You are on page 1of 18

SOALAN NO. 1 JELASKAN MAKSUD KONSEP BUDAYA KERJA CEMERLANG.

SEBAGAI SEORANG GURU BESAR, BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MEREALISASIKAN KONSEP INI DALAM PROSES PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN SEJAJAR DENGAN MAKSUD PENGURUSAN KUALITI DALAM PENDIDIKAN

ISI KANDUNGAN
1.0Pendahuluan .................................................................................................... 1 Latarbelakang..................................................................................................... 1 Skop dan Tujuan Perbincangan...........................................................................1 Definisi Konsep.......................................................................................................3 Budaya Kerja Cemerlang.....................................................................................3 Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah.................................................................5 Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan..................................................................6 Peranan Guru Besar............................................................................................7 Pra Syarat dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah..........................................................8 Mewujudkan Komitmen Kerja Tinggi Dalam Kalangan Guru.................................8 Membentuk Mind-Set yang Berorientasikan Kecemerlangan............................9 Penerapan Kesedaran Tinggi Terhadap Dasar Kualiti Sekolah............................10 Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang Dinamik..............11 Strategi dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah........................................................12 Penutup................................................................................................................ 15 BIBLIOGRAFI......................................................................................................... 16

1.0

Pendahuluan

Latarbelakang

Pengurusan kualiti menyeluruh atau dalam bahasa Inggerisnya, Total Quality Management (TQM) merupakan satu falsafah pengurusan yang berlandaskan idea beberapa orang guru kualiti seperti Deming, Juran, Feigenbaum dan Ishikawa (Crosby, 1992). Menurut Rowley (1996), kualiti pendidikan merujuk kepada kejayaan sesebuah institusi menyediakan persekitaran pendidikan yang membolehkan pelajar mencapai matlamat pembelajaran serta piawaian akademik yang berkesan.

Sejak kebelakangan ini, institusi pendidikan menunjukkan minat dan komitmen terhadap pelaksanaan TQM dengan menerapkan prinsip TQM dalam bidang bukan akademik dan pentadbiran dengan harapan untuk meningkatkan kualiti pendidikan institusi masing-masing. Kajian-kajian terdahulu menunjukkan aplikasi prinsip TQM dalam pendidikan telah menambah baik aspek pengajaran, pembelajaran dan reka bentuk kursus Divoky & Taylor, 1996; Lozier & Teeter, 1996; Potocki et. al, 1994; Scliargel, 1996).

Menurut Zahidi (2003), tonggak kecemerlangan sesebuah organisasi terletak kepada jentera pengurusannya yang berwawasan. Tanpa pegawai dan kakitangan yang mengamalkan budaya kerja cemerlang, maka cacatlah usaha untuk menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti. Kecemerlangan merupakan natijah daripada beberapa siri kejayaan dalam semua aspek yang diharapkan. Kecemerlangan membawa implikasi maju ke hadapan, bersifat dinamik, gemilang, menerima sanjungan, dan menjadi idola atau "role model" individu atau masyarakat. Skop dan Tujuan Perbincangan

Kualiti pendidikan yang tinggi dapat dicapai sekiranya sumber manusia iaitu guru besar dan guru-guru serta murid-murid sekalian melaksanakan segala strategi kualiti yang telah ditetapkan. Matlamat akhir kualiti pendidikan adalah kecemerlangan sekolah itu sendiri. Oleh yang demikian, organisasi yang cemerlang dicirikan oleh suasana organisasi yang mempunyai budaya kerja cemerlang.

Lantaran itu, kertas tugasan ini memberi fokus kepada penjelasan konsep Budaya Kerja Cemerlang dan usaha guru besar dalam merealisasikan konsep ini dalam proses pengurusan dan pentadbiran di sekolah sejajar dengan maksud pengurusan kualiti dalam pendidikan.

Definisi Konsep

Budaya Kerja Cemerlang

Budaya Kerja Cemerlang bukanlah merupakan sesuatu yang baru di Malaysia memandangkan konsep ini tlah dilancarkan oleh YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri Malaysia pada 27 November 1989. Tujuan pelancaran konsep ini adalah untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa mementingkan kualiti. Menurut Tun Dr. Mahathir, budaya sesuatu masyarakat adalah faktor penentu utama menentukan maju mundurnya sesuatu masyarakat itu. Budaya bukan dicerminkan oleh kesenian dan aspek fizikal tetapi yang lebih penting lagi, nilai-nilai yang diamalkan.

Zahidi (2003) menjelaskan budaya kerja dalam sesebuah organisasi dikaitkan dengan sistem nilai, norma, sikap dan etika kerja yang dipegang bersama oleh setiap kakitangan. Keempat-empat elemen ini menjadi asas untuk mengawal perlakuan kakitangan, cara mereka berfikir, berhubung antara satu sama lain dan berinteraksi dengan persekitarannya. Jika budaya organisasi itu baik, maka akan membolehkan kakitangannya meningkatkan mutu kerja yang cemerlang dan akan menyumbang kepada kejayaan jabatan berkenaan.

Zahidi (2003) menjelaskan elemen Nilai bermaksud tanggapan dan penerimaan individu dari sudut pemikiran masing-masing. Nilai ini adalah berdasarkan pengetahuan, pengalaman, kepercayaan atau bagaimana mereka mentafsir keadaan yang berlaku. Warga sekolah khususnya guru besar dan guruguru sentiasa berhadapan dengan keperluan membuat keputusan atau membuat pilihan di mana setiap keputusan atau pilihan ini adalah berdasarkan kepada sistem nilai yang berada dalam dirinya yang berperanan menjadi kayu pengukur atau penentu dalam membuat sesuatu tindakan.

Elemen kedua, Norma, menurut Zahidi (2003) merupakan nilai-nilai yang diterima oleh sebahagian besar ahli kumpulan yang disepakati sebagai nilai-nilai bersama mencerminkan kemahuan kumpulan. Dengan lain perkataan, norma bermaksud peraturan-peraturan hidup dan amalan yang diterima dalam masyarakat. Dalam konteks organisasi, ia adalah cara bekerja yang diterima umum dan diamalkan dalam organisasi yang menjadi nilai budaya organisasi itu.

Zahidi (2003) menjelaskan elemen ketiga iaitu Sikap merupakan kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu. Sesuatu perkara yang dilakukan mungkin secara teragak-agak, tidak sepenuh hati atau dilaksanakan secara terpaksa dan oleh sebab itu persediaan mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap sebenar seseorang. Sikap mempunyai peranan penting sebagai faktor pendorong dalam tindakan manusia sama ada untuk menerima atau menolak sesuatu. Sikap seseorang juga dipengaruhi (dan juga berubah) oleh pengalaman, kerana perkara yang pernah terjadi kepada seseorang adalah merupakan satu pengajaran yang tidak dapat dilupakan.

Etika pula merupakan prinsip-prinsip kerja yang terbentuk daripada gabungan unsur nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersama dalam kumpulan. Apabila ahli-ahli sesebuah organisasi memiliki satu matlamat yang sama maka akan wujud keharmonian dalam organisasi tersebut untuk mengamalkan etika kerja yang sama. Nilai, norma dan sikap yang dikongsi bersama secara positif akan menerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik dan oleh yang demikian ia akan mewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara keseluruhan (Zahidi, 2003).

Bagi menjelaskan lagi konsep Budaya Kerja Cemerlang, kita perlu meneliti maksud budaya itu sendiri. Budaya menurut Chek Mat (1996) merupakan nilai, sikap, tindakan ataupun tingkah laku yang menjadi amalan
4

seharian. Dalam kontek bekerja, ia dikaitkan dengan budaya kerja dalam sesebuah organisasi yang menjadi faktor utama dalam menentukan matlamat maju atau mundurnya sesebuah organisasi itu. Kerja cemerlang pula diertikan pekerja yang menunjukkan prestasi kerjanya yang sentiasa baik, ada peningkatan dari setahun ke setahun dan tidak pernah melakukan kesilapan atau mendatangkan sebarang masalah ketika dia bertugas atau bekerja.

Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Menurut Kamaruddin Kachar (1990), pentadbiran pendidikan merupakan satu daya menyeluruh untuk memandu, mengawal dan menyatu padukan ikhtiar manusia yang saling berkaitan, ke arah pencapaian matlamat pendidikan. Pentadbiran pendidikan dilihat sebagai satu proses perkhidmatan yang melibatkan proses perancangan pendidikan, pengelolaan pendidikan, pengurusan kakitangan pendidikan, pengarahan pendidikan, penyelarasan pendidikan, penyediaan belanjawaan pendidikan dan penilaian pendidikan.

Pentadbiran

mempunyai

maksud

yang

agak

berlainan

daripada

pengurusan di mana pengurusan melaksanakan tugas-tugas atasan seperti membuat perancangan, menyusun atur, mengelola, mengarah, memimpin, mengawal sumber-sumber dan mendapatkan kerjasama daripada setiap individu di dalam sesuah organisasi (Zaidatol, 1989). Pentadbiran pula lebih mengkhusus kepada membantu pengurusan melaksanakan apa yang telah dirancang, disusun atur, dikelola, diarah, dipimpin dan dikawal supaya menjadi kenyataan. Ia adalah satu proses pengendalian sesebuah organisasi pendidikan, secara menyeluruh dalam usaha mencapai matlamat pendidikan.

Pengurusan Kualiti dalam Pendidikan

Menurut Oxford English Dictionary, kualiti membawa maksud darjah kecemerlangan. Dari sudut pandangan TQM pula, Juran menjelaskan kualiti sebagai padan digunakan manakala Crosby menjelaskan kualiti sebagai mengikut keperluan dan kehendak pelanggan. Menurut Covey (2003), kualiti kepada seseorang Pegawai Eksekutif Utama bukan merupakan nombor, statistik atau pemantauan tetapi lebih kepada sikap, kepercayaan, nilai dan gaya hidup.

Ainon (2004) menjelaskan peningkatan kualiti bermaksud penambahan reputasi atau dikaitkan dengan piawai yang boleh diterima umum, memenuhi dan menepati selera pengguna atau pelanggan pada keadaan yang dikatakan lebih berkualiti, tahap terbaik yang boleh dicapai, menepati spesifikasi iaitu konsep yang relatif mengikut masa dan keadaan peningkatan di sepanjang masa. Kecemerlangan merupakan aspek yang sentiasa dikaitkan dengan peningkatan kualiti dan produktiviti. Oleh itu, budaya kerja yang dibentuk dalam sesebuah organisasi perlu menggambarkan komitment pihak pengurusan meningkatkan kualiti dan produktiviti. Usaha untuk rnencapai tahap cernerlang dari sudut kualiti tidak ada penarnatnya kerana ia rnerupakan satu usaha yang berterusan. Apabila kita rnencapai satu tahap yang cernerlang, terdapat tahap yang lebih tinggi yang perlu dicapai. Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid (1995) pernah menyuarakan; The race to quality improvement is really two races. One is to get ahead; the other is to stay ahead.

Selain itu, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menyuarakan bahawa;
6

Kualiti adalah satu keadaan yang cemerlang tetapi ia tidak terhad kepada satu tahap sahaja. Apabila kita mencapai kualiti, ada lagi kualiti yang lebih baik yang mesti dikejar.

Zahidi (2003) menjelaskan bahawa kejayaan yang dicapai oleh sesebuah organisasi belum boleh menunjukkan tahap kecemerlangan yang unggul kerana kecemerlangan tiada akhirnya. Usaha organisasi untuk mencapai kecemerlangan adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang di tetapkan. Sebuah organisasi tidak seharusnya berpuas hati terhadap apa yang dicapai ketika Inl. Dalam menuju kecemerlangan, pihak pengurusan perlu ingat bahawa akan ada ruang-ruang yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa bagi menampung kelemahan-kelemahan yang masih ada.

Peranan Guru Besar

Guru besar merupakan pemimpin utama yang mengetuai sesebuah organisasi sekolah rendah manakala pengetua pula memimpin pengurusan dan pentadbiran sekolah menengah. Di peringkat sekolah, pentadbiran pendidikan adalah unit paling penting ke arah kecemerlangan pendidikan. Kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti, program yang dirancangkan oleh pihak jabatan pendidikan negeri atau pihak kementerian pendidikan akan ditentukan di peringkat sekolah. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah adalah paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan berinteraksi terus dengan pelanggan (murid, ibu-bapa dan komuniti).

Guru besar memainkan peranan penting untuk memimpin sekolah dalam pewujudan budaya kerja cemerlang agar tumpuan kepada pemantapan dan peningkatan kualiti pendidikan terus dipergiatkan.

Pra Syarat dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah Zahidi (2003) menjelaskan pembentukan budaya kerja cemerlang dalam organisasi sekolah bukanlah satu perkara yang mudah dan tidak boleh dicapai dalam masa yang singkat. Kecemerlangan bukanlah matlamat unggul tetapi berterusan ke arah kualiti yang lebih baik. Namun demikian konsep Budaya Kerja Cemerlang dapat direalisasikan dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui usaha-usaha yang terancang dan sistematik ke arah pembentukan sistem nilai, norma, sikap dan etika kerja yang berlandaskan kecemerlangan.

Menurut Zahidi (2003), terdapat beberapa prasyarat untuk membentuk budaya kerja cemerlang dalam organisasi. Salah satu daripadanya ialah orientasi kakitangan yang harus bergerak di atas landasan yang betul. Ini bermakna, guru besar perlu memikirkan strategi untuk mewujudkan komitmen, kesedaran kualiti, kesediaan menerima perubahan dan kesedaran bahawa tiada batasan masa untuk cemerlang.

Mewujudkan Komitmen Kerja Tinggi Dalam Kalangan Guru

Komitmen perlu ada dari segala lapisan kakitangan bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi organisasi. Setiap warga segala sekolah perlu melaksanakan khususnya tanggungjawab kerja yang diamanahkan dengan sepenuh hati atas kehendak dengan mengenepikan kepentingan lain kepentingan peribadi.

Guru besar selaku pemimpin guru-guru perlu menjadi role model iaitu menunjukkan tahap komitmen kerjanya yang tinggi. Menurut Sharmizawati (2001), terdapat tiga definisi komitmen iaitu: Pertama, komitmen merupakan identifikasi iaitu pengikut menerima matlamat dan nilai organisasi sebagai

matlamat dan nilai sendiri; Kedua, komitmen merupakan penglibatan psikologi atau penyerapan pekerja dalam aktiviti atau tugasnya; dan Ketiga, kesetiaan iaitu suatu perasaan ikatan dan cinta kepada organisasi.

Komitmen tinggi dalam kalangan guru dapat diperolehi melalui kepimpinan guru besar yang bersifat transformasi dan translatif. Guru besar perlu menunjukkan komitmen kerja tinggi dan disalurkan melalui usahausahanya yang mementingkan kecemerlangan sekolah. Etika kerja ini perlu disalurkan kepada guru-guru dan warga sekolah yang lain melalui pernyataan visi dan misi yang jelas, sistem kerja yang terancang dan ganjaran yang berpatutan (Covey, 1989).

Ganjaran adalah penting sebagai satu bentuk motivasi yang mendorong komitmen kerja. Berdasarkan Teori Motivasi Pencapaian McClelland (1961; 1985), Chong 91996) menjelaskan kepentingan motivasi sebagai satu keperluan untuk mencapai kecemerlangan. Oleh yang demikian, guru besar perlulah memberikan dorongan dan motivasi yang berterusan kepada guru-guru dan murid-murid supaya membudayakan kecemerlangan dalam kerja mereka. Pujian dan penghargaan di samping ganjaran berupa wang dan lain-lain boleh mendorong guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untukk meneruskan komitmen terhadap usaha kecemerlangan di sekolah.

Membentuk Mind-Set yang Berorientasikan Kecemerlangan

Guru besar juga perlu merangka strategi untuk mewujudkan mind-set yang berorientasikan kecemerlangan supaya kakitangan lebih komited kepada matlamat utama sekolah. Ini dapat dilakukan dengan sentiasa menggalakkan kakitangan menghayati serta mempraktikkan amalan-amalan pengurusan yang boleh meningkatkan kecemerlangan organisasi. Contohnya, penggunaan ICT dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah dapat memastikan kerja yang lebih
9

efektif dan efisien. Dalam hal ini, guru besar perlu prihatin kepada kekurangan dan kelemahan sekolah melalui komunikasi dua hala dan interaksi dengan warga sekolah agar apa-apapun masalah dalam melaksanakan pentadbiran dan pengurusan sekolah yang cemerlang dapat dikenalpasti dan ditangani.

Spector (1997) menjelaskan hubungan kemanusiaan yang merujuk kepada kegembiraan pekerja dalam sesebuah organisasi adalah penting kerana guru yang tidak gembira akan tidak berpuashati. Pengurusan sekolah yang tidak cekap dan kurang berkesan akan menimbulkan sikap tidak puas hati ini. Apabila ketidakpuasan berlaku, komitmen akan menurun dan akhirnya budaya kerja cemerlang tidak dapat diwujudkan. Oleh itu, guru besar perlu mengamalkan konsep pintu terbuka iaitu mengalu-alukan sesiapa sahaja ke dalam pejabatnya untuk berbincang masalah, mengemukakan cadangan dan menyatakan aduan.

Penerapan Kesedaran Tinggi Terhadap Dasar Kualiti Sekolah

Kesedaran warga sekolah mengenai dasar kualiti sekolah, khususnya dalam aspek pengurusan dan pentadbiran dapat dilakukan melalui pernyataan visi dan misi sekolah yang jelas, struktur organisasi yang lengkap dan juga carta alir proses kerja yang secukupunya.

Selain usaha-usaha biasa seperti ceramah, taklimat dan bengkel pengurusan dan pentadbiran berkualiti, guru besar perlu memastikan setiap lapisan kakitangan faham dengan jelas tentang arah dan matlamat pengurusan kualiti organisasinya dan seterusnya memudahkan kakitangan memahami dasar tersebut sebagai panduan dalam menjalankan kerja-kerja mereka. Kesedaran yang tinggi terhadap kualiti juga akan dapat mengelakkan kekeliruan di kalangan kakitangan apabila mereka melaksanakan tindakan-tindakan dan keputusan yang dibuat.

10

Sekolah juga perlu menganjurkan Hari Kualiti, latihan dan menggubal dasar kualiti sekolah agar warga sekolah semua faham akan kepentingan kualiti dan peranan masing-masing dalam merealisasikan kecemerlangan sekolah.

Penubuhan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang Dinamik

Guru besar harus menyedari dan menyedarkan warga sekolah yang lain bahawa sesebuah organisasi tidak akan berada dalam keadaan static tetapi berubah oleh pengaruh luar dan dalam organisasi. Oleh yang demikian, sekolah perlu mewujudkan Jawatankuasa Pengurusan dan Pentadbiran yang dinamik dan mampu menangani perubahan yang mendatang. Keupayaan sesebuah organisasi melaksanakan perubahan melalui satu anjakan paradigma demi untuk mencapai kecemerlangan. Apabila 'mind-set' kakitangan telah bersedia untuk berubah, sudah pasti usaha penyesuaian organisasi dapat dilaksanakan dengan mudah. Keadaan inilah yang akan menentukan perlakuan seseorang kakitangan ketika menjalankan tugas.

11

Strategi dalam Merealisasikan Konsep Budaya Kerja Cemerlang dalam Proses Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah

Konsep Budaya Cemerlang dapat direalisasikan dalam proses pengurusan dan pentadbiran sekolah dengan memberi tumpuan kepada tiga aspek utama iaitu pelaksana kecemerlangan itu (warga sekolah khususnya kakitangan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah), proses iaitu aktiviti dan program dalam pengurusan dan pentadbiran yang membawa kepada kecemerlangan), dan infrastruktur dan fasiliti (segala peralatan, media dan jentera yang digunakan bagi mencapai kecemerlangan.

Pada amnya, budaya kerja cemerlang adalah disebabkan oleh tabiat, sikap, tingkah laku dan perlakuan kakitangan yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran. Oleh yang demikian, setiap kakitangan ini harus dilengkapi dengan kesedaran, komitmen dan motivasi terhadap kecemerlangan di samping pengetahaun dan kemahiran untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cemerlang dan berkualiti.

Sebagai guru besar, adalah menjadi tanggungjawab utamanya memimpin kakitangan ke arah kesedaran, komitmen dan motivasi yang tinggi terhadap kecemerlangan. Hal ini dapat dilakukan melalui cara yang formal dan informal. Secara formal, ceramah, taklimat, latihan dan bengkel dapat dilaksanakan bagi menyalurkan maklumat mengenai tanggungjawab warga sekolah terhadap pengurusan dan pentadbbiran sekolah yang berkualiti.

Bengkel-bengkel dan latihan diberikan di peringkat atasan sehinggalah ke peringkat bawahan. Ini bertujuan meningkatkan lagi tahap kualiti dan pencapaian mutu kerja yang lebih baik di kalangan warga pendidikan. Guru besar sekolah, barisan guru

12

pentadbir dan guru-guru mata pelajaran diberikan latihan dan bengkel bagi memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap sesuatu bidang itu. Contohnya seseorang Pengetua diberikan latihan dan bengkel untuk memantapkan lagi pengurusan mereka di sekolah.

Secara informal, guru besar boleh memberikan dorongan secara individu maupun berkelompok untuk mencetuskan kesedaran, komitmen dan motivasi ini. Selain itu, ganjaran dan anugerah seperti anugerah sijil, wang, surat penghargaan, tawaran, lawatan, bantuan, pingat dan sebagainya boleh mendorong kakitangan untuk lebih cemerlang lagi. Oleh itu, guru besar perlulah adil dan bersikap saksama dalam mencadangkan anugerah kepada kakitangan yang cemerlang.

Selain daripada kakitangan sebagai pelaksana kecemerlangan, guru besar bertanggungjawab memastikan proses ke arah kecemerlangan dinyatakan dengan jelas dan terang. Melalui Jawatankuasa Kualiti Sekolah, guru besar perlu memastikan adanya pernyataan visi dan misi sekolah yang ditempatkan di tempat-tempat yang strategik. Begitu juga dengan carta organisasi dan piagam pelanggan bagi Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah.

Setiap warga sekolah termasuk kakitangan pengurusan dan pentadbiran perlu memahami konsep dan intipati Pelan Induk Pembangunan Pendidikan serta lain-lain polisi pendidikan negara. Buku panduan dan pengurusan yang diguna pakai di sekolah seperti Buku Panduan Pengurusan Sekolah, Buku Panduan Kurikulum sekolah, Buku Panduan Kokurikulum sekolah, Buku Panduan Tatacara Disiplin di sekolah, Buku Panduan Pengurusan panitia, Buku Panduan Pengurusan Asrama, Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan, Buku Panduan Pengurusan Kantin, Buku Panduan Pengurusan Buku Teks dan Buku Panduan Pengurusan Biasiswa perlulah disediakan dan boleh diakses oleh semua warga sekolah.

13

Maklumat mengenai pengurusan kualiti yang terkini perlu dipaparkan di Buletin Sekolah atau melalui memo dalam sekolah.Carta alir pengurusan kerja dalam Unit Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah perlu dipaparkan dan disemak dari masa ke semasa untuk mengambil kira perubahan semasa. Contohnya, pengurusan kewangan perlu menunjukkan carta alir proses kerja yang jelas agar pihak awam dan guru-guru mempunyai panduan pengurusan kerja yang cepat dan tepat.

Elemen terakhir iaitu infrastruktur dan fasiliti untuk mewujudkan budaya kerja cemerlang perlu juga diwujudkan. Sekolah perlulah dilengkapi dengan kemudahan ICT yang terbaik, sistem komunikasi yang berkesan, dan sebagainya bagi memudahkan budaya kerja cemerlang disemai dalam kalangan warga sekolah. Pihak pengurusan dan pentadbiran perlulah dilengkapi secukupnya supaya kakitangan cekap dan cepat melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Komitmen dan motivasi kerja yang tinggi tentunya akan pudar sekiranya peralatan dan kemudahan membuat kerja yang berkualiti tidak ada. Contohnya, mesin pencetak yang sentiasa rosak menyebabkan kakitangan pentadbiran lambat menyiapkan arahan guru-guru untuk mencetak bahan pengajaran dan pembelajaran. Isu-isu sebegini harus diberi perhatian oleh gurubesar agar tidak membantutkan proses kerja yang berkualiti.

14

Penutup

Budaya Kerja Cemerlang merupakan suasana kerja yang dapat memastikan warga sekolah di bawah pimpinan guru besar sentiasa mementingkan kecemerlangan dan usaha mengejar kualiti sekolah yang meningkat secara berterusan. Oleh yang demikian, budaya kerja cemerlang ini merupakan beban tugas penting seorang guru besar sebelum sekolah dapat mencapai tahap kecemerlangan.

Seperti yang telah dinyatakan, kualiti bukanlah sesuatu yang statik tetapi sentiasa meningkat dan memerlukan setiap insan bekerja di sekolah mengejarnya dengan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Budaya kecemerlangan menggambarkan sikap dan nilai seseorang yang tidak berpuas hati dengan status quo tetapi sentiasa berusaha memperbaiki pencapaian yang ada. Usaha sebegini, jika wujud di semua sekolah di tanah air ini pastinya akan membawa kepada pembangunan sektor pendidikan negara yang bertaraf antarabangsa.

15

BIBLIOGRAFI

Ainon Mohd,(2004) Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja, PTS Publication and Distributors Sdn Bhd ,K.L Chek Mat,(1996), Pengurusan berkualiti dalam Perkhidmatan, Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd,K.L Chong Yee Khuin. (1996). EQ Sebenarnya Sangat Mudah. Taiwan: Sri Tai Publishing Company Covey, S.R. 1989. The seven habits of highly effective people. New York. Simon & Schuster Crosby, P. B. (1992). Completeness: Quality for the 21st Century, New York, Dutton Divoky, J. J. & Taylor, R. W. (1 996). Modeling change in curriculum: A total quality management perspective, Total Quality Management, 7(2): 173-182. Kamaruddin Hj. Kachar. (1989). Pendidikan dan masyarakat. Kuala Lumpur. Teks Publishing Sdn. Bhd Lozier, G. G. & Teeter, D. J. (1996). Quality improvement pursuits in American higher education. Total Quality Management, 7(2): 189-20 1. Potocki, K., Brocato, R. & Popick, P. R. (1994). How TQM works in a university classroom. The Journal of Quality and Participation, 17( 1): 68-75. Schargel, F. P. (1996). Why we need total quality management in education. Total Quality Management, 7(2): 2 13-2 17. Sharmizawati Shahidan (2001). Faktor-faktor Tekanan Kerja dan Kesannya Kepada Komitmen Terhadap Organisasi. Kajian Ke atas Pekerja Operator Pengeluaran, PERSTIMA Berhad. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda Sloane, P. J., & Williams, H. (2000). Job satisfaction, comparison earnings and gender. Labour, 14, 473 502 Smith, P. C., Kendall & Hulin (1969). The Measurement of Satisfaction in Work and Retirement. Chicago: Rand Mexlally Spector, P. E. (1997). Job satisfaction: Application, Assessment, Causes, and Consequences. Thousand Oaks, CA: Sage Steers, R. M. (1985). Introduction To Organizational Behavior. Glenview, III: Scott Foresman Zahidi Mohd Daud (2003). Budaya Kerja Cemerlang, Qalam INTIRA, Penerbitan INTAN Wilayah Utara, April Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (1989). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur. Fajar Bakti.

16

You might also like