P. 1
09 Isi Pelajaran 1 & 2 - Bola Sepak

09 Isi Pelajaran 1 & 2 - Bola Sepak

|Views: 98|Likes:
Published by Ajailani Mat

More info:

Published by: Ajailani Mat on Apr 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/08/2013

pdf

text

original

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING

)

TAJUK 1
SINOPSIS:

PERMAINAN BOLA SEPAK.

Topik ini memberikan gambaran sepintas lalu kepada pelajar berkenaan sejarah permainan bola sepak, perkembangannya di Malaysia dan organisasi yang bertanggungjawab dalam mengurus takbir permainan ini. Pelajar juga didedahkan kepada peraturan dan undang-undang permainan bola sepak dan bagaimana menguruskan kejohanan pertandingan bola sepak.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Menerangkan sejarah awal permainan bola sepak; 2. Meringkaskan perkembangan bola sepak dalam tiga era di Malaysia 3. Membincangkan struktur organisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia ( Football Association of Malaysia - FAM ). 4. Mengenal pasti perbezaan di antara undang-undang dan peraturan permainan bola sepak.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

PERMAINAN BOLA SEPAK

SEJARAH PERMAINAN

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG PERMAINAN

SEJARAH

PERKEMBANGAN BOLA SEPAK DI MALAYSIA

STRUKTUR ORGANISASI PERSATUAN

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

1

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING)

1.1

Peraturan Dan Undang-Undang Asas Permainan.

1.1.1 Sejarah Permainan Sejarah awal permainan bola sepak diketahui dengan pelbagai cerita yang berbeza. Fakta telah menunjukkan bahawa permainan bola menggunakan awal daripada kaki telah bermula permainan sejak bola
Rajah 1.1: Permainan bola sepak tanpa peraturan dimainkan di Eropah ketika Zaman Pertengahan.

ratusan tahun yang lalu dan dipercayai lebih sejarah menggunakan tangan.

Sejarah permainan bola menggunakan kaki bermula sejak kurun ke-2 dan ke-3 di China. Ia bermula pada zaman pemerintahan Dinasti Han, di mana askaraskar mereka telah menggunakan bola yang diperbuat daripada kulit sebagai latihan fizikal dan ia dikenali sebagai latihan ‘ Tsu Chu’. Selain itu fakta juga telah menunjukkan permainan Greek “episkyros” mempunyai persamaan dengan permainan daripada Rom. Cara ia dimainkan ialah dengan dimulai dengan dua pasukan, menggunakan bola kecil dan bermain di kawasan padang yang bersegi empat tepat dan ditanda garisannya. Objektif permainan ini adalah untuk membawa bola melepasi sempadan pihak lawan. Permainan ini telah bertahan selama 700 hingga 800 tahun. Bola sepak ialah sejenis sukan berpasukan yang paling diminati dan digemari di seluruh dunia. Permainan ini juga dikenali sebagai soccer di Amerika Syarikat untuk membezakannya dengan permainan "football" yang lain di sana. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa atau FIFA adalah satu badan pentadbiran yang ditubuhkan untuk menguruskan bola sepak. Oleh kerana permainan bola sepak dimain dengan cara yang berbezabeza di sekolah-sekolah di United Kingdom, undang-undang dan peraturan awal 2

Jules Rimet telah dilantik menjadi presiden ketiga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa. Trofi ini dikenali sebagai Piala Jules Rimet. Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ini telah menerima pasukan bola sepak dari Afrika Selatan pada tahun 1909 / 1910. Ia diadakan di tiga gelanggang di Montevideo dengan 3 . Pada 1 Mac 1921.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) telah diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan dan memudahkan pemainpemain memahami peraturan-peraturan tersebut. Argentina dan Chile pada tahun 1912 serta Amerika Syarikat pada tahun 1913. Pemenang kejohanan akan dinobatkan sebagai juara dan akan diberikan trofi. seorang pengukir Perancis. Pada tahun 1863. Kongres pertama yang berlangsung di Barcelona telah memilih Uruguay sebagai tuan rumah yang pertama pada 1 Mei 1929. kejohanan pertama Piala Dunia dilangsungkan di Uruguay. Abel Lafleur telah dipertanggungjawabkan untuk mencipta trofi yang pertama. Beliau merancang untuk mengadakan kejohanan secara kecil-kecilan dan satu peraturan telah diluluskan pada tahun 1928. Persatuan Bola Sepak England telah ditubuhkan oleh beberapa kelab bola sepak. Perancangan FIFA untuk mengadakan pertandingan di peringkat antarabangsa telah ditangguh kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama. Selepas beberapa tahun. Mereka menggubal satu undang-undang bola sepak yang formal dan undangundang ini dikembang menjadi Undang-Undang Bola Sepak yang diguna pakai sehingga kini. pada 18 Julai 1930.2: Bola yang digunakan pada Piala Dunia pertama di Uruguay 1930 Buat pertama kalinya. Rajah 1. Manakala.

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Uruguay yang menjadi tuan rumah muncul sebagai juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di dalam perlawanan akhir. Menjelang tahun 1954. Piala Dunia telah terhenti apabila tercetusnya Perang Dunia Kedua. 4 .1. Walau bagaimanapun Julies Rimet telah berusaha keras di sepanjang 33 tahun beliau memegang tugas sebagai Presiden. Johor dan Negeri Sembilan. Impiannya menjadi kenyataan apabila Perancis menjadi tuan rumah kali ketiga. Perak. Rimet yang dilantik Presiden Kehormat pertama FIFA telah meninggal dunia setahun kemudian dan diganti dengan Rodolphe William Seeldrayers pada tahun 1958. Rajah 1. 1. Antara sumbangan besar Rous ialah menambah keahlian baru dan menyiarkan kejohanan Piala Dunia secara meluas di seluruh dunia. Awal 1920-an Tahukah anda bagaimana pula perkembangan bola sepak di negara kita? Begini perkembangannya. Oleh kerana itu. Permainan bola sepak pertama di Semenanjung Malaysia bermula pada awal tahun 1800 sejajar dengan penubuhan kelab di mana bilangan pendatang luar adalah tinggi di negeri Selangor. Thommen yang bertindak sebagai Penganjur Jawatankuasa Pertandingan bagi Piala Dunia 1954. Kuala Lumpur.2 Perkembangan Di Malaysia.3: Singapura menerima piala sebagai juara Piala Malaya. 1958 dan 1962 sebelum Sir Stanley Rous dilantik sebagai Presiden FIFA keenam. ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu. ahli gabungan FIFA telah terdiri daripada 85 negara dari seluruh dunia. Bola sepak telah menjadi sebahagian daripada fenomena kehidupan dan merupakan sukan yang paling popular di dunia. Operasi FIFA banyak dikawal selia oleh Ernst B. FIFA telah memutuskan kejohanan itu diadakan secara berselangseli di benua Eropah dan Amerika Selatan.

Scott. R. Mereka berkhidmat selama 2 tahun setiap seorang sebelum tampuk pemerintahan FAM bebas daripada pengaruh pemerintahan kuasa British. satu Persatuan Bola Sepak ditubuhkan dan selepas itu secara rasminya menjadi persatuan bola sepak kebangsaan pada 1933. Shelley. Pada tahun 1926. Tahun-tahun di antara 1951 hingga 1984 Pada tahun 1951 pula. Presiden FAM ialah J. Ia juga dikenali sebagai Football Association of Malaya (FAM). S. Dr J.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Permainan bola sepak telah dijadikan sebagai sukan pertunjukkan ketika perlawanan kriket Piala Malaya di antara Selangor dan Singapura pada tahun 1921. Sir Andrew Caldecott dilantik menjadi Presiden FAM yang pertama pada tahun 1933 dan diikuti oleh M. Mereka menerajui persatuan ini sehingga tahun 1940 sebelum Peperangan Dunia Kedua meletus. Webster. diikuti dengan H. Bryson dan Dr C. jawatan tersebut telah diisi oleh Tan Sri Datuk Seri Setia Raja Hamzah Haji Abu Samah. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah dilantik sebagai Presiden FAM. King. Selepas tamat perang. Sultan Haji Ahmad Shah merupakan tokoh yang banyak membantu dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air. Era Pembaharuan Modenisasi dan Profesionalism Yang Teramat Mulia Sultan Pahang. 5 . Pada tahun 1976. Kemudian pucuk pimpinan FAM telah diambil alih oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Haji Hussein. Williamson dan Adrian Clark. Pada tahun 1989 Liga semi-pro diperkenalkan sebelum sukan ini diiktiraf sebagai sukan profesional beberapa tahun kemudian. Rawson.

4 berikut menunjukkan struktur organisasi Persatuan Bola sepak Malaysia atau dalam bahasa Inggeris Football Association of Malaysia (FAM).1. Negara Belgium.4: Struktur Organisasi FAM Sub Tajuk 1.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Di bawah pentadbiran Sultan Haji Ahmad Shah.2 Peraturan Dan Undang-Undang Permainan. Sweden dan Switzerland merupakan negara-negara yang bertanggungjawab kepada penubuhan FIFA. Perancis. Ia juga merupakan pusat pentadbiran bola sepak kebangsaan yang pertama. Mengembangkan permainan bola sepak ke seluruh dunia agar diterima sebagai permainan yang diminati. i. Rajah 1. Antara tujuan-tujuan penubuhan FIFA adalah seperti berikut. perkembangan permainan bola sepak banyak meraih perhatian dari dalam dan luar negara sehinggalah persatuan bola sepak berjaya mengelolakan satu kejohanan berprestij iaitu Piala Remaja Dunia pada 1997. Daripada bangunan kecil di Jalan Birch.1. 6 .3 Struktur Organisasi Persatuan Rajah 1. FAM akhirnya mempunyai kompleks mereka sendiri di Kelana Jaya. Persekutuan Pesatuan-Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) ditubuhkan pada tahun 1904 di Paris. Sepanyol. Belanda. 1. FIFA merupakan badan rasmi yang khusus untuk menyelenggara bola sepak di peringkat dunia.

saiz dan berat bola. Mutu permainan atau pengadilan anda sudah tentu akan meningkat sekiranya anda dapat mempraktikkan undang-undang sukan bola sepak. iii. 7 . iaitu badan yang mempunyai kuasa dalam sukan bola sepak antarabangsa. Meningkatkan mutu permainan menerusi perlawanan dan pentadbiran yang dianjurkan dari semasa ke semasa.1 Undang-undang Permainan Kefahaman tentang undang-undang bola sepak akan dapat membantu anda memahami permainan ini dengan lebih mudah lagi. Undang-undang 1: Padang Permainan (a) Permukaan Padang Perlawanan bola sepak boleh dimain di permukaan padang semula jadi atau padang tiruan. Undang-undang bola sepak digubal untuk pertama kalinya oleh Ebenezer Cobb Morley dan diusulkan ke dalam mesyuarat Persatuan Bola Sepak pada 8 Disember 1863. Mengawal dan menyelaraskan segala undang-undang dan peraturan mengenainya. v. Ia bergantung pada peraturan sesuatu pertandingan.2. saiz gawang.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) ii. Mari kita mendalami ke semua undang-undang ini. Mengeratkan hubungan antara negara-negara dunia menerusi bola sepak. Menjadikan sebuah badan atau persatuan khusus untuk bola sepak bagi seluruh dunia. undang-undang tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Kini. 1. iv. Namun begitu. Pengubahsuaian ini termasuklah saiz padang. Undang-undang permainan bola sepak terdiri daripada 17 undang-undang yang diperakui oleh semua badan sukan termasuk FIFA. bilangan pemain simpanan dan tempoh perlawanan. terdapat sedikit pengubahsuaian kecil akan dibuat untuk kejohanan seperti Sukan Remaja dan Program Tajaan Sekolah.

5 ): Panjang Lebar : : Minimum 90m (100 ela) Maksimum 120m (130 ela) Minimum 45m (50 ela) Maksimum 90m (100 ela) Ukuran padang pertandingan antarabangsa: Panjang Lebar (c) Kawasan padang Untuk melancarkan permainan ini garisan perlu ditandakan di setiap kawasan padang untuk membezakan sesuatu kawasan. Dua garisan panjang sempadan dipanggil garisan padang manakala dua garisan yang lebih pendek dipanggil garisan gol. : : Minimum 100m (110 ela) Maksimum 110m (120 ela) Minimum 64m (70 ela) Maksimum 75m (80 ela) Rajah 1. Kemudian padang akan dibahagikan kepada dua bahagian melalui garisan tengah di mana kawasan bulatan di tengah padang mempunyai ukuran jejari 9. Ukuran bagi semua garisan mestilah tidak melebihi daripada 12sm (5 inci) lebar.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) (b) Ukuran padang Padang permainan mestilah berukuran segi empat tepat. Ukuran padang permainan adalah seperti berikut (juga lihat rajah 1.15m (10 ela).5: Ukuran kawasan padang bola sepak 8 .

tanda penalti dibuat 11m (12 ela) dari kawasan tengah tiang gol.5m (6 ela) dari tiang gol.6: Ukuran kawasan penalti (f) Tiang bendera Tiang bendera yang berukuran tidak lebih 1.5m (5 kaki) tinggi perlu ditempatkan di setiap penjuru padang. Rajah 1. 9 . Ia juga boleh diletakkan di setiap hujung garisan tengah dan mestilah berada 1m jauh dari garisan padang. Dalam setiap kawasan penalti.15m (10 ela) dari setiap tanda penalti dibuat di luar kawasan penalti. Dua garisan di sudut kanan garisan gol masing-masing berukuran 5.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) (d) Kawasan gol Di setiap garisan hujung padang ialah kawasan gol. (e) Kawasan penalti Kawasan kotak penalti mempunyai dua garisan di sudut kanan garisan gol dengan ukuran 16. (g) Lengkungan sudut Suku bulatan dengan jejari 1m (1 ela) daripada setiap kawasan sudut tiang bendera dibuat di dalam padang permainan. Lengkungan bulatan berjejari 9.5m (18 ela) dari tiang gol.

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) (h) Tiang gol Kawasan tiang gol mestilah berada di tengah-tengah di setiap garisan gol. Jarak antara tiang gol ialah 7.8: Bola yang digunakan dalam permainan bola sepak 10 . Rajah 1.32m (24 kaki) dan tinggi palang gol dari permukaan tanah ialah 2. Rajah 1. Lilitan bola yang ditetapkan oleh FIFA adalah 68sm70sm dan berat bola dalam lingkungan 410g-450g.7 : Ukuran tiang gol bola sepak Undang-undang 2: Bola Bola mestilah berbentuk sfera dan diperbuat daripada kulit binatang atau bahan lain yang dibenarkan. Berikut merupakan bentuk bola yang dimaksudkan. Bola yang digunakan untuk pemain dewasa ialah bersaiz 5 manakala saiz 4 dan 3 lazimnya digunakan untuk sukan remaja.44m (8 kaki). Ukuran lebar kedua-dua tiang gol dan palang mestilah tidak melebihi 12sm (5 inci).

(b) Perlawanan Rasmi Setiap perlawanan rasmi yang dianjurkan oleh FIFA dan persatuan persatuan di bawah gabungannya.9: Setiap pasukan terdiri daripada 11 pemain termasuk seorang penjaga gol. Pemain gantian yang tidak didaftarkan tidak akan dibenarkan untuk bermain. Pemain gantian hanya boleh memasuki padang selepas 11 . (d) Peraturan pemain gantian Pertukaran pemain gantian tidak boleh dilakukan secara sewenangwenangnya. nama-nama pemain gantian mestilah diberikan kepada pengadil sebelum perlawanan dimulakan.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Undang-undang 3: Bilangan Pemain (a) Pemain Perlawanan bola sepak memerlukan dua pasukan sahaja di mana setiap pasukan mestilah terdiri daripada 11 orang pemain termasuk penjaga gol. (c) Nama pemain gantian Dalam setiap perlawanan. hanya 3 orang pemain sahaja dibenarkan untuk membuat pertukaran. Pengadil mestilah dimaklumkan sebelum sebarang pertukaran dibuat. Rajah 1. Perlawanan tidak boleh dimulakan sekiranya terdapat kurang daripada 7 orang pemain. Peraturan pada setiap pertandingan mestilah menyatakan berapakah bilangan pemain gantian yang dibenarkan untuk membuat pertukaran (3 hingga 7 pemain).

10: Kasut bola adalah salah satu peralatan wajib bagi pemain bola sepak 12 . Berikut adalah peralatan asas yang patut dipakai oleh pemain: i. iv. (b) Peralatan asas Setiap pemain perlu juga mematuhi undang-undang berpakaian. ii. (e) Pertukaran Penjaga Gol Untuk menukar penjaga gol pengadil hendaklah diberitahu terlebih dahulu sebelum pertukaran dibuat. gelang atau jam tangan. iii.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) pemain yang hendak digantikan keluar dari padang dan selepas mendapat isyarat daripada pengadil. Jersi Kasut bola Seluar pendek Stoking Pelindung kaki Rajah 1. Undang-undang 4: Peralatan Pemain (a) Keselamatan Pemain tidak dibenarkan memakai peralatan atau perhiasan yang boleh membawa bahaya kepada dirinya dan juga kepada pemain-pemain yang lain. Proses pertukaran lengkap apabila pemain gentian memasuki padang permainan dan pemain yang telah diganti itu tidak boleh lagi mengambil bahagian dalam perlawanan tersebut. Sebagai contoh cincin. vi.

Pelindung kaki atau shin guards yang diperbuat daripada bahan yang sesuai seperti getah atau plastik perlu dipakai di dalam stoking. pengadil dan pembantu pengadil.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) (c) Pelindung kaki (shin guards) Setiap pemain juga memerlukan pelindungan pada kaki. (d) Penjaga Gol Penjaga gol perlu memakai warna jersi yang berlainan daripada pemain lain. Pengadil akan mengarahkan pemain yang melakukan kesalahan meninggalkan padang. Pengadil akan memeriksa pemain tersebut sebelum dibenarkan meneruskan permainan dan dia hanya dibenarkan memasuki padang setelah bola terkeluar dari padang.11: Pengadil mengawal perlawanan dengan dibantu oleh 2 pembantu pengadil 13 . Undang-undang 5: Pengadil (a) Kuasa pengadil Setiap perlawanan akan dikawal oleh pengadil yang berkelayakan dan mendapat sepenuh kuasa dalam mengendalikan permainan bola sepak. (e) Pelanggaran Peraturan Seseorang pemain itu tidak dibenarkan bermain sekiranya mereka melanggar peraturan. Pemain tersebut tidak dibenarkan memasuki padang sehingga diberitahu pengadil. Rajah 1.

Pengadil hanya akan menukar keputusannya apabila menyedari bahawa keputusan tersebut adalah salah atau setelah berbincang dengan pembantu pengadil. Memastikan bola yang digunakan memenuhi syarat.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) (b) Tugas Pengadil Berikut adalah tugas-tugas seorang pengadil: Melaksanakan undang-undang perlawanan. Bertindak melalui nasihat yang diberikan oleh pembantu pengadil atas kesalahan yang tidak dapat dilihat olehnya. - - (c) Keputusan pengadil Keputusan pengadil adalah muktamad. Pemain yang cedera itu hanya dibenarkan memasuki padang semula setelah mendapat isyarat daripada pengadil. Mengambil tindakan disiplin ke atas pemain yang membuat kesalahan yang berat dan mengarahkan pemain itu supaya keluar padang. Memastikan peralatan pemain yang digunakan memenuhi syarat undang-undang 4. Memberhentikan atau membatalkan permainan sekiranya berlaku sebarang gangguan daripada pihak luar. Mengawal permainan dengan bantuan pembantu pengadil. Mengambil tindakan ke atas pegawai pasukan yang gagal mengawal kelakuan semasa perlawanan. Memastikan pemain yang mengalami pendarahan atau luka meninggalkan padang. 14 . Memberhentikan perlawanan sekiranya terdapat kecederaan teruk pada pemain dan memastikan pemain itu dibawa keluar dari padang. Mengenakan denda yang lebih berat kepada pemain yang melakukan lebih daripada satu kesalahan. Bertindak sebagai penjaga masa dan sentiasa merekodkan masa permainan. Menyambung semula permainan selepas memberhentikannya.

(b) Pembantu Memastikan pengadil mengawal perlawanan berdasarkan undang-undang permainan bola sepak. Rajah 1.12: Dua orang pembantu pengadil sedang bertugas semasa pertukaran dilakukan. Antara tugastugas pembantu pengadil ialah: Memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan permainan. kecuali terdapat persetujuan terhadap perubahan di antara pengadil dan keduadua pasukan. Memastikan arah tendangan sudut. tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Pengadil akan memberikan tanggungjawab kepada pembantu pengadil untuk membuat laporan kepada pihak atasan apabila sesuatu keadaan itu tidak boleh dikawal.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Undang-undang 6: Pembantu Pengadil/ Penjaga Garisan (a) Tugas Seseorang pengadil dibantu oleh dua pembantu pengadil. Membantu mengesan sebarang kesalahan atau kejadian yang berlaku di luar pandangan pengadil utama. Sebarang persetujuan untuk menukar masa permainan 15 . Memaklumkan pemain yang berada dalam keadaan ofsaid. Undang-undang 7: Tempoh Masa Perlawanan (a) Tempoh permainan Tempoh permainan pada setiap separuh masa adalah 45 minit.

16 . Masa yang diberikan adalah tidak melebihi 15 minit. (e) Pemberhentian perlawanan Sesuatu perlawanan yang dihentikan akan dimainkan semula melainkan peraturan pertandingan menyatakan sebaliknya. Rajah 1. rawatan kepada pemain yang tercedera atau pengadil bertindak mengeluarkan pemain yang cedera dari padang untuk mendapakan rawatan. Contohnya mengurangkan masa untuk setiap separuh masa kepada 40 minit. (c) Masa tambahan Masa tambahan diberikan apabila berlaku pemberhentian masa sewaktu pertukaran pemain.13: Masa permainan untuk perlawanan bola sepak ialah selama 45 minit setiap separuh masa (b) Masa Rehat Masa rehat diberikan kepada pemain selepas menamatkan separuh masa pertama. tempoh masa akan dipanjangkan sehingga tendangan penalti itu dilakukan.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) hendaklah dibuat sebelum permainan itu dimulakan. (d) Tendangan penalti Apabila tendangan penalti hendak diambil atau diambil semula.

Pasukan yang kalah lambungan syiling akan memulakan pertandingan. Rajah 1.14: Permainan dimulakan apabila bola ditendang ke arah hadapan (b) Sepak mula Ia adalah cara untuk memulakan perlawanan atau memulakan kembali perlawanan pada separuh masa kedua.15m (10 ela) daripada bola. Pasukan lawan hendaklah berada sekurang-kurangnya 9. Selain itu. Selepas pengadil memberi isyarat mula. Pemain yang mengambil 17 . sepak mula juga dibuat selepas jaringan gol dilakukan dan ketika permulaan di setiap separuh masa semasa tambahan masa. pemain tengah perlu membuat sepak ke hadapan untuk dihantar kepada rakan pasukannya yang lain. sekiranya pihak yang menang memutuskan untuk memilih kawasan gol manakala pasukan yang menang lambungan syiling akan memulakan sepakan mula pada separuh masa kedua. semasa sepak mula diambil dan bola mestilah dalam keadaan pegun dan berada di tengah-tengah kawasan bulatan. Jaringan yang berpunca daripada sepak mula adalah sah. (c) Prosedur Semua pemain mestilah berada di kawasan mereka sendiri.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Undang-undang 8: Permulaan Perlawanan (a) Permulaan perlawanan Penentuan pasukan mana yang berhak sama ada untuk memilih kawasan gol atau memulakan pertandingan dilakukan dengan melambung duit syiling.

Selepas pasukan tersebut menjaringkan gol. Jarak masa ketika sedang menunggu keputusan apabila berlaku pelanggaran undang-undang. Undang-undang 9: Bola Masuk dan Keluar Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya bola dikira keluar dari padang apabila melintasi garisan tepi. sepakan mula akan diambil oleh pasukan lawan. dengan syarat pemain pasukan penyerang tidak melempar. Permainan akan diteruskan kembali dengan: (a) (b) (c) Perlawanan akan disambung semula dengan lambungan bola di mana tempat terakhir bola terkeluar.15: Contoh keadaan bola masuk dan bola keluar Undang-undang 10: Jaringan Jaringan gol akan dikira apabila seluruh bola melepasi garisan gol di antara tiang gol dan di bawah besi palang gol. 18 . Lambungan bola yang terkena pengadil atau penjaga garisan semasa di dalam padang permainan. Rajah 1. sama ada bola meleret di atas atau di udara garisan padang.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) sepakan mula tidak boleh menendang bola itu kembali sebelum ianya disentuh oleh pemain lain. membawa dan menolak dengan menggunakan lengan atau tangan.

17: Seorang pemain berada dalam keadaan ofsaid apabila berada di belakang pemain pertahanan lawan sebelum bola ditendang ke arahnya 19 . Rajah 1.16: Contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol Undang-undang 11: Ofsaid Pemain dikira berada dalam keadaan ofsaid apabila pemain itu berada berdekatan dengan gawang pihak lawan lebih daripada bola melainkan pemain tersebut berada di separuh padang permainan pasukannya dan hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 pemain pihak lawan berdekatan dengan gawang mereka bersama pemain itu sendiri. Denda akan dikenakan jika pemain melakukan ofsaid. Rajah di bawah menunjukkan contoh keadaan bola bagi menentukan jaringan gol. Rajah 1. Manakala perlawanan akan dikira ÂseriÊ sekiranya kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama semasa tempoh perlawanan. Sepakan percuma pula akan diberikan kepada pasukan lawan di mana ofsaid berlaku.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Satu gol akan diperolehi dengan setiap jaringan. Pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira sebagai pemenang perlawanan.

(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Undang-undang 12: Kesalahan dan Kelakuan Buruk Kesalahan berlaku dengan sengaja ataupun tidak. melompat ke atas pemain pihak lawan. sepakan percuma akan diberikan kepada pasukan lawan di mana tempat kesalahan itu dilakukan. mengganggu pemain pihak lawan dari belakang melainkan pemain pihak lawan menghalang pemain daripada mengambil bola. bola mestilah disentuh dahulu oleh pemain lain selepas pemain membuat tendangan percuma sebelum bola itu melepasi garisan gawang. memegang pemain pihak lawan. membawa. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.15m daripada bola apabila pasukan penyerang diberi tendangan percuma tidak langsung dalam jarak 10 ela dari 20 . menyadung pemain pihak lawan mengganggu pemain pihak lawan dengan bahasa dan kelakuan yang kasar atau tidak sopan. Kesalahan yang boleh menyebabkan hukuman sepakan percuma ialah: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) (h) (i) menendang atau cuba untuk menendang pemain pihak lawan. Pemain pertahanan boleh berada dalam jarak kurang dari 9. menarik dan menolak ke hadapan bola dengan menggunakan lengan atau tangan (melainkan ia dilakukan penjaga gol di dalam kawasan kotak penaltinya). Manakala bagi menjaringkan gol daripada tendangan percuma tidak langsung. menolak pemain pihak lawan. Undang-undang 13: Tendangan Percuma Terdapat 2 jenis tendangan percuma iaitu secara langsung dan tidak langsung. Sebagai hukuman. sengaja memukul atau meludah pemain pihak lawan. Pemain yang sengaja melakukan apa sahaja kesalahan akan dihukum.15m (10 ela) dari kedudukan bola untuk membuat tendangan percuma langsung dan tidak langsung. Jaringan boleh dikira dengan tendangan percuma langsung.

secara tidak langsung pasukan lawan akan diberi sepakan percuma. Dalam situasi tersebut. Penjaga gol perlu bersedia di tengah garisan gawang di antara tiang gol dan tidak dibenarkan mengangkat kaki sehingga tendangan diambil.15m dari bola apabila pemain mengambil sepakan percuma dari kawasan penalti mereka. Bola mestilah berada dalam keadaan statik dan tidak bergerak apabila sepakan percuma diambil.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) gawang pasukan pertahanan. Rajah 1. 21 c) . Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kawasan penalti dan sekurang kurangnya 9. Semua pemain mestilah berada sekurang-kurangnya 9. Rajah 1. Jika pemain yang mengambil sepakan percuma itu menendang untuk kali kedua sebelum pemain lain menyentuhnya.15m di luar kawasan penalti kecuali pemain yang mengambil tendangan penalti dan penjaga gol. Prosedur: a) b) Sepakan penalti diambil 11m (12 ela) di hadapan kawasan penalti dan di tengah-tengah gawang. pemain pertahanan boleh berdiri pada gawang mereka untuk menghalang jaringan berlaku.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran.18: Pemain yang mengambil sepakan percuma adalah seorang yang mempunyai kemahiran yang tinggi Undang-undang 14: Sepakan Penalti Sepakan penalti akan diberikan sekiranya pemain melakukan kesalahan di dalam kawasan penalti.

Jaringan gol daripada balingan bola yang keluar tidak akan dikira. Prosedur: • • • • Bola hendaklah dipegang dengan kedua-dua belah tangan dari bahagian belakang kepala. Balingan masuk akan dilakukan oleh pasukan lawan sekiranya pemain pasukan sendiri yang menyebabkan bola terkeluar.20) Pembaling bola mestilah menghadap padang dan kaki hendaklah menyentuh garisan atau di luar garisan. Pembaling bola tidak boleh menyentuh bola sehinggalah bola disentuh oleh pemain lain. (Rajah 1. Rajah 1.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) d) Bola mestilah ditendang ke hadapan oleh pemain yang mengambil sepakan penalti dan tidak boleh menendang bola sekali lagi sehingga bola itu disentuh oleh pemain lain.19: Sepakan penalti selalunya akan memberikan jaringan Undang-undang 15: Balingan Masuk Perlawanan akan dimulakan kembali dengan hantaran masuk di tempat akhir sekali bola itu dikeluarkan apabila bola melepasi garisan tepi. sama ada bola meleret di atas padang atau di udara. 22 .

• Prosedur: Bola hendaklah diletakkan di kawasan lengkungan sudut pada hujung padang bersebelahan dengan tiang bendera. Semua pemain pihak lawan mesti berada di luar kotak penalti semasa tendangan gol diambil. 23 . Tendangan gol terus kepada penjaga gol tidak dibenarkan di kawasan penalti. Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. Prosedur: • • • • • Bola ditendang di kawasan petak penjaga gol oleh pemain pertahanan atau pun penjaga gol. terkeluar di belakang garisan gol sama ada melalui leretan padang atau udara.20: Seorang pemain yang membuat cara balingan masuk yang betul Undang-undang 16: Tendangan Gol Tendangan gol akan diberikan apabila bola yang akhir sekali disentuh oleh pemain yang membuat hantaran.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Rajah 1. Jaringan tidak dikira melalui tendangan gol. Undang-undang 17: Tendangan Sudut Tendangan sudut diambil apabila bola yang dimainkan terkeluar atau melepasi garisan belakang gol.

Pemain yang membuat tendangan tidak boleh menyentuh bola sehingga pemain lain menyentuhnya. Pemain pertahanan mestilah berada sekurang-kurangnya 9.21: Tendangan sudut adalah salah satu kaedah terbaik untuk menghasilkan gol SEMAK KEFAHAMAN : (a) (b) (c) Apakah prosedur yang diperlukan untuk membuat tendangan mula? Terangkan secara ringkas apakah yang dimaksudkan dengan tendangan percuma langsung dan tidak langsung? Apakah keadaan yang menyebabkan seseorang pemain itu dikira ofsaid? 24 .15m dari bola sehinggalah tendangan sudut diambil. Rajah 1.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) • • • Tendangan hendaklah dibuat oleh pasukan lawan.

Kini anda akan didedahkan pula tentang strategi permainan bola sepak.1 STRATEGI PERMAINAN Anda tadi telah didedahkan kepada peranan pemain. pengadilan yang baik dan langkah-langkah untuk menjadi penjaga gol yang cekap. KERANGKA TAJUK-TAJUK FORMASI DAN STRATEGI PERMAINAN FORMASI PERMAINAN STRATEGI PERMAINAN 3. Mengaplikasikan strategi dan latihan dalam permainan bola sepak. Ini juga penting agar permainan bola sepak akan menjadi lebih tersusun dan efisen. HASIL PEMBELAJARAN 1.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) TAJUK 2 FORMASI DAN STRATEGI PERMAINAN BOLA SEPAK SINOPSIS: Topik ini membincangkan dan mendedahkan pelajar kepada strategi dan formasi permainan bola sepak. Pemilihan sesuatu strategi permainan (formation) biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti berikut: 25 . pengendalian dan pengelolaan dalam sesuatu kejohanan dan pertandingan. 2. Mempraktikkan ilmu pengurusan.

pemain tengah atau pertahanan perlu mara dan membuat ’overlap’ untuk membantu 3 orang penyerang tersebut.2 : Sistem 4. Keadaan ini membenarkan 6 orang pemain untuk menyerang atau bertahan. daya tahan 2 orang pemain tengah tersebut adalah penting Rajah 2. Oleh itu. 26 .2. hanya 3 orang pemain sahaja yang bertindak sebagai pemain penyerang.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Rajah 2. Oleh itu.4 (b) 4-3-3 Dalam sistem ini.1 : Faktor kepada pemilihan strategi Sistem permainan yang biasa diamalkan dalam permainan bola sepak adalah: (a) 4-2-4 Kejayaan sistem ini banyak bergantung kepada 2 orang pemain tengah yang menjadi ’penghubung’ di antara pemain pertahanan dan penyerang.

Rajah 2.4. 27 .3.4 : Sistem 4.3 (c) 4-4-2 Pembentukan jenis ini lebih menitikberatkan pertahanan dan biasa diamalkan oleh pasukan yang kekurangan penyerang utama. 'Sweeper’ ini bergerak bebas dan tugasnya adalah untuk mengganggu dan merebut bola daripada pihak lawan.2 (d) 1-4-3-2 Sistem ini juga lebih menumpukan kepada barisan pertahanan di mana seorang pemain menjadi ’sweeper’ manakala yang lain akan menjaga pemain lawan. Lapan pemain boleh digunakan untuk menghadapi serangan tetapi 2 orang penyerang akan memikul tugas yang berat.(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Rajah 2. Mereka terpaksa menguasai bola sehingga ke barisan tengah supaya dapat membantu membuat serangan.3 : Sistem 4.

4.2 28 .(PJM 3109 BOLA SEPAK DAN BOLA JARING) Rajah 2.5 : Sistem 1.3.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->