You are on page 1of 1

TEKS DOA MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MOTIVASI KECEMERLANGAN UPSR & TEKNIK MENJAWAB SOALAN PERINGKAT SK ROSOK

TAHUN 2012

Kami menzahirkan kesyukuran atas keizinan dan limpahan rahman serta rahim-Mu untuk kami berada dalam Majlis Perasmian Penutupan Program Motivasi Kecemerlangan UPSR & Teknik Menjawab Soalan Peringkat SK Rosok Tahun 2012 ini. Kami juga bersyukur kerana Engkau mengizinkan kami menghadirkan diri, emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan program dua hari ini dengan jayanya. Oleh itu ya Allah, dengan hati penuh kerendahan, kami memohon keampunan, kami mengharapkan perlindungan, kami mendambakan rahmat kepada-Mu semoga segala usaha kami dalam menjayakan program ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Anugerahkanlah kami lisan yang lembut basah mengingati dan menyebut nama-Mu, hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu. Kurniakanlah kami taufik dan hidayah-Mu yang berpanjangan. Bimbinglah kami ke arah kejayaan, keamanan, kecemerlangan dan kesejahteraan di dalam penghidupan kami di dunia mahupun di akhirat. Jadikanlah kami orang-orang yang bertaqwa dan sentiasa mematuhi segala perintah-Mu serta menjauhi larangan-Mu. Anugerahkanlah kepada kami dan anak-anak didik kami dengan kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat mahmudah. Limpahkanlah rahmat dan ihsan kepada kami dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan tugas dan kewajipan. Kurniakanlah kepada kami nikmat kesejahteraan dan keselamatan serta kesihatan dan kesempurnaan agar dengannya kami dapat berusaha menuju ke arah pembangunan dan kemakmuran. Hindarkanlah kami daripada sesuatu yang boleh menjejaskan kesejahteraan dan perpaduan kami. Hanya kepada-Mu jua kami berserah ya Allah. Aamin ya Robbal Aalamiin.

You might also like