You are on page 1of 15

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

Semester :

JANUARI 2012


HBQE1103
ULUM AL-QURAN


E-MAIL : rafedahmohamad@oum.edu.my




HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
2

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan 3
1.1 Takrif ayat muhkam dan ayat mutasyabih 3
1.2 Tafsir Surah Ali imran ayat 7 4
2.0 Ayat mutasyabih 6
2.1 Metodologi Salafi 6
2.2 Metodologi Khalafi 8
2.3 Kaedah Rasulullah mentafsir ayat mutasyabih 9
3.0 Ayat Mutasyabih Tentang Akidah Ketuhanan :
Perbandingan dan persamaan 10
4.0 Kesimpulan 12

Bibliografi 14













HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
3

1.0 PENGENALAN

Al-Quran ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad melalui malaikat
Jibrail a.s dari Luh Mahfudz. Al-Quran mempunyai 114 surah bermula dengan surah Al-Fatihah
dan diakhiri dengan surah An-Nas. Al-Quran merupakan kitab yang syumul sifatnya, yang
ditanzilkan oleh Allah Taala yang Maha Mengetahui akan kehendak serta keperluan manusia.
Sebelum Al-Quran diturunkan, hidup manusia dalam kesesatan mengikut hawa nafsu dan
menyekutukan Allah. Selepas Al-Quran diturunkan, manusia terpandu dengan kebenaran dan
bertuhankan Allah yang Esa serta menjadi rahmat kepada kehidupan dan tamadun manusia.
Sungguhpun kitab samawi yang Allah turunkan sebelum al-Quran menjadi panduan umat
terdahulu, namun al-Quran menjadi petunjuk sepanjang zaman. Isi kandungannya tidak luput
ditelan zaman dan tidak ada penyelewengan yang berlaku sepertimana kitab-kitab samawi yang
lain. Al-Quran merupakan petunjuk bagi seluruh umat manusia dan menjadi rahmat bagi segenap
alam.

Al-Quran menjadi sumber hukum dan pegangan hidup yang lengkap dan syumul untuk
mendapat keredhaan Allah S.W.T. Ulum al-Quran merupakan metod yang lengkap dan holisitk
dalam mempelajari al-Quran. Di antaranya ilmu-ilmu yang dibahaskan dalam ulum al-Quran ialah
karekter al-Quran yang memiliki ayat-ayat yang bersifat muhkam dan mutasyabih. Kenyataan ini
jelas dinyatakan dalam surah Ali Imran ayat 7. Namun, perbahasan yang hangat tentang ayat-ayat
mutasyabih telah mewujudkan dua mazhab yang mempunyai perbezaan waqaf dan ibtida. Manhaj
ini sangat bahaya dalam perpaduan ahli sunnah al-jamaah.

1.1 Takrif Ayat Muhkam dan Ayat Mutasyabih

Ahmad Kamarudin, drr (2011) mentakrifkan muhkam dan mutasyabih mengikut beberapa
pendapat ulama, iaitu;
a) Muhkam sebagai petunjuk ayat yang jelas dan tidak mungkin ia nasakh. Mutasyabih pula
ialah makna yang tersembunyi tanpa diketahui samada akal atau naqli. Ia adalah apa yang
disimpan dalam ilmu Allah s.w.t seperti berlaku kiamat, huruf-huruf muqataah di
permukaan surah dan lain-lain lagi.
HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
4

b) Muhkam ialah apa yang diketahui kehendaknya samada secara zahir atau takwil.
Mutasyabih pula ialah tersembunyi dalam ilmu Allah s.w.t seperti kiamat, keluar Dajjal,
huruf di permukaan surah. Pandangan ini ialah dikalangan sunnah.
c) Muhkam ialah apa yang memadai dalam memenuhi tanpa memerlukan keterangan lain.
Mutasyabih pula ialah yang tidak memadai dengan ayat tersebut dan memerlukan kepada
keterangan.

1.2 Tafsiran Surah Ali Imran ayat 7

Sepertimana firman Allah;
4O- -Og~-.- 44O^ El^OU4N
=U4-^- +OuLg` e4C-47 7eE^4O`
O}- Oq U4-^- NOE=q4
eE_)l4=4N` W E` 4g~-.- O)
)_)OU~ [uuCEe 4pON):441 4`
4O4l4=> +OuLg` 47.4g--
gO4Lu-g^- 47.4g--4
g)-Cj> 4`4 NUu4C
N-Cj> ) +.- 4pONCcO-4
O) Ug^- 4pO7O4C EL4`-47
gO) 7 ;}g)` gLgN 4L)4O 4`4
NO-OO4C ) W-O7q U4:^- ^_
Maksudnya : Dialah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci al-Quran.
Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata
maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.
dan Yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya).
oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun
orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu
menurut apa yang samar-samar dari al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya
(memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). padahal tidak ada yang mengetahui
HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
5

Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. dan orang-orang yang tetap teguh
serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadaNya,
semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan
peringatan melainkan orang-orang yang berfikir.
1

1.

Surah Ali Imran ayat 7.
Ayat di atas menjelaskan tentang pembahagian ayat al-Quran iaitu ayat muhkam dan
mutasyabih. Ayat-ayat muhkam ialah ayat yang jelas dan tepat dari segi lafaz dan maknanya.
Manakala, ayat-ayat mutsyabih ialah ayat yang samar-samar maknanya dan memerlukan ilmu
dalam mentakwilkannya. Dalam Tafsir Fi Zhilalil Quran, diriwayatkan bahawa kaum Nasrani
Najran bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang Al-Masih. Mereka ingin membenarkan
kepercayaan mereka tentang Nabi Isa a.s bahawa baginda bukan manusia tetapi ruh Allah.
sementara itu mereka meninggalkan ayat yang pasti dan jelas iaitu muhkam yang menetapkan
keesaan kepada Allah Taala secara mutlak. Maka turunlah ayat ini sebagai mengungkap usaha
mereka yang ingin memperalat nas-nas yang majasi dan memberikan pelbagai gambaran.
2
Menurut
jumhur ulama, sebab adanya ayat-ayat muhkam itu jelas kerana telah ditegaskan di dalam ayat
tersebut. Sedangkan ayat-ayat mutasyabih adalah kerana wujud kesamaran sehingga ia ditakwilkan
atau hanya di bawah pengetahuan yang Maha Esa sahaja.

Mutakhir ini, perbahasan tentang ayat ini telah mewujudkan jurang perbezaan pendapat di
antara metodologi salafi dan khalafi. Faizuri Abd Latif (2010) berpendapat mereka berbeza
pandangan tentang cara dan pendekatan yang sesuai dalam memahami ayat tersebut samada
melalui kaedah takwil atau tafwid iaitu menyerahkan sepenuhnya maksud ayat tersebut kepada
Allah SWT. Golongan yang mengamalkan pendekatan tafwid adalah golongan salaf, manakala
mereka yang mengambil pendekatan takwil adalah golongan khalaf. Perbezaan golongan salafi dan
khalafi ini berlaku kerana sudut pandangan yang berbeza dalam menentukan tempat berhenti
(waqaf) pada ayat 7 surah ali-Imran, iaitu :



Bermaksud: Dan tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah.

HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
6

Ataupun:




2.

Tafsir Fi Zhilalil Quran jilid 2, halaman 36. Karangan Syahid Sayyid Quthb. Terjemahanan Asad Yassin et. al.



Bermaksud: Dan tiadalah yang mengetahui takwilnya melainkan Allah dan orang-orang yang
mendalam ilmunya.

Golongan salafi berpandangan waqaf adalah seperti ayat yang pertama. Lalu golongan
salafi berpendapat yang mengetahui tentang takwil hanyalah Allah s.w.t sahaja dan manusia tidak
mampu mentakwilkan maknanya. Namun, golongan Khalafi berpandangan waqaf adalah seperti
ayat yang kedua dan golongan ini berpendapat yang mengetahui tentang takwil adalah Allah s.w.t
dan para alim ulama.
3

2.0 AYAT MUTASYABIH : METODOLOGI SALAFI DAN KHALAFI

Ayat muhkam sangat jelas dan tidak memerlukan penerangan dan takwil. Pengertiannya
yang masuk akal dan dapat diamal tanpa dinasakh. Sedangkan ayat mutasyabih memiliki makna
yang samar dan menjadi pokok perbahasan metod salaf dan khalaf.

2.1 Metodologi Salafi

Golongan salaf merupakan ulama yang hidup pada masa tiga abad pertama hijrah.
Golongan ini mempercayai dan mengimani ayat-ayat mutasyabih dan menyerahkan sepenuhnya
kepada Allah Taala (tafwid ila Allah). Salafi mengembalikan makna-makna mutasyabih kepada
Allah dan tidak mentakwilkannya serta mengimaninya sepertimana yang diterangkan al-Quran.
Mereka merujuk ayat-ayat mutasyabih kepada ayat muhkam. Imam syafie adalah di antara ulama
salafi yang berpendapat bahawa hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui makna sebenar dan
HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
7

Rasulullah menyampaikannya sesuai dengan makna yang Allah kehendaki.
4
Golongan salafi yang
terdiri daripada sahabat, tabiin dan tabi' tabiin r.a mempunyai dua metode dalam menerangkan
ayat-ayat mutasyabih. Pertama, majoriti salafi seperti Abu Hasan Al-Asy`arid dan Al-Maturidi
lebih memilih untuk menyerahkan maknanya kepada Allah s.w.t , inilah yang disebut dengan
tafwid melalui ayat;
3. Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab. Salaf Tidak Perlu Takwil. Dapatan: http://buluh.iluvislam.com/?p=159
4. IbnuAbbas.Muhkamat dan mutasyabihat. Dapatan: http://ibnuabbas.wordpress.com/2008/08/24/muhkamat-dan-
musyabihat/



"Tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah"
5
. Maksud takwil di sini adalah makna, iaitu
maknanya hanya Allah saja yang tahu. Kedua adalah golongan salafi yang lebih memilih untuk
menafsirkannya. Walaupun Allah saja yang tahu, namun tidak tertutup peluang Allah
memaklumkan kepada manusia terutamanya kepada orang yang tajam fikirannya, bersih fitrahnya,
cerdas akalnya, baligh lughahnya dan kuat mujahadahnya hingga Allah memberikan mereka
kemampuan untuk menafsirkan ayat-ayat mutasyabih dengan pertolongan dan nur makrifat yang
dikurniakan oleh Allah. ini berpandukan dalil;



"Dan tidak ada yang tahu takwilnya kecuali Allah dan orang-orang yang rusukh ilmunya"
6

Golongan ini telah Allah memberi petunjuk kepada mereka untuk memahami makna yang
layak bagi Allah dan memahami makna yang dikehendaki Allah. Mereka diberi petunjuk oleh
Allah dengan kaedah takwil kerana tafsir belum tentu takwil tetapi takwil sudah pasti sebahagian
daripada tafsir. Kalau al-Quran menggunakan lafaz tafsir maka akan terbuka peluang bagi manusia
untuk memberikan makna ayat-ayat mutasyabihat secara zahir dan jelas. Maka penggunaan lafaz
takwil pada ayat tersebut adalah sudah merupakan isyarat langsung dari Allah kepada orang-orang
yang rusukh ilmunya untuk mencari takwilnya, bukan mencari tafsirnya. Namun kedua-dua
golongan ini bersepakat untuk mengimani ayat-ayat mutasyabih, meyakini dan memahami
HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
8

kandungan makna yang ada pada ayat-ayat tersebut sebagaimana yang Allah kehendaki. Tentunya
Rasulullah s.w.t adalah orang pertama yang diberikan faham tentang tafsir dan takwil ayat-ayat
mutasyabih dan seterusnya para sabahat terutamanya Ibnu Abbas. Di antara ulama salafi yang
berjaya mentakwilkan ayat-ayat mutasyabih mengikut jalan yang benar adalah Ibnu Abbas r.a.
meskipun tidak semua ayat-ayat mutasyabih ditakwilkan dan dijadikan ayat muhkam. Menurut
Abdullah bin Abbas r.a, sebaik-baik cara ialah mentafsirkan ayat al-Quran merujuk kepada ayat
dengan ayat al-Quran dan ayat dengan hadis Rasulullah s.a.w.
5 & 6 : Surah Ali Imran ayat 7
2.2 Metodologi Khalafi

Apabila majoriti golongan salafi mengambil tindakan tidak mentakwilkan ayat-ayat
mutasyabih maka, muncullah golongan khalaf yang mengambil langkah berbeza daripada
pendirian salafi. Khalafi merupakan golongan ulama yang hidup sesudah 3 abad pertama hijrah.
Metod khalafi memberikan makna tertentu kepada ayat-ayat mutasyabih.

Bagi khalafi
mentakwilkan ayat-ayat mutasyabih sangat penting bagi menolak dan menafikan zat Allah yang
berbeza dengan makhluk seperti berlokasi, bertempat dan beranggota dengan berpandukan kepada
nas-nas muhkam yang lain.
7


Di antara faktor-faktor lain yang menggalakkan metodologi ini berkembang adalah kerana
faktor penyebaran Islam yang semakin meluas dan berkembang. Pertembungan bahasa-bahasa
dunia dan kefasihan berbahasa Arab menurun menyebabkan mereka peka dan takut pada orang
yang condong hati mereka dengan kesesatan akan memahami ayat mutasyabih dengan makna yang
salah sebagaimana yang berlaku pada surah Ali Imran ayat 7 tersebut. Perkara ini berlaku bukan
sahaja di kalangan orang bukan Arab (Ajam) tetapi juga di kalangan orang Arab sendiri.

Oleh yang demikian, untuk menjaga akidah umat Islam metod khalafi telah mengikuti
contoh di antara metod salafi yang memberi makna tertentu pada ayat-ayat mutasyabih. Dengan
berpandukan ayat muhkam, khalafi memberi makna tertentu kepada ayat mutasyabih yang
bersesuaian. Golongan khalafi memberi makna yang benar dan boleh diterima sebagai ayat
mutasyabih. Selain itu, terdapat juga golongan yang enggan mentakwilkan ayat-ayat mutasyabih.
Mereka berpendapat, perkara ini akan menjurus kepada penjisiman Allah.

Kekeliruan dan salah
HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
9

faham inilah di antara faktor berkembangnya perbahasan ayat mutasyabih. Golongan khalafi
sangat berharap dengan adanya kaedah dan perbahasan ini mampu membantu umat Islam
memahami ayat-ayat al-Quran dan menghayati kebesaran Allah.


7. Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-Fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-Najin. Ditulis Oleh Dr. Faizuri Bin
Abd Latif dan dibentangkan Semasa Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (Pemikir II)Al-Asha`Irah Dan
Cabaran Mutakhir. Pada 20-22 Julai 2010 di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.



Faizuri Abd Latif (2010) menegaskan :

Ulama Islam yang turut mengetengahkan pandangan tentang persoalan
mutasyabihat ialah Ibn Taymiyyah. Menurut Ibn Taymiyyah, langkah terbaik
dalam menangani persoalan ini ialah menyerahkan penafsiran mutasyabihat
tersebut kepada Allah SWT dan rasulNya. Ini kerana wujud kelemahan dalam diri
manusia untuk membongkar pengertian sebenar perkara tersebut, melainkan
maksud yang telah diletakkan oleh Allah SWT. Justeru, Ibn Taymiyyah
berpendapat cara terbaik ialah mengikut jejak langkah ulama Salaf seperti
Rabi`ah, Malik bin Anas, Ibn Hanbal dan lain-lain yang berkata istiwa itu
diketahui (ma`lum), bagaimana keadaannya (al-kayf) tidak diketahui (majhul).
Dimaksudkan dengan istiwa itu diketahui (ma`lum) pengertian dan
penafsirannya hanya diketahui oleh mereka yang mantap ilmunya (al-rasikhun).
Manakala bagaimana keadaannya (al-kayf) tidak diketahui (majhul), bererti
tiada yang mengetahui pentakwilannya selain Allah SWT. Kesimpulannya,
berdasarkan kenyataan di atas, kekeliruan dan salah faham terhadap pengertian
ayat mutasyabihat telah mendorong kepada meluasnya perbahasan tersebut dalam
Islam. Ini kerana kebanyakan ulama Islam berusaha menggunakan pendekatan
samada takwil atau tafwid bagi membuktikan kebesaran Allah SWT
8


2.3 Kaedah Rasulullah Mentafsir Ayat Mutasyabih

HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
10

Pada zaman Rasulullah s.a.w, segala persoalan yang berkaitan dengan lafaz dan makna al-
Quran dirujuk terus kepada Rasulullah. Segala permasalahan berkenaan makna ayat-ayat al-Quran
dapat dihayati dan diikuti dengan teguh dan jelas. Sekiranya terdapat kesamaran pada ayat
Rasulullah akan mentafsir ayat tersebut dengan ayat al-Quran lain. Setelah itu barulah Rasulullah
mentafsirkan ayat-ayat mutasyabih tersebut dengan Hadis Rasulullah. Pendapat ini sangat kukuh
kerana firman Allah:


8. Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-Fatani Dalam Kitab `Aqidah Al-Najin. Ditulis Oleh Dr. Faizuri Bin
Abd Latif dan dibentangkan Semasa Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (Pemikir II)Al-Asha`Irah Dan
Cabaran Mutakhir. Pada 20-22 Julai 2010 di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.

up) 4O- ) E/4 _/EONC ^j
Maksudnya: Segala Yang diperkatakannya itu (sama ada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah
wahyu Yang diwahyukan kepadaNya.
9

3.0 AYAT MUTASYABIH TENTANG AKIDAH KETUHANAN : PERBANDINGAN
SALAFI DAN KHALAFI

Perbahasan tentang ayat mutasyabih adalah lebih kepada ayat-ayat tentang akidah
ketuhanan. Sebilangan ulama salafi yang mentakwilkan ayat mutasyabih adalah seperti Imam
Malik dan Imam Ahmad. Dalam al-Bidayah wa al-Nihayah karangan Imam Ibnu Katsir, di antara
ayat yang ditakwilkan adalah pada surah al-Fajr ayat 22. Imam Ahmad mentakwilkan ayat di atas
dengan makna : datanglah pahala dari Tuhan. Manakala Imam Malik pula mentakwilkan ayat
tersebut dengan rahmat yang Allah turunkan. Ayat tersebut:
47.~E}4 ElG4O lUE^-4 E=
E= ^gg
Maksudnya : dan (perintah) Tuhanmu pun datang, sedang malaikat berbaris-baris (siap sedia
menjalankan perintah).

Dalam surah al-Qalam ayat 42 :
HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
11

4O4C -4='NC }4N -Ec 4pO4N;NC4
O) g1OOO- E 4pONOgC4-O4C
^jg
Maksudnya: (ingatkanlah orang-orang Yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan
huru-hara (hari kiamat), dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya.
Golongan salafi mengatakan lafaz saq sebagai suatu kesulitan, sehingga makna ayat adalah hari
yang penuh ketakutan dan kesulitan. Penjelasan ini diberikan oleh Ibnu Abbas, Mujahid,

9.

Surah an-Najm ayat : 4
Ibrahim an Nakhi, Qatadah, Said Ibn Jubayr, dan jumhur ulama yang lain. Penjelasan ini terdapat
dalam karangan Imam al-Fakhr ar-Razi dalam Tafsir Quran, Volume 30, hal 94 dan Imam al-
Baihaqi dalam Al-Asma wa al-Sifat, serta Fath al-Bari mengenai pendapat Ibnu Abbas.

Begitu juga dengan dalam surah al-Baqarah 115 :
*.4 7-@O;=O^- C@O^O^-4 _
E4LuC W-Oe4O> V +O;_4 *.- _
]) -.- 77c4 _1)U4 ^)
Maksudnya: dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu
arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah;
Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa mengetahui.
Imam Mujahid, mengatakan bahawa wajah pada makna ayat di atas ertinya qiblat.

Dalam Jamik al-Bayan karangan Imam al-Tobari, Imam Sufyan al-Thauri mentakwilkan
ayat istiwa pada surah al-Baqarah ayat 29 dengan maksud berkehendak menciptakan langit. Selain
itu, merujuk pada ayat 5 surah Taha, Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam Kitab Fath al-Bari berkata,
menurut Ibnu Abbas dan para ahli tafsir lain, istawa itu maknanya irtafa'a iaitu naik atau meninggi.
Manakala menurut pendapat para ahli sunnah wa aljamaah, istawa ertinya 'ala wa irtafa'a
(meninggi dan naik). Ini kerana sifat Allah yang Maha Tinggi.

Kedua-dua metodologi salafi dan khalafi adalah baik, benar dan tidak menyifatkan Allah
dengan yang tidak layak bagiNya. Mereka memahami ayat mutasyabih dengan mempercayai
HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
12

sesuai dengan apa yang dimaksudkan oleh Allah tanpa bercanggah. Selain itu mereka juga
memberi makna yang sesuai dengan bahasa dan agama. Pendekatan al-Buti yang berusaha
mengharmonikan pandangan salafi dan khalafi dengan menyifatkan bahawa kedua-dua fahaman
tersebut adalah benar dan sesuai untuk dijadikan pegangan. Menurut al-Buti, golongan salafi dan
khalafi hidup pada zaman yang berbeza. Pada zaman salafi tidak timbul banyak persoalan tentang
ayat mutasyabih, berbanding zaman khalafi yang lahir banyak aliran pemikiran serta muncul
pelbagai disiplin ilmu seperti ilmu Balaghah yang banyak membincangkan persoalan majaz,
tasybih dan isti`arah. Justeru itu, pada zaman khalafi pentakwilan menjadi suatu keperluan bagi
menjawab propaganda yang dikemukakan oleh musuh Islam.

4.0 KESIMPULAN

Ayat muhkam ialah ayat-ayat yang terang dan tegas maksudnya serta dapat difahami
dengan mudah. Ayat-ayat mutasyabih pula ialah ayat-ayat yang mengandungi lafaz dan makna
yang berbeza serta tidak dapat ditentukan maknanya kecuali sesudah diselidiki secara mendalam
atau maknanya hanya Allah sahaja yang mengetahui seperti ayat-ayat yang berhubung dengan
perkara ghaib-ghaib seperti hari kiamat, surga, neraka dan lain-lain.Sekiranya seluruh al-Quran
adalah bersifat muhkam, maka tidak wujud hikmah dalam menjadikannya ujian terhadap
kepercayaan dan amalan manusia kerana pengertiannya jelas dan tidak wujud peluang untuk
menyelewengkannya atau mentakwilkannya. Namun sekiranya seluruh al-Quran adalah bersifat
mutasyabih, hilanglah peranannya sebagai penjelas dan petunjuk kepada manusia dalam konteks
akidah. Pastinya Allah s.w.t mempunyai hikmah tersendiri dalam menjadikan sebahagian al-Quran
bersifat muhkam yang menjadi rujukan apabila wujud kesamaran, dan sebahagiannya mutasyabih
sebagai ujian terhadap hamba-hambaNya untuk membezakan orang yang benar-benar beriman dan
orang-orang yang hatinya sesat. Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman mengetahui
bahawa seluruh al-Quran adalah dari sisi Allah s.w.t.

Firman Allah Taala :
g O) O):Ec *.- -^U> )
El=O^4^ _ ^@OEO4 4-gLg`u+^- W
/=O4N +.- p O-74C "E4 4g~-.-
HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
13

W-NOEE _ +.-4 OE- c4
OE-4 1E1L> ^gj
Maksudnya: Oleh itu, berperanglah (Wahai Muhammad) pada jalan Allah (untuk membela Islam
dari pencerobohan musuh); Engkau tidak diberati selain daripada kewajipanmu sendiri. dan berilah
peransang kepada orang-orang yang beriman (supaya turut berjuang dengan gagah berani).
Mudah-mudahan Allah menahan bahaya serangan orang-orang yang kafir itu. dan (ingatlah) Allah
amatlah besar kekuatanNya dan amatlah berat azab seksaNya.


Apa yang datang daripada Allah Taala pasti semuanya benar dan tidak boleh wujud
kebatilan atau percanggahan di dalamnya. Sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi Allah, tentulah
kita mendapati pertentangan yang banyak di dalamnya.
Orang yang hatinya sesat atau musyabbih pula akan menjadikan ayat-ayat mutasyabih
sebagai media untuk menyelewengkan ayat-ayat muhkam dan mengikut hawa nafsunya dengan
meragui makna dan hukum-hukumnya. Disebabkan inilah wujudnya kebanyakan orang yang sesat
dalam aqidah dan amalan memperdalilkan ayat-ayat mutasyabih dalam menegakkan kebatilan
mereka. Pengiktirafan ilmu ulama yang mentakwil ayat-ayat mutasyabih di kalangan salafi dan
khalafi berdasarkan disiplin ilmu tafsir yang diiktiraf iaitu mengikut kaedah bahasa Arab harus
dipandang mulia. Kita perlu menjauhi diri dari berdebat mempertahankan pendapat masing-masing
secara melampau sehingga menyesatkan dan mencerca ulama yang ikhlas di sepanjang zaman.
Ketaksuban terhadap perdebatan metod salaf dan khalaf menyebabkan kita dikuasai syaitan yang
sentiasa mencari peluang itu. Ingatlah Nabi pernah bersabda, "Tidak sesat sesuatu kaum selepas
memperoleh hidayah yang dikurniakan ke atas mereka melainkan mereka suka berdebat.










HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
14












BIBLIOGRAFI

Abdullah Yusuf Ali. (1991). Al-Quran al-karim: terjemahan dan huraian maksud. Terjemahan
Uthman El-Muhammady. Kuala Lumpur : DBP.


Ahmad Kamarudin Ibrahim et.al. (2011). HBQE1103 Ulum al-Quran. Selangor:
Meteor Doc. Sdn. Bhd.


Ahmad Ibn Ali Ibn Hajar al-Asqalani. (2002). Fathul Baari syarah: Sahih Al-Bukhari, Book 6.
Jakarta: Pustaka Azzam.


Faizuri Bin Abd Latif. (2010). Ayat Mutasyabihat Menurut Sheikh Zainal Abidin Al-Fatani Dalam
Kitab `Aqidah Al-Najin. Dibentangkan Semasa Seminar Pemikiran Islam Peringkat
Kebangsaan II (Pemikir II)Al-Asha`Irah Dan Cabaran Mutakhir. Pada 20-22 Julai 2010
di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur.


Sayyid Quthb. (2001). Tafsir Fi Zhilalil Quran Jilid 2. Terjemahan Asad Yassin et. al.
Jakarta : Gema Insani Press.


Muhammad Nasib Ar-Rifai. (2007). Kemudahan dari Allah: ringkasan tafsir Ibnu Katsir,
Volume 1. Jakarta: Gema Insani.


Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab. (2011). Salaf Tidak Perlu Takwil. Dapatan:
http://buluh.iluvislam.com/?p=159 [2012, Mac 5].

HBQE1103ULUM AL-QURAN
810414125714002
15


IbnuAbbas.Muhkamat dan mutasyabihat. (n.d) Dapatan:
http://ibnuabbas.wordpress.com/2008/08/24/muhkamat-dan-musyabihat/ .[ 2012, Mac 3].


http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Ushul%20Tafsir/tafsir7.htm

You might also like