You are on page 1of 17

http://mymalaysiainfo.com/maklumat/health/obesiti/punca-punca-obesiti/index.

htm Causes Of Obesity

( Punca - punca Obesiti ) Obesiti: Punca dan Pencegahan


Obesiti merupakan antara faktor utama penyumbang kepada masalah sakit jantung, tekanan darah tinggi, hiperlipidemia (tinggi kandungan kolesterol dalam darah), kencing manis dan sebagainya. Obesiti merupakan masalah pengumpulan lemak yang berlebihan di dalam badan manusia. Secara umumnya obesiti dikenali oleh masyarakat sebagai masalah kegemukan atau berlebihan berat badan. Setiap kita yang sihat adalah berisiko untuk gemuk jika tiada inisiatif diri untuk menjaga dan mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal. www.sno0p-m1nd88.net

Obesity Therapy Causes Of Obesity


Overeating is the main cause of obesity. When the consumption intake does not match physical expenditure in a single day, obesity begins. ... www.obesity-therapy.most-effective-solution.com

General Causes of Modern Obesity


The risk factors and contributory causes of obesity - a disease of excesdocumented genetic and environmental factors. www.annecollins.com

Causes of Obesity and Weight Gain


Causes of obesity and weight gain can be linked to heredity or result from physical, psychological, or environmental conditions www.morefocused.com

What Causes Obesity?


A brief of things that interact and contribute to one becoming morbidly obese, these may include genetics, culture, physical inactivity, gender, age, ... www.stvincent.org

Causes of Obesity | Why are you obese?


Are you obese? Find out the causes of obesity. www.weightlosswand.com

Causes of Obesity - What are the Causes of Obesity


What are the causes of obesity? Find out why we gain weight so easily and how to help combat it. www.weightloss.about.com

Obesity - The Real Cause of Obesity


obesity, the real cause of obesity, obesity epidemic. www.truehealth.org

s body fat characterised by a body mass index of 30+ - include a range of well________________________________________________________________________ http://duniasihat.net23.net/1_5_Punca-Obesiti.html

Punca Obesiti

Mengapa Negara Kita Ramai Orang Gemuk?


1.Pemakanan Yang Tidak Sihat Obesiti di Malaysia semestinya di kaitkan dengan pemakanan yang tidak sihat.Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,Malaysia juga sering di hiasi dengan pelbagai hidangan makanan dan 90% daripadanya yang menjadi rutin makanan harian adalah tidak sihat sama sekali contohnya seperti Roti Canai,Teh Tarik dan Nasi Lemak.Yang lebih membimbangkan kita makanan ini menjadi sarapan kepada masyarakat kita

2.Cara Hidup Yang Tidak Cergas Rata rata rakyat malaysia mengamalkan cara hidup yang tidak cergas kerana semua di negara ini terlalu mudah contohnya internet banking,walaupun ianya merupakan implikasi teknologi masa kini tetapi membawa kesan buruk terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat kerana masyarakat akan lebih cenderong duduk di rumah berbadanding keluar.Oleh itu wujudla masyarakat yang malas dan tadak cergas dalam negara ini.Waktu petang kalau kita amati ialah waktu untuk beriadah tetapi anak muda masa kini lebih gemar menghabiskan waktu di kedai mamak.

3.Pemakanan Yang Tidak Mengikut Waktu Menurut pakar pemakanan,mengambil makanan pada waktu yang tepat akan menyerbabkan badan kita menjadi hidup bermakna tidak letih,dan lebih bertenaga.Namun terdapat segelintir masyarakat di negara ini selalu mengabaikan waktu makan dan makan pada waktu yang tidak betul seperti tengah malam.Ini boleh mendatangkan obes dan makanan tidak dapat di hadam dengan sebaiknya. 4.Persekitaran Tidak Sihat Di Malaysia khususnya amat sukar untuk menjaga kesihatan kerana kegemaran orang tempatan bila berniaga ialah membuka restoren makanan.Implikasi daripada fenomena ini terdapat pelbagai reastoren di sekitar ibu kota dan makanan yang di jual terdiri daripada makanan yang tidak berkhasiat.Perkara yang paling memburukkan lagi ialah tabiat mememakan makanan berkhasiat ini makin berleluasa kadang kala ade segelintir warga kota yang menjadikan makanan yang

mempunyai kolestrol dan lemak yang tinggi sebagai makanan harian.Fenomena ini bakal mengundang tabiaat hidup yang tidak sihat dan membawa penyakit yang merbahaya seperti kencing manis dan darah tinggi,

http://www.scribd.com/doc/31412572/punca-obesiti

PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITI Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yangdisebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalahkesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalahobesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalugemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalamitekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam MediaPermata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yangtertinggi di Asia.Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga bolehmenjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesity yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecilmenjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh merekayang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan. Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusanatau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald,Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja keranamereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja.Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orangramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan initidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yangtimbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebihkerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usahaini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

CIRI-CIRI SEORANG USAHAWAN BERJAYA 1. Keperluan yang tinggi untuk berjaya.2. Hasrat untuk menerima cabaran.3. Berani bertindak dalam apa-apa situasi.4. Penyelesai masalah.5. Sering mengharapkan masa depan yang baik.6. Sentiasa peka kepada persekitaran dan sering mencari peluang.7. Memiliki kepercayaan timbal balik dengan orang lain.8. Kesudian menerima tanggungjawab.9. Mahir berkomunikasi10. Konsep diri yang positif.11. Mahu dan sentiasa belajar dari kesilapan dan orang berjaya.12. Berperasaan tidak puashati dan mahu perubahan.13. Berorientasikan perancangan.14. Berkemahiran dalam pengurusan.15. Menetapkan matlamat.16. Mahukan kemajuan.17. Menyedari keperluan menggunakan agensi dan maklumat.18. Berkepimpinan.19. Bersungguh dan berusaha.20. Pandai membuat keputusan.21. Melihat satu-satu perkara dari sudut positif .22. Bersyukur dengan kehendak Tuhan. MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK USAHA & LANGKAH Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata. Oleh itu,mereka tidak menitikberatkan semangat patriotik dan tidak tidak mempedulikan sambutan harikebangsaan, contohnya anggota masyarakat kita tidak mengibarkan bendera Malaysia ketikasambutan ulang tahun kemerdekaan negara dijalankan. Jadi, kita berharap agar semangat patriotik dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangkusekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dandikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita dapat melahirkanmasyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-perkara yang akanmemburukkan nama negara.Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian danmemberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolahdan di institusi pengajian tinggi. Sekiranya perkara ini dilakukan, murid-murid akanmemahami dan menghayati semangat patriotik kerana aspek tersebut dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di dalamkelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh halyang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalahselepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalamkalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di sampingmedia elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan

danmeningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyendan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itumedia elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktivitiyang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalanganmasyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan. Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, JabatanPenyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakatyang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahajadapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum dinegara kita.Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripadapemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi pemimpin-pemimpinmereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para pemimpin perlulah selalumengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinyadengan sepenuh hati. Hal ini penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklahdihayati, dijaga dan dikekalkan sampai bila-bila. Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan olehsemua orang sudah pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang. Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulahdijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana, semangat patriotik ini pentinguntuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yanglain. Skiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja, pastilah merekatidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat.

___________________________________________________________________________

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang dilaksanakan di negara kita merupakan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi.

Program yang dilaksanakan ini banyak mendatangkan manfaat. Melaluinya remaja dapat menyemai nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada hari ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak tahu erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. PLKN juga bertindak sebagai satu makanisme bagi pembentukan disiplin diri remaja. Disiplin diri merupakan asas penting bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan mendisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Program ini yang melibatkan pelbagai kaum juga, dapat memperkukuhkan integrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui sistem pentadbiran. Program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu, iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan khidmat masyarakat. Latihan fizikal PLKN tidak membabitkan penggunaan senjata api atau latihan ketenteraan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas ketenteraan ini, para remaja didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup. Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara.. Justeru, semua pihak khususya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini.

http://www.karangan.net/2011/08/program-latihan-khidmat-negara-plkn/ Pada tahun 2002, Program Latihan Khidmat Negara ditubuhkan dan ia juga merupakan kursus latihan yang wajib dilatih selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN di seluruh Malaysia. Pelatih yang dipilih merupakan pelajar yang baru menamatkan pedidikan sekolah menengah mereka. Pelajar yang terlibat kebanyakkan berumur 17 tahun dan 17 tahun ke atas. Latihan ini bertujuan untuk membinakan sahsiah diri yang bermatlamatkan pembinaan dan pengukuhkan semangat patriotisme?di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan yang positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana ia dilaksanakan menurut cara Malaysia. Program ini dilaksanakan dengan gabungan daripada latihan ketenteraan dan penanaman nilai-nilai patriotik kepada generasi muda ke arah cinta , kasih dan sayang akan negara. Program ini berbeza daripada kerahan tenaga yang dilaksanakan daripada beberapa buah negara lain kerana menggunakan modul dan acuan kita sendiri yang disesuaikan dengan keadaan sosial, budaya dan ekonomi. Program dilaksanakan untuk mendatangkan pelbagai jenis manfaat kepada remaja. Remaja dapat menyemaikan nilai-nilai patriotik yang semakin luntur dalam kalangan remaja pada

zaman ini. Perubahan masa dan cara hidup pada masa kini menjadikan mereka leka sehingga tidak mengetahui erti kesusahan dan penderitaan hidup generasi sebelum merdeka. Latihan PLKN ini juga bertindak sebagai satu mekanisme bagi pembentukan disiplin diri para remaja. Disiplin diri merupakan teras kepentingan bagi sesuatu kejayaan. Masa lapang selepas tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diisi dengan kegiatan yang berfaedah dan berdisiplinkan diri dengan jadual yang ditentukan. Program ini juga dapat mematangkan fikiran mereka setelah menjalani latihan dan pengujian ketahanan mental dan fizikal. Program ini melibatkan remaja yang pelbagai kaum untuk memperkukuhkan integrasi nasional. Melalui program ini, remaja daripada berbilang kaum, kebudayaan dan agama dapat dihimpunkan dalam satu wadah bagi menyuburkan semangat perpaduan kaum. Hal ini kerana semasa menjalani aktiviti program mereka tinggal bersama-sama. Jurulatih PLKN juga membantu pelatih memahami cara Negara yang merangkumi tanah air, rakyat dan kadaulatan ini ditadbir melalui sistem pentadbiran Program yang dilaksanakan dalam PLKN meliputi modul-modul tertentu, iaitu latihan fizikal, kursus bina semangat, kursus bina perwatakan dan khidmat masyarakat. Latihan fizikal PLKN tidak membabitkan penggunaan senjata api atau latihan ketenteraan. Para pelajar akan belajar berkawat, tempur tanpa senjata, pertolongan cemas, merentas halangan dan kegiatan sukan. Melalui asas ketenteraan ini, para remaja didedahkan dengan kemahiran kepimpinan dan ikhtiar hidup. Secara tuntas, Program Latihan Khidmat Negara yang dijalankan memang?mendatangkan kebaikan kepada remaja mahupun negara.. Justeru, semua pihak?khususya para remaja dan ibu bapa perlu menyahut seruan kerajaan dengan menyertai program ini.

http://amyandrewcoates09.blogspot.com/2009/07/punca-cara-mengatasi-masalah-obesiti.html
PUNCA & CARA MENGATASI MASALAH OBESITI Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan mereka sepenuhnya kerana badan yang terlalu gemuk sudah semestinya membataskan pergerakan mereka. Mereka juga akan mengalami tekanan akibat perasaan malu dan rendah diri. Hasil kajian yang pernah diterbitkan dalam Media Permata di Brunei menunjukkan bahawa peratusan penduduk obes di negara ini adalah yang tertinggi di Asia. Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Cara memasak seperti menggoreng juga boleh menjadi penyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan. Kita juga hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan kita. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, kita mesti melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan. Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera seperti KFC, Mcdonald, Ayamku, dan Pizza Hut digemari ramai penduduk Brunei terutama mereka yang bekerja kerana mereka tidak perlu lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun makanan yang disediakan oleh restoran makanan segera ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi. Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan. Perhatian : terdapat beberapa lagi isi yang boleh dimuatkan dalam esei pendek ini. sebagai contoh, sekiranya isu melibatkan masyarakat, anda boleh mencadangkan suatu kempen kesedaran dijalankan oleh pihak kerajaan dan bukan kerajaan.

Perkataan hari ini : 1. Pelbagai = berbagai-bagai 2. Mengelakkan = menghindarkan, menjauhkan, menyingkirkan 3. Punca = pangkal, sebab bermula, sumber, asal Posted by Cikgu Amy at Monday, July 06, 2009 0 comments:

http://www.facebook.com/notes/mia-isma-enterprise/obesiti-dan-caramengatasi/108056235885914

Obesiti dan cara mengatasi


by mia isma enterprise on Thursday, March 25, 2010 at 5:24pm

Tahukah anda???

1.6 billion orang dewasa terlebih berat badan dan 400 juta yang obes di serat dunia. Sebanyak 50% daripada 13 juta warga Malaysia dewasa mungkin terlebih berat badan. 43.1% daripada warga Malaysia dewasa adalah terlebih berat badan.

Persatuan Obesiti Amerika 2002 mengeluarkan kenyataan bahawa: Berkeadaan obses meningkatkan risiko individu kepada lebih kurang 30 keadaan masalah kesihatan yang serius.

Jurnal Nutrisi, 2005 Dalam diet berprotein tinggi, apabila digabungkan dengan senaman, mereka yang berdiet lebih banyak menghilangkan lemak berbanding otot.

BAGAIMANA MENGATASI Bagaimana untuk mengatasi masalah ini adalah satu isu yang sangat-sangat perlu dibincangkan. Risiko obesiti sangat tinggi dan kita perlulah mengelak dan cuba mengatasi masalah ini. Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Amalkan pemakanan yang seimbang. Kurangkan pengambilan kolestrol seperti makanan berminyak dan mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi. Amalkan pemakanan yang seimbang, lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta makanan rendah lemak. Tetapi haruslah diingat, sesetengah makanan dan minuman rendah lemak mempunyai kandungan kalori yang tinggi seperti alkohol, minuman manis dan gula-gula.

Oleh itu kami mencadangkan anda untuk mengambil F1 dari Herbalife kerana ianya rendah kalori, rendah lemak, tinggi protein dan tiada kolestrol. Selamat dan berkesan.

Yang terbaik adalah ia tidak akan menurunkan berat badan dengan begitu cepat atau mendadak. Sekurang-kurangya 2-5 kg sebulan. Jika berat anda turun dengan mendadak, anda mungkin kehilangan tisu otot-otot dan bukannya lemak yang sepatutnya dihapuskan. Telah dibuktikan keberkesanannya.

2. Bersenam dengan kadar yang konsisten. Dua kali seminggu, 20 minit setiap sesi. Sebagai permulaan, cukup walaupun sekadar berjalan kaki. 3. Elakkan makan apabila berada dalam keadaan stress. Anda mungkin makan secara berlebihan. 4. Elakkan makan sewaktu menonton tv kerana anda tidak dapat mengawal kuantiti makanan yang anda makan. 5. Banyakkan minun air kosong, sekurang-kurangnya 9 gelas sehari. ____________________________________________________________________ http://www.slideshare.net/mfr1505/obesiti-presentation

obesiti Presentation Transcript


1. OBESITI 2. KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Empat daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan, kata Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai. OBESITI DI MALAYSIA 3. STATISTIK OBESITI DI MALAYSIA (MENGIKUT KAUM)

4. APA ITU OBESITI? Obesiti ialah sejenis penyakit nutrisi. Seseorang dikatakan obes jika: Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40 atau 35 beratnya adalah 30% lebih tinggi daripada julat normal bagi tinggi badan, jantina dan umurnya. 5. APA ITU OBESITI? Seseorang dikatakan obes jika: Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR) WHR boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan. Keliling pinggang sm/in Keliling pinggul sm/in 6. APA ITU OBESITI? Seseorang dikatakan obes jika: WHR sebanyak 0.9 atau kurang dianggap sihat bagi kaum lelaki dan nisbah sebanyak 0.8 atau kurang dianggap sebagai petunjuk sihat bagi kaum wanita. WHR sebanyak 1.0 atau lebih menandakan peningkatan risiko bagi keadaan kurang sihat dan isyarat bahawa tindakan untuk mengurangkan lemak daripada bahagian perut adalah langkah yang bijak. 7. APA PUNCA OBESITI? Genetik atau keturunan gaya pemakanan keluarga Pemakanan - Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. Kurang aktiviti/senaman Pengambilan ubat-ubatan 8. APA KESAN OBESITI? Dari segi emosi, seorang yang obes boleh menghadapi masalah kekurangan keyakinan diri dan depresi kerana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif. 9. APA KESAN OBESITI? Selain itu, berat badan berlebihan boleh merosakkan sendi dan mengakibatkan osteoartritis. 10. APA KESAN OBESITI? Obesiti yang serius juga meningkatkan risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes , masalah pundi hempedu, gout, penyakit jantung dan kanser. 11. CARA MENGATASI OBESITI AMALKAN MAKANAN SEIMBANG: 12. CARA MENGATASI OBESITI Mengurangkan gula, garam, alkohol dan makanan berlemak; makanan segera. Mengelakkan produk tenusu lemak penuh; snek begula dan berlemak seperti kek, biskut dan kacang 13. CARA MENGATASI OBESITI MAKANAN SEIMBANG: Memperbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan salad; karbohidrat kompleks yang terdapat dalam pasta dan ubi kentang 14. CARA MENGATASI OBESITI SENAMAN: Berjalan kaki dengan cepat, menaiki tangga, bersenam aerobik . Berlari, lari-lari anak (joging), ber basikal , berenang , atau merentas desa. 15. CARA MENGATASI OBESITI SENAMAN: Bersukan dengan bermain tenis , bola sepak , atau skuasy . Berjalan-jalan, berkebun . Melakukan kerja-kerja rumah, menari, dan aktiviti-aktiviti yang lain. 16. AMALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT! TERIMA KASIH

http://hyperobesitiworld.blogspot.com/2010/08/langkah-langkah-mengatasi-obesiti.html

Obesiti
Friday, August 27, 2010

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI OBESITI Apakah tindakan wajar yang patut diambil untuk membendung obesiti daripada terus menular dalam kalangan kanak-kanak? Disini terdapat beberapa kaedah untuk mengatasi masalah ini. PEMAKANAN YANG SEIMBANG Tahukah anda apa itu asimilasi makanan? Asimilasi makanan ialah proses pencernaan dan pemakanan berkhasiat menjadi tisu hidup. Di samping itu, dengan adanya pemakanan, kita juga dapat mengetahui bagaimana badan kita bekerja. Dalam pemakanan ini terkandung semua jenis pengelasan makanan, misalnya vitami, protei, lemak dan sebagainya. Makanan berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan bijirin sebenarnya dapat membantu pertumbuhan serta kesihatan tubuh badan. Elakkan makanan yang tinggi kandungan kolori seperti makan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan dan banyakkan makanan yang direbus dan dibakar. Elakkan menggunakan susu pekat manis dalam masakan kerana susu mengandungi kandungan gula yang amat tinggi. Selain itu, kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih. Hindari makanan berkadar gula dan lemak tinggi seperti cake cokelat, mentega, lemak haiwan dan sebagainya, Kita mestilah makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan. Minuman bersoda mestilah dikurangkan kerana kanak-kanak yang mengambil minuman ini berisiko tinggi mengalami kegemukan. Laporan para pengkaji dari Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh The British Medikal Journal The Lancet, remaja AS perlu segera mengurangkan minuman bersoda dan jeruk yang berisiko mengganggu kesihatan. Kegemukan dalam kalangan kanak-kanak juga disebabkan oleh punca lain. Misalnya tabiat menonton televisyen yang terlalu lama. Rancangan yang menarik seperti kartun dan telenovela membuatkan kanak-kanak mengurangkan aktiviti di luar rumah. Keadaan demikian mendorong tubuh kurang bergerak dan mudah menjadi gemuk. MAKANAN YANG SESUAI Pemakanan yang sihat sangat penting untuk tubuh kita. Hal demikian kerana diet pemakanan yang sihat sebenarnya dapat membantu menghasilkan tenaga serta dapat membantu tubuh kita bekerja dengan lebih baik. Tentu ramai dalam kalangan anda yang gemar menghabiskan masa berada di hadapan televisyen. Aktiviti sebegini memang menyeronokkan, tetapi anda harus ingat aktivitri separti ini sebenarnya tidak bagus untuk tubuh anda. Aktiviti ini dopanggil sebagai aktiviti statik kerana hanya duduk dan tidak sedikitpun melakukan senaman bagi membakar kalori dalam tubuh badan. Ini mungkin boleh mendatangkan kegemukan. Juteru, bagi merangsang tubuh badan supaya bergiat aktif, anda boleh melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bermain, menari, menyertai acara sukan, mengemas rumah atau mencuci kereta pada waktu lapang dan aktiviti lain yang dirasakan sesuai dengan keupayaan anda. Oleh itu, dengan melakukan aktiviti seperti ini, kita juga dapat membantu otot-otot kita menjadi kuat. AMALAN SENAMAN YANG EFEKTIF Tentu ramai yang takut dan bimbang ditimpa pelbagai penyakit bukan? Jangan bimbang, kalau ad penyakit tentu ada penawarnya. Senaman yang dirasakan sesuai untuk meningkatkan lagi aktiviti anda supaya tidak berlaku masalah kesihatan. Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap haridalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan. Sebaikbaiknya amalkan senaman selama 15 setiap hari daripada bersenam selama 2 jam tetapi hanya

seminggu sekali. Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya. Kenapa perlu bersenam? Anda tahu atau tidak mengapa kita perlu bersenam? Disini terdapat banyak faedah. Antaranya adalah badan kita menjadi sihat dan kuat. Kita juga akan terhindar daripada pelbagai penyakit. Antara faedah lain daripada bersenam ialah senaman dapat meningkatkan kelembutan (kelenturan otot) dan membina kekuatan otot. Selain itu, jantung bekerja lebih cekap ketika bersenam dan berehat. Pergerakan nadi akan meningkat dan mencegah pengerasan arteri serta menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh membawa penyakit jantung dan angin ahmar. Bersenam juga dapat menguatkan tulang dan meningkatkan imbangan. Hal demikian dapat membantu mencegah atau memperlahankan proses osteoporosis (kereputan tulang) dan mengurangkan risiko daripada terjatuh yang boleh menyebabkan patah pinggan atau kecederaan yang lain. HASWANI BINTI HARUN (206751) MENGUBAH TABIAT Seseorang obesity perlu mengenalpastikan masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan seperti tekanan perasaan ,makan mengikut perasaan,bosan dan sebagainya.seseoarang itu perlu mengelakkan perkara tersebut berlaku agar berat badan tidak di pengaruhi dengan perkara-perkara yang menyebabkan kegemukan.pesakit juga perlu meletakkan matlamat untuk mengurangkan pengambilan kalori dan meningkatkan aktiviti fizikal seperti bersenam semasa menonton televisyen dan sebagainya.selain itu,pesakit hanya perlu menimbang berat badan mereka sekali seminggu untuk melihat perubahan yang berlaku.hal demikian kerana apabila mereka mengetahui berlaku sedikit perubahan ke atas diri sendiri ,mereka akan lebih yakin untuk meneruskan matlamat untuk menguruskan berat badan.mereka juga perlu memantau jumlah dan jenis pemakanan dan minuman yang diambil serta aktiviti fizikal yang dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan.hal ini kerana jika perkara tersebut tidak dititikberatkan minda akan lebih cenderung untuk tidak mematuhi pemakanan yang seimbang.mereka juga memerlukan sokongan yang kuat daripada keluarga dan kawan kerana golongan tersebut dapat menberi semangat untuk lebih yakin dengan berat badan mereka. UBAT-UBATAN Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga sepuluh peratus berat badan.terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu lipase inhibator.sejenis ubat untuk menhaklang enzim lipase didalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh.bagaimanapun,ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki system penghadaman makanan.selain itu,terdapat juga ubat untuk mengekalkan paras hormone adrenalin dan serotonin.dengan memakan ubat ini,ia akan mengawal fingsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang.kesan sampingannya ialah hipertensi,sukar tidur,jantung berdebar,panas dan sebagainya.ubat ini tidak digalakkan makan selalu kerana mengundang kesan sampingan .ubat yang ketiga adalah ubat kencing manis.ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitivity sel terhadap hormone insulin.ubat yang keempat merupakan ubat antikemurungan.walaupaun ia boleh menurunkan berat badan ,ia

tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.penggunaan ubat-ubatan juga tidak digalakkan keran akan membahayakan kesihatan.di samping itu,individu juga boleh mengambil produk herba seperti yang kita semua tahu iaitu Jus mate 5.produk tersebut dapat membantu golongan yang mengalami masalah obesity.terbukti perubatan Dr. Rozmey membawa kepada kejayaan kerana ramai yang menggunakan produk ini telah Berjaya mengurangkan berat badan mereka.oleh itu .individu yang mengalami obesity disarankan mendapatkan khidmat nasihat pakar pediatric,pakar pemakanan atau pakar diet adalah satu keadaan yang kompleks.nasihat pakar penting bagi mengelak penggunaan teknik-teknik diet yang mungkin memberi kesan buruk. NUR HANIM BINTI AYOB (206745) KESIMPULAN Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang terlibat perlu mengambil langkah langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing masing. Posted by hyperobes at 12:08 AM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook 3 comments:

1. C31Aug 27, 2010 09:26 PM

Senaman memang merupakan satu langkah untuk mengatasi obesiti. Namun begitu, terdapat juga orang yang kerap bersenam tetapi masih mengalami masalah obesiti. Ini adalah disebabkan oleh apa?
Reply

2. KesihatanAug 30, 2010 02:46 AM

selepas membaca petikan ini, saya medapati masalah obesiti semakin menular dalam masyarakat serba moden ini, walaubagaimanapun, saya berasa ibubapa juga perlu memberi perhatian terhadap kanak-kanak mereka terutama dalam makanan mereka, pemakanan segera perlu dikurangkan.
Reply

3. firdausDec 4, 2011 09:32 AM

Masalah kegemukan di Malaysia mmg menjadi perkara utama ini disebabkan sikap rakyat malaysia yg suka makan. Kita boleh lihat selapas jam 6mlm kedai2 makan bersepah dgn majoriti penduduk malaysia yg masih makan mlm. Masalah ini ditambah lagi dengan kurangnya aktiviti riadah dimana 20% sahaja taman2 rekresi dan kompleks sukan digunakan. Kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit membina fasiliti ini untuk rakyat. Sikap ini boleh diubah jika rakyat malaysia mengamalkan gaya hidup sihat dan jika sukar juga ambillah cara yg lebih mudah seperti diblog ini http://beautifulanie.blogspot.com/ itu pun jika berkemampuan

http://anggunsihatceria.blogspot.com/2010/06/cara-mengatasi-obesiti.html
Cara mengatasi Obesiti.

Mahu atau tidak mahu, suka atau tidak suka seandainya kita hendak menukar status kita daripada obesiti kepada tahap yang normal dan sihat maka kita hendaklah menjalani hidup yang sihat iaitu: 1) mengamalkan senaman secara "regular" dan bukan "hangat-hangat tahi ayam". 2) amalan pemakanan yang sihat. Senaman: Bersenam atau sebarang aktiviti bergerak akan membuatkan sel-sel otot kita menjadi aktif dan ia penting bagi membolehkan hormon & enzim dalam darah terhasil. Mitokondria adalah sel-sel yang terdapat dalam otot. Otot yang tidak aktif mengeluarkan tenaga yang sedikit kerana bilangan mitokondrianya sangat kecil. Otot yang kuat membuatkan pembakaran lemak dalam tubuh menjadi pantas dengan penggunaan tenaga yang berkesan. Bermakna kita perlu melakukan senaman yang boleh meninhkatkan saiz otot dan menguatkan otot. Senaman-Beberapa perkara yang harus dipandang serius :

Pastikan ia bukan aktiviti "hangat-hangat tahi ayam".

Saya berkata demikian kerana terlalu ramai yang memandang ringan aktiviti senaman ini. Ada yang bersenam sekali seminggu, ada yang bersenam sebulan sekali, ada yang

bersenan setahun sekali dan yang paling teruk ialah tak pernah bersenam. Tidak dinafikan menyapu rumah, mengemop lantai & naik turun tangga juga salah satu aktiviti dalam menggerakkan otot. Cuma di sini saya cuba memberi fokus berkenaan senaman terancang yang mempunyai lebih manfaatnya berbanding pergerakan otot secara rutin tersebut. Ciri-ciri senaman terancang yang mesti dipandang serius: 1. Tetapkan jenis senaman yang hendak anda lakukan. Senamrobik, berjalan kaki, berbasikal, berenang dan sebagainya. Bergantung kpd umur, tahap kesihatan & kecergasan anda. 2. Pastikan senaman dilakukan paling kurang 3-5 kali seminggu. 3. Kadar masa ialah antara 20 - 60 minit untuk satu sesi. 4. Dapatkan ilmu berkenaan senaman yang menjadi pilihan anda sebelum anda melakukannya. "Adakah sama org-org yang mengetahui dgn org-org yang tidak mengetahui? sesungguhnya org-org yang berakallah yang dapat menerima pelajaran. (Az Zumar :9) 5. Pastikan tempat pilihan anda bersenam itu selamat & selesa.

Amalan pemakanan yang sihat: Amalkan selalu pemakanan yang sihat. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa masyarakat Malaysia makan apa sahaja tanpa memikirkan kesan pada kesihatan. Tambah-tambah lagi tiadanya ilmu berkenaan pemakanan yang sihat & berapakan sebenarnya kandungan kalori yang harus diambil oleh diri kita setiap hari. Jika kalori berlebihan & tidak dikeluarkan melalui aktiviti bersenam maka ia akan berkumpul menjadi lemak pada hari tersebut & akan terus berkumpul untuk hari yang berikutnya sehinggalah apabila kita disahkan pengidap penyakit2 seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, obesiti, jantung , kanser, sakit sendi, lenguh2 sendi dan sebagainya. Bila tiba ke peringkat ini maka ibarat kata pepatah "menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.." Pastikan makanan yang kita ambil adalah berkhasiat & seimbang. Untuk wanita : umur tenaga (kalori) -Aktif 0-39 2000 -Sederhana aktif 40-49 1900 -Berat badan 50-60 1800 -50 kg > 60 1600 *Aktif yang dimaksudkan ialah yg mempunyai regular excersice. Kita dinasihatkan makan tepat pada waktu yang ditetapkan dan elakkan dari makan antara waktu makan (sarapan, makan tengahari & makan malam). Sekiranya anda terasa lapar

antara masa makan tersebut anda digalakkan minum banyak air kosong @ makan buahbuahan yang rendah kalorinya seperti:

sebiji epal (63 kalori) sepotong tembikai (20 kalori) sepotong betik (45 kalori) sepotong nanas (59 kalori)

Adalah lebih baik untuk makan malam sebelum atau tepat pukul 7 malam. Ini adalah kerana pada masa itu kita masih bergerak aktif & proses pembakaran lemak & kaloro masih aktif berbanding jika kita makanan jam 9 malam. Makanan yg sangat tinggi kalorinya (> 600 kalori):

nasi goreng + telur/ ayam goreng

Makanan yang tinggi kalorinya (401-600 kalori):


Nasi Beryani sahaja (448 kcal) Nasi minyak sahaja (436 kcal) Mi bandung, mi kari dll

Makanan yang sederhana kalorinya (101-401 kalori):


Roti canai / capati (301 kalori) Nasi lemak (389 kalori) dll

Makanan yg rendah kalorinya (0-100 kalori):

Putu mayam

Makanan di atas adalah merupakan antara beberapa contoh pemakanan yang berada disekitar kita sahaja. Apa yang penting pemakanan kita hendaklah seimbang (mempunyai karbohidrat, protein, sayur-sayuran & buah-buahan). Makan dalam kuantiti yang sederhana mengiku keperluan badan serta tenaga yg akan dikeluarkan serta tidak melebihi daripada jumlah kalori yang sepatutnya sebagaimana yang telah dinyatakan di atas.

You might also like