P. 1
Upacara India

Upacara India

|Views: 710|Likes:

More info:

Published by: Nurul Amirah Asha'ari on Apr 29, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/12/2014

pdf

text

original

Sections

  • Pengenalan
  • Jenis-jenis perkahwinan
  • Adat sebelum berkahwin
  • RASIONAL UPACARA PERKAHWINAN
  • Puuppeitutal
  • Kucci koluttatutal
  • Tiratti sutrutal
  • Kurukku Maalai/ Kalungan Songsang
  • RASIONAL UPACARA AKIL BALIGH
  • Ciimantam
  • RASIONAL UPACARA KELAHIRAN
  • Pemujaan Dewi
  • Menamatkan Pantang / Tiittu Kalittal
  • Upacara meletakkan bayi dalam buaian
  • Pemberian Nama
  • RASIONAL UPACARA PEMBERIAN NAMA

HALAMAN PENGAKUAN

‘’Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

:

afiqah : NURUL AFIQAH BT FATKHORRAHMAN

: 27 Februari 2012

HALAMAN PENGAKUAN

‘’Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya’’.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

:

amirah : NURUL AMIRAH BT ASHA’ARI

: 27 Februari 2012

PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi kesyukuran kami panjatkan kepada Tuhan kerana barakah dan rahmat yang dilimpahi kepada kami selama ini. Tugasan kami telah dijalankan dengan jayanya. Dan bersyukur juga kerana Tuhan telah memberi kami kekuatan untuk menghadapi segala macam kesulitan dan masalah sewaktu menyiapkan projek ini. Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang menolong secara langsung atau tak langsung dalam menyiapkan projek ini. Semoga segala kebaikan yang diberi diberkati.

Kepada pensyarah pembimbing kami iaitu madam Chin, kami sangat berterima kasih kerana sangat banyak memberi bimbingan kepada kami dan dalam masa yang sama sentiasa memantau dan memberi kami semangat untuk membuat yang terbaik dalam tugasan ini. Terima kasih juga kerana banyak berkorban masa semasa memberi kami tunjuk ajar dan bantuan. Namun, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan yang membantu dalam pertukaran pendapat dan idea berkenaan pelbagai etnik di Malaysia. Kami sangat menghargai pertolongan anda.

Dalam melaksanakan tugasan ini, pelajar akan mampu untuk mengetahui dan mengenalpasti pelbagai upacara yang sewring dijalankan dalam etnik-etnik yang ada di Malaysia. Walaupun masing-masing mempunyai kumpulan etnik yang berbezabeza, namun secara kasarnya semua dapat mengetahui serba sedikit berkenaan upacara-upacara yang dijalankan melalui jaringan jalur lebar. Melalui tugasan ini juga, kami merasakan bahawa teknik penggunaan teknologi sangat penting dan perlu untuk menyediakan pelajar yang mahir dalam semua bidang.

Tidak dilupakan juga, melalui tugasan ini, ia sangat menggalakkan pembelajaran melalui pembacaan. Pembacaan yang meluas akan memberi lebih maklumat dan lebih banyak idea kepada pelajar. Dalam mengumpul maklumat ini, tugasan ini sangat membantu dalam memperkembangkan kemahiran pelajar dalam membuat rujukan dan mengakses maklumat.

kematian dan pelbagai upacar yang lain lagi. pemberian nama. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. beberapa unsur-unsur penerapan dalam budaya yang dipelajari ditunjukkan dalam buku ini. justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Dalam Buku Skrap Digital ini juga ada menerangkan beberapa rasional yang difikirkan logik sesuatu kepercayaan dan perkara itu dilakukan bagi masyarakat India ini. Seperti juga masyarakat lain. akil baligh. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Buku Skrap Digital ini mengupas tentang beberapa upacara yang sering dijalankan oleh masyarakat India di Malaysia terutamanya. masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di samping itu juga. Kepelbagaian budaya di Malaysia ini telah menjadikannya sebuah Negara yang menarik dan unik. Antara upacara yang dijalankan oleh masyarakat India adalah upacara perkahwinan. Untuk itu. masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Kesemua upacara ini telah menjadikan Malaysia sebuah Negara yang mempunyai kepelbagaian budaya. Seperti masyarakat lain. kelahiran.PENDAHULUAN Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. .

KANDUNGAN Halaman Pengakuan Penghargaan Pendahuluan Kandungan Upacara-upacara & Rasional • Upacara & Rasional Perkahwinan • Upacara & Rasional Akil Baligh • Upacara & Rasional Kelahiran • Upacara & Rasional Pemberian Nama • Upacara & Rasional Kematian .

.

“ semoga perkahwinan ini mendapat kebahagiaan hingga ke akhir hayat. perkataan atau konsep cerai langsung tidak pernah wujud dalam masyarakat mereka. upacara perkahwinan merupakan salah satu upacara yang terpenting dalam masyarakat Hindu. suami atau isteri tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam upacara keagamaan tanpa disertai oleh pasangan mereka. Menerusi kaca mata agama Hindu. mereka pasti mendambakan sesuatu dalam perkahwinan mereka.Pengenalan Arus pemodenan yang sentiasa berubah-ubah langsung tidak menghalang masyarakat Hindu di Malaysia ini untuk mengekalkan adat tradisi perkahwinan mereka tetapi dipermudahkan dengan peredaran zaman. masayarakat India percaya bahawa pasangan yang bersatu berdasarkan thirumanam hendaklah secocok dari segi pemikiran. Manakala. Walau bagaimanapun. Thirumanam Sorgattil Niccayikkappadukiratu bermaksud perkahwinan dipercayai ditentukan di syurga manakala Kanavan Manaivi Amaivatellaam Iraivan Kodutta Varam yang bermaksud jodoh dikurniakan oleh tuhan. Untuk pengetahuan semua. Dalam satu-satu perkahwinan. Kedatangan menantu dalam sebuah keluarga mampu mendapat banyak tuah dan mempunyai bilangan cahaya mata yang ramai “ Begitulah di antara kata-kata yang diungkapkan oleh seorang sami dalam bahasa Sanskrit sebaik kedua-dua mempelai selamat disatukan sebagai suami isteri. selepas seseorang itu berkahwin. setiap orang hanya boleh berkahwin sekali sahaja sepanjang hidup mereka. Maka thirumanam membawa maksud sesebuah perkahwinan adalah penyatuan yang bersifat ketuhanan. Selain itu. anak merupakan . Menurut frasa Tamil. Setiap pasangan dapat menghormati mentua masing-masing . Maka dapat dilihat bahawa masyarakat Hindu juga mempercayai kewujudan syurga yang memberikan mereka jodoh. fizikal dan mental. dalam perkahwinan mereka lelaki haruslah lebih tua daripada pasangannya. Thiru bermaksud bersifat ketuhanan manakala manam beerti bersatu hati. perempuan. Namun selepas berkahwin. Kepercayaan mereka pula bahawa satu-satu perkahwinan tersebut adalah untuk sepanjang hayat mereka.

Anak ini merupakan satu kekayaan yang amat berharga kepada mereka dan tiada galang gantinya. Antaranya ialah Tamil Tirumanam. manusia ini perlu untuk mencapai Patinaaru Perukal iaitu enam belas jenis kekayaan atau anugerah. dalam masyarakat India tetap mempunyai variasi daripada masyarakat lain. Daripada sudut pandangan masyarakat India.satu perkara yang paling diingini oleh setiap pasangan. Antara anugerahnya ialah anak. Walau bagaimanapun. Suyamariyaatait Tirumanam Tamil Tirumanam Vaitiigat Tirumanam Jenis-Jenis Perkahwinan . Suyamariyaatait Tirumanam dan juga Vaitiigat Tirumanam. Terdapat beberapa jenis perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat ini.

sesiapa sahaja boleh mengetuai upacara perkahwinan ini dengan syarat orang tersebut dapat menyanyi lagu-lagu teevaaram dan tiruvaasagam. jika tiada golongan yang mahir untuk menjalankan upacara ini. puisipuisi suci Hindu dalam bahasa Tamil seperti teevaraam dan tiruvaasagam diucap ataupun dinyanyikan sebagai mantera dalam upacara. penggunaan Thali sebagai rantai suci yang melambangkan penyatuan suami isteri masih lagi digunakan. Dalam perkahwinan ini. Dalam perkahwinan ini. Tambahan pula. Golongan ini sangat mengutamakan bahasa Tamil mereka dalam upacara perkahwinan malah mereka menolak konsep Dewa Bhasya yang merujuk kepada bahasa Tuhan iaitu bahasa Sanskrit. walaupun perkahwinan jenis ini jarang sekali dijalankan di Malaysia. Selain itu. namun adat dan tradisinya tidaklah terlalu berbeza kerana dalam upacara perkahwinan jenis ini. orang yang akan menjalankan upacara ini hendaklah berupaya untuk menyanyikan lagu-lagu suci dalam bahasa Tamil dengan baik. upacara dijalankan oleh seseorang yang mahir dalam bahasa Tamil serta dihormati oleh ramai orang. Akan tetapi. .Jenis-jenis perkahwinan Tamil Tirumanam Bagi masyarakat yang mengamalkan perkahwinan jenis ini amat menolak unsur pembacaan mantera dalam bahasa Sanskrit dan unsur api yang dianggap budaya orang Arya juga dilarang dalam masyarakat mereka.

Tidak hanya menolak pemakaian Thali tetapi golongan mereka juga tidak menggunakan khidmat almanac Hindu untuk menentukan tarikh dan masa yang sesuai untuk melangsungkan perkahwinan ini. perkahwinan jenis ini dijalankan dalam golongan yang kebanyakannya adalah golongan yang tidak percaya kepada adat istiadat dan upacara perkahwinan yang panjang lebar dan meleret. Kemudian. Dalam perkahwinan ini. Ketika berlangsungnya majlis. perkahwinan ini kebanyakannya menolak upacara pemakaian Thali. Sebagai pengetahuan am. seseorang yang dihormati akan mengetuai majlis. manakala ibu bapa pengantin hanya berada di hadapan dan tetamu akan dialualukan oleh pengerusi majlis tersebut. para hadirin yang hadir akan memberi restu kepada kedua-dua pasangan pengantin dengan berkata Manamakkal Vaalga serta menaburkan bunga-bungaan kepada mereka. sebaliknya lampu minyak Kuttu Vilakku yang dihidupkan.Suyamariyaatait Tirumanam Berbeza dengan perkahwinan jenis Tamil Tirumanam. majlis akan diserahkan kepada mana Inaippaalar yang akan bertanggungjawab untuk menjalankan upacara tersebut. pengantin akan membuat ikrar atau membaca warkah persetujuan perikatan perkahwinan atau dsebut sebagai Oppantam Vaasital. . setelah doa Iraivanakkam atau Lagu Tamil Vaaltu atau pemujian tamil dinyanyikan. Setelah itu.

Antara perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu adalah merisik. mengunjungi rumah bakal pengantin. adat penyediaan thali. Upacara perkahwinan ini juga boleh menunjukkan perbezaan menurut golongan etnik. Merisik Upacara Perkahwinan Mengunjungi Rumah Bakal Pengantin Adat Natanggu Ikat Janji Adat Mendirikan Mukuurtta Kaal Adat Penyediaan Thali Adat Pemberian Hadiah . ikat janji. adat natanggu.Vaitiigat Tirumanam Vaitiigat Tirumanam adalah antara jenis perkahwinan yang paling popular dan dikenali dalam masyarakat India di Malaysia. adat mendirikan mukuurtta kaal. terdapat beberapa adat atau upacara yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum upacara perkahwinan ini dijalankan. Upacara ini dijalankan dengan menurut teks-teks Hindu dengan dibantu oleh pedanda yang bertauliah yang akan sekaligus mengetuai upacara perkahwinan ini. adat pemberian hadiah. subetnik serta sistem kasta. kemudian baharulah upacara perkahwinan. Menurut upacara perkahwinan ini.

buah-buhan serta serbuk kumkum. ibu bapa tersebut atau saudara terdekat akan bertindak untuk merisik seseorang gadis yang akan diperisterikannya. cendana. Rombongan tersebut akan turut membawa buah tangan seperti kelapa. sub etnik. kasta dan agama. orang tengah iaitu Tirumana Taragar akan banyak membantu dalam menjayakan upacara ini. Faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek umur. Aspek-aspek ini juga tidak dipandang ringan atau diabaikan. rupa paras dan latar belakang keluarga juga 1. pinang. tahap pendidikan. bunga. Pada kebiasaannya maklumat-maklumat ini tidak diperoleh secara langsung tetapi memerlukan pihak-pihak yang melibatkan diri secara tidak langsung untuk mendapatkan maklumat tersebut melalui sahabat handai dan saudara mara. Ia . Mengunjungi rumah bakal pengantin perawakan calon isterinya. Dalam upacara ini. Dalam upacara ini. Ini dipanggil Pen Paarttal.Adat sebelum berkahwin Adat sebelum berkahwin Langkah Merisik akan Upacara berlaku apabila seseorang lelaki menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada ibu bapanya. Dalam upacara ini. beberapa aspek perlu diambil perhatian seperti faktor etnik. rombongan pihak bakal pengantin lelaki perlu dating dalam jumlah yang ganjil walaupun dalam bilangan yang ramai. Merisik turut diambil kira. bakal pengantin lelaki terlebih dahulu yang akan mengunjungi untuk melihat rumah sendiri bakal paras pengantin rupa dan perempuan 2. sirih. Tetapi ada kalanya.

Ia adalah untuk memberitahu bahawa kedatangan mereka adalah bertujuan baik. Kecocokan pasangan ini adalah berdasarkan Jaatakam atau tilikan masa depan berdasarkan kiraan Pancaangam almanak Hindu masing-masing. Selepas itu baharulah perkara-perkara seperti hari dan tarikh perkahwinan dibincangkan. terdapat 21 aspek yang perlu diambil kira bagi menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin. Sebagai tanda kedua-dua keluarga akan bertukar sirh pinang yang dikenali sebagai taambuulam marrutal. pengantara akan mengumumkan dengan rasminya ikatan tersebut. 3. Barang-barang bertuah turut dibawa bersama. Thirumanam Poruttam Paartal iaitu tilikan kecocokan bakal pengantin dijalankan sebelum melangsungkan perkahwinan. Ikat janji (Niccayam) Sejurus selepas kedua-dua pihak bersetuju. Upacara Niccayam ini dilaksanakan apabila kecocokan yang dibuat diterima oleh kedua-dua keluarga. bilangan yang dating adalah dalam jumlah yang ganjil. Akan tetapi sebaliknya apabila pihak perempuan tidak bersetuju. Selain itu. Parisam seumpama sebuah majlis pertunangan. mereka akan melayan rombongan pihak lelaki sebagai tetamu dan tidak akan menerima buah tangan yang dibawa. Pihak perempuan akan menerima semua buah tangan tersebut sekiranya bersetuju dengan maksud rombongan tersebut. Dalam tilikan tersebut.dikenali sebagai manggalap porutkal iaitu barang yang baik dan bertuah. 4. Adat pemberian hadiah (Parisam) Dalam masyarakat India. Sama seperti semasa berkunjung ke rumah bakal pengantin perempuan. Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah yang .

Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih awal daripada hari perkahwinan. pihak lelaki akan membawa barang-barang bertuah dan bayaran bagi tukang emas untuk membuat thali. . Thali yang digunakan tidaklah wajib diperbuat daripada emas. Adat penyediaan Thali (Tjirumaanggaly am) pun mazhab agama. manakala Udan Parisam adalah pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama sebelah pagi sebelum upacara perkahwinan dilangsungkan. bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Setelah itu baharulah pihak lelaki boleh melihat Puurana Kumbum dengan lebih dekat lagi. Terdapat pelbagai jenis Thali dan thali-thali ini adalah berbeza mengikut perbezaan tradisi keluarga atau 5. Kemudian. Digantungkan segumpal benang kuning yakni benang putih tetapi disalut kunyit cair.ganjil juga. Selepas itu. Thali merupakan satu symbol suci perkahwinan yang diikat pada leher pengantin perempuan. Tetapi hantaran ini mestilah disediakan oleh wanita yang bersuami atau Cumanggali. Adat ini sebenarnya terbahagi kepada dua iaitu Parisam biasa atau Udan Parisam. upacara sembahyang dilakukan sebagai tanda permulaan upacara. Kemudian dibuat sembahyang dikenali sebagai Thaalipadaiyal. Bagi yang kurang mampu ia boleh digantikan dengan kunyit. pengantin perempuan menulis sesuatu dengan menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada Tuhan. Dalam masa yang sama. Tujuh atau Sembilan hari sebelum perkahwinan. tuah dan suci pada mereka. Thali yang telah siap dan di bawa ke rumah ditempatkan di bilik sembahyang. Kerana kunyit merupakan symbol kebaikan.

Dalam upacara ini juga sembilan jenis bijirin dikenali Navataaniyam ditaburkan pada kaki Mukuurtta Kaal serta lampu minyak dihidupkan sehingga selesai upacara. Upacara ini dilakukan selama dua atau empat kali (sekali sehari) sebelum hari perkahwinan dan sekali lagi sewaktu upacara perkahwinan. Kepentingan menjaga alam ditekankan supaya kehidupan aman damai. Adat Nalanggu kerana menandakan kelahiran matahari menerangi dunia juga diharap untuk menerangi kehidupan mereka. dalam upacara ini pengantin akan duduk di atas bangku menghadap matahari terbit. Untuk menjalankan upacara ini sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan Mukuurttal Kaal. . Walau bagaimanapun perbelanjaan upacara ini ditanggung oleh ibu bapa pada hari pertama.. Ini merupakan adat yang harus ditunaikan oleh keluarga terdekat.Upacara ini pula dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Ia dibuat bertujuan untuk membuang sial serta angkara pengkhianatan orang ataupun dikenali sebagai Kanneeru Kalittal. Dengan mendirikan mukuurtta kaal ini menandakan bahawa perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Adat mendirikan mukuurtta kaal didirikan bertujuan untuk mendapatkan perlindungan dan limpah kurnia tuhan. Dan kemudian Navataaniyam ini akan bertunas selepas beberapa hari sebagai ikrar kepada alam semula jadi bahawa pengantin akan menghormati alam. Kedudukan ini dianggap bertuah 7. Ia 6. Manakala hari-hari berikutnya ditanggung oleh saudara mara. Upacara ini pula dilakukan di kedua-dua rumah pengantin lelaki dan juga perempuan.

Manakala.Dalam upacara perkahwinan pedanda yang akan memulakan upacara dengan sembahyang memohon restu daripada Dewa Ganesha supaya majlis perkahwinan berjalan lancar. Kemuidan pedanda pula akan mengikat kappu iaitu tali berwarna kuning di pergelangan tangan maapillai. Upacara perkahwinan berkahwin. pedanda memulakan poojai-poojai apabila maapillai berada di atas manavarai dan ponnu (pengantin perempuan ) di sebelahnya. upacara memuja tapak kaki ibu bapa dilakukan oleh pasangan pengantin kepada ibu bapa masing-masing. dulang berisi atchatai dibawa kepada tetamu untuk mendapatkan restu sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Namun sebelum itu kaki kaapillai diletakkan di atas batu giling. Pengantin perempuan diberikan sebiji kelapa yang telah dibersihkan dan disapu kunyit serta dibalut dengan kain . adik perempuan maapillai akan berdiri di belakang maapillai dengan mengangkat lampu minyak sebagai tanda peringatan kepada maapillai bahawa tuhan menjadi pengantin saksi perkahwinan tersebut. Simbolik penggunaan batu giling ini adalah untuk mengingatkan maapillai supaya tabah hati dan berpegang teguh pada perkahwinan seperti teguhnya batu giling. Selesai upacara di rumah pengantin perempuan. Kemudian Pavitram iaitu cincin yang diperbuat daripada rumput tarppai dipakaikan kepada maappillai iaitu pengantin lelaki. Cincin itu pula menandakan bahawa orang yang memakainya telah 8. Seterusnya. maapillai toolan atau pengapit pengantin lelaki akan memakaikan cincin jari kaki. Sewaktu upacara mengikat thali berlangsung. Setelah itu. Setelah itu. di pintu masuk pula. Selesai upacara tersebut. akan bangun daripada monavarai untuk mengelilingi api sebanyak tiga kali.

kuning sebelum berangkat ke rumah pengantin lelaki. Ia adalah untuk menghilangkan perasaan malu dan segan di antara pengantin. Akhir sekali. Maapillai akan meminum separuh dan bakinya diminum oleh ponnu. . campuran minuman susu dan pisang diberikan kepada pengantin.

.

. menziarah rumah dan sebagainya • Seorang guru boleh menerapkan kepada murid bahawa walaupun masyarakat kita berbilang kaum. • Sebagai murid haruslah sentiasa mempelajari setiap perkara yang baharu dan menerima kesamaan berikut dengan positif. Ini tidak bermaksud bahawa islam tidak menghormati wanita tetapi ia merupakan satu kelebihan kepada lelaki yang mampu menjaga lebih daripada seorang isteri. Rasionalnya pula adalah wanita lebih ramai berbandingg lelaki di dunia ini.RASIONAL UPACARA PERKAHWINAN Dalam upacara perkahwinan masyarakat India sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan upacara perkahwinan kaum masyarakat melayu. seharusnya untuk menggalakkan murid-murid menunjukkan identiti golongan masyarakat masing-masing dan sentiasa berbangga dengan sekolah dan tempat mereka. Perkahwinan hanya sekali • Menurut kepercayaan masyarakat india. • Menolak kondep dewa bhasya yang merujuk kepada bahasa tuhan iaitu bahasa sanskrit. seorang hanya boleh berkahwin sekali dan perkahwinan tersebut adalah untuk sepanjang hayat. • Guru perlu menekankan kepada murid bahawa setiap kepercayaan masyarakat adalah berbeza. Sejagat • Mempunyai persamaan ataupun upacara tersebut dikatakan berkongsi dengan kaum masyarakat india • Juga mempunyai adat merisik. Penggunaan bahasa tamil • Masyarakat ini menggunakan bahasa tamil dalam keseluruhan upacara. penggunaan bahasa ibunda mereka dalam menjalankan upacara yang penting • Sebagai guru. • Rasionalnya kepercayaan tersebut adalah untuk menghormati wanita dan menggalakkan kesetiaan lelaki terhadap isterinya. Jika di lihat menerusi kaca mata konsep budaya. Sebagai contoh masyarakat islam boleh berkahwin melebihi satu. tetapi masih ada lagi perkara yang mempunyai kesamaan dan hanya yang membezakannya ialah kepercayaan mereka terhadap sesuatu perkara tersebut. mengikat janji. • Rasionalnya ialah.

.

Oleh itu. Selepas mendapat haid. ibu bapa akan mula mencari jodoh untuk mereka. Dan menurut masyarakat India juga. Upacara ini boleh disifatkan sebagai pengumuman rasmi kepada saudara mara bahawa anak mereka telah bersedia untuk berkahwin. Puuppeitutal Kucci koluttatutal Tiratti sutrutal Kurukku maalai/ kalungan songsang . sebaik sahaja anak perempuan mereka mencapai baligh. Perempuan yang mencapai baligh sangat beerti kerana ini menandakan seseorang perempuan itu berkeupayaan untuk menjadi bakal seorang ibu. anak perempuan unu akan mengalami beberapa perubahan dari segi fizikal mahupun emosi.Pengenalan Puuppeitutal beerti mencapai baligh ataupun puberty bagi anak perempuan. Semasa upacara ini dijalankan. Sebagai Ibu bapa. Anak perempuan yang mendapat haid pada kali pertama disebut juga Ruthu Adaotal Danvayatukku Varutal. Puuppeitutal merupakan salah satu usaha ke arah mencari jodoh bagi anak yang sudah baligh. Puuppeitutal selalunya disambut baik dan kebiasaannya berlaku dalam linkungan umur anak 9-13 tahun tetapi bergantung juga kepada keadaan biologi anak perempuan tersebut. ia merupakan kali pertama anak perempuan memakai sari. mereka harus lebih berhati-hati dalam menjaga anak perempuan yang telah baligh kerana mereka bukanlah lagi kanak-kanak.

Manakala air yang dituang di atas kepala anak tersebut dipercayai memastikan kesuburannya serta memupuk sifat keibuannya. Seorang demi seorang pengendali upacara akan menuangkan air yang disediakan ke atas kepala anak tersebut.Puuppeitutal Sebaik sahaja anak perempuan mencapai baligh. Simboliknya pula ialah hujan adalah satu anugerah Tuhan yang dianggap amat penting kerana ia menyuburkan tanah dan memelihara segala kehidupan di dunia. Air kunyit yang ditaburkan bunga-bungaan wangi digunakan. Pada waktu petang hari pertama anak ini akan bermandi adat. Taai maaman dijemput untuk membuat tikar tersebut. Duduk menghadap matahari terbit • Melambangkan doa supaya kehidupan baru anak tadi lebih terang dan berguna Lubang-lubang sebagai penapis di atas kepala seperti air hujan yang turun • Simboliknya pula ialah hujan adalah satu anugerah tuhan yang dianggap amat penting kerana ia menyuburkan tanah dan memelihara segala kehidupan di dunia. Mereka juga dilarang keluar rumah sekurang-kurangnya dalam masa sembilan hari. Dikenali sebagai Paccai Kudicai Kattutal/Poodutal. mereka diasingkan daripada keluarga. Daun hijau pokok dianyam seperti tikar untuk tujuan membuat pondok. anak tadi didudukkan di atas bangku kecil mengarah ke matahari terbit. Semasa upacara ini. Lubang-lubang yang banyak pada penapis yang digunakan itu menyebabkan air turun sebagai hujan ke atas kepala anak tersebut. . Simboliknya melambangkan doa supaya kehidupan baru anak tadi lebih terang dan berguna. Selalunya dibuatkan tempat khas untuk mereka yang dinamakan pondok hijau. Simboliknya bunga menandakan keharuman kehidupan yang bakal dilalui.

Semua pakaian selama 9 hari dibakar. termasuklah pembakaran cadar. Pondok hijau pula akan dibuang sebelum matahari terbit. . Setelah itu baharulah anak perempuan ini boleh berkongsi bilik dengan anggota keluarga yang lain. Manakala daun kelapa dibakar bersama pakaian anak dara selama sembilan hari yang pertama.Kucci koluttatutal Upacara ini dilakukan pada hari kesembilan seseorang anak perempuan tersebut mencapai haid. Simboliknya barangbarang ini dibakar adalah untuk membuang kekotoran. bantal dan lain-lain. Upacara kucci koluttatutal ini akan dilaksanakan sendiri oleh bapa ataupun Taai Maaman. • Simboliknya barang-barang ini dibakar adalah untuk membuang kekotoran. Ia beerti berakhirnya pantang pergaulan dalam kalangan ahli-ahli keluarga.

manisan dan pelbagai lagi diarak masuk oleh wanita bersuami diketuai oleh taai maaman. Upacara ini merupakan upacara terakhir dalam puuppeital. bahu kiri. Di rumah anak dara pula. sari. mereka dilarang mengunjungi kuil atau menyertai sebarang upacara keagamaan kerana masih dianggap kotor. lampu minyak di tempat sembahyang dalam rumah juga dipadamkan bagi jangka masa tiga puluh hari ini. kumkum. Upacara ini akan dilakukan oleh tiga atau lima orang wanita yang bersuami. Kapur barus pula dihidupkan di atas sirih. Setiap pengendali upacara akan menyapukan cendana pada pipi dan tangan anak dara. dan di pangkal kaki kiri. Selain itu. barangan tadi diangkat dan dilingkar ikut arah jam di hadapan anak dara dan dilambai sebanyak tiga kali. Ada kalanya pedanda atau seorang wanita tua yang bersuami dijemput untuk menjalankan upacara ini. Kemudian. lampu minyak. kuih berbentuk leper dibuat daripada tepung beras serta dulang aalatti iaitu dulang yang diisikan dengan air kunyit yang dicampur dengan kapur sirih atau jus limau. kelapa. Adai diletak pada pangkal kaki kanan. bahu kanan. Akan tetapi sebenarnya tiga puluh hari merupakan waktu pantang bagi keluarga apabila anak perempuan mencapai haid pertama. lampu minyak dihidupkan kembali setelah dimatikan selama tiga puluh hari. Taai Maaman pula diwajibkan untuk membawa hadiah atau Eervarisai. Adai merupakan sesuatu yang khas bagi upacara ini. . Pelbagai barangan seperti sirih pinang. Antara barang yang perlu disediakan untuk upacara ini ialah air sebuyung kecil. atas kepala.Tiratti sutrutal Ini merupakan upacara menamatkan pantang dan ia boleh diadakan pada hari keenam belas ataupun ketiga puluh. Batu giling pula melambangkan kehamilan dimana ia merupakan tanda berdoa supaya anak perempuan itu memperoleh anak selepas berkahwin. Manakala. anak batu giling. barang-barang perhiasan. bunga. Adai ini dipercayai dapat membuang sial anak dara. Sepanjang waktu ini. Akhir sekali aalatti dilingkar dan dilambai serta air dalam dulang tersebut disapu sedikit pada dahi anak dara.

Kalungan ini tidak boleh dimasukkan begitu sahaja kerana menurut adat dan ajaran Hindu kalungan tersebut seumpama dibuat oleh suami. Satu dipakai dari bahu kanan ke arah kiri dan satu lagi dari bahu kiri ke arah kanan. Kemudian taai maaman memakaikan kurukku maalai iaitu dua kalungan bunga.Kurukku Maalai/ Kalungan Songsang Selepas upacara Tirutti Sutrutal. Akhirnyya seperti biasa jamuan makan sayut-sayuran akan menandakan tamatnya upacara puuppeitutal. Kesemua ini dilakukan supaya anak dara dapat memberi barang-barang keperluan. . Sebagai permulaan. Taai Maaman akan menyerahkan hadiahhadiahnya kepada anak dara. Seterusnya upacara mendapatkan restu. Kemudian diikuti dengan pemberian hadiah oleh para hadirin. sari hantaran akan dipakai oleh anak dara. anak dara mendapatkan restu ibu bapa dan Taai Maaman.

.

Juga ingin memberitahu bahawa anak mereka telah matang dari segi fizikal dan juga emosi. Guru juga menjadi satu medium dimana murid boleh mendapatkan nasihat dan bimbingan terutamanya bagi murid yang bakal meningkat remaja. Ini adalah untuk memberitahu kepada semua bahawa anak mereka telah bersedia untuk berkahwin. • Selain itu. • Guru juga perlu sentiasa menerapkan unsur menjaga kebersihan diri terutamanya untuk memastikan fizikal dan mental murid sentiasa segar dan tiada gangguan. tugas guru untuk mendedahkan kepada murid kenapa perkara tersebut berlaku dan setiap orang yang bergelar perempuan akan mengalaminya. • Seorang guru harus peka terhadap perubahan yang berlaku terhadap murid-murid. • Bagi murid yang telah mencapai akil baligh. rasionalnya kepercayaan ini sebenarnya adalah kerana pada zaman dahulu pondok ini didirikan kerana tiada bilik khas di rumah untuk menempatkan anak perempuan yang sudah akil baligh. • Guru perlu menerapkan sikap menerima tanpa syarat dimana murid yang telah mencapai akiil baligh mungkin akan mempunyai bentuk fizikal yang berbeza dengan murid yang belum akil baligh. • Rasional bagi kepercayaan ini adalah ibu bapa ingin menyatakan kepada semua bahawa anak mereka boleh melahirkan anak dan subur. seorang guru sepatutnya sentiasa melihat dan membataskan pergaulan mereka terutamanya pergaulan lelaki dan perempuan. Oleh itu. Pembinaan pondok dengan menggunakan daun hijau pokok kelapa • Kepercayaan masyarakat india dimana daun hijau dipercayai tidak dapat didekati oleh kuasa-kuasa jahat dan makhluk halus. anak perempuan yang kali pertama baligh akan dibuat pengumuman rasmi kepada semua. rasional juga kepercayaan ini adalah untuk mengasingkan anak yang berada dalam fizikal yang kotor berada di dalam rumah bersama ahli keluarga yang lain. . Daun ini juga dipercayai dapat mengelakkan bakteria atau kuman di pondok merebak keluar • Akan tetapi.RASIONAL UPACARA AKIL BALIGH Pengumuman Rasmi • Menurut kepercayaan india.

.

Bagi masyarakat India (Hindu).Pengenalan Anak adalah anugerah Tuhan yang amat berharga bagi pasangan suami isteri. seseorang dikatakan mencapai salah satu objektif kelahirannya apabila dia mendapat anak. Terdapat dua peringkat dalam upacara adat kelahiran iaitu peringkat mengandung dan juga bersalin. Lebih-lebih lagi mereka telah dikatakan telah mencapai salah satu tujuan penting perkahwinan mereka. Pasangan yang mendapat anak dianggap bertuah. Oleh kerana anak membawa kebahagiaan. kegembiraan. maka ia dikenali sebagai cahaya mata. Peringkat mengandung Peringkat bersalin Kelahiran . komitmen kerohanian dan kekeluargaan serta mengharumkan nama ibu bapa.

kunyit. Ia juga dikenali sebagai Suulkaappu. Suul beerti kandungan ibu. sirih pinang.Peringkat Mengandung Valaikaappu Ciimantam Valaikaappu Upacara ini merupakan upacara pemakaian gelang tangan baru bagi wanita yang mengandung. ia juga bertujuan untuk melindungi ibu mengandung supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan sewaktu bersalin. sikat dan cermin serta . Upacara ini boleh diadakan di rumah suami atau ibu bapa. Upacara ini juga banyak melibatkan kaum wanita. serbuk kumkum. Simboliknya upacara ini adalah menandakan pemberian perlindungan tambahan kepada bayi dalam kandungan daripada kjahat. Selain itu. sari. manakala kaappu bermaksud perlindungan Upacara ini akan diadakan pada hari dan masa yang baik ditentukan menurut almanak Hindu. Tetapi kebiasaannya diadakan di rumah ibu bapa. Setelah cumanggali berkumpul. gelang tangan. Kebiasaannya upacara ini dijalankan pada bulan ketujuh atau kesembilan mengandung. Ini termasuklah barang kemas. Namun yang mengambil bahagian dalam upacara ini ialah seorang wanita cumanggali iaitu wanita yang berkahwin dan suaminya masih hidup dan juga mempunyai anak. buah-buahan. ciir iaitu hadiah kepada ibu mengandung diatur di atas dulang.

Setelah itu. air kelapa muda. kesemua ciir diletakkan di ruang tamu dan ibu mengandung dimandikan. Upacara ini dikenali sebagai Mutugu Niir (Kulittal) iaitu upacara mencurahkan air dan sebagainya pada bahagian belakang badan. Sebagai permulaan krim cendana disapu pada kedua-dua belah tangan serta pipi ibu mengandung. selepas anak dilahirkan. nasi limau. terdapat lagi dua jenis gelang tangan. Kumkum pula diletakkan di dahi dan beberapa gelang tangan dipakaikan. Susu. nasi tairu.pelbagai manisan. nasi manis. Setiap barang di atur di atas dulang yang berasingan. Seterusnya upacara aalatti dilakukan. nasi masam. satu diperbuat daripada pancalogam iaitu campuran lima jenis logam dan satu lagi diperbuat daripada emas dan boleh jadi lebih daripada satu mengikut kemampuan masing-masing. ibu mengandung akan dihiaskan seperti dihias pada hari perkahwinan. gelang tangan emas ini akan dilebur dan dibuat perhiasan bagi bayi yang baru dilahirkan dan dipakaikan pada hari pemberian nama. Beberapa orang cumanggali dalam bilangan ganjil akan mengelilingi ibu mengandung. Ibu mengandung biasanya memakai sari perkahwinannya semasa upacara ini. Beberapa jenis makanan disediakan bagi ibu mengandung termasuklah beberapa jenis nasi seperti nasi minyak. Bilangan nasi hendaklah ganjil. air mawar dan juga air biasa yang dimasukkan bunga-bungaan dicucurkan pada belakang ibu. Kalungan bunga dikalungkan oleh suami kepada isterinya. Selain itu beberapa jenis sambal dan kuih muih turut disediakan. Selain gelang kaca yang dipakaikan kepada ibu mengandung dalam upacara ini. Tetapi bagi orang biasa selalunya menyediakan ciir dalam tiga atau lima buah dulang sahaja. kunyit. Selepas mandi pula. Salah seorang cumanggali akan mencelupkan . Barang-barang tersebut diatur dan upacara dimulakan dengan sembahyang. Seterusnya lampu minyak dinyalakan sebagai menandakan kehadiran restu Tuhan dan permulaan upacara. Ibu mengandung tadi didudukkan di dalam bilik mandi. Namun. nasi susu dan sebagainya. Dan dulang pula haruslah dalam jumlah yang ganjil. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali lalu diputarkan mengikut arah jam sebanyak tiga kali dan dilambai sebanyak tiga kali lagi di hadapan ibu.

ibu bapa.ibu jarinya ke dalam air aalatti lalu meletakkannya pada dahi ibu mengandung. Nasi-nasi tersebut diletakkan di atas daun pisang berasingandan kemudian dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Setelah itu. mentua dan orang tua dalam keluarga Memakan salah satu jenis nasi yang disediakan Upacara aalatti . Jika bungkusan yang dibukanya ialah bungkusan nasi manis. Meminta restu daripada suami. Ibu yang melahirkan anak sulung dengan selamat dikatakan sedang meneruskan kehisupan yang kedua ataupun kelahiran semula. Ibu mengandung akan memilih satu bungkusan sahaja. ibu mengandung akan berada di rumah ibu bapa sehingga sebulan selepas bersalin. Kumkum pula diletakkan di dahi dan beberapa gelang tangan dipakaikan. Upacara Valaikaappu pula hanya dilakukan untuk talaippirasavam sahaja. mentua dan orang tua dalam keluarga. Upacara seterusnya ialah upacara ibu mengandung memakan salah satu jenis nasi yang disediakan. tetapi jika bungkusan selain daripada nasi manis dipercayai akan melahirkan anak lelaki. ibu bapa. Kesemua ciir diletakkan di ruang tamu dan ibu mengandung dimandikan Ibu mengandung akan dihiaskan seperti dihias pada hari perkahwinan Krim cendana disapu pada kedua-dua belah tangan serta pipi ibu mengandung. dipercayai dia akan melahirkan anak perempuan. ibu mengandung akan meminta restu daripada suami. Talaippirasavam dipercayai tinggi risikonya. Talaipirasavam merupakan nama lain bagi yang mengandung dan melahirkan anak sulung. Selesai sahaja upacara ini. Selepas upacara valaikaappu ini. air tersebut dibuang di hadapan pintu rumah.

Tujuan upacara ini ialah untuk berdoa kepada tuhan bagi melindungi ibu dan kandungannya serta mengelakkan sebarang kesulitan sewaktu bersalin.Ciimantam Ciimantam merupakan upacara menyikat rambut belah tengah bagi ibu mengandung. ia juga bertujuan untuk mendapatkan anak lelaki. Akan tetapi. Rumput tersebut digunakn untuk menyapu minyak di kepala ibu mengandung. mantera dibacakan dan diikuti dengan pemakaian serbuk kumkum di dahi ibu mengandung tadi oleh suaminya. Selain itu. Kemudian upacara menyapu minyak di atas kepala ibu diadakan. . Sejenis rumput (tarppa-pul) dicelupkan ke dalam minyak. Pada mulanya. Ini menyenangkan hati ibu tadi. Rambut wanita mengandung dibelah tengah oleh suami. upacara sebegini membolehkan seseorang ibu mendapat perhatian ramai dan layanan baik serta mesra. Wanita yang mengandung akan didudukkan mengarah ke timur. minyak sapid an sebagainya dimasukkan. Upacara ini biasanya dikendalikan oleh pedanda yang bertauliah. Akhirnya kedua-dua suami isteri akan mengelilingi api sebanyak tiga kali mengikut arah jam. Juga dikenali sebagai Mutugu Niir Kulittal dalam kalangan masyarakat India. Setelah itu. Ia merupakan salah satu adat samskara iaitu upacara penyucian Hindu yang selalunya diamalkan oleh orang-orang Brahmin Hindu di India Selatan. Persembahan ini dipercayai akan sampai kepada Tuhan. Ia dilakukan pada bulan keenam atau kelapan seseorang ibu mengandung. api dihidupkan menurut upacara tertentu api ini dikenali sebagai yagattii iaitu api pengorbanan dan bahan-bahan persembahan seperti bijirin.

Uri atau tembuni selalunya ditanam di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga. Bau busuk dapat dielakkan supaya anjing dan kucing tidak mengoreknya. garam dan pinang. Serbuk kunyit dan garam dapat membunuh kuman. nama tuhan dibisik kepada telinga bayi sebelum tali pusatnya dikerat. Menurut amalan orang Hindu yang berpendidikan agama. Catatan waktu kelahiran juga dilakukan bagi tujuan memberikan nama kepada bayi. serbuk kunyit. menilik nasib bayi dan untuk tujuan keagamaan. Ini diketahui dengan bantuan almanak Hindu. Waktu ini digunakan untuk mengenali kedudukan planet-planet sewaktu bayi dilahirkan. kedudukan planet sewaktu kelahiran seseorang bayi akan mempengaruhi bayi tersebut dari segi mental. Manakala tali pusat yang dikerat tidak boleh dibuang begitu sahaja. Menurut kepercayaan orang Hindu. nama Tuhan boleh dibisikkan oleh sesiapa sahaja yang berpengetahuan agama ataupun orang yang tertua dalam sesebuah keluarga. fizikal dan rohani. waktu kelahiran bayi dicatat dengan tepat. Oleh itu.Peringkat Bersalin Bagi peringkat bersalin pula. Zaman sekarang yang tidak membenarkan sesiapa pun memasuki bilik bedah kecuali ibu yang akan melahirkan dan suami menyebabkan nama tuhan akan dibisikkan secepat mungkin selepas bayi dibenarkan untuk dilihat. . Bahan-bahan lain juga disertakan supaya uri atau tembuni tadi tidak dapat digunakan untuk ilmu sihir.

.

• Sebagai guru. Tambahan lagi kandungan pertama. • Kepercayaan ini dan juag suami akan mengalungkan kalungan bunga kepada si isteri pada upacara kelahiran • Rasionalnya adalah untuk menyambut dan memberi pertama dan Ibu mengandung sokongan kepada ibu mengandung kaliterhadap isteri juga menunjukkan penghargaan suami dihias seperti yang sanggup berkorban mengandungkan anak semasa mereka. • Rasional upacara ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk menyenangkan hati ibu mengandung yang sedang susah hati menunggu waktu bersalin. seharusnya untuk sentiasa memperingati murid-murid agar menghormati dan menyayangi ibu yang telah melahirkan mereka kerana berat tanggungjawab seorang ibu yang melahirkan mereka. . perkahwinan • Penerapan kasih sayang dalam hubungan kekeluargaan perlu ditekankan oleh guru dalam pengajaran terhadap murid. • Rasional kepercayaan ini adalah bahawa ibu yang bersalin telah menjalankan satu tanggungjawab yang besar apabila melahirkan anak terutamanya anak yang sulung kerana tinggi risiko untuk melahirkan anak.RASIONAL UPACARA KELAHIRAN Pemakaian gelang • Masyarakat india mempercayai pemakaian gelang menandakan pemberian perlindungan tambahan kepada bayi. wajar sekiranya kita membahagia dan menceriakan seseorang yang sedang dalam kegusaran. Talaipirasavam • Dipercayai ibu yang melahirkan anak sulung akan mengalami kehidupan yang kedua atau pun kelahiran semula. • Guru perlu menyatakan kepada murid. selain daripada untuk melindungi ibu mengandung supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan semasa bersalin.

.

pemujaan dewi sembahyang dan meletakkan bayi ke dalam buaian.Pengenalan Upacara pemberian nama didahulukan dengan beberapa upacara yang berkaitan dan dirasakan penting terlebih dahulu seperti upacara menamatkan pantang. Upacara ini biasanya diadakan pada hari keenam belas atau hari ketiga puluh dikira dari hari kelahiran. Akan tetapi terdapat variasi terhadap hari ini. Pemujaan ini akan diikuti dengan upacara meletakkan bayi dalam buaian dan pemberian nama. maka upacara menamatkan pantang turut diadakan pada hari yang sama. mereka yang berpengetahuan agama menolak pemujaan dewi kerana ia bertentangan dengan ajaran agama Hindu. pagi hari itu juga pantang ditamatkan seterusnya pada hari ketiga puluh ibu dan anak akan pergi ke kuil serta mengadakan sembahyang. pantang berkaitan dengan ibu terus diamalkan sehingga hari ketiga puluh di mana suatu upacara ringkas diadakan untuk menamatkan pantang. Terdapat yang mengatakan sekiranya upacara diadakan pada hari keenam belas. Sebaliknya mereka akan mengadakan sembahyang sebagai tanda syukur kepada Tuhan yang mengurniakan cahaya mata yang dinanti-nanti serta untuk berdoa untuk keselamatan serta kebahagiaan bayi dan keluarganya. Biasanya upacara ini diketuai oleh ahli keluarga yang tertua. Sekiranya upacara ini dilakukan pada hari keenam belas. rumah serta halaman. Pemujaan Dewi Pemberian nama Menamatkan pantang / tiittu kalittal Upacara meletakkan bayi dalam buaian . Dan sekiranya diadakan pada hari ketiga puluh pula. Walau bagaimanapun. Termasuklah penyucian diri.

Dewi Pecciyamman • Pemujaan di dalam rumah dilakukan di ruang tamu • Menjaga bayi di dalam rumah Dewi Katteeri • Suatu tempat di luar dibersihkan dan lampu minyak dinyalakan • Melindungi bayi di luar rumah . telur rebus. Suatu tempat di luar dibersihkan dan lampu minyak dinyalakan. Pemujaan ini bersifat menenangkan dewi kaatteeri supaya ia tidak mengganggu bayi yang baru lahir. Dewi-dewi ini dipercayai akan melindungi bayi sekiranya dipuja dengan bahan-bahan persembahan. Manakala Dewi Pecciyamman dipercayai akan menjaga bayi di dalam rumah. ikan kering. minuman keras serta nasi dan buah-buahan disediakan. Bayi dibaringkan di hadapan bahan-bahan persembahan tadi dan orang tua di rumah memohon kepada dewi supaya melindungi anak tersebut. Upacara ini beserta bahan-bahan pemujaan untuk Dewi Pecciyamman dan Dewi Katteeri merupakan suatu tradisi lama.Pemujaan Dewi Upacara pemujaan Dewi ini adalah untuk memohon perlindungan untuk bayi. Menurut kepercayaan masyarakat India. Dewi ini dikatakan akan melindungi bayi di luar rumah. Bahan-bahan seperti masakan kari ayam betina. Upacara pemujaan Dewi Kaatteeri selalunya diadakan pada hari keenam belas. Pemujaan di dalam rumah dilakukan di ruang tamu.

Sesetengah golongan yang berpengetahuan agama serta berada menjalankan upacara ini dengan bantuan pedanda yang bertauliah. Air tersebut dianggap suci dan dapat menolak bala. . rumah serta halaman dibersihkan. Selalunya bayi dibaringkan di hadapan patung suci di kuil. Ada kalanya diadakan pada hari keenam belas. Sekembalinya dari kuil. suami dan isteri bersama bayi didudukkan bertentangan dengan pedanda. iaitu di sebelah kanan puurana kumbam. ibu dan anak beserta suami akan pergi ke kuil. Pada pagi upacara menamatkan pantang. sembahyang diadakan di rumah. Sebelum mengadakan sembahyang. Kemudian dia akan merestui bayi dengan menyapu debu suci (tiruniiru) pada dahi bayi sebagai menyampaikan limpah kurnia Tuhan kepada bayi dan ibu bapanya. Sembahyang diadakan di kuil. Ini adalah kali pertama seorang ibu ke kuil selepas bersalin. Dan seterusnya bayi dibawa ke kuil oleh ibu bapa untuk sembahyang. Pada waktu petang. Selepas melakukan pelbagai upacara sembahyang. sebagai persediaan bagi upacara sembahyang seorang pedanda bertauliah dijemput untuk mendirikan puurana kumbam (buyung) serta membuat lain-lain persediaan yang diperlukan. pedanda akan menggunakan daun pokok mangga untuk merenjiskan air dari puurana kumbam ke seluruh rumah.Menamatkan Pantang / Tiittu Kalittal Upacara ini kebiasaannya diadakan pada hari ketiga puluh kelahiran bayi. Apabila tiba masa bertuah. Ini menandakan berakhirnya upacara menamatkan pantang dalam kalangan orang India di Malaysia. Seterusnya pedanda akan menjalankan sembahyang dengan membaca mantera-mantera.

bayi tidak dimasukkan ke dalam buaian. Dalam upacara ini buaian disediakan dengan menggunakan sari perkahwinan.Upacara meletakkan bayi dalam buaian Upacara ini dijalankan setelah upacara menamatkan pantang selesai sebenarnya upacara menamatkan pantang dan upacara meletakkan bayi ke dalam buaian dianggap sebagai sebahagian daripada upacara menamakan bayi. suatu sari yang lain digunakan untuk tujuan ini. Kemudian datuk dan nenek bayi tersebut atau orang yang paling tua dalam keluarga akan memasukkan bayi ke dalam buaian serta mengayunkan buaian perlahan-lahan. Oleh itu. Pedanda akan mendukung bayi tersebut dengan membaca manteramantera tertentu lalu diserahkan kepada orang tua di rumah. . Oleh itu. kurang selesa bagi bayi. Mereka akan merestui anak tersebut dengan kata-kata pujian serta menghadiahkan barangan berbentuk rantai serta cincin emas. sari perkahwinan akan rosak jika diikat menjadi buaian. Kebiasaannya upacara ini tidak melibatkan pedanda tetapi mereka yang berpengetahuan agama dan berpegang teguh pada tradisi akan menjemput pedanda. Walaupun buaian moden dibeli. Selalunya sari perkahwinan adalah mahal serta penuh dengan sulaman dan sebagainya. Sebelum menjalankan upacara ini. Selalunya bayi dibaringkan di atas lapisan kain ataupun di atas tilam. Selain itu. Pedanda membacakan mantera Diserahkan kepada orang tua di rumah Merestui bayi Orang yang paling tua memasukkan bayi ke dalam buaian. namun bayi tadi dimasukkan dalam buaian sari untuk seketika.

Jika pedanda dijemput beliau akan menjalankan upacara menamatkan pantang dan seterusnya mendukung bayi setelah mengetahui nama bayi lalu menyebutnya dengan mendoakan limpah kurnia Tuhan kepada bayi dan keluarga. saudara mara akan melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan menghadiahkan pelbagai hadiah termasuk barang kemas bagi bayi. Kalau tidak mampu tali biasa sudah mencukupi. Seterusnya datuk dan nenek bayi di pihak bapa akan menerima bayi serta mengucapkan kata-kata restu lalu memakaikan barang kemas dan menyebutkan nama bayi. Setelah itu. Pada hari pemberian nama inilah tali dipinggang atau Arainyaan Kayiru diikat kepada bayi. . Arainyaan kayiru selalunya dihadiahkan oleh datuk dan nenek bayi bagi pihak ibu. Mereka yang mampu akan membuat Arainyaan Kayiru daripada emas atau pun perak.Pemberian Nama Upacara pemberian nama ini dibantu oleh pedanda.

.

Dan ibu bapa ini mahu anak mereka sentiasa selamat walau di mana sahaja mereka berada. kasih sayang ibu bapa terhadap anak mereka sehingga sanggup menggunakan sari perkahwinan yang sangat bermakna kepada mereka dan juga sari yang mahal dan cantik untuk dijadikan buaian mereka. dengan menjalankan upacara pemujaan dewi-dewi ini. • Seorang guru boleh menerapkan kepada muridmurid tentang pemberian yang terbaik kepada orang yang disayangi. bayi mereka yang baharu dilahirkan akan sentiasa dijaga oleh dewi tersebut di dalam atau di luar rumah. • Rasional upacara ini dijalankan adalah kerana si ibu bapa bimbang dan khuatir akan keselamatan anak mereka yang baru dilahirkan. Sari perkahwinan sebagai buaian • Masyarakat india yang menyambut upacara pemberian nama bagi bayi mereka akan menggunakan sari perkahwinan mereka sebagai buaian pertama kepada bayi mereka. • Rasional perbuatan ini adalah untuk menunjukkan kepada semua dan bayi bahawa hari tersebut juga merupakan hari yang bermakna dan bahagia sama seperti hari mereka melangsungkan ikatan perkahwinan. • Guru boleh menerapkan kepada murid-murid aspek keselamatan yang perlu sentiasa dititikberatkan oleh mereka apabila berada di dalam atau berada di laur kawasan rumah mereka. Sebagai contohnya.RASIONAL UPACARA PEMBERIAN NAMA Pemujaan dewi • Pemujaan dewi pecciyamman dan dewi katteeri • Menurut kepercayaan masyarakat india dahulu. Penerapan unsur memberi dengan ikhlas dan juga beri yang terbaik kepada murid adalah satu kemestian. semasa upacara ini. .

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->