You are on page 1of 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI SOI JALAN PANTAI SEPAT, 25150 KUANTAN, PAHANG DARUL MAKMUR

KERJA KURSUS SEJARAH 2012

PAKAIAN (SONGKET)

Nama Murid : Asyraf bin Azmi Tingkatan Nama Guru : 3 Ibnu Sina : Puan Maziah binti Ismail

. Tandatangan Murid

Tandatangan Guru

PENGHARGAAN

Saya Asyraf bin Azmi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah SMK Sungai Soi Kuantan.Puan Hajah Nor Hayati bt Mohd Ghazali kerana telah memberi kebenaran kepada kami untuk melaksanakan kajian ini.Saya juga mengucapkan terima kasih kepada guru sejarah saya Puan Maziah bt Ismail kerana banyak memberikan bimbingan kepada kami untuk melaksanakan kajian ini.Tidak lupa juga kepada ibu bapa saya yang memberikan bantuan untuk menyiapkan kerja khusus ini.Akhir sekali kepada ahli kumpulan saya Faris,Nabiel dan Amirul dalam menolong saya mencari bahan-bahan untuk kajian ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk: 1)mengenali produk tempatan Malaysia dengan lebih mendalam 2)menaikkan lagi semangat patriotisma dalam diri 3)mengenali lebih lanjut lagi tentang barangan tradisional Malaysia 4)memupuk rakyat Malaysia supaya membeli berangan tempatan

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menjalankan kajian saya menggunakan kaedah-kaedah berikut : a.Internet :Saya telah melayari beberapa laman web yang berkenaan dengan kerja khusus utnuk dijadikan sebagai bahan rujukan b.Rujukan ke perpustakaan :Saya telah melawati ke Perpustakaan Negara Malaysia untuk mencari bahan-bahan untuk elemen 1 c.Melawati tempat kajian :Saya dan dan ahli kumpulan saya telah pergi melawat ke Pusat Tenun Diraja Pahang. d.Soal selidik :Kami telah mengemukakan beberapa soalan dan fakta penting untuk dijawab oleh pekerja di pusat tenun tersebut.

HASIL KAJIAN

Maklumat Asas Produk Tempatan Songet /Tenun merupakan sehelai pakain tradisional melayu sejak zaman dahulu lagi.Saya telah mengambil tenunan songket sebagai kerja kursus saya . Tenunan terbahagi kepada dua iaitu tenun biasa dan eksklusif. Nama syarikat produk yang saya kaji ialaah Realistik Attraction bhd.Syarikat tersebut merupakan anak syarikat milik penuh negari Pahang. Lokasi produk tempatan tersebut terletak di Pusat Pertumbuhan Desa Kampung Sungai Soi, Kuantan Pahang.

Latar Belakang

Sejarah songket di tanah melayu bermula sejak puluhan tahun dahulu.Dibawa oleh seorang pembesar bugis datang dari Sulawesi bernama Keraing Ali ataupun dikenali sebagai Tok Tuan, membawa corak tenun dan songket ke Tanah Melayu.Apabila beliau meninggal.Warisan seni ini telah dipelbagaikan oleh pelajarnya.Sejak itu tenun Pahang di pekan telah dikomersialkan dan masih menjadi seni warisan yang masih terpelihara sehingga sekarang.Tenun/Songket telah terpelihara sehingga sekarang untuk mengekalkan warisan , melambang kekayaan seni , menunjukkan identi negara Malaysia.Ianya mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu dari segi kehalusan texturnya dan tahan lama.Selain itu ianya juga boleh dipelbagaikan gunanya selain daripada membuat boleh juga menjadi sarung bantal kusyen dan kain sampan.Songket juga merupakan citarasa kepada pembesar.

Kaedah / Cara Penghasilan

Songet adalah sejenis pakaian yang dihasilkan melalui proses tenunan.Senarai bahan-bahan yang perlu digunakan untuk membuat songket yang utamanya haruslah menjadi benang ,kebiasaanya benang yang dieksport daripada China.Kemudianya diperlukan pula garam , soda dan serbuk pewarna untuk mewarnakan benang tersebut.Menenun juga memerlukan peralatan yang tersdendiri antaranya mesin menenun tradisional yang juga dikenali sebagai kek tenun.Alatan menenunya pula terdiri daripada sikat, benang loseng, anak kayu, belira, kayu sambi, lidi nibung, torak kayu, torak buluh disumbatkan dengan getah mala, peleting, peleting panjang, cuban, buluh colek, pengait, pastikan peleting panjang dimasukkan ke dalam torak kayu.Terdapat beberapa peroses dan peringkat dalam penghasilan sehelai songket yang anggun.Pertamanya proses mencelup untuk mewarnakan benang menggunakan (garam,soda,serbuk pewarna).Keduanya, proses menerau menggunakan pelenting plastik untuk meghilangkan kusut pada benang.Ketiga adalah proses menggulung iaitu menyusun benang mengikut arah corak kain.Keempat merupakan proses menyusup iaitu memasukkan setiap benang dalam karap gigi pada kek (mesin menenun).Seterusnya melakukan proses menerau kembali tetapi menggunakan pelenting yang berlainan iaitu pelenting kayu.Akhirnya proses menenun dengan menggabungkan pelenting kayu dan pelenting sekali ketika menenun.Menenun memerlukan banyak tumpuan dan kreativiti dari penunun itu sendiri.Seorang penenun dapat menyiapkan 2 meter suku sehari .Terdapat 30 penenun untuk melakukan 10 pemprosesan.

Perkembangan Produk

Rangkaian pemasaran tenun terdiri daripada golongan diraja, korporat dan pelancong dari luar nergara.Pengiktirafan yang dianugerahkan kepada Pusat Tenun Pahang Diraja Kampung Sungai Soi ialah cenderahati daripada pengerusi dan semua ahli bakat Rejimen pertama Kor Armar Diraja , Malaysia technical cooperation programme (MTCP) , bakat pangkalan tentera udara kuantan , SK Gombak Utara 2011, Global Globe (M) sdn bhd, Datin Sunira bt Ahmad (Bakat pasukan simpanan) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).Potensi produk tenun Pahang ini boleh menghasilkan kraftangan , blouse, dan baju tradisional dan pelbagai lagi.Cabaran yang dihadapi ialah kurang penenun kerana pekerjaan ini kurang pendapatannya.Selain itu , tenunan ini amatlah susah untuk dibuat dan mahal untuk membeli kain tenun ini.Saingan daripada penenun lain juga menjadi masalah kepada pekerjaaan ini.Susah juga untuk membawa golongan remaja untuk membeli keran kebanyakkan pembelinya adalah golongan pembesar ataupun diraja.Perancangan pada masa hadapan juga ialah pembinaan bangunan tambahan dengan Pusat Pengembangan Tenun yang sedia ada bagi menampung kapasiti pengeluaaran yang semakin meningkat .Menaikkan eksport ke luar negara seperti negara eropah dan mempelbagaikan lagi corak tenun juga menjadi rancangan pada masa depan

RUMUSAN

Saya kini lebih mengetahui lebih lanjut tentang tenunan songet ini.Ianya banyak mempuyai kaitan dengan sejarah melayu dan Malaysia kerana ia telah wujud di Malaysia sejak puluhan tahun lalu.Saya sekarang lebih menyukai pakaian songket ini kerana inya merupakan sejenis pakaian yang bukan sahaja dipakai oleh kaum wanita tetapi juga oleh kaum lelaki yang hendak berpakaian bersejarah.Saya cuma mengharapkan agar pakaian tradisional ini terus berkembang dengan lebih maju bukan sahaja dalam Malaysia tetapi di luar negara juga.Akhirnya, rakyat Malaysia tidaklah sepatnya mengabaikan pembuatan tradisional Malaysia tetapi menyemarakkan lagi penggunaannya.Malaysia merupakan sebuah negara yang indah bukan kerana pembangangunan dan pemodenan sahaja tetapi juga dengan sejarah yang kaya dan barangan tradisional.

RUJUKAN

i.

Internet : http://kainsongket.com/

ii.

Buku Ilmiah :Songket Malaysia

iii.

Lawatan ke tempat kajian :Pusat Tenun Diraja Pahang

You might also like