiap-tiap peringkat itu diisi atau diwakili oleh unsur atau unit nahu, yang merupakan ayat, klausa, frasa, kata dan morfem. Dari skema itu dapat dilihat bahawa ayat menduduki peringkat paling atas dan dengan itu ayat dikatakan unit nahu yang paling besar disebabkan semua unit nahu lain terangkum di dalamnya. Ini bermakna dalam kajian nahu, tidak ada peringkat yang lebih atas daripada ayat. Semua penelitian akan bertumpu pada peringkat paling atas itu. Begitu juga hal dengan peringkat paling bawah dalam struktur nahu, morfem yang menempati dan merupakan unit nahu yang paling kecil. Pada peringkat fonem dan fon, keadaan ini terpisah menjadi satu kajian lain dan tidak termasuk dalam analisis tatabahasa. Kajian nahu struktural dipaparkan dengan berpandukan skema di atas.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

5.5

Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Tatabahasa Struktural

Sebelum kita mengerti konsep asas tatabahasa struktural, kita mengenali dulu dua istilah penting dalam aliran struktural. Secara umum, struktur bermaksud suatu kesatuan yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang secara fungsional bertalian antara satu sama lain. Jika dilihat dari sudut unsur pembentukan, maka pengertian struktur dapat dibatasi sebagai bahagian-bahagian dari sesuatu barang atau hal yang lebih besar yang secara fungsional bertalian satu sama lain. Sistem boleh dianggap sinonim dengan pengertian struktur seperti yang dikemukakan di atas adalah perangkat kaedah-kaedah yang ditaati atau dituruti oleh penutur-penutur asli suatu bahasa tanpa disedari pada saat ia mempergunakan bahasa itu. Jadi sistem lebih menekankan kepada aturan atau kaedah-kaedahnya. Oleh sebab tatabahasa merangkumi dua bidang, morfologi dan sintaksis yang saling berkaitan, maka pendekatan struktural mencadangkan maksud morfologi itu diketahui terlebih dahulu. Morfologi ialah bidang yang mengkaji unit-unit minimal yang bermakna, bentuk dan polanya digabungkan untuk menerbitkan kata. Prosedur penemuan ini dikenali sebagai morfemik. Morfem hendaklah dikenal pasti sebagai unit terkecil yang mempunyai makna dalam bahasa. Sesetengah ahli bahasa menghuraikan morfem sebagai unsur pola nahu terkecil yang berulang-ulang kejadiannya dan meninggalkan makna terkeluar daripada definisi. Perbezaan antara kata read dan reads dalam bahasa Inggeris adalah minimal, tetapi perbezaan antara read dan readers (read + er + s) adalah bukan minimal. Oleh sebab itu konsep tentang binaan kata daripada kata perlulah jelas. Morfem merupakan bentuk kelas yang mempunyai makna yang sama, yang bukan tersebar secara konstratif, sama ada dalam persekitaran yang saling eksklusif atau dalam variasi bebas. Alomorf merupakan salah satu daripada morfem. Pada bahagian sintaksis pula ia lebih kepada analisis konstituen terdekat. Untuk itu, boleh rujuk kepada sub-topik di bawah iaitu Analisis Konstituen Terdekat untuk mendapat pemahaman lebih lanjut.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

5.5.1

Pengenalan Analisis Konstituen Terdekat

Lebih satu dekad selepas terbitnya Language oleh Bloomfield, Rulon Wells berusaha untuk memperbaiki alat yang digunakan oleh Bloomfield, iaitu konstituen terdekat (immediate constituents). Tujuannya ialah untuk memberikan teori sistematis dan bersepadu tentang penentuan konstituen bagi setiap ujaran. Selain itu, tujuan asas analisis konstituen terdekat ialah untuk menganalisis setiap ujaran dan setiap konstituen kepada urutan bebas yang maksimum. Tugas analisis konstituen terdekat merupakan tugas yang bukan sahaja menghuraikan kejadian ujaran, tetapi juga menghuraikan apakah konstituen yang membentuk ujaran tersebut. Sekarang kita meneliti definisi konstituen terdekat yang dinyatakan oleh Abdullah Hassan (1980) bahawa merupakan unsur yang secara langsung mempunyai hubungan untuk mendirikan sesuatu konstruksi (binaan). Kita mencari konstituennya mengikut peringkat demi peringkat. Hubungan konstituen ini kebiasaannya dalam bahasa lisan ditandai dengan intonasi tertentu. Terdapat dua cara penentuan konstituen terdekat iaitu ciri penggantian dan ciri perluasan. Contoh analisis konstituen terdekat: Adik tidur awal malam tadi

Bapa

Alia

makan

bihun

goreng

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Bapa Alia Bapa Alia Saya Saya

makan makan makan minum

bihun goreng laksa laksa

Ciri Penggantian dan Ciri Perluasan

Adalah jelas bahawa jenis tatabahasa ini bukan sahaja bermaksud pengeluaran ayat-ayat; tetapi ia hanya suatu prosedur untuk mencari dan menentukan unit-unit. Dalam usaha mencari dan menentukan struktur unit-unit linguistik iaitu ayat atau kata, kita dapat membahagikannya kepada dua komponen bergantung pada darjah penggugusan. Pembahagian binari seperti ini berlaku dengan jayanya pada semua aras, dan pembahagian ini menunjukkan hierarki penstrukturan. Contohnya adalah seperti di bawah:

Budak lelaki itu membunuh ular kapak.

itu

membunuh

budak

lelaki

ular

kapak

Kesukaran memang timbul di mana-mana dalam analisis tatabahasa. Walaupun demikian, analisis konstituen dapat dianggap pendekatan yang berguna dalam usaha menghuraikan bagaimana morfem-morfem dan kata saling berhubungan antara satu dengan yang lainnya dalam pengucapan. Seluruh pengucapan dapat digambarajahkan menggunakan analisis jenis ini, gambar rajah yang terhasil nanti dipanggil pohon konstituen. Rujuk gambar rajah di atas.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Rumusannya, teknik analisis konstituen didapati banyak gunanya dari aspek menunjukkan kepada kita betapa struktur sesuatu ayat boleh diwakili sebagai jajaran binaan mengikut tatatingkat berdasarkan pembahagian kepada dua (binari). Di bawah merupakan satu cara menganalisis ayat menggunakan konstituen terdekat dengan pemaparan bahasa Melayu sebagai datanya.

5.5.1.1

Analisis Konstituen Terdekat

Ayat terdiri daripada konstituen-konstituen. Dua daripada konstituen terbesar dalam sesuatu ayat ialah konstituen subjek dan konstituen predikat, yang dikenali juga sebagai frasa subjek dan frasa predikat. Subjek dan predikat ini pula dapat dipecahpecahkan kepada konstituen-konstituen yang lebih kecil iaitu perkataan-perkataan.

Binaan sesuatu ayat dapat dilihat sebagai terdiri daripada konstituen-konstituen kecil ini yang kemudiannya bergabung untuk membentuk konstituen-konstituen yang lebih besar. Perhatikan ayat berikut:

Budak itu sedang mendengar lagu.

Dalam ayat ini, dua konstituen terbesar iaitu budak itu (subjek ayat) dan sedang mendengar lagu (predikat ayat). Subjek ayat dapat dipecahkan kepada dua konstituen kecil iaitu budak dan itu, manakala predikatnya dapat dipecahkan kepada konstituenkonstituen mendengar lagu dan sedang. Konstituen mendengar lagu pula dapat dipecahkan kepada mendengar dan lagu. Secara grafik, pemecahan ayat di atas

kepada konstituen-konstituen dan hubungan antara konstituen-konstituen itu dapat digambarkan seperti yang berikut:

[Budak itu] Budak itu

[sedang mendengar lagu] sedang mendengar lagu

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Analisis ayat seperti ini, iaitu yang melihat hubungan antara konstituen-konstituennya disebut analisis konstituen terdekat. Analisis konstituen terdekat boleh dibuat pada

peringkat frasa dan juga ayat. Beberapa contoh:

Peringkat Frasa

guru

sekolah

rendah

belum

membaca

buku

masih kecil

pada

waktu itu

dari

pusat sumber

sekolah

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Peringkat Ayat

Kami guru dari

institut pendidikan.

Rumah di atas

bukit itu

rumah

Puan Nadia.

Pintu depan

asrama sekolah

masih tertutup.

Sebenarnya teknik analisis ini mempunyai beberapa kelemahan yang menimbulkan masalah. Masalahnya adalah berkaitan dengan semantik. Namun bukan semua masalah ini tidak dapat diselesaikan oleh teknik analisis konstituen terdekat, tetapi peranan intuisi seharusnya dielakkan agar tidak terlibat atau terkait dalam analisis. Disebabkan hal sedemikian, tatabahasa transformasi generatif cuba mengatasi dengan menggunakan rajah pohon melalui penggunaan rumus. Kita akan menyelusuri penggunaan teknik analisis rajah pohon dalam Bab 6: Tatabahasa Transformasi Generatif untuk melihat perbezaan cara menganalisis ayat.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

5.6

Rumusan Tatabahasa Struktural

Tatabahasa Struktural juga dikenali sebagai aliran deskriptif. Aliran ini diperkenalkan oleh Ferdinand de Saussure sebagai Bapa Linguistik Moden. Sebenarnya istilah strukturalisme mendukung maksud pendekatan analisis bahasa yang memberikan perhatian yang eksplisit dan khusus kepada pelbagai unsur bahasa sebagai struktur dan sistem. Pendekatan yang bersifat sinkronik serta pegangan yang membezakan langue dan parole menghasilkan aliran ini. Ahli-ahli bahasa terdahulu meninggalkan aspek-aspek sejarah bahasa dan penyelidikan bersifat diakronik lalu menumpukan terhadap aspekaspek sinkronik bahasa. Jika diteliti kepada perkembangan linguistik, memang jelas aliran struktural mendapat pengaruh yang mendalam seperti wujudnya pelbagai mazhab. Bahasa pada dahulu kala menjadi bahan kajian sejak zaman berzaman. Sarjanasarjana lampau seperti Plato, Stoic dan Aristotle sering membincangkan asal usul dan sifat-sifat bahasa. Tradisi ini berlanjutan hingga ke abad 19 - 20. Dalam bidang tatabahasa, penyelidikan terhadap bahasa Yunani dan Romawi menimbulkan konsep preskriptif iaitu tradisi yang menekankan aspek penggunaan bahasa yang betul sahaja. Justeru itu lahirlah pelbagai kajian terhadap tatabahasa dengan mengambil kira pendekatan berupa notion, normatif dan tradisional. Tradisi ini berkembang dan mempengaruhi kegiatan kebahasaan seluruh dunia. Pendekatan struktural berupa pendekatan sejarah (diakronik) yang disebabkan pengaruh bidang fizik mekanistik dan teori evolusi biologi, maka pendekatan dalam bidang ilmu bahasa condong ke arah menganalisis bahasa dari segi sejarah yang selaras. Kajian ini lebih bersifat ilmiah dan empiris dengan fakta-fakta yang penting dan jitu untuk dijadikan bahan kajian. Aspek penting dalam strukturalisme ialah sosial dan formal. Dengan sosial dimaksudkan tujuan utama pendekatan ini yang digunakan bagi menghuraikan bagaimana bahasa itu benar-benar digunakan oleh penuturnya. Formal pula diertikan sebagai semua keputusan dibuat berdasarkan bukti-bukti empirikal berasaskan sains.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Jadi kemunculan teori struktural adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat di atasi atau terjawab oleh aliran tradisional. Di samping itu, perubahan mendadak kajian bahasa yang selama ini berkisar terhadap sinkronik dilihat beralih kepada diakronik. Perubahan kajian menunjukkan betapa pegangan tradisional memperlihat kelemahan yang besar justeru aliran ini berusaha untuk membaiki dan memaparkan bahan data secara empirikal. Melalui aliran struktural inilah pelbagai pendekatan muncul dalam memerikan tatabahasa antaranya formal, tagmemik, struktur, tingkatan, kasus, glosematik, skala kategori, sistemik fungsional, stratifikasi dan pelbagai lagi. Aliran tatabahasa transformasi generatif juga pada permulaannya mendapat pengaruh struktural, namun disebabkan terdapat beberapa kelemahan mewujudkan teori baharu dalam mengatasi permasalahan ini. Tatabahasa Transformasi Generatif kita akan teliti pada bab seterusnya. Secara umumnya, pendekatan utama tatabahasa struktural ialah deskriptif iaitu penghuraian segala kemungkinan yang berlaku dalam sesuatu bahasa. Hal ini berbeza dengan tatabahasa tradisional yang mementingkan preskriptif. Perbezaan pendekatan inilah mewujudkan aliran struktural pada abad ke-19.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 6

TATABAHASA TRANSFORMASI GENERATIF (TTG)

Teori Tatabahasa Transformasi Generatif mula diperkenalkan dalam bidang linguistik pada tahun 1957 oleh Noam Chomsky melalui buku beliau yang bertajuk Syntactic Structures. Lapan tahun kemudian terbit pula buku berjudul Aspects of the Theory of Syntax iaitu buku yang telah menghuraikan nahu transformasi dengan eksplisit dan formal. Teori ini terkenal kerana kelainan yang diperlihatkan iaitu penggunaan rumus semacam rumus matematik. TG mendapat sambutan dan seterusnya menjadi popular di kalangan para linguis seantero dunia. Ini dapat dilihat dengan perkembangan disiplin Fonologi Generatif, Semantik Generatif dan sebagainya.

6.1

Definisi Tatabahasa Transformasi Generatif

Menurut Chomsky (1965), nahu terdiri daripada seperangkat (set) rumus untuk menghasilkan ayat yang tidak terhad jumlahnya. Nahu ini menganalisis bahasa berdasarkan korpus-korpus dan bertujuan untuk memudahkan seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa itu dapat membentuk ayat-ayat baru dan memahami pertuturan orang lain yang tidak pernah didengarnya. Tatabahasa Transformasi Generatif diasaskan oleh Noam Chomsky yang menganggap nahu sebagai a device of some sort for producing the sentences of the language under analysis, iaitu menganalisis bahasa (ayat-ayat) secara generatif dengan penggunaan simbol-simbol untuk membentuk tatabahasa setepat mungkin bagi menerbitkan ayat-ayat yang bersesuaian sebanyak mungkin. Dalam teori standard TG seperti yang terdapat dalam Aspects, nahu dibahagikan kepada tiga komponen, iaitu:

I. II. III.

sintaksis semantik fonologi

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.2

Sejarah Perkembangan Tatabahasa Transformasi Generatif

Sebelum tahun 1957, penganalisisan tatabahasa yang terkenal adalah melalui aliran tradisional yang berbentuk notion dan aliran struktural yang berbentuk formal. Aliran struktural yang dipelopori oleh Ferdinand de Saussure dan L. Bloomfield dengan mendasarkan konsep konstituen terdekat. Oleh sebab terdapat pelbagai kelemahan dalam aliran ini, maka timbullah kesedaran untuk memperbaikinya. Tatabahasa transformasi mula-mula diperkenalkan oleh Noam Chomsky melalui disertasinya untuk mendapat gelaran doktor falsafah dalam bidang bahasa berjudul Transformal Analysis. Dua tahun kemudian, beliau telah melahirkan bukunya Syntatic Structure. Buku yang dilahirkan dalam tahun 1957 ini merupakan hasil kajian beliau yang penting dan dalamnya terdapat garis-garis pendekatan Tatabahasa Transformasi Generatif. Dalam tahun 1965, Chomsky memperluas perbincangannya melalui buku Aspect of the Theory of Syntax dan kemudian membicarakannya sekali lagi dalam buku berjudul Language and Mind pada tahun 1968. Hasil penulisannya telah diterima oleh rakan-rakannya di Institut Technology Massachussetts (MIT), Amerika. Chomsky dan rakan-rakannya memperkenal aliran tatabahasa ini di kalangan ahli-ahli bahasa dan pelajar-pelajar bahasa. Aliran ini bukan sahaja berkembang di Amerika, malah pengaruhnya telah menular ke negara-negara Eropah. Tatabahasa ini tidak terhenti di negara-negara Eropah tetapi telah menular juga ke Asia Tenggara. Di negara kita, pengaruh tatabahasa ini jelas kelihatan dalam buku Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu yang ditulis oleh Lufti Abas pada tahun 1971. Abdullah Hassan, dalam bukunya Linguistik Am (1980) ada menerangkan sedikit sebanyak tentang konsep-konsep tatabahasa ini dan juga menghuraikan dengan jelas komponen-komponen nahu transformasi. Itulah serba sedikit permulaan TTG menular ke Malaysia. Dan sekarang jelas menunjukkan TTG mendapat tempat kerana pengaruhnya masih kuat dengan pelbagai pembaharuan terhadap teori-teori TG misalnya Teori Kuasaan dan Tambatan, Teori Kasus, Teori Theta, Teori Kontrol dan sebagainya.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.2.1

Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif

6.2.1.1

Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Barat

Noam Chomsky- Aspect of the Theory of Syntax

Jackendoff (1971), Halle (1973), Siegel (1974), Aronoff (1976), Allen (1978) dan lainlain.

6.2.1.2

Tokoh Tatabahasa Transformasi Generatif Melayu

Era Tahun 1970 - 2009

Antara buku tatabahasa aliran TG di Malaysia ialah: Lufti Abas (1971) Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu Abdullah Hassan (1980) Linguistik Am Nik Safiah Karim et al. (1991) Tatabahasa Dewan Mashudi Kader (1981) The Syntax of Malay Interrogatives Nik Safiah Karim (1978) Bahasa Malaysia Syntax Ramli Hj. Salleh (1995) Sintaksis Bahasa Melayu: Penerapan Teori Kuasaan dan Tambatan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Contoh Tatabahasa Transformasi Generatif Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj Musa, Abdul Hamid Mahmood. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Daftar Isi
Bahagian Sejarah dan Variasi Bahasa Bab 1 Sejarah Ringkas Bahasa Melayu Bab 2 Variasi Bahasa Melayu

Bahagian Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab 3 4 5 6 7 8 9 10

Morfologi Morfologi:Satu Pengenalan Pembentukan Kata Golongan Kata Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas Pembentukan Perkataan Baharu

Bahagian Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab Bab 11 12 13 14 15 16 17 18 19

Sintaksis Sintaksis: Satu Pengenalan Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi Nama Ayat Ayat Tunggal Ayat Majmuk Proses Penerbitan Ayat

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Rumusan: Berdasarkan tatabahasa pegangan yang menjadi sumber rujukan penting terhadap prasarana pendidikan di Malaysia khususnya merangkumi sekolah rendah hinggalah ke institusi pengajian tinggi. Tatabahasa ini dilihat bersifat aliran transformasi generatif. Ini terbukti Nik Safiah Karim mendapat Ijazah Kedoktoran di Universiti Ohio, Amerika pada tahun 1975. Farid M. Onn di Universiti of Illinois pada tahun 1976. Berdasarkan aliran linguistik transformasi generatif yang bermula di Amerika, bukti penerimaan penuh terhadap aliran ini justeru golongan ini secara terang-terangan menolak cara atau kaedah pegangan aliran lain. Misalnya kata adverba hanya dimasukkan atas pelabelan Kamus Dewan sahaja. Di samping itu, nahu ini dikatakan bersifat preskriptif terhadap struktur pasif dan pengimbuhan perkataan pinjaman. Antara lain ialah penggunaan bahasa pada tahap struktur permukaan dan struktur dalaman. Rumusannya, nahu ini melibatkan dua aspek bahasa iaitu morfologi dan sintaksis.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.3

Komponen Yang Membentuk Struktur Dalam Transformasi Generatif

Representasi Semantik

Komponen Semantik

Rumus Struktur Frasa (RSF)

STRUKTUR DALAMAN

Leksikon atau kamus

Rumus Transformasi

STRUKTUR PERMUKAAN

Komponen Fonologi

Representasi Fonetik

Tatabahasa Model Generatif

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4

Konsep-Konsep dan Kajian Tentang Transformasi Generatif

Ada beberapa istilah yang menyatakan konsep-konsep asas TTG iaitu generatif, kreatif, eksplisit, gramatis dan transformasional. Perkara ini tidak akan dibincangkan kerana ia memerlukan satu huraian yang terperinci, oleh itu saya hanya mengambil konsep yang utama sahaja dalam menerangkan TTG ini. Terdapat dua konsep utama yang diambil kira iaitu kemampuan dan perlakuan berbahasa dan struktur dalaman dan struktur permukaan. Kita akan mengkaji kedua-dua konsep penting di bawah ini.

6.4.1

Kecekapan dan Perlakuan Berbahasa

Menurut teori ini, pemusatan terhadap kajian bahasa terletak pada pengetahuan penutur asli yang memungkinkan membentuk serta memahami ayat-ayat. Pengetahuan ini dikenali sebagai kecekapan berbahasa, yang ada pada setiap penutur asli sesuatu bahasa. Kecekapan ini ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit yang dengannya penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami pelbagai ayat dalam bahasanya. Menurut Chomsky (1957), tiap-tiap penutur dan pendengar itu mempunyai dua bahagian bahasa, iaitu kecekapan dan perlakuan. Kecekapan ini (tatabahasa) berada di dalam otak sedangkan perlakuan boleh dilihat di luar otak dalam bentuk penerbitan dan pemahaman, iaitu apa yang diterbitkan dan apa yang difahami. Kecekapan dapatlah diertikan sebagai satu sistem rumus-rumus dalam otak yang mampu menerbitkan kalimat-kalimat yang tidak terbatas jumlahnya. Kecekapan merupakan pengetahuan penutur mengenai bahasanya dan pengetahuan ini terdiri daripada satu sistem rumus-rumus. Sistem rumus-rumus inilah juga yang merupakan inti TTG. Jadi, kecekapan ini penting sebagai asas untuk menghasilkan ujaran atau penggunaan bahasa, khususnya dalam bentuk ayat. Perlakuan (performance) pula berlaku pada dua medan iaitu medan Wernicke dan medan Broca untuk proses penerbitan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Oleh itu, diingatkan kembali dua istilah penting dalam nahu ini ialah: Competence (kecekapan atau pengetahuan), iaitu ilmu atau pengetahuan bahasa yang implicit yang ada pada seseorang. Performance (perlakuan), iaitu prestasi seseorang dalam menggunakan bahasa yang diketahuinya pada keadaan yang sesuai dan tepat.

Rumusannya, ahli-ahli nahu ini cuba melihat tingkat pengetahuan bahasa seseorang melalui kebolehannya menggunakan bahasa tersebut.

Skema Kecekapan dan Perlakuan (sumber: Simanjuntak, 1988b)

Kecekapan

Perlakuan Teori Kecekapan (TG)

Organisasi intelek rohani

Prinsip-prinsip dasar Pemerolehan Bahasa (jagat-jagat linguistik) (tatabahasa sejagat)

Unsur-unsur bahasa dan rumus-rumusnya

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.2

Struktur Dalaman dan Struktur Permukaan

Konsep kewujudan dua peringkat struktur ayat ini pertama kalinya diperkenalkan pada tahun 1957 oleh seorang ahli bahasa Amerika, bernama Noam Chomsky. Beliau mengemukakan suatu teori bahasa yang baharu yang dikenali sebagai teori tatabahasa transformasi-generatif setelah beliau tidak berpuas hati dengan tatabahasa struktral. Sebagaimana yang dinyatakan, teori TTG mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Pertama, jenis rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat-ayat pada peringkat dalaman dan jenis kedua dikenali sebagai rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat hingga membawa kepada peringkat permukaan. Pada peringkat struktur dalaman, iaitu struktur yang biasanya mengandungi bentuk ayat dasar atau ayat inti yang diperlukan untuk membentuk asas makna ayat, atau dengan kata lain, membentuk semantik ayat. Kedua, peringkat struktur permukaan, iaitu struktur ayat yang biasanya telah mengalami perubahan (transformasi) daripada struktur dalamannya, dan merupakan bentuk ayat yang akan sebenarnya diucapkan oleh si penutur, dan yang diperlukan untuk ditafsirkan oleh bahagian bunyi bahasa, yang dinamai komponen fonologi. Apabila terdapat suatu ayat daripada jenis struktur permukaan yang berasal daripada dua struktur dalaman atau lebih, maka akan wujud keadaan ketaksaan ayat. Apabila terdapat dua jenis ayat permukaan yang berasal daripada hanya satu struktur dalaman, maka akan berlaku pula ayat-ayat yang bersifat parafrasa. Teori TG mengandaikan bahawa kedua-dua rumus nahu ini sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu. Untuk memudahkan kefahaman kita terhadap kedua-dua struktur ini, lihatlah contoh di bawah:

Ayat Dasar (struktur dalaman)

Encik Ali guru.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Ayat Transformasi (struktur permukaan)

Encik Ali bukan guru. Encik Alikah guru? Siapakah Encik Ali? Encik Ali ialah guru di Sekolah Menengah Ismail Petra. Guru itu Encik Ali.

Struktur permukaan terhasil apabila kita mengujarkan sebutan untuk ayat berkenaan. Ini meliputi representasi fonetik. Ayat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya, ayat penegas dan seumpamanya. Itulah sebab mengapa TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat. Untuk pemahaman lebih lanjut, kita perlu menguasai konsep ayat dasar dan ayat terbitan kerana perkara ini membolehkan ayat digeneratif secara gramatis. Jika penguasaan terhadap perkara ini diremehkan, justeru akan menjejas atau menjadi bahasa itu kacau-bilau keadaannya. Contoh yang jelas apabila penutur asing cuba menggunakan bahasa Melayu ketika berbicara dengan bangsa Melayu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3

Rumus Sintaksis

Rumus Sintaksis terbahagi kepada dua iaitu: Rumus Struktur Frasa Rumus Transformasi

6.4.3.1

Rumus Struktur Frasa

Rumus struktur frasa terletak pada komponen dasar untuk menghasilkan deskripsi struktur yang seterusnya menghasilkan bentuk ayat dasar atau ayat inti. Dengan kata lain, rumus-rumus ini berfungsi untuk melahirkan rajah-rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis (subjek, objek, predikat, dan sebagainya) antara berbagai-bagai bentuk kata yang terdapat pada sesuatu ayat dasar. Rumus struktur frasa dalam bahasa Melayu secara ringkas boleh mengandungi unsur-unsur berikut:

(1) A (2) S (3) P

S+P FN FN FK FA FS

(4) FN

(BiL) + (Penj Bil) + (Gel) + KNInt + <KNInt> + (Pen) + (Pent)

(5) FK

(KB)+

KKtr + {Obj / AKomp} KKttr + {Pel / AKomp}

+ (Ket)

(6) FA

(KB) + (KPeng)+ Adj + (Ket) + (AKomp)

(7) FS

(KB) + SN + (KNArah) +FN +{ (AKomp) / (Ket)}

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Rumus-rumus struktur frasa di atas boleh melahirkan rajah-rajah pohon, seperti yang berikut: (1). A

FN

FN

(2).

FN

FK

(Pent)

KN

(KB)

KK

KKtr

FN

KN

(Pent)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Rajah pohon di atas kemudian mengalami suatu proses yang disebut penyisipan leksikon untuk menjadikannya seperti yang berikut:

FN

FK

(Pent)

KN

KK

KKtr Si Abu KN menonton

FN

(Pent)

cerita

itu

Yang terbentuk ialah satu representasi sintaksis atau ayat yang merupakan struktur dalaman. Bentuk itu dianggap struktur dalaman oleh sebab tidak serupa dengan bentuk ayat permukaan atau ayat yang sebenarnya dituturkan atau ditulis. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa seperti yang di atas kemudian akan menjadi input kepada komponen yang mengandungi rumus transformasi. Rumus-rumus transformasi itu berkuasa untuk menggugurkan unsur kata, menambah unsur kata dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3.2

Rumus Transformasi

Kita meneliti dahulu konsep ayat terbitan yang berkait dengan rumus transformasi ini. Penerbitan ayat bermaksud hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis iaitu melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa Melayu penerbitan ayat ini dapat dilakukan proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman. Oleh itu dapat diringkaskan bahawa:

RUMUS TRANSFORMASI Berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa menjadi input kepada rumus transformasi menukar pola atau struktur ayat membawa kepada struktur permukaan. Struktur permukaan ditafsir oleh bahagian bunyi bahasa atau kompenan fonologi. Proses transformasi melibatkan proses pengguguran, penyusunan semula atau perluasan.

Di bawah ini merupakan tiga proses transformasi iaitu proses pengguguran, penyusunan semula dan peluasan. Kita teliti satu persatu proses demikian untuk mendapat kefahaman serba-sedikit mengenai rumus transformasi.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3.2.1

Proses Pengguguran

Proses transformasi pada struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu dalam binaan ayat pada peringkat struktur permukaan.

6.4.3.2.1.1

Pengguguran Frasa Nama sebagai Subjek b) A A

a)

P Transformasi

FN

FK

pengguguran

FN

FK

Roslan

jemput masuk

jemput masuk

a) Roslan jemput masuk.

b) Jemput masuk.

6.4.3.2.1.2

Pengguguran Frasa Predikat A A A

a)

KH

FN

FK

FN

FK

Hakimah

sudah bertunang

dan

Najib

sudah bertunang

Transformasi pengguguran frasa predikat frasa kerja yang sama

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

b) A A A

KH

FN

FK

FN

FK

Hakimah

dan

Najib

sudah bertunang

Ayat yang terhasil adalah seperti berikut: Hakimah dan Najib sudah bertunang.

Pengguguran frasa predikat lain: i) Predikat frasa nama a) Janah pemain hoki. Farhana pemain hoki. b) Janah dan Farhana pemain hoki.

ii) Predikat frasa adjektif a) Zila sangat rajin. Dila sangat rajin. b) Zila dan Dila sangat rajin.

iii) Predikat frasa sendi nama a) Baju Nadia di ampaian. Seluar Mimi di ampaian b) Baju Nadia dan seluar Mimi di ampaian.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3.2.1.3

Pengguguran Frasa Nama yang Mendahului Frasa Relatif A S P

a)

FN

A1 sahabat saya gadis itu berbaju hitam

gadis itu

b) S

A P

FN

Rel sahabat saya

yang berbaju hitam

6.4.3.2.1.4

Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai Inti dalam Frasa Nama.

a) S

A P

FN

FK

KN Inti kegiatan

Pen bersenam

boleh menyihatkan badan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

b) S

A P

FN

FK

KN Inti

Pen bersenam

boleh menyihatkan badan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3.2.2

Proses Penyusunan Semula

Proses penyusunan semula mengubah susunan bentuk perkataan dalam ayat asal dan diterbitkan satu struktur ayat gramatis yang baru. Hal ini mengakibatkan perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu dan penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan tanpa mengubah makna ayat.

6.4.3.2.2.1

Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Subjek A S P

a)

FN

FK

Izyan

KK

FN

meN-

jual

batik Terengganu

transformasi pasif

b) S

A P

FN

FK

Batik Terengganu itu

KK

FN

di-

jual

oleh

Izyan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3.2.2.2

Penyusunan Semula Frasa Nama sebagai Objek A S P

a)

FN1

FK

Priscilla

KK

FN2

FN3

menghadiahi Nurul seutas rantai

transformasi susun semula b) S A P

FN1

FK

Priscilla

KK menghadiahkan

FN2

FS

seutas rantai

KS

FN3

kepada Nurul
6.4.3.2.2.3

Penyusunan Semula melalui Ayat Songsang

Ayat yang mengandungi keterangan tempat, masa, syarat dan seumpamanya boleh disongsangkan apabila keterangan itu hendak difokuskan a) Reha bertolak ke Sungai Petani semalam. b) Semalam Reha bertolak ke Sungai Petani. c) Bertolak Reha ke Sungai Petani semalam.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3.2.3

Proses Peluasan

Proses peluasan melibatkan penambahan unsur-unsur dalam ayat baru. Unsur-unsur ini boleh terdiri daripada frasa nama dan penggunaan kata hubung.

6.4.3.2.3.1

Peluasan Frasa Nama sebagai Subjek A S P

a)

FN

A1 kekasih saya S FN P FA

gadis itu

gadis itu

cantik

transformasi relativisasi

b) S

A P

FN

FN

gadis yang cantik itu

kekasih saya

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3.2.3.2

Peluasan Frasa Predikat

a) S

A P

FN1 KN Hafiz KK membelai

FK FN2 FN A2

kucing itu

kucing itu comel

transformasi relativisasi

b) S

A P

FN1

FK

FN2

KN

KK

Hafiz

membelai

kucing yang comel itu

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.4.3.2.3.3

Peluasan dengan Kata Hubung

Penggabungan ayat yang mempunyai konstituen yang sama dengan kata hubung a) Farah pergi ke pasar b) Farah membeli ikan = Farah pergi ke pasar untuk membeli ikan.

6.4.3.2.3.4

Peluasan melalui proses komplementasi

a) Nabil memberitahu kami b) Jamuan hari raya ditangguhkan. = Nabil memberitahu kami bahawa jamuan hari raya ditangguhkan.

Itulah beberapa contoh proses transformasi yang diterangkan secara kasar tanpa huraian. Buku yang sesuai untuk merujuk proses rumus transformasi ialah Tatabahasa Dewan dan Linguistik Am. Penerangan rumus transformasi diterangkan dalam bahagian bab 10 dalam sub-tajuk ayat terbitan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.5

Analisis Rajah Pohon

Maklumat yang disampaikan melalui analisis konstituen terdekat yang digunakan dalam tatabahasa struktural dapat juga disampaikan melalui analisis rajah pohon. Rajah pohon menggambarkan ayat sebagai sebuah pohon dengan dua cabang utama, iaitu subjek dan predikat, yang mempunyai dahan dan ranting, yang merupakan unsur-unsur atau konstituen dalam ayat.

Konstituen-konstituen dalam sesebuah rajah pohon dikenali melalui binaan masing-masing, iaitu sama ada jenis frasa atau golongan kata tertentu. Berikut ialah beberapa singkatan bagi nama-nama frasa dan perkataan yang digunakan dalam analisis:

A S P FN FK FA FS KN

= = = = = = = =

ayat subjek predikat frasa nama frasa kerja frasa adjektif frasa sendi nama kata nama

KK KA KS KB

= = = =

kata kerja kata adjektif kata sendi nama kata bantu kata penentu kata ganti nama kata arah kata penguat

KPen = KGn = KAr KP = =

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Dengan menggunakan konsep pohon dan singkatan-singkatan lambang di atas, berikut ialah analisis rajah pohon. Contohnya: Budak itu sedang mendengar lagu.

FN

FK

KN

KPen

KB

KK

KN

Budak

itu

sedang mendengar lagu

Ayah saya pegawai polis. A

FN

FN

KN

KGn

KN

KN

Ayah

saya

pegawai

polis

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Ibu dari dalam bilik. A

FN

FS

KN

KS

KAr

KN

ibu

dari

dalam

bilik

Adik rakan kami sangat malas. A

FN

FA

KN

FN

KP

KA

KN

KGn

Adik rakan

kami

sangat

malas

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

6.6

Rumusan Tatabahasa Transformasi Generatif

Teori TTG merupakan satu teori linguistik yang lengkap dan menyeluruh merangkumi semua komponen bahasa seperti sintaksis, semantik, fonologi, dan merangkumi faktorfaktor bukan linguistik untuk melengkapi komponen semantik yang terkenal dengan nama REST (Revised Extended Standard Theory). Teori ini lahir atau wujud hasil daripada usaha seorang pelajar linguistik yang bernama Noam Chomsky. Teori ini diperkenalkan pada tahun 1957 melalui buku yang berjudul Syntactic Structures yang juga dikenali Tatabahasa Transformasi Klasik. Buku ini merangkumi tujuan teori-teori linguistik dan dasar-dasar menilai sesuatu tatabahasa. Kemudian, disusuli dengan Aspect of the Theory of Syntax (1965) yang mana Chomsky menyempurnakan teori mengenai sintaksis dengan menambah beberapa perubahan baharu. Namun pada tahun 1972, satu pembaharuan dibuat dengan menamakan Extended Standard Theory dan menjadi Revised Extended Standard Theory pada tahun 1975. Pembaharuan lain yang dibuat oleh Chomsky dengan menghasilkan satu teori yang dikira lebih baik daripada terdahulu dengan nama Government and Binding Theory (Teori Kuasaan dan Tambatan) pada tahun 1981. Terakhir teori ini diperbaiki dengan nama The Minimalist Program pada tahun 1995. Jadi kemunculan teori TG adalah untuk mengatasi atau memberi jawapan kepada persoalan-persoalan atau kelemahan-kelemahan yang tidak dapat diatasi atau terjawab oleh aliran struktural. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa tatabahasa transformasi generatif asasnya ialah rasionalis dan mentalis. Asas Linguistik Tranformasi Generatif (Rasionalis/Mentalis) Bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau aturan. Rumus-rumus tatabahasa secara psikologi merupakan hakikat bahasa Manusia secara istimewa dilengkapi keupayaan mempelajari bahasa (APB, iaitu alat pemerolehan bahasa atau LAD, iaitu language acquition device) Bahasa yang hidup ialah bahasa yang dapat menjadi wadah untuk manusia berfikir.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 7

PEMBENTUKAN KATA BAHASA MELAYU

7.1

Definisi Pembentukan Kata

Apabila kita membicarakan mengenai pembentukan kata, kita dapat melihat kata dari segi unsur-unsur yang membentuknya, yakni unsur-unsur yang bagaimana dan juga hubungan paradigmatik antara unsur-unsur berkenaan. Unsur-unsur yang mendirikan kata adalah morfem dan penelitian tentang gabungan morfem menjadi kata itulah yang dikenal sebagai morfologi. Morfem terbahagi kepada dua kumpulan iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Sebenarnya morfem bebas ialah bentuk yang sama dengan kata. Misalnya, kita perhatikan kata pendidikan. Kata ini terdiri daripada unit-unit yang lebih kecil iaitu pen, didik, dan kan. Daripada ketiga-tiga unit ini, makna satu unit ialah didik. Bentuk didik ialah sebuah morfem bebas dan juga kata serta boleh berdiri sendiri. Dua unit lagi iaitu pen dan kan adalah morfem terikat kerana tidak boleh berdiri sendiri. Morfem bersifat abstrak yang tidak boleh didengar atau diujarkan. Kita menyoroti konsep kata berlandaskan aliran sistemik-fungsional sebagai permulaan untuk membincangkan pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu. Menurut Asmah Hj. Omar (2008), kata ditakrifkan sebagai unit nahu yang merupakan unsur dalam frasa dan boleh berdiri sendiri sebagai ayat minimal. Terdapat pelbagai aliran yang cuba menghuraikan proses ini antaranya, aliran sistemik-fungsional bagi Asmah Hj. Omar, aliran tagmemik untuk Abdullah Hassan dan aliran transformasi generatif bagi golongan Nik Safiah Karim. Dalam hal ini, proses morfologi yang dirasakan sesuai dari mana-mana aliran akan digunakan bagi menjelas pembentukan kata dalam bahasa Melayu.
7.2 Bidang Morfologi meliputi aspek:

Penggolongan Kata

Proses Pembentukan Kata

Bentuk Kata Terhasil


Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.3

Perbandingan Penggolongan Kata di Antara Para Sarjana

Apabila kita melihat dan meneliti golongan perkataan bahasa Yunani dan Romawi, maka sudah jelas bahawa golongan-golongan perkataan yang digunakan dalam bahasa Melayu banyak meminjam konsep yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana tersebut. Sebagai permulaannya, Aristotle (384-322 SM) membahagikan perkataan kepada 10 golongan. Usaha beliau seterusnya diperbaiki oleh Dionysius Thrax (100 SM) dalam buku berjudul Techne Gramatike (Kaedah Menggunakan Bahasa) yang menjadi batu asas kepada mendeskripsi tatabahasa semua bahasa Eropah selepas itu. Beliau menggolongkan perkataan kepada 8 golongan. Tatabahasa Yunani kemudian disadur oleh tatabahasa Romawi. Priscian (6 M) menggolongkan perkataan kepada 8 golongan dalam buku yang dikenali Institutiones Grammaticae (Asas Tatabahasa). Bagi golongan perkataan bahasa Inggeris., R. Quirk dan S. Greenbaum (1973) membahagikan perkataan kepada dua iaitu kumpulan A (kata nama, kata adjektif, kata kerja, kata adverb) dan kumpulan B (kata article, kata tunjuk, kata ganti nama, kata sendi, kata hubung dan kata seru) Sekarang kita membandingkan lima karya besar tatabahasa Melayu bermula dari karya W. Marsden (1812) yang mana beliau membahagikan perkataan kepada tiga golongan iaitu: Kata Namaan, Kata Kerjaan dan Kata Partikel. Satu hal yang menarik mengenai karya beliau ialah tidak perlunya meniru golongan-golongan perkataan bahasa-bahasa Eropah seperti yang dibuat oleh Zaba. Ada juga pengaruh kajian Marsden terhadap kajian Asmah Hj. Omar namun ternyata kajian Asmah Hj. Omar lebih rinci dan menyeluruh. R.O. Winstedt menulis buku tatabahasa The Malay Grammar (1927). Winstedt sebenarnya banyak menyadur konsep-konsep golongan perkataan yang sudah wujud dalam bahasa Inggeris yang sebenarnya diserap daripada bahasa Yunani-Romawi. Beliau membincangkan unsur kala dalam mendeskripsi kata kerja, namun dalam bahasa Melayu unsur tersebut tidak wujud. Namun demikian, kajian Winstedt membuat satu persepsi jelas dan tepat terhadap golongan perkataan bahasa Melayu. Winstedt membahagikan perkataan kepada dua golongan besar iaitu Golongan Major dan Golongan Minor. Golongan Major terdiri daripada Kata Namaan, Kata Adjektif dan Kata
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Kerjaan. Bagi Golongan Minor terdapat enam sub-golongan iaitu Ganti nama, Angka, Kata Keterangan, kata Sendi dan Kata Depan, kata Hubung serta Kata Seru. Pada tahun 1947, Zaba menerbitkan Pelita Bahasa Melayu 1. Zaba cuba mendeskripsi tatabahasa Melayu menggunakan pola acuan tradisional yakni gabungan tatabahasa Inggeris dengan Tatabahasa Arab. Beliau menggunakan istilah jenis perkataan untuk golongan perkataan. Dengan pendekatan demikian, beliau

menghasilkan lima jenis atau golongan kata iaitu Nama, Perbuatan, Sifat, Sendi dan Seruan. Suatu perkara menarik tentang golongan perkataan yang dibuat oleh Zaba ialah keasliannya dalam mencuba menghasilkan sesuatu yang betul-betul bercirikan bahasa Melayu dengan berdasarkan nahu Inggeris dan Arab. Kajian yang dilakukan oleh Asmah Hj. Omar (1968) dilihat lebih saintifik berbanding usaha-usaha terdahulu. Perkataan-perkataan tidak digolong berdasarkan semantik semata-mata tetapi melihat kepada fungsi tatatabahasa. Bertitik tolak dari itu, beliau membahagikan perkataan Penggolongan perkataan oleh Asmah ternyata lebih terperinci dan meluas berbanding usaha Marsden, Winstedt dan Zaba. Di dalam buku Nahu Melayu Mutakhir (1993), golongan perkataan ini diperlakukan dengan lebih terperinci dengan melakukan pelbagai semakan dan penambahbaikan. Malah golongan kata adjektif yang terdapat dalam Tatabahasa Dewan dikatakan dimanfaatkan daripada Nahu Melayu Mutakhir. Empat orang sarjana linguistik iaitu Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Abdul Hamid Mahmood dan Hashim Musa yang menyusun Tatabahasa Dewan (Ayat) pada 1986 dan (Perkataan) pada 1987. Edisi seterusnya mencantumkan kedua-dua bahagian menjadi Tatabahasa Dewan (2004) dan kemudian disemak pada tahun 2005 bagi menghasilkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008). Tatabahasa Dewan merupakan tatabahasa pegangan. Hal ini selaras dengan KPM dan IPTA yang sepakat menjadikan TD sebagai tatabahasa pegangan menggantikan Pelita Bahasa Melayu 1 yang sudah tidak relevan lagi dengan peredaran zaman. TD menggolongkan perkataan kepada empat golongan iaitu 3 golongan major yakni kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Satu golongan minor ialah kata tugas di mana terdapat satu penambahan kemasukan kata adverba sebagai keperluan pelabelan dalam Kamus Dewan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Rumusannya, kajian atau deskripsi penggolongan kata yang dibuat dalam TD tidak banyak berbeza daripada persepsi Marsden (1812), Winstedt (1927) dan Asmah Hj Omar (1968). Malah dapat dikatakan golongan perkataan ini tidak lari daripada penggolongan perkataan yang dibuat oleh sarjana Yunani-Romawi namun hanya pendekatan kriteria sahaja yang membezakan penggolongan perkataan tersebut diaplikasi ke dalam bahasa Melayu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Penggolongan Perkataan

Zaman Greek

Zaman Romawi Thrax Priscian & Donatus Nama

Zaman Pertengahan Modistae

Zaman Perbaharuan Lyly & Jonson

Abad ke-18 hingga 20

Plato

Aristotle

Stoics

Lowth, Murray dan lain-lain Nama Kata Sifat Kata Ganti

Nama Nama Nama

Nama Kata Ganti Kata Sandang Partisip

Nama

Nama

Kata Sandang

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Ganti

Kata Sandang

Kata Kerja

Kata Kerja

(Participle) Kata Kerja

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Partisip Kata Kerja Adverba Kata Depan Kata Penghubung Kata Seru

Kata Kerja

Tak dapat digolongkan ke dalam mana-mana golongan Kata Penghubung

Adverba Kata Depan Kata Penghubung

Sumber: Disesuaikan dari buku R.D. King, Historical Linguistics and Generative Grammar, Prentice Hall Inc. Englewood, 1969.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Penggolongan Perkataan di Malaysia Mengikut Aliran Linguistik

Tradisional R.O. Winstedt

Struktural

Transformasi Generatif Nik Safiah Karim et. al.

Raja Ali Haji

W. Marsden

Zaba

Asmah Omar

Asraf

Abdullah Hassan

Kata Nama

Namaan Golongan Major

Nama

Nama

Kata Nama

Kata Nama

Kata Nama

Harf (Kata Partikel)

Partikel

Sifat Sendi Golongan Minor Seruan

Kata Tugas

Kata Adjektif Kata Sendi Kata Hubung

Kata Adjektif Kata Tugas

Kata Adjektif

Kata Tugas Kata Partikel Kata Kerja Kata Adverba Kata Kerja Perbuatan Kerjaan Kerjaan Perbuatan

Kata Kerja Kata Keterangan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4

Pembentukan Kata Bahasa Melayu

Berdasarkan Abdullah Hassan (2006), ada empat proses morfologi yang berlaku dalam bahasa Melayu iaitu pengimbuhan, penggandaan, pemajmukan dan

pengakroniman. membentuk

Proses ini dilakukan kepada bentuk dasar. Dasar ini akan apabila mengalami proses pengimbuhan, bentuk yang

imbuhan

digabungkan dengan bentuk perkataan lain akan menghasilkan proses pemajmukan. Begitu juga yang terjadi bagi proses penggandaan dan pengakroniman. Ditegaskan bahawa bentuk dasar boleh terdiri daripada satu kata akar atau kata terbitan. Kata terbitan ini pula boleh terdiri daripada kata berimbuhan, kata ganda, kata majmuk dan kata akronim.

7.4.1

Proses Pengimbuhan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unitunit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998), morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu. Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan), sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Pengimbuhan

Awalan Kata Nama peN-, pel-, per-, ke-, maha-, tata-, pra-, sub-, eka- dan dwi-. Kata Kerja meN-, memper-, ber-, be-, bel-, ter- dan di-. Kata Adjektif ter-, se-, dan te-.

Akhiran Kata Nama -an, -wan, -wati, -man, isme, -in, -at, dan ah. Kata Kerja -kan, dan i.

Apitan Awal dan Akhir Kata Dasar pe-..-an, me-...-kan, ke- ..-an dan sebagainya.

Sisipan

Sisipan di Tengah Perkataan. -el, -em, -er, dan in.

Rajah 7.1 : Pengimbuhan Sumber: Diubah suai daripada Ramli Md. Salleh (2007) dalam Linguistik Melayu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4.1.1

Pengimbuhan

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) imbuhan dimaksudkan dengan unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang

menyebabkan perubahan makna nahunya. Berdasarkan Fromkin dan Rodman (1998), morfem boleh dibahagikan kepada akar dan imbuhan. Morfem afiks atau imbuhan hanya terdiri daripada morfem terikat sahaja. Seperti yang telah ditegaskan oleh Abdullah Hassan (2006), pengimbuhan ialah proses membentuk perkataan melalui proses imbuhan. Ini dilakukan dengan mencantumkan imbuhan kepada kata dasar. Imbuhan dalam bahasa Melayu mempunyai tiga fungsi iaitu membentuk kata terbitan, mengubah golongan kata dan mencipta perkataan baharu. Pengimbuhan juga satu proses menerbitkan kata dengan memberikan atau mencantumkan imbuhan dengan kata dasar. Melalui proses ini, akan terhasil kata terbitan. Terdapat empat jenis imbuhan atau afiksasi dalam bahasa Melayu iaitu awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Katamba (1993) secara umum menyatakan tiga jenis afiks (imbuhan) iaitu prefiks (awalan), sufiks (akhiran) dan infiks (sisipan) .

7.4.1.1.1

Awalan

Awalan juga dikenali sebagai prefiks. Istilah ini berasal dari bahasa Latin praefixus yang bererti melekat (fixus) sebelum sesuatu (prae). Alwi (1998) menyatakan bahawa prefiks merupakan imbuhan yang ditempatkan di bahagian hadapan kata dasar. Awalan digunakan di awal atau pada posisi kata dasar seperti per-baik, me-lawan, ber-buah, dan lain-lain lagi. Bentuk imbuhan awalan hanya boleh digunakan untuk kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Ada tiga imbuhan awalan nama, iaitu peN-, pe- dan ke-. Konklusinya, awalan adalah imbuhan yang hanya berlaku pada posisi awal kata dasar sahaja. Contoh proses binaan awalan ialah:

[ pe - +

lawak]

awalan

dasar kata

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Contohnya adalah seperti berikut:

Awalan Kata Nama Bentuk pe pem Maksud orang atau benda yang melakukan perbuatan dan kerja berlaku apabila dicantumkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf b, f, v, p. menunjukkan pekerjaan, sifat, alat, ukuran dan sesuatu yang abstrak. berlaku apabila dicantumkan dengan kata dasar yang bermula dengan huruf vokal dan g, h, kh. kekecualian orang atau benda menjadi tumpuan maksud dalam kata dasar maksud ahli atau orang yang terlibat secara langsung dengan maksud kata dasar paling besar, tinggi, teragung peraturan atau susunan sebelum menjadi syarat satu dua Contoh pekebun, pelaut, peladang, pesawah, pekedai pembesar, pembaca, pembajak, pembelot, pemburu pencuri, penjaja, pendengar, pentadbir, pentafsir penggali, penghantar, pengkaji, pengurus, pengasuh pengecat, pengebom, pengetin ketua, kekasih, kekanda juruterbang, juruwang, jurubahasa, jururawat mahasiswa, maharaja, mahaguru tatabahasa, tatacara, tatasistem prakata, prasejarah, prasyarat, prasekolah, prauniversiti ekabahasa, ekawarna, ekafungsi dwibahasa, dwifungsi, dwikelas

pen -

peng penge ke -

juru maha tata pra eka dwi-

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Awalan Kata Kerja Bentuk me Maksud bermula dengan cantuman kata dasar l, m, n, ng, my, r, w, y, p, t, k, s. melakukan perbuatan dan menyatakan keadaan melakukan sesuatu melakukan sesuatu kekecualian melakukan perbuatan dan menyatakan keadaan melakukan perbuatan dicantumkan dengan kata kerja transitif atau tak. dijadikan lebih atau bertambah Contoh melihat, melawat, merawat, melompat, melombong

mem men meng mengememper ber ter diper -

membaca, membesar, membawa, membilang mendaki, mencari, mencuri, mendayung menghijau,mengkritik, mengkaji mengebom, mengecat, mengetuk mempersuami, memperlebar, memperkotak-katik berlari, berbuah, berfikir termakan, terambil, terminum diperoleh, diperisteri, diperlambat

Awalan Kata Adjektif Bentuk terse Maksud keadaan paling, perbandingan keadaan yang sama Contoh terkecil, terbesar, tertinggi, terkurus sehodoh, secantik, senipis, setebal

7.4.1.1.2

Akhiran

Sufiks atau akhiran merupakan imbuhan yang digunakan pada bahagian belakang kata dasar. Menurut Alwi (1998) istilah ini berasal dari bahasa Latin suffixus yang memberi makna melekat (fixus) di bawah (sub). Berdasarkan Wikipedia Indonesia, sufiks merujuk kepada afiks yang dibubuhkan pada akhir sebuah kata contoh ialah -nya. Manakala Abdullah Hassan (2006) menyebut akhiran adalah imbuhan yang berlaku pada posisi akhir kata dasar. Rumusannya, akhiran adalah imbuhan yang berada dibahagian belakang sesuatu kata dasar sahaja. Akhiran dalam bahasa Melayu hanya wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan sahaja.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Akhiran Kata Nama Bentuk -an -wan -man -wati -isme -in -at -ah Maksud menunjukkan hasil, banyak, alat, kawasan, ukuran, sifat pelaku sesuatu perbuatan pemilik sesuatu benda atau sifat pemilik sesuatu benda atau sifat daripada kalangan wanita kepercayaan pegangan kata nama lelaki kata nama perempuan kata nama perempuan Contoh pakaian, pendidikan, jahitan, mainan usahawan, karyawan, angkasawan, hartawan, jutawan. seniman, budiman, cantuman, pinjaman seniwati, olahragawati, peragawati komunisme, nasionalisme, patriotisme hadirin, muslimin hadirat, muslimat sultanah, ustazah

Akhiran Kata Kerja Bentuk -kan -i Maksud menyebabkan jadi atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain memberi pengertian kausatif dan lokatif atau unsur tempat. Contoh kecilkan, buatkan, gunakan duduki, rahmati, sakiti

Bagi memudahkan pemahaman tentang akhiran, di bawah merupakan rumus akhiran: [ buat + -an]

dasar kata

akhiran

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4.1.1.3

Apitan

Abdullah Hassan (2006) menyatakan apitan adalah imbuhan yang berlaku serentak pada posisi awal dan akhir kata dasar. Apitan dapat disebut pula imbuhan kurungan yang diistilah sebagai konfiks. Manakala Alwi (1998) menyatakan konfiks adalah gabungan prefiks dan sufiks yang membentuk kesatuan dan secara serentak diimbuhkan. Hashim Musa (1993) mengaitkan apitan dengan lingkungan yang didefinisi sebagai formatif daripada jenis morfem terikat yang hadir di bahagian hadapan dan belakang kata dasar secara serentak atau melingkungi dasar kata.

Apitan didapati wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan dan kata adjektif terbitan. Oleh yang demikian, dapat dirumuskan bahawa apitan digunakan pada kedudukan awal dan akhir kata yang mana akan membentuk kesepaduan dalam kata yang diapit.

Rumus bagi apitan ialah: [ ke - + besar + -an]

dasar kata lingkungan

Contohnya, Apitan Kata Adjektif Bentuk ke-......-an beR-......an peR-......an Maksud kekuningan, kecinaan menunjukkan sesuatu keadaan atau sifat kata nama berhampiran, berlebihan, berjiranan, bersesuaian perjawatan, perindustrian, pertanian Contoh kebesaran, kenamaan,

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Apitan Kata Nama Bentuk pe-.....-an pem-.....-an pen-......-an peng-....-an penge-...-an per-......-an pel-......-an ke-......-an Maksud tempat atau kawasan yang khusus dan menunjukkan hal keadaan proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar proses berkaitan dengan kata dasar menunjukkan peristiwa, proses, tempat dan hasil proses berkaitan dengan kata dasar menunjukkan tempat, keadaan dan keserupaan. Contoh pelarian, penantian, pewarisan pembunuhan, pembalakan, pemindahan pendapatan, penculikan, penjadualan pengkhianatan, pengintipan, pengolahan pengeboman, pengepaman perjanjian, persetujuan, perniagaan, perjuangan pelajaran, pelayaran keputusan, kesatuan, kediaman, kementerian

Apitan Kata Kerja Bentuk me-....-kan men-....-kan mem-....-kan meng-....kan menge-....kan ber-....-kan ber-....-an di-....-kan me-....-i men-....-i mem-....-i meng-....-i Contoh menafikan, memayungkan, merasakan, sebab jadi meyakinkan mentakrifkan, menjadikan, mensiasiakan membelikan, memvariasikan, menyebabkan jadi sesuatu memfatwakan dan menyebabkan orang lain mengusulkan, menghairahkan, melakukan perbuatan mengkhususkan mengesyorkan, mengecamkan, mengekhaskan menjadikan sesuatu bertopengkan, berlandaskan, mengikut maksud kata dasar berumahkan, bersulamkan menerbitkan kata kerja tak berguguran, berlanjutan, bertolakan, transitif berkembangan disahkan, dicalonkan, dilaporkan, kebalikan me-...-kan diarahkan menaiki, menyalai, menakluki, menyertai menjauhi, menziarahi, mendampingi maksud asas sesuatu kata dasar memahami, mempelopori, membasahi mengubati, mengamati, mengekori
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Maksud

di-....-i diper-....-kan diper-....-i memper-...kan memper-...-i ke-.....-an disebabkan atau dijadikan makna khusus bagi sesuatu perbuatan menjadi lebih atau bertambah dan mendukung makna berbeza makna khusus bagi sesuatu perbuatan subjek ayat mengalami perbuatan

diwarisi, diekori, dijauhi, disertai diperdengarkan, dipertontonkan, diperlihatkan diperakui, dipersetujui, diperhalusi mempersembahkan, memperhambakan, memperisterikan memperingati, mempersuami, memperhalusi kehilangan, keinggerisan, keislaman, kekeliruan

7.4.1.1.4

Sisipan

Alwi (1998) menyatakan infiks atau sisipan adalah imbuhan yang diselipkan di tengah kata dasar. Infiks berasal daripada infixus yang dirujuk sebagai melekat (fixus, figere) di dalam (in). Menurut Wikipedia Indonesia, infiks terletak di tengah perkataan. Berdasarkan penyataan Abdullah Hassan (2006) pula, sisipan adalah imbuhan yang lazimnya disisipkan selepas huruf pangkal kata dasar. Mengikut pemahaman saya, sisipan merupakan satu imbuhan yang disisip ke dalam satu perkataan, misalnya gilang yang mendapat sisipan akan membentuk perkataan gemilang. Sisipan bahasa Melayu dapat wujud dalam kata nama, kata adjektif dan kata kerja. Bagi rumus sisipan, ia dapat diperihalkan seperti:

[k+

-el-

+opak]

sisipan kata dasar

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Contoh sisipan bagi tugas kata utama:

Sisipan Kata Nama

Bentuk -el-er-

Maksud maksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar

Contoh telunjuk, kelabut, kelengkeng keruping, seruling, serabut

Sisipan Kata Kerja

Bentuk -el-

Maksud sisipan daripada kata nama dan kata sifat

Contoh jelajah, gelegak, jelujur, geletar

Sisipan Kata Adjektif

Bentuk -el-er-em-in-

Maksud

sisipan daripada kata dasar tertentu

Contoh kelebak, selerak, gelembung gerodak, kerelip gemilang, semerbak, cemerkap sinambung

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4.2

Proses Pemajmukan

Secara umumnya, istilah pemajmukan ialah proses penghasilan atau penciptaan sesuatu dengan memadukan dua atau beberapa unsur yang menghasilkan kesatuan. Asmah Hj. Omar (2008) dalam Nahu Kemas Kini menyatakan bahawa kata majmuk atau kata kompleks setara merupakan kata yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua morfem yang mempunyai taraf yang sama. Asraf (2007) berpendapat bahawa dua atau lebih daripada dua patah kata dasar digabungkan untuk membentuk satu kata baru yang padu atau sebati maknanya. Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna tertentu. Arbak Othman (1984) dilihat menggunakan istilah berbeza bagi pemajmukan iaitu persenyawaan yang dimaksudkan satu cara bagaimana dua atau lebih perkataan (bentuk bebas) disenyawakan dalam satu binaan dengan mempunyai satu makna yang khas dan tertentu. Rumusannya, jika diteliti secara mendalam, proses pemajmukan adalah satu keadaan di mana pergabungan kata yang akan membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Pemajmukan

Kelompok Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas Istilah Khusus Maksud Kiasan

Dengan Kata Ganda Unsur Pertama Sahaja Seluruh Kata Majmuk

Dengan Kata Imbuhan

Menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja Menerima imbuhan apitan

Rajah 7.2 : Pemajmukan

Sumber: Diubah suai daripada Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008) dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4.2.1

Kelompok Kata Majmuk

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) terdapat tiga jenis kelompok kata majmuk iaitu: 7.4.2.1.1 Rangkai Kata Bebas Contohnya adat istiadat hijau tua Sahibul Samahah jam dinding darma siswa Profesor Emeritus

7.4.2.1.2

Istilah Khusus Contohnya segi empat pembesar suara jirim organik

roda tenaga 7.4.2.1.3

Mendukung Maksud Kiasan (Simpulan Bahasa) Contohnya

kacang miang gatal mulut akal kancil

intan baiduri nikah gantung hajat besar

Di samping itu, terdapat beberapa kata majmuk yang dieja bercantum sebagai satu perkataan. Hal ini merujuk kepada bentuk yang telah mantap seperti antarabangsa, jawatankuasa, setiausaha, beritahu, sukarela, bumiputera, suruhanjaya, kerjasama,

tandatangan,

kakitangan,

tanggungjawab,

warganegara, olahraga, pesuruhjaya dan matahari. Namun demikian, ada juga kata majmuk yang dieja bercantum tetapi ia bukan tergolong dalam kata majmuk bentuk mantap. Misalnya apabila, peribadi, sukacita, daripada, kenapa dan lain-lain lagi.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Sekarang kita melihat kepada tugas kata majmuk, yakni menetapkan kelas kata dasar air (kata nama) + mata (kata nama) ---->air mata (kata nama)

mengubah kelas kata dasar alim (kata adjektif) + ulama (kata nama) ---->alim ulama (kata nama)

Oleh demikian, berdasarkan kelas, kata majmuk terbahagi kepada:

kata nama majmuk cita rasa kata kerja majmuk datang bulan kata hubung majmuk apabila

kata bilangan majmuk tiga perempat kata keterangan majmuk lambat laun kata tanya majmuk bagaimana

kata adjektif majmuk gagah perkasa kata sendi majmuk daripada kata pemeri majmuk ialah

Kata Majmuk dengan Penggandaan Apabila dikenakan penggandaan kepada kata majmuk, terdapat dua

kemungkinan yang berlaku iaitu: Penggandaan Unsur Pertama Sahaja Hal ini kerana ia bukan kata majmuk jati anak-anak tiri suku-suku kata surat-surat khabar kapal-kapal selam

Penggandaan Seluruh Kata Majmuk Hal ini kerana ia kata majmuk jati setiausaha-setiausaha warganegara-warganegara jawatankuasa-jawatankuasa pesuruhjaya-pesuruhjaya

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Kata Majmuk dengan Pengimbuhan Apabila dikenakan imbuhan kepada kata majmuk, terdapat dua keadaan yang berlaku iaitu: Menerima imbuhan awalan atau akhiran sahaja ejaannya tetap terpisah cita rasa daya serap bercita rasa daya serapan

Menerima imbuhan apitan ejaannya menjadi bercantum ke bumi ke tengah dikebumikan diketengahkan

Menurut Asmah Hj. Omar (1993) dalam buku Nahu Melayu Mutakhir, pada asalnya kategori kata majmuk bukanlah kategori yang asli Melayu. Kata ini timbul setelah kebiasaan terhadap tulisan Jawi yang menimbulkan kata grafemis atau kata ejaan yang boleh berdiri dari dua kata nahuan atau lebih. Ini berbeza dengan Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa dan Abdul Hamid Mahmood yang menerima kategori kata majmuk. Perbezaan ini mungkin disebabkan Asmah dilihat beraliran Struktural dan Sistemik manakala Nik Safiah lebih menjurus aliran Transformasi Generatif. Hal ini tidak menjejaskan proses pemajmukan kerana perbezaan pendapat memberi kekuatan kepada ahli bahasa untuk memantapkan lagi hasilan nahu atau tatabahasa pada masa akan datang melalui perspektif preskriptif atau deskriptif.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4.3

Proses Penggandaan

Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) penggandaan merujuk kepada proses yang menggandakan kata dasar. Melalui proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh, penggandaan berentak atau penggandaan separa. Namun dalam buku berjudul Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu karya Asraf (2007) jelas menunjukkan sedikit kelainan dengan penambahan kata ganda bersajak dan kata ganda berimbuhan. Asmah Hj. Omar (2008) berpendapat penggandaan dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis iaitu penggandaan seluruh kata, penggandaan kata akar, penggandaan suku kata pertama, penggandaan suku kata akhir, penggandaan berima dan penggandaan menyaling. Di sini, saya akan menggunakan proses penggandaan yang diambil daripada Asmah Hj. Omar (2008) berdasarkan Nahu Kemas Kini kerana perinciannya lebih baik pada pandangan saya. Proses Penggandaan

Penggandaan

Seluruh Kata

Menyaling

Suku Kata Pertama

Kata Akar Suku Kata Akhir

Berima

Berimbuhan
Rajah 7.3 : Penggandaan

Sumber: Diubah suai daripada Asmah Hj. Omar (2008) dalam Nahu Kemas Kini.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4.3.1

Penggandaan Berdasarkan Nahu Kemas Kini (2008)

Dalam Nahu Kemas Kini (2008), terdapat enam jenis penggandaan iaitu:

7.4.3.1.1

Penggandaan Seluruh Kata

Kata-kata selapis atau satu fonem dari semua golongan kata boleh digandakan seluruhnya. Misalnya: anak-anak, makan-makan, cantik-cantik, satu-satu dan sebagainya. Proses ini berlaku untuk perkataan dalam semua golongan seperti kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata adverba. Bagi kata polimorfemik iaitu kata terdiri daripada dua morfem atau kata kompleks hanya boleh digandakan pada kata nama sahaja seperti kementerian-kementerian dan makanan-makanan.

7.4.3.1.2

Penggandaan Kata Akar

Sebahagian besar kata gandaan jenis ini merupakan kata kerja. Contohnya, bermain-main, melambai-lambai, dibelek-belek dan seumpamanya.

7.4.3.1.3

Penggandaan Suku Kata Pertama / Gandaan Separa/ Dwipurwa

Jika diperhatikan kata lelaki bandingkan dengan laki dan bentuk-bentuk yang serupa itu, dapat disimpulkan bahawa tiap-tiap satunya terdiri daripada Penambah + Kata Akar. Ini bermakna bahawa <le-> setaraf dengan morfem terikat yang berfungsi sebagai awalan. Oleh itu, kata-kata demikian adalah kata kompleks. Ini berdasarkan struktur fonologi kata gandaan: S S S X S Laki + = = = + > S + X (misalnya lelaki)

suku kata pengulang suku kata yang diulang suku kata lainnya X = kata akar (A) lalaki > lelaki

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Rumusannya, ada penggantian <a> dengan <e>, yakni e-pepet. Perubahan pada kualiti vokal berlaku berasaskan peraturan fonotaktik bahasa Melayu yang tidak gemarkan adanya vokal selain e-pepet pada suku kata pertama pada kata-kata yang terdiri daripada tiga suku kata di samping mengutamakan keindahan bunyi yang dihasilkan. Proses penggandaan dwipurwa yakni pengulangan suku kata pertama pada kata akar dengan atau tanpa perubahan dalam nilai bunyi vokal yang terdapat pada kata pengulang. Penggandaan jenis ini hanya berlaku pada golongan kata nama misalnya tetamu, lelipan, lelangit, kekura, lelabu, sesiku, bebawang, pepijat, jejari, bebenang dan pelbagai lagi. Ia berfungsi sebagai penetap dan pengubah golongan. Di samping itu, ia boleh mendapat akhiran an seperti dedaunan, bebuahan. Namun menurut perspektif Abdullah Hassan (2007), penggandaan separa juga berlaku terhadap kata kerja, kata adverba dan kata adjektif. Misalnya lelari (kata kerja), lelambat (kata adverba) dan memerah (kata adjektif).

7.4.3.1.4

Penggandaan Suku Kata Akhir

Hanya ada dua perkataan sahaja yang membuktikan adanya penggandaan jenis ini iaitu segala-gala dan pertama-tama. Jika kita tidak mengetahui asal-usul perkataan ini, sudah tentu ramai yang beranggapan bahawa kedua-duanya merupakan hasil penggandaan kata akar yang mendapat awalan {per-} dan {se-}. Sebenarnya perkataan ini berasal daripada bahasa Sanskrit dan ditegaskan di sini, suku kata pertama bagi kedua-duanya bukanlah awalan tetapi merupakan bahagian keseluruhan kata. Justeru dapat dirumuskan bahawa penggandaan jenis ini terhasil apabila perkataan ini masuk ke dalam bahasa Melayu dan ia digunakan apabila sesuatu penegasan dalam ucapan diperlukan. 7.4.3.1.5 Penggandaan Berima / Berentak / Bersajak

Penggandaan jenis ini berlaku seluruhnya pada unsur dasar, tetapi pada masa yang sama berlaku juga penggantian salah satu konsonan atau vokal atau keduaduanya dalam salah satu suku kata pada unsur yang menggandakan itu. Penggantian bunyi-bunyi ini menghasilkan kesan gerincingan atau juga rima di mana memberi
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

keindahan bunyi atau euni. Menurut Asraf (2007), penggandaan bersajak berlaku pada kelas kata kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan. Ia boleh berlaku dalam tiga keadaan yakni mengalami persamaan bunyi di hujung seperti hinggarbinggar, seterusnya mengalami persamaan bunyi di pangkal misalnya suku-sakat dan keadaan ketiga ialah persesuaian bunyi di tengah seperti beras-petas.

Kata Nama awan-gemawan sorak-sorai

Kata Kerja bongkar-bangkir kumat-kamit

Kata Adjektif serba-serbih compang-camping

Kata Keterangan lintang-kedak serta-merta

Di samping itu, terdapat contoh yang sukar ditentukan mana satu unsur dasarnya dan mana satu merupakan hasil daripada penggandaan. Misalnya dolakdalik, porak-peranda dan huru-hara.

7.4.3.1.6

Penggandaan Menyaling

Dalam proses ini, unsur yang diulang (A) mendapat awalan {me-} atau {me-i} dan menghasilkan unsur pengulang (B). A karang sayang sebelah tutup kasih B mengarang menyayangi menyebelah menutupi mengasihi

Melalui penggandaan ini, makna yang timbul adalah menyaling atau perbuatan menyaling. Penggunaan tanda sempang tidak diperlukan kerana jika digunakan sempang ini menghasilkan kata yang sangat panjang. Rumusannya, gandaan ini lebih sesuai dikenal pasti sebagai gandaan dalam frasa disebabkan adanya {me-} pada unsur B membuktikan hakikat ini.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4.3.1.7

Penggandaan Berimbuhan

Berdasarkan Asraf (2007), kata ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan baik berupa awalan, akhiran, apitan atau sisipan. Antara contohnya: Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Keterangan jadi-jadian, rumah-rumahan berura-ura, bertikam-tikaman keanak-anakan, kecil-kecilan buat-buatan, setidak-tidaknya

7.4.3.1.8

Kata Ganda Bilangan

Nor Hashimah (2002) dalam tulisannya mengenai Kata Ganda Bahasa Melayu: Analisis Semantik dan Pragmatik telah membuktikan bahawa kata ganda boleh bermaksud bukan sahaja jamak tetapi juga boleh memaparkan maksud khusus dan tidak khusus. Kata adjektif, kata nama dan kata kerja apabila digandakan boleh memperlihatkan ketidakkhususan maknanya. Contohnya adalah seperti berikut: Kata Nama (Khusus) siapa apa mana Kata Kerja (Khusus) main gila makan Kata Adjektif (Khusus) gemuk sakit tinggi Kata Ganda (Tidak Khusus) siapa-siapa apa-apa mana-mana Kata Ganda (Tidak Khusus) main-main gila-gila makan-makan Kata Ganda (Tidak Khusus) gemuk-gemuk sakit-sakit tinggi-tinggi

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Rumusannya, siapa-siapa tidak mempunyai rujukan yang khusus kerana tiada fokus yang spesifik. Begitu juga dengan gemuk-gemuk yang gambaran tidak khusus tergambar di sini. Pendekatan yang digunakan oleh Nor Hashimah adalah bersifat deskriptif yang menekankan aspek nahu praktis berdasarkan korpus bahasa Melayu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.4.4

Proses Pengakroniman

Kamus Dewan Edisi Baharu (2008) mendefinisikan pengakroniman ialah perihal atau proses membentuk akronim. Kita lihat kepada maksud akronim pula. Berdasarkan Kamus Dewan juga, akronim ialah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf-huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Raminah Hj. Sabran (1986) dalam buku Kajian Bahasa telah menjelaskan bahawa akronim adalah perkataan yang dibentuk daripada penyingkatan beberapa perkataan. Abdul Aziz Abdul Rahman (2001) secara umumnya menyatakan akronim tergolong dalam bentuk kata tunggal yang terdiri daripada satu bentuk dasar iaitu bentuk yang tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.

Pengakroniman

Cantuman Suku Kata

Cantuman Huruf Pangkal Perkataan

Contohnya: angkubah tabika kugiran jalankah sekjen

Contohnya: MARA MRSM UMNO NATO PBB

Rajah 7.4 : Pengakroniman

Sumber: Diubah suai daripada Abdullah Hassan (2006) dalam Morfologi.


Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Secara umumnya, rumus bagi akronim adalah seperti berikut:

# Fon + X # K. Akronim # Fon + X # # Sil + X #

# Sil + X # # X + Sil # (kata)

dengan

Fon Sil X # n

= = = = =

fonem dalam perkataan silabel atau suku kata dalam perkataan bentuk apa pun yang berikutnya batasan perkataan 1 atau lebih

Abdullah Hassan (2006) dalam buku Morfologi membahagikan akronim kepada dua bahagian mengikut proses pembentukannya yakni: 7.4.4.1 Mencantumkan Suku Kata

Rumusnya boleh ditafsirkan seperti : # Sil + X # + Kata jentera tolak = jentolak

# Sil + X # + # Sil + X # taman didikan kanak-kanak = tadika

Bagi proses ini, pergabungan suku kata yang berlainan akan membentuk sebuah perkataan baru. Sebagai contoh, novel + komik = nomik

Suku kata pertama no dari kata novel digabungkan dengan suku kata kedua dalam kata komik iaitu mik dan ia akan membentuk satu konsep atau makna baru.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Antara contoh-contoh lain ialah: cerita makan panggung jalan duta berdiri pendek daging wayang bawah besar di atas gambar tanah kaki sendiri cerpen maging pawagam jabanah dubes berdikari

7.4.4.2

Mencantumkan Huruf Pangkal Perkataan

Kaedah jenis ini adalah dengan mencantumkan huruf pangkal sebuah ungkapan panjang menjadi satu perkataan bagi menamakan konsep, institusi, bangunan dan sebagainya. Rumus akronim ini boleh diinterpretasikan seperti berikut: # Fon + X # + # Fon + X # Universiti Pertanian Malaysia = UPM Bagi contoh yang menggunakan akronim daripada bahasa Inggeris, rumusnya ialah: # Sil + X # + # Fon + X # Federal Land Development Authority = FELDA

Misalnya, Dasar + Ekonomi + Baru = DEB

Keadaan seperti ini menyukarkan pengguna bahasa untuk membezakan antara akronim dengan kependekan. Namun ditegaskan di sini, akronim membawa satu pengertian baru dari segi konsep dan makna manakala kependekan tidak. Antara contohnya ialah: Koperasi Urban Basic Angkatan Belia Development Input Tentera Nasional Authority Output Malaysia System KOBENA UDA BIOS ATMA

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Di samping itu, merujuk kepada Asmah Hj. Omar (1993) dalam Nahu Melayu Mutakhir, beliau memberikan tiga jenis akronim. Penambahan akronim ketiga berkait dengan penggabungan kata dengan memendekkan unsur kedua pada bahagian awalnya. Misalnya, juru pulih jentera pelihara = = jurutera pulihara

Rumusnya boleh ditafsirkan seperti : # Sil + X # + # X + Sil# pulih pelihara = pulihara

Perkara menarik yang ingin diperkatakan di sini ialah banyak pengguna bahasa Melayu yang tidak menyedari bahawa kata di bawah ini sebenarnya merupakan akronim. Kata tersebut ialah cikgu, awas dan bah. Kata cikgu dikatakan akronim kerana kata ini berasal daripada ungkapan Encik guru. Hasil daripada gabungan suku kata cik+gu, maka lahirlah gelaran atau panggilan cikgu. Selain itu, kata awas yang bermaksud berhati-hati juga merupakan akronim. Kata ini berasal daripada ungkapan Anda Waspada Anda Selamat. Kita juga pernah menggunakan perkataan bah yang membawa erti banjir. Perkataan ini berasal daripada ungkapan Bencana Air Hujan. Sering kali kita mendengar perkataan tonto yang merujuk kepada sekumpulan gengster yang melindungi peniaga daripada tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Tonto merupakan gabungan beberapa huruf daripada ungkapan Tolong Orang Nak Tipu Orang. Demikianlah beberapa kata yang jarang ditemui oleh kita yang terdapat dalam bahasa Melayu yang terbentuk melalui proses pengakroniman.

Konklusinya, dari segi membentuk istilah, akronim amat tidak digalakkan kerana kita akan melupakan ungkapan asal sehingga tidak mengetahui maknanya. Ini kerana dalam semantik, setiap kata akan membentuk gambaran makna yang jelas. Sebaiknya, kita perlu mengurangkan penggunaan akronim kerana dikhuatiri menghilangkan jati diri bahasa Melayu, contoh mudah dengan melihat implikasi penggunaan akronim yang berleluasa pada bahasa Indonesia. Di samping itu, kita seharusnya dapat membezakan kata akronim dengan kata singkatan kerana dewasa ini banyak berlaku kesilapan
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

melalui penggunaan dua kata ini. Kata akronim adalah tergolong dalam kata tunggal manakala kata singkatan bukan tergolong dalam kata tunggal. Oleh itu, sudah jelas kata akronim dan kata singkatan sangat berbeza. Selain itu, apabila berlaku proses pengakroniman hasilnya perkataan tersebut mudah diujarkan manakala kata singkatan sangat sukar diujarkan. Misalnya kata akronim seperti kugiran namun bagi kata singkatan seperti PLKN sukar diujarkan. Oleh itu kita seharusnya teliti dalam menggunakan kata akronim dengan kata singkatan agar dapat menjadi pengguna yang bijaksana dalam berbahasa.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

7.5

Bentuk Kata Yang Terhasil

Dalam bahasa Melayu, terdapat beberapa bentuk kata yang terhasil. Bentuknya ialah kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Di bawah merupakan huraian sekilas pandang mengenai bentuk kata yang terhasil.
7.5.1 Kata Tunggal

Perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Akronim juga tergolong dalam kata jenis ini juga.
7.5.2 Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Antara proses pengimbuhan itu ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
7.5.3 Kata Ganda

Kata ganda ialah bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi kata dasar yang disebut penggandaan penuh, penggandaan separa seperti negeri-negeri, pensyarahpensyarah, buku-buku, lelaki, jejari, kekura dan pelbagai lagi.
7.5.4 Kata Majmuk

Proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan mewujudkan makna tertentu. Kata majmuk dapat dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu :

rangkai kata bebas istilah khusus maksud kiasan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Konsep

Morfem Bebas Terikat Bentuk Kata Akar

Perkataan Dasar

Tunggal

Terbitan

Majmuk

Ganda

Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan

Pemajmukan

Penggandaaan

Golongan Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif

Kata Tugas

Rajah Konsep Proses Morfologi Bahasa Melayu

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 8

PENGGOLONGAN KATA BAHASA MELAYU

8.1

Penggolongan Kata Bahasa Melayu

Penggolongan kata merupakan satu proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsi dengan anggota lain atau golongan yang sama. Penggolongan kata penting kerana kita dapat meletakkan sesuatu kata mengikut gatra tertentu dalam ayat. Perkataan dalam bahasa Melayu bersifat berubah-ubah seperti chameleon iaitu perubahan mengikut fungsinya dalam ayat. Misalnya perkataan rumah adalah kata nama tetapi berubah menjadi kata kerja dalam merumahkan mangsa kebakaran dan berubah kepada kata adjektif dalam orang rumah. (Abdullah Hassan, 2006). Banyak lagi contoh-contoh seperti kata di atas. Justeru, kita seharusnya mempelajari konsep penggolongan kata dengan betul dan boleh membezakan mengikut kelas kata tersebut. Dalam menggolong kata, terdapat empat kriteria yang digunakan dalam linguistik iaitu kriteria morfologi, kriteria sintaksis, kriteria semantik dan kriteria fonologi. Kriteria-kriteria ini dihuraikan secara ringkas untuk mendapat kefahaman asas bagaimana hendak menjeniskan perkataan.

Dalam Bahasa Melayu ada empat bentuk golongan kata utama : Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif / Sifat Kata Tugas / Struktural

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008)

Golongan Kata

Kata Nama

Kata Kerja

Kata Adjektif sifatan

Kata Tugas

kata nama am kata nama khas kata ganti nama

kata kerja tak transitif kata kerja transitif

warna ukuran

kata penyambung ayat

kata praklausa pancaindera bentuk waktu cara perasaan kata prafrasa & pascafrasa

kata pascakata

jarak

8.1.1

Kriteria Penggolongan Kata

Ada empat ciri yang digunakan dalam menggolongkan perkataan iaitu ciri semantik atau makna, ciri sintaksis, ciri morfologi dan ciri fonologi. Sarjana tatabahasa bahasa Melayu khususnya menggunakan keempat-empat ciri ini dalam menentukan golongan perkataan dalam bahasa Melayu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

8.1.1.1

Kriteria Semantik atau Makna

Ciri semantik bermaksud penggolongan perkataan dilakukan dengan melihat kepada makna perkataan berkenaan. Berdasarkan kepada makna, maka perkataan dimasukkan ke dalam golongan masing-masing. Sebagai contoh, Zaba (1965) menggolongkan kata nama mengikut kriteria semantik. Beliau menggunakan ciri semantik sebagai asas bagi memasukkan perkataan ke dalam golongan masingmasing. Sebenarnya pendekatan sebegini sukar untuk menentukan golongan kata. Ini kerana ada kata nama yang berubah menjadi kata kerja atau kerja adjektif. Perihal begini perlulah digunakan pendekatan kriteria sintaksis dan kriteria morfologi.
8.1.1.2 Kriteria Sintaksis atau Struktur Ayat

Ciri sintaksis dikenali ciri formal. Istilah ini membawa maksud bentuk. Oleh kerana itu ciri-ciri formal merujuk kepada fungsi sesuatu bentuk perkataan dalam binaan frasa dan ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Fungsi perkataan dalam frasa dan ayat itulah dikenali ciri-ciri sintaksis. Dengan demikian, kriteria ini dilihat lebih bersifat saintifik. Dengan kata lain, subjek biasanya diduduki oleh gatra frasa nama, secara tidak langsung setiap perkataan yang menduduki gatra tersebut digolongkan kepada kelas kata nama. Begitu juga kepada frasa predikat yang diduduki oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif. Peranan setiap frasa tersebut yang menepati kriteria fungsi dalam pembentukan ayat akan dimasukkan mengikut kelas kata yang sesuai. Ciri sintaksis ini dapat dianalisis dengan melihat fungsi sesuatu perkataan itu dalam struktur frasa dan ayat. Sebagai contoh, kata adverba berfungsi menerangkan kata kerja, kata adjektif pula menerangkan kata nama. Justeru, ciri-ciri ini dapat diperhati secara sistematis. Dengan tidak merujuk kepada maknanya kita dapat menentukan penggolongan perkataan itu menurut kedudukannya dalam struktur sintaksis. Di samping itu, kriteria ini mengkaji penyebaran kata-kata dan hubungan antara satu kata dengan kata lain dalam satu-satu frasa atau ayat.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

8.1.1.3

Kriteria Morfologi atau Pembentukan Kata

Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat penggolongannya. Ciri ini banyak membantu menjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik dan sintaksis. Sebagai contoh, semua bentuk perkataan yang menerima awalan pe-, iaitu penulis, pelatih, pemimpin dan lain-lain adalah termasuk ke dalam golongan nama sebab awalan pe- menerbitkan kata nama. Begitu juga semua perkataan yang menerima awalan me- seperti menari, menyanyi, menulis dan sebagainya termasuk ke dalam golongan kata kerja kerana awalan meN- adalah awalan kata kerja dan membentuk kata kerja. Oleh itu, kriteria morfologi mengkaji struktur kata-kata, umpamanya satu kata sempurna atau bermakna boleh terbentuk daripada satu morfem bebas iaitu akar atau morfem bebas dan morfem terikat.

8.1.1.4

Kriteria Fonologi atau Bunyi

Kriteria fonologi berkait rapat dengan proses morfofonologi. Abdullah Hassan (2006) menyatakan morfofonologi ialah bidang yang mengkaji perubahan bunyi pada sempadan morfem apabila dua morfem dicantumkan bagi menerbitkan perkataan. Kriteria ini jarang digunakan kerana banyak melibatkan perubahan-perubahan bunyi yang berlaku semasa proses pengimbuhan. Terdapat lima perubahan bunyi dalam proses pengimbuhan iaitu penyegauan, penggetaran, pengeluncuran, pengglotisan dan penduaan konsonan. Misalnya awalan meN- yang diwakili oleh morfofonem N kemudiannya menjadi , m, n, ny, ng atau nge menurut konteks fonologinya.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

8.2

Golongan Kata Major (Kata Utama)

Golongan perkataan major merujuk kepada kelas kata yang bersifat terbuka. Terbuka menurut Quirk dan Greenbaum (1973) mengatakan perkataan yang menjadi anggotanya banyak iaitu tidak terhad bilangannya. Dengan kata lain, anggota dalam golongan yang sama itu mempunyai ciri dan kemungkinan sintaksis yang sama dengan anggota yang lain dalam golongan berkenaan. Seterusnya kata-kata golongan major mempunyai makna. Kebiasaannya, golongan perkataan major dirujuk menggunakan kriteria sintaksis di mana semua perkataan yang dapat menjadi inti frasa predikat dimasukkan ke dalam golongan perkataan major. Itulah sebab kenapa Kata Nama, Kata Kerja dan Kata Adjektif tergolong dalam kata major. Mengapa kata adverba yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan kata adverba sendiri tidak tergolong dalam kata major? Walhal kata

tersebut semacam fungsi dengan kata adjektif yang menerangkan kata nama. Sekarang, kita meneliti dahulu tiga golongan kata major barulah kita menghayati konsep golongan kata minor nanti pula.

8.2.1

Kata Nama

Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam strukturstruktur tertentu ayat-ayat bahasa Melayu. Nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : Kata nama khas (Melayu, Prof. Ali, Dato Raja Sulaiman) Kata nama am (jururawat, kolej, rumah, senyuman)

Kata ganti nama (itu, ini, aku, dia, mereka, awak, beta)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

8.2.2

Kata Kerja

Kata kerja berperanan untuk menunjukan sesuatu perbuatan atau sesuatu keadaan. Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi kepada 4 jenis, iaitu

Kata kerja aktif transitif Kata kerja aktif tak transitif Kata kerja pasif

8.2.2.1

Kata kerja aktif transitif

Kata kerja aktif transitif adalah kata kerja yang boleh menerima objek tepat dan objek tak tepat (sipi) dalam ayat aktif transitif yang predikatnya mengandungi kata kerja. Dalam ayat transitif ini, kata kerjanya hendaklah menerima awalan me-, sama ada sebagai awalan yang tersendiri atau sebagai sebahagian daripada apitan me-kan, me-i, memper-kan, memper-i atau akhiran i dengan menduduki kedudukan kata kerja dalam rangkai kata predikat. Contoh: i) ii) Nurul membacakan ibunya surat. Pelajar itu menulis jawapan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

8.2.2.2

Kata kerja aktif tak transitif

Kata kerja tak transitif adalah kata kerja yang tidak boleh menerima objek dalam ayat-ayat yang predikatnya mengandungi kata kerja. Kata kerja aktif tak transitif boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan kata kerja yang tidak menerima sebarang imbuhan seperti perkataan-perkataan tidur, duduk, jatuh, datang dan pergi dan kumpulan yang menerima salah satu daripada imbuhanimbuhan : me-, ber-, ber-an dan ter seperti perkataan menangis, berkereta, terjatuh, dan bersendirian.

Contoh :

i) ii) iii)

Pegawai polis itu berkereta ke pejabat. Pelajar-pelajar itu pergi ke Pulau Aman kelmarin. Pemuda itu sedang berborak.

8.2.2.3

Kata kerja pasif

Kata kerja pasif ialah kata kerja untuk ayat pasif sebagai lawan ayat aktif transitif.

(i)

Kata kerja pasif berawalan ber- seperti berasah, berlipat, bertulis dan sebagainya.

(ii)

Kata kerja pasif berawalan ter- seperti terangkat, terbunuh, tercapai dan sebagainya.

(iii)

Kata kerja pasif ke-..-an seperti kecurian, kedinginan, kehujanan dan sebagainya.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

8.2.3

Kata Adjektif atau Sifat

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi tugas predikat sesuatu ayat. Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, sungguh dan sangat. Terdapat sembilan jenis kata adjektif iaitu:

Kata Adjektif Sifatan atau Keadaan Kata Adjektif Warna Kata Adjektif Ukuran Kata Adjektif Bentuk Kata Adjektif Waktu Kata Adjektif Jarak Kata Adjektif Cara Kata Adjektif Perasaan Kata Adjektif Pancaindera

8.3

Golongan Kata Minor (Kata Sampingan)

Golongan kata minor merupakan perkataan yang terhasil daripada golongan tertutup. Ini bermaksud bilangan perkataan dalam setiap golongan adalah terhad bilangannya dan pertambahannya tidak berlaku dengan mudah. Sebagai contoh, kata sendi dalam tatabahasa bahasa Melayu dapat dikira jumlahnya. Begitu juga kata adverba, inilah maksud golongan perkataan yang terhad. Bilangan perkataan ini tidak semudah itu untuk bertambah berbanding kata nama. Antara ciri lain ialah golongan kata minor sebenarnya mempunyai fungsi tatabahasa. Disebabkan perkara begini, kata tugas dikenali juga kata struktural yang tidak ada makna dan sekadar menjalankan fungsi struktur sintaksis sahaja. Jadi, perkataan yang mempunyai ciri tertutup dan hanya menjalan fungsi sintaksis merupakan golongan kata ini disebabkan ia tidak menjadi inti frasa predikat.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

8.3.1

Kata Tugas atau Kata Struktural

Kata tugas mempunyai tugas atau fungsi yang mustahak di dalam ayat. Kata tugas tidak mempunyai makna tetapi ia digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Sebab itulah ia dikenali juga kata struktural. Fungsi kata tugas ialah menjadi penghubung, penentu, penguat, pedepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri, penanya dan penyeru.

Ada 17 jenis kata tugas yang boleh dikelompokkan berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam konstituen ayat, iaitu : - kata hubung - kata tanya - kata seru - kata perintah - kata pembenar - kata pangkal ayat - kata bantu - kata penguat - kata adverba - kata penegas - kata nafi - kata pemeri - kata sendi nama - kata arah - kata bilangan - kata penekan - kata pembenda

Tujuh belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam empat kelompok iaitu : Kata Penyambung Ayat (kata hubung gabungan dan pancangan) Kata Praklausa (kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar dan kata pangkal ayat) Kata Prafrasa (kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata sendi nama, kata arah, kata adverba dan kata bilangan) Kata Pascakata (kata penekan dan kata pembenda)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 9

PENJENISAN DAN PENGKELASAN FRASA BAHASA MELAYU

9.1

Frasa

Dalam tatatingkat nahu atau tatabahasa, frasa menduduki setingkat lebih tinggi daripada kata dan setingkat lebih rendah daripada klausa. Berdasarkan fungsinya, frasa ialah satu unsur daripada ayat.
9.1.1 Definisi dan Konsep Frasa

Takrif dan konsep frasa ada berbagai-bagai, bergantung kepada apakah teori yang dijadikan dasar. Frasa ialah suatu unit tatabahasa dalam tatatingkat sintaksis suatu bahasa. Frasa merupakan komponen terpenting dalam sintaksis. Ini kerana frasa memainkan peranan atau fungsi-fungsi tertentu dalam binaan ayat Di sini terdapat beberapa pandangan dan tafsiran tersendiri mengenai frasa. Jadi kita akan menyelusuri definisi dan tafsiran frasa mengikut sarjana Melayu khususnya dan sarjana Barat amnya. Takrif yang diberikan oleh seorang sarjana Melayu tersohor iaitu Zaba (1965) yang menyatakan frasa sebagai rangkai kata. Takrifan yang ringkas ini berasaskan teori tradisional yang lebih menekankan kepada aspek semantik. Ini juga pengertian frasa dalam fahaman linguistik am. Frasa, menurut Bloomfield (1964) ialah suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih bentuk bebas yang berfungsi sebagai satu kesatuan. Tanpa pindaan definisi ini kelihatan kurang sempurna apabila digunakan untuk menganalisis frasa dengan kaedah transformasi. Menurut tatabahasa transformasi generatif (seterusnya TTG), frasa mungkin juga terdiri daripada sepatah kata major sahaja. Kata major ialah kata utama iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Maka jelaslah bahawa satu kata major sudah boleh berdiri sendiri sebagai satu frasa. Sebenarnya aliran tranformasi generatif tidak mengenal adanya kata atau morfem. Nahu dalam tranformasi generatif hanya mengenal dua kategori utama iaitu frasa dan ayat. Jadi yang merupakan unsur ayat hanyalah frasa.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Elson dan Pickett (1969) memberi definisi frasa yang berbunyi: A phrase is a unit composed, potentially, of two or more words, but which does not have the characteristics of a clause and typically, but not always, fills slot on the clause level. Elson dan Pickett tidak menyebut frasa sebagai suatu konstruksi yang mengandungi dua atau lebih kata, tetapi sebagai suatu konstruksi yang berpotensi untuk menjadi dua atau lebih kata. Selain itu, terdapat dua fitur lain yang diterangkan dalam definisi di atas. Pertama, frasa mestilah satu konstruksi yang tidak mengandungi sifat-sifat sebuah klausa. Perkara sebegini merujuk kepada jenis-jenis tagmem iaitu unit tatabahasa seperti subjek, predikat dan sebagainya yang dimanifestasikan oleh frasa berkenaan. Kedua, frasa biasanya menduduki slot dalam klausa namun frasa juga boleh dipacangkan ke dalam frasa-frasa lain. Dalam buku-buku tatabahasa lama, ada keterangan bahawa frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah kata atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberikan istilah rangkai kata oleh Zaba dengan pengertian bahawa frasa merupakan suatu rangkaian beberapa patah perkataan. Sekarang kita melihat definisi frasa yang diberikan oleh sarjana Melayu. Abdullah Hassan (2002) menyatakan bahawa frasa sebagai sekumpulan ayat. Asraf pula (1988) memerihal bahawa frasa boleh terdiri daripada hanya sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek atau predikat atau objek dan ada pula yang tidak boleh tidak terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa yang gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-masing, Bagi Nik Safiah Karim et al (2008), frasa ialah unit yang boleh berdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Definisi yang dinyatakan oleh Nik Safiah Karim et al dilihat mengambil pendekatan aliran tradisional, struktural dan tranformasi generatif.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Widya Masri (2009) dalam Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menakrifkan frasa sebagai satu binaan yang tidak terpisah antara satu dengan yang lain bagi kata atau kata-kata yang membinanya. Abdul Hamid Mahmood (2006) menyatakan frasa boleh terdiri daripada satu kata sempurna, deretan kata sempurna, deretan partikel dan kata sempurna atau klausa. Jadi kesimpulannya, frasa ialah satu unit bahasa di mana suatu konstruksi yang mungkin terdiri daripada suatu susunan kata-kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi diperluaskan menjadi dua atau lebih kata dengan kehadiran subjek dan predikat atau kedua-duanya sekali atau tanpa kehadiran kedua-duanya. Di samping itu, frasa mestilah suatu konstituen yang tidak bersifat sebuah klausa dan dari segi taburannya suatu frasa itu boleh menjadi unsur klausa ataupun frasa sendiri

9.1.3

Jenis Frasa

Dalam bahasa Melayu, terdapat empat jenis frasa iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. FN biasanya terbentuk pada gatra subjek sahaja manakala pada gatra predikat ada empat frasa dibentuk iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Tiga daripada frasa-frasa ini iaitu FN, FK, dan FA ialah frasa-frasa endosentrik. Maksudnya, tiap-tiap frasa boleh mengandungi satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa nama misalnya mempunyai kata nama sebagai unsur inti, begitu juga halnya terhadap frasa kerja dan frasa adjektif. Frasa keempat dalam binaan ayat ialah frasa sendi nama. Frasa ini dikenali frasa eksosentrik yang bermaksud frasa yang tidak mempunyai satu unsur inti yang dapat mewakili keseluruhan frasanya. Sebaliknya, FSN mengandungi dua unsur wajib, iaitu kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa nama, contohnya di sekolah dan di belakang sekolah.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

9.1.3.1

Frasa Nama (FN)

Frasa nama (FN) ialah binaan yang dari sudut nahu boleh terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua konstituen utama, iaitu subjek dan predikat. Unsur-unsur yang membentuk dua konstituen utama ayat-ayat dasar bahasa Melayu, terdiri daripada yang berikut: (i) FN + FN (ii) FN + FK (iii) FN + FA (iv) FN + FS

Dalam semua pola ayat di atas, frasa nama berfungsi sebagai subjek; frasa nama hanya berfungsi sebagai predikat dalam pola FN + FN sahaja. Lihatlah contoh-contoh di bawah ini: Subjek Frasa Nama 1. 2. 3. 4. 5. Ibu Ibu budak itu Ibu budak itu Kota Bharu Bandar Kota Bharu Predikat Frasa Nama guru. guru. guru sekolah agama. serambi mekah. serambi mekah.

Jelas daripada ayat-ayat di atas bahawa frasa nama boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Selain konstituen subjek dan konstituen predikat frasa nama, frasa nama boleh juga hadir dalam konstituen objek, iaitu konstituen yang hadir sesudah kata kerja transitif dalam frasa kerja (FK), seperti dalam contoh-contoh berikut ini:

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Predikat Frasa Kerja Bil Subjek Kata Kerja 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. Orang itu Mereka semua Kanak-kanak itu Para siswazah Kedamaian Tanah air Cahaya matahari memanggil melambaikan menaiki memohon memerlukan meminta menyinari Objek saya. tangan. bas sekolah. jawatan itu. kekuatan pertahanan. pengorbanan anak watan. alam semesta.

Satu lagi tempat yang diduduki oleh frasa nama adalah di bahagian unsur nama dalam frasa sendi nama. Frasa sendi nama boleh wujud sebagai unsur dalam predikat frasa sendi nama (FS) seperti dalam contoh ayat 13-18.

Predikat Frasa Sendi Nama Bil 13. 14. 15. 16. 17. 18. Subjek Mereka Hadiah itu Lukisan tersebut Tabung simpanan itu Kereta itu Keluarnya Sendi Nama di daripada oleh untuk ke dari Frasa Nama Kuala Lumpur. Nasir Tuan Jamal. masjid. Kuala Perlis. pintu besar.

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Nama, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Frasa Nama Pola-pola frasa nama

FN + FN FN + FN FN + FN

FN + FN

Binaan Frasa Nama

Binaan frasa nama yang terdiri daripada satu perkataan

Binaan frasa nama yang terdiri daripada sederetan perkataan

inti + penerang

inti + inti

inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, sementara penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

9.1.3.2

Frasa Kerja (FK)

Frasa kerja ialah binaan yang boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan kata intinya kata kerja. Kata kerja tersebut boleh merupakan kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif. Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsurunsur lain. Contoh frasa kerja adalah seperti ayat-ayat berikut:

Subjek 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10 . Azima Kami Hujan Belukar itu Hang Jebat Mereka Budak itu Anaknya Pemburu Dia

Frasa Kerja menang. sedang tidur . turun dengan lebatnya. terbakar perlahan-lahan. bertikam dengan Hang Tuah. makan ayam goreng itu. sedang membaca buku. menghidangkan sedulang makanan. menembak harimau itu dengan senapangnya. menjalankan tugasnya dengan baik.

Binaan Frasa Kerja Dalam ayat-ayat di atas ternyata bahawa binaan frasa kerja boleh dirumuskan sebagai terdiri daripada dua jenis, iaitu: (i) Frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja tak transitif. Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja tanpa objek ialah: 1. Azima menang. 2. Kami sedang tidur. 3. Hujan turun dengan lebatnya.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Dalam ayat-ayat di atas, walaupun kata kerja tidak mempunyai frasa nama sebagai objek, namun unsur-unsur yang lain, iaitu kata bantu dan unsur keterangan boleh hadir bersama-samanya. (ii) Frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkan kata kerjanya. Frasa kerja yang demikian mengandungi kata kerja transitif. Seterusnya objek boleh juga diikuti oleh bahagian keterangan.

Antara ayat-ayat yang mengandungi frasa kerja dengan objek ialah:

Frasa Kerja Subjek Kata Kerja 6(a) Mereka 7(a) Budak itu 8(a) Anaknya 9(a) Pemburu makan membaca Objek ayam goreng itu. buku. Keterangan

mengbidangkan sedulang makanan. menembak harimau itu

dengan senapangnya.

10(a) Dia

menjalankan

tugasnya

dengan baik.

Dalam ayat-ayat di atas kata kerja diikuti oleh frasa nama yang menjadi penyambut kepada kata kerja sebelumnya. Sebagaimana dengan frasa kerja tanpa objek, unsur-unsur kata bantu dan keterangan boleh juga hadir dalam frasa kerja dengan objek.

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Kerja, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Binaan frasa kerja Frasa kerja yang tidak mengandungi objek Frasa kerja yang mengandungi objek

Mengandungi kata kerja tak transitif

Mengandungi kata kerja transitif

Kata kerja tak transitif yang dapat diberi unsur pelengkap sesudahnya.

Binaan frasa kerja yang tidak mengandungi objek

Kata kerja tak transitif yang tidak diberi unsur pelengkap.

Kata kerja tak transitif yang dapat diikuti oleh kata nama sebagai penerang.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

9.1.3.3

Frasa Adjektif (FA)

Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya. Kata inti merupakan bahagian utama dalam susunan frasa tersebut. Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat dan juga sebagai unsur keterangan dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan, kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang, kata adjektif hadir sesudah kata nama. Contoh-contohnya: (i) frasa adjektif sebagai predikat: Subjek (FN) 1. Kakaknya 2. Markahnya 3. Orang muda itu 4. Perangainya 5. Anaknya 6, Warna bajunya 7. Perusahaan itu 8, Suara penyanyi itu 9. Malam ini 10. Pejabatnya Predikat (FA) sangat pandai. rendah. baik sungguh. tentu baik. masih kecil lagi. kemerah-merahan. paling besar sekali. merdu. gelap benar. jauh dari sini.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

(ii) frasa adjektif sebagai unsur keterangan dalam predikat:

Predikat Subjek Frasa Kerja berjalan pulang tidur datang menurun Keterangan (Frasa Adjektif) sangat cepat. segera. sungguh nyenyak. terlalu kerap. amat curam.

11. 12. 13. 14. 15.

Dia Mereka Kanak-kanak itu Jirannya Jalan itu

(iii) frasa adjektif sebagai unsur penerang: Predikat Subjek 16. 17. 18. 19. 20. Dia Harimau Pak Lufti Asam pedas Bas ekspres budak binatang orang masakan kenderaan Frasa Nama Penerang pandai. liar. kaya. asli. cepat.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Binaan Frasa Adjektif: Unsur Pengisi Frasa Adjektif Frasa adjektif boleh terdiri daripada satu perkataan adjektif sahaja, atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya. Perhatikan contoh-contoh di bawah ini:

Kata Bantu sudah belum masih -

Penguat sangat terlalu amat

Kata Adjektif pandai nakal besar tua malas jahat baik kecil cantik ganas

Penguat benar betul amat amat sekali -

Seperti yang telah disebutkan, inti frasa adjektif terletak pada kata adjektif. Bahagian inti pula terdiri daripada dua jenis, iaitu mengikut binaannya: (i) binaan satu perkataan (ii) binaan dua perkataan

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Adjektif, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Binaan frasa adjektif Binaan satu perkataan Binaan dua perkataan

Binaan dua perkataan Kata adjektif + Kata adjektif Kata adjektif + kata nama

Dua kata adjektif yang menerangkan keserasian makna.

Dua kata adjektif yang menerangkan makna Berlawanan.

Frasa adjektif yang membawa maksud keserupaan

Frasa adjektif yang membawa maksud kiasan.

Penguat hadapan

Penguat belakang

Penguat

Penguat bebas

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

9.1.3.4

Frasa Sendi Nama (FSN)

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu. Kata sendi nama ialah,bentuk mortem atau kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam bahasa Melayu termasuklah: di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya. Frasa sendi nama boleh juga, sebagai pilihan, didahului oleh kata bantu. Binaan Frasa Sendi Nama Frasa sendi nama boleh terbentuk daripada salah satu binaan berikut:

(i) Kata Sendi Nama + Frasa Nama (ii) Kata Sendi Nama + Kata Nama Arah + Frasa Nama (iii) Kata Sendi Nama + (Kata Nama Arah) + Frasa Nama + (Frasa Keterangan)

*Untuk Keterangan Lanjut Mengenai Frasa Sendi Nama, Rujuk Buku Tatatabahasa Dewan (2008)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

9.2

Klausa

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat. Sebenarnya klausa adalah ayat dalam ayat. Inilah sebabnya Zaba memanggilnya sebagai ayat kecil.
9.2.3 Jenis Klausa

Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu klausa bebas dan klausa terikat (tak bebas). Klausa bebas boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sebagai ayat yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Sila teliti contoh yang berikut: 1. Nadia pandai. 2. saya yang hadir. 3. mereka mogok.

Dalam (1) klausa Nadia pandai mengandungi subjek Nadia dan predikat pandai, dan sekiranya diucapkan dengan intonasi yang sempurna dan betul, klausa tersebut akan menjadi ayat yang gramatis. Kita sudah pun memahami klausa bebas. Bagaimana pula dengan klausa tak bebas? Klausa tak bebas ialah klausa yang tidak dapat berdiri sendiri. Klausa tak bebas hanya dapat berdiri apabila dimasukkan ke dalam binaan klausa bebas. Sila teliti yang berikut: Nadia pandai klausa bebas klausa utama kerana Nadia rajin belajar klausa tak bebas klausa bawahan

Kamu pandai kerana kamu rajin belajar

klausa bebas/klausa utama

klausa tak bebas/klausa bawahan

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

9.3

Perbezaan antara Frasa dan Klausa

Sekarang kita akan meneliti persamaan dan perbezaan antara frasa dan klausa.

Frasa Persamaan

Klausa

Frasa dan Klausa kedua-duanya unsur dalam ayat. Ayat mempunyai subjek dan predikat. Perbezaan Merupakan unit yang menjadi bahagian ayat (atau klausa) Boleh menjadi subjek atau predikat dalam ayat. Oleh sebab itu frasa tidak mengandungi subjek dan predikat. Hanya ada inti frasa sahaja dan frasa sendi mengandungi kepala dan pelengkapnya. Merupakan unsur pembentuk ayat. Unsur dalam klausa dapat dipertukarkan tempatnya. Mempunyai subjek dan predikat. merupakan ayat dalam ayat dan dikenali sebagai ayat kecil.

Melihat hubungan antara konstituen-konstituen yang menjadi frasa atau klausa. Misalnya jika konstruksi memperlihatkan hubungan yang bersifat predikatif maka ia adalah klausa. Jika tidak ia adalah frasa

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

BAB 10

PENJENISAN DAN PENGKELASAN AYAT BAHASA MELAYU

10.1

Ayat

Ayat boleh dilihat daripada segi ragam, jenis, bentuk, dan pola. Oleh itu, dalam bab yang terakhir kita akan mempelajari mengenai ayat bahasa Melayu.
10.1.1 Definisi Ayat

Sebenarnya takrif atau definisi ayat ada banyak, semuanya bergantung kepada teoriteori linguistik yang dianuti oleh ahli-ahli bahasa. Menurut C. C. Fries (1963), ada lebih daripada dua ratus takrif tentang ayat yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa. Pertama sekali, kita meneliti definisi yang diberikan oleh aliran Tatabahasa Tradisional berpusat pada syarat wujudnya fikiran yang lengkap, sehingga timbullah takrif yang berbunyi A sentence ia a group of words expressing a complete thought (C. C. Fries, 1963). Dalam huraian tatabahasa Melayu yang berdasar pada rangka Tatabahasa Tradisional, A.A. Fokker (1980), misalnya, menakrifkan ayat sebagai ....ucapan bahasa yang mempunyai erti dan batas keseluruhannya ditentukan oleh turunnya suara. Demikian juga definisi ayat yang diberikan oleh St. Takdir Alisjahbana (1964) dan Zaba (1965) sebagai ahli Tatabahasa Melayu Tradisional. Aliran Tatabahasa Struktural pula menakrifkan ayat dengan berdasar pada ujaran yang berdiri sendiri dan bebas daripada ujaran-ujaran lain. Ujaran tersebut terletak di antara dua kesenyapan yakni kesenyapan sebelum dan sesudahnya. (C. C. Fries, 1963). Melalui konsep ini, terbitlah definisi yang dikemukakan oleh Otto Jesperson, ahli falsafah bahasa Denmark yang berbunyi: A sentence is a relatively complete and independent human utterance the completeness and independence being shown by its standing alone or its capability of standing alone, i.e. , of being uttered by itself. (C. C. Fries, 1963)

Kita perhatikan takrifan yang diberi oleh pengasas Linguistik Struktural, Leonard Bloomfield (1961): .... a construction (or form) which, in given utterance, is not part of any larger construction.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Dalam huraian ayat bahasa Melayu, takrif sebegini digunakan oleh sarjana Melayu yang beraliran Struktural iaitu Asmah Hj. Omar. Asmah Hj. Omar (2008) dalam buku Nahu Kemas Kini mendefinisikan ayat terdiri dari sekurang-kurangnya satu klausa yang disertai oleh intonasi yang lengkap, yang bermula dengan kesenyapan dan berakhir dengan kesenyapan yang menandakan bahawa tutur itu selesai, dan mengandungi proposisi yang lengkap. Asmah membahagikan ayat kepada dua golongan iaitu ayat sistem (ayat dasar) dan ayat wacana (konteks). Sekarang kita perhatikan takrif ayat aliran Tranformasi Generatif. Noam Chomsky sebagai pengasas Tatabahasa Tranformasi Generatif (seterusnya TTG) tidak memberikan pengertian ayat. Namun begitu, R. A. Jacobs dan P. S. Rosenbaum (1968) sebagai penganut TTG ada memberikan konsep ayat yang membayangkan fahaman aliran ini sebagai: A sentence is a string of words, but nor every string of words is a sentence. Kenyataan ini menjadi lebih jelas apabila kedua-dua tokoh menyatakan bahawa: A sentence is a structured string whose words fall into natural groups. Konsep ayat merupakan satu urutan kata-kata yang berstruktur ini dapat diperjelas dengan menambah keterangan bahawa urutan tersebut dipecahkan kepada Subjek dan Predikat. Justeru, sarjana Melayu yang beraliran TTG memerihal ayat dengan memperlengkapkan adanya subjek dan predikat. Ini dapat diperhati pada definisi yang diberikan oleh Asraf (2007). Ayat ialah suatu bentuk bahasa yang terjadi dengan adanya sekumpulan kata yang tersusun dalam dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Jumlah ayat tidak terbatas namun semua ini terbahagi kepada dua golongan sahaja iaitu ayat inti dan ayat tranformasi. ( Asraf, 2007) Terdapat ramai lagi ahli TTG di Malaysia yang menakrifkan ayat sebegini. Antaranya ialah Lufti Abas (1972), Nik Safiah Karim (1978), Raja Mukhtaruddin Dain (1977), Hashim Musa (1978) dan ramai lagi. Perkara sedemikian berlaku kerana pegangan TTG. Jika kita membandingkan pernyataan yang dibuat oleh Asmah Hj Omar dengan Asraf, kita dapat melihat perbezaan yang ketara, di sini saya tidak ingin mengulas lebih lanjut.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Konklusinya, ayat merupakan inti asas sintaksis, menjadi bahagian terkecil daripada bahasa yang digunakan untuk menyampaikan suatu fikiran yang lengkap dan penting. Ayat perlulah terbina daripada konstituen subjek dan konstituen predikat.

Subjek ayat terdiri daripada frasa nama. Predikat ayat boleh diwakili oleh frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif atau frasa sendi nama. Ayat mempunyai dua bentuk susunan iaitu susunan biasa dan susunan songsang. Dari segi ragam, ayat bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Dari segi jenisnya pula, ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat perintah, ayat tanya dan ayat seru.

Jadual di bawah menunjukkan perbezaan unit-unit tatabahasa bagaimana perkataan dapat membina ayat. Teliti dan lihat apakah perbezaan yang ditemui di antara ayat dengan klausa di samping frasa dengan perkataan. Ayat Klausa Frasa Perkataan anak orang itu anak orang itu Anak orang itu sedang makan. anak orang itu sedang makan sedang makan sedang makan

Dalam apa-apa bahasa, ayat tidak terhad banyaknya. Namun, setelah diklasifikasikan, ayat tergolong kepada dua bahagian, iaitu ayat dasar dan ayat terbitan. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat inti. Ayat terbitan yang juga dikenali sebagai ayat transformasi mengalami proses perubahan atau penerbitan ayat melalui proses peluasan, penggantian, pengguguran atau penyusunan semua unsur-unsur atau konstituennya. Ada juga pakar bahasa yang menyatakan bahawa binaan ayat mengandungi ayat inti atau dasar dan ayat majmuk. Ayat tunggal pula ialah ayat dasar atau inti yang mengalami peluasan tetapi masih mengandungi satu subjek dan satu predikat

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

10.1.2

Pola Ayat Dasar

Pola ayat terdiri daripada frasa nama dan frasa nama, frasa nama dan frasa kerja, frasa nama dan frasa adjektif, serta frasa nama dan frasa sendi. Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu :

Pola 1 : Frasa Nama + Frasa Nama Pola 2 : Frasa Nama + Frasa Kerja Pola 3 : Frasa Nama + Frasa Adjektif Pola 4 : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Contoh :

Pola 1 : Encik Hafez + pegawai pemasaran. Pola 2 : Anak mereka + sedang tidur. Pola 3 : Baju itu + hijau. Pola 4 : Rumah Fatin + di Negeri Perak.

10.1.3

Ragam Ayat

Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul. Ayat pasif mengutamakan subjek terbitan sebagai judul. Hubungan antara ayat aktif dengan ayat pasif ialah perpindahan tempat frasa nama yang menjadi subjek dan objek ayat berkenaan. Contoh: (i) Adik membaca buku. (ii) Buku dibaca oleh adik. Ayat i ialah ayat aktif. Ayat ii ialah ayat pasif. Ayat aktif ditandai oleh imbuhan meN-. Ayat pasif ditandai oleh imbuhan di- dan diikuti oleh perkataan oleh.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

10.1.3.1

Ayat Aktif

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif iaitu yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambutnya. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada dua jenis iaitu: Ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan Ayat aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.
10.1.3.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif iaitu yang mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif dalam bahasa Melayu digolongkan kepada tiga jenis iaitu: Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja

10.2

Jenis Ayat

Jenis ayat terdiri daripada ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan.

10.2.1

Ayat Penyata

Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan. Ayat penyata mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal. Ayat jenis ini juga disebut sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Contohnya, Saya mempunyai sebuah komputer. Ciri-cirinya ialah, ayat penyata bertujuan menyatakan sesuatu hal atau perkara dan dilafazkan dengan intonasi menurun pada akhir ayat. Ia diakhiri dengan tanda noktah .
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

10.2.2

Ayat Tanya

Sekarang mari kita tinjau pula berkenaan dengan ayat tanya. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal dengan berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat pula digolongkan kepada dua jenis iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan nada tanya ini dilambangkan dengan tanda soal (?). Ayat tanya jenis ini boleh disertai partikel tanya -kah, yang diletakkan pada unsur yang dijadikan fokus atau judul ayat. Misalnya: Awak sudah mandi? Dia atuk kamu?

Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat tanya yang menggunakan kata tanya seperti apa, bila, siapa, berapa, bagaimana, mengapa, dan sebagainya. Ayat-ayat jenis ini terdiri daripada dua golongan iaitu ayat tanya dengan kata gantinama tanya dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya. Misalnya: Siapakah emak awak? Mana satu pilihan awak?

10.2.3

Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang diucapkan dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Perintah ditujukan kepada orang kedua dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau, dan sebagainya yang digugurkan.

Ayat perintah dapat dibahagikan kepada empat jenis seperti yang berikut:-

(i) Ayat suruhan: Ayat yang diucapkan dengan tujuan memberi perintah atau arahan. Dalam ayat ini subjek ialah kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu, engkau dan selainnya digugurkan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

(ii) Ayat larangan: Ayat menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah sebelum kata kerja untuk tujuan menegah seseorang melakukannya.

(iii) Ayat silaan: Ayat yang menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput sebelum kata kerja dengan tujuan menjemput atau mempersilakan seseorang.Lazimnya kata silaan digunakan pada permulaan ayat.

(iv) Ayat permintaan: Ayat yang menggunakan kata permintaan seperti minta dan tolong dengan tujuan memohon permintaan dan pertolongan.

Contoh Ayat Makanlah nasi ini dulu. Jangan ambil wang orang. Sila datang ke pejabat saya malam ini. Tolong hantarkan tugasan esok.

Jenis Ayat Perintah Ayat Suruhan Ayat Larangan Ayat Silaan Ayat Permintaan

10.2.4

Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang diucapkan dengan membawa nada atau intonasi seruan untuk tujuan melahirkan sesuatu keadaan perasaan seperti takut, marah, takjub, geram, sakit dan sebagainya. Intonasi seruan ini digambarkan dalam tulisan dengan tanda seru (!) yang biasanya terletak pada akhir ayat, sama ada ayat itu didahului kata seru atau tidak. Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis, eh, aduh, syabas dan sebagainya. Untuk memahami ayat seruan tersebut, cuba perhatikan contoh-contoh yang di bawah: Contoh Ayat Abang! Oh, Tuhanku! Wah, cantiknya perempuan itu! Amboi, besarnya rumah kau!

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

10.3

Bentuk Ayat

Bentuk ayat pula terdiri daripada ayat dasar, ayat tunggal dan ayat terbitan. Kita akan meneliti setiap takrifan dan konsep ayat dalam bahasa Melayu.
10.3.1 Ayat Dasar (Ayat Inti)

Menurut Arbak Othman (1985), ayat dasar dikenal juga sebagai ayat inti, iaitu ayat yang terbentuk daripada unsur utama yang wajib iaitu yang tidak mengandungi sebarang keterangan di dalamnya. Dengan kata lain, ayat dasar ialah ayat yang tidak mengandungi tambahan unsur pada frasa subjek atau frasa predikat. (Nik Safiah Karim et al., 1993) Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat inti ialah ayat dasar yang paling sederhana bentuknya dan merupakan ayat tunggal yakni terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Lufti Abas (1975) yang menyebut ayat inti adalah ayat yang dihasilkan oleh rumus-rumus struktur frasa saja atau oleh rumusrumus struktur frasa dan transformasi wajib. Jelaslah bahawa ayat inti merupakan ayat yang paling dasar iaitu yang terbit daripada penanda frasa batin dan belum mengalami transformasi pilihan seperti pasif, negatif dan sebagainya. Oleh sebab itulah ayat inti dikatakan Paul Roberts (1964) sebagai: . . . the basic, elementary sentences of the language, the stuff from which all else is made. Justeru, mengikut bahasa Melayu, ayat inti adalah ayat yang daripadanya dapat diterbitkan keseluruhan ayat bahasa Melayu yang lain. (Lufti Abas dan Raja Mukhtaruddin Dain, 1968) Rumusannya, ayat inti atau ayat dasar sebagai ayat yang menjadi dasar atau punca terbitnya ayat-ayat lain dengan binaan paling ringkas. Konstituen subjek dan predikat hendaklah diisi oleh frasa inti dengan erti kata tidak disertai pelengkap. Lazimnya ayat ini adalah ayat penyata dan ayat tunggal. Jadi daripada ayat dasarlah dibentuk ayat-ayat lain yang dipanggil ayat terbitan. Ayat terbitan termasuklah ayat tunggal dan ayat majmuk.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Lihatlah contoh di bawah bagi ayat dasar. Contoh: Dia jururawat. Arif sedang belajar. Kakak ke kedai. Abang pandai.

10.3.1.1

Ayat Tunggal (Ayat Selapis / Ayat Mudah)

Istilah linguistik lama bagi ayat tunggal ialah ayat mudah atau ayat selapis. Ayat tunggal merupakan unit tatabahasa yang tertinggi dibandingkan dengan unit-unit tatabahasa yang lain. Ia terbentuk daripada unit-unit lain yang lebih rendah iaitu klausa, frasa dan kata. Konsep ayat dasar dan ayat tunggal terdapat pertindihan. Hal ini demikian kerana adanya ciri ayat dasar yang menyamai ayat tunggal. Selain itu, bukan semua ayat tunggal tergolong sebagai ayat dasar. Widya Masri (2009) dalam buku Kuasai Struktur Ayat Dalam Bahasa Melayu menyatakan ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu subjek dan satu predikat di mana ayat ini berbeza daripada ayat inti dari segi fakta bahawa ayat ini boleh disongsangkan sedangkan ayat inti tidak boleh disongsangkan. Urutan subjek dan

predikat inilah yang membezakan ayat tunggal dengan ayat dasar. Seterusnya, terdapat satu lagi perbezaan ketara iaitu ayat dasar terdiri daripada ayat penyata sementara ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat penyata dan juga ayat jenis ayat lain seperti ayat soalan, ayat perintah dan sebagainya. Oleh itu, ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu klausa sahaja iaitu mempunyai konstituen subjek dan konstituen predikat. Binaan ayat tunggal

mengandungi unsur wajib atau mengandungi unsur pilihan. Namun bukan semua ayat tunggal adalah ayat dasar kerana ayat ini boleh disongsangkan yang mana menyalahi prinsip ayat dasar.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

10.3.2

Ayat Terbitan (Ayat Transformasi / Ayat Bukan Inti)

Asraf (2007) dalam Penunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu mendefinisi ayat tranformasi ialah ayat lain yang kebanyakannya berasal daripada ayat inti tetapi dengan bentuk yang berubah atau sekurang-kurangnya maknanya berubah. Ayat Transformasi atau ayat bukan inti ialah ayat yang dihasilkan oleh rumus rumus struktur frasa (dengan atau tanpa tranformasi wajib) bersama-sama dengan tranformasi bebas (tranformasi pilihan). (Lufti Abas, 1975) Asraf, Lufti Abas dan Samsuri menghasilkan huraian yang lebih tuntas dan padat tentang ayat transformasi. Samsuri (1978) mengemukakan 3 jenis transformasi iaitu transformasi tunggal (daripada istilah singularly transformation) yang sama maksud dengan transformasi satu dasar, transformasi gabungan dan transformasi rapatan. Menurutnya lagi, transformasi tunggal didasari oleh hanya satu penanda frasa. Asraf (1974) membahagikan ayat tranformasi kepada ayat tranformasi satu dasar, ayat transformasi dua dasar dan ayat transformasi berdasar banyak. Pembahagian ayat transformasi adalah berdasar pada huraian dan pemerian yang dilakukan oleh beberapa ahli linguistik bahasa Inggeris seperti A. Koutsoudas (1966) dan Paul Roberts (1964). A. Koutsoudas (1966) menerangkan bahawa ayat transformasi yang sederhana disebut ayat single-base-transformation atau singularly transformation, iaitu ayat yang terbit daripada satu ayat lain (ayat inti P) atau ayat yang dikatakan Asraf (1978) sebagai ayat selapis yang berubah struktur atau bentuknya daripada struktur atau bentuk inti tetapi tidak terjadi daripada dua ayat. Konsep yang diutarakan oleh A. Koutsoudas dan Asraf jelas menyatakan yang ayat transformasi hanya mengubah bentuk atau strukturnya sahaja. Ayat terbitan yang juga dikenali ayat transformasi ini terhasil apabila terlaksananya suatu proses gramatis. Proses gramatis ini melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat ataupun frasa. Dalam bahasa Melayu, ayat terbitan ini terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan pengguguran, penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur dalaman.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

10.3.2.1 Konsep Pengguguran Proses pengguguran ialah satu proses transformasi yang berlaku ke atas struktur ayat yang mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu daripada binaan ayat itu dan dengan demikian pada peringkat struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud. Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis pengguguran:

a.Pengguguran frasa nama sebagai subjek b.Pengguguran frasa predikat c.Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif d.Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama

a) Pengguguran frasa nama sebagai subjek

l. Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah. contoh: i. Kamu keluar ii. Awak semua pergi dari sini keluar! pergi dari sini!

ll. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk. Contohnya: i. Dia sangat pandai + Dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana dia rajin belajar Dia sangat pandai kerana rajin belajar

ii.

Adik saya cerdik + Adik saya pemalu Adik saya cerdik tetapi adik saya pemalu Adik saya cerdik tetapi pemalu

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

b) Pengguguran frasa predikat

Seluruh frasa predikat atau bahagian-bahagian daripadanya boleh digugurkan. Jikalau terdapat penggunaan frasa predikat yang serupa dalam ayat majmuk gabungan maka semua frasa predikat yang serupa kecuali yang terakhir boleh digugurkan.

l. Pengguguran seluruh frasa predikat

Frasa Predikat

Contoh ayat Arifah belajar di Pahang. Sepupunya belajar di Pahang

a.Frasa kerja yang serupa

Arifah belajar di Pahang dan sepupunya belajar di Pahang Arifah dan sepupunya belajar di Pahang

b.Frasa nama yang serupa

Encik Abu guru sekolah. Puan Milah guru sekolah Encik Abu guru sekolah dan puan Milah guru sekolah Encik Abu dan puan Milah guru sekolah.

c.Frasa adjektif yang serupa

Abang saya sangat rajin. Abang Ali sangat rajin. Abang saya sangat rajin dan abang Ali sangat rajin Abang saya dan abang Ali sangat rajin. Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung.

d.Frasa sendi nama yang serupa

Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung. Dia dan isterinya masih di kampung.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

c) Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif

Apabila dua ayat digabungkan dengan satu ayat yang dipancangkan ke dalam ayat yang satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu boleh digugurkan. Contoh:

i.

Kereta itu hijau. Kereta itu pilihan saya. Kereta yang hijau itu pilihan saya. Yang hijau itu pilihan saya.

ii.

Nani membeli baju itu. Baju itu cantik. Nani membeli baju yang cantik itu. Nani membeli yang cantik itu.

d) Pengguguran Kata Nama yang berfungsi sebagai inti dalam frasa nama

Kata nama yang terkandung dalam binaan frasa nama KN (inti) + penerang boleh digugurkan sehingga yang tertinggal dalam frasa nama itu hanya bahagian penerangnya, yang mungkin bukan daripada kelas kata nama.

Contoh: i. Kegiatan bersenam boleh menyihatkan badan. Bersenam boleh menyihatkan badan.

ii.Tabiat merokok membahayakan kesihatan. Merokok membahayakan kesihatan.

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

10.3.2.2 Proses Penyusunan Semula

Dalam proses penyusunan semula bentuk perkataan

dalam ayat asal diubah

susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu. Proses penyusunan semula ini akan mengakibatkan berlakunya perubahan ataupun pengguguran pada kata-kata tertentu, penggantian atau penambahan kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan. Namun demikian proses penyusunan semula ini tidak membawa perubahan pada makna ayat.

Terdapat tiga jenis proses penyusunan semula iaitu:

a) Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek. B) Penyusunan semula frasa nama sebagai objek. c) Penyusunan semula melalui ayat songsang.

Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula contoh-contoh di bawah:

tersebut,

cuba anda perhatikan

Ayat Asal Adik membaling bola itu

Penyusunan Semula Bola itu dibaling oleh adik. (Frasa nama sebagai subjek)

Allah mengurniai kita rahmat

Allah mengurniakan rahmat kepada kita. (Frasa nama sebagai objek)

Orang itu pergi ke Pasir Mas

Ke Pasir Mas orang itu pergi. ( Ayat songsang )

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

10.3.2.3

Proses Peluasan

Proses peluasan ayat boleh berlaku apabila penambahan unsur-unsur dalam ayat yang baharu.Terdapat beberapa jenis peluasan ayat dalam bahasa Melayu , iaitu:

a) Peluasan frasa nama sebagai subjek b) Peluasan frasa predikat c) Peluasan dengan kata hubung d) Peluasan melalui proses komplementasi

Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda perhatikan contoh-contoh di bawah:

Ayat Asal Budak itu adik saya. Budak itu membaca buku

Peluasan Budak yang membaca buku itu adik saya. ( Frasa nama sebagai subjek )

Osman mengusik budak itu. Budak itu menangis. Ayah tidak pergi kerja. Ayah sakit perut. Mereka melaporkan . Guru kelas tidak hadir.

Osman mengusik budak yang menangis itu. ( Frasa predikat )

Ayah tidak pergi kerja kerana sakit perut.( Kata hubung ) Mereka melaporkan bahawa guru kelas tidak hadir. ( Proses komplementasi )

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood (2006). Sintaksis Dialek Kelantan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Abdullah Hassan (2006). Morfologi. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Hassan dan Seri Lanang Jaya Rohani (2006). Sintaksis. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Ali Mahmood, Seman Salleh dan Zainal Abidin Kasim (2007). HBML 2103

Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu . Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Alias Mohammad Yatim (2007). HBML 3503 Pengantar Linguistik Am. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. Arbak Othman (1984). Permulaan Ilmu Linguistik. Selangor: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd. Arbak Othman (1980). Pengantar Teori Sintaksis. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana Sdn. Bhd. Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2004). Teori Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (1993). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Asmah Haji Omar (2008). Nahu Kemas Kini. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. Asraf Abdul Wahab (2007). Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu. Sasbadi Sdn. Bhd. Asraf Wahab (1988). Intonasi Dalam Hubungan Dengan Sintaksis Bahasa Melayu. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Awang Sariyan (2002). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Petaling Jaya:

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Azhar M. Simin (1983). Seni Karya Nahu dalam Jurnal Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bloomfield, L. (1935). Language. London: Allen & Unwin. Che Ibrahim Salleh (2008). BBM 3203 Tatabahasa Melayu. Serdang: Penerbitan UPM. Harimurti Kridalaksana (1983). Tradisi dan Inovasi dalam Penyelidikan Bahasa Melayu. dalam Jurnal Persatuan Linguistik Malaysia. Hassan Alwi (2000). Tatabahasa Baku Bahasa Indonesia. Jakarta: Balai Pustaka. Hashim Hj. Musa (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan Dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ismail Salleh (1993). Tinjauan Ringkas tentang Analisis Wacana dalam Sejarah Pemerian Tatabahasa Melayu dalam Jurnal Dewan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamus Dewan Edisi Baharu (2008). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Lufti Abas (1985). Linguistik Deskriptif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Isa Hassan (1993). Frasa Kerja dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa dan Abdul Hamid Mahmood (2008). Tatabahasa Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nor Hashimah, Imran Ho Abdullah dan Idris Aman (2007). Linguistik: Teori dan Aplikasi. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Raja Mukhtaruddin Raja Dain (1986). Tatabahasa Pegangan. Petaling Jaya: Agensi Penerbitan Nusantara. Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1986). Kajian Bahasa. Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ramli Hj. Salleh (1995). Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hajar Abdul Aziz (1996). Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh dan Rahim Aman (2007). Linguistik Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

Kuala Lumpur:

Zainal Abidin Ahmad, Zaba (2000). Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad (2008). Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sumber Internet: Laman Sesawang: Http://id.wikipedia.org/wiki/Infiks (Tajuk : Infiks, Sufiks, Afiks) Laman Sesawang: Http://www.wilta.org/ber_prefix.htm. -13.8.2008, (Tajuk: Prefiks) Laman Sesawang: Http://staff.iiu.edu.my/mascitah/pengaplikasian.doc. -13.8.2008, (Tajuk: Pengaplikasian Morfologi Bahasa Melayu)

Sumber Jurnal: Zaharin Yusoff (Universiti Sains Malaysia, Malaysia) (Tajuk Artikel: Cintailah Bahasa Kita) Deny Arnos Kwary (Univerisitas Sumatera Utara, Indonesia) (Tajuk Artikel: Delapan Jenis Afiks : Analisis Afiks Bahasa Arab, Bahasa Indonesia dan Bahasa Inggeris)

Muhammad Norrudin (OUM) @ Padin 2006-2009

You might also like