You are on page 1of 26

Interaksi Manusia dengan Alam Sekitar dan Sumber Semulajadi

Pertanian dan Perikanan Perlombongan dan Cari Gali Perindustrian

Pengangkutan
Komunikasi Rekreasi

PENGENALAN

Pengangkutan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan samada persendirian atau awam. Pengangkutan awam merupakan salah satu daripada alternatif dalam pemilikan kenderaan sendiri. Selain membantu mengurangkan masalah kesesakan jalan raya, mengurangkan kos sara hidup dalam membayar pinjaman kenderaan dan kenaikan harga minyak, ia mampu menyelamatkan alam sekitar dengan penjimatan tenaga dan pengurangan kepada kepenggunaan bahan api.

SISTEM PENGANGKUTAN DI MALAYSIA

Sistem pengangkutan darat- jalanraya,jalan kereta api, lebuh raya, LRT, KOMUTER, PUTRA LRT, KLIA TRANSIT, KLIA EKSPRESS Pengangkutan air- feri, kapal, bot, sampan Pengangkutan udara- kapal terbang, helikopter

Contoh pengangkutan awam di Malaysia

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI SISTEM PENGANGKUTAN


FAKTOR FIZIKAL

Bentuk muka bumi- tanah rata , pamah dan luassesuai untuk untuk rangkaian lebuh raya/jalan raya/lapangan terbang Kawasan pinggir laut yang terlindung dan berteluk sesuai untuk pelabuhan- Contoh: bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia (Port Klang)

FAKTOR EKONOMI

Kawasan yang memiliki sumber yang berpotensibijih timah, emas,hutan, kawasan pertanian dll, memudahkan sumber dieksploitasi
Kawasan bandar-bandar besar- kawasan yang maju dengan sektor ekonomi moden- perniagaan, perindustian, pekhidmatan-kuala lumpur- LRT, KOMUTER dll

FAKTOR GOVERNAN

Menubuhkan agensi memodenkan sektor pengangkutan dasar penswastaan dalam sistem pengangkutanswasta melabur dalam pembinaan sistem pengangkutan spt Lebuh raya KESAS, PLUS, putra LRT, KLIA EKSPRESS, KOMUTER dll

FAKTOR TEKNOLOGI

Teknologi moden dalam penbinaan lebuh raya/jalan rata/jalan kereta api pembinaan terowong, jejantas, dll
Teknologi dimport dari US, Korea, Jepun

KEPENTINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

Ekonomi - Menjana sektor perlombongan, pertanian, perindustrian, membawa barangan siap untuk pasaran dll

Sosial- meningkatkan mobiliti harian penduduk

Kemunculan kawasan petempatan baru- sistem pengangkutan seperti jalan raya/lebuh raya/jalan kereta api

Bagi petempatan lama, ia akan berkembang menjadi bandar kecil, sederhana atau besar.

KESAN-KESAN PERKEMBANGAN JARINGAN PENGANGKUTAN TERHADAP PERSEKITARAN FIZIKAL DI MALAYSIA

Kejadian hakisan dan tanah runtuh- peneresan, penarahan dan penebukan dan pemotongan lerenglereng bukit untuk memina lebuh raya, terowong, dan jambatan
Mengganggu kestabilan cerun- tergelongsor apabila hujan lebat

Kesan

Berlakunya tanah mendap/tenggelam- penimbusan yang tidak sempurna kawasan paya untuk dibina lebih raya/jalan raya, lapangan terbang
Merosakkan kawasan tadahan air- pemusnahan kawasan hutan semula jadi dan kawasan tanah tinggi/bukit-hutan yang berfungsi sebagai kawasan yang menadah air terganggu

Kesan

Mencemarkan sumber-sumber air sungaipeneresan/pembersihan kawasan hutan Ekosistem hutan dan paya serta habitat semula jadi terganggu - berhijrah ke tempat lain.

Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3)

Dalam tempoh RRJP3, perkhidmatan pengangkutan akan memberi penekanan kepada penyediaan sistem pengangkutan penumpang dan kargo pelbagai cara yang cekap dan mempunyai keberkesanan kos. Pengangkutan yang cepat akan memindahkan penumpang melalui berbagai cara pengangkutan dengan licin serta menjamin kesenangan, keselesaan dan keselamatan penumpang. Bagi kargo pula, walaupun beberapa kombinasi cara boleh digunakan namun kaedah pengangkutan akan lebih dipertanggungjawabkan kepada satu pengusaha pengangkutan sahaja.

Pembangunan jalan raya

Pembangunan jalan raya akan terus ditumpukan kepada peningkatan capaian yang akan membantu mewujudkan pusat pertumbuhan baru serta mengurangkan masa perjalanan dan kos. Piawaian yang lebih tinggi akan diguna dalam pembinaan jalan raya baru terutamanya yang menghubungkan kawasan perindustrian dengan pelabuhan dan lapangan terbang. Capaian kawasan luar bandar khususnya di Sabah dan Sarawak akan dipertingkatkan lagi untuk menggalakkan aktiviti ekonomi dan sosial. Aspek keselamatan juga akan diberi penekanan dalam membina jalan raya baru dan menaik taraf jalan sedia ada.

Pengangkutan awam

Penyediaan infrastruktur pengangkutan awam terutamanya di kawasan bandar akan ditumpukan kepada keperluan mewujudkan rangkaian pengangkutan awam yang lebih bersepadu, cekap, selamat dan selesa. Langkah pro-aktif akan diambil bagi mengatasi kesesakan lalu lintas dan membolehkan pertukaran cara pengangkutan daripada penggunaan kereta persendirian kepada penggunaan sistem pengangkutan awam. Bagi Lembah Klang, langkah tersebut termasuk meluaskan rangkaian pengangkutan rel bandar, pengenalan satu sistem tiket guna sama, laluan bersepadu dan rangkaian kemudahan, bas pengantara yang lebih cekap serta tambahan kemudahan meletak kenderaan bagi penumpang berkenaan. Perkhidmatan bas akan terus memainkan peranan utama di pusat bandar dan oleh yang demikian, operasinya akan dipertingkatkan lagi.

Kargo

Bagi meningkatkan kecekapan pergerakan kargo, pengguna perkhidmatan perkapalan termasuk pengeksport, pengimport dan penghantar fret akan digalak untuk mengguna pengangkutan pelbagai cara bagi mengurangkan keperluan pengangkutan darat jarak jauh. Dalam hal ini, pengerakan kargo dari pelabuhan ke pelabuhan darat akan dibuat melalui pengangkutan rel manakala pengedaran barang dari pelabuhan darat kepada pengguna akan dibuat melalui pengangkutan darat. Dengan itu, akan mengurangkan kos penyelengaraan jalan raya dan memberikan lebih ruang kepada kenderaan lain di jalan raya. Penekanan juga akan diberi kepada penyediaan pengangkutan kontena yang cekap dan selamat di jalan

Rel kereta api

Pembangunan infrastruktur rel kereta api akan ditumpukan kepada peningkatan keupayaan dan menaik taraf rangkaian rel bagi menyediakan perkhidmatan pengangkutan rel yang bersepadu serta meningkatkan piawaian keselamatan dan penyelenggaraan. Rangkaian rel kereta api yang menghubungkannya ke pelabuhan, lapangan terbang, zon perindustrian dan koridor berkepadatan tinggi akan dipertingkatkan bagi membolehkan capaian yang lebih tinggi dan harga yang berdaya saing bagi pengeluaran, pengangkutan dan pengedaran barang.

Rel kereta api

Keupayaan pengangkutan barang dan penumpang akan ditingkatkan lagi secara berfasa dengan bermulanya rangkaian landasan kereta api berkembar elektrik dari Rawang ke Ipoh. Projek tersebut adalah merupakan rangkaian kereta api nasional yang menjadi sebahagian daripada landasan kereta api merentas Asia yang dirancang di antara Kunming, Republik Rakyat China dengan Singapura. Projek rel serantau ini akan meningkatkan dengan ketara rangkaian rel lintas sempadan terutamanya untuk pengangkutan fret.

Pembangunan perlabuhan

Pembangunan pelabuhan akan terus ditumpukan kepada usaha meningkatkan keupayaan, kecekapan dan produktiviti bagi perkhidmatan berkaitan serta memupuk pakatan strategik. Usaha berterusan akan diambil untuk menarik lebih ramai lagi pengeksport, pengimport dan komuniti perkapalan untuk menggunakan pelabuhan tempatan. Selaras dengan itu, hanya satu badan kawal selia akan ditubuhkan, antara lain, untuk melaksanakan fungsi kawal selia bagi memastikan pengusaha pelabuhan memenuhi piawaian prestasi yang telah ditetapkan serta mematuhi syarat dan terma lesen yang dikeluarkan.

Pembangunan perlabuhan

Di samping itu, badan tersebut akan membantu pembangunan pelabuhan dan perkhidmatan yang berkaitan secara teratur dan bersepadu berdasarkan kekuatan, keunikan dan pengkhususan masingmasing. Di samping Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas juga akan dibangunkan sebagai pusat pemunggahan kargo. Perkhidmatan sokongan seperti pusat pembungkusan semula dan pengedaran, gudang, bekalan minyak kapal dan membina serta membaiki kapal akan digalak untuk mempertingkatkan keupayaan dan produktiviti mereka bagi membantu

Perkapalan

Langkah akan diambil untuk meningkatkan keupayaan dan menaik taraf operasi syarikat perkapalan bagi meningkatkan pertumbuhan perkhidmatan perkapalan. Bilangan kapal Malaysia akan ditambah melalui sewa beli, sewa khas dan pembelian kapal serta pembentukan pakatan strategik seperti integrasi, perolehan dan usaha sama di antara syarikat perkapalan tempatan dan asing. Operasi perkapalan akan dipertingkatkan melalui penggunaan sistem komputer yang lebih meluas, otomasi dan peningkatan teras kelayakan dan kemahiran kaki tangan secara berterusan.

Pembangunan lapangan terbang

Pembangunan lapangan terbang akan ditumpukan kepada usaha meningkatkan kecekapan, produktiviti dan keselamatan di samping meninggikan keupayaan bagi memenuhi permintaan yang bertambah. Lapangan terbang akan dibangunkan selari dengan dasar hub dan spoke bagi menyediakan rangkaian udara yang berkesan dan meningkatkan capaian ke kawasan luar bandar. Usaha akan dipergiatkan untuk mempromosi Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) sebagai sebuah hub penerbangan, pusat membeli-belah dan rekreasi serantau serta sebagai sebuah destinasi pelancongan. Beberapa langkah akan diperkenal bagi memastikan KLIA mematuhi piawaian prestasi bertaraf dunia.

Penerbangan

Dalam persekitaran dunia yang semakin bersaing, syarikat penerbangan nasional perlu menyusun semula rangkaian operasi, mengkaji semula kos operasi dan meningkatkan kecekapannya. Dengan meningkatnya liberalisasi dalam industri penerbangan dan kecenderungan ke arah langit terbuka khususnya di Eropah dan Amerika Syarikat, prospek adalah cerah bagi syarikat penerbangan negara untuk mengembangkan rangkaian antarabangsanya. Dengan pakatan strategik dan perkongsian kod serta rundingan komersil lain, syarikat penerbangan negara akan berupaya membangun dan memperkembangkan pasarannya.

Penerbangan

Menyedari kepentingan industri penerbangan dalam membantu pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan pelancongan, Kerajaan akan terus mengambil pendekatan yang liberal dalam Perjanjian Perkhidmatan Udara dengan negaranegara lain. Pada masa yang sama, kawalan keselamatan yang mencukupi akan diambil bagi memastikan capaian pasaran dan daya saing syarikat penerbangan nasional dan pengusaha tempatan lain. Langkah akan dipertingkatkan bagi mendapatkan hak mendarat tambahan bagi syarikat penerbangan Malaysia di samping menarik lebih banyak syarikat penerbangan asing membuat penerbangan ke Malaysia.

Kemudahan ICT

ICT akan digunakan sebagai alat yang boleh menyokong pertumbuhan kemudahan dan perkhidmatan infrastruktur. Penggunaan ICT dalam sistem pengangkutan bagi memantau, mengesan dan mendapat maklumat masa sebenar mengenai aliran dan jumlah lalu lintas serta pengurusannya akan terus diperluaskan bagi meningkatkan kecekapan, keselamatan dan keselesaan pengangkutan

You might also like