You are on page 1of 8

Pengenalan Kerja kursus ini bertujuan mengkaji Model Bunker & Thorpe yang terkenal dengan TGfU (Teaching

Games for Understanding) .Model ini sesuai digunakan dalam pendidikan jasmani di peringkat sekolah rendah dan menegah.Dalam kajian ini, ia akan menyentuh tentang beberapa aspek yang diutamakan oleh Bunker & Thorpe ,kebaikan dan keburukan serta impaknya model ini diaplikasikan dalam pengajaran pendidikan jasmani. Selain itu, kerja kursus ini juga akan mengkaji secara mendalam tentang faktor-faktor atau sebabnya Bunker & Thorpe secara menyeluruh. mengkaji TGfU .Begitu juga kategori permainan akan disertakan supaya model Bunker & Thorpe dapat dilihat

Model Bunker & Thorpe Model ini diperkenalkan oleh James Thorpe,(1882) kepada pelajar-pelajar di sekolah rendah dan menegah . Menurut Bunker dan Thorpe ,TGfU merupakan salah satu model pendidikan yang menekankan 3 aspek utama ,iaitu: Pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan Meningkatkan tahap aktiviti fizikal Menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan ,motivasi ,serta bersuka ria Berdasarkan TGfU kaedah ini digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga sekarang. Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan dalam sesuatu permainan yang dijalankan. Menurut falsafah TGfU, pelajar bukan sahaja perlu mengetahui bagaimana cara untuk menjayakan sesuatu permainan tersebut, malah seseorang pelajar tersebut haruslah mengetahui bagaimana untuk membuat keputusan yang sesuai ketika permainan dijalankan. Berdasarkan model ini juga, ia menggalakkan pelajar supaya melibatkan diri dalam pelbagai jenis permaianan Penggunaan model ini memberi impak yang positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah. Ia bertujuan untuk memperbaiki model kurikulum bagi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani yang sedia ada. Fokus utama model ini ialah:

Permainan kecil sebagai alat pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi dan interaksi sesama murid. Penguasaan kemahiran melalui permainan yang menyeronokkan. Mengubahsuai permainan mengikut tahap murid. Menarik minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran PJK.

Bunker dan Thorpe mempertikaikan pengajaran yang sedia ada iaitu murid diberi pendedahan tentang teknik dan kemahiran sebelum diperkenalkan kepada permainan sebenar. Model ini mempunyai beberapa kebaikan dan keburukan, iaitu: Kebaikan

Memberi peluang kepada kanak-kanak meneroka permainan yang telah diubahsuai berdasarkan umur dan tahap pengetahuan mereka. Lebih sistematik daripada kaedah pengajaran yang sedia ada. Kaedah pengajaran ini merangkumi semua aspek yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak dalam sesuatu permainan. Kanak-kanak dapat menerokai permainan ubahsuai peringkat demi peringkat.

Keburukan Pengubahsuaian permainan mungkin akan mengubah sifat asal sesuatu permainan itu. Peralatan yang digunakan berkemungkinan tidak sesuai untuk permainan.

Teaching Games for Understanding (TGfU) Pendekatan TGfU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe (1982) menfokuskan perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional yang menekankan kepada technical-know-how kepada pendekatan pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan apa dan kenapa. TGfU merupakan satu model pendidikan yang menekankan pemahaman yang menyeluruh pada setiap permainan. Selain itu , TGfU dapat meningkatkan tahap aktiviti fizikal dengan lebih berkesan. Oleh itu , TGfU dapat menjadikan kelas pendidikan jasmani sebagai tempat yang sesuai untuk persaingan , motivasi serta bersuka ria. Justeru , model TGfU dapat digunakan secara meluas dalam kejurulatihan dan pendidikan jasmani sehingga masa kini. Faktor-faktor Terdapat beberapa isu timbul di kalangan pelajar-pelajar Britain pada 1980-an yang mendorong Bunker and Thorpe untuk mengkaji TGfU : i. ii. iii. iv. v. Pencapaian dalam permainan adalah sikit dan kurang memuaskan Kekurangan pengetahuan tentang permainan Lemah dalam kemahiran asas dan kurang berupaya dalam membuat keputusan Terlalu mengharapkan jurulatih atau guru untuk membuat keputusan Kadar perkembangan dalam permainan adalah lambat dan tidak menonjolkan Matlamat utama TGfU adalah untuk memperkembangkan kemahiran seseorang pelajar dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Selain itu , menurut falsafah TGfU, pelajar atau pemain bukan sahaja perlu tahu bagaimana untuk menjayakan sesuatu permainan tetapi adalah lebih penting untuk belajar membuat keputusan yang sesuai ketika permainan berjalan. Di samping itu , model TGfU juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam pelbagai permainan.
4

Selepas kajian Bunker dan Thorpe, falsafah dan teori dalam TGfU masih diubahsuai dan diperkembang dari semasa ke semasa. Secara mendalam dan tepat, TGfU adalah lebih pratikal dan mudah diaplikasikan dalam permainan bola. Pada tahun 2004, Webb and Pearson telah mengkategorikan permainan kepada empat kategori utama , iaitu sasaran, jaring dan dinding, memadang dan menyerang. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentas permainan. Kategori Permainan A. Sasaran Menempatkan objek pada sasaran atau mendekati sasaran untuk mendapat mata. Contohnya memanah , boling padang , guli , golf dan archery. B. Jaring dan dinding Permainan dimainkan antara jaring atau atas dinding. Permainan ini perlu mengumpul mata melalui menghantar objek ke gelanggang pihak lawan dengan syarat objek tersebut tidak dapat dihantar balik dalam kawasan gelanggang. Contohnya badminton , tennis , bola tampar dan table tennis. C. Memadang Perlawanan yang melibatkan dua pihak: pasukan striking dan pasukan fielding. Permainan ini perlu mengumpul mata melalui larian yang selamat dan berjaya selepas pukulan dalam masa atau pusingan yang ditetapkan. Contohnya konda-kondi , kriket , baseball dan softball. D. Menyerang Permainan yang melibatkan dua pasukan dan merupakan permainan strategi. Dalam jangka masa yang tertentu, masuk ke dalam kawasan

pihak lawan dan mengumpul mata. Contohnya bola sepak , bola keranjang dan bola jarring. Setiap permainan dalam kategori yang tersebut mempunyai sifat dan peraturan yang mirip atau seiras. Tujuan TGFU adalah meningkatkan kefahaman murid dalam Pendidikan Jasmani supaya dapat melahirkan murid yang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu. Melalui kaedah TGfU dapat menambahkan ilmu kefahaman mengenai cara untuk menguasai sesuatu permainan contohnya bola baling. Pada mulanya guru akan menggunakan bahan yang lain untuk menggantikan alat permainan. Setelah mereka menguasai kemahiran dengan sepenuhnya mereka akan diberi alat permainan yang digunakan dalam pertandingan yang sebenar. Selain itu, TGFU dapat melatih murid supaya menjadi lebih berkemahiran dalam setiap permainan sukan. Murid dapat dilatih dengan teknik yang betul melalui konsep TGFU. Teknik dan peraturan sesuatu permainan sukan akan didedahkan kepada murid secara amali dan teori supaya mencapai tahap kefahaman yang maksima. Model TGFU yang akan digunakan oleh para guru bagi mencapai tujuan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani di sekolah.

Kesimpulan Model Bunker & Thorpe amat sesuai dalam pengajaran pendidikan jasmani di semua peringkat sekolah. Semangat menggalakkan murid melibatkan diri dalam permainan dapat mendatangkan hasil pembelajaran yang berkesan.Melalui model Bunker & Thorpe,guru-guru pendidikan jasmani dapat mengajar murid dengan berkesan. permainan dapat diaplikasikan Akan tetapi , bukan semua kategori melalui model ini.Guru-guru haruslah

mengaplikasikan model tersebut kepada aktiviti aktiviti pendidikan jasmani dengan bijaksana.

Bibliography
1. Nuffnang. (2011, July 28). Taman Ilmuku. Retrieved from Blogspot: http://suriaangkasa.blogspot.com/2011/07/nota-pjm-model-bunker-thorpe.html 2. Shabudin, F. (2010, September 14). Model Bunker & Thorpe. Retrieved from Scribd: http://www.scribd.com/doc/37389581/Model-Bunker-Thorpe

You might also like