You are on page 1of 11

2.0 STRUKTUR DAN FUNGSI SISTEM LIMFATIK DAN IMUNITI 2.

1 Struktur Sistem Limfatik Struktur sistem limfatik terdiri daripada anyaman pembuluh limfa yang luas dan berhubung dengan kelompok kecil jaringan limfatik iaitu kelenjar limfa. Cairan yang memasuki pembuluh limfa ini disebut limfa atau nama lainnya ialah getah bening.

Gambar Rajah 2.1: Struktur Kelenjar Limfa Kelenjar getah bening ini termasuk dalam susunan retikuloendotel yang tersebar luas di seluruh tubuh badan dan mempunyai fungsi yang penting iaitu merupakan barier atau filter terhadap kuman-kuman ataupun bakteria-bakteria yang masuk ke dalam tubuh dan turut berfungsi dalam membentuk sel-sel limfosit darah. Struktur sistem limfatik ini juga terdiri daripada beberapa komponen utama iaitu limfa (cecair jernih), pembuluh limfa (pembuluh yang membawa limfa), dan tisu limfatik (struktur dan organ yang mengandungi tisu limfoid).

Gambar rajah 2.2 : Menunjukkan Struktur dan komponen Sistem Limfatik

2.1.1 Limfa Limfa ialah cecair jernih yang terdapat di dalam pembuluh limfa. Kandungan kimia limfa, cecair tisu dan plasma adalah serupa. Oleh sebab demikian, limfa terdiri daripada protein plasma yang keluar dari pembuluh darah. Limfa mengandungi factor pembekuan dan boleh menjadi beku apabila tinggal beberapa lama secara in vitro (luar dari badan).

Gambar Rajah 2.3 : Injap dalam Salur Limfa Disamping itu, limfa juga mengandungi jumlah limfosit yang berbeza, beberapa granulosit, enzim, antibodi, glukosa, garam galian atau mineral, karbon dioksida dan sedikit oksigen.Selain itu, terdapat juga berbagai-bagai bahan lain turut terdapat di dalam limfa dan kebanyakannya bergantung kepada lokasi pembuluh limfa. Manakala, di dalam limfatik usus, kandungan lemak tidak larut air adalah tinggi selepas makan, oleh yang demikian, limfa akan menjadi warna putih susu dan di sebut kili. 2.1.2 Pembuluh Limfa Pembuluh limfa merupakan salur-salur halus yang saling bersambungan dan membentuk struktur seperti jaringan dan turut dikenali juga sebagai kapilari limfa. Kedudukannya terletak di bawah kulit dan selaras dengan kapilari darah. Pernukaannya juga nipis dan mempunyai sistem injap untuk mengelakkan berlakunya backflow. Selain itu, ianya juga lebih telap daripada kapilari darah.Kapilari limfa ini bermula di merata badan tetapi tidak di tisu yang tiada ppembuluh darah, sistem saraf pusat, pulpa limfa dan sum-sum tulang.

Tissue cell

Gambar rajah 2.4 : Struktur Pembuluh Limfa/Kapilari Limfa Seperti kapilari darah yang bergabung untuk mebentuk venul dan vena, kapilari limfa juga turut bergabung untuk membentuk kapilari limfa yang lebih besar. Di samping itu, struktur pembuluh limfatik juga menyerupai struktur vena tetapi mempunyai dinding yang lebih nipis, lebih banyak injap dan terdiri daripada nodusnodus limfa di aras-aras tertentu. Selain itu, pengaliran limfa juga adalah disebabkan oleh pergerakan otot rangka, tekanan intratoraks yang negatif semasa inspirasi dan kontraksi dinding duktus limfatik yang lebih besar. Oleh sebab itu pembuluh limfa mempunyai injap yang menhalang aliran balik. Kontraksi otot rangka akan menolakkan limfa kearah depan sahaja dan mengalir ke dalam sistem vena.

Gambar rajah 2.5 : Struktur Salur Limfatik

2.1.3 Tisu Limfatik Tisu Limfatik tersusun dalam tiga kumpulan, iaitu tisu limfatik pengumpul, nodulnodul limfatik dan organ limfatik. a) Tisu Limfatik Pengumpul Tisu limfatik pengumpul ialah tisu limfatik yang berkumpul dan tidak ditupi oleh kapsul, dan terletak di dalam lamina propia (tisu perantaraan) membran mucus trek gastrousus, trek pernafasan, trek uninari dan trek pembiakan. b) Nodul Limfatik Nodul limfatik terdiri daripada tisu limfatik yang berkumpul dan berbentuk lonjong. Nodul ini tidak mempunyai kapsul tetapi mempunyai kawasan tengah (pusat germinal) yang memberi pewarnaan pucat kerana mengandungi limfosit dan kawasan periferi (korteks) yang memberi pewarnaan yang gelap kerana mengandungi limfosit kecil. Nordul Limfatik ini membentuk tonsil di dalam farinks dan kelompok peyer di dalam ileum usus kecil.

c) Organ Limfatik Organ-organ limfatik di badan ialah nodus-nodus limfa, limfa dan kelenjar timus. Semuanya mempunyai tisu limfatik dengan jaringan serat reticulum yang ditutupi oleh kapsul tisu perantara. Septum berserat yang masuk ke dalam dari kapsul dikenali trabekula.

Gambar rajah 2.6: Organ-organ Sistem Limfatik

i)

Nodus Limfa Nodus limfa berbentuk lonjong atau seperti kacang hijau. Berdiameter 1 hingga 25 mm panjang dan terdapat sepanjang sistem limfatik. Nodus limfa selalunya berkumpul di bahagian tertentu di badan. Setiap nodus limfa mempunyai lekuk di satu sisi yang di sebut hilus. Hilus nodus limfa ini ialah tempat keluar pembuluh limfatiik eferen. Banyak pembuluh limfatik aferen memasuki nodus limfa melalui permukaan cembungnya. Nodus-nodus limfa mempunyai fungsi penurasan, fagositik dan imunologi.

Gambar Rajah 2.7 : Struktur Nodus Limfa

ii)

Limpa Limpa ialah tisu limfatik yang terbesar dan terletak khususnya dibahagian atas kiri kaviti abdomen diantara gaster dan diafgragma. Organ ini seperti span, terletak di bahagian atas kiri ruang

abdomen iaitu dipermukaan perut. Limfa diliputi oleh kapsul berserat seperti nodus limfa, limpa mempunyai trabekula dan hilus, tempat yang ditembusi oleh pembuluh darah dan pembuluh limfatik.

Gambar rajah 2.8 : Limpa/ Spleen iii) Kelenjar Timus Kelenjar timus ialah tisu limfatik yang terdapat di bahagian anterior dan atas kaviti toraks di antara kedua-dua paru-paru. Sepasang kelenjar ini terletak pada ventral trakea dan atas sedikit dari jantung. Ia mempunyai dua lobus dan setiap satu diliputi oleh tisu perantara yang di sebut kapsul timus. Lanjutan yang masuk ke dalam tisu timus dikenali sebagai trabekula yang membahagikan lobus kepada lobul. Setiap lobul terdiri daripada korteks di tepi yang menghasilkan pewarnaan gelap, dan medulla di dalam yang menghasilkan warna pucat.

Gambar rajah 2.9: Struktur Kelenjar Timus

Korteks

terdiri

daripada

limfosit

dan

dinilah

berlakunya

pembentukan limfosit. Manakala, medula terdiri daripada banyak tisu epitelium dan limfosit yang bertabur berjauhan.medula juga ada mengandungi korpusel timus(Hassall), iaitu lapisan konsentrik sel epithelium. Klenjar timus juga mencapai saiz maksimumnya seberat 40 g semasa baligh. Selepas itu, kelenjar timus akan terus mengecut dan menjadi semakin kecil atau dengan kata lain mengalami atrofi.

Gambar rajah 2.10 : Kedudukan Kelenjar Timus Dalam Tubuh Badan Manusia iv) Sumsum tulang Merupakan tisu yang fleksibel yang terdapat di dalam rongga interior tulang dan berfungsi menghasilkan sel darah yang baru. .

Gambar rajah 2.11 : Struktur Sum-sum tulang

2.2 Sistem imuniti Sistem imuniti ialah struktur dan proses biologi dalam sesuatu organism yang bertindak melindungi organism tersebut daripada serangan penyakit dengan mengenalpasti dan membunuh pathogen dan sel tumor. Oleh yang demikian, dalam sistem imuniti ini Limfosit dan tisu limpoid yang terlibat. 2.2.1 Limfosit Limfosit adalah sejenis sel darah putih yang terlibat dalam sistem imuniti pada vertebrata. Limfosit dihasilkan nodus limfa yang yang terlibat dalam penghasilan antibodi. Ada dua kategori besar limfosit, limfosit berbutiran besar (large granular lymphocytes) dan limfosit kecil. Limfosit memiliki peranan penting dan terpadu dalam sistem pertahanan tubuh. Limfosit dihasilkan di sumsum tulang dan hati (pada fetus) dengan bentuk awal yang sama tetapi kemudian berbeza. Limfosit dapat menghasilkan antibodi pada kanak-kanak dan akan meningkat seiring dengan bertambahnya usia.

Gambar rajah 2.12 : Limfosit 2.2.2 Tisu Limpoid Tisu limpoid merupakan sebahagian daripada sistem keimunan badan yang membantu untuk melindungi badan daripada ancaman bakteria. Limfosit mengandungi banyak tisu limpoid. Tisu limpoid termasuk nodus limfa, limpa, tonsil dan adenoids(tisu yang mengembang pada bahagian belakang kerongkong) serta thymus (kelenjar tanpa duktus pada dasar leher.) Tisu

dalam bidang perubatan bukan macam sehelai kertas tisu. Tisu ini merupakan nama yang digunakan kepada sekumpulan sel yang mempunyai fungsi yang spesifik.Selain itu,tisu dalam bidang perubatan tidak semestinya ialah lapisan. Oleh itu, sum- sum tulang juga merupakan salah sejenis tisu.

2.3 Fungsi Sistem Limfatik

Sistem limfatik mempunyai banyak fungsi seperti yang berikut: a) Sistem limfatik mengalirkan cecair mengandungi protein dari ruang-ruang tisu yang telah keluar dari pembuluh darah. Jadi protein yang tidak boleh diserap semula secara langsung oleh pembuluh darah akan dikembalikan ke dalam sistem kardiovaskular oleh sistem limfatik. b) Sistem limfatik juga menghantarkan lemak dan trek gastrousus ke dalam peredaran darah. c) Tisu limfatik juga berfungsi memberi kawalan dan pertahanan, iaitu limfosit dengan pertolongan makrofaj memberi perlindungan kepada badan daripada sel-sel asing, mikrop dan sel barah. d) Beberapa tisu limfatik seperti nodus limfa bersedia untuk membuang mikro, sel darah dan bahan asing yang sangat kecil (debu dari paru-paru). e) Limpa ialah tempat organ hasilan limfosit pemusnahan eritrosit dan tempat organism daripada bahan asing dihalang daripada memasuki pembuluh darah. f) Kelenjar timus juga ialah tempat penghasilan limfosit untuk makanisme pertahanan badan selain fungsi endokrin.

Mengembalikan semula cecair interstis ke dalam sistem peredaran darah dalam bentuk limfa. suatu sistem sirkulasi sekunder yang berfungsi mengalirkan limfa atau getah bening di dalm tubuh. membantu sistem peredaran darah/ pelengkap kepada peredaran darah.

Mengangkut asid lemak dan gliserol.

sistem pertahanan badan dengan penghasilan limfosit di nodus limfa.

Rajah 2.1 : Fungsi Sistem Limfatik

RUMUSAN

Berdasarkan tugasan ini dapat disimpulkan bahawa sistem limfatik ini adalah amat berkait rapat dengan sistem imuniti tubuh badan kita. Didapati sistem ini amat penting terhadap kekebalan tubuh yang memainkan peranan dalam pertahanan tubuh bagi melawan infeksi dan tumor. Selain itu, didapati juga cairan limfatik adalah cairan putih mirip susu yang mengandung protein, lemak dan limfosit (sel darah putih) yang semuanya mengalir ke seluruh tubuh melalui pembuluh limfatik. Terdapat dua jenis sel limfosit iaitu Sel B dan Sel T. Sel B membantu melindungi tubuh melawan bakteri dengan jalan membuat antibodi yang menyerang dan memusnahkan bakteria. Dalam kondisi normal, sel limfosit merupakan salah satu sistem pertahanan tubuh. Sementara sel limfosit yang tidak normal (limfoma) biasanya berkumpul di kelenjar getah bening dan menyebabkan pembengkakan. Sel limfosit ternyata tidak hanya melalui di dalam pembuluh limfa sahaja, malah sel ini juga turut melalui ke seluruh tubuh di dalam pembuluh darah kerana limfoma ini juga boleh keluar melaui kelenjar getah bening. Selain itu, ia juga terdapat di organ lain seperti perut, hati, dan otak. Seterusnya, daripada tugasan ini juga kami dapati penyakit yang selalunya melibatkan sistem ini ialah limfoma. Limfoma ialah tumor yang berasal dari jaringan limfoid yang berkaitan dengan sistem limfatik dan sistem imuniti tubuh. Data juga menunjukkan, penyakit ini lebih banyak terjadi pada orang dewasa dengan angka tertinggi pada rentang usia antara 45 sampai 60 tahun. Makin tua umur, makin tinggi risiko terkena penyakit ini. Oleh yang demikian, Alhamdulilah, berdasarkan tugasan ini banyak pengetahuan baru yang kami perolehi dan amat membantu dalam memahami tajuk sistem Limfatik dan Imuniti ini.

You might also like