1.0 KAEDAH PENGAJARAN dalam dunia pendidikan terdapat pelbagai kaedah dalam menyampaikan sesatu ilmu kepada seseorang.

Kaedah pengajaran ini adalah penting kepada seseorasng guru dalam menyampaikan pembelajarannya. Hal ini adalah agar maklumat yang disampai atau isi pelajaran pada hari tersebut dapat memberi kesan pada pelajar. Sungguhpun demikian, kita mengetahui kemampuan pelajar tidak sekata tetapi kepada beberapa model ia tidak memberi masalah. Selain itu, suatu kaedah pengajaran yang dipilih adalah sangat penting kerana mengambil kira aspek keberkesanannya kepada pelajar agar dapat diselaras di seluruh sekolah. Hal ini adalah kerana mengelak guru mengunakan kaedah pengajaran yang salah. Sungguhpun demikian, pada kali ini beberapa model kaedah pengajaran akan diterang secara jelas. Antara model kaedah pengajaran ialah Masteri, Assure dan juga inquiri.

2.0 PENDEKATAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Model kaedah pengajaran yang akan dijelaskan pada kali ini ialah yang berkaitan dengan model kaedah pengajaran Masteri, Assure dan juga inquiri.

2.1 MODEL KAEDAH PENGAJARAN MASTERI

Konsep pembelajaran masteri telah diperkenalkan di sekolah-sekolah di Amerika pada tahun 1920-an. Pada abad berikut kaedah pengajaran dan pembelajaran masteri ini tersebar luas. Namun begitu, tanpa teknologi kaedah masteri ini semakin pudar dari masa ke semasa. Sungguhpun demikan pada akhir-akhir abad 1950 pembelajaran masteri berseri semula iaitu dengan percubaan menyediakan bahan-bahan yang membolehkan seseorang pelajar itu bergerak ke hadapan mengikut keupayaannya sendiri dan dapat megetahui tahap penguasaan pelajar tersebut daripada apa yang dipelajari. Pada era 1960 an, pembelajaran masteri menjadi lebih kukuh dengan berpandukan oleh falsafah pembelajaran masteri. Pada tahun 1968 Bloom telah diiktiraf sebagai pembentuk teori klasik terhadap model pembelajaran masteri. Walau bagaimanapun pembelajaran masteri dilihat sebagai yang utama. Maka hasilnya kaedah pembelajaran masteri ini tersebar luas

masing. Selain itu ia memerlukan guru melaksanakan tugastugas analisis dan dengan itu ia menjadi lebih baik bagi guru-guru untuk mengajar unit-unit pembelaharan. Antaranya ialah pelajar-pelajar mempunyai kemhiran asas dalam meneruskan setersnya. bagaimana akan dinilai. dan menyediakan pemulihan atau tindak balas yang sesuai. membenarkan pelajar belajar mengikut keupayaan masing. Seterusnya pelaksanaan model ini memerlukan guru . Pelajar tidak boleh meneruskan suatu pembelajaran baru jika pembelajarna lama tidak dapat dikuasai lagi. Perkara penting yang menyebabkan model ini berjaya jika dilaksanakan ialah dapat menyatakan dengan jelas objektif yang mewakili tujuan-tujuan pengajaran dan kurikulum atau pengajaran dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran kecil yang setiap satunya mempunyai objektif tersendiri. Dalam pembelajaran masteri ini cabarannya ialah suatu jangka masa untuk mengunakan startegi-startegi pengajaran agar pelajar dapat menguasai satu tahap yang sama. Masa untuk belajar mesti boleh diubah suai untuk dipadankan dengan kecekapan.dan diaplikasikan di sekolah-sekolah kerana hasil daripada pembelajaran mengatakan kaedah ini dapat meingkatakan pembelajaran dalam kelas. Dalam pengajaran dan pembelajaran yang mengunakan model masteri ini guru menanggung sepnuhnya tanggung jawab. Antara elemen tersebut ialah menentukan dengan jelas apa yang akan dipelajari. Pembelajaran dan pengajaran masteri mampu memberi kesan positif kepada pelajar kerana mempunyai beberapa perkara penting dalm model ini. Di samping itu setiap unit didahului dengan satu ujian diagnostik yang ringkas atau penilian formatif manakala hasil ujian tersebut digunakan untuk menyediakan pengajaran tambahan atau pembetulan untuk membantu pelajar mengatasi masalah mereka. menilai kemajuan pelajar. Seterusnya mari kita lihat beberapa kekuatan dalam model pembelajaran dan pengajaran masteri in. dan menguji untuk melihat sama ada ada kriteria pembelajaran telah dicapai atau tidak. Selain itu bahan-bahan pembelajaran dan startegi pengajaran dikenal pasti. Setersnya dalam model masteri ini terdapat beberapa elemen penting. Jika berlaku kegagalan dalam pembelajaran berpunca pengajaran guru bukan kerana ketidak upaya pelajar dalam mengusai isi pelajaran.

Seterusnya pelajar diberi penialaian untuk melihat tahap penguasaanya jika pelajar tersebut dapat menguasai isi pembelajaran guru akan memberi aktiviti mengaya dan membenarkan meneruskan isi pembelajaran seterusnya. Jika dilihat pada carta aliran di atas mennjukkan bagaimana model masteri ini berjalan.menyatakan obejktif sebelum mereka membentuk aktiviti. Kemudian pilih isi pembelajaran dan susun mengikut keutamaan dan memilih kaedah pengajaran dan pembajaran yang dapat beri kesan. Lihat jadual di bawah untuk lebih memahi perjalanan model masteri ini. Pada peringkat awal guru menentukan hasil pembelajaran yang akan di ajar pada hari ini. Manakala jika sebaliknya pelajar tidak dapat menguasai isi pembelajaran tersebut pelajar akan melakukan aktivti pemulihan dan . Boleh memecahkan pusingan kegagalan.

 Teknologi sebagai produk atau bahan: Penghasilan perkakasan dan perisian hasil dari proses-proses teknologi itu sendiri. reka bentuk atau alat yang berkesan dan teruji. mesin. Molenda dan Russell (1989) dan Romizowski (1988) membawa dua maksud:  Teknologi sebagai proses: Penggunaan pengetahuan sains dan lain-lain cabang ilmu untuk menghasilkan tugasan-tugasan pembelajaran yang praktikal. projektor (perkakasan) dan film. Hal ini adalah kerana model Assure ini mengunakan teknologi. sains gunaan manakala pegertian kuduan ialah kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal. Manakala dalam kamus dewan edisi ketiga memberi dua pegertian iaitu teknologi ialah aktiviti atau kajian yg menggunakan pengetahuan sains utk tujuan praktis dlm industri. perniagaan. Takrifan tersebut ialah pembangunan dan penggunaan alatan. dll. Selain pandangan di atas. pertanian. perubatan. Contohnya. Begitulah model masteri ini beroperasi. 2. teknologi mengikut Finn (1960) Heinich. bahan dan proses untuk menyelesaikan masalah manusia. kaedah. Sebelum kita pergi lebih mendalam dalam model ini mari kita lihat dulu apa itu teknologi. Dalam laman web wikipedia mendefinisikan teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Suatu proses ke arah penyelesaian kepada masalah-masalah dengan menggunakan teknik.2. .2 MODEL ASSURE 2.seterusnya dinilai semula untuk melihat pelajar tersebut dapat menguasai atau tidak.1 DEFINISI TEKNOLOGI Seterusnya mari kita lihat model yang kedua juga merupakan antara model yang popular dan sangat sesuai digunakan dalam pembelajaran dan pengajaran hari ini. (perisian) adalah hasil teknologi.

Model ini memberi tumpuan pada perancangan persekitaran bilik darjah menggunakan media dalam keadaan sebenar. 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin sahaja. sistem dan reka bentuk pengajaran. Guru memain peranan penting dalam model Assure ini. guru perlulah mengenal pasti ciri-ciri umum yang terdapat pada seseorang murid seperti jantina. S . Bagi Saettler (1990). Uutilize media and materials (menggunakan media dan bahan). Ciri-ciri umum ini boleh diperolehi semasa sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan guru daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan . teknik lebih penting daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses. Model ASSURE digunakan oleh guru bagi merancang pengajaran setiap hari di dalam bilik darjah dengan menggunakan media. tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik.evaluate and revise (melakukan penilaian dan pengubahsuaian). media dan bahan sumber). bakat. Dalam proses menganalisis ciri. R -require learner participation (memerlukan penglibatan pelajar) dan E . media and materials (memilih kaedah. umur. budaya dan kelas atau taraf ekonomi. pengetahuan dan pengalaman sedia ada mereka serta gaya pembelajaran pelajar tersebut. Model ini adalah sebagai petunjuk kepada proses. Terdapat beberapa perkara yang perlu dibuat oleh guru dalam langkah pertama ini ialah menganalisis ciri-ciri pelajar. Model ASSURE merupakan salah satu model reka bentuk pengajaran yang boleh dilaksanakan bagi menentukan keberkesanan pemilihan sesuatu media pengajaran. gaya pembelajaran petempatan / daerah / kawasan. Proses pula perlu dilihat dalam konteks menggunakan kaedah atau teknik untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.ANALYZE LEARNERS (MENGANALISIS PELAJAR) Langkah pertama dalam model Assure ini ialah menganalisis pelajar. Terdapat enam langkah utama dalam model reka benuk pengajaran ASSURE iaitu A analyze learners (menganalisis pelajar).ciri pelajar. S select methods.state objectives (menyatakan objektif).Penjelasan teknologi sebagai proses dan produk ini sama seperti yang dimaksudkan oleh Saettler (1968. A .

guru perlu menyatakan objektif pelajaran yang akan dicapai oleh murid dan sesuai dengan kehendak pelajar serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku pada pelajar. Data-data pelajar dapat membantu guru dalam menlicinkan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam sesebuah kelas. S . Objektifobjektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas agar pelajar dapat dipimpin dan dipandu pada satu hala serta menepati kehendak.STATE OBJECTIVES (MENYATAKAN OBJEKTIF) Bagi langkah kedua iaitu menyatakan objektif pembelajaran secara khusus. Gaya pembelajaran individu mempengaruhi cara seseorang individu memproses maklumat serta membentuk persepsi. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai dan berkesan untuk individu menguasai pembelajaran. Hal ini adalah bagi membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis selain membantu guru mengesan pengetahuan pelajar melalui ujian pra atau melalui soal jawab.pembelajaran. tahap keupayaan pelajar atau tahap penguasaan seseorang pelajar dengan pelajar lain tidak sama. berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Sesuatu perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan sesuatu pembelajaran menjadi lebih berkesan. Gaya pembelajaran murid-murid merupakan trait psikologi berkaitan dengan cara dan gaya individu menanggap. Selain itu setiap pelajar mempunyai pengalaman dan pengetahuan tersendiri dalam sesebuah kelas. Oleh hal demikian dengan menganalisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid-murid dapat membantu guru menyediakan pengajaran yang bermanfaat kepada murid-murid. Contoh :  Siapa yang hendak mencapai obejktif ini? . Seterusnya membantu guru dalam mengetahui tahap pengetahuan dan pengalaman sedia ada yang dimiliki oleh murid-muridnya terlebih dahulu sebelum beralih kepada langkah yang seterusnya.

Sesuatu kaedah yang sesuai perlu dipilih bersesuaian dengan ciri-ciri murid-murid. Media ialah penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan (Heinich et al. Pertama ialah pemilihan kaedah yang paling sesuai. terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. media audio dan video. Seterusnya kita lihat pula jenis-jenis media yang terdiri daripada pelbagai dan boleh dugunakan dalam kelas.  Apakah objektif yang hendak dicapai? Bagaiamanakah langkah dalam mencapai objektif? S . video serta video interaktif. gaya pembelajaran serta objektif. audio. Sebelum kita pergi dengan lebih mendalam lagi mari kita lihat apakah yang dikatakan media. Kedua ialah format media yang dipilih. objektif serta maklum balas yang akan diberi. komputer dan multimedia dan proses teknologi. . 2001). 2000. MEDIA AND MATERIALS (MEMILIH KAEDAH. slaid. 1981). Selain itu media juga dapa didenfinisikan peralatan dan bahan yang dibina. dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran (Yusup. mengubah suai atau menghasilkan sumber pengajaran dan pembelajaran. foto. media bukan tayang.SELECT METHODS. media tayang. keupayaan. Antara jenis-jenis media yang digunakan dari dulu hingga kini ialah media cetak. media dan bahan. Oleh hal demikian Pemilihan media adalah mengenai bentuk format media yang akan digunakan seperti gambar. Pemilihan bahan sumber adalah merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. pengetahuan sedia ada. MEDIA DAN BAHAN SUMBER) Seterusnya langkah ketiga dalam model ini ialah memilih kaedah pengajaran yang sesuai. Ketiga ialah memilih. Pemilihan media perlulah mengambil kira kumpulan pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran penggunaan media sebenarnya dapat memberi kesan yang posotif.

E . sediakan persekitaran yang sesuai dengan menyusun bahan dan sumber agar mudah dicapai serta menggunakan bahan sumber secara optimum dan proses pengajaran dan pembelajaran. sediakan bahan dengan betul. gambar bersiri video dan animasi dapat mencetuskan perbincangan kumpulan. Terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat sebelum media dan bahan sumber boleh digunakan dalam proses pengajran dan pembelajaran. efektif serta menarik minat pelajar. penjanaan idea dan penglibatan aktif pelajar.UTILIZE MEDIA AND MATERIALS (MENGGUNAKAN MEDIA DAN BAHAN) Langkah keempat dalam model ini ialah menggunakan media dan bahan. Guru perlulah memastikan suasana proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan adalah sesuai. R . perbincangan. persoalan penting adalah bagaimana sesuatu media dan bahan sumber dapat dimanfaatkan oleh guru dan pelajar. rancang penggunaan bahan sumber.U. Pemilihan media dan bahan sumber yang sesuai dapat membantu dan mengekalkan penglibatan pelajar. Antara langkahlangkah yang perlu dilakukan adalah seperti semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan. simulasi. latih tubi. lengkap dan cukup. Penggunaan gambar. sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran perlu dinilai bagi . perbincangan serta komen.EVALUATE AND REVISE (MELAKUKAN PENILAIAN DAN PENGUBAHSUAIAN) Langkah keenam iaitu langkah terakhir dalam model ini ialah melakukan penilaian dan pengubahsuaian.REQUIRE LEARNER PARTICIPATION (MEMERLUKAN PENGLIBATAN PELAJAR) Manakala untuk langkah seterusnya dalam model ini ialah iaitu penglibatan pelajar dalam pembelajaran dalam kelas. Contoh penglibatan aktif pelajar adalah seperti membuat latihan. kuiz. Dalam pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan pelajar secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. mengadakan sesi pemerhatian.

0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3. Alasan yang ketiga ialah media boleh menyumbang dan memudahkan perkembangan intelektual. et al (1989) telah memberi tiga rasional kenapa pengunaan media digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat beberapa pandangan yang mengatakan pengunaan media dan juga teknologi harus dalam pengajaran dan pembelajaran. teori pembelajaran dan komunikasi. Pertama ialah pengunaan media dalam pembelajaran dan pengajaran adalah untuk menghasilakn instruksi dan pembelajaran berkesan.mendapatkan maklum balas dari pelajar dan memastikan keberkesanannya. Kedua instruksi harus dirancang secara sistematik mengunakan prinsip reka bentuk instruksional. Heinich. (Heinich et al. Ia adalah bertujuan bagi memasti dan mengenalpasti kelemahan yang terdapat dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Sebelum kita pergi lebih lanjut mari kita lihat beberapa istilah yang berkaitan dengan penggunaan media dan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara fungsi penilaian yang lain juga adalah bagi menjawab persoalan-persoalan seperti :     Adakah objektif akan tercapai? Adakah media tersebut dapat membantu dalam proses pembelajaran? Adakah pelajar dapat mengendalikan media dengan betul? Adakah suasana pembelajaran yang terhasil selesa dan kondusif. 1981). DEFINISI MEDIA Media adalah Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima. Oleh itu. 3.2001) yang mendefinisikan media ialah .1 Penggunaan Media Dan Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Manakala Yusup (2000. sesuatu sesi refleksi guru bersama murid-murid perlu dijalankan bagi membolehkan murid-muird memberikan respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan secara individu.

M.” DEFINISI MUTIMEDIA Multimedia adalah salah satu daripada media yang terangkum dalam teknologi instruksional. Mungkin media pendidikan mewakili sesuatu yang lebih sedikit dari golongan bahan-bahan mendidik. kesesuaian. perisian. . visual (gerak dan kaku) dan imej animasi untuk menghasilkan bahan P & P.Peralatan dan bahan yang dibina. Oleh hal demikian terdapat beberapa panduan umum dalam mengguna media secara berkesan. grafik.2 Panduan umum mengguna media secara berkesan Dalam pembelajaran dan pengajaran sesebuah kelas penggunaan media sangat memberi kesan yang positif kepada pelajar. Walau bagaimanapun penggunaan media yang tidak sesuai akan memberi masalah kepada pengajaran dan pembelajaran tersebut. Menurut R. kemahiran tenaga pengajar dan khidmat sokongan. Selain itu. 3. Ia merupakan satu pukal pembelajaran kendiri yang interaktif yang dikawal oleh komputer sepenuhnya yang menggabungkan teks. media mesti mesti sesuai dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan sasar iaitu kumpulan besar. kumpulan sederhana dan juga pelajar individu dan dapat pertimbangan kepada aspek-aspke perkakasa. audio.W Travers (1970). Oleh itu kita menyebut tentang media televisyen atau media filem bergerak. Antara panduan tersebut ialah media mesti bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran dan pengajaran. dirancang dan dilaksana untuk tujuan menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran. “istilah media biasanya digunakan untuk mewakili satu edaran komunikasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu.

kad imbasan.3. Media cetak (modul pengajaran. pita audio. Grafik (lukisan. terdapat dalam sebuah laman web yang telah menyenaraikan beberapa jenis media dan teknologi yang digunakan dalam kelas sejak dahulu hingga sekarang. Media tayang kaku (transparensi. cakera padat dll) 8. Media audio (tutur. Media audio dan video. kartun dll) 4. poster.3 Jenis Media Dan Teknologi Yusuf Hashim (1997) menyatakan bahawa “media pengajaran yang biasa digunakan dalam pengajaran dan latihan terbahagi kepada lapan iaitu: 1. Gambar kaku (gambar foto. filem. Media tayang gerak (video. akhbar. Proses teknologi. cakera dll) 3. poskad dll) 5. . papan berita dll) 7. buku teks. Media paparan (papan kapur. slaid. Media bukan tayang. Media pameran (model. boneka. Komputer dan multimedia. mikrofilem dll) 2. Media tayang. majalah dll) Sungguhpun demikian. papan flanel. diorama dll) 6. Antara media dan teknologi tersebut iala:       Media cetak.

Penglibatan pelajar secara aktif adalah sesuatu yang positif kerana dapat membina pelbagai kemahiran dalam diri pelajar. Selain itu media juga dapat mewujudkan suasana baharuan dan beraneka. Untuk memuatkan media dalam pengajaran. penggunaan media dalam pembelajaran dapat mengelakkan pembelajaran daripada menjadi soalan bosan. Setelah penggunaan media dalam kelas dapat menarik perhatian pelajar-pelajar sudah pastilah dapat mengalakkan penyertaan pelajar secara aktif. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji. media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keperluan penuntut dan objektif pembelajaran.3. Jika selalunya pengajaran dan pembelajaran dalam kelas hanya melibatkan pen. Selain itu berbagai media yang didapati. 3.4 Kelebihan Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran dalam kelas yang dibantu dengan penggunaan media sebenarnya memberi kelebihan tersendiri.dari segi pembelajaran memang memberi maklumat seperti TV pendidikan dan radio. penggunaan media dapat meningkatkan semangat pelajar untuk lebih belajar dengan bersungguh-sungguh. Jika dilihat kembali begitu banyak sekali kelebihan penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. papan hitam. filem. Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku di luar bilik darjah boleh dirakamkan melalui gambar foto. dan kertas sahaja tetapi dengan kehadiran media dalam kelas telah memberi suasana baru kepada pelajar-pelajar dalam kelas. video .5 Fungsi Media Mengikut pendekatan sistem. Antara kelebihan pengunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran ialah dapat meningkatkan motivasi pelajar. Di samping itu. Penggunaan media dalam kelas sememangnya menarik perhatian pelajar kerana ia melibatkan grafik dan juga audio. kapur. slaid dan sebagainya maka media adalah sebagai memberi maklumat. pengajaran guru perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersusun. Seterusnya melalui media dapat menarik perhatian pelajar. dilaksanakan. Kelebihan ini bukan sahaja dirasai oleh pelajar tetapi juga kepada guru.

Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara-perkara tersebut boleh dipindahkan di dalam media dan dibawa masuk ke kelas. Oleh kerana seronok melihat atau mendengar media pengajaran tersebut. guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. 4.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Setelah kita lihat pendekatan pengajaran model Masteri dan juga Assure mari kita lihat pulsk kaedah-kaedah ataupun teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Di samping itu. Jika pengajaran guru dirancang dengan teratur dan rapi. Pada dasarnya kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbgai langkah sungguhpun demikian aspek tertentu perlu diambik kira agar ia berkesan. Seterusnya pembelajaran berlaku apabila terdapat perubahan tingkahlaku. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu menguasai pembelajaran mengikut satu cara sahaja.atau ditulis ceritanya di dalam buku dan kemudian dibawa ke bilik darjah. perubahan tingkahlaku murid akan lebih mudah terhasil dan seterusnya pembelajaran berlaku. televisyen dan media lain pelajar akan terangsang untuk belajar. Yang terakhir pengajaran boleh dijalankan secara individu mengikut kebolehan dan kecepatan pelajar sendiri untuk menyelesaikan sesuatu unit pembelajaran. Antara kaedahkaedah pengajaran ialah: . media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Ini akan menerbitkan rasa seronak kepada pelajar kerana persekitaran bilik darjah adalah steril. seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran seperti itu. Jika murid di negara ini tidak pernah melihat salji. satu filem yang ditayangkan menunjukkan salji serta persekitarannya akan menambah pengalaman murid. Murid tidak perlu menanti guru untuk belajar kerana isi pelajaran telah disusun oleh guru mengikut tahap kebolehan murid. Dengan melihat filem.

selain itu pastikan pelajar yang mengikuti pelajaran dengan kaedah ini mengetahui cara mengambil nota. Misalnya bermesyuarat. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). bahas dan debat.Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap terutama dalam aktiviti separa formal. Waktu kuliah yang menggunakan kaedah ini biarlah pendek. teknik ini Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkan pandangan masingmasing mengenai sesuatu perkara atau topik yang diberi. seminar. bengkel.Teknik ini adalah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dilakukan dikalangan pelajar dibawah penyeliaan dan kawalan seorang guru. Seterusnya mari kita lihat beberapa panduan untuk kaedah kuliah ini berkesan. Kaedah kuliah ini tidak sesuai digunaka sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.KULIAH Kaedah ini sebenarnya sejak dulu lagi digunakan. forum.           Pengenalan kepada kuliah supaya menarik minat Nyatakan rangka isi kuliah Beri definisi kepada terminology yang tidak biasa dengan pelajar Mesti fleksibel. kemukakan soalan Sususn maklumat kuliah mengikut susunan logic Sediakan contoh bagi menjelaskan idea utama Gunakan alat bantu Elakkan bercakap tanpa henti melebihi 15 minit dalam satu masa Perhatikan bahasa tanpa lisan yang ditunjukkan oleh pelajar Buat kesimpulan diakhir kuliah PERBINCANGAN Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. beri ruang pelajar komen. Selain itu. Latihan .

tajuk forum yang dipilih haruslah mudah. Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain. menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran.sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamkan minda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat. di mana pelajar akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat dijalankan dan dicapai. Oleh hal demikian.   Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang dengan ahli-ahli kumpulan.Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut :   Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. kreatif dan rasional. Setelah dibincang guru bolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya. Hasil perbincangan boleh dicatatkan dipapan tulis mengikut manamana yang penting.Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum.Teknik ini merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai.Dalam menjayakan aktiviti ini. . pencapaian serta peringkat umur pelajar. menegaskan perkara-perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala kearah perkara yang betul. FORUM Kaedah atau teknik Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukan pendapat tentang sesuatu tajuk.  Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. dimana ia dijalankan secara formal. objektif.manakala Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri. semasa dan selepas aktiviti.

unsur paralinguistik (jeda. isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat. membuat penemuan. cadangan. elektif dan audiolingual. Selain itu. membuat keputusan dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa.Dalam proses ini pelajar digalakan untuk memberi pendapat. nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka. memberi dan berkongsi sesuatu.Penggunaannya mendorong menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.dapat mewujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.SIMULASI Teknik simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan masalah.Kaedah drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran. Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya dalam kemahiran lisan membaca dan menulis.Melalui kaedah drama ini ia dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar. DRAMA Kaedah drama ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus. menjalankan temuramah dengan individu tertentu dan mencatat isi-isi penting. . Di samping itu. gerak tangan.Pelajar pulak bebas meluahkan sesuatu. disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar. kepala dan lain-lain) dengan berkesan dapat dalam sesuatu dan interaksi merangsang bahasa pelajar atau untuk perbuatan.

makna dan penggunaan bahasa yang tepat.  Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik-topik tertentu. memberi kefahaman lebih dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi kesan positif pada pelajar-pelajar. perkembangan dan penutup.B. Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalansoalan secara teka-teki. Ini bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan.   Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru. Setersnya mari kita lihat tujuan kuiz.   Pelajar dapat mengulangkaji sambil bergembira.C). Pelbagai kaedah ini adalah untuk tujuan meningkatkan motivasi pelajar.  Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar. Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dalam dunia pendidikan. penggayaan. Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk. pemulihan dan pengukuhan. Aktiviti kuiz ini bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah-sekolah Melayu.KUIZ Kaedah atau tekni ini diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B. .   Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu Ia dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan.

Travers. Kemudian seorang guru juga perlu memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dapat memberi kesan positif kepada pelajar seterusnya tahap pengusaan isi pelajaran semakin bertambah.E. edisi ke-8.. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. 1994. Antara perkara-perkara yang berikut seperti yang tertera pada huraian di atas iaitu pendekatan kaedah pengajaran. Media dan teknologi juga merupakan aspek yang penting dapat membantu pelajar dalam memotivasikan dirinya. dengan pemilihan pendekatan kaedah pengajaran yang betul. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. New Jersey. Pearson Prentice Hall. S. Kaedah pengajaran akan lebih berkesan bukan sahaja kepada pelajar malh kepada guru jika dibantu oleh peralatan media dan teknologi. Hal ini adalah perkara-perkara yang penting dan mempengaruhi tahap penguasaan seseorang pelajar. M.5. Teknologi Pengajaran.M. 2005 . seorang guru perlu memilih pendekatan yang sesuai dengan menitik beratkan aspek kesesuaiannya dengan pelajar-pelajar. 1997 Smaldino. & Russell. R.W. J.0 PENUTUP Dalam pembelajaran dan pengajaran di sesebuah kelas memerlukan beberapa perkara yang penting agar pembelajaran dan pengajaran berjalan dengan lancar seterusnya memberi kesan yang positif kepada pelajar-pelajar.. dan juga kepada guru iaitu dapat melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Yusuf Hashim. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kemudian dibantu oleh peralatan media dan teknologi sudah pasti akan memberi kesan yang positif kepada pelajar. Heinich. teknik atau kaedah pengajaran dan penggunaan media dalam pengajaran harian. Akhir sekali.D. Instructional Technology and Media for Learning. & Molenda. Kesimpulannya. R.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful