You are on page 1of 17

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 128

UNIT 9 ETIKA PROFESION PERGURUAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan maksud etika. 2. Membincangkan konsep etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. 3. Mengaitkan kod etika perguruan dengan amalan guru di sekolah. 9.1 PENGENALAN

Rajah 9.1 Adakah ini merupakan etika seorang insan yang bergelar guru ?

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 129

Rajah 9.2 Inikah guru yang para pelajar nanti-nantikan? Sebagai seorang guru, anda mungkin boleh memahami situasi dan pandangan masyarakat terhadap guru seperti dalam Rajah 9.1 dan 9.2 di atas. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan sebegitu berlaku dalam kalangan guru?

erguruan bermaksud pekerjaan sebagai guru. Jadi ia adalah salah satu kerjaya (profesion) sebagaimana halnya dengan kerjaya-kerjaya yang lain dalam masyarakat seperti guaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan, perniagaan dan sebagainya. Sebagai sebuah kerjaya keguruan, ia tertakluk kepada pelbagai syarat yang dikenakan seperti kod etika dan sebagainya yang bertujuan melahirkan modal insan guru yang berkualiti, berketerampilan, terpuji dan dapat menjadi model yang unggul kepada pelajar-pelajarnya (Hasan, 2002) Guru perlu mempunyai tatasusila yang tinggi dan berkomitmen menjalankan tugas sebagai pendidik yang baik. Sepanjang tahun 1995 hingga tahun 2008, sebanyak 41 kes keruntuhan moral membabitkan guru dilaporkan (Utusan Malaysia, 18 September 2008) termasuklah perbuatan sumbang mahram dan bersekedudukan. Media juga turut melaporkan kes-kes lain seperti guru memukul murid, guru besar menyembunyikan kes-kes disiplin, guru menyebarkan ajaran anti kerajaan dan sebagainya yang telah menarik perhatian umum serta menguji kredibiliti profesion perguruan. Pendedahan-pendedahan salah laku guru-guru boleh mengakibatkan kewibawaan profesion perguruan tergugat pada mata umum. Hal ini bertentangan dengan peranan dan tatasusila dan kod etika perguruan di Malaysia yang menyatakan guru perlu mematuhi kod etika perguruan iaitu menjalankan tanggungjawabnya guru kepada pelajar, ibu bapa pelajar, rakan sejawat dan masyarakat dan Negara. Jelasnya, guru sepatutnya tidak mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku terhadap pelajar tetapi sebaliknya membantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu terdapat kes di mana guru

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 130

menyebarkan sesuatu yang menjejaskan keselamatan negara. Hal ini bertentangan dengan tanggung jawab guru yang sepatutnya tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau Negara (Utusan Malaysia, 18 September 2008). Oleh yang demikian, Etika Profesion Perguruan penting untuk menjadi panduan guru-guru dalam menjalankan tugas mendidik. Bakalbakal guru harus mengetahui kod etika profesion perguruan serta mematuhinya demi menjamin martabat profesion perguruan dipandang mulia. Etika yang dipegang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ialah berlandaskan Tatasusila Profesion Perguruan. Etika inilah yang menjadi landasan yang perlu diikuti dan dihayati oleh para guru di Malaysia. Penghayatan dan pengamalan etika-etika ini akan memartabatkan lagi kedudukan guru sebagai profesion yang dimuliakan oleh masyarakat sejak dahulu. Kejayaan dalam melahirkan guru yang beretika bergantung kepada sejauh mana guru komited dengan etika perguruan yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Persoalannya sekarang adakah para guru tahu dan mengamalkan etika perguruan yang ada. Ikrar di bawah merupakan satu bentuk penyataan etika secara jelas yang dipersetujui untuk dipatuhi oleh guru sekiranya terlibat dalam profesion perguruan.

Kami guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan.... .... dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini kami menerima tatasusila berikut sebagai panduan.

Dari penyataan ikrar dan kod etika perguruan di atas, guru sesungguhnya mempunyai beban yang berat untuk dilaksanakan bagi melahirkan modal insan yang berkualiti dan berketerampilan.

Mari sama-sama kita fikirkan mengenai kepentingan menjadi guru yang beretika dan keperluan mengikuti etika perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selepas anda selesai, buat refleksi dapatan tersebut dengan menjawab soalan berikut: a. Sejauhmanakah anda mengetahui kod etika perguruan yang telah diwartakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia? b. Sekiranya anda mengetahuinya, sejauh manakah anda mematuhi kod etika perguruan berkenaan?

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 131

9.2

Pengertian Etika

tika (etimologi), berasal dari bahasa Yunani adalah Ethos, yang membawa maksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan (custom). Etika biasanya berkait rapat dengan perkataan moral yang merupakan istilah dari bahasa Latin, iaitu Mos dan dalam bentuk jamaknya Mores, yang bererti juga adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan melakukan perbuatan yang baik (kesusilaan), dan menghindari perkara-perkara tindakan yang buruk (Keith, 2006). Etika juga merupakan suatu sistem yang berkaitan dengan dasar akhlak dan tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Sistem dasar ini meliputi aspek-aspek moral yang baik dan yang buruk, serta yang betul dan yang salah dengan tujuan memberi garis panduan kepada ahli-ahli berkenaan. Dalam pergaulan hidup bermasyarakat, bernegara hingga pergaulan hidup peringkat global diperlukan suatu sistem yang mengatur bagaimana seharusnya manusia bertingkah laku. Hal inilah yang mendasari kesuburan dan perkembangan etika dalam masyarakat kita. Menurut para sarjana, etika tidak lain adalah aturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara sesamanya dan menegaskan mana yang benar dan mana yang buruk. Etika berkaitan dengan norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah dan ukuran-ukuran bagi tingkah laku manusia yang baik dan buruk yang boleh atau tidak boleh diikuti. Mengikut William (1971), etika ialah The normative science of the conduct of human beings living in societies a sciene which judges this conduct to be right or wrong, to be good or bad or in some similar way (Sains normatif mengenai perilaku manusia dalam masyarakat dimana sains ini menentukan sesuatu perilaku sebagai betul atau salah, baik atau buruk dan lain-lain). Manakala moral pula menurut Keith (2006), merujuk to that part of human behavior that can be evaluated in terms of right or wrong. Manakala menurut The Oxford School Dictionary (1994), Science of Morals. Morals itself is defined as concerned with goodness or badness of character or disposition or with the distinction between right or wrong. Jadi jelas bahawa etika dan moral adalah saling berkaitan dan tidak dapat dipisahkan. Etika dan moral lebih kurang sama pengertiannya, tetapi dalam kegiatan sehari-hari terdapat perbezaan, iaitu moral atau moralitas untuk penilaian perbuatan yang dilakukan, sedangkan etika adalah untuk pengkajian sistem nilai-nilai yang berlaku. Dari aspek kerjaya pula, ia merupakan aturan-aturan yang disepakati bersama oleh ahli-ahli yang mengamalkan kerjaya tertentu seperti guaman, keguruan, pengubatan dan sebagainya (Hasan Langgulung, 2002). Oleh itu berdasarkan pengertian di atas jelas bahawa etika berkaitan dengan pembuatan keputusan bagi semua jenis tindakan di mana tindakan-tindakan tersebut membawa seseorang itu untuk berinteraksi dengan orang lain secara berprotokol, sempurna, berkhemah dan berkesan. Di samping itu, juga etika melihat secara khusus mengenai tingkah laku manusia yang dikira patut atau tidak patut dilakukan selaras dengan norma-norma dan nilai-nilai yang diterima oleh semua masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 132

Kesimpulannya, etika merupakan: 1. 2. 3. 4. Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan (Kamus Dewan, 2005). Prinsip moral atau set prinsip moral (The Oxford School Dictionary, 1994). Tanggungjawab dan akibat tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat. Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.

Tuliskan secara ringkas, apakah yang anda faham tentang konsep etika dan moral. Etika : _____________________________________________________________________________

Moral : _____________________________________________________________________________

Rajah 9.3 Senario di bilik darjah yang melibatkan etika perguruan

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 133

Berdasarkan Rajah 9.3, apakah yang boleh anda fikirkan berkenaan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas jika dikaitkan dengan etika perguruan? Catatkan secara ringkas apa yang anda fikirkan berkenaan etika guru dalam gambar tersebut. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

9.3

ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

Rajah 9.4 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 134

Secara berpasangan bincangkan setiap etika kerja yang digariskan oleh Pelajaran Malaysia berdasarkan contoh-contoh yang sesuai.

Kementerian

9.4

NILAI-NILAI UTAMA ETIKA KERJA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia, tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai tersebut ialah:

Rajah 9.5 Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia

9.5

ETIKA PROFESION PERGURUAN

Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap masyarakat dan negara, pelajar, rakan sejawat dan ibu bapa pelajar. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Setiap profesion menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Kementerian Pelajaran telah berusaha sejak dari dahulu lagi untuk menjadikan bidang perguruan ini sebagai satu kerjaya yang profesional. Laporan Suruhanjaya DiRaja Mengenai Perkhidmatan Perguruan

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 135

Malaysia Barat (Laporan Aziz, 1971), telah mencadangkan supaya diadakan Etika Profesion Perguruan (EPP) bagi Pembentukan Tatasusila Guru.

Antara etika profesion perguruan yang perlu diikuti dan ditaati adalah: a. Seorang guru tidak harus bertingkah laku sebegitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan. b. Dia haruslah tidak bertingkah laku begitu rupa yang boleh membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan. c. Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur. d. Tangungjawab utama seseorang guru ialah terhadap murid-muridnya. Kepentingan murid-muridnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan-kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian. e. Dia haruslah menumpukan separuh perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya. f. Dia haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kira bangsa dan agama dan kepercayaaan. g. Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha untuk membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat- matlamat yang diterima oleh masyrakat. h. Dia haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal, asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. i. Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu dalam kalangan murid-muridnya dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan rohani. j. Dia harus menghormati hak tiap-tiap murid supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri murid-murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan. k. Dia haruslah bertingkah laku terhadap murid-muridnya sebegitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat profesion perguruan. l. Dia haruslah tidak mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan murid-murid, masyarakat awam dan negara. m. Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap murid-muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat setia dan berguna. n. Dia haruslah tidak menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri murid-muridnya dan ibu bapa pelajar. o. Dia haruslah bertingkah laku sebegitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap muridmurid. p. Dia haruslah tidak menerima apa-apa bayaran daripada murid-muridnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaranbayaran yang disahkan.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 136

q. Dia haruslah tidak mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian. r. Dia haruslah tidak memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridmuridnya. s. Dia haruslah tidak meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa murid-murid atau ahli-ahli masyarakat dalam manjalankan tugas-tugas profesionnya. t. Dia tidak harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain. u. Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja, iaitu berdasarkan kecekapan. v. Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.

Berdasarkan laman web di bawah, bincangkan empat (4) sumpah janji oleh guru Malaysia terhadap negara. http://www.youtube.com/watch?v=BfAGv__vcTs

Empat Aspek Sumpah Janji Guru Malaysia Terhadap Negara


1. ____________________________________________________________________________ 2.____________________________________________________________________________ 3.____________________________________________________________________________ 4.____________________________________________________________________________

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 137

Berdasarkan kepada Etika Perguruan, terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawatan; masyarakat dan negara; dan ibu bapa. Jelaskan setiap tanggung jawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai.

Rajah 9.3 Tanggungjawab utama guru

9.6

ASPEK-ASPEK YANG TERKANDUNG DALAM ETIKA PERGURUAN

Berikut di bawah merupakan aspek-aspek penting yang terkandung dan menjadi rujukan dalam pembentukan Etika Perguruan Malaysia; Profesionalisme Integriti Kejujuran intelektual Neutraliti Akauntabiliti Berpakaian Berbahasa Pengurusan masa dan ketepatan waktu Membuat keputusan

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 138

Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Berdasarkan peraturan 4(2), huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion keguruan?

9.7

Etika dan Pekeliling Sebagai Sumber Rujukan Pembentukan Etika Perguruan

Etika Pakaian Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985 dan Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1985: Peraturan Pakaian Guru Di Sekolah/Pensyarah Di Maktab Perguruan, Politeknik, Lain-lain Pegawai Dan Kakitangan Perkhidmatan pelajaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Atau Bahagian, Jabatan Pelajaran Negeri Dan Kementerian Pelajaran. 2. Pekeliling Perkhidmatan Bil.2 Tahun 1985 - Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa menghadapi Upacara-upacara rasmi Bagi Pegawai-Pegawai Awam. Etika Pengurusan Masa SPI. Bil 2/1982: 1. Waktu hadir ke sekolah; 2. Waktu hadir ke kelas; 3. Mengajar ikut jadual waktuWaktu tidak mengajar(free period) 4. Semak buku latihan murid; 5. memberikan bimbingan.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 139

Tanggungjawab Asas Guru P.U.(A) 531 Seksyen 8(1) Menyediakan Rancangan Tahunan berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Rancangan Tahunan terkini yang sedang digunapakai. Sekiranya tidak akur adalah bersalahan mengikut P.U.(A) 531 Seksyen 8 (1) yang dikenakan penalti RM 500.00 Jadual Waktu Peraturan 6 (1) dan Peraturan 6(2) a. Peraturan 6 (1): Mengadakan serta merta jadual semua mata pelajaran yang diajar; b. Peraturan 6 (2): Mengadakan serta merta untuk pemeriksaan jadual waktu penggal semasa persekolahan.22. Sukatan Pelajaran P.U.(A) Peraturan 11 a. Guru hendaklah mengajar ikut sukatan pelajaran dan jadual waktu yang diluluskan (mesti ditandatangani). GB/Pengetua sesuatu sekolah hendaklah mempamerkan salinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangani olehnya pada tempat yang mudah dilihat di pejabat, kantin, laluan utama, bilik guru, bilik gerakan-VIN dipenjara 3 bulan atau denda RM 5 ribu b. Mengadakan senarai semak kerja- kerja setiap hari yang telah dilaksanakan, refleksi P&P, pemantauan,penyeliaan dan penilaian program/aktiviti; c. Kawalan kerja- mutu/piawai dan semakan seperti senarai semak; Tatakelakuan/Larangan Peraturan 4 (2) a. Menguruskan perniagaan / pelaburan sendiri / isteri / anak / saudara mara / rakan-rakan dalam waktu pejabat / tugas rasmi; b. Menyebelahi / memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan c. Menguruskan tender / sebutharga yang terdiri dari saudara mara; d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri dan balik ke pejabat, menghantar anak; e. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian f. Mencemar memburukkan nama baik perkhidmatan awam seperti; Berjudi di pejabat Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah Kesusahan berat kerana berhutang Menerima keraian dari orang yang ada urusan rasmi; melakukan gangguan seksual Menggunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum Mengemukakan sijil sakit palsu

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 140

g. h. i. j.

Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas; Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan; Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah Ingkar perintah. Seperti: Membantah atau melawan pegawai atasan; Membawa keluar fail peringkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan; Keluar negara tanpa kelulusan; Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas

Secara berpasangan, dapatkan segala Peraturan/Pekeliling/Akta yang berkaitan dengan etika perguruan. Semua ini anda boleh perolehi di KPM/JPN/PPD dan Sekolah tempat anda bertugas. Hasil kutipan tersebut perlulah anda laporkan dalam bentuk folio.

9.8

ISU-ISU DALAM ETIKA PERGURUAN

Cetek pengetahuan mengenai FPK, dasar Pendidikan Negara, Etika Perguruan, Psikologi Pendidikan,Teknologi Pendidikan, Kurikulum, Kokurikulum, Objektif mata pelajaran dan Penilaian Perintah Am (Bab A hingga G) menyebabkan timbulnya pelbagai isu dalam kerjaya perguruan. Antara isu yang sering dibicarakan ialah: Pakaian a. Lelaki: Tidak memakai tali leher dengan kemas dan teratur, memakai baju berlengan pendek dan memakai kasut sukan yang tidak sesuai dengan urusan rasmi. b. Perempuan: Memakai pakaian kurang sopan dengan baju tidak berlengan dan skirt yang pendek; berjubah, pakaian vietnam/siam bukan pakaian kebangsaan Rambut a. Rambut melebihi kolar baju, tidak diurus dan berbau. Tanda Nama a. Tidak memakai tanda nama Kehadiran a. Kerap ponteng, datang lambat, menipu waktu kehadiran, kawan tolong punch, keluar sekolah waktu pejabat bagi menguruskan hal peribadi seperti ke pasar, berniaga, temujanji hal-hal peribadi.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 141

Adab a. Tidak memberi hormat kepada rakan atau ketua jabatan. b. Duduk bersilang kaki. c. Berbahasa kesat kerana menganggap diri hebat dan lebih pandai dari ketua. d. Tidak boleh ditegur dan mengugut perilakunya yang kurang beradab untuk tindakan disiplin/perkhidmatan. Hasil kerja a. Lambat menyiapkan tugas-tugas seperti membina soalan,menghantar markah ujian, tidak hantar buku rekod mengajar, tidak mengisi rekod kehadiran murid.

RUMUSAN
Oleh sebab kod etika itu adalah nilai-nilai sejagat perguruan di Malaysia, maka ia perlu dihayati dan diamalkan, bukan sekadar diketahui dan dihafalkan. Kod Etika Perguruan dianggap penting kerana: 1. Kod etika merupakan garis panduan untuk bertindak dan bertingkah laku. 2. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru. 3. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini berbeza dengan kod etika di negara lain. 4. Guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. 5. Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dihayati, diamal, dipertahankan dan dikuatkuasakan. 6. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan sesuai dengan kehendak dan aspirasi negara dan masyarakat.

KATA KUNCI
1. Etika 2. Kod Etika 3. Moral 4. Sahsiah 5. Perofesion 6. Pekeliling

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 142

PENILAIAN KENDIRI
a. Apakah bentuk-bentuk tanggungjawab seorang guru terhadap rakan sejawat dalam profesion perguruan? b. Bagaimanakah seorang guru yang baik sentiasa dapat mengekalkan akauntibiliti mereka dalam profesion perguruan? c. Huraikan mana-mana empat Kod Etika Perguruan yang telah anda pelajari. d. Terangkan empat tanggungjawab guru berdasarkan kod etika perguruan.

RUJUKAN
Foo Say Fooi. (2005) Etika perguruan: Jaminan peningkatan profesionalisme. Serdang: Penertbit Universiti Putra Malaysia. Hasan Langgulung (1986). Pengenalan tamadun Islam dalam pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hasan Langgulung (2002). Peralihan paradigma dalam pendidikan Islam dan sains sosial. Jakarta: Gaya Media Pratama Kamus Dewan (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Keith, G. (2006). Ethics in the workplace. New York: South Western Educ Pub. The Oxford School Dictionary (1994). London: Oxford University Press. Surat-surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Utusan Malaysia, 18 September 2008 William, L. (1971). An introduction to ethics. London: Methuen.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 143

JAWAPAN SERTA MAKLUM BALAS A


Berdasarkan kepada Etika Perguruan, terdapat 4 tanggungjawab utama seorang guru iaitu tanggungjawab terhadap pelajar; rakan sejawatan, masyarakat dan negara, dan ibu bapa. Jelaskan setiap tanggungjawab tersebut beserta contoh-contoh yang sesuai.

Tanggungjawab Seorang Guru

a. Tanggungjawab Terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar. Adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira faktor-faktor ekonomi, jasmani, mental, emosi, politik, sosial, keturunan dan agama. Perawakan yang baik dari segi pakaian, pertuturan serta memberi contoh yang baik kepada pelajar. b . Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawatan Tidak membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru. Membantu rakan sejawatan terutamanya mereka yang baru menyertai profesion perguruan. c. Tanggungjawab Terhadap Masyarakat Dan Negara Tidak menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh mencemarkan nama baik negara ataupun yang bertentangan dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Memupukkan sikap dalam diri pelajar dengan nilai yang membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia , bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang-orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan keturunan dan agama. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan baik. d. Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapa Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat. Merahsiakan segala maklumat sulit dan tidak akan membocorkannya. Memberi maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata dan melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan ibu bapa.

Etika Profesion Perguruan dan Pembangunan Sahsiah

| 144

Tanggungjawab guru bukan sekadar mengajar di bilik darjah. Mereka juga perlu bertindak secara profesional mengikut Kod Etika Perguruan yang telah termaktub. Berdasarkan peraturan 4(2), huraikan apa perkara yang sama sekali tidak boleh dilakukan oleh guru dalam profesion perguruan?

Peraturan 4(2) Seorang Pegawai Tidak Boleh a. Menguruskan perniagaan/pelaburan sendiri/isteri/anak/saudara mara/rakan-rakan dalam waktu pejabat/tugas rasmi. b. Menyebelahi/memberi keutamaan kepada saudara mara/rakan-rakan dalam menimbangkan sesuatu permohonan. c. Menguruskan tender/sebut harga yang terdiri dari saudara mara. d. Menggunakan kenderaan pejabat untuk kegunaan sendiri pergi ke dan balik ke pejabat, menghantar anak. e. Menggunakan kakitangan jabatan/alat/barang-barang jabatan untuk hal-hal persendirian. f. Mencemar memburukan nama baik perkhidmatan awam seperti: Berjudi di pejabat. Disabitkan kesalahan jenayah/mahkamah syariah. Kesusahan berat kerana berhutang. Menerima keraian dari org yg ada urusan rasmi; melakukan gangguan seksual. Menggunakan wang tabung amanah utk kegunaan sendiri. Membuat bayaran tanpa menyemak kerja telah siap atau belum. Mengemukakan sijil sakit palsu. g. Menghasut kakitangan kerajaan supaya jangan berusaha dalam menjalankan tugas. h. Mengambil cuti rehat di saat perkhidmatannya diperlukan. i. Tidak hadir tanpa cuti, tanpa kebenaran dan tanpa sebab yang munasabah. j. Ingkar perintah. Seperti; Membantah atau melawan pegawai atasan. Membawa keluar fail terperingkat jabatan tanpa kebenaran ketua jabatan. Keluar negara tanpa kelulusan. Masih tidak hadir setelah ketua jabatan mengarahkan supaya kembali bertugas.

Pergi berburu di padang datar Dapat rusa berbelang kaki Kalau berguru kepalang ajar Bagaikan bunga kembang tak jadi

You might also like