You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH PENGANTAR PENDIDIKAN KESIHATAN [PHK2103M]

NAMA NO.KP KURSUS

:DZULKEFLY B. IBRAHIM :790316-04-5045 :PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN (KUMP.A)

NAMA PENSYARAH :PN.NORAZELINA BINTI AWANG@MAN

REFLEKSI TUGASAN. Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan kerja kursus ini untuk melengkapkan kursus bagi pengantar dalam pendidikan kesihatan walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian. Saya telah diberi tugasan kerja kursus pendek ini secara berkumpulan yang bertajuk asas pertolongan cemas. Saya memilih tajuk ini kerana maklumat mudah diperolehi dari pelbagai sumber seperti menerusi internet,buku, majalah dan untuk difahami oleh semua golongan terutamanya golongan kanak-kanak dan pelajar-pelajar sekolah. Dalam kerja kursus ini,saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengumpul dan menyediakan maklumat yang berkaitan dalam bentuk nota dan menyediakan manual penggunaa CD Interaktif sebagai bahan bantu mengajar mengikut tajuk yang telah dipilih.Sebelum saya memulakan tugasan ini,saya telah merujuk kepada pensyarah pembimbing,iaitu Puan Norazelina. Saya telah mendapat gambaran awal mengenai

tugasan ini. Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh Puan Nora, saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan ujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga berjaya dapatkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan tajuk bagi memudahkan lagi proses menyiapkan tugasan ini. Saya dan rakan saya telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan saya telah mula menjalankan kerja masing-masing. Namun, setelah saya selesai membuat draf pertama , baru saya sedar bahawa kerja yang kami lakukan ini mengikut kehendak soalan dan memudahkan saya untuk menyusun maklumat yang diperolehi dengan lebih cepat dan efisien. Namun, saya tidak pernah berputus asa walaupun telah bersengkang mata selama beberapa hari. Setiap minggu,saya akan berbincang dengan ahli kumpulan mengenai hasil bahan dan maklumat yang diperolehi yang berkaitan dengan tajuk asas pertolongan cemas.Saya mengumpul semua maklumat dan bahan tersebut dan memilih sumber maklumat yang terbaik sahaja.Setelah memilih bahan yang berkenaan,saya berbincang dengan ahli kumpulan saya untuk menyediakan nota dan manual penggunaan CD interaktif .Tambahan lagi, tugasan ini menghendakkan kami untuk berfikir untuk mengaplikasikan kemahiran ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar .Dalam kumpulan tugasan ini,saya dan ahli telah menyediakan powerpoint untuk memudahkan para pelajar atau ini,saya telah berbincang dengan rakan

pengguna memahami isi kandungan bahan yang kami hasilkan.Untuk menghasilkan paparan yang menarik dalam power point untuk memasukkan gambar,video,grafik ,gambar rajah dan susunan isi kandungan agar lebih menarik sebelum di pindahkan ke dalam CD interaktif. Sekali lagi, pembahagian tugas telahkan di lakukan, saya dikehendaki membuat nota berkenaan, manakala rakan saya membina manual penggunaan cd interaktif tersebut. Ini memudahkan lagi proses untuk menyiapkan tugasan ini dengan cepat walaupun masing-masing sibuk dengan tugasan lain.Kami telah memilih masa yang sesuai untuk menyiapkan tugasan ini iaitu pada hari sabtu dan ahad setiap minggu kerana masa inilah yang paling sesuai untuk membuat perbincangan dan memberi

pendapat masing-masing agar tugasan yang dihasilkan ini memuaskan hati dan menarik. Setelah beberapa hari, akhirnya kami dapat menyiapkan juga tugasan ini sebelum tarikh menghantar tugasan tamat. Walaupun ada berlaku sedikit salah faham, kami dapat juga menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Kerjasama di antara saya dan rakan amat penting bagi memastikan kelancaran tugasan. Namun, saya mendapat pengajaran yang berguna daripada melakukan tugasan ini iaitu kita perlu faham dan tahu apa kehendak soalan sebelum kita memulakan apa juga tugasan.Daripada tugasan ini, saya memperoleh pelbagai pengetahuan baru yang saya kira tidak akan dapat saya peroleh seandainya bukan saya sendiri yang mengkajinya.Secara tidak langsung saya sedari, kemahiran ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat penting untuk melahirkan seorang guru yang berkemahiran tinggi dalam ICT. Penggunaan BBM contohnya power point yang saya bina dalam tugasan ini juga perlu diambil berat oleh guru untuk melancarkan proses pengajaran di dalam kelas. Bahan bantu mengajar yang menarik perlu dibuat agar pengajaran menjadi lebih menarik dan diminati oleh murid. Kita boleh menggunakan ICT untuk membuat bahan bantu mengajar yang canggih.Sebagai bakal guru,kita tidak boleh hanya menggunakan buku teks sahaja kerana bahan dalam buku teks tidaklah lengkap.Pada masa yang akan datang, tugasan ini akan saya jadikan sebagai panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah nanti. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada Puan Norazelina binti Awang@Man yang telah banyak membantu kumpulan saya dalam memberi tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Begitu juga dengan rakan seperjuangan yang tidak lokek berkongsi ilmu sehinggalah tugasan ini dapat disiapkan.

You might also like