You are on page 1of 46

1.0 BIODATA PELAJAR Nama : Fadilah Bt Mahmud. Nama singkatan : Fad Tempat lahir : Melaka. Matrik no.

: D20091035094 Agama : Islam Status : Bujang Alamat Rumah : No. 24 Lrg 1 Jln BLI 3 Tmn Bkt Lintang Indah Bkt Lintang, 75460 Melaka. Alamat Kampus : 1.4.4 Kolej Harun Aminurrashid, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Telefon no. : 017-6998504/017-6998450 E-mail: Falah_017@yahoo.com Pengalaman mengajar : Tiada Pengalaman aktiviti rekreasi atau luar : Kembara Alam Sukan : Bola jaring. Bola Baling. Badminton. Keistimewaan : Berdisiplin. Tekun. Tidak mudah putus asa. Kelemahan : Kurang berkeyakinan. Penyakit/alahan : Tiada. Tarikh lahir : 7/2/1990 I/C no. : 900207045438 Bangsa : Melayu

2.0 PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin mengucap ribuan terima kasih kepada pensyarah yang mengendalikan kursus ini iaitu Pn Arne.Suzila kerana telah memberi peluang kepada saya untuk mengikuti kursus ini. Dalam pada itu terima kasih juga kerana memberi peluang kepada saya untuk menghasilkan buku log ini. Melalui kursus ini pelbagai pelajaran baru yang saya perolehi. Selain itu kursus ini turut membantu saya dalam mengatasi kelemahan diri. Saya lebih berkeyakinan dan lebih berani untuk tampil dan bekerjasama dengan ahli lain. Kegiatan Kokurikulum yang merangkumi aktiviti Pasukan Pakaian Seragam (Unit Beruniform),Kelab/Persatuan serta Kelab Sukan dan Permainan merupakan aktiviti luar bilik darjah.Kegiatan ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran di sekolah. Keperluan aktiviti ini juga setara dengan kepentingan aktiviti dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai pengembang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Melalui kursus ini pelbagai pengalaman yang saya perolehi. Saya berharap agar pengalaman yang saya perolehi dapat digunakan apabila saya berada di sekolah nanti. Diharap saya dapat mengikuti kursus ini pada masa akan datang lagi supaya ilmu yang saya dapat tidak akan saya lupa selain dapat menambahkan lagi pengetahuan. Kursus ini sememangnya harus diikuti oleh semua pelajar yang mengambil bidang pendidikan bagi mempersiapkan diri mereka menghadapi sebarang kemungkinan pada masa akan datang.

3.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM. 3.1 Dasar Pendidikan Negara 3.1.1 Latarbelakang. Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan dalam tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Laporan Jawatankuasa ini telah diterbitkan dalam tahun 1979. 3.1.2 Rasional. Sistem pendidikan di zaman penjajahan telah berkembang tanpa mengambil kira kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara. Sistem Pendidikan berkenaan mengekalkan tumpuan taat setia rakyat pendatang dan keturunan mereka kepada negara asal mereka dan menekan semangat pembangunan rakyat tempatan. Sistem ini mungkin sesuai dengan Tanah Melayu yang terjajah tetapi apabila Tanah Melayu sudah merdeka, ia didapati tidak lagi sesuai. Oleh itu, langkah-langkah diambil bagi menggubal satu sistem pendidikan kebangsaan yang sesuai untuk negara yang merdeka dan mempunyai matlamat-matlamat sendiri.

3.1.3 Objektif.

Objektif dasar ini dinyatakan dalam Akta Pelajaran, 1961, iaitu: "BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diisytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya..." Objektif ini dinyatakan secara am tetapi dalam melaksanakannya, Kementerian Pendidikan dengan berpandukan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960, telah mentafsirkannya sebagai menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja ("tenaga rakyat," istilah yang digunakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet) bagi keperluan ekonomi. Seterusnya, objektif-objektif ini diperkhususkan lagi apabila Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan. Ini mencerminkan hasrat bahawa Dasar Pendidikan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisplin dan terlatih. Falsafah Pendidikan Negara yang diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara dan dinyatakan secara bertulis baru-baru ini memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Ini menjadi satu matlamat penting sistem pendidikan kebangsaan. 3.1.4 Strategi Pelaksanaan Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan seperti berikut: (a) Menjadikan utama; (b) Mengadakan bagi (c) Mewujudkan (d) Melicinkan kurikulum semua sistem peperiksaan tatacara yang sama dan jenis yang sama bagi pengurusan berorientasikan Malaysia sekolah; semua; pendidikan; Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang

(e) Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang (f)Mengadakan menyeluruh, peluang pendidikan baik dan seimbang pendidikan dari kawasan asas segi luar peluang bandar dan selama sembilan dan atau mutu bersepadu; tahun; dengan

(g) Mendemokrasikan kurang bernasib

mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang pendalaman; (h) Menyediakan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang berasaskan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira pada tahun 1983 yang menjurus kepada kurikulum bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989. Matlamat utama kurikulum baru ini adalah untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dan mempunyai moral serta nilai etika yang kukuh. (i) Memperluaskan pendidikan Vokasional dan Teknik melalui

penyusunan semula kurikulum Sekolah Vokasional pada tahun 1978; (j) Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di

peringkat universiti terutama dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan; (k) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin; (l) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil; dan (m) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain Di samping strategi ini, Dasar Pendidikan Kebangsaan juga dilaksanakan dengan mengada dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih dan juga mendirikan sekolahsekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Di Kementerian/Jabatan Pendidikan pula, beberapa Bahagian dan Jawatankuasa yang meliputi perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Dasar Pendidikan Kebangsaan telah ditubuhkan atau diperkuatkan bagi memastikan tercapainya hasrat Dasar Pendidikan ini. Diantaranya termasuklah penubuhan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Bahagian Pelajaran Teknik dan 5

Vokasional, Jawatankuasa Pusat Kurikulum, Biro Buku Teks, Majlis Sukan Sekolahsekolah Malaysia, Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Bahagian Perkhidmatan, Sebaran Pendidikan dan Pusat Perkembangan Kurikulum.

3.2 Objektif Kokurikulum 1. Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan. 2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid. 3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah. 4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. 5. Membina dan meningkatkan disiplin murid. 6. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan; 7. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat 8. Mewujudkan sekolah berwatak. 9. Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara. 10.Mengukuhkan integrasi nasional

3.3 Perlaksanaan Kokurikulum. Untuk mencapai objektif tersebut, berikut adalah beberapa strategi perlaksanaannya : 1. Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan 6

kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah; 2. Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan; 3. Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan; 4. Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat; 5. Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah(JBPS), Persatua Ibu Bapa Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan murid-murid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum; 6. Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan; 7. Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid; 8. Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan; 9. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke semasa. 10. Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum. 11. Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif yang yang dikehendaki. 3.3.1 Panduan perlaksanaan kokurikulum di sekolah.

Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi (a) penyertaan dalam sukan dan permainan; (b) penyertaan dalam persatuan dan kelab; (c) penyertaan dalam badan beruniform (d) penyertaan dalam kegiatan-kegiatan lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri Kegiatan Kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan meliputi kegiatan dalam persatuan yang ditubuhkan di sekolah daripada kategori berikut:-

(a) mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan 1997) (b) hobi dan rekreasi; (c) sukan dan permainan; (d) badan beruniform; atau (e) apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh Pendaftar 3.3.2 Status perlaksanaan kokurikulum di sekolah.

1. Matlamat gerak kerja kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan oleh setiap orang murid yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap murid hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu gerak kerja pasukan badan beruniform, satu kegiatan persatuan atau kelab, dan satu kegiatan sukan atau permainan. Seberapa yang boleh, peningkatan penyertaan murid-murid dalam kegiatan pasukan badan beruniform hendaklah diusahakan. 2 .Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan gerak kerja kokurikulum di sekolah. 3 .Sekolah-sekolah, khususnya yang kurang kemudahan untuk menjalankan gerak kerja kokurikulum ini hendaklah menggalakkan murid-muridnya mengambil bahagian dalam membuat kerja-kerja amal untuk masyarakat setempat, bergotong-royong memperbaiki kawasan sekolah; dan dalam pelbagai gerak kerja yang menekankan perpaduan kaum, ketatanegaraan moral dan sebagainya yang sesuai bagi pendidikan menyeluruh dan pembentukan keperibadian 4 .Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di sekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan beramai-ramai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara.

5.Penyertaan murid dalam aktiviti kokurikulum adalah wajib. Sehubungan itu kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum mestilah direkodkan. 6.Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan menggunakan penglibatan dan kepakaran anggota-anggota masyarakat setempat.

3.3.3

Peruntukan Masa.

a) Sekolah Menengah. Tingkatan Peralihan,1,2,3,6 Aliran Sastera. SRT. 4 &5 Perdagangan. Sains. Pertanian. Teknik b) Sekolah Rendah. Tahun 3&4 5&6 Peruntukan Masa 60 minit seminggu. 120 minit seminggu. Peruntukan Masa. 180 minit seminggu 180 minit seminggu. 180 minit seminggu. 180 minit seminggu. 180 minit seminggu. 140 minit seminggu. 100 minit seminggu.

3.4 Penilaian kokurikulum 10% Kementerian Pelajaran Malaysia. 3.4.1 Penilaian Aktiviti Kokurikulum. Penilaian aktiviti kokurikulum seseorang murid dalam setiap jenis aktiviti yang disertai adalah berdasarkan kepada 4 aspek yang berikut: a. Kehadiran b Jawatan yang disandang. c. Penglibatan d. Pencapaian 3.4.2 Aspek Penilaian % Markah.
a. Kehadiran

50 10 20 20 100

b. Jawatan disandang c. Penglibatan d. Pencapaian JUMLAH

a). Aspek Kehadiran. 1 .Bertujuan untuk menggalakkan murid hadir pada setiap aktiviti yang dijalankan. 2 .Jumlah kehadiran yang maksimum berasaskan kepada jumlah minggu persekolahan dalam setahun, dengan mengambil kira bahawa setiap jenis aktiviti kokurikulum dijalankan sekali seminggu dan dengan peruntukan masa 2 jam( mengikut kursus). 3.Pengecualian kehadiran hanya dipertimbangkan jika murid sakit, menyertai kegiatan lain dengan kelulusan dan sebab-sebab lain yang munasabah.. 4. Ketidakhadiran ini perlulah dalam pengetahuan pihak sekolah 5.Kehadiran minimum bagi kegiatan Pasukan Badan Beruniform ialah 18 kali perjumpaan setahun, kelab / persatuan 12 kali perjumpaan setahun dan sukan/ permainan 12 kali perjumpaan setahun. 6.Perkiraan markah kehadiran adalah seperti berikut : Markah kehadiran Jika jumlah kehadiran pelajar Jumlah Perjumpaan setahun Ketidakhadiran diluluskan (cuti sakit, wakil sekolah dll) Markah kehadiran = a b-c x 50 =a =b =c

b.) Aspek jawatan disandang. 1. 10% dan diberikan kepada individu yang memegang sesuatu jawatan yang tertinggi Dalam kegiatan kokurikulum. 2. Ahli-ahli biasa dan jawatan-jawatan yang lain juga diperuntukan markah mengikut jenis jawatan yang disandang. . 3. Agihan markah bagi jawatan yang disandang adalah seperti berikut : 10

Jadual 1. Pasukan Badan Beruniform. Jawatan Pengakap Raja/ Pandu Puteri Raja / Pegawai Waran 1/ Sub-Inspektor/Drum Major/ Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf Pegawai Waran II /Bintara Kanan/ Staf Sarjan / Sarjan Mejar / Ketua Trup / Anugerah Ketua Pesuruhjaya / Pangkat-Pangkat lain yang difikirkan sama taraf. Sarjan/Penolong Trup / Bintara Muda / Ketua Platun / Pangkat-Pangkat yang difikirkan sama taraf. Koperal / Lans Koperal / Ketua Patrol / Penolong Ketua Patrol / AJK / Laskar Kanan/Jawatan-Jawatan / PangkatPangkat yang difikirkan sama taraf. Pra-Persetiaan / Ahli Aktif Ahli Biasa Jadual 2 : Persatuan /Kelab / Sukan / Permainan Jawatan. Pengerusi / Presiden / Kapten Pasukan / Ketua Pasukan Sukan/Permainan / Ketua Rumah Timbalan Pengerusi / Naib Pengerusi Setiausaha / Bendahari Penolong Setiausaha / Penolong Bendahari Ahli Jawatankuasa Ahli Aktif. Ahli biasa. c.)Markah Aspek Penglibatan 1. 20%. Markah ini diberikan kepada semua ahli berdasarkan sumbangan dan komitmen Mereka di dalam semua aktiviti yang dijalankan dan tahap penglibatan yang disertai. 2. Markah penglibatan bagi individu dan pasukan atau kumpulan adalah sama. 3.Pemberian markah-markah adalah seperti berikut: Jadual 3.
PERINGKAT PENGLIBATAN MARKAH

Markah. 10 8

7 5 3 1

Markah. 10 8 7 6 5 3 1

Sekolah Zon/Daerah/Bahagian Negeri Kebangsaan Antarabangsa

8 11 14 17 20

11

d) Markah Aspek Pencapaian 1. 20% markah ini merupakan pencapaian pelajar dalam pertandingan diperingkat sekolah,zon/daerah/bahagian/negeri/kebangsaan dan antarabangsa. 2. Pencapaian yang di nilai hanyalah kepada kedudukan Johan,Naib Johan dan Ketiga. 3. Dalam aspek pencapaian markah bagi pencapaian individu atau pasukan adalah sama. 4.Markah-markah pencapaian yang ditetapkan adalah seperti berikut : Jadual 4: Peringkat Pertandingan Sekolah Zon/daerah/bahagian Negeri Kebangsaan Antarabangsa. Markah Johan 8 11 14 17 20 Markah Naib Johan 7 10 13 16 19 Markah Ketiga. 6 9 12 15 18

Setiap pemberian markah dalam aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan markah tertinggi yang layak diperolehi oleh seorang murid. Umpamanya jika seorang pelajar pernah mewakili daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa, markah aspek pencapaian yang diambilkira hanyalah pencapaian di peringkat antarabangsa (20markah).
KEGIATAN KOKURIKULUM YANG DINILAI.

Setiap murid sekolah menengah diwajibkan menganggotai pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab dan sukan. Dalam hal ini setiap murid memilih salah satu aktiviti yang terdapat dalam setiap bidang kegiatan kokurikulum tersebut. Ini bermakna penilaian kegiatan adalah berdasarkan: a. Aktiviti Pasukan Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah, Pandu Puteri, pengakap, Seni Bela Diri dan sebagainya. b. Aktiviti Kelab / Persatuan / Badan seperti Persatuan Bahasa Melayu, Kelab Pencinta Alam, Kelab Seni Foto dan sebagainya. c. Aktiviti Sukan / Permainan seperti Kelab Olahraga, Kelab Renang, Kelab Memanah

12

dan sebagainya. Setiap jenis aktiviti yang dianggotai oleh murid akan dinilai berdasarkan aspek-aspek yang dinyatakan dan agihan markah setiap jenis aktiviti adalah sama seperti yang dinyatakan . Sebagai contoh berikut adalah markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi oleh Pelajar X: Contoh: i. Kegiatan Pasukan Badan Beruniform Aspek penilaian Kehadiran Jawatan disandang Penglibatan Pencapaian Prestasi. Penuh(18/18) Ahli Aktif Menghadiri jombori pengangkap perinkat negeri. Ketiga kawad kaki peringkat negeri. Jumlah. Markah. 50 3 14 12 79

ii. Kegiatan Kelab dan Persatuan. Aspek penilaian Kehadiran Jawatan Penglibatan Pencapaian. Prestasi. 10/12 AJK persatuan sejarah Menyertai penulisan sajak peringkat negeri. Naib johan pertandingan bahas ala parlimen peringkat kelas. Jumlah 68 Markah. 42 5 14 7

iii. Kegiatan sukan/permainan. Aspek penilaian Kehadiran Prestasi 12/12 13 Markah. 50

Jawatan Penglibatan Pencapaian

AJK ahli bola sepak B18 Mewakili negeri dalam acara balapan MSSM Naib johan timang bola piala Nike peringkat kebangsaan. Jumlah

5 14 16 85

Gred Penilaian Kegiatan Kokurikulum Gred penilaian setiap markah yang diperolehi adalah seperti berikut : Gred A B C D E Markah Antara 80 hingga 100 Antara 60 hingga 79 Antara 40 hingga 59 Antara 20 hingga 39 19 kebawah.

Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Pelajar X, gred yang dieprolehi bagi setiap kegiatan kokurikulum adalah seperti berikut : Kegiatan. Pasukan badan beruniform Kelab/Persatuan Sukan/Permainan. Markah yang diperolehi. 79 68 85 Gred. B B A

Markah Bonus. Markah Bonus diberi berdasarkan sesuatu jawatan kepimpinan yang disandang oleh

14

murid dan jawatan tersebut bertujuan membantu pengurusan dan pentadbiran sekolah. . Perjawatan tersebut merangkumi: a) Perjawatan Peringkatan Sekolah seperti pengawas, pengawas perpustakaan, Imam dan sebagainya. b) Perjawatan Peringkat Rumah seperti Ketua rumah, Ketua bilik/asrama dan sebagainya. c) Perjawatan Peringkatan Kelas seperti Ketua Kelas/darjah dan sebagainya. Bagi setiap jawatan tersebut markah bonus diberikan sebagai pengiktirafan kepada murid di atas sumbangan perkhidmatan setiap tahun. Markah bonus yang ditetapkan adalah seperti berikut: Jawatan Ketua Murid I/Ketua Murid II Timbalan/Penolong Ketua Murid Ketua / Pengerusi badan-badan perkhidmatan atau pengurusan utama yang ditubuhkan untuk membantu sekolah Ketua Asrama / Ketua PRS / Quartermasters Penolong Ketua Asrama / Penolong Quartermasters AJK Utama badan-badan perkhidmatan atau pengurusan ( Bendahari / Setiausaha / Ketua Biro) - Asrama / PRS / Penerima sijil dan lencana SLAD / PROSTAR / Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Ahli-ahli J/Kuasa perkhidmatan dan sokongan - AJK Kecil Biro / Ketua Bilik / Ketua Dorm / Ketua Darjah / Ketua Tingkatan / Penerima sijil SLAD / PROSTAR. Penolong Ketua Kelas / Penolong Ketua Bilik / Ahli Quartermasters Markah Bonus 10 8 7

6 5

15

Anugerah Khas Anugerah khas diberi sebagai pengiktirafan kepada murid/ pelajar di atas pencapaian cemerlang dalam bidang kokurikulum dan kemasyarakatan yang diusahakan sendiri. Markah anugerah khas ini ditetapkan seperti berikut:

Jawatan Anugerah Remaja Perdana (ARP) Emas Perak Gangsa Pingat Hang Tuah Kebangsaan / Tunas Jaya Kebangsaan Pencapaian aktiviti kokurikulum di luar negara atas pembiayaan sendiri Johan Naib Johan Ketiga NILAM Lain-lain anugerah yang setara

Markah Bonus 10 7 5 10

5 3 2 5 5

Setiap murid hanya layak menerima markah bonus untuk jawatan yang paling tertinggi yang disandang pada setiap tahun.Sekiranya jawatan yang disandang dilucutkan atas sebab-sebab tindakan tatatertib atau kes disiplin,maka markah bonus ini tidak layak dimasuk kira. GRED KESELURUHAN 1. Gred keseluruhan bermaksud gred yang diperolehi oleh seorang murid dalam dua dari tiga jenis kegiatan kokurikulum yang dianggotai beserta markah bonus. Dua bidang kegiatan dipilih bergantung kepada prestasi markah yang diperolehi, iaitu dua bidang yang menunjukan prestasi tertinggi.

16

2. Gred keseluruhan boleh diperolehi dengan mencampurkan jumlah markah keduadua kegiatan kokurikulum yang diperolehi dan mendapatkan purata bagi kedua-dua markah tersebut. Kemudian nilai tersebut dicampurkan dengan markah bonus yang diperolehi. Hasil tambah tersebut dipadankan dengan nilai gred . 3. Mengambil contoh markah kegiatan kokurikulum yang diperolehi Murid X perkiraan gred keseluruhan adalah seperti berikut: Jumlah Markah Pasukan Badan Beruniform =79 Jumlah Markah Persatuan/Kelab = 68 Jumlah Markah Sukan = 85 Markah purata ialah = (79+85) / 2 = 82 Markah bonus = 10 (sebagai Ketua Murid) Markah keseluruhan = 82 + 10 = 92 Gred Keseluruhan = A PELAKSANAAN 1. Semua sekolah menengah di setiap negeri diminta menggunakan format dan borang yang sama dalam membuat penilaian aktiviti kokurikulum pelajar (Lihat Lampiran 1,2 dan 3). 2. Penilaian hendaklah dibuat pada setiap hujung tahun atau selewat-lewatnya awal bulan Januari tahun yang berikutnya. Tempoh ini diperlukan kerana masih ada kegiatan kokurikulum peringkat kebangsaan yang dijalankan pada bulan Disember. 3. Oleh sebab penilaian kokurikulum dibuat sepanjang tempoh murid berada di Tingkatan 1 hingga 6, pihak sekolah perlu menyediakan Buku Kemajuan Kokurikulum yang telah diseragamkan oleh KPM. Langkah ini memudahkan penyimpanan rekod-rekod kemajuan dan pemindahan rekod sekiranya murid berpindah ke sekolah lain dan kemasukan ke Matrikulasi / IPT. 4. Pihak sekolah hendaklah membentuk jawatankuasa penilai yang terdiri daripada guru guru dan dipengerusikan oleh Pengetua / Guru Besar 5. Setiap borang penilaian perlu disemak oleh guru pemimpin sebelum disahkan oleh Pengetua dan Penolong Kanan Kokurikulum

17

6. Penilaian kokurikulum murid dilakukan pada setiap tahun sepanjang persekolahannya . Keputusan penilaian akan dipersembahkan dalam bentuk prestasi tahun semasa (GPA) dan himpunan prestasi sepanjang tempoh persekolahan (CGPA). Contohnya prestasi GPA dan CGPA Murid X dalam bidang kokurikulum dalam tempoh persekolahan sehingga Tingkatan 5. Tingkatan I II III IV V Markah Kokurikulum. 69 82 83 80 89 GPA 69 82 83 89 80 CGPA 69.0 75.5 78.0 80.8 80.6

Contoh pengiraan CGPA Tingkatan II = (69+82)/2 = 75.5 Tingkatan IV = (69+82+83+89)/4 = 80.8 Untuk mendapatkan markah 10%, markah akhir hendaklah dibahagikan dengan 100 dan didarabkan dengan 10. Contohnya Tingkatan V = 80.6 x 10 100 = 8.06 Bagi murid Tahun 6 , penilaian kokurikulum berdasarkan pencapaian terbaik dari tahun 4 hingga 6 diambil kira bagi kelayakan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh/MRSM Kes-Kes Terpencil. Penilaian kokurikulum bagi : murid-murid Pendidikan Khas murid-murid kurang upaya pesakit kronik / luar biasa sekolah di kawasan pedalaman 18

sekolah kurang murid (SKM)

Kes-Kes Khas Murid-murid yang terlibat dalam aktiviti sukan berprestasi tinggi hendaklah dinilai mengikut kriteria seperti murid biasa. Penilaian Kegiatan Kokurikulum Bagi Pelajar-Pelajar Tingkatan 6 Murid-murid yang telah menamatkan Tingkatan 6 dan mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), mereka yang terlibat boleh memilih markah prestasi PLKN untuk turut dipertimbangkan dalam pengiraan markah. Dalam kes ini, murid mempunyai empat pilihan dari tiga yang perlu dipilih untuk menentukan markah kokurikulumnya. Jika prestasi murid didapati tinggi dalam kegiatan PLKN, maka markah terendah dalam bidang lain akan digugurkan. Markah Kokurikulum yang diperolehi calon ialah 60 markah @ 60/100x10=6( pengekalan cadangan sebelumnya yang dicadangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 3.5 Senarai Bidang Tugas Kokurikulum. 1. Senarai Tugas Guru Penolong Kanan Kokurikulum. Mukadimah Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dengan itu, Guru Penolong Kanan Kokurikulum bertanggungjawab bagi melicinkan pentadbiran, mempertingkatkan prestasi penglibatan dan penyertaan murid serta guru dalam aktiviti kokurikulum bagi mencapai Wawasan 2020. Bidang Tugas: Menjalankan tugas-tugas Pengetua/Guru Besar semasa ketiadaan Pengetua/Guru Besar, Guru Penolong Kanan I dan Guru Penolong Kanan II.

19

Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Pengetua/Guru Besar. Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek pengurusan kokurikulum termasuk sidang petang. Menyelia dan menilai aktiviti kokurikulum di sekolah. Membantu Pengetua/Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang. Senarai Tugas Kokurikulum : a.) Persatuan Dan Kelab. I. Merancang kegiatan persatuan dan kelab II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab III. Menyelia kegiatan persatuan dan kelab IV. Menyelaras aktiviti-aktiviti persatuan dan kelab di dalam dan di luar sekolah. b.) Pasukan Pakaian Seragam I. Merancang kegiatan pasukan pakaian seragam II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pasukan pakaian seragam III. Menyelia kegiatan pasukan pakaian seragam IV. Menyelaras aktiviti-aktiviti pasukan pakaian seragam di dalam dan di luar sekolah. c). Kelab Sukan Dan Permainan I. Merancang kegiatan kelab sukan dan permainan II. Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan kelab sukan dan permainan III. Menyelia kegiatan kelab sukan dan permainan IV. Menyelaras aktiviti-aktiviti kelab sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah. Pentadbiran. a. Menyelaraskan proses penubuhan kelab dan persatuan sebagaimana mengikut 20

Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan( Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 No 11 Tambahan No 21 Perundangan(A) P.U.(A) 196 bertarikh 21hb. Mei 1998. b. Menyusun, menyelaras dan memantau takwim kegiatan kokurikulum sekolah. c. Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan kokurikulum d. Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan kokurikulum telah diambil. e. Membantu di dalam segala jenis penerbitan sekolah dalam hal kokurikulum. f. Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah dengan mematuhi Peraturan (Melancong) Sekolah 1957. g. Menyelaras hari-hari perayaan dan upacara sekolah (saperti Hari Kokurikulum Sekolah). h. Menyelaras pembahagian murid-murid ke dalam kegiatan kokurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian. i. Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan kokurikulum. j. Memastikan rekod dan data kokurikulum disenggarakan dan dihantar sesalinan ke Pejabat Pendidikan Daerah dan Pejabat Pendidikan Johor. k. Menguruskan kursus dan latihan untuk guru dan murid dalam bidang berhubung dengan kokurikulum. l. Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan kokurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka. m. Menyelaras pungutan, pembayaran dan tuntutan Skim Takaful Malaysia Berhad. n. Merancang aktiviti kokurikulum untuk murid-murid selepas peperiksaan dan semasa cuti sekolah. . Tugas-tugas lain Menanggotai Jawatankuasa-Jawatankuasa yang diluluskan oleh Pengetua/ Guru Besar dari masa ke semasa. Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Pengetua/Guru Besar dari masa ke semasa. 2. Carta Organisasi Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagai Penolong

21

Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan Kokurikulum Sekolah bagi membantubeliau memantau, menilai, memperbaiki,mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah.Beberapa perkara perlu diambilkira semasa membentuk organisasi ini agar ia dapat memberi faedah kepada pelajar dan sekolah. (a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli. (b) Kekerapan mengadakan mesyuarat. (c) Pembentukan jawatankuasa kecil. (d) Pelaporan berkala. (e) Dokumentasi Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Tanggungjawab Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah : a. Merancang aktiviti sekolah (Rancangan Jangka Panjang / Pendek) b. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun. c. Menentukan peraturan kokurikulum sekolah. d. Menentukan takwim dan jadual aktiviti. e. Memastikan penglibatan pelajar menyeluruh. f. Memastikan sekolah mengambil bahagian dalam kegiatan kokurikulum peringkat daerah/negeri/kebangsaan. g. Memastikan guru mematuhi takwim dan jadual Kokurikulum. h. Menentukan tarikh Kejohanan Olahraga sekolah, Merentas Desa Hari Kecemerlangan Kokurikulum dan kegiatan lain. i. Menilai aktiviti kokurikulum dan membuat laporan tahunan. j. Memastikan konsep sukan untuk semua dan sukan untuk elit dilaksanakan di sekolah k. Membuat anggaran perbelanjaan dan menentukan peruntukan kewangan yang akan digunakan. l. Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada guru dan pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bidang masing-masing. m. Memastikan semua tempat dan alat selamat digunakan oleh pelajar. Tanggungjawab Penolong Kanan Kokurikulum

22

a. Menentukan objektif gerakerja kokurikulum sekolah tercapai. b. Bertanggungjawab dalam pelaksanaan dasar gerakerja kokurikulum sekolah c. Menyelaras dan meluluskan program tahunan setiap unit gerakerja kokurikulum. d. Memastikan supaya setiap unit gerakerja kokurikulum berjalan dengan lancar berterusan dan berkesan. e. Menyelesaikan masalah yang berbangkit dalam perjalanan aktiviti kokurikulum f. Menyelaras dengan pihak sekolah peruntukan dan perbelanjaan aktiviti kokurikulum g. Mengawal segala urusan kewangan bagi wang yang dikutip daripada pelajar. h. Menerima laporan kedudukan stok dan inventori peralatan kokurikulum. i. Menerima laporan kegiatan unit kokurikulum pada akhir tahun daripada setiausaha kokurikulum, penolong setiausaha kokurikulum dan penyelaras-penyelaras unit. j. Memutuskan pengurniaan yang akan diberi kepada pelajar yang mencapai taraf kecemerlangan dalam aktiviti kokurikulum. Tanggungjawab Setiausaha Kokurikulum a. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. b. Membantu Pengetua dalam pengagihan tugas kepada guruguru, perancangan, pelaksanaan dan penilaian pelajar. c. Mengurus pemilihan peserta untuk ke pertandingan aktiviti persatuan/kelab/ pasukan badan beruniform dan sukan/permainan. d. Menentukan langkah-langkah keselamatan dalam aktiviti kokurikulum dipatuhi. e. Memastikan rekod dan data diselenggara dengan baik. f. Memastikan borang-borang kokurikulum yang digunakan dikemaskini dan mencukupi. g. Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan mengadakan latihan dengan mereka. Tanggungjawab Setiausaha Sukan a. Menyelaraskan semua aktiviti sukan sekolah. b. Menyediakan takwim dan aktiviti sukan yang sesuai dengan aktiviti MSSD/MSSN/ MSSM. c. Membantu Pengetua mengagih tugas baru dalam olahraga dan permainan.

23

d. Menetapkan pelajar dalam Rumah Sukan. e. Menyediakan anggaran belanjawan tahunan untuk aktiviti dan peralatan. f. Menyelaraskan penyertaan sekolah dalam aktiviti sukan luar sekolah. g. Mengurus dan menjaga keselamatan semua perlatan sukan sekolah. h. Menyimpan dan mengemaskini buku stok dan inventori peralatan sukan. i. Menyediakan peraturan penggunaan peralatan dan kemudahan sukan. j. Menyediakan laporan lengkap tentang semua aktivit sukan sekolah dan luar sekolah untuk edaran, rujukan dan rekod. k. Sentiasa berbincang dengan Pengetua/Penolong Kanan Kokurikulum untuk kepentingan sukan sekolah. l. Merekodkan pencapaian cemerlang pelajar dan pasukan sekolah dalam Buku Rekod Pencapaian Sukan Sekolah. m. Menghadiri kursus dari masa ke masa untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri. Tanggungjawab Penyelaras Persatuan/Kelab/Pasukan Badan Beruniform. a. Mengatur dan menyelia perjalanan persatuan/kelab/pasukan badan beruniform. b. Menyediakan jadual waktu untuk perjumpaan dan mesyuarat. c. Menyelaras semua aktiviti kokurikulum. d. Menyediakan borang kebenaran ibu bapa/penjaga untuk pelajar menyertai persatuan/ kelab/pasukan badan beruniform. e. Menentukan aktiviti, surat-menyurat dan minit mesyuarat difailkan dengan baik. f. Memastikan mesyuarat agung dan pemilihan AJK diadakan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. g. Menguruskan Buku/Kad Kokurikulum - mengagihkan kad kokurikulum kepada guru untuk diedarkan setiap tahun pada tarikh yang ditetapkan. - Mengumpulkan semula daripada guru tingkatan pada akhir tahun untuk simpanan dan dan rekod bilik kokurikulum. h. Menyediakan borang/buku yang diperlukan untuk aktiviti: - Borang penyertaan persatuan - Borang senarai AJK dan ahli

24

- Buku laporan aktiviti i. Mengumpulkan rancangan tahunan dan buku aktiviti untuk edaran,rujukan dan rekod. j. Membuat laporan tahunan keseluruhan tentang aktiviti dan pencapaian kokurikulu sekolah. Tanggungjawab Guru Penasihat / Pemimpin a. Memastikan Mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik Ahli Jawatankuasa. b. Memastikan ada Perlembagaan dan Peraturan. c. Memastikan aktiviti selaras dengan objektif sekolah. d. Memastikan jawatankuasa menjalankan tugas seperti terkandung dalam Perlembagaan. e. Merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar. f. Memastikan aktiviti berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. g. Merancang strategi untuk peningkatan kecemerlangan Pasukan Badan Beruniform/ Kelab Persatuan dan Sukan/Permainan. h. Memastikan pengurusan kewangan dan harta benda/peralatan diurus dengan baik. i. Memastikan Minit Mesyuarat dan Laporan Aktiviti disediakan dan difailkan. j. Mendaftarkan Pasukan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan, Permainan. k. Bertanggungjawab memberi bimbingan dan tunjuk ajar serta galakkan kepada ahli. l. Mengurus penyertaan ahli-ahli dalam kegiatan di peringkat sekolah/zon/daerah dalam lawatan atau projek yang dijalankan. m. Bertanggungjawab mencatat penglibatan dan pencapaian ahli. n. Menandatangani Buku Kehadiran Ahli. o. Menghadiri perjumpaan atau mesyuarat yang berkaitan dengan unit yang diwakili. p. Menentukan Papan Kenyataan digunakan dengan sepenuhnya. q. Memastikan tidak ada unsur subversif tersebar di kalangan ahli. r. Mencadangkan nama ahli yang layak menerima Sijil Penghargaan kepada Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah. s. Bekerjasama dengan pihak sekolah dalam menjayakan sesuatu program. t. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dri semasa ke semasa. Tanggungjawab Guru Kelab Permainan / Rumah Sukan a. Membentuk jawatankuasa.

25

b. Merancang meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan minat pelajar dalam permainan c. Berusaha mendapatkan khidmat nasihat daripada mereka yang pakar. d. Memastikan undang-undang permainan dan perlawanan dipatuhi. e. Memilih dan melatih pasukan sekolah mengikut jadual dan takwim kokurikulum sekolah. f. Menganjurkan perlawanan antara Rumah sukan/kelas/tingkatan/sekolah. g. Menguruskan pengangkutan untuk pasukan sekolah ke pertandingan luar. h. Menguruskan surat kebenaran ibu bapa/penjaga untuk ke pertandingan luar sekolah. i. Melapor dan merekodkan keputusan-keputusan pertandingan yang disertai. j. Menyediakan anggaran perbelanjaan untuk peralatan dan pengurusan. k. Menyemai semangat kesukanan di kalangan pelajar. l. Menentukan peralatan dan kemudahan permainan sentiasa dalam keadaan baik.selamat dan mencukupi untuk digunakan. m. Merancang aktiviti tahunan dengan guru Rumah Sukan. n. Menilai prestasi pasukan sekolah dan mengambil langkah-langkah untuk mempertingkatkan. o. Merekodkan nama pemain-pemain dan pasukan yang cemerlang(johan daerah/negeri wakil daerah/negeri dan negara). p. Menghadiri kursus permainan yang dianjurkan oleh Jabatan Belia.kebudayaan & Sukan; Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Permainan/sukan. q. Tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke masa. KELAB/PERSATUAN Carta Organisasi Jawatankuasa
a. Pengerusi.

b. Naib Pengerusi. c. Setiausaha. d. Penolong Setiausaha. e. Bendahari. f. Penolong Bendahari. g. Ahli Jawatankuasa (5 7 orang).

26

h. Pemilihan dua orang juru audit. Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa 1.Pengerusi a. Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. b. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 2.Naib Pengerusi a. Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. b. Mempengurusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. c. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa 3.Setiausaha a. Menguruskan hal-hal surat menyurat. b. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. c. Mencatat kehadiran ahli d. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 4.Penolong Setiausaha a. Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan tanggungjawabnya. b. Menjalankan tugas Setiausaha sewaktu ketiadaan 5.. Bendahari a. Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan b. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. c. Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.

27

d. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa. d. Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. e. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. 6. Penolong Bendahari a. Menjalankan tugas-tugas Bendahari sewaktu ketiadaannya. 7. Ahli Jawatankuasa a. Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. b. Mempengerusikan biro sekiranya dilantik. c. Menjalankan tugas-tugas lain ynag diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke masa. 8.Pemeriksa Kira-Kira a. Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya. b. Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul. 3.6 Prosedure Pelaksanaan Kertas Kerja. Format Kertas Kerja: Kertas kerja dasar yang lengkap mengandungi maklumat berikut : 1. Nama Persatuan/ Kelab 2. Tujuan : Sila nyatakan dengan ringkas tujuan kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan Pertimbangan Dekan HEP & Alumni bagi kelulusan mengadakan kegiatan. 3. Maklumat aktiviti : a) Pengenalan-latarbelakang program yang hendak dijalankan. b) Objektif-nyatakan dengan ringkas dan padat. c) Justifikasi mengadakan aktiviti.

28

d) Tarikh dan Tempat.-nyatakan dengan jelas dan spesifik. e) Senarai tetamu terhormat dan perasmi(jika ada) f) Senarai penceramah(jika ada)-maklumat lengkap. g) Jenis-jenis program-nyatakan jenis-jenis program yang terlibat dalam penganjuran aktiviti tersebut contohnya riadah,gotong-royong,ceramah dan sebagainya. h) Bilangan peserta.-nyatakan dengan jelas termasuk Insitusi yang menyertai. 4. Aturcara Program/ProgramCcadangan/Pengisian program-nyatakan dengan jelas. 5. Carta Struktur Organisasi. 6. Senarai nama Jawatankuasa Pelaksana. 7. Senarai Tugas Ahli Jawatankuasa. 8. Anggaran Belanjawan.-nyatakan dengan jelas dan terperinci sumber pendapatan dan Perbelanjaan dengan jumlah kos. Anggaran belanjawan hendaklah munasabah. 9. Ulasan penaasihat-yang ditandatangani sendiri oleh Penasihat beserta cop jawatan. 10. Surat sokongan agensi/korporat(jika ada)] 11. Penutup. 3.7 Buku Log Mingguan. 1) Aktiviti : Mesyuarat Agung, pembahagiaan kumpulan. 2) Tarikh : 31/12/2009 3) Tempat : Dewan Rahman Talib 4) Peranan : Pelajar. 5) Masa : 5.00-7.00 ptg ( 2 jam) 6) Gaya Latihan : Komunikasi, hormat-menghormati,mendengar,memahami,tolak-ansur, dan memberi pendapat. 7) Perincian aktiviti : Pensyarah, Pn Arne Suzila memeberi taklimat mengenai kursus ini dan membahagikan kami kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan mengadakan mesyuarat agung. 8) Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan :

29

Pada 31/12/2009, saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum buat kali yang pertama. Kuliah bermula pada jam 5.00 petang bertempat di dewan Rahman Talib. Semasa saya tiba semua pelajar sudah memenuhi dewan tersebut, 10 minit kemudian pensyarah yang mengendalikan kursus ini pun tiba dan memperkenalkan diri sebagai Pn. Arne Suzila. Kemudian beliau memulakan kuliah dengan memberikan taklimat serba sedikit mengenai kursus ini. Kursus ini dihadiri oleh lebih kurang 250 orang pelajar ,yang kebanyakkannya pelajar-pelajar semeater 2 ambilan 2009/2010. Selepas itu Pn Arne membahagikan kami kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 50 orang pelajar. Setiap kumpulan akan menjalankan satu aktiviti yang berkaitan dengan kokurikum seperti badan beruniform.kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Saya telah memasuki kumpulan yang ketiga. Kumpulan kami telah mendapat tugasan dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan kelab dan hobi.Kami begitu teruja dan tidak sabar untuk menganjurkan aktiviti yang bersesuaian dengan tema tersebut. Selepas semua pembahagian kumpulan selesai kami dibenarkan berada dalam kumpulan masing-masing untuk mengadakan mesyuarat agung bagi memilih ahli jawatankuasa tertinggi. Kumpulan kami telah mengadakan mesyuarat agung buat kali yang pertama dengan diketuai oleh salah seorang ahli kumpulan kami iaitu Azuita Bt Zoolkifle.Daripada sini saya dapat mempelajari kita perlulah berani untuk tampil kehadapan dan bekerjasama dengan ahli kumpulan ynag lain dengan adil dan saksama. Kemudian undian pun dijalankan untuk memilih pengerusi,naib pengerusi,setiausaha,naib setiausaha,bendahari, naib bendahari dan ajk-ajk lain. Pemilihan ajk-ajk tertinggi dijalankan dengan mengambil kira pandangan serta pendapat dari semua pihak. Selepas semua ajk dipilih seterusnya kami membincangkan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema yang kami perolehi. Beberapa aktiviti telah dicadangkan oleh ahli kumpulan kami. Masing-masing memberikan pendapat yang bernas dan bekerjasama antara satu sama lain. Antara cadangan yang diutarakan ialah pameran hobi.pertandingan fasion dan sebagainya. Selepas semuanya selesai satu kata putus telah dicapai, iaitu kumpulan kami akan mengadakan Malam Citrawarna 1 Malaysia. Pengisian aktiviti bagi malm tersebut akan dibincangkan pada pertemuan yang seterusnya. Mesyuarat kami tamat pada jam 7.00 petang. Kemudian kami bersuarai dan dibenarkan pulang.

30

1) Aktiviti : Kuliah pengurusan kokurikulum daripada Pn Arne dan perjumpaan ahli kumpulan. 2) Tarikh : 7/1/2010 3) Tempat : Dewan Rahman Talib. 4) Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3 5) Masa : 5.00-7.00 petang.(2 jam) memberi pendapat, serta bekerjasama. 7) Perincian aktiviti : Pn Arne memberikan sedikit kuliah mengenai pengurusan dan pengelolaan kokurikulum. Perjumpaan ahli kumpulan 3. 8) Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 7/1/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum buat kali yang kedua. Kuliah bermula pada jam 5.00 petang bertempat di dewan Rahman Talib. Sepuluh minit kemudian pensyarah kami iaitu Pn Arne masuk dan memulakan kuliah. Kuliah pada hari ini membincangkan pengurusan dan pengelolaan kokurikulum. Melalui kuliah ini saya mengetahui maksud kokurikulum,sejarah aktiviti kokurikulum dan konsep perlaksanaannya. Selain daripada itu kuliah ini turut membincangkan tentang matlamatmatlamat diadakan aktiviti kokurikulum ini. Antaranya meningkatkan disiplin pelajar, menyemai perasaan muhibbah,pengisian masa yang berfaedah,memupuk dan menanam aspek kepimpinan dalam diri pelajar-pelajar dan sebagainya. Dalam pada itu kuliah ini turut mengenengahkan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan di sekolah-sekolah, antaranya kawad kaki,perkhemahan,gotong-royong, perbahasan dan lain-lain. Selain itu kami turut didedahkan dengan jenis-jenis mesyuarat yang biasa dijalankan antaranya mesyuarat jawatankuasa,mesyuarat agung, mesyuarat khas dan sebagainya. Peranan dan tanggungjawab ajk, agenda mesyuarat, senarai semak tatacara dan pengendalian, minit mesyuarat dan bonus tindakan susulan. Pada akhir kuliah Pn Arne 6) Gaya latihan : Hormat-menghormati, komunikasi, bertolak-ansur,mendengar dan

31

memberi sedikit penerangan mengenai cara-cara untuk menyediakan buku log individu bagi kursus pengurusan kokurikulum ini. Selepas kuliah tamat, kami dibenarkan berada dalam kumpulan masing-masing untuk membincangkan perjalanan aktiviti kumpulan kami. Pada perjumpaan kali ini kami telah memilih ajk keselamatan,protokol,publisiti,makanan dan lain-lain. Selain itu kami turut membincangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada malam tersebut. Kemdian setiausaha mencatat minit mesyuarat dan kata putus dari semua ahli dicapai. Kedatangan turut diambil. Perjumpaan tamat pada jam 7.00 petang. Semua ahli bersurai dan dibenarkan pulang. 1) Aktiviti :Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3 2) Tarihk : 14/1/2010 3) Tempat : Dewan Rahman Talib. 4) Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3. 5) Masa : 5.00-7.00 petang.(2 jam) 6) Gaya latihan : Bertolak-ansur,hormat-menghormati,mendengar dan memberi pendapat bekerjasama. 7) Perincian aktiviti : Pn. Arne memberikan kuliah mengenai penubuhan Kelab dan Persatuan serta perjumpaan ahli kumpulan 3. 8) Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 14/1/2010 saya menghadiri kursus pengurusan kokurikulum bagi kali yang ketiga. Bertempat di Dewan Rahman Talib dan dihadiri oleh 250 orang pelajar. Kuliah bermula pada jam 5.00 petang, sepuluh minit kemudian pensyarah kami masuk dan beliau memulakan kuliah. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang penubuhan kelab dan persatuan. Definisi kelab ialah perkumpulan yang berasaskan sesuatu aktiviti utama yang tertentu dan dianggotai oleh individu-individu yang mempunyai minat, kegemaran, kerjaya atau latarbelakang yang sama. Persatuan pula bermaksud perkumpulan atau gabungan individu yang mempunyai matlamat yang sama. Selain itu kuliah ini turut membincangkan keanggotaan kelab dan persatuan, kategori dan peraturan serta undang-undang dalam

32

penubuhan kelab dan persatuan. Antara peraturannya ialah pengetua meluluskan penubuhan tersebut, permohonan hendaklah dimajukan dan sebagainya. Dalam pada itu didalam kuliah ini kami turut mempelajari kaedah-kaedah penubuhan kelab dan persatuan. Antara kaedahnya ialah menubuhkan jawatankuasa penaja, mengemukakan surat pemohonan, mengadakan mesyuarat agung selepas mendapat kelulusan, memajukan surat pengesahan penubuhan, mendaftar ahli dan sebagainya..kemudian kuliah tamat dan kami dibenarkan berada dalam kumpulan masingmasing. Dalam perjumpaan kali ini pengerusi membentangkan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan. Perjumpaan ini turut melantik ajk-ajk bawahan bagi membantu ajk atasan menjalankan tugas. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugas masing-masing dan ditempat dibawah salah satu biro. Saya telah ditempatkan di bawah ajk keselamatan. Pembahagian tugas ini dilakukan dengan adil dan mendapat persetujui daripada semua ahli. Semua ahli memberikan kerjasama yang baik. Perjumpaan tamat pada jam 7.00 petang. Semua ahli bersurai dan dibenarkan pulang. 1) Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan kumpulan 3 2) Tarikh : 21/1/2010 3) Tempat : Dewan Rahman Talib 4) Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3. 5) Masa : 5.00-7.00 petang.(2 jam) 6) Gaya latihan : Mendengar dan memberi pendapat, bertolak- ansur,membuat keputusan, Bekerjasama dan komunikasi. 7) Perincian aktiviti : Pn Arne memberi sedikit kuliah mengenai perlaksanaan aktiviti Kokurikulum. Ahli kumpulan 3 mengadakan perjumpaan. 8) Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 21/1/2010 saya menghadiri kursus pengurusan kokurikulum. Bermula pada jam 5.00 petang dan bertempat di dewan Rahman Talib seramai 250 orang pelajar menghadiri kursus tersebut. Pada jam 5.15 petang Pn Arne selaku pensyarah kursus ini masuk dan memberi kuliah mengenai perlaksanaan aktiviti kokurikulum. Di dalam kuliah

33

ini membincangkan peraturan pendidikan kokurikulum kebangsaan 1977. Selain itu ciriciri penting kokurikulum seperti dirancang, lanjutan proses pengajaran dan pembelajaran serta memberi peluang untuk memantap dan memperkaya pengetahuan kemahiran dan nilai-nilai murni. Kuliah ini turut membincangkan tentang sub-sub peraturan. Pn Arne turut menyentuh tentang strategi perlaksanaan kokurikulum. Antaranya ialah menetapkan matlamat dan objektif,menetapkan aktiviti yang jelas dan menarik, menyediakan sumber kepakaran yang sesuai dan mencukupi , sediakan prasaranan dan lokasi yang sesuai, menyediakan pegawai yang cekap dan mencukupi, mewujudkan eleman penghargaan dan pengiktirafan, membina rangkaian kerjasama dan sebagainya. Terdapat tiga peringkat dalam perlaksanaan kokurikulum iaitu praperlaksanaan, perlaksanaan dan pascaperlaksanaan. Dalam praperlaksanaan terdapat kepegawaian, kemudahan asas dan peralatan, pendokumentasian serta perlaksanaan. Di dalam perlaksanaan terdapat pendaftaran pegawai dan peserta , taklimat dan sebagainya.Pascaperlaksanaan pula terdapat penilaian, pengurusan, pendokumentasian dan sebagainya. Selepas kuliah tamat kami dibenarkan berada dalam kumpulan masing-masing. Dalam perjumpaan kali ini kami membincangkan tarikh dan masa yang sesuai untuk menjalankan aktiviti kumpulan kami. Selain itu , setiap ahli kumpulan menjalankan tugas masing-masing. Ajk atasan memberikan taklimat kepada ajk bawahan mengenai bidang tugas masing-masing. Semua ahli mendengar dengan teliti. Pada jam 7.00 petang kami bersurai dan dibenarkan pulang. 1) Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3. 2) Tarikh :28/1/2010. 3) Tempat :Dewan Rahman Talib. 4) Perana :Pelajar Dan ahli kumpulan 3. 5) Masa :5.00-7.00 petang.(2 jam) 6) Gaya Latihan :Hormat-menghormati,mendengar dan memberi pendapat,bertolak Ansur dan komunikasi. 7) Perincian Aktiviti :Pn.Arni memberi kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3. 8) Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan :

34

Pada 28/1/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulam. Bermula jam 5 petang bertempat di dewan Rahman Talib seramai 250 orang pelajar menghadiri kursus tersebut .Pada jam 5.20 petang Pn.Arni memulakan kuliah. Kuliah pada minggu ini membincangkan tentang peranan dan tanggungjawab jawatankuasa pegurusan kokurikulum sekolah. Terdapat beberapa jawatankuasa dalam pegurusan kokurikulum. Antaranya pengerusi, timbalan pengerusi, setiausaha, penolong setiausaha, bendahari, penolong bendahari, dan ahli jawatankuasa lain. Antara tugas pengerusi ialah mempengerusikan semua mesyuarat, meneliti catatan minit mesyuarat dan tugas-tugas lain. Timbalan pengerusi berperanan membantu pengerusi menjalankan tugas yang diberikan dan mengantikan pengerusi sekira ketiadaannya. Setiausaha pula bertanggungjawab dalam menguruskan surat-menyurat, mencatat minit mesyuarat, mencatat kehadiran ahli dan menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Bagi penolong setiausaha beliau bertanggungjawab dalam segala tugas yang di pertanggungjawabkan dan mengantikan setiausaha jika ketiadaannya. Tugas bendahari pula berperanan dalam urusan kewangan persatuan, menbuat dan menyimpan kira- kira, melaporkan kewangan terkini dan menyediakan loporan kewangan untuk di audit dan di bentangkan. Penolong bendahari mengantikan bendahari ketika ketiadaannya. Tugas ahli jawatankuasa pula ialah membantu melaksanakan segala tugas dalam aktiviti kokurikulum dan mengetuai sesuatu biro sekiranya di lantik. Semua jawatankuasa menjalankan tugastugas lain dari guru penasihat dari semasa ke semasa. Selain itu, kami turut membincangkan tentang pentadbiran dan pengurusan kokurikulum bagi tugas setiausaha. Kami turut mempelajari jenis surat-menyurat. Terdapat elemen yang perlu di titik beratkan dalam menulis surat seperti logo, cara mengarang surat, tindakan penerimaan surat dan menfailkan surat. Pengurusetia turut bertugas sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum. Selepas kuliah tamat kami di benarkan berada dalam kumpulan masing-masing. kumpulan kami membincangkan tentang aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan pada malam citrawarna 1 Malaysia. Setiausaha mencatat minit mesyuarat dan mengambil kedatangan ahli. Ahli jawatankuasa bawahan diberitahu tugas masing- masing. Pada jam 7 petang mesyuarat tamat dan kami dibenarkan bersurai.

35

1) Aktiviti : Kuliah . 2) Tarikh : 4/2/2010 3) Tempat : Dewan Rahman Talib. 4) Peranan : Pelajar dan ahli kumpulan 3. 5) Masa : 5.00-7.00 petang.(2 jam) 6) Gaya latihan : Komunukasi,hormat menghormati,mendengar dan memahami. 7) Perincian aktiviti : Pn Arne memberikan kuliah mengenai surat-menyurat dan fail. 8) Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 4/2/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum bertempat di Dewan Rahman Talib. Seramai 250 orang pelajar menghadiri kursus tersebut. Bermula jam 5 petang kuliah pun bermula. Kuliah bermula apabila Pn Arne membincangkan tentang peranan setiausaha sebagai nadi penggerak kepada sesebuah organisasi. Melalui kuliah ini saya mengetahui bahawa pengurusan pejabat diuruskan melalui rekod bertulis dan suratmenyurat. Segala bentuk urusan hendaklah mempunyai hitam dan putih. Pn Arne turut menyentuh tentang pengurusan surat-menyurat. Antaranya penerimaan surat iaitu melayani surat-surat yang diterima dan memeriksa surat-surat masuk. Merekod surat-surat yang masuk, dan minit fail. Selain itu pensyarah kami turut menjelaskan cara-cara menulis surat rasmi yang betul. Kami turut diajar cara-cara untuk mengirim surat ke jabatan lain, orang ramai, dan sebagainya.Dalam pada itu terdapat juga sistem fail iaitu sebahagian daripada pengurusan rekod yang melibatkan urusan penyusunan dan menyimpan mengikut klasifikasi rekod supaya mudah dikesan dan diperolehi dengan cepat apabila dikehendaki. Sistem fail yang baik mempunyai kepadatan,fleksibiliti, ekonomi, lokasi rujukan silang dan sebagainya. Kegunaan rekod adalah sebagai bahan sejarah, bukti, rujukan dan penyelidikan. Kami turut diberitahu tentang cara-cara untuk menguruskan rekod, memelihara rekod, serta menjaga dan menyimpan rekod. Selepas tamat kuliah Pn Arne memberi peluang kepada setiap ketua kumpulan untuk membentang aktiviti yang akan mereka jalankan. Setiap ketua kumpulan tampil dan

36

memberikan penerangan mengenai aktiviti mereka. Kuliah tamat pada jam 7 petang dan bersurai. Kemudian kami dibenarkan pulang. 1.Aktiviti : Kuliah dan perjumpaan ahli kumpulan 3. 2. Tarikh : 25/2/2010 3. Tempat : Dewan Rahman Talib. 4. Masa : 5-7 petang (2jam) 5. Peranan : Pelajar ahli kumpulan 3 6. Gaya Latihan : Komunikasi, kerjasama berpasukan,hormat menghormati,tolak Ansur.mendengar dan memahami. 7. Perincian Aktiviti : Puan Arne memberikan sedikit kuliah yang berkaitan dengan pengiraan 10 peratus markah murid dalam aktiviti kokurikulum. Perjumpaan ahli-ahli kumpulan 3. 8.Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan : Pada 25/2/2010 saya telah menghadiri kursus pengurusan kokurikulum yang ketujuh. Perjumpaan tersebut telah diadakan di Dewan Rahman Talib. Seramai 250 orang pelajar menghadiri kursus tersebut. Kuliah bermula apabila Pn.Arne selaku pensyarah kami masuk. Sekitar jam 5.15 petang kuliah pun bermula. Kuliah pada hari ini membincangkan tentang pemarkahan 10 peratus murid-murid di dalam aktiviti kokurikulum. Kegiatan kokurikulum merangkumi aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan, serta sukan dan permainan. Semuan aktiviti kokurikulum dijalankan di luar bilik darjah. Kepentingan aktiviti ini adalah setara dengan kepentingan di dalam bilik darjah kerana peranannya sebagai pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu melalui kuliah ini turut dijelaskan tentang rasional perlaksanaan pemarkahan ini. Antaranya ialah merangsang murid-murid bergiat lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum, semua murid mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi markah kerana penilaian yang dibuat adalah setara dan murid-murid yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi, dengan penglibatan aktiviti kokurikulum yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum boleh dijadikan sandaran untuk mencapai cita-

37

cita mereka. Di dalam kuliah ini Pn Arne turut menunujukkan cara untuk mengira markah murid-murid. Beberapa pengiraan telah ditunjukkan dan diajar. Selepas Pn Arne menamatkan kuliahnya beliau membenarkan kami berada di dalam kumpulan masing-masing. Kumpulan kami membincangkan tentang aktiviti yang akan diadakan pada 6/3/2010. Ketua setiap biro mengingatkan dan mengarahkan anak-anak buahnya menjalankan tanggungjawab yang teLah diberikan. Selain itu kumpulan kami turut mengutip yuran. Setiap seorang ahli kumpulan kami dikehendaki membayar sebanyak RM10. Wang ini akan digunakan sepenuhnya dalam aktiviti yang akan dijalankan nanti. Pada jam 7 petang perjumpaan kumpulan kami pun berakhir. Kami dibenarkan pulang dan bersurai. 1.Aktiviti : Sukaneka anjuran kumpulan 4. 2.Tarikh : 28/2/2010 3.Tempat : Padang, depan pusat pengurusan kokurikulum. 4. Peranan : Peserta. 5. Tempoh : 8.00pagi-12.00 tengah hari 6. Gaya Latihan : Memberikan kerjasama,komunikasi,bertolak-ansur,hormat menghormati, sabar, dan tolong-menolong. 7. Perincian aktiviti : Kumpulan 4 menganjurkan aktiviti sukaneka selaku Kelab sukan dan rekreasi. 8. .Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan. Pada 28/2/2010 saya telah menyertai aktiviti sukaneka yang dianjurkan oleh kumpulan 4 selaku kelab sukan dan rekreasi. Aktiviti tersebut telah dijalankan di padang hadapan pusat kokurikulum. Aktiviti ini mensasarkan pelajar-pelajar kursus pengurusan kokurikulum di bawah bimbingan Pn Arne. Seramai lebih kurang 100 lebih orang pelajar menyertai aktiviti ini.Aktiviti bermula pada jam 8.30 pagi setelah semua urusan penyediaan selesai.Saya serta rakan-rakan kumpulan 3 yang lain telah hadir seawal jam 8.00 pagi. Melalui kehadiran ahli-ahli daripada kumpulan lain dapat saya simpulkan mereka turut memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini.

38

Aktiviti pada pagi sabtu tersebut telah dimulakan dengan bacaan doa daripada salah seorang wakil pelajar.Selepas tamat kami dikehendaki membuat sedikit senaman aerobik bagi aktiviti pemanasan badan. Kemudian setelah selesai aktiviti pun bermula. Terdapat beberapa aktiviti sukaneka yang dianjurkan antaranya tarik tali,rebut kerusi,berkorban apa sahaja, cari gula dalam tepung,C4 boom,belon air dan bayak lagi. Saya telah menyertai aktiviti C4 boom bersama rakan-rakan yang lain.Aktiviti ini menghendaki kami mengambil sebiji bola tanpa menggunakan tangan sebaliknya dengan menggunakan tali. Kami berasa sangat seronok dengan aktiviti ini kera ianya benar-benar menguji minda dan memerlukan persefahaman kumpulan yang tinggi. Setiap ahli kumpulan perlu memberikan kerjasama. Kami telah mendapat tempat ketiga dalam aktiviti ini. Aktiviti diteruskan dengan sukaneka yang lain. Para peserta kelihatan begitu bersemangat dan memberikan komitmen ynag terbaik walaupun terpaksa berpanas.Masingmasing bertolak-ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sekitar jam 12.00 tengah hari semua aktiviti telah tamat. Kami dikehendaki berkumpul untuk acara penyerahan hadiah kepada peserta- peserta yang menang. Pn Arne selaku pensyarah kami menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Kemuadian beliau merasmikan majlis penutup bagi aktiviti sukaneka ini. Secara keseluruhannya kumpulan kami iaitu kumpulan 3 telah mendapat tempat yang kedua di antara 4 kumpulan yang lain. Kami juga telah memenangi kumpulan sorak yang paling bersemangat antara kumpulan-kumpulan yang lain. Pada jam 12.30 tengah hari aktiviti tamat dan kami semua dibenarkan pulang. Saya berasa sangat seronok dan rasa bertuah kerana dapat menyertai aktiviti sebegini. Harap pada masa akan datang aktiviti ini dapat dijalankan lagi. 1.Aktiviti : Malam Citrawarna 1 Malaysia. 2. Tarikh : 6/3/2010 3. Tempat : Dewan Rahman Talib 4.Peranan : AJK Keselamatan 5. Masa : 8.00pm-11.00pm(3 jam) 6.Gaya latihan : Kerjasama berpasukan,bertolak-ansur,hormat-menghormati,tolong menolong, tidak mementingkan diri sendiri,berfikiran positif dan

39

memberikan sokongan. 7. Perincian aktiviti : Malam Citrawarna 1 Malaysia mempamerkan pakaian-pakaian pelbagai etnik di Malaysia. Turut menayangkan montaj yang berkaitan dengan 1 Malaysia dan mengadakan pertandingan fesyen antara kumpulan. 8. .Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan. Pada 6/3/2010 kumpulan kami iaitu kumpulan 3 telah menganjurkan satu aktiviti yang berkaitan dengan kebudayaan. Aktiviti tersebut telah diberi nama Malam Citrawarna 1 Malaysia. Bertempat di Dewan Rahman Talib hari sabtu, semua pelajar-pelajar kursus pengurusan kokurikulum kumpulan F,para instruktor dan pensyarah yang mengajar kami dijemput hadir. Majlis tersebut telah diadakan bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada jam 11.00 malam. Selaku kumpulan yang menganjurkan aktiviti ini, seawal jam 2.00 petang ahli-ahli kumpulaan kami telah berkumpulan di dewan Rahman Talib bagi membuat persediaan untuk majlis yang akan dijalankan pada malam tersebut. Selaku ajk keselamatan saya bertanggungjawab dalam memastikan setiap orang dan peralatan yang digunakan berada dalam keadaan selamat. Saya juga telah dipertanggungjawabkan untuk menyediakn pameran baju-baju tradisional yang telah dipinjam daripada pusat kokurikulum. Beberapa orang ajk lain telah sama-sama memberikan kerjasama dalam menyiapkan pameran tersebut. Ajk-ajk lain pula sibuk menyiapkan tugasan masing-masing. Ada di antara mereka yang meyedikan persiapan tempat, pentas,teknikal dan sebagainya. Semua ahli kumpulan kami memberikan kerjasama yang tidak terhingga.Setelah semua persiapan tempat selesai kami dibenarkan pulang untuk mempersiapkan diri untuk malam ini. Pengerusi kumpulan kami bertanggungjawab dalam menjaga segala persiapan yang telah dibuat. Pada jam 8.00 malam, saya selaku ajk keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikn pendaftaran pada malam tersebut bersama beberapa ajk yang lain. Pendaftaran telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Tidak lama selepas itu dalam jam 8.20 malam, Pn Arne selaku pensyarah kumpulan kami hadir bersama suami beliau dan diiringi oleh para instruktor. Kedatangan mereka disambut dengan penuh hormat

40

dan meriah oleh para hadirin. Kemudian majlis dimulakan dengan kata-kata aluan oleh pengerusi majlis. Selepas itu bacaan doa oleh wakil pelajar. Setelah itu ucapan pengerusi program dan ucapan daripada Pn Arne bagi merasmikan majlis pada malam tersebut. Majlis bermula dengan tayangan montaj yang telah disediakan oleh oleh ahli kumpulan kami.Setelah tayangan motaj tamat, persembahan yang dinanti-nantikan oleh setiap hadirin dimulakan iaitu pertandingan fesyen antara kumpulan 1,2,4, dan 5. Pertunjukan fesyen yang diadakan mendapat sambutan yang hangat daripada para hadirin. Di dalam pertandingan ini setiap kumpulan dikehendaki menggayakan pakaian tradisional masingmasing . Setiap kumpulan menunjukkan kehebatan masing-masing. Di akhir persembahan setiap kumpulan diajukan dengan beberapa soalan yang berkaitan dengan 1 Malaysia. Selepas dua kumpulan selesai membuat persembahan majlis diteruskan dengan tayangan montaj yang kedua. Para hadirin memberikan tepukan yang gemuruh dengan tayangan tersebut. Majlis diteruskan dengan persembahan daripada kumpulan yang seterusnya.Setelah tamat para hadirin disajikan dengan persembahan nyanyian daripada ahli kumpulan tinggi bagi menggantikan persembahan dikir barat yang tidak dapat menghadirkan diri. Dalam pada itu sementara menunggu persembahan tamat para juri sibuk mengira markah. Kemudian persembahan pun tamat,acara seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pn Arne telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Selepas itu para hadirin dijemput untuk menikmati sedikit kudapan daripada pihak penganjur. Sekitar jam 11.00 majlis pun tamat. Para hadirin dibenarkan pulang. Kumpulan kami dikehendaki tunggu sebentar untuk mengemas kembali dewan tersebut. Tidak sampai setengah jam segalannya selesai. Kemudian kami bergambar beramai-ramai untuk dijadikan kenangan.Kami berasa sungguh seronok dan berharap agar aktiviti sebegini dapat diadakan lagi. 1. Aktiviti : Eksplores. 2. Tarikh : 7/3/2010 3. Tempat : Kampus Sultan Abdul Jalil Syah. 4.Peranan : Peserta 5. Tempoh : 3jam. 6. Gaya Latihan : Semangat berpasukan, tolong-menolong,sabar,berani, ketahanan fizikal

41

hormat-menghormati dan ketabahan, 7. Perincian aktiviti : Salah satu kumpulan pengurusan kokurikulum menjalankan aktiviti eksplores di kampus. 8. . Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan Pada 7/3/2010 salah satu kumpulan pengurusan kokurikulum kami telah menganjurkan aktiviti eksplores. Aktiviti tersebut terbuka kepada semua pelajar kumpulan F kursus pengurusan kokurikulum. Aktiviti tersebut telah diadakan di kampus Sultan Abdul Jalil Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bemula jam 8.00 pagi semua peserta diminta mendaftar ditempat yang disediakan. Selepas pendaftaran selesai kami diberi sedikit sarapan pagi. Kemudian kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Aktiviti bermula lebih kurang jam 9.30 pagi selepas kami melakukan senamrobik Semasa aktiviti kami dikehendaki bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan. Kami perlu melalui beberapa checkpoint yang telah ditetapkan berdasarkan klu yang telah diberikan. Ahli kumpulan kami memberikan kerjasama dan bantu membantu antara satu dengan yang lain. Semasa aktiviti ini saya dapat mempelajari erti sebenar semangat berpasukan. Selain itu setiap ahli kumpulan menyumbang idea dan pendapat dalam menyelesaikan masalah. Aktiviti ini mengambil masa lebih kurang satu jam setengah. Pada jam 11.00 pagi aktiviti pun tamat. Semua peserta diminta berkumpul untuk acara penyampaian hadiah dan acara penutup. Pada jam 11.15 pagi, Pn Arne selaku pensyarah kami pun tiba. Beliau memberikan sedikit ucapan,kemudian menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Kumpulan kami telah mendapat tempat ketiga dan kami berasa sangat gembira dan seronok. Saya berharap agar aktiviti sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa akn datang. Pada jam 12.00 tengah hari semuanya selesai dan kami dibenarkan pulang. 1. Aktiviti : Eksplorasi Alam. 2. Tarikh : 14/3/2010 3. Tempat : Proton City. 4. Peranan : Peserta. 5. Tempoh : 3 jam

42

6. Gaya Latihan : Kerjasama berpasukan,hormat-menghormati,tolong-menolong, Sabar, semangat berpasukan,dan keberanian. 7. Perincian aktiviti : Kumpulan 2 menganjurkan pertandingan explorace di Proton City melibatkan peserta-peserta daripada kumpulan 1,3,4, dan 5. 8. Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan. Pada 14/3/2010,saya telah mengikuti program yang telah dianjurkan oleh kumpulan 2 bagi kursus pengurusan kokurikulum. Kumpulan 2 telah menganjurkan program explorasi alam. Bertempat di Proton City, bermula jam 7.30 pagi saya dan semua peserta yang menginap di Kolej Harunaminurrashid dikehendaki berkumpul di depan tempat menunggu bas untuk bertolak ke proton city. Selepas semua peserta mendaftarkan diri, dalam jam 8.00 pagi kami pun bertolak ke sana. Perjalanan kami hanya mengambil masa 20 minit. Setibanya kami di sana ahli kumpulan 2 menyediakan persiapan tempat, dan kami para peserta dikehendaki mendaftar sekali lagi. Setelah semuanya siap kami dibahagikan kepada 5 kumpulan. Pertandingan bermula pada jam 9.30 pagi,tetapi sebelum pertandingan bermula kami telah mengadakan sedikit senaman untuk memanaskan badan dan senaman aerobik. Selepas tamat, aktiviti pun bermula. Pertandingan ini memerlukan kerjasama berpasukan yang tinggi. Setiap kumpulan terdiri daripada 7 hingga 8 orang. Pertandingan explores ini memerlukan setiap kumpulan melalui 5 checkpoint. Setiap checkpoint terdapat halangan yang perlu ditempuh oleh setiap kumpulan. Antaranya ialah memakan peria,menyanyi,menyapu tepung ke muka dan sebagainya. Kami satu kumpulan berasa sangat seronok dengan halangan yang terpaksa dihadapi,hal ini kerana melaluinya kami dapat merapatkan dan meningkatkan hubungan silaturrahim.Pertandingan mengambil masa lebih kurang selama satu jam. Pada jam 11.00 pagi semua kumpulan telah berjaya menamatkan explorasi masingmasing. Saya berasa sangat kagum dengan pemandangan di tempat tersebut sepanjang melakukan aktiviti tersebut. Pemandangan di situ sangat cantik dan mempesonakan. Pada jam 11.10 pagi Pn Arne selaku pensyarah kursus pengurusan kokurikulum kami pun tiba. Kemudian acara perasmian pun bermula, acara dimulakan dengan ucapan daripada ketua

43

kumpulan 2 dan disusuli dengan ucapan dari Pn Arne. Beliau merasmikan program tersebut. Selepas itu acara penyampaian hadiah pun bermula. Kumpulan kami telah mendapat tempat yang ketiga. Kami berasa sangat gembira dengan kejayaan tersebut kerana ianya diperolehi daripada semangat berpasukan yang telah kami semua tunjukkan. Selepas itu kami pun menjamu selera dengan makanan yang telah disediakan. Pada jam 12.30 tengah hari baspun tiba untuk menjemput kami pulang. Kami berharap agar aktiviti sebegini dapat dijalankan dan diadakan lagi pada masa akan datang. 1.Aktiviti : Program Riadah Upsi. 2. Tarikh : 28/3/2010. 3. Tempat : Padang upsi. 4. Peranan : Peserta. 5. Tempoh : 3 jam. 6. Gaya Latihan : Kerjasama berpasukan,tolong menolong,hormat menghormati, dan keberanian 7.Perincian aktiviti : Kumpulan 4 menganjurkan program riadah upsi bertempat di Padang upsi.Beberapa aktiviti sukaneka telah diadakan. 8. . Ringkasan pengalaman semasa aktiviti dan pengetahuan yang diperolehi serta gaya yang dipraktikan. Pada 28/3/2010 saya serta ahli kumpulan 3 yang lain telah menghadiri program yang telah dianjurkan oleh kumpulan 4. Program tersebut telah diadakan di padang upsi bermula pada jam 8.00 pagi Semasa saya sampai ditempat aktiviti kami telah diminta untuk mendaftarkan diri dimeja pendaftaran. Setelah semua mendaftar dan persiapan tempat untuk aktiviti siap,kami diminta berkumpul untuk melakukan sedikit senaman ringan. Kemudian kami diminta berjogging disekitar kampus upsi.Larian tersebut mengambil masa 15 minit sahaja. Setelah semua peserta sampai kami diminta untuk berkumpul dan melakukan sedikit senaman untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini. Selepas itu kami diberi sedikit sarapan pagi sebelum memulakan aktiviti. Pada jam 9.30 pagi aktiviti sukaneka pun bermula. Terdapat beberapa acara yang telah dipertandingkan antaranya ialah cari gula dalam tepung,kereta api tanjung malim,si buta, menjaga barang berharga dan banyak lagi. Saya telah memasuki acara si buta dan

44

kereta api tanjung malim. Dalam aktiviti ini saya dapat mempelajari erti kerjasama berpasukan dan semangat berpasukan. Selain itu sebelum memulakan aktiviti kita juga perlu memasang strategi.Saya berasa sangat seronok dan dapat memperolahi banyak pengalaman baru melalui aktiviti ini. Pada jam 11.00 pagi semua aktiviti berakhir. Kami diminta berkumpul untuk majlis penutup riadah upsi.Pn Arne selaku pensyarah kursus pengurusan kokurikulum kami menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan majlis penutup program tersebut. Selepas itu acara penyampaian hadiah pun berlangsung. Kumpulan kami iaitu kumpulan3 telah mendapat tempat yang ketiga. Saya berasa sangat gembira dan berharap dapat menyertai aktiviti sebegini lagi. 3.8 Penutup. Secara kesimpulannya, aktiviti kokurikulum merupakan satu aktiviti yang sangat berfaedah. Melalui aktiviti ini pelbagai pengalaman yang dapat kita perolehi. Disamping itu kita juga dapat mempelajari teknik-teknik permainan yang betul. Melalui kelab dan persatuan pula kita dapat mengetahui keunikan pelbagai budaya di Malaysia. Dalam pada itu aktiviti kokurikulum ini juga merupakan satu cara untuk pelajarpelajar mengenali antara satu sama lain dan mempereratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka. Hubungan yang baik penting bagi melahirkan sebuah masyarakat yang bekerjasama,bantu-membantu,hormat-menghormati,bertolak-ansur dan semua nilai positif yang lain. Masyarakat yang bersatu-padu akan melahirkan sebuah negara yang cemerlang,gemilang dan terbilang di mata dunia. Akhir kata aktiviti kokurikulum ini sememangnya satu aktiviti yang harus diteruskan dan dipertingkatkan lagi. Semua pelajar yang mengambil bidang pendidikan wajib mengikuti kursus ini bagi mempersiapkan diri mereka dan mengumpul sebanyak mungkin pengalaman untuk mereka gunakan pada masa akan datang lagi. 3.9 Rujukan. 1. Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. 2. Panduan Penilaian Aktiviti Kokurikulum Sekolah Menengah.

45

3.10 LAMPIRAN

46

You might also like