P. 1
masalah pembelajaran

masalah pembelajaran

|Views: 1,989|Likes:
Published by Sherry Furqan

More info:

Published by: Sherry Furqan on Apr 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
See more
See less

04/29/2015

ISI KANDUNGAN 1.0 Pendahuluan 2.0 Senario Pengajaran Pembelajaran 3.

0 Masalah Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas mengikut Teori Pembelajaran 3.1 Pelajar berkelakuan nakal dan bising 3.2 Pelajar lembam menguasai kemahiran dan isi pelajaran 3.3 Pelajar ingin tahu 3.4 Pelajar cerdas dan cepat belajar 3.5 Pelajar kurang yakin diri dan mengasingkan diri 4.0 Implikasi Teori Pembelajaran mengatasi masalah pembelajaran 4.1 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Bandura 4.2 Implikasi Teori Pembelajaran Gagne 4.3 Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel 4.4 Implikasi Teori Konstruktivisme 4.5 Implikasi dan Modifikasi Teori Perkembangan Psikososial Erikson 5.0 Penutup Biblografi

MUKA SURAT 2 2

3 3 4 5 5 6 7 7 8 8 9

10 10 11

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

1.0 PENDAHULUAN Psikologi pendidikan merupakan kajian saintifik tentang tingkah laku dan pemikiran manusia yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dan prinsip-prinsip yang menggalakkan peningkatan pembelajaran. Setiap guru yang menitikberatkan potensi dan pencapaian muridnya akan sentiasa berusaha menganalisis masalah yang wujud, membuat refleksi dan membuat tindakan yang strategik berdasarkan pelan yang dirancang. Guru juga perlu memahami dan mengenal pasti kebolehan, pengalaman, perhubungan, pengaruh persekitaran dalam membentuk sahsiah dan minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ahli-ahli psikologi turut mengaplikasikan prinsip psikologi pendidikan dalam menyelesaikan senario-senario hipotektikal tentang masalah pembelajaran yang wujud di dalam sesebuah kelas. Masalah pembelajaran yang wujud di dalam kelas perlu dikaji dan diatasi dari perspektif teori pembelajaran atau teori perkembangan yang berbeza. Teori-teori ini digunakan sebagai satu kanta bagi melihat tingkah laku manusia daripada beberapa sudut yang berlainan. Ia juga memberi jalan bagi guru-guru mempelajari tingkah laku pelajar dan mengatasi masalah yang timbul di dalam kelas. Masalah-masalah pembelajaran di dalam kelas seperti murid bising, murid sukar memahami dan mengingati isi pelajaran, murid takut memberi jawapan dan murid cerdas pintar sangat menguji dan mencabar keupayaan guru dalam meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran mereka. 2.0 SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN Pelajar berkelakuan nakal merupakan masalah pembelajaran berbentuk disruptif yang sering berlaku dalam situasi kelas sebenar. Kegagalan guru untuk melaksanakan tugasnya banyak bergantung pada beberapa faktor, antaranya suasana kelas yang hiruk-pikuk oleh pelajar yang tidak memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Pelajar tidak berminat dengan aktiviti dan pendekatan guru semasa mengajar. Mereka membuat bising, tidak duduk diam,menganggu pelajar lain yang ingin belajar. Pelajar lembam mnguasai kemahiran dan isi pelajaran merupakan senario masalah pengajaran dan pembelajaran yang sering terjadi di dalam kelas. Tahap kecerdasan yang rendah ini sangat bergantung dengan bantuan guru sepenuhnya. Ini menjadikan guru sukar menjalankan aktiviti sepenuhnya di dalam kelas dan terpaksa menumpukan perhatian kepada sebilangan murid sahaja. 2

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Pelajar-pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu juga menimbulkan masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mereka sentiasa menyoal guru semasa guru menerangkan berusaha mencuba sesuatu tanpa memikirkan bahaya untuk diri dan orang lain. Pelajar-pelajar yang cerdas dan mudah menguasai kemahiran dan isi pelajaran juga sering menjadi masalah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pelajar ini mampu menguasai isi pelajaran, kemahiran dan ilmu yang disampaikan dengan cepat dan tepat berbanding pelajar lain. Mereka akan menganggu pelajar lain yang sedang belajar, cepat merasa bosan, menganggu pengajaran guru, memandang rendah pelajar lain dan sering mencabar kewibawaan guru. Selain itu, pelajar yang kurang keyakinan diri dan merasa takut untuk menyertai aktiviti pembelajaran juga merupakan senario sebenar yang merupakan masalah pembelajaran. Pelajarpelajar menunjukkan perasaan bimbang semasa guru menyoal dan sering mengasingkan diri dengan aktiviti pembelajaran. 3.0 MASALAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN. Masalah-masalah yang wujud di dalam sesebuah kelas boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran bagi mengenal pasti dan menganalisis masalah yang berlaku. 3.1 Pelajar berkelakuan nakal dan bising Pelajar yang nakal dan bising adalah pelajar yang tidak menunjukkan minat dengan pengajaran guru. Mereka berkelakuan sedemikian kerana penyampaian guru tidak menarik, sukar difahami dan pengajaran guru yang berpusatkan guru sahaja dan bersikap autokratik. Mereka bosan dengan pengajaran guru sehingga mereka menganggu atau menunjukkan sikapsikap yang agresif seperti membaling rakan dengan kertas, menolak dan menumbuk rakan lain serta menyanyi-nyanyi semasa guru mengajar. Mereka juga turut bergerak ke sana sini menganggu rakan lain. Punca lain pelajar ini berkelakuan sedemikian adalah kerana keadaan dan iklim kelas yang tidak ceria dan kurang kondusif, sosioemosi kelas yang kurang sesuai dan pengurusan kelas yang tidak sistematik. Menurut teori Pembelajaran Sosial oleh Bandura, pelbagai tingkah laku sosial seperti keagresifan, persaingan, peniruan model dan sebagainya adalah hasil pemerhatian daripada gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Bandura menyebut orang yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah laku model sebagai permodelan. Ia juga menekankan aspek interaksi antara manusia dan persekitaran. Ini menunjukkan bahawa unsur pembelajaran utama adalah peniruan dan permerhatian. Sikap 3

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

pelajar yang berkelakuan nakal dan bising di dalam kelas melalui teori pemerhatian ini adalah disebabkan kerana pelajar cuba menganggu rakan-rakannya kerana suda bosan dengan pengajaran guru. Mereka berpura-pura mengantuk, membaling rakan dengan kertas, bercerita dengan rakan lain dan cuba menganggu rakan lain sambil memberi isyarat ‘bagus’. Mereka juga meniru perlakuan guru dan rakan mereka sehingga mereka tergelak dan menganggu penumpuan rakan-rakan lain. 3.2 Pelajar lembam menguasai kemahiran dan isi pelajaran Pelajar yang mengalami masalah menguasai kemahiran dan isi pelajaran biasanya tidak memperolehi perkembangan mental yang sepatutnya disebabkan persekitaran yang tidak menggalakkan. Masalah ini juga berpunca kerana ibu bapa mereka yang jarang memberi peluang anak mereka membuat keputusan dan tidak mendedahkan mereka dengan situasi yang membantu perkembangan pemikiran mereka. Mereka juga lembam untuk berfikir dan mentafsir isi pelajaran dan kemahiran yang diajar oleh guru. Ini amat merumitkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana guru terpaksa memberi tumpuan lebih kepada mereka sehingga pelajar lain turut membuat bising dan kurang penerangan daripada guru tersebut. Kelembapan ini menyumbang kepada masalah pembelajaran dan menghadkan murid lembam tersebut memperoleh ilmu pengetahuan dan pencapaian yang kurang memberangsangkan. Merujuk kepada teori Pembelajaran Gagne, pembelajaran adalah bergerak daripada yang paling mudah kepada yang kompleks dan pembelajaran aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran aras yang rendah. Terdapat lapan peringkat pembelajaran berhierarki Gagne yang dikenal pasti iaitu; pembelajaran berisyarat, pembelajaran rangsangan gerak balas, rangkaian yang merupakan siri melengkapi tugasan, pertalian berbahasa, pembelajaran berdiskriminasi, pembelajaran berkonsep, pembelajaran hukum dan penyelesaian masalah. Teori ini menekankan sistem pembelajaran itu harus bermula daripada mudah dan asas kepada yang rumit dan kemahiran yang lebih tinggi. Supaya pengajaran lebih bermakna dan mencapai objektif pelajaran, guru diberi alternatif untuk merancang pengajaran yang meliputi langkahlangkah yang dicadangkan oleh Gagne. Dalam kes pelajar lembam (slow learner) ini, pemahaman konsep dan alat bantu mengajar membantu kepada senario ini berlaku di dalam kelas. Setiap kali pelajar lembam belajar, mereka gagal menyusun pengalaman yang dipelajari dan menyimpannya dalam minda dan ingatan mereka. Kaedah dan stail pengajaran guru yang tidak mementingkan perbezaan individu di dalam kelas menyebabkan masalah ini terus berlaku. 3.3 Pelajar ingin tahu 4

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Tingkah laku ingin tahu ini menjadi masalah yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Pelajar yang bermasalah positif ini sering bertanya semasa guru menerangkan dan tidak sabar untuk mengetahui kemahiran dan peyampaian isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Mereka juga berani mencuba sesuatu tanpa penerangan dan pengawasan guru sehingga boleh membahayakan diri sendiri dan rakan lain. Sungguhpun perasaan ingin tahu ini adalah tingkah laku positif tetapi ia juga menyumbang kepada masalah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini berpunca daripada rangsangan dan maklumat yang diberikan oleh guru tidak tersusun dengan baik dan guru kurang menggunakan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis kaedah pengajaran mereka. Ini dapat dikaitkan dengan teori Pembelajaran Ausubel yang melihat pembelajaran dari sudut resepi dan bermakna. Ausubel menyatakan kebanyakan manusia memperoleh ilmu pengetahuan daripada pembelajaran resepi . Pembelajaran secara resepsi bermaksud maklumat yang disusun secara teratur diberikan kepada pelajar. Maklumat yang diperolehi akan disimpan di dalam struktur kognitif. Pembelajaran resepsi adalah pembelajaran penemuan, iaitu pembelajaran untuk mendapatkan maklumat dengan sendiri melalui pemikiran analisis, kritis, kreatif, cuba jaya dan celik akal. Manakala pembelajaran bermakna adalah satu proses belajar yang mempunyai kesedaran sendiri dan mempunyai tujuan atau objektif tertentu. Teori Pembelajaran Ausubel juga dikenali sebagai teori pembelajaran penerimaan , kerana beliau menekankan proses penguasaan maklumat melalui bahasa yang bermakna. Dalam pembelajaran resepsi, guru memberi output konsep dengan jelas dan tersusun supaya murid dapat menerima ilmu dengan lengkap dan baik tanpa menganggu proses pengajaran yang berlangsung. Model Pembelajaran Ekspositori turut dikemukakan oleh David Ausubel yang menekankan penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan. Walaupun maklumat diberikan oleh guru tetapi murid boleh berkongsi idea-idea dan respon bersama guru. Ausubel menyatakan apabila pelajar menpunyai tahap rasa ingin tahu yang tinggi dan ingin menguasai maklumat dengan banyak, pengalaman sedia ada dapat membantu mengembangkan struktur kognitif pelajar menggunakan kaedah pembelajaran ini. 3.4 Pelajar cerdas dan cepat belajar Pelajar cerdas dan cepat belajar mampu menguasai kemahiran dan isi pelajaran dengan mudah. Mereka akan cepat merasa bosan dan akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Mereka juga akan mengejek-ejek dan memandang rendah rakan lain kerana lambat dan kurang memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pelajar ini juga turut mencabar kewibawaan guru kerana menganggap kerja sekolah dan isi pelajaran yang 5

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

disampaikan oleh guru adalah terlalu mudah, membosankan dan mereka sudah mempunyai pengetahuan sedia ada. Pelajar ini mempunyai ibu bapa dan keluarga yang latar belakang mereka adalah dari golongan berstatus dan berpendidikan tinggi. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori Pembelajaran Konstruktivisme yang diterajui oleh Giambatista Vico. Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan cara pengetahuan disusun dalam minda manusia. Pendekatan ini memberi peluang kepada pelajar membina kefahaman dan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari antara idea dan fakta tersebut. Pembelajaran juga bukan merupakan tempat simpanan maklumat tetapi ia adalah merupakan pengetahuan peribadi yang berguna. John Dewey menyatakan bahawa teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Melalui teori pembelajaran ini, murid terlibat secara aktif dan guru hanya sebagai fasilitator atau pemudah cara. Masalah yang timbul daripada pelajar cerdas dan cepat belajar adalah berpunca daripada pengajaran dan penyampaian guru yang tidak sesuai dengan tahap kecerdasan murid. Pelajar menjadi bosan dan menanggap guru tidak berilmu dan mencabar guru menberikan input yang lebih banyak. Selain itu, pendedahan ilmu pengetahuan dan teknologi maklumat oleh ibu bapa mereka adalah lebih terbuka berbanding pelajar lain. Pelajar ini juga sering melanggar peraturan yang ditetapkan kerana sifat yakin diri dan suka bertindak mengambil inisiatif sendiri. 3.5 Pelajar kurang yakin diri dan mengasingkan diri Adapun wujudnya pelajar yang kurang keyakinan diri dan mengasingkan diri ini adalah kerana mereka mempunyai konsep kendiri yang negatif, kurang cerdas, emosi dan interaksi sosialnya kurang baik. Untuk mengelak daripada malu dan kurang selesa mereka cuba membentuk mekanisme helah bela diri dan sentiasa berusaha menyembunyikan diri daripada perhatian guru dan rakan-rakan sekelas. Merujuk kepada teori Perkembangan Psikososial Erikson, Erikson menyatakan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut. Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu. Beliau percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak. Teori ini mengabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu faktor kendiri, emosi dan sosial. Terdapat lapan peringkat perkembangan emosi manusia yang diperkenalkan oleh Erikson. Setiap peringkat timbul tingkah laku positif dan negatif yang membawa masalah penyelesaian 6

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

psikologikal kerana konflik emosi yang berlaku. Jadual 3.1 menunjukkan tahap perkembangan Erikson dan dijelaskan seperti berikut. Tahap Pertama Kedua Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh Peringkat Umur 0 – 18 bulan 18 bulan – 3 tahun 3 tahun – 6 tahun 6 tahun – 12 tahun 12 tahun – 20 tahun 20 tahun – 40 tahun 40 tahun – 60 tahun Konflik Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya. Tahap autonomi lawan rasa malu atau sangsi. Tahap inisiatif lawan rasa bersalah. Tahap industri lawan rasa rendah diri. Tahap identiti lawan kekeliruan peranan. Tahap intimasi lawan pengasingan diri. Tahap generativiti lawan stagnasi.

Berdasarkan tahap perkembangan psikososial Erikson di atas, pelajar yang kurang berkeyakinan diri dan berasa takut menyertai aktiviti pembelajaran serta menghadapi masalah penyesuaian emosi dan sosial dalam sesuatu situasi, mereka berusaha mewujudkan identiti dan persepsi sendiri terhadap dunia mereka. Mereka akan gagal apabila ibu bapa tidak mencorak dengan baik dan membiarkan mereka membuat keputusan di perkembangan tahap awal. Perkembangan di tahap awal tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.Ada di antara pelajar ini yang takut diketawakan dan dijadikan bahan peniruan gelagat mereka cuba bersembunyi sehingga menjadi terlalu sensitif terhadap teguran dan kritikan rakan-rakan mereka dan mudah mengambil hati serta bersikap kecil hati. 4.0 IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN MENGATASI MASALAH

PEMBELAJARAN Bagi meningkatkan kualiti dan kelicinan proses pengajaran dan pembelajaran guru, pelan mengatasi masalah-masalah yang wujud di kelas perlu dirancang dan diaplikasikan agar dapat memberi implikasi yang cukup bermakna dan membantu guru mengurus kelas dengan berjaya. 4.1 Implikasi Teori Pembelajaran Sosial Bandura. Unsur-unsur pembelajaran utama yang dalam teori pembelajaran ialah pemerhatian dan peniruan. Bandura menjelaskan bahawa proses pembelajaran akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan ‘permodelan’. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, misalan dan teladan. Aspek pemerhatian pelajar terhadap penyampaian atau gerak geri guru dan aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar. 7

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Implikasinya, guru perlu cekap dan menjadi personaliti yang menarik agar menjadi contoh atau role model yang gemar dicontohi oleh pelajar. Penerangan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas hendaklah jelas dan menarik agar murid tidak berkelakuan nakal dan bising di dalam kelas seterusnya mengikuti proses pengajaran dengan mudah dan mencapai objektif implisit. Pendekatan yang berpusatkan guru dan murid perlu digunakan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan itu, murid dapat memberikan tumpuan, menunjukkan minat belajar dan menjadikan guru sebagai role model yang patut dicontohi dan dihormati. 4.2 Implikasi Teori Pembelajaran Gagne Dalam menangani masalah pelajar lembam dan kurang menguasai kemahiran dan isi pelajaran, rangsangan dan tindak balas sangat positif adalah sangat penting. Berdasarkan kepada teori pembelajaran Gagne sebelum guru menyelesaikan masalah yang dihadapi pelajar di dalam kelas, pelajar seharusnya telah memperoleh pembelajaran isyarat, rangsangan gerak balas, rangkaian pertalian berbahasa, diskriminasi, konsep dan pembelajaran hukum. Implikasinya, guru perlu menggunakan bahan konkrit untuk mengajar subjek bahasa dan mengajar suatu kemahiran mengikut urutan agar pelajar dapat menguasai kemahiran dan ilmu pengetahuan dengan mudah dan tersusun. Isi dan aktiviti-aktiviti yang disediakan perlu selaras dengan perkembangan kognitif murid-murid lembam. Jika tidak, bahan dan aktiviti tidak membantu peningkatan pemahaman pelajar ini memahami isi pelajaran dan membosankan mereka. Aktiviti yang dirancang perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid dan kehidupan seharian seperti ‘makanan kita’, ‘kesihatan kita’ ‘peralatan sekolah saya’ dan sebagainya. Penggunaan alat bantu mengajar seperti kad gambar, filem, carta dan model membantu pelajar lembam menyimpan maklumat dengan jelas. Pujian dan latih tubi perlu diteruskan dari semasa ke semasa agar pelajar lembam boleh meneruskan aktiviti pembelajaran seperti murid normal. Guru perlu membimbing murid-murid membuat diskriminasi atau membezakan fakta yang penting daripada yang kurang penting. Kebolehan mendiskriminasi juga boleh digunakan untuk membezakan ciri-ciri sesuatu kumpulan tumbuhan dengan ciri-ciri kumpulan tumbuhan yang lain. Guru juga boleh membantu murid-murid mengenal pasti cir-ciri utama suatu kelas objek agar pembentukan konsep mudah dicapai serta membina soalan-soalan yang boleh memandu murid-murid ke arah pembentukan konsep dengan jelas. 4.3 Implikasi Teori Pembelajaran Ausubel. Pemerolehan maklumat secara bebas melalui usaha sendiri dan membuat rumusan dan analisis sendiri melalui cuba jaya dan celik akal sangat bersesuaian dalam menangani pelajar 8

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

yang mempunyai tahap perasaan ingin tahu yang tinggi. Pembelajaran penemuan

yang

terdapat dalam teori Pembelajaran Ausubel adalah cara pembelajaran yang lebih menarik dan dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelajar yang lebih ingin menguasai isi pelajaran secara menyeluruh. Cara ini amat berkesan dalam mengembangkan struktur kognitif individu untuk menghadapi rangsangan yang pelbagai. Bagi mengatasi masalah pelajar yang perasaan ingin tahu mereka ini tinggi, guru perlu menjelaskan fakta dengan lebih tersusun. Pembelajaran tersebut perlu berkembang secara deduktif dengan memberikan prinsip utama sebelum memberikan contoh yang sesuai. Guru juga perlu mengaitkan konsep yang telah dipelajari dengan konsep baru. Contohnya, mempelajari konsep barang berat akan tenggelam dan pelajar memberikan contohnya sesuai. Selain itu pembelajaran itu juga berkembang secara induktif iaitu dari umum kepada khusus dengan cara guru memulakan idea baru dengan contoh yang banyak dan khusus supaya pelajar dapat gambaran umum terlebih dahulu. Kemudian guru menjelaskan prinsip yang terlibat. Contohnya, guru memberikan contoh-contoh berkaitan dengan prinsip yang ingin diajar. 4.4 Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam menangani masalah tingkah laku positif ini di dalam kelas, guru perlu menggalakkan pelajar berkreativiti dan pembelajaran akses kendiri. Pelajar perlu dilibatkan secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Berpandukan kepada Teori Konstruktivisme, guru yang cekap perlu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan dan menggalakkan penyertaan murid secara optima dalam pembinaan pengetahuan mereka. Guru perlu berperanan sebagai pengawal disiplin kelas dan pemudah cara dalam setiap aktiviti pembelajaran. Dengan itu, masalah tingkah laku pelajar cerdas dapat dikawal. Mereka tidak ada pilihan kecuali menurut peraturan dan undang-undang yang ditetapkan. Mereka yang ingkar akan didenda. Dalam konteks ini, guru tidak berperanan sebagai penceramah di dalam kelas. Mereka perlu membimbing pelajar mengembangkan pengetahuan dan konsep yang mereka pelajari. Guru akan menyediakan pelbagai jenis bahan pembelajaran dan menggalakkan uji kaji, percubaan serta penyelesaian masalah agar pembinaan pengetahuan oleh pelajarnya dapat berlaku. Guru perlu menggalakkan interaksi pelajar untuk bertukar-tukar idea dan pengetahuan tetapi ditahap yang terkawal dan tahap bising yang dibenarkan. Bahan-bahan pembelajaran perlulah mencukupi dan mencabar agar murid tidak memandang rendah keupayaan guru sebagai penyebar ilmu pengetahuan. 4.5 Implikasi dan Modifikasi Teori Perkembangan Psikososial Erikson 9

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Melalui Teori Perkembangan Psikososial Erikson, modifikasi tingkah laku pelajar kurang yakin diri dan mengasingkan diri adalah melalui pengurusan suasana kelas yang kondusif dengan menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka merasa seronok, gembira dan harmonis serta selamat untuk melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Guru perlu menjadi role-model bagi memupuk sikap diri, kepercayaan dan kebiasaan kepada pelajar supaya berani berkongsi perasaan, idea dan fikiran mereka. Sifat kasih sayang yang guru tunjukkan mampu memotivasikan pelajar supaya memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi. Guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar agar dapat meningkatkan keyakinan mereka dan meningkatkan peluang memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri, memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan estetik yang bermutu tinggi. 5.0 PENUTUP Masalah pembelajaran yang berlaku di dalam kelas boleh berupa positif dan negatif. Masalah pembelajaran yang menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas menurut Mok Soon Sang (2002) adalah tingkah laku bermasalah pelajar yang berbentuk positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif adalah seperti ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif manakala tingkah laku bermasalah negatif ialah seperti distruktif, distruptif, bergantung, hiperaktif, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri dalam aktiviti di bilik darjah. Oleh yang demikian, pendekatan dan alternatif yang bersesuaian berlandaskan teori pembelajaran mampu mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang wujud dalam situasi sebenar di dalam sesebuah kelas.

( 2,964 patah perkataan )

10

HBEF2103PSIKOLOGI PENDIDIKAN

BIBLOGRAFI Khadijah Rohani drr (2005). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur : UNITEM Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (2002). Pedagogi untuk kursus diploma perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Ramlah Jantan & Mahani Razali (2001). Psikologi Pendidikan Kontemporari. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Siow Heng Loke drr (2005). Pedagogi Merentas Kurikulum. Kuala Lumpur : Percetakan Zafar Sdn Bhd. Wan Zah Wan Ali drr (2011). HBEF3103Prinsip Teknologi Pengajaran. Edisi ketiga. Selangor : Meteor doc Sdn. Bhd. Yahya Don (2006). Psikologi Sosial Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

11

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->