You are on page 1of 12

PEMARKAHAN 1 2 3 TUGASAN 1 TUGASAN 2 E FORUM JUMLAH

SEMESTER 2 SESI 2011/2012

BML 3083 SEMANTIK DAN PRAKMATIK BAHASA MELAYU


TUGASAN B Setiap perkataan dalam sesuatu bahasa dikatakan mempunyai hubungan yang erat antara satu sama lain.Banyak faktor yang melibatkan interprestasi makna dan amat sukar memastikan ketepatan makna.Hubungan antara makna perkataan berdasarkan. Sinonim antonim,polisemi,homonim dan hiponim Daripad pernyataan di atas,berikan ulasan anda tentang perkara-perkara berikut:Perjelaskan setiap satu komponem makna berikut dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai.

KUMPULAN : UPSI 15 DISEDIAKAN OLEH NAMA FATIMAH BINTI ADAM NO. ID D20102042448 NO. TELEFON 019-9700782

NAMA TUTOR E-LEARNING: DR.ABU HASSAN BIN ABDUL TARIKH SERAH: 15 April 2012

ISI KANDUNGAN

Halaman

1.0

Pengenalan

2.0

Hubungan kata dengan makna

2.1 Sinonim

2-3

2.2 Antonim

3-5

2.3 Polisemi

5-6

2.4 Homonim

6-7

2.5 Hiponim

7-8

4.0

Penutup

RUJUKAN

1.0

Pengenalan

Secara umumnya,semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan,frasa,ayat dan ujaran.Istilah semantik berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu sema yang bermaksud isyarat.Perkataan sema akan menerbitkan kata se mainein yang bermaksud bererti.Kemudian se mainein diinggeriskan menjadi se mantics,dan dalam bahasa Melayu menjadi semantik. Dari sudut istilah,semantik merujuk kepada sistem dan kajian tentang makna dalam bahasa (Kamus Linguistik,1997 dipetik daripada Haji Mohd Isa bin Abdul Razak,2003) Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata.Oleh itu,semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan.. Bahasa merupakan satu gelombang suara atau tulisan yang semuanya merujuk kepada satu makna yang tertentu yang bertindak untuk menyampaikan maklumat atau hasrat.Bunyi ucapan dan coretan tulisan yang merujuk hal tentang makna merupakan sejenis tanda atau sign.Kajian ke atas sistem tanda dikenali sebagai semiotic atau semiology (Ahmad Mahmood Musanif 2004) Asasnya,makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada sesuatu benda.Contohnya, ini bola sambil merujuk kearah sebiji bola.Makna perkataan bola didapati apabila kita melihat sebiji bola.Namun apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda yang hendak ditunjuk atau bersifat abstrak seperti perasaan maka perkataan tersebut tidak diberikan makna.Oleh itu timbullah dalam bidang semantik istilah seperti sinonim,antonim,polisim dan hiponim.Dengan ini makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain (Adenan s.Ayob,2007)

m/s 1

2.0 Hubungan perkataan dengan makna Menurut Abdullah Hassan (1981)kata-kata mengandungi makna dan bagaiman kata-kata itu berhubungan sebenarnya bergantung pada bagaimana pengguna sesuatu bahasa tersebut dapat menyusun segala pengalamannya dalam bentuk kata-kata.Perkataanperkataan dalam sesuatu bahasa boleh mempunyai hubungan antara satu sama lain.Hubungan- hubungan ini mungkin berdasarkan kesamaan makna ( sinonim), perlawanan makna (antonym),hubungan kekeluargaan (hiponim),serta kesamaam bunyi dan bentuk ejaan tetapi berbeza maknanya dalam konteks yang berlainan (polisem). 2.1 Sinonim

Perkataan sinonim berasal daripada bahasa Yunani kuno,iaitu onoma yang bermaksud nama dan syn yang bermaksud nama lain bagi benda atau hal yang sama.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat(2005) mendefinisikan sinonim sebagai kata yang sama atau hampir sama maknanya dengan kata lain.Kamus Luinguistik (1997) pula mendefinisikan sebagai dua kata atau lebih yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama dalam sesuatu bahasa. Contoh sinonim yang didefinisikan dalam dua kamus tersebut adalah seperti perkataan cantik dan indah.Kedua-dua perkataan ini mempunyai makna yang sama.Contoh-contoh perkataan sinonim lain yang boleh menerangkan definisi kesamaan makna seperti yang dijelaskan dalam Kamus Dewan dan Kamus Linguistik adalah seperti suka dan gemar,cepat dan pantas,bijak dan pintar,laju dan deras serta lain-lain perkataan lagi. Hubungan makna antara dua patah perkataan yang bersinonim bersifat dua hala.Jika bijak dikatakan bersinonim dengan cerdik,maka cerdik juga bersinonim dengan bijak. Dalam definisi di atas,dikatakan bahawa makna perkataan-perkataan yang bersinonim itu lebih kurang samamaksudnya unsur kesamaan itu tidak seratus-peratus sama. Perbezaan makna ini dapat dilihat daripada beberapa konteks. (a) Konteks yang tidak boleh ditukar ganti sebagai contoh perempuan dan wanita walaupun bersinonim tetapi ungkapan persatuan wanita tidak dapat ditukar menjadi persatuan perempuan.

m/s 2

(b) Konteks yang formal dan tidak formal misalnya,kata ganti nama diri orang pertama saya digunakan dalam suasana formal sebaliknya kata aku digunakan dalam situasi tidak formal. (c) Konteks susun lapis masyarakat sebagai contoh,kata ganti nama diri orang pertama beta digunakan oleh raja untuk menyebut diri baginda tetapi bagi rakyat biasa kata ganti diri untuk menyebut diri apabila berhubungan dengan golongan diraja ialah patik. (d) Konteks perbezaan penggunaan contohnya,kata mati digunakan dalam konteks biasa sedangkan ungkapan meninggal dunia digunakan dalam konteks yang lebih sopan. Selain itu,terdapat beberapa aspek yang terdapat dalam sinonim yang menarik perhatian kerana :(a) Tidak semua kata dalam bahasa melayu mempunyai sinonim.Misalnya ,kata hujan,padi,dan batu tidak mempunyai sinonim. (b) Ada kata yang bersinonim pada bentuk kata dasar,tetapi tidak bersinonim pada bentuk kata terbitan.Sebagai contohnya,kata benar bersinonim dengan sungguh tetapi kebenaran tidak tidak bersinonim dengan kata kesungguhan. (c) Terdapat kata yang tidak mempunyai sinonim pada bentuk dasar tetapi memiliki sinonim pada bentuk terbitan.Misalnya kata tinggi tidak bersinonim dengan kata tingkat tetapi kata kata meninggikan bersinonim dengan katameningkatkan seperti dalam ungkapan meninggikan taraf hidup dan meningkatkan taraf hidup. (d) Ada kata yang menurut makna asalnya tidak bersinonim,tetapi mempunyai sinonim apabila digunakan sebagai kiasan.Misalnya,kata hitam tidak bersinonim dengan jahat dalam pengertian sebenarnya tetapi bersinonim apabila kata hitam digunakan sebagai kiasan seperti dalam ungkapan watak hitam sama erti dengan watak jahat. 2.2 Antonim Perkataan antonim juga berasal daripada bahasa Yunani kuno,iaitu onoma yang bererti nama dan anti yang bererti melawan.(Nik Safiah Karim dan Norliza Kamaruddin,2004) Oleh itu,antonim bermaksud perkataan yang maknanya dianggap berlawan atau ia juga boleh dikatakan kebalikan daripada sesuatu perkataan. m/s 3

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (1994) pula berpendapat antonim merupakan kata yang berlawan maknya dengan kata lain putih lawannya hitam,tinggi lawannya rendah,benci lawannya sayang.Manakala Abdullah (2005) memanggil antonim itu sebagai perkataan berlawan,misalnya,perkataan luas berlawanan maknanya dengan perkataan sempit. Bagi pendapat seorang pakar bahasa iaitu Asmah Haji Omar(2008),menyatakan antonim sebagai kata lawan dan maknanya ialah kata yang mempunyai pertentangan dari segi maknanya dengan kata lain.Sebagai contoh kata besar mempunyai kata lainnya iaitu kata kecil. Manakala menurut kamus Dewan Edisi Keempat (2010),antonim membawa maksud yang berlawan kata lain misalnya tinggi lawan kepada rendah.Berdasarkan pendapatpendapat ahli bahasa tersebut,dapatlah disimpulkan bahawa antonim ialah sesuatu kata yang mempunyai kata yang berlawanan dengannya seperti jantan lawannya betina,masam lawannya manis,ringan lawannya berta dan sebagainya. 2.2.1 Pembahagian antonim Menurut Abdullah Yusof,Alias Mohd Yatim,dan Moh Rain Shaari (2009),antonim boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu antonim berpasangan,antonim berperingkat dan antonim berhubungan.Kategori-kategori ini dapat dihuraikan sebagai berikut:(a) Antonim berpasangan merujuk kepada kata nama yang sering dianggap mempunyai makna berlawanan,Abdullah Hassan (2005).Antonim ini jenis ini dipanggil sebagai antonim penggenap oleh ahli bahasa.Selain itu, ia juga dipanggil dengan nama antonim komplimentarian. Hal ini membawa maksud bahawa item-item leksikal ini saling melengkapi antara satu sama lain. Menurut beliau lagi,item-item yang sering kita dengar dan lihat sebagai pasangan seperti lelaki lawannya perempuan,hidup lawannya mati,siang lawannya malam dan banyak lagi item-item yang boleh kita senaraikan sebagai antonim berpasangan. Bagi Parera J.D (2004),beliau menyifatkan antonim berpasangan dikenali sebagai pertentangan berbalasan di Indonesia.Pertentangan jenis ini juga dikenali sebagai komplementer.Pertentangan berbalasan ini menuntut balasan atau timbal balik sesuatu kata sebagai pelengkap makna dan ia perlu bersesuaian dengan sesuatu konteks. contohnya tanya lawannya jawab,positif lawannya negatif,membeli lawannya menjual. m/s 4

(b)

Antonim Berperingkat Antonim jenis ini juga dikenali sebagai antonim tafsiran(Redible Antonimy) .Antonim berperingkat sering dikaitkan dengan kata adjektif.Antara kata adjektif yang sering dikaitkan ialah putih lawannya hitam,tua lawannya muda, tinggi lawannya rendah dan seumpamnya.Namun begitu,Abdullah berpendapat perlawanan makna bagi kata adjektif mempunyai perbezaan.Perbezaan ini wujud berdasarkan konteks ayat.Misalnya sekeping papan yang lebar adalah lebih kecil daripada sebuah sungai yang lebar, seluar pendek jauh lebih pendek dari galah yang pendek.

(c)

Antonim Berhubungan Menurut Abdullah Hassan antonim berhubungan ialah sesuatu perkataan yang mempunyai makna yang berlawan.Namun begitu makna bagi perkataan itu saling berhubungan.Bagi Parera J.D ,antonim berhubungan disebut sebagai pertentangan kenasabahan.Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan kenasabahan sebagai perbandingan,pertalian dan perhubungan.Menurut Parera J.D lagi,antonim jenis ini adalah pertentangan yang menunjukkkan hubungan dalam kekeluargaan,tugas atau sesuatu organisasi.Contohnya pria lawannya wanita,komandan lawan perajurit dan kakak lawan adik.

2.3 Polisemi Polisemi merupakan satu kata yang mempunyai erti lebih dari satu makna,Chaer (1994).Goay Teck Chong,Choo Say Tee dan Zainuddin Ahmad,(2006) pula berpendapat polisemi diertikan sebagai satu patah kata yang mempunyai makna yang banyak atau satu set makna. Polisem boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu polisem tulen dan polisem konteks.

(a) Polisem tulen Polisem tulen ialah kata polisem yang mengandungi satu senarai makna yang berlainan semuanya dan dihuraikan bawah satu kata masukkan sahaja.Misalnya perkataan badan yang membawa erti (1) tubuh,(2) lembaga atau yayasan begitu juga dengan perkataan hangat,yang boleh bererti (1)tinggi suhunya kerana dibakar atau direbus, (2) masih baharu berlaku dan menarik perhatian orang,(3) penuh bersemangat dan berapi-api, (4) meriah (5) tegang atau genting. m/s 5

(b) Polisem Konteks Polisem konteks bermaksud perkataan yang mempunyai makna yang berlainan yang bergantung pada konteks..Misalnya kata bantu tentang boleh membawa maksud lawan,seperti dalam ayatkita tentang habis-habisan.Contoh lain ialah perkataan bisa yang membawa maksud sakit sangat dan boleh.Dalam perbualan di Indonesia,secara normalnya bisa digunakan untuk menggantikan perkataan boleh.Berdasarkan contoh contoh di atas,tentang dan bisa bervariasi maknanya,tetapi kewujudan polisem ditinjau berasaskan konteks 2.4 Homonim

Sebagaimana sinonim dan antonim,homonin juga berasal daripada bahasa Yunani Kuno iaitu omana yang bermaksud nama dan homo yang bermaksud sama.Homonim diertikan sebagai ungkapan (perkataan,frasa atau ayat) yang bentuknya sama,sama ada daripada segi sebutan,ejaan atau kedua-duanya sekali dengan ungkapan lain tetapi maknanya tidak sama dan berbeza sama sekali. Antara kata bahasa Melayu yang tergolong dalam homonim termasuklah perkataan ketam.Dalam kamus,kata ketam ini memiliki tiga pengertian yang berbeza (kamus membezakan ketiga-tiganya dengan meletakkan angka roman selepas setiap kata masukkan; Ketam I pisau tidak berhulu untuk menuai padi Ketam II alat bertukang yang digunakan untuk melicinkan kayu Ketam III binatang berkulit keras dan berkaki sepuluh Contoh yang kedua ialah kala. Kala I masa atau ketika.

Kala II sejenis binatang berkaki lapan,bersepit dan ekornya bersengat.

m/s 6

Istilah homofon dan homograf selalu dibincang bersama dengan homonim.Ini adalah kerana terdapat persamaan antara perkara yang dibincangkan.Homonin dilihat dari segi bentuk kesatuan bahasanya,manakala homofon dilihat sama dari segi bunyi contohnya buku mempunyai persamaan dari segi bunyi dan ejaan sementara homograf dilihat sama dari segi sebutan tetapi berbeza dari segi tulisan atau ejaannya. Contohnya bang(azan) dengan bank(institusi kewangan) sama apabila disebut dengan sebutan baku.Contoh-contoh lain yang tergolong sebagai homofon Baka (asal keturunan) Jin (makhluk halus) Kari ( gulai rempah) dengan baqa (kekal) Jean (sejenis seluar tebal) qari (pembaca Quran lelaki)

Dalam pada itu,terdapat juga perkataan-perkataan yang ditulis sama tetapi sebutan berbeza.Contohnya mengerat(memotong) dan mengeratkan (merapatkan ).Ini kerana huruf e mewakili dua bunyi iaitu e pepet dan e taling.Contoh perkataan semak [ sema] bermaksud belukar,semak [ sema?] bermaksud meneliti. 2.5 Hiponim

Hiponimi berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nama yang di bawah. Ia dapat dilihat terutamanya apabila kita menjalankan klasifikasi dalam bidang tertentu (Asha Doshi, 2004). Oleh yang demikian, perhubungan ini melibatkan sesetengah item leksikal yang mempunyai makna yang lebih luas daripada item leksikal yang lain. Terdapat dua jenis perhubungan hiponimi, iaitu hubungan hiponimi sejenis dan meronimi (Baskaran, 2003; Jackson dan Z Amvela, 2000; Yule, 1994). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) hiponim boleh didefinisikan sebagai kata yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain Hubungan hiponimi sejenis adalah hubungan hirarki yang mana item leksikal yang di atas mempunyai makna yang paling umum dan boleh digunakan untuk merujuk item-item leksikal yang di bawahnya. Ia juga dikenali sebagai superordinat. Superordinat atau hipenim ialah makna umum iaitu merangkumi makna yang luas.Item-item leksikal yang di bawahnya pula mempunyai makna yang lebih spesifik dan mempunyai unsur makna item leksikal yang di atasnya. Item-itemleksikal ini dikenali sebagai subordinat atau hiponim. m/s 7

Hubungan di antara hiponim-hiponim ini dikenali sebagai ko-hiponimi (Asha Doshi, 2004; Jackson dan Z Amvela, 2000). Contoh:Hipernim : Kenderaan ( superordinat/makna am) Hiponim : Perahu,lori,van,bas,kereta,kapal terbang( makna khas/superdinat) Abdullah Hassan (2005) telah membahagikan kata himponim kepada 2 bahagian iaitu: (i) Hiponim Tulen - Struktur hiponim tulen berlaku apabila ada satu perkataan yang mempunyai makna yang luas dan umum mencakupi makna dua atau lebih perkataan lain.(Abdullah Hassan,2005).Contoh hiponim tulen dalam bahasa Melayu dapat dilihat dalam perkataan padi.Perkataan padi mempunyai dua perkataan dalam golongannya,iaitu beras dan nasi.Dalam hal ini makna beras dan nasi tercakup dalam makna perkataan padi dan mempunyai maksud kata yang tersendiri.

(ii) Hiponim umum Menurut Abdullah Hassan (2005),hiponim umum berlaku apabila terdapat satu perkataan yang menjadi nama umum.Kata nama itu kemudian boleh dicantumkan dengan perkataan yang menjadi komponen maknanya.Perkataan bunga memberi nama kepada semua jenis bunga.Ada bunga melur,bunga kemboja,bunga mawar,bunga raya,dan sebagainya.Perkataan bunga adalah umum.Oleh itu,perkataan bunga mesti digabungkan dengan sesuatu jenis bunga tertentu bagi menamakan jenis bunga tertentu contohnya bunga mawar. Kesimpulanya ,himponim boleh dimaksudkan sebagai kata yang merangkumi maknamaknayang terkandung di dalamnya.sesuatu konsep makna yang terkandung dalam sesuatu kata yang lebih besar.Oleh itu,hiponim bermaksud ungkapan yang maknanya dianggap sebahagian daripada makna suatu ungkapan yang lain.

m/s 8

2.0 Kesimpulan Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa jenis hubungan makna dalaman (sense) di antara leksim-leksim dalam sesuatu bahasa, dan dalam bidang tata hias Bahasa Melayu leksimleksim ialah seperti sinonim,antonim,polisemi,homonin dan hiponim. Sinonim dan hiponimi adalah yang paling luas digunakan dalam memerikan makna. Dalam perhubungan sinonimi, laras bahasa formal atau tidak formal, daftar kegunaan dan konotasi menghasilkan sinonim. Dalam semantik leksikal ,Hiponim pula banyak berkaitan dengan warna dan tona warna, dan bahagian-bahagian kediaman. Berdasarkan pembacaan dan penelitian saya,bangsa Melayu memiliki satu khazanah berharga iaitu lekasikal semantik.Semantik adalah lambang kehebatan orang-orang melayu dalam berbahasa.Kesan dari arus globalisasi yang keras ini,penggunaan semantik kian terpinggir dalam masyarakat melayu sendiri.Semua pihak harus berkerjasama agar pusaka berharga ini tidak terus tenggelam di bawa arus modenisasi.

(2100 patah perkataan)

Rujukkan

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Kamus Dewan Edisi Keempat (2010),Kuala Lumpr : Dewan Bahasa dan Pustaka

Abdullah Yusof, (2009),Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.Kuala Lumpur Guru. Kuala Lumpur : Penerbit Icon Regian Sdn.Bhd

Abdullah Hassan (2006),Linguitik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Kuala Lumpur : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd Abdullah Yusof,Alias Mohd Yatim dan Mohd Rain Shaari,(2009), Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd

Jose Daniel Parera,(1990),Teori Semantik Institut keguruan dan ilmu Pendidikan Jakarta, Penerbit Erlangga: Jakarta

You might also like